tutorial window movie maker

32
1 Windows Movie Maker Windows Movie Maker (WMM) merupakan satu perisian yang digunakan untuk mencipta/mengedit video. Perisian ini mengandungi fetur seperti effects, transitions, titles/credits, audio track, timeline narration, dan Auto Movie. Dengan menggunakan WMM, ianya amat mudah untuk mencipta, mengedit dan memasukkan pelbagai kesan video yang menarik. Bar Menu dan Toolbar Bar menu dan toolbar dalam WMM memudahkan capaian penggunaan pelbagai fungsi penting di dalam program ini. Berikut merupakan rajah antara muka untuk bar menu WMM. Bagi menghasilkan klip video, berikut merupakan panduan langkah demi langkah. Langkah 1: Membuka Program WMM Task Frame Collection Frame Media Preview Frame Storyboard / Timeline Frame

Upload: alias-piei

Post on 28-Oct-2015

40 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Cara menggunakan Movie Maker untuk penghasilan video ringkas dan mudah.

TRANSCRIPT

Page 1: Tutorial Window Movie Maker

1

Windows Movie Maker

Windows Movie Maker (WMM) merupakan satu perisian yang digunakan untuk

mencipta/mengedit video. Perisian ini mengandungi fetur seperti effects,

transitions, titles/credits, audio track, timeline narration, dan Auto Movie. Dengan

menggunakan WMM, ianya amat mudah untuk mencipta, mengedit dan memasukkan

pelbagai kesan video yang menarik.

Bar Menu dan Toolbar

Bar menu dan toolbar dalam WMM memudahkan capaian penggunaan pelbagai fungsi

penting di dalam program ini. Berikut merupakan rajah antara muka untuk bar menu

WMM.

Bagi menghasilkan klip video, berikut merupakan panduan langkah demi langkah.

Langkah 1: Membuka Program WMM

TaskFrame

CollectionFrame Media

Preview Frame

Storyboard / Timeline Frame

Page 2: Tutorial Window Movie Maker

Media Preview Frame

Storyboard Frame

Timeline Frame

Task Frame

Page 3: Tutorial Window Movie Maker

Langkah 2: Mencipta Projek Baru

Langkah yang pertama adalah untuk mencipta satu projek baru. Dengan ini, satu fail

WMM akan tercipta.

1. Buka program Window Movie Maker

2. Pilih File > Save Project As

Antara muka WMM dan menu File

3. Pilih folder My Documents / MyVideos.

4. Cipta satu folder baru dan namakan folder tersebut.

5. Cipta nama fail untuk projek dan klik butang Save.

Page 4: Tutorial Window Movie Maker

Tetingkap untuk mencipta projek baru dan butang Save

Langkah 3: Mengimport Video/Gambar/Audio

Untuk Mengimport Video:

2. Klik pada butang yang berada bersebelahan dengan “1. Capture Video” pada

tetingkap Movie Tasks, satu menu akan muncul.3. Klik pada “Import video”.4. Pilih folder yang menyimpan fail video yang dikehendaki, klik pada fail

tersebut dan kemudian klik pada butang Import.

Page 5: Tutorial Window Movie Maker

Untuk Mengimport Gambar:

1. Klik pada butang yang berada bersebelahan dengan “1. Capture Video” pada

tetingkap Movie Tasks, satu menu akan muncul.

Page 6: Tutorial Window Movie Maker
Page 7: Tutorial Window Movie Maker
Page 8: Tutorial Window Movie Maker
Page 9: Tutorial Window Movie Maker

Untuk Mengimport Audio:

1. Klik pada butang yang berada bersebelahan dengan “1. Capture Video” pada

tetingkap Movie Tasks, satu menu akan muncul.

2. Klik pada “Import audio or music”.3. Pilih folder yang menyimpan audio atau muzik yang dikehendaki, klik pada fail

tersebut dan kemudian klik pada butang Import.

Page 10: Tutorial Window Movie Maker

Fail-fail yang telah diimport mestilah wujud dalam Collection Frame.

Contoh fail Video/Gambar/Audio yang telah diimport

Untuk melihat fail yang terdapat dalam Collection Frame, klik pada fail yang

dikehendaki dan fail tersebut akan muncul pada Media Preview Frame.

Page 11: Tutorial Window Movie Maker

Langkah 4: Memindahkan Fail Video Ke Dalam Storyboard

Sebelum bermula pastikan bahawa frame di bawah tetingkap adalah dalam bentuk

Storyboard. Jika tidak, sila klik pada butang . Setelah Storyboard frame dipilih, program sedia untuk memasukkan fail video.

1. Klik dan letakkan fail video yang diingini ke dalam kotak pertama pada Storyboard frame. Fail video yang dipilih akan kelihatan pada kotak yang dipilih.

2. Ulang cara yang sama untuk klip video seterusnya yang ingin ditambah ke dalam klip video tersebut.

Klik dan letakkan klip video pilihan ke dalam kotak di Storyboard

Page 12: Tutorial Window Movie Maker

Langkah 5: Memindahkan Fail Gambar Ke Dalam Storyboard

1. Klik dan letakkan fail gambar yang diingini ke dalam kotak yang seterusnya pada Storyboard frame. Fail gambar yang dipilih akan kelihatan pada kotak yang dipilih.

2. Ulang cara yang sama untuk gambar seterusnya yang ingin ditambah ke dalam klip video tersebut.

Klik dan letakkan klip gambar pilihan ke dalam kotak di Storyboard

Page 13: Tutorial Window Movie Maker

Langkah 6: Potong/Trim Klip Video

Bagi membolehkan klip video dipotong atau trim, fail-fail yang telah disusun perlu

wujud dalam Timeline frame. Klik butang untuk ubah bentuk frame tersebut.

1. Dalam Timeline frame, klik pada klip video yang hendak dipotong/trim.

Bentuk Timeline

Page 14: Tutorial Window Movie Maker

2. Gerakkan kursor pada permulaan video klip yang hendak diedit. Ikon Trimakan muncul.

3. Klik dan letakkan kursor ke kanan, pada ketika ini dapat dilihat perubahan pada tetingkap Media Preview untuk frame pertama yang hendak dipotong .

Klik dan letakkan kursor untuk trim klip video

4. Untuk trim penghujung klip video, klik dan letakkan kursor dari kanan

sehingga penghujung klip video.

*** Kelebihan menggunakan kaedah ini dalam program WMM adalah, bahagian klip video yang dipotong/trim, tidak akan hilang dan boleh diubah kemudian selagi projektidak disimpan.

Page 15: Tutorial Window Movie Maker

Langkah 7: Memasukkan Audio

Untuk menambah bunyi/audio ke dalam klip video, frame haruslah dalam keadaan

Timeline. Jika frame dalam bentuk Storyboard, klik pada butang yang terdapat di dalam frame bawah dalam program WMM.

1. Klik dan letakkan fail audio yang diingini ke dalam Timeline frame.2. Apabila fail yang diingini dalam keadaan timeline, fail tersebut boleh diklik dan

letakkan untuk mengubah kedudukannya bergantung kepada kesesuaian klip video yang hendak dihasilkan. Dengan cara yang sama, fail audio boleh tambah ke dalam klip video.

3. Sama seperti fail video, fail audio juga boleh dipotong/trim bergantung

kepada klip video yang hendak dihasilkan.

Klik dan letakkan fail audio ke dalam Timeline

Page 16: Tutorial Window Movie Maker

Langkah 8: Memasukkan Effects

Program WMM membolehkan effects (kesan) dan transitions (perubahan) video dihasilkan dengan mudah dalam Storyboard frame. Jika keadaan frame adalah

Timeline, klik butang . Seterusnya effects dan transitions boleh dimasukkan ke dalam klip video dengan mudah seperti langkah berikut.

1. Klik pada butang yang berada bersebelahan dengan “2. Edit Movie” yang

terletak pada frame Movie Tasks.2. Klik pada, “View video effects”, pelbagai pilihan effects akan kelihatan pada

Collection Frame.

Contoh effects yang terdapat pada Collection Frame

Page 17: Tutorial Window Movie Maker

3. Sebagai contoh, klik dan letakkan effect, “Fade in, from black”, dan letakkannya pada kotak pertama di atas Storyboard. Akan muncul simbolbintang yang berwarna kelabu dipenjuru bawah sebelah kanan kotak yang dipilih.

Klik dan letakkan effect ke dalam Storyboard

Effect telah dimasukkan ke dalam klip video

Page 18: Tutorial Window Movie Maker

Langkah 9: Memasukkan Transitions

1. Sila pilih “View video transitions” yang terdapat dalam sub-menu “2. EditMovie”.

2. Klik pada pilihan transitions yang muncul dalam Collection frame.

Contoh transitions yang terdapat dalam Collection Frame

3. Sebagai contoh, pilih, klik dan letakkan transition “Eye” ke kotak berbentuk

yang terletak di antara kotak pertama dan kedua.

Page 19: Tutorial Window Movie Maker

Klik dan letakkan transitions ke dalam Storyboard Frame

Transitions telah di masukkan ke dalam klip video

Page 20: Tutorial Window Movie Maker

Step 10: Memasukkan Tajuk Di Permulaan

1. Pada sub-menu “2. Edit Movie”, sila pilih dan klik pada “Make titles or credits”.

2. Muncul satu tetingkap dengan soalan, Where do you want to add the title?

Menu untuk memasukkan tajuk

3. Klik pada “Add title at the beginning of the movie”.4. Untuk mengubah bentuk animasi tajuk tersebut, , klik “Change the Title

Animation”. Klik pada nama bentuk animasi pilihan dan paparkan animasi tersebut di frame Media Player.

Page 21: Tutorial Window Movie Maker

Windows Movie Maker 20

Contoh animasi tajuk yang ada

Contoh paparan animasi tajuk pada frame Media Player

Page 22: Tutorial Window Movie Maker

Windows Movie Maker 21

5. Untuk memasukkan tajuk, klik pada “Edit the title text”, dan tetingkap

Enter Text for Title akan muncul. Sila taip dan edit tajuk yang hendak

dipaparkan dalam klip video.

Menaip tajuk yang hendak dimasukkan pada kotak teks

6. Klik “Change the text font and color”, untuk memilih jenis font, warna, saiz, kedudukan dan sebagainya.

Menukar jenis font, saiz dan warna

7. Setealah selesai, klik “Done, add title to movie” untuk memasukkan tajuk.

Page 23: Tutorial Window Movie Maker

Windows Movie Maker 22

Langkah 11: Memasukkan Tajuk di Pertengahan

1. Sila tukar frame kepada Timeline dengan mengklik butang 2. Gerakkan slider biru pada kedudukan di mana tajuk tersebut hendak

dimasukkan.

Gerakkan slider biru dengan menggunakan kursor

3. Klik “Make titles and credits” yang terdapat pada sub-menu “2. EditMovie”.

4. Apabila tetingkap dengan soalan, Where do you want to add the title?, klikpada “Add title on the selected clip”.

Menu untuk memasukkan tajuk

Page 24: Tutorial Window Movie Maker

Windows Movie Maker 23

5. Sama seperti memasukkan tajuk di permulaan klip video, animasi tajuk boleh diubah pada tetingkap Change the Title Animation.

Contoh animasi tajuk

6. Klik “Edit the title text” dan taipkan tajuk yang diingini dalam kotak teks yang disediakan.

Menaip tajuk yang ingin dipaparkan

Page 25: Tutorial Window Movie Maker

Windows Movie Maker 24

7. Klik “Change the text font and color”, untuk memilih jenis font, warna, saiz,kedudukan dan sebagainya.

Menukar jenis font, saiz dan warna latarbelakang

8. Setealah selesai, klik “Done, add title to movie” untuk memasukkan tajuk.

Page 26: Tutorial Window Movie Maker

Windows Movie Maker 25

Langkah 12: Memasukkan Credits

1. Klik “Make titles and credits”, di bawah sub-menu “2. Edit movie”.

2. Sama seperti masukkan tajuk, tetingkap Where do you want to add a title?akan muncul, tetapi kali ini, pilih “Add credits to end”.

Menu tajuk

Page 27: Tutorial Window Movie Maker

Windows Movie Maker 26

3. Untuk credits, plihan animasi boleh dibuat pada tetingkap Change the TitleAnimation.

Contoh animasi credits

Paparan animasi pilihan di frame Media Preview

Page 28: Tutorial Window Movie Maker

Windows Movie Maker 27

4. Edit Text for Title merupakan tetingkap di mana credits yang hendakdipaparkan, dimasukkan.

Memasukkan credits ke dalam kotak teks

5. Klik “Change the text font and color”, untuk memilih jenis font, warna, saiz, kedudukan dan sebagainya

Menukar jenis font, saiz dan warna latarbelakang

6. Akhir, klik “Done, add title to movie”.

Page 29: Tutorial Window Movie Maker

Windows Movie Maker 28

Langkah 13: Papar Klip Video

Apabila klip video yang telah digabung serta diedit, ianya boleh dipaparkan dengan mudah. Ianya hanya melibatkan dua langkah.

1. Pada Media Preview frame, klik butang Stop, ini akan menyebabkan klip video

diputarkan ke permulaan (rewind).

2. Klik butang Play yang ada di Media Preview frame dan klip video yang sedangdibuat akan dipaparkan.

Contoh klip video yang dipaparkan pada Media Preview frame

Page 30: Tutorial Window Movie Maker

Windows Movie Maker 29

Langkah 14: Menyimpan Klip Video

1. Pertama, klik pada butang yang berada bersebelahan dengan “3. Finish Movie”. Pilih “Save to my computer” yang terdapat dibawah sub-menu tersebut. Tetingkap Save Movie Wizard akan muncul.

2. Pada tetingkap ini, masukkan nama klip video yang telah dihasilkan pada kekotak “Enter your file name for your saved movie” dan tekan butang Browse untuk memilih folder mana bagi lokasi untuk simpanan fail. Klik Next.

Page 31: Tutorial Window Movie Maker

Windows Movie Maker 30

3. Tetingkap seterusnya tandakan, pilihan hanya diberikan untuk, “Best qualityfor playback on my computer”. Klik Next.

Page 32: Tutorial Window Movie Maker

Windows Movie Maker 31

4. Klip video kini telah disimpan sebagai fail windows movie (.wmv) dan bolehdimainkan menggunakan perisian Windows Media Player. Apabila fail telah siap disimpan, sila klik butang Finish.

Klip video telah siap apabila telah keluar dari tetingkap Save Movie Wizard. Kiniklip video yang telah dihasilkan boleh dicapai dari dalam folder simpanan yang telah dipilih.