bab 1 konsep mengajar sebagai profesion

4
BAB 1 : KONSEP MENGAJAR SEBAGAI SATU PROFESION 1. Banding beza konsep profesion dan profesionalisme 1 PROFESION ASPEK PROFESIONALISME Golongan yang memiliki kemahiran teknikal serta pengetahuan khusus yang diaplikasikan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang tidak mampu dilakukan oleh orang Bertingkah laku mengikut etika peradaban ketika menjangkakan serta melaksanakan hak-hak tanggungjawab dalam setiap situasi pada Definisi / Istilah PERSAMAAN PERBEZAAN Suatu pekerjaan, karier berstatus tinggi, melibatkan latihan akademik yang agak lama, kelayakan formal dan keahlian badan Keupayaan untuk melaksanakan urusan dan kegiatan bagi membentuk keyakinan dan membina kepercayaan dalam setiap aspek-aspek Suatu bidang pekerjaan yang khusus dan memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Dikawal selia oleh badan profesional – menentu dan menetapkan ujian @ peperiksaan kecekapan. Autoriti pelesenan untuk pengamalnya. Kuasa – penguatkuasaan untuk mematuhi kod etika Konsep Tidak dikawal oleh mana-mana badan atau organisasi. Berhak membuat pilihan yang betul dan tepat. Mematuhi kod etika dalam profesion Penglibatan

Upload: mizsrieya

Post on 05-Sep-2015

233 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

edu3108

TRANSCRIPT

BAB 1 : KONSEP MENGAJAR SEBAGAI SATU PROFESION

1. Banding beza konsep profesion dan profesionalisme PERSAMAAN

Suatu bidang pekerjaan yang khusus dan memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Contoh: perundangan, perguruan, perubatan dan sebagainya.

PERBEZAAN

PROFESIONALISMEASPEKPROFESION

Definisi / IstilahBertingkah laku mengikut etika peradaban ketika menjangkakan serta melaksanakan hak-hak tanggungjawab dalam setiap situasi pada setiap masa tanpa gagal.Golongan yang memiliki kemahiran teknikal serta pengetahuan khusus yang diaplikasikan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang tidak mampu dilakukan oleh orang biasa atau orang yang tidak berkelayakan.

KonsepSuatu pekerjaan, karier berstatus tinggi, melibatkan latihan akademik yang agak lama, kelayakan formal dan keahlian badan profesional atau badan kawalan.Keupayaan untuk melaksanakan urusan dan kegiatan bagi membentuk keyakinan dan membina kepercayaan dalam setiap aspek-aspek kerja yang dilakukan.

Tidak dikawal oleh mana-mana badan atau organisasi. Berhak membuat pilihan yang betul dan tepat. Mematuhi kod etika dalam profesion berkaitan. Nilai-nilai murni. Dikawal selia oleh badan profesional menentu dan menetapkan ujian @ peperiksaan kecekapan. Autoriti pelesenan untuk pengamalnya. Kuasa penguatkuasaan untuk mematuhi kod etika kerja.Penglibatan

Tegas dan bermatlamat Jujur, tulen dan berintegriti Dedikasi dan komitmen Inisiatif dan pintar Berbudi bahasa Berbelas kasihan serta penyayang Tekun dan rajin Bijak dan berfikiran terbuka Mengutamakan toleransi Adil dan saksama Berhemat dan sederhana Berkeyakinan tinggi Kemas dan bersih Sentiasa bersediaCiri-ciri2. Tanggungjawab yang besar3. Akauntabiliti4. Berasaskan kepada pengetahuan teoretikal serta kepakaran khusus5. Persediaan kelayakan6. Autonomi kerja7. Klien dan bukan pelanggan8. Hubungan kerja secara langsung9. Kekangan etika kerja10. Berasaskan kepada merit11. Kemoralan entrepreneur

12. Ciri-ciri menjadi seorang guru profesionalisme iaitu:

i. Tegas dan bermatlamatBerkeupayaan untuk bertindak dengan kadar segera apabila diperlukan dengan mematuhi etika dan peraturan serta menerima norma-norma bertingkah laku. Sebagai contoh, guru mesti tahu apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu diajar dengan baik dan berkesan.ii. Jujur, tulen dan berintegritiMenunjukkan kejujuran, bersikap terbuka, dihormati, dihargai dan bebas daripada pembohongan serta ketidakjujuran. Contohnya, guru perlu rajin untuk menyemak pelajaran dan mengulang kaji sebelum membentuk murid-muridnya agar rajin mengulang kaji dan perlu jujur sebelum mengajar tentang kejujuran.iii. Dedikasi dan komitmenBerdedikasi dan mempunyai komitmen untuk memastikan proses pembelajaran berlaku secara berterusan ke arah penambahbaikan pencapaian akademik murid. Contoh, guru perlu mengutamakan perkhidmatannya melebihi hal-hal lain serta bersedia untuk bertugas di luar waktu jadual kelas dan jadual persekolahan.iv. Mengutamakan toleransiSaling menghormati dan mempunyai sikap toleransi terhadap perbezaan yang wujud dalam kalangan murid dan rakan sejawat seperti latar belakang demografi dan status sosio-ekonomi, amalan, bangsa serta agama.v. Bersih dan kemasMematuhi peraturan berpakaian seperti guru hendaklah berpakaian kemas dan sesuai dengan profesion keguruan.

13. Ciri-ciri menjadi seorang guru efisien iaitu:

a) Lebih proaktifSentiasa mengambil inisiatif tanpa menunggu tindakan daripada orang lain terlebih dahulu. Sebagai contoh, guru yang efisien perlu sentiasa bersedia untuk mengambil tanggungjawab ke atas pilihan yang dibuat serta kesan dan akibat yang akan diperoleh.b) Mendahulukan yang utama terlebih dahuluMerancang pengajaran yang mengutamakan aktiviti pelajaran yang lebih penting dan segera dan kemudian perkara yang penting dan tidak segera. Contohnya, mendahulukan aktiviti asas sebelum beralih kepada aktiviti yang lebih kompleks.c) Penetapan matlamatDengan adanya matlamat, guru dapat menyusun dan menentukan hala tuju kehidupan yang akan memberikan kepuasan mengajar. Contoh, sebelum menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, guru yang efisien perlu membuat perancangan lebih awal tentang topik yang ingin diajar dan hal ini dapat memberikan kesediaan kepada guru.d) MemahamiGuru menjadi pendengar yang baik dengan memberi peluang kepada murid untuk memberikan pandangan dan guru akan cuba memahami kehendak murid. Hal ini dapat mewujudkan dinamika perhubungan yang lebih baik, persekitaran pembelajaran yang baik terbina serta guru dan murid saling menghormati antara satu sama lain.

3