bab 1 fenomena_beragama_-_copy[1]

8
BAB 1 Fenomena Beragama Pengertian Agama i- Bahasa Ada pandangan yang mengatakan kata agama berasal daripada bahasa Sanskrit. A = tidak dan Gama = kacau. Dengan itu agama bermakna tidak kacau. Mungkin yang dimaksudkan di sini ialah agama ialah sesuatu yang mengajar manusia supaya hidup dalam keadaan baik dan tidak menimbulkan sebarang kekacauan. Dalam bahasa Arab agama diterjemahkan sebagai al-Din. Dari segi bahasa antara lainnya al-Din bermaksud; kerajaan, khidmat, sultan, paksaan, ihsan, perjalanan hidup, ketaatan, kemenangan dan lain- lain. ii- Istilah a) Menurut Barat, religion difahami sebagai a particular monastic or religious order or rule atau action or conduct indicating a belief in, reverence for and desire to please a divine ruling poweratau a particular system of faith......... . ...........................................................kuasa supernatural yang dipercayai mengawal kehidupan manusia. b) Menurut Islam, agama ialah peraturan Allah yang diturunkan kepada manusia melalui perantaraan Rasul-Nya untuk dijadikan pedoman bagi manusia dalam semua aspek hidupnya untuk mencapai kejayaan yang menyeluruh di dunia dan di akhirat. Jika difahami dengan makna yang kedua ini maka Islam itu boleh diistilahkan sebagai agama, al-Din atau religion. Implikasi definisi agama sebagai religion: i. Agama merupakan sebahagian daripada bidang kehidupan manusia.

Upload: nurul-atirah-abd-rahim

Post on 22-Jun-2015

115 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 1 fenomena_beragama_-_copy[1]

BAB 1

Fenomena Beragama

Pengertian Agama

i- Bahasa

Ada pandangan yang mengatakan kata agama berasal daripada bahasa Sanskrit. “A” =

tidak dan “Gama” = kacau. Dengan itu “agama” bermakna tidak kacau. Mungkin

yang dimaksudkan di sini ialah agama ialah sesuatu yang mengajar manusia supaya

hidup dalam keadaan baik dan tidak menimbulkan sebarang kekacauan.

Dalam bahasa Arab agama diterjemahkan sebagai al-Din. Dari segi bahasa antara

lainnya al-Din bermaksud; kerajaan, khidmat, sultan, paksaan, ihsan, perjalanan

hidup, ketaatan, kemenangan dan lain-lain.

ii- Istilah

a) Menurut Barat, “religion” difahami sebagai “a particular monastic or religious order

or rule” atau “action or conduct indicating a belief in, reverence for and desire to

please a divine ruling power” atau “a particular system of

faith.........”. ...........................................................kuasa supernatural yang dipercayai

mengawal kehidupan manusia.

b) Menurut Islam, agama ialah “peraturan Allah yang diturunkan kepada manusia

melalui perantaraan Rasul-Nya untuk dijadikan pedoman bagi manusia dalam semua

aspek hidupnya untuk mencapai kejayaan yang menyeluruh di dunia dan di akhirat.

Jika difahami dengan makna yang kedua ini maka Islam itu boleh diistilahkan sebagai

agama, al-Din atau religion.

Implikasi definisi agama sebagai religion:

i. Agama merupakan sebahagian daripada bidang kehidupan manusia.

ii. Agama hanya berkaitan dengan aspek moral, kepercayaan kepada kuasa ghaib dan

peribadatan dalam erti yang khusus.

Page 2: Bab 1 fenomena_beragama_-_copy[1]

iii. Agama merupakan satu daripada elemen kebudayaan sama seperti sastera, seni,

pakaian, makanan dan lain-lain.

iv. Agama merupakan sesuatu yang berasal dari dalam manusia atau masyarakat itu

sendiri.

Implikasi agama sebagai al-Din:

i. Agama (Islam) merupakan satu peraturan hidup yang merangkumi kebudayaan dalam

aspek kehidupan manusia.

ii. Agama (Islam) merupakan sesuatu yang didatangkan kepada manusia – manusia tidak

mampu mencipta agama (yang benar).

Religiousness Phenomenon (Fenomena Beragama)

Terdapat pelbagai teori tentang asal-usul, kedudukan dan masa depan agama. Antaranya:

i- Agama Adalah Satu Ciptaan Dan Pembohongan Golongan Elit

Golongan Sophist Greek dalam zaman Socrates mendakwa “pada mula-mula dahulu

manusia hidup tanpa perlindungan undang-undang dan tanpa prinsip akhlak dan ia

tidak pernah tunduk kecuali kepada kekuatan alam yang menyebabkan kemusnahan

sahaja. Kemudian undang-undang diwujudkan maka kekacauan terang-terangan dapat

dilenyapkan. Bagaimanapun jenayah-jenayah sulit terus berlanjutan. Oleh itu para

cendekiawan telah memikirkan satu jalan untuk mengawal masyarakat dengan

mengatakan bahawa di langit terdapat satu kuasa yang supernatural yang melihat dan

mendengar segala-galanya”. Dari situlah idea peragamaan mula wujud.

Di abad ke-18, golongan yang merintis revolusi Perancis berpendapat bahawa agama

dan undang-undang hanyalah merupakan institusi-institusi dan gejala-gejala baru

dalam masyarakat manusia.

Voltaire umpamanya mengatakan “manusia telah menjalani kehidupan hidup

berabad-abad lamanya dalam kehidupan material sepenuhnya berteraskna

pembajakan, pemahatan, pembinaan, pembesian dan pengayunan sebelum

memikirkan masalah agama dan kerohanian. Idea keagamaan sengaja direka oleh

Page 3: Bab 1 fenomena_beragama_-_copy[1]

golongan cerdik pandai yang terdiri daripada pendeta dan paderi untuk

memperdayakan orang bodoh dan jahil”.

Jean Jacques Rosseau berkata “undang-undang tidak mempunyai apa-apa nilai selain

daripada nilai positif dan arbitari semata-mata. Menurutnya manusia terlebih dahulu

memiliki bidang-bidang tanah lantaran kerakusan dan ketamakan untuk melindungi

dan menambahkan harta pemilikan mereka...............................”.

Pada abad ke-20, Karl Max menolak agama dengan mendakwa ia adalah candu

kepada masyarakat.

Di zaman moden ini pandangan yang menolak keaslian dan kesucian agama mula

terpinggir tetapi fahaman yang mempersempitkan skop dan ruang lingkup agama iaitu

“secularisme” terus mendapat sambutan.

Terdapat 3 faktor utama yang mempopularkan pandangan seperti ini:

i- Kemerosotan akhlak di kalangan segelintir paderi-paderi sendiri.

ii- Kezaliman undang-undang positif serta pembahagian kekayaan umum yang tidak

adil.

iii- Kemunduran hidup dalam aspek ilmu pengetahuan, peradaban, pemikiran, sosial,

politik dan lain-lain.

ii- Agama Akan Lenyap Dengan Kemajuan Ilmu Pengetahuan Dan Pemikiran

Manusia

Wujud juga teori yang mengatakan bahawa walaupun agama itu adalah satu

keperluan naluri manusia dan telah wujud seawal kewujudan manusia sendiri, namun

ia akan lenyap dengan berkembangnya tahap pemikiran dan ilmu pengetahuan

manusia.

Augustus Comte (The Father of Positivisme) berpendapat bahawa pemikiran manusia

melalui 3 tahap berturut-turut:

i. Falsafah agama

ii. Falsafah abstract

iii. Falsafah realisme (nyata)

Page 4: Bab 1 fenomena_beragama_-_copy[1]

i- Falsafah agama

Pada tahap ini manusia tidak mampu memikir dan menghuraikan segala fenomena

alam yang berlaku di sekeliling mereka. Keupayaan manusia sangat lemah dan

menghadapi fenomena alam yang memusnahkan. Akibat kelemahan ini mereka

mengambil jalan mudah dengan meletakkan semua pergerakan dan perubahan dalam

fenomena alam tersebut kepada ketentuan dan kehendak kuasa luar yang

supernatural. Manusia menjalankan aktiviti dan amalan yang pada pandangan mereka

disukai oleh kuasa luar tersebut untuk mendapatkan perlindungan. Inilah yang

melahirkan agama.

ii- Falsafah abstract

Pada tahap ini manusia mengaitkan pergerakan dan segala fenomena alam ini dengan

makna-makna umum dan ciri-ciri tabi’i yang tersimpan di dalamnya. Perkaitan dan

hubungannya tidak dapat dihuraikan tetapi ianya tidak lagi berkaitan dengan kuasa

supernatural di luar sana. Ia adalah fenomena alam yang dicetuskan oleh alam sendiri.

iii- Falsafah realisme (nyata)

Pada tahap ini manusia melihat fenomena alam ini sebagai satu pergerakan dan

perubahan yang berkaitan antara satu sama lain dalam satu hubungan yang bersifat

“cause and effect” secara fizikal antara satu sama lain. Penganalisaan fenomena alam

secara inilah yang dimaksudkan sebagai pendekatan saintifik yang telah dianggap

sebagai satu ukuran ilmiah mutlak di zaman ini. Menurut Comte, pada tahap inilah

peranan dan sambutan terhadap agama akan mula pudar.

iii- Agama Merupakan Sesuatu Yang Asli, Diperlukan, Akan Terus Berkekalan

Dan Bertambah Kukuh

Pandangan ketiga ini menolak semua pandangan yang dikemukakan sebelum ini.

Pandangan yang menolak keaslian agama disanggah oleh kebanyakan pemikir Barat

sendiri. Sanggahan ini berpunca dari penemuan-penemuan baru akibat dari

pengembaraan dan sebagainya.

Page 5: Bab 1 fenomena_beragama_-_copy[1]

Melalui pengembaraan dan pelayaran didapati semua bangsa di semua tempat di

dunia sejak dari awal sejarah manusia dikesan mempunyai sistem kepercayaan kuasa

ghaib yang tersendiri.

Henry Bergson berpendapat bahawa telah pun wujud dan akan terus wujud

masyarakat manusia yang tidak dapat mempunyai ilmu dan falsafah tetapi tidak akan

terdapat masyarakat yang tidak mempunyai agama.

Chachoin menulis “walaupun kita telah mencapai kemajuan yang mengkagumkan di

zaman ini dalam bidang sains, teknologi, ekonomi, sosial dan politik, namun dalam

waktu-waktu yang tenang akal kita ..............

..............................

..............................

..............................

iv- Pandangan Islam

Manusia pertama dicipta oleh Allah ialah Nabi Adam A.S. Beliau diperintahkan

tunduk dan beribadat kepada Allah. Firman Allah bermaksud “Dan Kami tidak

mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami

wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah)

melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".” (al-Anbiya’ 21: 25)

Asal kejadian dan fitrah manusia sememangnya menerima hakikat ketuhanan Allah

S.W.T. Firmannya yang bermaksud “Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika

Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang)

belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia

bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua

menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian

supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai

(tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".” (al-A’raf 7: 172)

Semua makhluk termasuk manusia adalah ciptaan Allah dan Allah menciptakan

manusia supaya mereka ....... Firman Allah “.....” (al-Zariyat 51: )

............................

...........................

Page 6: Bab 1 fenomena_beragama_-_copy[1]

Keperluan Manusia Kepada Agama

i- Keterbatasan Kemampuan Akal dan Fizikal Manusia

Kemampuan fikiran manusia lemah dan terbatas kepada ruang lingkup persekitaran

mereka sahaja dari segi fizikal. Firman Allah “Allah (sentiasa) hendak meringankan

(beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.”

(al-Nisa 4: 28) dan “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu

dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan

sedikit sahaja".” (al-Isra’ 17: 85)

ii- Kesihatan Roh Manusia

Jika tubuh fizikal manusia yang berasal dari tanah memerlukan makanan yang

tumbuh atau berjalan di atas tanah, maka roh manusia yang ditiupkan oleh Allah

perlukan makanan yang berasal dari wahyu Allah sendiri iaitulah agama Allah.

Firman Allah “Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-

Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar

bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah

petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang

beriman.” (Yunus 10: 57)

iii- Memenuhi Tuntutan Fitrah Manusia

Fitrah manusia adalah beriman dan tunduk kepada ketentuan dan ketetapan Allah

S.W.T. Firman Allah “(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu

(engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari

kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia

(dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada

sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi

kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (al-Rum 30: 30)

Page 7: Bab 1 fenomena_beragama_-_copy[1]

iv- Mengatasi Kegelisahan

Jiwa manusia perlukan kepada tempat untuk mengadu atau bersyukur apabila mereka

menghadapi masalah, takut atau gembira. Firman Allah “Dan tiadalah Kami utuskan

Rasul-rasul itu melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pembawa amaran;

kemudian sesiapa yang beramal soleh, maka tidak ada kebimbangan (dari berlakunya

kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka tidak akan berdukacita.” (al-

An’am 6: 48) dan “Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi

bakhil kedekut); Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; Dan apabila

ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; Kecuali orang-orang yang

mengerjakan sembahyang; Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya.”

(al-Ma’arij 70: 19-23)

Kesan-kesan Negatif Terhadap Pemisahan Agama Dari Kehidupan Seharian

Menjadikan bidang kehidupan manusia terpisah.

Manusia akan hidup semata-mata berteraskan kepada akal secara mutlak.

Apabila akal menjadi dominan, maka akal manusia tidak sama (akal dipengaruhi oleh

suasana, ada unsur bias tiada keadilan mutlak)

Rosak ‘aqidah, akhlak.