bab 1

Upload: holiday-lim

Post on 16-Jul-2015

124 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BAB 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Mendefinisikan istilah teknologi maklumat dan istilah teknologi maklumat dan komunikasi. 2. Mengenal pasti komponen asas sistem komputer. 3. Membincangkan penggunaan komputer dalam pengurusan. 4. Mengenal pasti evolusi teknologi Windows.

1.1

PENGENALAN

Anda sudahpun mendengar tentang teknologi maklumat (information technology) ataupun sebutan ringkasnya IT. Anda juga pernah mendengar tentang teknologi maklumat dan komunikasi (information and communication technology) ataupun ICT. Memang tidak dinafikan kedua-dua istilah tersebut begitu popular pada masa kini. Tanpa mengira usia, bangsa, agama ataupun negara, secara umumnya masyarakat di serata dunia telah didedahkan dengan dua istilah popular tersebut. Kita perlu menyedari bahawa hampir kesemua negara di dunia sedang giat membangunkan projek berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi. Sebagai contohnya, negara Amerika Syarikat telahpun membangunkan Lembah Silikon (Silicon Valley) sebagai projek mega penting untuk menjana pembangunan secara berterusan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Pembangunan Lembah Silikon telah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan dan perkembangan industri berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi di negara tersebut. Kita boleh mempelajari pengalaman daripada pembangunan dan kemajuan Lembah Silikon terutamanya dari aspek pembangunan industri yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi. Di Amerika Syarikat, struktur industri teknologi maklumat dikategorikan kepada1

empat kategori utama, iaitu industri perkakasan, industri perisian dan perkhidmatan, industri kelengkapan komunikasi, dan industri perkhidmatan komunikasi. Setiap kategori industri tersebut mempunyai sektor-sektor kecil industri dan setiap sektor kecil pula adalah saling berkaitan dan berintegrasi antara satu dengan yang lain. Ini menunjukkan kepada kita bahawa industri teknologi maklumat merupakan industri yang mempunyai rantaian nilai (value chain) yang tersendiri. Dalam konteks negara kita, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan pembangunan projek mega berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi. Untuk itu, Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor) telah dimajukan sebagai hubungan antarabangsa dan pada masa yang sama berfungsi sebagai pusat penjana kepada pembangunan dan kemajuan bidang teknologi maklumat dan komunikasi tempatan. Kemajuan dan prestasi memberangsang dicatatkan oleh Koridor Raya Multimedia dari tahun ke tahun. Oleh itu, Koridor Raya Multimedia telah berjaya menarik ramai pelabur, syarikat, dan pelopor teknologi maklumat untuk berpangkalan dan beroperasi di negara ini. Namun demikian, pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi di negara kita menekankan pembangunan menyeluruh. Ini kerana pembangunan tersebut merangkumi segala aspek berkaitan dengan bidang teknologi maklumat dan komunikasi seperti pembangunan infrastruktur, pembangunan sumber manusia, pembangunan pendidikan, pembangunan masyarakat, pembangunan agama, pembangunan ekonomi, dan sebagainya. Konsep pembangunan menyeluruh bidang teknologi maklumat dan komunikasi di negara kita adalah bersifat unik dan memenuhi aspirasi negara ke arah pembentukan negara maju menjelang tahun 2020. Oleh yang demikian, kita perlu memberikan maklum balas positif terhadap kempen atau promosi berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang seringkali disebarkan menerusi saluran seperti televisyen, surat khabar, ceramah, seminar, internet, dan sebagainya. Kesimpulannya, kita perlu mempelajari dan menguasai ilmu serta kemahiran yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi. Untuk mempertingkatkan nilai tambah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, kita juga perlu mahir dari aspek mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam konteks kehidupan semasa.

2

SOALAN DALAM TEKS 1.1

1. Jelaskan keunikan pembangunan bidang teknologi maklumat dan komunikasi dalam konteks negara Malaysia. 2. Nyatakan struktur industri teknologi maklumat dan komunikasi bagi negara Amerika Syarikat.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.2

KONSEP

Masyarakat moden hari ini sudahpun biasa menggunakan istilah teknologi maklumat dan istilah teknologi maklumat dan komunikasi dalam perbualan atau komunikasi harian mereka. Begitu juga dengan diri anda. Oleh itu, kita akan mempelajari secara terperinci makna di sebalik istilah teknologi maklumat dan istilah teknologi maklumat dan komunikasi. 1.2.1 Teknologi Maklumat

Secara umumnya, teknologi maklumat boleh didefinisi dari pelbagai perspektif. Dari perspektif sistem maklumat (information system), teknologi maklumat merujuk kepada bahagian teknologikal (technological side) dalam sistem maklumat. Ia meliputi perkakasan (hardware), pangkalan data (database), perisian (software), rangkaian (networks), dan peranti-peranti lain. Oleh yang demikian, dapatlah kita rumuskan bahawa teknologi maklumat merupakan subbahagian kepada sistem maklumat. Seterusnya kita akan meninjau definisi teknologi maklumat dari perspektif golongan pendidik seperti para guru, pensyarah, dan ibu bapa. Teknologi maklumat didefinisikan sebagai peralatan teknologi komunikasi yang boleh digunakan untuk tujuan mengumpul, memproses, menyimpan, dan menghantar maklumat melalui medium surat elektronik (e-mail) atau CD-ROM yang kemudiannya digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kita mendapati bahawa definisi yang diberikan oleh golongan pendidik ini adalah melibatkan penggunaan teknologi maklumat untuk melaksanakan tugas-tugas rutin berkaitan pendidikan dan pengajaran.3

Selain itu, golongan pengurusan pula mendefinisikan teknologi maklumat sebagai gabungan kemajuan dalam komputer teknologi elektronik, mikro, dan telekomunikasi untuk tujuan penyaluran maklumat seterusnya membantu dalam proses pembuatan keputusan. Ini bermaksud teknologi maklumat merupakan alat (tools) yang digunakan dalam proses pembuatan keputusan bagi sesebuah organisasi. Untuk itu, kita mendapati bahawa proses pembuatan keputusan dalam organisasi pengurusan moden akan menggunakan teknologi maklumat sebagai alat sokongan. Di samping itu, teknologi maklumat juga boleh digunakan dalam proses perancangan, penyelesaian masalah, dan pelaksanaan dasar serta polisi sesebuah organisasi pengurusan. 1.2.2 Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Setelah kita melihat definisi teknologi maklumat, kita akan membincangkan pula maksud teknologi maklumat dan komunikasi. Teknologi maklumat dan komunikasi didefinisikan sebagai komunikasi yang menggunakan teknologi terkini sebagai alat untuk berhubung di antara satu sama lain. Ia merangkumi komunikasi tanpa sempadan yang membenarkan kedua-dua pihak untuk berkomunikasi atau berinteraksi pada bila-bila masa. Takrifan tersebut memberikan maksud kepada kita bahawa teknologi maklumat dan komunikasi berkaitan dengan penggunaan teknologi komunikasi sebagai alat untuk melaksanakan proses komunikasi. Oleh itu, teknologi komunikasi merupakan medium atau perantara yang boleh dimanafaatkan oleh pelbagai pihak tanpa mengira situasi, masa, dan lokasi geografi. Sebagai asasnya, terdapat tiga komponen utama yang membangunkan teknologi maklumat dan komunikasi. Tiga perkara tersebut ialah teknologi komputer, teknologi komunikasi, dan teknologi media. Kombinasi ketiga-tiga teknologi tersebut mempunyai keupayaan untuk menggerak dan mewujudkan satu kuasa teknologi yang bernilai dan berdaya maju dari aspek komunikasi. Implikasinya, kaedah dan cara kita berkomunikasi akan menjadi semakin maju, pantas, dan efektif. Apa yang pasti ialah teknologi maklumat dan komunikasi akan memberikan pelbagai manafaat kepada kehidupan kita semua. Terdapat juga penulis yang mendefinisikan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai penggabungan antara teknologi komputer, multimedia, dan sistem telekomunikasi. Penggabungan ketiga-tiga perkara tersebut akan mempertingkatkan prestasi sekaligus meningkatkan nilai penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dari kaca mata masyarakat. Namun demikian, untuk4

memudahkan pemahaman dan penguasaan kita dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, maka elemen atau komponen utama yang membangunkan teknologi maklumat dan komunikasi perlu dikenal pasti. Antara komponen utama dalam sistem teknologi maklumat dan komunikasi ialah komputer. Lantaran itu, setiap lapisan masyarakat perlu mempelajari dan memahami teknologi komputer terlebih dahulu sebelum menguasai dan menerokai bidang teknologi maklumat dan komunikasi secara mendalam. Oleh yang demikian, dalam bab seterusnya kita akan mempelajari tentang teknologi komputer kerana ia merupakan salah satu alat penting dalam sistem teknologi maklumat dan komunikasi. SOALAN DALAM TEKS 1.2

1. 2. 3.

Jelaskan definisi teknologi maklumat dari perspektif pengurusan. Jelaskan definisi teknologi maklumat dan komunikasi. Apakah perbezaan di antara istilah teknologi maklumat dengan istilah teknologi maklumat dan komunikasi.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.3

KOMPUTER

Anda telahpun sedia maklum bahawa komputer merupakan salah satu elemen penting dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Dalam konteks negara kita, komputer dibahagikan kepada dua kategori jenama iaitu komputer jenama luar negara dan komputer jenama tempatan. Antara komputer jenama luar negara ialah Dell, IBM, Acer, Packard Bell, Samsung, dan sebagainya. Manakala komputer jenama tempatan seperti PC Suria, MIMOS, SerindIT, dan sebagainya. Oleh yang demikian, boleh dikatakan hampir kesemua masyarakat hari ini telahpun melihat komputer secara fizikal seperti mana ditunjukkan dalam Rajah 1.1. Komputer secara umumnya ditakrifkan sebagai peralatan elektronik yang direka atau dicipta bagi menerima sesuatu input (data), memproses data kepada maklumat, dan seterusnya menyimpan maklumat dan data dalam bentuk setoran sekunder bagi kegunaan pihak5

tertentu. Proses-proses seperti penerimaan, penukaran, dan penyimpanan data dan maklumat dikendali atau diarahkan oleh perisian (software) dan digaya serta direka bentuk oleh peralatan (hardware). Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa perisian dan perkakasan merupakan komponen asas penting dalam sistem komputer.Rajah 1.1 Komponen Asas Sistem Komputer

Komputer juga didefinisikan sebagai alat elektronik yang menyimpan maklumat pada cakera atau pita bermagnet, menganalisisnya, dan mengeluarkan maklumat apabila diperlukan. Berdasarkan takrifan tersebut maka secara jelasnya terdapat tiga fungsi utama komputer iaitu menyimpan, menganalisis, dan mengeluarkan maklumat. Namun demikian, kita mendapati bahawa komputer hari ini boleh melaksanakan pelbagai fungsi yang berkaitan dengan pengurusan. Antara fungsi pengurusan tersebut ialah komunikasi, perancangan, analisa, kawalan, pemantauan, pengunjuran, dan sebagainya. Untuk itu, kita perlu memanfaatkan komputer bagi melaksanakan pelbagai fungsi pengurusan dalam kehidupan seharian. Sistem komputer mempunyai keupayaan menjalankan sesuatu tugasan kerja tertentu dan permintaan terhadap keupayaan sesuatu sistem komputer adalah berbeza-beza di kalangan organisasi. Perbezaan keupayaan tersebut bergantung kepada faktor-faktor seperti saiz organisasi, jenis dan struktur organisasi, sumber kewangan dan dana organisasi, operasi dan jenis sistem pengurusan, dan sebagainya. Dengan ini, kita perlu mempertimbangkan faktor-faktor tadi sebelum menentukan jenis dan sistem komputer yang sesuai dengan kehendak kita. Komputer mempunyai keupayaan dan kecekapan yang tersendiri semasa menjalankan tugas. Secara umumnya, cip pemproses mikro merupakan salah satu alat penting yang menentukan keupayaan sistem komputer yang kita gunakan. Antara pemproses yang didapati di pasaran ialah Pentium, Cyrix, dan AMD Duron. Namun begitu, kita jangan terlalu6

memikirkan mengenai pemilihan cip pemprosesan mikro kerana terdapat faktor lain yang turut mempengaruhi prestasi dan keupayaan sistem komputer. Secara umumnya, kita akan membincangkan komputer berdasarkan dua bahagian utama iaitu perkakasan komputer (komputer hardware) dan perisian komputer (komputer software). Anda perlu merujuk Rajah 1.2 untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai pembahagian tersebut. Berdasarkan rajah tersebut jelaslah bahawa perkakasan komputer terdiri daripada perkakasan kemasukan, pemproses, penyimpanan dan keluaran. Manakala perisian komputer pula terdiri daripada perisian sistem pengoperasian, perisian aplikasi, dan perisian utiliti. Oleh yang demikian, adalah penting untuk anda mempelajari mengenai perkakasan dan perisian komputer kerana kedua-dua komponen tersebut adalah saing berkaitan antara satu dengan lain. Tambahan pula, jenis perkakasan dan perisian juga merupakan salah satu faktor yang perlu diambil kira semasa membuat keputusan mengenai pembelian komputer.Rajah 1.2 Struktur Asas Komputer KOMPUTER

PERKAKASAN Perkakasan Kemasukan (input) Perkakasan Pemproses Perkakasan Penyimpanan Perkakasan Keluaran (output)

PERISIAN Perisian Pengoperasian Sistem Perisian Aplikasi Perisian Utiliti

1.3.1

Perkakasan Komputer

Perkakasan komputer (komputer hardware) secara umumnya dirujuk sebagai peralatan yang dapat disentuh, dipegang, dan dilihat secara fizikal. Peralatan tersebut merupakan komponen-komponen yang boleh diuruskan secara fizikal. Ini bermakna perkakasan komputer merujuk secara khusus kepada bahagian fizikal bagi sesebuah komputer. Bagi melaksanakan fungsi komputer seperti yang diingini oleh seseorang pengguna, maka set komponen perkakasan yang sesuai adalah perlu diguna dan dioperasikan bersama sebagai satu unit sistem.7

Untuk pengetahuan anda, perkakasan komputer dikategorikan kepada perkakasan luaran dan perkakasan dalaman seperti mana yang disenaraikan dalam Jadual 1.1.Jadual 1.1 Perkakasan Luaran dan Dalaman Komputer Perkakasan Luaran Papan Kekunci Monitor Tetikus Modem Pembesar Suara Pencetak Pengimbas Pen digital Perkakasan Dalaman Cakera Keras Jam Sistem Unit Pemprosesan Pusat Papan Litar Utama Papan Litar sokongan Ingatan Talian Bus Port (Liang)

Namun demikian, adalah penting untuk anda mempelajari perkakasan komputer berdasarkan fungsian perkakasan itu sendiri. Untuk itu, kita akan membincangkan mengenai perkakasan kemasukan (input), perkakasan pemproses, perkakasan penyimpanan (setoran) dan perkakasan keluaran (output). Anda perlu menyedari bahawa keempatempat fungsian perkakasan tersebut secara langsung berkaitan dengan prosedur pemprosesan maklumat menggunakan sistem komputer. (a) Perkakasan kemasukan

Untuk pengetahuan anda, perkakasan atau peranti input berperanan sebagai alat penterjemah data dan program ke dalam satu bentuk yang boleh diproses oleh komputer. Dengan kata lain, perkakasan input berperanan sebagai alat untuk memasukkan data ke dalam sistem komputer. Kita akan membincangkan peranti input yang paling asas iaitu papan kekunci dan tetikus manakala anda digalakkan untuk mengenal pasti perkakasan kemasukan yang lain. Untuk itu, anda boleh merujuk kepada Rajah 1.3 dan Rajah 1.4.Rajah 1.3 Papan Kekunci

8

Selain tetikus dan papan kekunci, antara alatan lain yang boleh digunakan untuk kemasukan data ialah pengimbas, pen digital, skrin sesentuh, plotter, dan mikrofon. Penggunaan perkakasan kemasukan data adalah berdasarkan kepada tugas yang ingin dilaksanakan oleh seseorang pengguna.Rajah 1.4 Pengimbas

Kalau diperhatikan papan kekunci, kita mendapati bahawa terdapat pelbagai jenis butang dan setiap butang tersebut mempunyai fungsi tersendiri. Untuk itu, jenis butang dan fungsinya dinyatakan secara ringkas seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) (x) (xi) (b) Butang F1 hingga F12 - Memperolehi perintah khas. Butang Ctrl (Control) - Memperolehi kod aksara dan digunakan serentak dengan kekunci lain. Butang Alt (Alternate) - Memperolehi perintah asas dan biasanya digabungkan dengan kunci lain. Butang Enter - Memasukkan maklumat atau melaksanakan arahan pengguna. Butang Esc (Escape) - Untuk keluar dari sesuatu mod dan pindah ke mod lain. Butang Num Lock (Number Lock) - Untuk menukar mod penggerak kursor kepada mod kunci berangka dan menjadikan komputer sebagai mesin kira-kira. Butang Prn Scr (Print Screen) - Untuk mencetak apa saja yang terpapar pada skrin komputer. Butang Home - Menggerakkan kursor ke sebelah kiri layer. Butang Ins (Insert) - Untuk menyelit teks. Butang Del (Delete) - Untuk memadam aksara. Butang PgUp (Page Up) - Untuk melihat muka surat iaitu selepas muka surat yang terpapar di skrin komputer.

Perkakasan pemprosesan

Untuk pengetahuan anda, bahagian pemprosesan merupakan bahagian yang kompleks dari aspek kandungannya. Namun demikian, untuk memudahkan pemahaman anda, antara bahagian utama ialah Unit9

Pemprosesan Pusat (Central Procesing Unit), Ingatan (Memory), Papan Induk (motherboard), cip memori (ingatan capaian rawak atau Random Access Memory), Basic Input Output System (BIOS), dan Pemproses (processor) yang mempunyai kapasiti yang berbeza-beza. Kita akan mempelajari dua bahagian sahaja iaitu Unit Pemprosesan Pusat dan Ingatan. 1. Unit pemprosesan pusat

Unit Pemprosesan Pusat merupakan komponen yang dianggap sebagai otak komputer yang bertindak menjalankan pemprosesan sekaligus sebagai stor penyimpanan utama. Ia juga merupakan bahagian utama komputer yang paling penting untuk membolehkan komputer berfungsi sebagai pengawal dan memanipulasikan data untuk memproses maklumat. Pendek kata Unit Pemerosesan Pusat merupakan pusat kepada operasi sesebuah komputer dan segala bentuk operasi dan perjalanan komputer ditentukan olehnya. Unit Pemprosesan Utama bertindak menerima dan memproses segala arahan yang dimasukkan melalui perkakasan kemasukan (input). Untuk itu, Unit Pemprosesan Pusat dianggap sebagai: (i) (ii) (iii) satu unit kerana ia merupakan microchip yang terdiri daripada berjuta-juta transistor. pemproses kerana ia memproses setiap data yang dimasukkan ke dalam sistem komputer. pusat utama kerana ia adalah komponan 'otak' bagi komputer.

Dengan ini, dapat kita simpulkan bahawa Unit Pemprosesan Pusat merupakan pusat aktiviti bagi sesebuah komputer. Untuk itu, ia melaksanakan fungsi berikut: Menerima data dari perkakasan input seperti papan kekunci, tetikus, joystick, modem atau cakera. Proses ini dikenali sebagai Aliran Masuk (input). (ii) Memproses data atau arahan dan memaparkannya pada layar video. Proses ini dipanggil Aliran Keluar (output). (iii) Menghantar maklumat yang telah diproses ke mesin cetak untuk percetakan. Proses ini juga dipanggil Aliran Keluar Maklumat (output). (iv) Menghantar maklumat yang telah diproses ke Modem untuk perhubungan luar. Ini dipanggil Aliran Keluar Maklumat (output). (v) Menyimpan ingatan untuk digayakan mengikut keperluan (pensetoran). Ingatan utama10

(i)

2.

Bahagian ini juga dikenali sebagai Simpanan Utama (primary storage) atau ingatan utama (main memory) atau Ingatan Capaian Rawak (Random Access Memory) yang berfungsi semasa komputer sedang digunakan. Ingatan komputer ini akan menjalankan tiga tugas utama, iaitu (i) (ii) (iii) memegang data sementara menunggu data diproses; memegang arahan-arahan program yang digunakan untuk memproses data; dan memegang data yang telahpun diproses.

Selain daripada Random Access Memory, Read Only Memory (ROM) juga termasuk dalam bahagian ingatan komputer tetapi hanya sebagai ingatan membaca sahaja dan ia tidak boleh digunakan untuk melakukan sebarang bentuk perubahan struktur pada sesuatu data. Untuk pengetahuan anda, Read Only Memory tidak memiliki keupayaan untuk menyimpan sesuatu data atau arahan yang diberikan oleh pengguna. Namun demikian, Read Only Memory tetap mempunyai fungsi untuk mengarahkan kemasukan sesuatu kata laluan (pass word) bagi membolehkan sesebuah program itu boleh berfungsi. Oleh itu, ia mengandungi arahan bagi memulakan sistem yang bersifat non-volatile. Secara ringkasnya, setoran utama berfungsi untuk menyimpan data dan arahan untuk tempoh sementara. Kemudiannya arahan dan maklumat daripada setoran utama akan disimpan secara kekal di dalam setoran sekunder. Dengan ini, kedua-dua setoran tersebut saling bekerjasama dan berintegrasi untuk melaksanakan fungsi penyimpanan sesebuah sistem komputer. (c) Perkakasan pensetoran

Setoran sekunder berperanan memegang data dan program, dan merupakan media tambahan kepada setoran utama sistem komputer. Data yang disimpan dalam setoran sekunder adalah kekal dan boleh menampung bilangan data yang lebih banyak berbanding setoran utama. Data dan arahan dalam setoran sekunder adalah bersifat kekal, boleh diguna semula (recycle), dan diubah suai berdasarkan keperluan pengguna. Jenis-jenis media yang penting bagi setoran sekunder adalah seperti berikut: 1. Cakera liut

Cakera liut (floppy disk) juga dikenali sebagai disket yang berfungsi sebagai penyimpan data. Terdapat dua saiz yang biasa kita dengar iaitu 5 inci dan 3 inci. Untuk tujuan penyimpanan data, cakera liut akan11

dimasukkan ke dalam pemacu cakera liut. Rajah 1.5 menunjukkan pemacu cakera liut.Rajah 1.5 Pemacu Cakera Liut

2.

Cakera keras

Cakera keras atau Hard Disk juga mempunyai fungsi yang sama seperti cakera liut yang boleh menyimpan data secara kekal. Sebagaimana cakera liut, cakera keras boleh menulis dan membaca data. Namun kelajuan dan saiz kapasiti bagi cakera keras untuk menyimpan data adalah lebih besar berbanding dengan cakera liut. Rajah 1.6 merupakan contoh bagi pemacu cakera keras.Rajah 1. 6 Pemacu Cakera Keras

Walaupun cakera keras boleh menyimpan data secara kekal namun cakera keras juga sering mengalami masalah atau risiko seperti kerosakan atau bad sector pada fail, hentakan kuat, terdedah kepada medan magnet yang terlalu tinggi, dan jangkitan virus. Oleh yang demikian, anda perlu mematuhi cara untuk meminimumkan risiko kerosakan bagi mengurangkan kehilangan atau kerosakan data yang disimpan. 3. Cakera optik

Cakera Optik merupakan cakera yang berfungsi untuk penyimpanan data besar. Terdapat tiga jenis Cakera optik, iaitu (i) Compact Disk-Read-Only Memory ataupun CD-ROM yang berfungsi untuk membaca sahaja dan data tidak boleh digunakan semula dan dihapuskan.12

(ii) (iii)

Write Once, Read Many atau WORM hanya boleh ditulis sekali sahaja dan tidak boleh dipadam oleh pengguna tetapi boleh dibaca berkali-kali. Read and Write atau CD RW iaitu cakera optik yang boleh ditulis dan dipadam serta boleh juga digunakan beberapa kali.

Pemilihan jenis cakera optik adalah bergantung kepada keperluan dan tujuan sesuatu kerja dilakukan. Selain itu, pengguna perlu mengetahui saiz data atau maklumat yang ingin disimpan. Ini kerana setiap jenis cakera optik mempunyai kapasiti penyimpanan data yang berbeza-beza dan kapasiti penyimpanan data adalah banyak bergantung kepada jumlah memori yang ada pada sesuatu cakera optik. (d) Perkakasan keluaran

Selepas menggunakan peranti input untuk memasukkan data, anda sudah pasti ingin mengetahui bagaimana data yang telah diproses tadi dikeluarkan. Antara bentuk yang terhasil ialah dokumen teks, grafik atau bunyi yang membawa makna tertentu kepada pengguna. Hasil atau ouput ini terdapat dalam dua kategori iaitu Softcopy dan Hardcopy. Untuk itu, dua peranti output iaitu monitor dan pencetak dibincangkan. Untuk pengetahuan anda, Rajah 1.7 merupakan contoh monitor. 1. Monitor

Monitor juga dikenali sebagai skrin paparan atau terminal paparan video. Terdapat tiga jenis Monitor, yakni: (i) (ii) Monitor komposit - menggabungkan warna hijau atau jingga serta berkemampuan untuk memaparkan teks dan grafik. Monitor monokrom - monitor yang memaparkan satu warna sahaja. Warna-warna yang dipaparkan adalah putih, hijau atau kuning dengan latar belakang hitam. Monitor monokrom selalunya tidak memaparkan gambar grafik kerana ia lebih khusus kepada paparan teks. Monitor warna - menggabungkan pelbagai warna serta mempunyai kemampuan yang lebih tinggi untuk memaparkan teks dan grafik dengan lebih baik berbanding dengan monitor jenis komposit.

(iii)

13

Rajah 1. 7 Monitor

2.

Pencetak

Pencetak merupakan salah satu peranti output yang berfungsi mencetak bahan-bahan yang dipaparkan dalam bentuk dokumen. Terdapat beberapa jenis pencetak seperti matrik bintik (dot matrix), haba (thermal), pancutan dakwat (ink jet atau bubble jet), laser dan plotter. Rajah 1.8 merupakan contoh pencetak. (i) Pencetak matrik bintik - mempunyai pengetukpengetuk kecil berbentuk bintik yang menghasilkan cetakan warna sebanyak tiga warna asas yang kemudiannya membentuk warna-warna lain. Pencetak pancutan atau semburan dakwat mempunyai kelajuan sepuluh kali ganda lebih cepat daripada pencetak biasa. Pencetak laser - menggunakan sinaran dalam proses cetakan. Pencetak laser juga menggunakan cahaya kuat untuk mencetak. Pencetak laser menghasilkan cetakan berkualiti tinggi tetapi kos cetakan adalah mahal. Plotter merupakan pencetak yang digunakan untuk tujuan pencetakan peta, logo, moto, gambar foto yang bersaiz besar, dan sebagainya.Rajah 1.8 Pencetak Jenis Sembur Dakwat

(ii) (iii)

(iv)

(e)

Perkakasan komunikasi

Peranti komunikasi secara umumnya berfungsi untuk menghantar data dan program daripada satu komputer ke komputer lain. Biasanya14

mikrokomputer menggunakan modem sebagai peranti komunikasi. Alat ini berperanan menterjemah isyarat yang dialirkan oleh arus elektrik daripada komputer penghantar dan dipindahkan melalui talian telefon. Manakala modem pada komputer penerima pula akan menukar semula isyarat tersebut kepada maklumat yang mudah difahami oleh pengguna. Oleh yang demikian, secara asasnya terdapat dua modem digunakan semasa proses komunikasi iaitu modem pada komputer penghantar dan modem pada komputer penerima. 1.3.2 Perisian Komputer

Setelah kita mempelajari bahagian fizikal sesebuah komputer maka bahagian bukan fizikal pula akan dipelajari. Perisian komputer (komputer software) ataupun program komputer secara umumnya berkaitan dengan set arahan elektronik yang mengarahkan supaya sistem komputer untuk beroperasi dan melaksanakan sesuatu tugasan yang dikehendaki. Contohnya, perisian Microsoft Windows, Adobe Photoshop, Macromedia Director, Netscape Communication, Corel Draw, dan sebagainya. Oleh yang demikian, perisian komputer merupakan penggerak utama kepada perjalanan dan pengoperasian sesuatu sistem komputer. Untuk makluman anda, perisian komputer dikategorikan kepada tiga kategori utama yakni perisian sistem pengoperasian (operating system software), perisian aplikasi (application software) dan perisian utiliti (utility software). Rajah 1.9 merupakan pembahagian kategori perisian tersebut. Adalah penting untuk anda mengetahui contoh bagi setiap kategori perisian tersebut.Rajah 1.9 Kategori Umum Perisian Komputer

PERISIAN

PERISIAN PENGOPERASIAN SISTEM

PERISIAN APLIKASI

PERISIAN UTILITI

Anda juga perlu mengetahui konsep dan fungsi asas bagi ketiga-tiga kategori perisian tersebut supaya peranannya dapat dibezakan.15

Perbandingan di antara jenis perisian adalah penting terutamanya ketika menganalisis dan mengkaji secara terperinci mengenai komponenkomponen perisian tersebut. (a) Perisian sistem pengoperasian

Perisian ini merangkumi sistem operasi sesebuah komputer beserta kemudahan-kemudahan yang berkaitan yang membolehkan sesebuah sistem komputer beroperasi dan melaksanakan fungsi-fungsi yang berkaitan dengan perjalanan sesebuah komputer. Tanpa perisian operasi maka komputer tidak mungkin dapat beroperasi kerana perisian operasi merupakan perisian asas yang perlu wujud dalam sesebuah komputer sebelum perisian-perisian lain dipasangkan (installation) ke dalam sesebuah komputer. Contoh-contoh perisian operasi ialah Microsoft Windows, UNIX, Disk Operating System (DOS), dan MacOS. (b) Perisian aplikasi

Perisian aplikasi pula merujuk kepada perisian yang membolehkan seseorang pengguna melaksana dan melakukan tugasan yang dikehendaki. Pemilihan perisian aplikasi adalah bergantung kepada keperluan dan fungsi yang ingin dilaksanakan. Misalnya, jika anda ingin melaksanakan fungsi menaip data, kemasukan data, menulis surat, merangka memo, dan sebagainya yang berkaitan maka perisian aplikasi yang digunakan ialah Microsoft Word. Perisian aplikasi juga dikenali sebagai perisian produktiviti yang mana ia direka untuk pengguna biasa dan kumpulan profesional bagi mempertingkatkan produktiviti kerja. Antara kategori perisian aplikasi yang terdapat di pasaran ialah perisian pemprosesan perkataan, pangkalan data, reka bentuk grafik, persembahan elektronik, perisian komunikasi, desktop publishing, desk accessory, komputer-assisted software engineering (CASE), sistem pakar (expert system), dan sebagainya. (c) Perisian utiliti

Perkakasan utiliti merupakan perisian sokongan yang berfungsi sebagai pembantu memastikan kelancaran dan fungsian perkakasan dan perisian komputer yang digunakan. Contoh perisian utiliti ialah perisian antivirus, perisian pemadatan fail, perisian penyimpanan data, dan sebagainya. Untuk itu, perbincangan kita dalam mata pelajaran ini menumpukan kepada perisian aplikasi seperti pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, pangkalan data,carta dan rajah, persembahan elektronik,16

grafik, dan sebagainya. Jadual 1.2 menyenaraikan beberapa contoh perisian aplikasi. Mungkin anda sudahpun mempunyai pengalaman menggunakan perisian aplikasi tersebut. Untuk makluman anda, perisian aplikasi ini boleh diperolehi secara pakej seperti Pakej Microsoft Office. Selain itu, terdapat juga perisian aplikasi yang bukan dalam bentuk pakej khusus (single program) seperti Corel Draw, PhotoShop, Flash, dan sebagainya. Sama ada dalam bentuk pakej ataupun bukan pakej masing-masing mempunyai kelebihannya yang tersendiri.Jadual 1.2 Kategori Perisian Aplikasi dan Contoh Perisian Kategori Perisian Aplikasi Pemprosesan Perkataan Lembaran Kerja Elektronik Pangkalan Data Grafik dan Ilustrasi Pengarangan Multimedia Persembahan Multimedia Bahasa Pengaturcaraan Telekomunikasi Permainan Pendidikan (Education) Contoh Nama Perisian Aplikasi Microsoft Word, Word Perfect, dan Word Star Lotus 123, Microsoft Excel Dbase, File Maker Pro, Microsoft Access Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Painter, Corel Draw Macromedia Authorware, Toolbook, Icon Author Microsoft Power Persuassion, Flash Point, Adobe

Turbo C, C++, Visual Basic, Delphi Netscape Communicator, Meeting, Eudora Microsoft

Doom, Doke Nukem, Tomb Raider, Myst Math At Work, The Magic School Bus

Anda telah didedahkan mengenai perisian aplikasi yakni perisian yang digunakan untuk melaksanakan fungsi dan tugas rutin dalam konteks pengurusan organisasi masa kini. Oleh yang demikian, anda perlu memanfaatkan pengetahuan tersebut untuk melaksanakan urusan seharian. Sebagai tambahannya, antara bidang yang boleh memanafaatkan kelebihan perisian aplikasi ialah pengurusan pejabat, pengurusan perniagaan, pengurusan kewangan, pengurusan aset, pengurusan alam sekitar, pengurusan pelancongan, dan sebagainya.

17

SOALAN DALAM TEKS 1.3

1. 2. 3. 4.

Apakah yang dimaksudkan dengan komputer, perkakasan komputer, dan perisian komputer? Senaraikan perkakasan komputer yang anda ketahui. Jelaskan secara ringkas mengenai perisian sistem pengoperasi, perisian aplikasi, dan perisian utiliti. Berikan nama mana-mana perisian aplikasi yang anda ketahui.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.4 1.4.1

KOMPUTER UNTUK PENGURUSAN Fungsi Komputer

Anda telahpun biasa mendengar tentang penggunaan komputer untuk melaksanakan tugasan rutin di pejabat anda. Anda juga mungkin pernah melihat penggunaan komputer dalam urus niaga harian seperti mana yang digunakan dalam restoran makanan segera di negara kita. Komputer secara umumnya boleh dikatakan sebagai keperluan asasi untuk melaksanakan tugasan rutin seharian oleh kebanyakan organisasi sama ada organisasi kerajaan ataupun bukan kerajaan. Dengan ini, komputer merupakan alat yang digunakan untuk melaksanakan fungsifungsi pengurusan seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) Perancangan Pengurusan Kawalan Kepimpinan

Untuk memperincikan pemahaman anda maka anda akan mempelajari bagaimana komputer digunakan untuk melaksanakan keempat-empat fungsi pengurusan tersebut.

18

Rajah 1.10 Fungsi Pengurusan yang Dijayakan oleh Komputer

Fungsi Perancangan

Fungsi Pengurusan

Fungsi Pengurusan

Fungsi Kawalan

Fungsi Kepimpinan

(a)

Perancangan

Dalam konteks perancangan, komputer digunakan sebagai alat dalam proses perancangan bermula daripada peringkat praperancangan hingga ke peringkat pelaksanaan perancangan. Kita akan meneliti contoh perancangan perniagaan menggunakan komputer. Seperti mana yang anda maklumi, sebelum sesuatu perniagaan dilaksanakan perancangan adalah perkara yang penting. Untuk tujuan itu, komputer boleh digunakan untuk tujuan seperti analisis pasaran, analisis kompetatif syarikat, analisis untung-rugi, analisis risiko, analisis kosmodal dan sebagainya. Selain itu, perancangan untuk pinjaman kewangan, sumber manusia, sumber modal, dan sebagainya merupakan perkara yang turut dipertimbang dan diputuskan secara teliti. Oleh yang demikian, komputer boleh digunakan kerana ia berkeupayaan dalam membantu proses pembuatan keputusan tersebut. Oleh yang demikian, penggunaan komputer dalam proses perancangan akan mempercepat dan mempermudahkan tugas-tugas rumit tersebut. Untuk itu, sektor perniagaan perlu memilih perisian yang sesuai dengan kehendak pengurusan organisasi mereka. (b) Pengurusan

Komputer berfungsi sebagai alat dalam mengurus aliran proses dalam organisasi. Sebagai contohnya kita akan mempelajari proses pengeluaran produk dalam kilang. Proses pengeluaran produk dalam kilang boleh dilaksanakan dengan menggunakan teknologi komputer. Biasanya19

pengeluaran sesuatu produk akan melalui beberapa peringkat atau fasa dan setiap fasa pula akan melibatkan tugasan yang berbeza. Oleh kerana fasa-fasa pengeluaran produk boleh disusun mengikut aliran maka komputer yang berprogram simulasi boleh digunakan dalam mengurus aliran proses pengeluaran produk tersebut. Untuk pengetahuan anda, program simulasi komputer merupakan program komputer yang telahpun digunakan dalam kebanyakan kilang di negara maju di Barat termasuklah negara Eropah. (c) Kawalan

Penggunaan komputer dari perspektif kawalan boleh dikaji dalam pelbagai perspektif. Untuk memudahkan pemahaman anda maka kita akan mempelajari penggunaan komputer dalam kawalan mutu produk. Untuk makluman anda, kawalan kualiti produk merupakan tugasan yang rumit dan rigit serta melibatkan pematuhan terhadap prosedur yang ketat. Tatacara sebegini adalah penting dalam menentukan kualiti produk yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat yang standard. Syarikat yang tidak melaksanakan kawalan kualiti dengan berkesan berkemungkinan besar akan menghadapi masalah untuk bersaing dalam pasaran tempatan mahupun pasaran antarabangsa. Kawalan kualiti secara berkomputer akan membantu pengurus kawalan kualiti untuk memeriksa aspek-aspek rumit spesifikasi sesuatu produk. Aspek rumit misalnya dalam industri pengeluaran chip komputer agak sukar dilaksanakan melalui tenaga kerja manusia sepenuhnya. Dalam hal ini, simulasi komputer akan digunakan untuk mengesan dan mengeluarkan produk yang tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan sebelum produk tersebut sampai ke bahagian akhir fasa pengeluaran. Oleh yang demikian, komputer membantu dalam proses kawalan kualiti dengan efisien. (d) Kepimpinan

Kepimpinan merupakan tugas mencabar terutamanya dalam organisasi yang besar dan dinamik. Boleh dikatakan bahawa kepimpinan merupakan penentu kepada kejayaan sesebuah syarikat sama ada syarikat multinasional, syarikat multidomestik, syarikat antarabangsa, dan sebagainya. Pemimpin sesebuah organisasi terutamanya organisasi berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi biasanya menggunakan teknologi komputer atau teknologi maklumat untuk tujuan memimpin organisasi. Penggunaan komputer atau teknologi maklumat dalam memimpin organisasi membolehkan pemimpin organisasi berkenaan20

mengintegrasikan operasi kerja untuk kesemua bahagian (division) yang berada di bawah kawalannya. Kemudian para pemimpin organisasi boleh melaksanakan kajian, penelitian, dan mengikuti perkembangan semasa seterusnya memantau perjalanan operasi organisasi secara keseluruhannya. Dengan ini, proses kepimpinan dilaksanakan secara cepat dan sebarang tindakan boleh dilakukan dengan pantas terutamanya ketika menghadapi perubahan tidak menentu dalam perniagaan. Kesimpulannya, komputer atau teknologi maklumat merupakan alat yang digunakan dalam melaksanakan fungsi-fungsi pengurusan dalam organisasi secara efektif dan efisien. Organisasi pengurusan perlu memanipulasikan teknologi komputer ke tahap maksimum kerana ia berkeupayaan untuk mempertingkatan prestasi organisasi. SOALAN DALAM TEKS 1.4

1. 2.

Nyatakan empat fungsi asas pengurusan yang boleh dijayakan melalui penggunaan komputer. Terangkan secara ringkas bagaimana komputer digunakan dalam pengurusan restoran makanan segera.

Semak jawapan anda di akhir bab ini. 1.4.2 Amalan Komputer dalam Pengurusan

Bahagian ini akan memfokus kepada penggunaan komputer dalam sektor utama yakni sektor kewangan dan perbankan. Untuk sektor lain, anda digalakkan untuk menyelidiki atau membuat rujukan tambahan bagi mengetahui bagaimana komputer digunakan dalam sektor lain di sekeliling anda. Semenjak dari awal lagi, industri perbankan telahpun menggunakan komputer untuk melaksanakan aktiviti seperti penyimpanan kira-kira, perakaunan, pengesanan, dan pembahagian cek. Ini menyebabkan urusan antara pelanggan dan bank seperti pemindahan, penyimpanan, pengeluaran dan pertanyaan menjadi efisien. Hari ini, kebanyakan sistem komputer dalam sektor perbankan boleh melaksanakan fungsi seperti: (i) (ii) Memproses cek. Mengawal akaun pelanggan (kad kredit).21

(iii) (iv) (v) (vi)

Memproses deposit dan pengeluaran. Mengira faedah pinjaman. Mengira bonus atau faedah simpanan. Memindahkan wang dari satu akaun ke satu akaun atau dari satu bank ke satu bank yang lain.

Urusan pemindahan atau penghantaran wang merentasi negara juga dilaksanakan oleh kebanyakan bank di negara kita. Bank-bank diintegrasikan antara satu sama lain dalam satu rangkaian komputer bagi memudahkan proses penghantaran dilakukan. Dengan bantuan teknologi satelit dan transmisi kabel, mesej boleh dihantar dari satu bank ke satu bank yang lain dalam masa yang singkat. Kita akan mempelajari dua contoh aplikasi sistem komputer yang telah dibangunkan dan digunakan. Dua contoh aplikasi tersebut ialah Sistem Pemindahan Dana Elektronik (Electronic Funds Transfer Systems) dan Mesin Juruwang Automatik (Automated Teller Machines). Kedua-dua sistem komputer tersebut telah digunakan di kebanyakan negara termasuklah Malaysia. (a) Sistem pemindahan dana elektronik

merupakan sistem berkomputer yang memproses maklumat mengenai transaksi kewangan dan membantu pertukaran maklumat. Sesebuah syarikat yang membayar gaji pekerja dengan pemindahan dana terus kepada akaun simpanan akan menggunakan salah satu daripada fungsi sistem ini. Selain itu, sistem ini membolehkan proses pembayaran pinjaman atau membuat pelaburan dilakukan dengan cepat dengan mengarahkan pihak bank untuk melaksanakan proses kredit atau debit dalam akaun dan memindahkan ia terus ke bank atau institusi kewangan lain seperti yang dikehendaki. Untuk pengetahuan anda, sistem ini menggunakan teknologi komputer, talian atau rangkaian komputer dan sistem satelit yang menghubungkan pelbagai pihak berkepentingan seperti pelanggan dengan bank, bank dengan bank dan bank dengan institusi kewangan lain. (b) Mesin juruwang automatik

Merupakan mesin interaktif yang membenarkan pelanggan mengakses komputer sesebuah bank dan menjalankan transaksi seperti pengeluaran wang, penyimpanan deposit, pertanyaan baki, dan sebagainya. Dengan adanya mesin ini, pelanggan boleh melaksanakan proses transaksi kewangan tanpa mengira masa kerana khidmat mesin ini beroperasi selama 24 jam. Mesin ini juga biasanya dihubungkan dengan cawangan bank yang berkaitan atau bank lain yang terletak di serata tempat bagi memudahkan pelanggan berurusan tanpa mengira tempat dan masa.22

Dalam konteks Negara Malaysia, kita telahpun biasa mendengar tentang Sistem Pembayaran Elektronik Malaysia ataupun istilah popularnya MEPS. Sistem Pembayaran Elektronik Malaysia merupakan aplikasi yang dibangunkan untuk memudahkan rakyat Malaysia melaksanakan transaksi kewangan pada bila-bila masa tanpa mengira lokasi pengeluaran dengan menggunakan kad bank yang mempunyai simbol MEPS. Di negara luar seperti Amerika Syarikat jaringan seperti CIRRUS membolehkan pelanggan melakukan proses transaksi dari mana-mana mesin yang disambungkan dalam jaringan tersebut. Ini bermaksud CIRRUS merupakan rangkaian Mesin Juruwang Automatik yang dihubungkan antara satu sama lain dan dikawal oleh satu komputer nasional. CIRRUS juga disambung dengan sistem komputer dari serata dunia. Dalam konteks negara kita, Sistem Pembayaran Elektronik Malaysia ataupun MEPS berperanan seperti mana CIRRUS ini. SOALAN DALAM TEKS 1.5 1. 2. Nyatakan tiga bidang pengurusan yang menggunakan komputer sebagai medium melaksanakan tugas rutin harian. Nyatakan tiga fungsi komputer dalam sektor perbankan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.5

TEKNOLOGI WINDOWS

Seperti mana yang anda pelajari dalam sub bahagian yang lepas, Windows merupakan salah satu daripada perisian sistem pengoperasian. Tajuk perbincangan memfokuskan kepada teknologi Windows kerana Windows merupakan teknologi sistem pengoperasian yang paling banyak digunakan dalam pelbagai organisasi pada masa kini. Boleh dikatakan bahawa teknologi Windows merupakan sistem pengoperasian popular yang digunakan dalam konteks pengurusan organisasi. Teknologi Windows dibangunkan oleh syarikat gergasi Microsoft dan ianya sentiasa dipertingkatkan keupayaan dan prestasi bermula dari kemunculan Windows 3.1, Windows 95, Windows 98, Windows Mellinium Edition (ME), Windows CE, dan Windows New Technology (NT) hinggalah versi terkini Windows XP. Kita akan bincangkan tentang Windows pelbagai versi ini dan agak menarik untuk kita mengetahui tentang keupayaan setiap versi tersebut.23

Namun demikian, perlu anda ketahui bahawa Disk Operating System merupakan jenis sistem pengoperasian yang biasa digunakan oleh pengguna komputer mikro pada masa dahulu. Antara Disk Operating System yang popular ialah Microsoft Disk Operating System (MS-DOS) dan Personel Komputer Disk Operating System (PC-DOS). Namun pada masa kini, Disk Operating System semakin kurang popular dan digantikan oleh Sistem Pengoperasian yang lebih menarik dan mudah digunakan seperti teknologi Windows. 1.5.1 Microsoft Windows 3.1

Ia merupakan Sistem Pengoperasian yang menyediakan persekitaran lebih selesa kepada operasi sistem pengoperasian. Disk Operating System merupakan tulang belakang manakala Windows 3.1 hanya menyediakan antara muka pengguna berasaskan grafik (graphical user interface) atau juga dikenali sebagai program manager. Dengan ini, teknologi Windows 3.1 menjadikan penggunaan komputer lebih mudah berbanding dengan penggunaan teknologi Microsoft Disk Operating System secara bersendirian. Susulan selepas itu, beribu-ribu perisian komputer dibangunkan menggunakan sistem Windows ini. 1.5.2 Microsoft Windows 95

Microsoft Windows 3.1 kemudiannya mengalami proses inovasi untuk mengingkatkan keupayaan sekaligus memperbaiki kelemahan yang ada pada Windows 3.1. Windows 95 yang dihasilkan kira-kira pertengahan tahun 1995 memerlukan ruang setoran kira-kira 80 MB, 8 MB RAM, dan pemproses mikro sekurang-kurangnya 486 DX. Secara keseluruhannya, inovasi yang ada pada Microsoft Windows 95 adalah sistem pengoperasian 32 bit, pelbagai tugas (Multitasking), teknologi palam dan guna (Plug and play), nama fail yang panjang, dan antara muka berasaskan objek. 1.5.3 Microsoft Windows 98

Microsoft Windows 98 boleh dikatakan sebagai keperluan minimum sesebuah sistem komputer pada masa kini. Ia merupakan pembaikan daripada teknologi Windows 95 dan Windows 3.1 dengan menyediakan pelbagai perubahan yang drastik untuk kegunaan pengguna. Antara kelebihan windows 98 ialah ia beroperasi berasaskan sistem pengimbas web sebagai antara muka utama. Tujuannya ialah membenarkan pengguna memanafaatkan pelayar web (web browser) ketika menggunakan sesuatu program aplikasi. Ini bermaksud teknologi Windows 98 merupakan teknologi yang memperkenalkan penggunaan pelayar web untuk proses menjejaki dan memperolehi maklumat.24

1.5.4

Microsoft Windows Millenium Edition

Microsoft Windows versi Edisi Millenium atau sebutan ringkasnya Windows ME mengandungi beberapa nilai tambah. Windows ME membolehkan proses memulakan komputer (boot) menjadi lebih pantas kerana arahan Disk Operating System yang tidak berkenaan telah dikeluarkan daripada sistem. Selain itu, ia juga mengaplikasikan himpunan TCP/IP daripada Windows yang membolehkan proses sambung rangkaian dilaksanakan dengan lebih stabil dan dipercayai. Selain itu, keupayaan Multimedia juga dipertingkatkan. Sistem penyuntingan video binaan dalaman dan proses penyambungan kepada alatan seperti kamera video, pengimbas, kamera digital dan sebagainya dipermudahkan prosedurnya. Elemen multimedia lain juga dipertingkatkan sejajar dengan keperluan semasa pengguna yang semakin mengikuti perkembangan dunia komputer. Sistem keselamatan dalaman juga dipertingkatkan yakni ia mempunyai utiliti yang dikenali sebagai System Restore yang dijalankan secara latar untuk tujuan memantau dan merakamkan sistem secara berterusan. Sebagai tambahan, ia juga mempunyai System File Protection yang dijalankan secara latar bagi tujuan memantau fail-fail penting agar tidak terpadam atau ditindih secara tidak sengaja. Oleh yang demikian, Windows versi ME ini menekankan aspek keselamatan data dan ia secara langsung dapat mempertingkat keselesaan pengguna semasa menggunakan sistem komputer. 1.5.5 Microsoft Windows CE

Ia merupakan sistem pengoperasian untuk komputer jenis palmtop ataupun komputer telapak tangan. Windows CE adalah menyamai konsep Windows 95 dan sesuai untuk pengguna yang memilih Windows 95 sebagai pengoperasian utama pada komputer desktop. Oleh yang demikian, kedua-dua versi Windows tersebut adalah serasi dan ia membenarkan perkongsian dan pemindahan data di antara satu sama lain. 1.5.6 Microsoft Windows New Technology

Microsoft versi New Technology (Windows NT) mempunyai ciri seperti multiuser, multitasking, dan ciri keselamatan yang tinggi. Ia sesuai untuk program aplikasi yang berteknologi tinggi seperti perisian grafik 3D dan perisian animasi seperti 3D Studio Max, Lightwave 3D, dan SoftImage. Selain itu, ia juga mampu berfungsi sebagai komputer pelayan (server komputer) bagi sesuatu sistem rangkaian komputer.25

1.5.7

Microsoft Windows Experience User

Windows Experience User atau ringkasnya Windows XP merupakan produk terbaru keluaran Microsoft merupakan inovasi dalam personal computing. Dengan menggunakan Windows XP, para pengguna boleh melakukan tugasan dengan lebih cepat dan lancar berbanding menggunakan windows versi sebelumnya. Windows XP mempunyai beberapa kategori dan setiap kategori mempunyai kumpulan sasaran dan fungsi tersendiri. Kategori produk Windows XP ialah (a) Windows XP Professional

Ia direka untuk kesemua jenis perniagaan (tanpa mengira saiz) dan para pengguna di rumah. Windows XP Professional membekalkan stardard baru dari aspek reliability dan performance. Antara ciri penting ialah reka bentuk visual baru, premier security, privacy features, advanced recovery options, keupayaan dipertingkatkan untuk sambungan kepada rangkaian lebih besar, dan sebagainya. (b) Windows XP Home Edition

Ia direka khas untuk penggunaan di rumah termasuklah penggunaan internet di rumah. Antara ciri penting ialah ia memberikan dependability and simplicity kepada komputer peribadi seperti pembersih (cleaner), reka bentuk visual lebih intuitive (intuitive visual design), ciri termoden media digital yang boleh diguna secara bersama dalam digital photographs dan memainkan muzik digital dengan mudah dan menghiburkan. (c) Windows XP Media Center Edition

Ia memberikan perkhidmatan tambahan seperti video, audio, gambar, dan televisyen melalui antara muka pengguna yang sesuai dan membolehkan pengguna menikmati hiburan muzik dengan mudah. Dengan menggunakan menu intuitive (intuitive menus) dan simple layouts, maka anda boleh menikmati video, audio, gambar, dan televisyen melalui monitor komputer atau TV display. Ia juga dilengkapi dengan alat kawalan jauh yang membenarkan kawalan berkesan dalam persekitaran dalaman rumah pengguna. (d) Windows XP Tablet PC Edition

Windows XP Tablet PC Edition merupakan versi yang diperkenalkan untuk komputer notebook bagi kesemua jenis urusan. XP edisi ini26

menggalakkan fleksibiliti penggunaan komputer. Pengguna boleh menggunakan digital pen untuk menulis secara langsung di atas skrin komputer. Pengguna juga berpeluang untuk menggunakan Tablet PC Input Panel bagi tujuan memasukkan teks ke dalam aplikasi tertentu dengan menggunakan tulisan tangan di atas skrin komputer. Penggunaan sistem pengoperasian berasaskan teknologi Windows merupakan tren pada masa kini dan masa hadapan. Semenjak pengenalan Windows 3.1 hingga kini, beribu-beribu pengoperasian sistem yang menggunakan idea teknologi Windows telah dicipta. Namun demikian, ia tidak dapat menyamai atau menandingi kecekapan dan prestasi teknologi Windows yang dipelopori oleh syarikat Microsoft. Untuk pengetahuan anda, selain daripada sistem pengoperasian windows terdapat juga sistem pengoperasian lain. Antaranya ialah UNIX, Macintosh Operating System (Mac OS), Mac OS X, IBM OS/2 Warp Connect, dan sebagainya. Pengguna perlu mengetahui dengan lebih lanjut tentang jenis sistem pengoperasian yang lain kerana fungsi dan kegunaannya adalah untuk berbeza daripada sistem pengoperasian Windows. SOALAN DALAM TEKS 1.6

1. 2. 3. 4. 5.

Nyatakan versi Windows dari terawal hingga tahun 2002. Senaraikan ciri penting pada Microsoft Windows 95. Apakah satu ciri penting yang ada pada Microsoft Windows 98? Jelaskan secara ringkas sistem keselamatan pada Windows Millenium Edition. Bincangkan empat kategori utama Windows Experince User.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.6

KESIMPULAN

Kesimpulannya, teknologi maklumat termasuk teknologi komputer akan terus berkembang pada masa akan datang. Kemajuan dalam teknologi komputer pastinya akan menjadikan sistem komputer semakin canggih dan dilengkapi dengan pelbagai ciri yang lebih baik dan bernilai kepada27

pengguna. Komputer masa depan dijangkakan berupaya melaksanakan proses menaakul, berfikir, membuat keputusan dan belajar dari kesalahan. Ia juga lebih pantas dan berkuasa serta mempunyai kapasiti ingatan yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, ia mudah digunakan dan lebih praktikal. Pembangunan aplikasi teknologi maklumat dan komputer semakin ke hadapan dengan pelbagai ciri inovasi dan teknologi yang dimajukan oleh syarikat terkemuka dalam bidang teknologi maklumat. Aplikasi seperti sistem pakar, teknologi robot dan robatik, pembangunan komuniti siber, pembelajaran elektronik, penciptaan chip (ditanam dalam tubuh badan manusia), biometrik, dan sebagainya merupakan cabaran-cabaran baru kepada tamadun manusia. Justeru itu, kita tidak dapat mengelak arus inovasi dan perkembangan dalam dunia teknologi maklumat ini.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI 1. Definisi teknologi maklumat diberikan seperti berikut: Peralatan teknologi komunikasi yang boleh digunakan untuk tujuan mengumpul, memproses, menyimpan, dan penghantaran Golongan manakah yang memberikan definisi tersebut? A. B. C. D. 2. Golongan Pentadbir Atasan. Golongan pakar komputer. Golongan pengurusan. Golongan Pendidik.

Apakah perkara asas yang membezakan istilah teknologi maklumat dengan istilah teknologi maklumat dan komunikasi? A. B. C. D. Fungsian Aplikasi Perkakasan Perisian

3.

Sistem komputer berfungsi melaksanakan tugasan seperti berikut KECUALI A. B. Memperolehi maklumat. Memanipulasi maklumat.28

C. D. 4.

Menyimpan maklumat. Mengubah maklumat.

Berikut merupakan antara perkakasan luaran sesebuah komputer KECUALI A. B. C. D. Papan kekunci. Papan Litar. Tetikus. Pengimbas.

5.

Berikut merupakan antara perkakasan dalaman sesebuah komputer KECUALI A. B. C. D. Port (Liang). Talian Bus. Modem. Jam Sistem. (Esc) pada papan kekunci berfungsi

6.

Butang Escape untuk.. A. B. C. D.

Memasukkan maklumat atau melaksanakan arahan pengguna. Mencetak apa saja yang terpapar pada skrin. Memperolehi perintah khas. Keluar dari sesuatu mod dan pindah ke mod lain.

7.

Berikut merupakan fungsi Unit Pemerosesan Pusat (CPU) KECUALI A. B. C. D. Mengubah maklumat kepada bentuk lain yang lebih bernilai. Menerima data dari perkakasan input. Memproses data atau arahan dan memaparkannya pada layar video. Menyimpan ingatan untuk digayakan mengikut keperluan.

8.

Fungsi perisian sistem pengoperasian ialah A. B. Membolehkan sistem komputer melaksanakan fungsifungsi yang berkaitan dengan perjalanan sesebuah komputer. Membolehkan proses menjejaki maklumat dari seluruh komponen komputer.29

C. D. 9.

Membenarkan aliran keluar-masuk maklumat ke dalam sistem komputer. Mempertingkatkan sistem keselamatan pada komputer.

Manakah perisian sistem pengoperasian windows yang mampu berfungsi untuk komputer pelayan? A. B. C. D. Microsoft Windows XP. Microsoft New Technology. Microsoft Windows CE. Microsoft Windows Millenium Edition.

10.

Berikut merupakan ciri bagi Windows XP Home Edition KECUALI A. B. C. D. Dependability. Reka bentuk visual lebih intuitive. Teknologi media digital termoden. TV Display. Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini. JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS SDT 1.1

1.

Pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi di negara kita adalah unik berbanding dengan negara lain. Ini kerana ia menekankan pembangunan menyeluruh tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan dunia teknologi maklumat dan komunikasi. Pembangunan tersebut merangkumi segala aspek berkaitan dengan bidang teknologi maklumat dan komunikasi seperti pembangunan infrastruktur, pembangunan sumber manusia, pembangunan undang-undang siber, pembangunan pendidikan dan latihan, pembangunan masyarakat, pembangunan agama, pembangunan ekonomi, dan sebagainya. Tidak seperti di negara lain yakni ada negara yang lebih menumpukan kepada pembangunan infrastruktur teknologi maklumat semata-mata, ada negara yang menumpukan kepada pembangunan sumber manusia semata, ada negara yang menumpukan kepada pembangunan pendidikan semata-mata, dan sebagainya.30

2.

Struktur industri teknologi maklumat di Amerika Syarikat dikategorikan kepada empat kategori utama, iaitu industri perkakasan, industri perisian dan perkhidmatan, industri kelengkapan komunikasi, dan industri perkhidmatan komunikasi. SDT 1.2

1.

Teknologi maklumat dari perspektif pengurusan berkaitan rapat dengan fungsi-fungsi penting dalam bidang pengurusan. Teknologi maklumat didefinisikan sebagai gabungan kemajuan dalam komputer teknologi elektronik, mikro, dan telekomunikasi untuk tujuan penyaluran maklumat seterusnya membantu dalam proses pembuatan keputusan. Proses pembuatan keputusan sama ada di peringkat pengurus atasan, pengurus pertengahan, dan para pekerja merupakan proses yang rumit. Dengan ini, teknologi maklumat akan menjadi alat (tools) yang membantu dalam proses pembuatan keputusan tersebut. Implikasinya, proses pembuatan keputusan dalam organisasi pengurusan moden menggunakan teknologi maklumat sebagai penyokong kepada pelaksanaan sesuatu keputusan, dasar dan polisi sesebuah organisasi pengurusan. Istilah teknologi maklumat dan komunikasi didefinisikan sebagai penggunaan teknologi terkini sebagai alat dalam melaksanakan proses komunikasi di antara satu sama lain. Alat teknologi terkini adalah dirujuk kepada mana-mana teknologi maklumat yang sedia ada. Dalam pada itu, komunikasi menggunakan teknologi maklumat sebagai medium perantaraan merupakan komunikasi tanpa sempadan yang mana ia boleh dilakukan oleh kedua-dua pihak untuk berkomunikasi atau berinteraksi pada bila-bila masa tanpa mengira masa, lokasi dan situasi. Perbezaan di antara istilah teknologi maklumat dengan istilah teknologi maklumat dan komunikasi adalah dari aspek fungsian. Teknologi maklumat dirujuk sebagai alatan yang dibangunkan untuk tujuan memperolehi, menyimpan, menjejaki dan menyampaikan maklumat. Manakala teknologi maklumat dan komunikasi pula bukan sekadar merujuk kepada pembangunan alat malah melibatkan penggunaan teknologi maklumat sebagai alat untuk berkomunikasi dan berinteraksi dalam pelbagai hala melalui saluran sistem teknologi maklumat dan komunikasi.

2.

3.

31

SDT 1.3 1. Komputer secara umumnya ditakrifkan sebagai peralatan elektronik yang direka atau dicipta bagi menerima kemasukan sesuatu input (data), kemudian memproses data tersebut kepada maklumat, dan seterusnya menyimpan maklumat dalam bentuk setoran sekunder bagi kegunaan pihak tertentu. Proses penerimaan, penukaran, dan penyimpanan data dan maklumat dikendali atau diarahkan oleh perisian. Manakala peralatan bertindak untuk menggaya dan mereka bentuk maklumat yang diarahkan oleh perisian tadi. Perkakasan komputer (komputer hardware) merupakan peralatan yang dapat disentuh, dipegang, dan dilihat secara fizikal. Peralatan tersebut merupakan komponen-komponen yang boleh diuruskan secara fizikal. Dengan ini, bahagian fizikal komputer biasanya dirujuk sebagai perkakasan. Perisian komputer (komputer software) ataupun program komputer secara umumnya berkaitan dengan set arahan elektronik yang mengarahkan supaya sistem komputer beroperasi dan melaksanakan sesuatu tugasan yang dikehendaki. Oleh itu, perisian komputer merupakan penggerak utama kepada perjalanan dan pengoperasian sesuatu sistem komputer. 2. Perkakasan komputer yang diketahui ialah tetikus (mouse), pembesar suara, pengimbas, monitor, papan kekunci, Unit Pemprosesan Pusat (CPU), modem luaran, speaker, pencetak, dan sebagainya. Perisian sistem operasi merujuk kepada sistem operasi sesebuah komputer berserta kemudahan-kemudahan yang berkaitan. Ia membolehkan sesebuah sistem komputer beroperasi dan melaksanakan fungsi-fungsi yang berkaitan dengan perjalanan sesebuah komputer. Tanpa perisian operasi maka komputer tidak mungkin dapat beroperasi kerana perisian operasi merupakan perisian asas yang perlu wujud dalam sesebuah komputer sebelum perisian-perisian lain dipasangkan (installation) ke dalam sesebuah komputer. Perisian aplikasi pula merujuk kepada perisian yang membolehkan seseorang pengguna melaksana dan melakukan sesuatu tugasan yang dikehendaki. Pemilihan perisian aplikasi adalah bergantung kepada keperluan dan fungsi yang ingin dilaksanakan. Perisian aplikasi juga dikenali sebagai perisian produktiviti.32

3.

Perkakasan utiliti merupakan perisian sokongan yang berfungsi sebagai pembantu ataupun perisian sokongaan. Ia berperanan penting dalam membantu kelancaran sesuatu fungsian perkakasan dan perisian komputer yang digunakan. 4. Contoh nama perisian aplikasi yang diketahui ialah Microsoft Word, Microsoft Excell, Microsoft Excess, Corel Draw, Microsoft Work, Macromedia Flash, AutoCAD, dan sebagainya. SDT 1.4 1. Komputer merupakan alat yang digunakan untuk melaksanakan fungsi-fungsi pengurusan seperti perancangan, pengurusan, kawalan dan kepimpinan dalam sesebuah organisasi. Dalam konteks pengurusan restoran makanan segera, komputer telah digunakan untuk melaksanakan pelbagai tugas rutin perniagaan. Misalnya syarikat makanan segera seperti Domino Pizza, komputer (melalui program tertentu) digunakan untuk dalam urus niaga harian seperti menerima pesanan pelanggan, simpanan data pelanggan, pengesanan lokasi pelanggan, proses pembatalan tempahan, pembayaran, dan sebagainya. Selain itu, dalam konteks pengurusan organisasi pula, komputer digunakan untuk mengurus keluar-masuk pekerja, pengiraan imbuhan dan gaji pekerja, pengurusan hari dan bilangan jam bekerja, pengurusan inventori, dan sebagainya. Oleh itu, syarikat makanan segera tempatan perlu menggunakan komputer atau teknologi maklumat untuk melaksanakan tugas rutin harian supaya ia lebih berdaya saing. SDT 1.5 1. Tiga bidang pengurusan yang menggunakan komputer sebagai medium melaksanakan tugas rutin harian ialah pengurusan perniagaan, perakaunan, dan perbankan. Tiga fungsi komputer dalam sektor perbankan ialah memproses cek, mengawal akaun pelanggan (kad kredit) dan memproses deposit dan pengeluaran. SDT 1.6 1. Versi Windows terawal hingga tahun 2002 ialah Windows 3.1, Windows 95, Windows 98, Windows Millenium Edition, Windows CE, Windows New Technology (Windows NT) dan33

2.

2.

Windows Experience User (Windows XP). Setiap versi tersebut mempunyai ciri dan inovasi yang tersendiri. 2. Ciri penting Microsoft Windows 95 ialah seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) 3. Sistem pengoperasian 32 bit. Pelbagai tugas (Multitasking). Teknologi palam dan guna (Plug and play). Nama fail yang panjang. Antara muka grafik berasaskan objek.

Satu ciri penting yang ada pada Microsoft Windows 98 ialah ia membenarkan pengguna menggunakan pelayar web (web browser) ketika menggunakan sesuatu program aplikasi. Ini bermaksud teknologi Windows 98 merupakan teknologi yang memperkenalkan penggunaan pelayar web untuk proses menjejaki dan memperolehi maklumat. Ciri keselamatan Sistem pada Microsoft Windows ME dipertingkatkan melalui penggunaan utiliti yang dikenali sebagai System Restore. System Restore ini dijalankan secara latar untuk tujuan memantau dan merakamkan sistem secara berterusan. Selain itu, System File Protection juga digunakan secara latar bagi tujuan memantau fail-fail penting agar tidak terpadam atau ditindih secara tidak sengaja. Oleh yang demikian, aspek keselamatan data dapat dipertingkatkan berbanding teknologi Windows terdahulu. Windows XP dibahagikan kepada empat kategori dan setiap kategori mempunyai kumpulan sasaran dan fungsi tersendiri. Kategori produk Windows XP ialah (a) Windows XP Profesional

4.

5.

Ia direka untuk kesemua jenis perniagaan tanpa mengira saiz dan pengguna. Windows XP Professional membekalkan stardard baru dari aspek reliability dan performance. Antara ciri penting ialah reka bentuk visual baru, premier security, privacy features, advanced recovery options, keupayaan dipertingkatkan untuk sambungan kepada rangkaian lebih besar, dan sebagainya. (b) Windows XP Home Edition

Ia direka khas untuk penggunaan di rumah termasuklah penggunaan internet. Antara ciri penting ialah ia memberikan dependability and simplicity kepada komputer peribadi seperti34

pembersih (cleaner), reka bentuk visual lebih intuitive (intuitive visual design), ciri termoden media digital yang boleh diguna secara bersama dalam digital photographs dan memainkan muzik digital dengan cara yang mudah. (c) Windows XP Media Center Edition

Ia memberikan perkhidmatan tambahan seperti video, audio, gambar, dan televisyen melalui antara muka pengguna yang sesuai yang membolehkan pengguna menikmati hiburan muzik dengan mudah. Dengan menggunakan menu intuitive (intuitive menus) dan simple layouts, maka anda boleh menikmati video, audio, gambar, dan televisyen melalui monitor komputer atau TV display. Ia juga dilengkap dengan alat kawalan jauh yang membenarkan kawalan berkesan dalam lingkungan dalaman rumah pengguna. (d) Windows XP Tablet PC Edition

Windows XP Tablet PC Edition merupakan versi yang diperkenalkan untuk komputer notebook bagi melaksanakan kesemua jenis urusan. XP edisi ini menggalakkan fleksibiliti dalam penggunaan komputer. Dalam pada itu, Pen Digital digunakan untuk menulis secara langsung di atas skrin komputer (komputer screen). Pengguna juga berpeluang untuk menggunakan Tablet PC Input Panel bagi tujuan memasukkan teks ke dalam aplikasi tertentu dengan menggunakan tulisan tangan di atas skrin komputer.

35