bab 1

4
BAB 1 : TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN 1.0 Pengenalan Sesiapa sahaja yang sedang melaksanakan tugas berhadapan dengan komputer atau sedang mengakses internet untuk untuk apa sahaja tujuan sama ada membina hubungan sosial melalui laman muka buku (Facebook, Twitter dsb), mencari bahan atau resepi masakan baru atau sedang mereka bentuk persembahan multimedia, individu tersebut sebenarnya sedang menggunakan teknologi terkini. Jika sekiranya seorang pendidik atau pelajar pula yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, maka teknologi yang digunakan sering kali dirujuk sebagai teknologi dalam pendidikan. 1.1 Konsep Teknologi Istilah teknologi umumnya seringkali dikaitkan dengan alat teknologi moden terutamanya alat elektronik seperti komputer, televisyen, radio, perakam pita video, pemain cakera padat, perakam kaset audio, projektor paparan hablur cecair (LCD), kamera digital dan telefon bimbit. Teknologi bermaksud produk atau alat media serta proses yang digunakan untuk membangunkan negara atau menyelesaikan sesuatu masalah dalam sistem pendidikan atau latihan. 1.2 Konsep Pengajaran Secara umumnya pengajaran membawa maksud proses mengajar di mana keberkesanan penyampaian maklumat boleh terbukti dengan perubahan tingkahlaku pelajar. Manakala pembelajaran pula bermaksud proses belajar yang berlaku apabila guru dan pelajar sama-sama terlibat dalam proses memberi dan menerima. 1.3 Konsep Teknologi Pendidikan Teknologi pendidikan adalah satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Bahagian

Upload: anonymous-itbpgm

Post on 28-Sep-2015

223 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

BAB 1 : TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

1.0 Pengenalan Sesiapa sahaja yang sedang melaksanakan tugas berhadapan dengan komputer atau sedang mengakses internet untuk untuk apa sahaja tujuan sama ada membina hubungan sosial melalui laman muka buku (Facebook, Twitter dsb), mencari bahan atau resepi masakan baru atau sedang mereka bentuk persembahan multimedia, individu tersebut sebenarnya sedang menggunakan teknologi terkini. Jika sekiranya seorang pendidik atau pelajar pula yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, maka teknologi yang digunakan sering kali dirujuk sebagai teknologi dalam pendidikan. 1.1 Konsep Teknologi Istilah teknologi umumnya seringkali dikaitkan dengan alat teknologi moden terutamanya alat elektronik seperti komputer, televisyen, radio, perakam pita video, pemain cakera padat, perakam kaset audio, projektor paparan hablur cecair (LCD), kamera digital dan telefon bimbit. Teknologi bermaksud produk atau alat media serta proses yang digunakan untuk membangunkan negara atau menyelesaikan sesuatu masalah dalam sistem pendidikan atau latihan.1.2 Konsep Pengajaran Secara umumnya pengajaran membawa maksud proses mengajar di mana keberkesanan penyampaian maklumat boleh terbukti dengan perubahan tingkahlaku pelajar. Manakala pembelajaran pula bermaksud proses belajar yang berlaku apabila guru dan pelajar sama-sama terlibat dalam proses memberi dan menerima.1.3 Konsep Teknologi Pendidikan Teknologi pendidikan adalah satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Bahagian Teknologi Pendidikan di Kementerian Pelajaran Malaysia (1991) mentakrifkan teknologi pendidikan adalah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Prinsip-prinsip Teknologi Pendidikan Menurut Roblyer (2003), teknologi pendidikan adalah kombinasi antara proses dan alatan yang terlibat untuk menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat yang terkini iaitu komputer dan teknologi yang berkaitan. Kadangkala teknologi juga dilihat sebagai arus pembangunan atau pemodenan dan biasanya apabila sesuatu organisasi itu maju dan berkembang adalah kerana pengaruh dan kesan penggunaan alat teknologi itu sendiri. Justeru, teknologi pendidikan dapat dijustifikasikan sebagai penggunaan prinsip-prinsip saintifik untuk merancang dan melaksanakan sistem pengajaran. Penekanan adalah kepada pencapaian objektif pendidikan yang tepat dan ianya boleh diukur, pemusatan kepada murid dan bukan kepada mata pelajaran.Peranan Dan Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Pembelajaran Dengan perkembangan pesat penggunaan komputer dan perisian pengajaran, muncul peningkatan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang pentingnya komputer sehingga timbul suatu lagi literasi yang diistilahkan sebagai literasi komputer (Heinich et al., 1996). Literasi komputer yang merujuk kepada kemahiran memperoleh maklumat, berfikir dan berkomunikasi menggunakan komputer dalam abad ini jauh melebihi kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira) suatu ketika dahulu. Murid-murid kini perlu berliterasi komputer sekiranya mereka ingin bersaing di pusat-pusat pengajian atau di tempat kerja mereka. Sehubungan itu, dalam menuju era teknologi dan informasi serta meningkatkan produktiviti, sistem pendidikan negara memerlukan perubahan dari segi model pendidikan yang ada sekarang kepada suatu model baru iaitu melalui penggunaan teknologi seperti perisian pengajaran yang boleh menghasilkan sumber tenaga kerja yang diperlukan untuk pembangunan negara. Anjakan ke arah penggunaan teknologi pendidikan dan perisian pengajaran juga adalah sangat penting kerana bentuk pembelajaran pada masa hadapan sudah pastinya tidak sama seperti keadaan sekarang. Kelas pada masa hadapan mungkin bukan lagi dalam bentuk bilik, sebaliknya kemungkinan proses pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku 24 jam sehari di mana murid sendiri yang akan menentukan masa dan tempat mereka perlu belajar. Pengajaran juga tidak boleh hanya terbatas kepada proses menyampaikan maklumat, tetapi murid perlu diajar kemahiran untuk memperoleh maklumat. Teknologi pendidikan merupakan aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik-teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dengan pelbagai kelebihannya, teknologi pendidikan mampu memainkan peranan yang penting bagi mencapai objektif ini.