report arka( kimpalan)

Click here to load reader

Post on 05-Aug-2015

1.832 views

Category:

Documents

95 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Kimpalan ArkaPengenalan Kimpalan ArkaSecara amnya, proses kimpalan arka ialah proses kimpalan yang melibatkan pemanasan atau peleburan logam asas oleh arka elektrik. Arka elektrik terbentuk apabila berlaku perbezaan voltan arus elektrik antara salutan logam hujung elektrod dengan permukaan logam asas. Arka yang terbentuk akan menghasilkan haba yang tinggi yang meleburkan logam asas dan hujung elektrod untuk membentuk satu kolam leburan. Suhu yang terhasil daripada proses ini menjangkau 3900C. Sebatian kolam itu akan membentuk kumai yang disaluti oleh satu lapisan yang dikenali sebagai jemang. Kumai yang terbentuk itu akan menghasilkan satu sambungan yang kekal.

Perinsip Kimpalan Arka

Pancaran arka akan terjadi apabila arus elektrik yang dialirkan melalui elektrod menyentuh atau digoreskan pada permukaan logam. Arka akan terus terjadi apabila pergerakan elektrod dikawalDisediakan Oleh : Muhammad Nasrullah Bin Mohd Ali DKM1B

dengan pergerakan malar. Keadaan ini akan menghasilkan haba yang tinggi sehingga boleh mencair kan hujung elektrod dan permukaan logam. Perleburan hujung elektrod dan logam akan membentuk kawah lebur (molten pool). Perleburan dua logam akan membentuk kumai(bead). Elektrod adalah bahan yang membentuk kumai kerana itu elektrod dikenali sebagai bahan penambah. Pemilihan elektrod mestilah betul untuk mendapat hasil kerja yang baik. Bahan asal dalam elektrod mestilah sama dengan bahan logam yang hendak dikimpal. Contohnya elektrod keluli lembut hanya sesuai diguna untuk mengimpal logam-logam yang berasaskan keluli lembut sahaja. Elektrod adalah sebatang dawai yang disaluti dengan lapisan khas. Lapisan elektrod akan membentuk asap untuk melindungi kawah cair(molten pool) dari udara luar yang boleh menyebabkan kecacatan kimpalan. Salutan elektrod juga akan membentuk jemerang(slag).

Mesin Kimpalan ArkaMesin kimpalan arka adalah merupakan sebuah alat ubah perendah iaitu ia mngubah dari voltan tinggi kepada voltan rendah tetapi menghasilkan arus yang tinggi untuk menerbitkan arka bagi kegunaan mengimpal. Dilengkapi dengan kabel pemegang elektrod dan juga kabel bumi ke meja kerja.

JenisJenis Mesin Kimpalan ArkaTerdapat dua jenis mesin kimpalan arka iaitu : Jenis Rectifier (DC) / Arus Terus Jenis Alatubah (AC) / Arus Ulang alik

Disediakan Oleh : Muhammad Nasrullah Bin Mohd Ali DKM1B

Jenis Rectifier (DC) / Arus TerusMesin kimpalan arka jenis rectifier (penerus) digunakan kerana ianya mempunyai dua pilihan aliran arus, iaitu arus terus kekutuban berbalik dan arus terus kekutuban lurus.Punca positif disambungkan kepada elektrod maka ianya adalah kekutuban berbalik. Punca negatif disambungkan kepada elektrod maka ia adalah kekutuban lurus. Semua jenis kerja mengimpal bagi kebanyakan logam adalah amat sesuai dengan mesin jenis ini. Bagi kerja-kerja pembinaan dan penyelengaraan mesin jenis ini adalah pilihan yang tepat.

Kebaikan :

Sesuai digunakan oleh semua jenis elektrodDisediakan Oleh : Muhammad Nasrullah Bin Mohd Ali DKM1B

Dapat menghasilkan kimpalan yang lebih halus. Boleh mengimpal logam yang nipis. Lebih selamat berbanding jenis lain.

Kelemahan :

semburan arka (arc blow). Arka tidak begitu stabil berbanding jenis janakuasa. Tiada pilihan untuk ciri-ciri arka.

Jenis Alat ubah (AC) / Arus Ulang alikMesin kimpalan arus ulang-alik (AC) digunakan adalah kerana ianya menghasilkan arka yang lebih stabil dan tiada berlaku semburan arka (arc blow) dengan penembusan yang sederhana dan senyap.

Disediakan Oleh : Muhammad Nasrullah Bin Mohd Ali DKM1B

Kebaikan : Harganya lebih murah. Penyelenggaraan sangat mudah. Boleh diguna dimana sahaja. Ketika mengimpal tiada tiupan arka.

Kelemahan : Mengimpal ke atas logam tertentu dan penggunaan yang terhad. Tidak semua elektrod boleh digunakan. Mampu beroperasi pada ampiar yang tinggi.

Disediakan Oleh : Muhammad Nasrullah Bin Mohd Ali DKM1B

Peralatan Bagi Kimpalan Arka

Berikut ialah beberapa peralatan tambahan penting bagi kegunaan pekerja-pekerja kimpalan. Pemegang elektrod.

Disediakan Oleh : Muhammad Nasrullah Bin Mohd Ali DKM1B

Pelindung muka.

Sarung Tangan..

Apron kulit.

Disediakan Oleh : Muhammad Nasrullah Bin Mohd Ali DKM1B

Berus dawai.

Elektrod.

Disediakan Oleh : Muhammad Nasrullah Bin Mohd Ali DKM1B

Playar Gabung.

Disediakan Oleh : Muhammad Nasrullah Bin Mohd Ali DKM1B

Kapur.

Tukul Kerepek (Chipping Hammer)

Tukul Besi.

Disediakan Oleh : Muhammad Nasrullah Bin Mohd Ali DKM1B

Pahat.

Prosedur Mengimpal ArkaPROJEK 1 : MEMBUAT KIMPALAN KEDUDUKAN RATA PADA PLAT. 1. Mendiri siapkan mesin kimpalan. 2. Pastikan semua pemasangan kabel pada mesin kimpalan dipasangdengan ketat. 3. ON mesin kimpalan. Laraskan arus ulang-alik pada julat 90 ampere.(arus ulang alik yang dicadangkan ialah 120 ampere hingga 130 ampere). 4. Letakkan benda kerja diatas meja kerja pada kedudukan rata. 5. Mulakan arka dengan teknik menggetuk dan menggores. 6. Kimpal dari kiri ke kanan. Gerakkan elektrod dengan menggunakan teknik seretan. 7. Tetapkan sudut kecondongan elektrod supaya condong 70 darjah hingga 80 darjah arah perjalanan kimpalan dan 90 darjah kepada sisi kimpalan logam.Disediakan Oleh : Muhammad Nasrullah Bin Mohd Ali DKM1B

8. Kimpal dengan sudut dan kelajuan yang seragam sepanjang larian. 9. Pastikan jarak arka antara 2 mm hingga 3 mm dan sentiasa seragam sepanjang larian kimpalan. 10. Kimpal kumai sepanjang 40cm. Berhenti, buang sanga dan bersihkan kumai.cara untuk memberhentikan arka.

PENILAIAN KUMAI KIMPALPeriksa rupa bentuk kumai dengan ujian visual dari segi: 1. 2. 3. 4. 5. Kelurusan. Kelebaran. Ketinggian. Riak Kumai. Kebersihan.

KESIMPULANMengimpal kumai pendek merupakan latihan asas dalam kimpalan arka.Tujuan latihan ini adalah untuk membolehkan anda menguasai kemahiran memulakan dan memberhentikan arka. Anda juga perlu mengetahui jarak arka supaya seragam sepanjang larian kimpalan. Kumai yang pendek dapat dihasilkan apabila teknik kimpalan dan pelarasan arus yang betul dilakukan semasa mengimpal.

PROJEK 2 : MEMBUAT KIMPALAN TEMU PADA 2 KEPING PLAT.

1. Mendiri siapkan mesin kimpalan. 2. Pastikan semua pemasangan kabel pada mesin kimpalan dipasangdengan ketat. 3. ON mesin kimpalan. Laraskan arus ulang-alik pada julat 90 ampere.(arus ulang alik yang dicadangkan ialah 120 ampere hingga 130 ampere). 4. Letakkan benda kerja diatas meja kerja pada kedudukan rata. 5. Mulakan arka dengan teknik menggetuk dan menggores. 6. Kimpal dari kiri ke kanan. Gerakkan elektrod dengan menggunakan teknik seretan. 7. Tetapkan sudut kecondongan elektrod supaya condong 70 darjah hingga 80 darjah arah perjalanan kimpalan dan 90 darjah kepada sisi kimpalan logam. 8. Kimpal dengan sudut dan kelajuan yang seragam sepanjang larian. 9. Pastikan jarak arka antara 2 mm hingga 3 mm dan sentiasa seragam sepanjang larian kimpalan.Disediakan Oleh : Muhammad Nasrullah Bin Mohd Ali DKM1B

10. Kimpal kumai sepanjang 40 cm. Berhenti, buang sanga dan bersihkan kumai.cara untuk memberhentikan arka.

PENILAIAN KUMAI KIMPALPeriksa rupa bentuk kumai dengan ujian visual dari segi: 1. kelurusan 2. kelebaran 3. ketinggian 4. riak kumai 5. kebersihan 6. riak kumai 7. Percikan lampau 8. keselitan sanga 9. Potong bawah 10. Tindih bawah

KesimpulanSambungan temu persegi dibuat dengan meletakkan kedua-dua tepi logam yang hendak disambung itu antara satu sama lain. Bagi logam yang ketebalannya melebihi 5 mm, kedudukan tepian logam perlu dijarakkan antara 2 mm hingga 3 mm untuk memberi ruang pengembangan logam. Sambungan ini dikenali sebagai sambungan temu persegi terbuka.

Disediakan Oleh : Muhammad Nasrullah Bin Mohd Ali DKM1B

Disediakan Oleh : Muhammad Nasrullah Bin Mohd Ali DKM1B

Langkah Keselamatan Semasa Mengendalikan Kimpalan Arka Awas! Renjatan elektrik boleh membunuh. Jangan sentuh bahagian elektrik yang terdedah dan mengalirkan arus. Pastikan mesin kimpalan dipasang dengan sempurna dan berada di dalam keadaan yang baik. Elakkan daripada mengimpal ditempat yang basah atau lembap. Jika ianya tidak dapat dielakkan, pakai kasut getah dan berdiri di atas platform yang kering. Mesin kimpalan perlu dibumikan terus kepada bahan yang dikimpal dan seberapa dekat yang boleh dengan tempat kimpalan dilakukan. Alihkan semua barangan yang mempunyai kemungkinan bahaya terbakar daripada kawasan kimpalan. Jangan lakukan kimpalan berdekatan dengan tangki bahan api. Jangan lakukan kimpalan pada bekas, tong atau tangki yang mengandungi bahan mudah terbakar atau bahan yang merbahaya.

Disediakan Oleh : Muhammad Nasrullah Bin Mohd Ali DKM1B

KESIMPULANKimpalan arka adalah sesuatu proses yang sangat penting dalam pelajaran ini. Pelajar dapat mengetahui bagaimana cara untuk mengimpal dan yang paling penting penggunaan kimpalan kepada dunia ini. Pelbagai jenis kimpalan yang sering digunakan dan setiap jenis kimpalan itu mempunyai fungsi yang tersendiri.

Projek membuat kimpalan kedudukan rata bertujuan untuk melatih kita agar tidak gentar semasa menggunakan kimpalan tersebut. Hal ini dapat ditunjukandengan cara kita mengimpal. Sekiranya kita mengimpal dalam kedudukan yang tidak lurus, maka itu bermakna kita masih lagi takut untuk melakukan kimpalan tersebut.

Projek ini bukan sekadar untuk tujuan itu sahaja, banyak lagi tujuan yang mungkin kita tidak sedari. Kita juga dapat mengenal pelbagai jenis elektrod yang digunakan di industi-industri di dunia. Antaranya adalah elektrod yang bersaiz kecil, sederhana dan ada juga yang besar.

Projek membuat kimpalan cantuman 2 keping plat membolehkan kita memgetahui kekukuhan kimpalan yang kita buat. Selain itu, kita dapat mengetahui cara - cara yang lebih kukuh kimpalannya. Projek ini a