spl 2012-kimpalan arka

Click here to load reader

Post on 06-Aug-2015

147 views

Category:

Documents

10 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

SPL 2012 Kimpalan Arka

Pengenalan Proses penyambungan dalam kimpalanarka dilakukan dengan cara menimbunkan logam yang lebur dari hujung elektrod pada bahagian sambungan bersama-sama logam lebur daripada bahagian yang perlu disambungkan. Timbunan tersebut akan membeku bagi menghasilkan satu sambungan yang elok dan rata

Alatan Kimpalan Arka Mesin Pengimpal Pemegang elektrod dan elektrod Kabel kimpalan Plat bumi Alat pembersih Alat keselamatan

Mesin Pengimpal Direkabentuk khas untuk membekalkanarus (ampere) yang sesuai dan cukup kuat bagi satu-satu kerja kimpalan Terdapat dua jenis mesin: Mesin kimpalan Arus Terus (DC) Mesin kimpalan Arus Ulang Alik (AC)

Mesin kimpal A.T (DC) Dua kaedah bagi mendapatkan arus terus: Set penjana (generator) Mesin yang mengeluarkan elektrik arus terus Bekalan kuasa diperolehi dpd enjin petrol, enjindiesel dsb

Set penerus (rectifier) Alat yang hanya membenarkan pengaliran arussehala. Menukarkan arus ulang alik kepada sehala.

Mesin Kimpalan A.U (AC) Bekalan arus ulang alik diperolehi daripadapengubah perendah (transformer) Bekalan elektrik utama diturunkan oleh alat pengubah (dpd 230-250 V kepada kurang dpd 100 V) Pengubah mempunyai pengatur kawalan arus yang membolehkan nilai arus sesuai dipilih berdasarkan saiz elektrod.

Faktor Pemilihan Mesin Kimpalan Pengubah (Transformer) Kelebihan Murah Efisien boleh digunakan disebarang tempat Tidak bising Penyelenggaraan mudah Tidak berlaku hembusan arka Rekabentuk yang mudah Boleh guna pada kebanyakan elektrod

Kekurangan Perlu kepada masukan arus ulang alik Tidak boleh pilih kekutuban (polarity)

Mesin kimpal Jenis Transformer

Kelebihan

Faktor Pemilihan Mesin Kimpalan Penerus (Rektifier) Murah Efisien Tidak bising Penyenggaraan kurang Tiada fenomena hembusan arka Rekabentuk mudah Output A.U dan A.T Guna pada semua jenis elektrod Hasilkan kimpalan licin (sesuai utk kepingan nipis)

Kekurangan Perlukan A.U sebagai input Kurang efisien berbanding transformer Tidak portable Kos lebih berbanding transformer

Faktor Pemilihan Mesin Kimpalan Penjana (Generator) Kelebihan Portable Boleh menggunakan semua jenis elektrod

Kekurangan Sangat mahal Kos penyenggaran tinggi Menghasilkan hembusan arka(hembusan arka magnet @ pesongan) Bising

Pemegang Elektrod Pemegang elektrod digunakan untukmemegang elektrod semasa membuat kerja kimpalan Pemegang haruslah ringan, tidak cepat panas, dan keseluruhan bahagiannya mestilah disalut dengan penebat yang baik untuk mengelakkan kejutan elektrik

Rajah Skematik Pemegang Elektrod

Elektrod Elektrod ialah dawai logam yang mempunyai kandungan yang sama dengan bahan yang dikimpal. Apabila arus daripada mesin pengimpal mengalir kepada elektrod, arka akan terjadi di antara hujung elektrod dan logam yang dikimpal Arka menghasilkan haba yang tinggi iaitu lebih kurang 5000 C dan ini menyebabkan elektrod dan logam itu lebur

Gambarajah Skematik Elektrod

Jenis-jenis elektrod: Elektrod keluli sederhana elektrod berkarbon tinggi Elektrod keluli aloi khas Elektrod besi tuang Elektrod logam bukan besi

Elektrod biasanya disalut tebal dengan bahan-

bahan seperti selulosa kalium, selulosa natrium dan bahan-bahan lain. Ia bertindak seperti bahan lakur, sebagai agen pengoksidaan dan juga sebagi pembersih

Kandungan selulosa yang tinggi yang

terdapat pada elektrod membolehkannya membakar dengan cepat. Kandungan titanium menyenangkan kerja mengimpal serta menghasilkan kumai yang tebal.

Kabel Kimpalan Arus melalui kabel ini semasa prosespengimpalan dijalankan Kabel yang terlalu panjang boleh menyebabkan kehilangan arus ke paras terendah.

Plat Bumi Untuk menyambungkan dawai bumikepadabahan asas atau meja kerja

Alat Pembersih

Alat Keselamatan

Proses Kimpalan Arka Tiga faktor penting dalammenentukan kestabilan arka: Jarak arka Voltan arka Arus kimpalan

Jarak Arka Iaitu jarak di antara hujung arka denganlogam yang dikimpal (menentukan haba yang dihasilkan semasa proses kimpalan) Jarak arka yang panjang mengurangkan penembusan (Penetration) Jarak arka yang terlalu pendek boleh menyebabkan elektrod melekat pada logam asas.

Kebaikan Jarak Arka Pendek Penusukan maksimum Kekuatan sambungan maksimum Kemuluran yang maksimum Logam kumai lebih panjang padabahagian sambungan Kurang keliangan Tindihan kumai kurang

Keburukan Jarak Arka Panjang Penusukan minimum Tindihan kumai berlebihan Kekuatan sambungan minimum Kemuluran minimum Banyak keliangan Logam kumai pendek Pembaziran elektrod Percikan bunga api yang berlebihan

Voltan Arka Voltan yang diukur semasa arka kimpalanterhasil. Ianya bergantung kepada salut, garispusat elektrod dan jenis dawai elektrod

Arus Kimpalan

Arus boleh dipilih supaya sesuai

dengan pergerakan elektrod dan juga jenis kimpalan yang dikehendaki

Jenis Penyambungan Kimpalan Arka

Jenis Kedudukan Mengimpal

Faktor-Faktor Menghasilkan Kimpalan Arka Yang Baik Saiz dan jenis elektrod yang sesuai dengan ketebalan logam dan jenis logam asas. Kedudukan logam asas yang sesuai untuk dikimpal Pelarasan arus kimpal yang sesuai untuk sesuatu jenis elektrod Kecondongan sudut elektrod yang betul Permukaan logam asas yang dikimpal mestiliah bersih