bab 01 konsep asas komunikasi

29
2 OUM PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI UNIT 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI BAB 1 BAB 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI PENGENALAN Terdapat banyak takrifan komunikasi yang dihuraikan oleh sarjana komunikasi sama ada dalam bentuk yang eksplisit mahupun implisit. Kesemua definisi yang diberi cuba menjelaskan dan memahami fenomena komunikasi. Walau bagaimanapun, ada takrifan yang diberikan berbeza di antara satu sarjana dengan sarjana yang lain. Ia banyak dipengaruhi oleh konteks serta perubahan landskap komunikasi yang berlaku pada sesuatu masa tertentu. Mengetahui pelbagai makna yang berbeza akan menjelaskan dengan lebih terperinci tentang bagaimana proses komunikasi itu berlaku. OBJEKTIF Selepas mempelajari keseluruhan bab ini, anda seharusnya dapat: 1. memahami beberapa takrifan komunikasi; 2. mengenal pasti kepentingan komunikasi yang melibatkan semua aspek kehidupan; 3. mengenal pasti elemen-elemen asas dalam proses komunikasi; dan 4. mengenal pasti fungsi utama komunikasi. 1.1 BEBERAPA TAKRIFAN KOMUNIKASI Berdasarkan pemahaman anda, apakah yang anda faham tentang komunikasi? Bolehkah dikatakan bahawa komunikasi dianggap sebagai suatu bentuk perhubungan melalui pertuturan? Terdapat pelbagai pengertian komunikasi. Ada yang menganggapnya sebagai satu seni yang menyalurkan maklumat, idea-idea dan perlakuan dari seseorang kepada seorang yang lain. Tujuan komunikasi ialah menyalurkan sesuatu mesej daripada seseorang individu kepada seseorang individu lain. Perkataan komunikasi kadangkala digantikan dengan perkataan interaksi atau perhubungan. Takrifan umum menganggap komunikasi sebagai proses interaksi dan perkongsian makna, pertukaran idea, pendapat atau perkongsian maklumat sama ada secara bertulis, simbol, bunyi-bunyian atau bertuturan baik yang disampaikan secara bersemuka mahupun menggunakan media massa.

Upload: nor-maliza-mat-sulong

Post on 28-Jun-2015

9.345 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 01 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

2 OUM

PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI UNIT 1

KONSEP ASAS KOMUNIKASI BAB 1

BAB 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

PENGENALAN

Terdapat banyak takrifan komunikasi yang dihuraikan oleh sarjana komunikasi samaada dalam bentuk yang eksplisit mahupun implisit. Kesemua definisi yang diberi cubamenjelaskan dan memahami fenomena komunikasi. Walau bagaimanapun, ada takrifanyang diberikan berbeza di antara satu sarjana dengan sarjana yang lain. Ia banyakdipengaruhi oleh konteks serta perubahan landskap komunikasi yang berlaku padasesuatu masa tertentu.

Mengetahui pelbagai makna yang berbeza akan menjelaskan dengan lebih terperincitentang bagaimana proses komunikasi itu berlaku.

OBJEKTIF

Selepas mempelajari keseluruhan bab ini, anda seharusnya dapat:

1. memahami beberapa takrifan komunikasi;

2. mengenal pasti kepentingan komunikasi yang melibatkan semua aspek kehidupan;

3. mengenal pasti elemen-elemen asas dalam proses komunikasi; dan

4. mengenal pasti fungsi utama komunikasi.

1.1 BEBERAPA TAKRIFAN KOMUNIKASI

Berdasarkan pemahaman anda, apakah yang anda faham tentangkomunikasi? Bolehkah dikatakan bahawa komunikasi dianggap sebagai suatubentuk perhubungan melalui pertuturan?

Terdapat pelbagai pengertian komunikasi. Ada yang menganggapnya sebagai satu seniyang menyalurkan maklumat, idea-idea dan perlakuan dari seseorang kepada seorangyang lain. Tujuan komunikasi ialah menyalurkan sesuatu mesej daripada seseorangindividu kepada seseorang individu lain. Perkataan komunikasi kadangkala digantikandengan perkataan interaksi atau perhubungan.

Takrifan umum menganggap komunikasi sebagai proses interaksi dan perkongsianmakna, pertukaran idea, pendapat atau perkongsian maklumat sama ada secara bertulis,simbol, bunyi-bunyian atau bertuturan baik yang disampaikan secara bersemukamahupun menggunakan media massa.

Page 2: BAB 01 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

OUM 3

UNIT 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI

BAB 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

Seterusnya kita akan meninjau pengertian komunikasi yang dikemukakan untukmengukuhkan lagi pemahaman terhadap maksudnya. Setiap pengertian itu pasti adamatlamat yang tertentu dan sesuai dimengertikan pada masa dan konteks tertentu.Walaupun komunikasi dianggap sebagai proses yang kompleks, ianya boleh di lihat dariberbagai dimensi dan berdasarkan konteks, peranan sumber dan penerima, tujuan sertamaksud simbol. Jika diperhatikan takrifan yang diberikan, pengertian komunikasi bolehdilihat dari pelbagai perspektif berdasarkan tujuan komunikasi itu dijalinkan.

(i) Takrifan oleh Wood (2001)Wood mengemukakan empat aspek penting dalam definisi komunikasi sebagai prosesyang sistemik yang melibatkan seseorang berinteraksi menggunakan simbol tertentuuntuk membentuk dan menginterpretasi makna. Ini dapat dilihat dalam Jadual 1.1 dibawah.

Jadual 1.1: Empat Aspek Penting dalam Definisi Komunikasi yangDitakrifkan oleh Wood

(i) Proses Komunikasi itu berterusan dan sentiasa mengalamiperubahan. Sukar ditentukan bila ia bermula dan berakhir.Dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

(i) Sistemik Komunikasi berlaku dalam sistem yang saling berkait rapat.Ia saling mendatangkan kesan kepada satu sama lain. Sistemwujud dari sistem yang sekecil-kecilnya seperti sebuahkeluarga sehinggalah sistem yang lebih besar sepertiorganisasi, komuniti dan bangsa serta budaya yangdiamalkan.

(iii) Simbolik Komunikasi bersifat simbolik. Ia melibatkan simbol yangberbentuk abstrak, arbitrari, dan kabur maksudnya.

(iv) Makna Makna amat penting dalam komunikasi dan untukmenerangkan sesuatu fenomena. Makna juga dapat dilihatmenerusi simbol. Makna dalam komunikasi dilihat dari duatahap iaitu:(i) tahap kandungan makna dalam mesej, dan(ii) tahap hubungan makna - apa yang dinyatakan tentang

hubungan komunikator dan mesej.

(ii) Takrifan oleh Verdeber & Verdeber (2002)Komunikasi merupakan proses membentuk dan berkongsi makna dalam perbualan tidakformal, interaksi kumpulan atau perucapan publik. Proses komunikasi itu melibatkankomunikator, konteks, mesej, saluran, elemen gangguan (bising) dan maklumbalas.

(iii) Takrifan oleh Gamble & Gamble (2002)Komunikasi didefinisikan sebagai proses pemindahan makna sama ada secara sengajaatau tidak. Gamble mengaitkan pengalaman dengan perlakuan yang diperhatikan dantanggapan terhadap perlakuan tersebut. Jika perlakuan yang diperhatikan itu

Page 3: BAB 01 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

4 OUM

PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI UNIT 1

KONSEP ASAS KOMUNIKASI BAB 1

diinterpretasikan sebagai mesej atau ianya memberi kesan kepada perlakuan seseorangyang lain, bermakna komunikasi telah berlaku.

(iv) Takrifan oleh Hybels & Weaver ( 2001)Komunikasi merupakan proses perkongsian idea, maklumat dan perasaan yangmelibatkan penuturan, penulisan, perlakuan, pergerakan badan dan stail. Pendek kata,apa sahaja reaksi yang memberi makna terhadap mesej merupakan komunikasi.

(v) Takrifan oleh Trenholm (2001)Pengertian komunikasi dintinjau dari tiga perspektif iaitu dari sudut psikologi, kontekssosial dan pragmaktik. Beliau mendefinisikan komunikasi sebagai gabungan konsepuntuk melihat bagaimana manusia menggunakan simbol (berbentuk perkataan) untukmembentuk kesamaan maksud yang akan dikongsi dengan orang lain.

Dari perspektif psikologi, makna komunikasi difokuskan kepada apa yang berlaku didalam minda pada ketika mesej ditransmisi dan diterima. Perspektif konteks sosial pulamelihat komunikasi sebagi proses di mana manusia menggunakan perantara yang wujuddalam sesebuah budaya, yang membentuk gambaran yang kolektif tentang realiti.Perspektif ini memfokus kepada hubungan antara komunikasi dan juga budaya yangdikongsi. Berbeza dengan kedua-dua perspektif sebelumnya, perspektif pragmatik melihatkomunikasi sebagai sistem yang saling berkaitan dan melibatkan tindakan yang akhirnyamembentuk corak tertentu. Menurut perspektif ini, manusia mempunyai stail komunikasimasing-masing.

Dari pengertian yang dikemukakan, nyatalah apabila berkomunikasi atau berhubunganantara satu sama lain, apa yang ingin diwujudkan ialah satu “kesamaan” dengan oranglain. Dengan kata lain, apabila berkomunikasi, kita akan cuba berkongsi pemikiran,kepercayaan, nilai-nilai sosial dengan orang lain dengan tujuan mencari “kesamaan”.Mencapai satu “kesamaan” dalam interaksi amat penting kerana tanpa kesamaan, makaakan berlakunya salah faham “communication breakdown” dalam hubungan yang cubadibentuk.

Selain kesamaan, mentransmisikan apa yang kita rasa itu juga merupakan satu elemenpenting dalam komunikasi. Ringkasnya, definisi konvensional komunikasi adalah berkongsidan mentransmisikan idea bukan sahaja di kalangan individu tetapi juga kumpulan ataumasyarakat. Perkongsian ini merujuk pertukaran antara peribadi, silang budaya danamalan, manakala transmisi merujuk kepada perantara berupa teknologi yang digunakanuntuk menyampaikan mesej kepada masyarakat.

Rajah 1.1: Komunikasi yang bertujuan mencari“kesamaan” dalam hubungan antara insan

Page 4: BAB 01 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

OUM 5

UNIT 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI

BAB 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

Apabila mengkaji komunikasi, kita mengkaji hubungan kemanusiaan yang berlaku dalamkumpulan, organisasi atau masyarakat, bagaimana ia saling mempengaruhi, memberitahudan diberitahu, dihiburkan atau memberi hiburan. Untuk memahami komunikasi antarainsan, pertama perlu difahami bagaimana manusia berhubung sesama sendiri.

Apabila sesuatu perhubungan itu berjalan dengan lancar, hasilnya ialah kepuasan individuyang merupakan pengalaman yang menyeronokkan. Jika sebaliknya berlaku, akanterhasillah salah faham dan konflik dalam hubungan.

Setiap definisi komunikasi yang diberikan ada kelebihan dan kegunaannya. Dengan katalain, asas komunikasi ialah hubungan (relationship) yang wujud. Hubungan yangdimaksudkan dapat dilihat terjalin antara manusia dengan haiwan, manusia dan dirinyasendiri, manusia dengan mesin, manusia dengan komunitinya, manusia dengan kumpulantertentu dan antara insan dengan Penciptanya.

Rajah 1.2: Takrifan komunikasi

Konsep “Seni untuk Masyarakat” seringkali dipegang oleh pengkarya-pengkarya seni seperti penyair, pelukis, pemuzik dan sebagainya. Tahukahanda bahawa media yang digunakan oleh golongan ini juga merupakan suatubentuk komunikasi yang dapat menghubungkan pengkarya denganmasyarakat. Apa pandangan anda tentang perkara ini?

Latihan 1.1

Berikan contoh-contoh senario di mana komunikasi:(a) membentuk kesamaan antara seorang dengan yang lain.(b) menyebarkan maklumat(c) mentransmisi idea dan(d) berkongsi maklumat.

Page 5: BAB 01 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

6 OUM

PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI UNIT 1

KONSEP ASAS KOMUNIKASI BAB 1

Hubungan sosial yang terjalin tidak semestinya secara bersemuka, tidak semestinyamelibatkan perlakuan secara fizikal, malah boleh menghasilkan implikasi psikologi. Darisitu juga, lahirnya perkongsian idea serta maklumat yang mampu melahirkan emosidan perasaan. Setiap makna yang wujud dalam komunikasi ini akan melalui proseskomunikasi yang tersendiri. Proses ini membenarkan kita membentuk imej-imej dalamfikiran yang boleh membantu dan membentuk keadaan sekeliling dan memandu tingkahlaku kita.

Sebagai kesimpulannya, takrifan komunikasi dapat kita bahagikan kepada tiga kategoriberikut:

1. Penyampaian dan penyebaran maklumat dengan membezakan antara pengaliran idea,ilmu, pemikiran dan mesej.

2. Penghasilan idea yang mempunyai tujuan-tujuan tertentu.

3. Perkongsian makna antara sumber dan penerima untuk membentuk hubungan.

Berdasarkan pengertian di atas, yang manakah memberikan maksudkomunikasi yang paling tepat pada pendapat anda? Apakah kesimpulan yangdapat anda rumuskan dari definisi-definisi di atas?

What is communication?

1. Communication is a process of acting on information.

2. Communication is a process whereby people assign meanings tostimuli in order to make sense of the world.

3. Comunication is a transmission of ideas, emotions, skills by theuse of graphics, symbols and words.

4. Communication is sharing of information.

5. Communication is a process whereby one person tells anothersomething through the written or spoken word.

Tidaklah mencukupi sekiranya seseorang itu mempunyai otak yang baik, apayang lebih penting ialah tahu menggunakannya – Descartes, 1639.

Page 6: BAB 01 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

OUM 7

UNIT 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI

BAB 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

1.2 KEPENTINGAN KOMUNIKASI

Pernahkah anda terfikir apakah kepentingan komunikasi dalam kehidupanharian anda? Apakah yang anda jangkakan sekiranya komunikasi tidak wujuddalam kehidupan seharian anda?

Komunikasi berlaku setiap masa dan kadangkala terjadi tanpa disedari. Seseorang itumelibatkan diri dalam komunikasi sama ada secara lisan atau bukan lisan. Ini dilihatdari pelbagai aktiviti seperti berbual, mendengar, berfikir, menonton filem, menontontelevisyen, mendengar radio, berdiskusi dalam kumpulan, atau bertafakur. Seseorangyang mendiamkan diri juga mungkin berkomunikasi dalam dirinya sambil memikirkansesuatu.

Kemampuan berkomunikasi dengan baik dan dengan berkesan sering kali dikaitkandengan kejayaan seseorang mengadaptasi diri dalam pelbagai situasi sama ada dalamhubungan peribadi, kumpulan etnik, budaya yang berbeza, kehidupan profesionalmahupun kehidupan sivik. Kegagalan seseorang berkomunikasi dengan baikmenyukarkan hubungan yang ingin dibentuk. Kepentingan komunikasi dilihat daribeberapa aspek kehidupan yang melibatkan:

• Kehidupan peribadi

• Peningkatan berkerjaya

• Etika dalam berkomunikasi

• Adaptasi dalam masyarakat pelbagai budaya

• Kesan perubahan teknologi dan hubungan

1.2.1 Komunikasi dalam Kehidupan Peribadi

Seseorang individu melihat dirinya dari pandangan atau mesej yang digambarkan olehorang lain, umpamanya interaksi antara sahabat atau kenalan, pasangan romantis,pelajar dengan pensyarah, juga antara ibu dengan anak. Oleh itu, mengenali diri amatpenting dalam komunikasi. Dalam hubungan peribadi, komunikasi merupakan asasinteraksi dua insan atau dalam hubungan kekeluargaan.

1.2.2 Peningkatan Bekerjaya

Kemampuan berkomunikasi mempengaruhi kejayaan seseorang dalam berkerjaya.Memang tidak dapat dinafikan bahawa memiliki kepakaran dalam bidang tertentu amatpenting tetapi kemampuan berkomunikasi dengan baik dan berkesan merupakankelebihan yang dicari-cari oleh setiap majikan. Ini kerana seseorang komunikator yangbaik mampu bertutur, mendengar, berfikir, mengadaptasi diri dalam kumpulan ataudalam budaya yang berbeza dan juga membantu dalam membuahkan idea denganjelas.

Page 7: BAB 01 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

8 OUM

PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI UNIT 1

KONSEP ASAS KOMUNIKASI BAB 1

1.2.3 Etika dalam Berkomunikasi

Kita perlu menjaga etika dalam komunikasi kerana ia melibatkan prinsip moralberhubung apa yang betul atau tidak wajar dilakukan ketika berkomunikasi secara lisanatau bukan lisan. Isu etika kadangkala membawa kepada pincangnya hubungankekeluargaan, terjejasnya interaksi pekerja dengan majikan, hilang kepercayaan rakyatterhadap pemimpin, kucar-kacir kehidupan sesebuah masyarakat atau menjarakkanpersahabatan dan memutuskan hubungan kekasih. Pendek kata isu etika dalamkomunikasi berkaitan dengan tanggungjawab dan sikap menghormati seseorang dalamproses berkomunikasi.

1.2.4 Adaptasi dalam Masyarakat Pelbagai Budaya

Kehidupan dalam masyarakat pelbagai kaum, etnik atau komuniti memerlukanseseorang itu menyesuaikan diri supaya dapat hidup dalam keadaan aman damai.Pengetahuan, sensitiviti dan sikap yang positif terhadap latar belakang budaya, bahasa,amalan hidup serta menghormati kepercayaan orang lain membantu dalamberkomunikasi dengan pihak lain.

Rajah 1.4: Beretika dalam komunikasi

Rajah 1.3: Kepentingan komunikasi dalampeningkatan kerjaya

Page 8: BAB 01 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

OUM 9

UNIT 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI

BAB 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

1.2.5 Kesan Perubahan Teknologi dan Hubungan

Kemajuan teknologi merubah kaedah komunikasi antara insan. Kemampuan teknologimemudahkan penyampaian dan perkongsian serta penerimaan mesej dengan pantasbagi mereka yang mempunyai akses. Komunikasi yang dibentuk secara “virtual”memberi implikasi terhadap hubungan antara individu dan juga komuniti. Perubahanteknologi membolehkan orang berkomunikasi tanpa sempadan dan batasan. RujukRajah 1.6.

Rajah 1.5: Komunikasi berlaku di dalam masyarakatdan budaya pelbagai bangsa

Rajah 1.6: Perubahan teknologi dalam komunikasi

Web Site

E-Mail

Voicemail

Calendar

Lead Alerts

5

Saya mahu menulis perisian komputer. Saya tahu perisian komputer akanmenjadi industri besar. Saya tidak tahu sama ada saya akan berjaya atautidak, tetapi saya punya wawasan bahawa komputer akan menjadi alat yangbernilai di atas setiap meja dan, akhirnya di setiap rumah – Bill Gates, 1993.

Apakah pandangan anda berhubung implikasi teknologi terhadap komunikasibersemuka (face-to face communication)?

Page 9: BAB 01 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

10 OUM

PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI UNIT 1

KONSEP ASAS KOMUNIKASI BAB 1

1.3 UNSUR-UNSUR DALAM PROSES KOMUNIKASI

Apakah yang anda faham tentang unsur-unsur komunikasi? Misalnya, adakahunsur-unsur komunikasi memberi kesan kepada sosio budaya sesebuahmasyarakat?

Komunikasi merupakan satu proses yang dinamik. Proses yang dinamik dalamkomunikasi tiada awal dan tiada penghujungnya. Proses penyaluran mesej adalah satuproses yang berterusan. Lantaran itu juga, komunikasi mempunyai ciri yang dinamik,yang sentiasa mengalir dan berterusan.

Proses komunikasi menggambarkan bagaimana insan saling berhubungan antara satusama lain. Setelah kita mendapat gambaran tentang makna komunikasi, satu lagi isupenting yang harus difahami ialah elemen-elemen yang terkandung dalam setiap proseskomunikasi. Persoalan yang timbul ialah sama ada wujud hubungan antara elemen-elemen tersebut.

Kara Berlo, jika sesuatu komunikasi itu berlaku antara seorang individu dengan seorangyang lain, maka punca (sumber) dan penerima mestilah mempunyai sistem kod yangsama. Jika hal ini tidak berlaku, maka mereka tidak akan dapat berkomunikasi denganbaik. Oleh yang demikian, untuk kita memahami dengan lebih lanjut lagi sebaik-baiknyakita lihat beberapa unsur atau elemen yang terdapat di dalam komunikasi. Ini akanmembantu kita mengenal pasti apakah kekurangan atau kelebihan yang dilihat dariproses komunikasi yang berlaku.

Rajah 1.7 memperlihatkan hubungan di antara elemen asas dalam proses komunikasitersebut. Di antara unsur yang dimaksudkan ialah :

• Sumber (Source)

• Penerima (Receiver)

• Mesej (Message)

• Saluran (Channel)

• Gangguan (Noise)

• Maklumbalas (Feedback)

• Rangkarujuk (Frame of reference)

• Konteks (Context)

Page 10: BAB 01 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

OUM 11

UNIT 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI

BAB 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

1.3.1 Sumber

Sumber merupakan punca sesuatu utusan. Semua orang mampu menjadi sumbertidak kira sama ada dia seorang individu, satu kumpulan, persatuan atau sebuahorganisasi. Di dalam proses komunikasi sumber ialah sesiapa yang mempunyaipendapat, fikiran, perasaan, atau utusan yang ingin disampaikan kepada orang lain.Jika seseorang sumber itu berkata sesuatu atau menerangkan sesuatu perkara kepadaorang lain, proses itu dinamakan mengengkod mesej atau dengan kata lain proses-proses membentuk mesej. Contohnya seorang guru sedang mengajar muridnya tentangMatematik. Penjelasan yang diberikan oleh guru tersebut adalah menghantar mesejagar difahami oleh para pelajarnya.

Proses komunikasi yang mendatangkan kesan yang baik memerlukan seseorangsumber yang harus mempunyai empat ciri utama penyampai (komunikator) yangberkesan seperti:

1. Kemahiran komunikasi

2. Sikap

3. Tahap pengetahuan

4. Kedudukan dalam sesuatu sistem sosiobudaya

Rajah 1.7: Elemen-elemen asas dalam proses komunikasi

Page 11: BAB 01 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

12 OUM

PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI UNIT 1

KONSEP ASAS KOMUNIKASI BAB 1

• Kemahiran Berkomunikasi

Rajah 1.8: Empat ciri utama penyampai (komunikator)

Selain daripada empat ciri yang dinyatakan, apakah ciri-ciri lain untuk menjadikomunikator yang berkesan?

Pernahkah anda mengalami situasi aktiviti berkumpulan, iaitu ‘Telefon Karat’atau melalui aktiviti pesanan. Peserta pertama akan membaca mesej yangdiberi, kemudian meyampaikannya kepada peserta kedua hingga terakhir.Hasilnya hanya 20% sahaja mesej sama dengan mesej yang asal. Apakahyang anda fahami melalui aktiviti tersebut dan apakah moral yang terkandungdi dalamnya?

Kemahiran bertutur dan menulis merupakan aspek yang amat penting bagi sumber.Adalah sangat sukar untuk seseorang berkomunikasi dengan seseorang yang pekakdan bisu kecuali diketahui bahasa istimewa yang digunakannya atau menggunakan alattertentu. Komunikasi dengan insan kurang upaya pasti memerlukan pendekatan yangberbeza dalam menyampaikan sesuatu mesej. Sumber mestilah mempunyai dayapemikiran atau keupayaan untuk menimbang dan menilai sesuatu dengan akalnya. Inisangat penting dalam proses mengenkod (menghantar mesej). Jika sumber tidakmempunyai pemikiran yang waras, maka orang tersebut akan menghadapi banyakgangguan dalam proses komunikasi hinggakan komunikasi yang dilakukannya tidakmembawa erti dan tidak akan membawa kesan yang dikehendaki.

Page 12: BAB 01 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

OUM 13

UNIT 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI

BAB 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

• Sikap

Satu lagi ciri yang penting bagi punca atau sumber ialah sikap. Sikap yang kita maksudkandi sini ialah sikap terhadap mesej, terhadap dirinya dan faedah yang akan didapati olehorang lain.

Jika sikap negatif yang kita dapati daripada mana-mana pihak maka susah bagi komunikasiitu untuk berjalan secara lancar dan licin serta mendatangkan kesan. Kaitan antara sikapdan mesej juga amat penting. Jika terdapat pertentangan antara sikap dan mesej ataukeduanya tidak selari, besar kemungkinan komunikasi tidak mendatangkan kesan.

Contohnya, jika seorang yang mempunyai latar belakang pencapaian akademik yanglemah dan beliau cuba menyampaikan mesej tentang kepentingan ilmu pengetahuanmaka kemungkinan besar mesej yang ingin disampaikan tidak berkesan. Khalayakmungkin akan mengambil sikap tidak mengendahkan kata-kata beliau atau memandangrendah kepada sumber yang menyampaikan mesej itu. Dalam situasi yang berbezasekiranya terdapat banyak kesamaan antara sikap dan kandungan komunikasi yangdilakukan, besar kemungkinan komunikasi tadi akan mendatangkan kesan.

• Tahap PengetahuanTahap pengetahuan juga amat penting dalam proses komunikasi. Jika punca tadimempunyai pengetahuan yang banyak mengenai sesuatu perkara, ia akan menjadi terlalukhusus. Akan berlakulah kesilapan dalam komunikasi kerana menyampaikan sesuatuyang terlalu teknikal untuk penerima yang tidak dapat memahaminya.

Contoh: Ramai orang mengalami masalah kesihatan semasa berlakunya jerebu. Individuyang mempunyai pengetahuan yang lebih akan menceritakan dengan terperinci sehinggaproses-proses saintifik di mana orang biasa yang mendengarnya tidak dapat memahamiatau menjadi bosan.

• Kedudukan dalam Sistem Masyarakat atau SosiobudayaSusun atur, norma dan sistem budaya yang tersendiri memang telah wujud dalam sesuatumasyarakat dan ahli di dalam masyarakat tersebut harus mematuhinya.

Kita harus memahami peraturan-peraturan tersebut kerana ia akan mendasari bagaimanakita harus berkomunikasi. Jika kita tidak mengetahui peraturan-peraturan dalam sistemsesebuah masyarakat dan melanggarinya, mungkin kita akan dianggap sebagai “kurangajar”, tidak bersopan atau biadap.

Contohnya, Dalam masyarakat Melayu sekiranya semasa ibu bapa sedang berbual-bual, anak remaja tuan rumah berulang-alik di hadapan kita beberapa kali tanpa memberihormat. Di sini telah berlakunya pelanggaran adat budaya. Kita akan beranggapanbahawa remaja tersebut telah berlaku kurang ajar kerana tidak menghormati orang yanglebih tua.

Sebagai seorang pelajar apakah kepentingan sumber terhadap mesej yangdisampaikan selain dari sikap, tahap pengetahuan, kemahiran dan kedudukandalam masyarakat?

Page 13: BAB 01 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

14 OUM

PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI UNIT 1

KONSEP ASAS KOMUNIKASI BAB 1

• SikapDalam berkomunikasi, penerima juga harus bersikap positif dalam menafsir sesuatumesej. Jika terdapat pertentangan antara sikap dan mesej maka komunikasi yang berlakutidak akan mendatangkan faedah.

Keberkesanan sesuatu mesej yang disampaikan amat bergantung kepada sikappenerima terhadap sumber. Jika penerima menyenangi sikap sumber maka besarkemungkinan ia akan mempertimbangkan mesej yang disampaikan oleh sumber.Sebaliknya jika penerima tidak menyenangi sikap sumber maka dia akan bertindak sambillewa atau tidak menghiraukan langsung apa yang cuba disampaikan oleh sumber.

1.3.2 Penerima

Penerima dalam proses komunikasi ialah sasaran sesuatu utusan. Penerima bolehterdiri daripada seorang individu, kumpulan kecil, sebuah organisasi ataupun sejumlahorang yang ramai. Dalam komunikasi massa, penerima utusan dikenali sebagaikhalayak. Sepertimana punca atau sumber, penerima mempunyai ciri-ciri tertentuseperti kemahiran komunikasi, sikap, tahap pengetahuan serta kedudukannya dalamsuatu sistem sosiobudaya

Ciri-ciri penerima mempunyai persamaan dengan ciri-ciri sumber. Jika punca mestimempunyai kemahiran mengenkod (kemahiran bercakap dan menulis) penerima pulamesti mempunyai kemahiran mendekod (mendengar dan membaca).

• Kemahiran KomunikasiSeseorang penerima mestilah mempunyai kemahiran komunikasi iaitu dayamengimbang dan menafsirkan sesuatu mesej yang disampaikan. Semua ini mestilahdilakukan dengan pemikiran dan akal yang baik serta waras. Ianya penting bagi bagimelihat kebaikan dan kelemahan sesuatu mesej.

Rajah 1.9: Kemahiran komunikasi

Page 14: BAB 01 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

OUM 15

UNIT 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI

BAB 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

• Tahap PengetahuanTahap pengetahuan juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan sumber. Jikapenerima mempunyai pengetahuan mengenai apa yang diperkatakan oleh sumber makaapa yang disampaikan akan mudah difahaminya. Namun jika penerima tidak mempunyaipengetahuan tentang apa yang didengarnya maka mesej komunikasi sukar difahami.

• Kedudukan dalam Sistem SosiobudayaSebagaimana sumber, penerima juga harus mengetahui norma, peraturan dan budayayang ada di dalam sesuatu sistem masyarakat. Ini bertujuan memastikan supayakomunikasi berjalan lancar dan tidak menimbulkan salah faham antara satu sama lain.

Rajah 1.10: Situasi penerima melalui sikap yang digambarkanSumber: Majalah Ujang, Isu 175, 15 Oktober 2003

Page 15: BAB 01 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

16 OUM

PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI UNIT 1

KONSEP ASAS KOMUNIKASI BAB 1

Rajah 1.11: Situasi penerima melalui kedudukannya dalam sistem budaya

1.3.3 Mesej

Pernahkah anda menyaksikan cerita peperangan? Tahukah anda mesej yangdisampaikan apabila bendera putih dikibarkan?

Mesej adalah maksud yang terkandung dalam perkataan-perkataan atau simbol-simbolyang digunakan oleh sumber untuk menyampaikan dan melafazkan sesuatu maksud.Ia adalah hasil daripada proses enkod yang dijalankan oleh punca berdasarkan kepadapemikirannya

Di dalam mesej tersebut terkandung perutusan idea dan perasaan yang ingindisampaikan oleh punca kepada penerima. Mesej mengandungi idea serta perasaanyang ingin dikongsi antara sumber dan penerima. Namun, idea dan perasaan hanyadapat dikomunikasikan menerusi simbol tertentu sama ada secara lisan, konkrit,abstrak mahupun bukan lisan.

Pendek kata, segala apa yang membawa makna boleh diistilahkan sebagai mesej.Contohnya, seorang pengurus menunjukkan wajah serius semasa mesyuarat apabilamenerima laporan jualan yang menurun pada hujung tahun. Pasti mesej yang ingindisampaikan difahami oleh kakitangan pemasaran supaya memberi sokongan untukmengatur strategi promosi komunikasi pemasaran bersepadu yang berkesan.

Terdapat tiga ciri utama yang harus dipunyai oleh mesej jika ingin disampaikan kepadapenerima dengan berkesan iaitu:

1. Kod mesej

2. Isi atau kandungan mesej

3. Pengolahan mesej

Page 16: BAB 01 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

OUM 17

UNIT 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI

BAB 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

• Kod MesejKod ialah satu kumpulan simbol-simbol, yang apabila disusun dengan teratur bolehmemberi makna kepada seseorang. Kod digunakan setiap hari dalam aktiviti seharianterutamanya dalam komunikasi. Kod didapati dalam bahasa yang kita gunakan. Isyaratyang terdapat di tepi lebuh raya, di bangunan-bangunan dan di kebanyakan tempat awamjuga merupakan suatu kod. Bahasa yang kita gunakan untuk berkomunikasi antara satusama lain merupakan kod simbol-simbol yang paling meluas digunakan oleh manusiadiseluruh dunia.

Perkataan dalam bahasa merupakan simbol lisan yang melambangkan sesuatu bendaatau idea. Simbol tanpa lisan pula merupakan cara berkomunikasi tanpa menggunakanperkataan.

Bahasa sesungguhnya merupakan kod terpenting yang pernah dicipta dan diterima olehmanusia yang digunakan untuk kemudahan dan keselesaan dalam kehidupan dandifahami oleh semua yang melihat atau mendengarnya. Penggunaan kod bahasa iniamatlah penting dalam menghasilkan mesej yang difahami apabila didengar atau dilihat.

Rajah 1.12: Contoh kod mesej di tepi jalan raya

• Isi atau Kandungan Mesej

“Pernahkah anda mendapat ‘memo’ dari kawan anda? Contoh: PerjumpaanKelab Ixora akan diadakan pada 19 Mac 2004, di Betty Villa jam 2.30 petang.Apakah kandungan mesej yang anda jangkakan dari memo tersebut?

Untuk menjalankan komunikasi yang berkesan setiap mesej mestilah mempunyaikandungan yang jelas. Kandungan mesej yang kosong tidak akan membawa apa-apamakna. Isi yang di maksudkan di sini ialah maklumat yang diperolehi dan didapati dalammesej yang dienkodkan oleh punca kepada penerima. Tajuk, topik, tujuan dan harapanyang terkandung di dalam sesuatu kandungan itulah yang disebut sebagai mesej.

Page 17: BAB 01 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

18 OUM

PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI UNIT 1

KONSEP ASAS KOMUNIKASI BAB 1

Rajah 1.13: Isi kandungan mesej yang lengkap

• Pengolahan MesejKandungan mesej sekiranya tidak diolah dengan baik tidak akan difahami oleh penerima.Pengolahan mesej yang baik akan mendatangkan kesan yang memberi makna kepadaapa yang akan dikomunikasikan. Pengolahan merupakan keputusan yang dibuat olehpunca untuk memilih dan menyusun kedua-dua kod dan isi mesejnya. Bagaimanaseseorang itu melakukan pengolahan kepada mesej bergantung kepada beberapa faktor.Antara faktor-faktor tersebut ialah gaya atau stail pengolahan mesej. Penyampai jugamempengaruhi pengolahan yang dilakukan terhadap mesej.

Rajah 1.14: Pengolahan mesej yang tidak lengkap dansukar di fahami

Memo

g

Kepada:

Daripada:

Tarikh:

Tempat:

Jam:

Tarikh:

Perkara:

Tindakan:

Cik Mariana

Cik Warisna

3 Mac 2004

Betty Villa

2.30 pm 

19 Mac 2004

Mesyuarat Bulanan Kelab Ixora

Sediakan laporan 

Page 18: BAB 01 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

OUM 19

UNIT 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI

BAB 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

1.3.4 Saluran

Saluran boleh kita definisikan sebagai alat atau perantara yang menyalurkan mesej darisumber kepada seorang penerima atau beberapa orang penerima. Pemilihan salurandalam komunikasi adalah penting kerana ia akan membantu keberkesanan komunikasi.Dalam masa yang sama, setiap saluran mempunyai kelemahan dan kekuatan tertentu.Untuk mendapatkan kesan yang maksimum, kaedah menggunakan beberapa saluranuntuk menyampaikan sesuatu utusan merupakan cara yang paling efektif.

Dalam apa sahaja bentuk saluran yang digunakan, pemilihannya harus mengambilkirakesesuaiannya dengan situasi dan penerimanya. Pada amnya saluran terdapat dalambentuk-bentuk berikut:

1. Saluran media

2. Saluran bersemuka

3. Saluran mesej bukan lisan

Berdasarkan Rajah 1.14, mengapakah pengolahan mesej tersebut dikatakansukar untuk difahami oleh penerima?

Rajah 1.15: Saluran komunikasi

Cetak

Page 19: BAB 01 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

20 OUM

PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI UNIT 1

KONSEP ASAS KOMUNIKASI BAB 1

• Saluran MediaMedia meliputi aplikasi jenis-jenis media berikut :

1. Media Cetak seperti akhbar, majalah serta buku-buku.

2. Media Elektronik seperti televisyen, radio dan Internet.

3. Media Tradisional seperti teater, wayang kulit dan opera.

Pada pandangan anda adakah kaedah penyampaian mesej menerusi Internet,seperti e-mel atau chat mampu menggantikan kaedah komunikasibersemuka?

• Saluran BersemukaPerbezaan yang nyata dapat dilihat dari kaedah penyaluran maklumat atau mesej yangmenggunakan media massa. Saluran bersemuka melibatkan interaksi atau hubungansecara langsung antara sumber dan penerima. Sumber dan penerima berada dalamsituasi yang sama. Kaedah sedemikian dikatakan lebih mesra dan berbentuk dua hala.Dalam situasi ini proses penyaluran mesej melibatkan maklumbalas di mana kesannyalebih cepat dan segera. Perantara yang selalunya terlibat dalam saluran mesej bersemukaialah jiran tetangga, ketua komuniti dan sebagainya.

Dari segi menentukan kesan, beberapa persoalan harus difikirkan ketika berkomunikasi.Beberapa ciri saluran perlu dikenal pasti untuk menentukan keberkesanan komunikasiuntuk tujuan-tujuan tertentu.

• Penggunaan Saluran yang BersesuaianSebelum melaksanakan penyampaian mesej, seseorang itu harus memikirkan saluranmanakah yang paling sesuai yang harus kita gunakan supaya penerima boleh menerimamesej yang kita sampaikan dengan cara yang paling mudah diakses dan difahami.

• Keupayaan Saluran yang DigunakanKita harus juga memikirkan sama ada saluran itu berupaya membawa mesej dalambentuk yang dienkodkan dan sama ada penerima berupaya mendekod mesej yangdikirimkan melalui saluran tersebut.

Dalam membuat pemilihan saluran untuk mesej, haruslah diketahui apakah saluranataupun saluran-saluran yang paling baik dan paling sesuai untuk menyampaikan mesejkita kepada penerima.

Contohnya apabila kita memilih saluran television untuk menyampaikan mesej berbentukpesanan yang panjang, sudah tentulah ianya satu pemilihan yang kurang bijak. Mediamassa mempunyai keupayaan yang berbeza. Radio hanya mampu menyalurkan kesansuara (audio) manakala televisyen pula mempunyai kesan audio dan visual. Akhbar danmajalah mempunyai keupayaan untuk dibaca. Internet yang merupakan salurankomunikasi tercanggih pula tiada batasannya dan tiada sempadan ruang dan masa tetapiperlu mudah diakses. Sudah pasti kesemuanya memberi implikasi keberkesanan yangberbeza-beza.

Kepelbagaian keupayaan perantara komunikasi, sama ada ianya kaedah konvensionalataupun teknologi terkini, ada kelemahan dan kelebihannya. Oleh yang demikian, pemilihansesuatu saluran mestilah disesuaikan dengan keupayaan penerima dan utusan. Pada

Page 20: BAB 01 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

OUM 21

UNIT 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI

BAB 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

masa kini, akses kepada teknologi dan aplikasinya menjadi isu yang hangat dibincangkankerana jurang digital di kalangan mereka yang tidak mampu dan yang berada; antarayang kaya maklumat dan yang miskin maklumat.

1.3.5 Gangguan

Gangguan ialah sebarang bentuk halangan yang berlaku dalam proses komunikasi.Gangguan berlaku apabila penerima tidak dapat menerima utusan dengan jelas atautepat sebagaimana yang disampaikan oleh sumber. Bunyi bising umpamanyamenghalang mesej dari disampaikan, diterima dan difahami dengan tepat.

Tardapat banyak sebab berlakunya gangguan yang menghalang proses komunikasiyang berkesan. Gangguan dalam komunikasi boleh berlaku disebabkan oleh saluran,keadaan sekeliling (luaran), keadaan mental seseorang (dalaman) atau gangguansemantik yang boleh mengganggu proses penyampaian mesej.

Unsur gangguan mula diperkenalkan oleh Shannon dan Weaver melalui model sebaranpada tahun 1949 dan gangguan dilihat berlaku disebabkan faktor-faktor berikut:

Rajah 1.16: Unsur-unsur gangguan

1. Gangguan FizikalGangguan fizikal berlaku apabila punca gangguan itu datangnya dari keadaan sekeliling.Contoh: bunyi bising akibat lalu lintas kenderaan semasa kita sedang berbual denganrakan. Ia mengganggu tumpuan kita kepada sesuatu mesej.

2. Gangguan Fisio-PsikologiIa berlaku disebabkan pengaruh tahap pengetahuan asas kita, sikap kita terhadap utusanatau sumber dan keupayaan komunikasi kita.

Perbezaan budaya juga merupakan satu gangguan jika kita tidak memahami budayatersebut.

3. Gangguan MentalGangguan mental berpunca daripada pemikiran kita sendiri. Misalnya, fikiran yangterganggu akibat peperiksaan yang semakin hampir, masalah kesihatan dan sebagainya.

Page 21: BAB 01 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

22 OUM

PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI UNIT 1

KONSEP ASAS KOMUNIKASI BAB 1

1.3.6 Maklumbalas

Maklumbalas merujuk kepada respons yang berlaku apabila penerima memberikanreaksi terhadap utusan yang disampaikan oleh sumber. Dalam komunikasi antaraindividu, maklumbalas adalah spontan. Misalnya, apabila sumber bertanya “ bagaimanakeadaan anda sekarang?” dan penerima utusan menjawab “Baik-baik saja”.Maklumbalas mungkin ditunjukkan pada riak wajah sambil menjawab. Jawapan danair muka penerima itu merupakan maklumbalas terhadap utusan yang disampaikan olehsumber. Begitu juga dengan lawak tutur kata A terhadap B sehingga B tersenyum atauketawa merupakan maklumbalas. Apabila maklumbalas itu positif, mungkin sumberakan meneruskan komunikasinya. Namun, jika maklumbalas itu negatif, mungkin iaakan berhenti di situ sahaja.

Dalam proses komunikasi massa, maklumbalas tidak sepantas komunikasi bersemuka.Maklumbalas komunikasi massa adalah tertangguh iaitu lambat untuk diperolehi.

Maklumbalas dalam konteks komunikasi massa akan dibincangkan dalam unit 3 nanti.Pentingnya maklumbalas dilihat pada tindakan yang harus diambil oleh seseorang. Disamping itu juga, kepastian akan diperolehi terhadap idea dan perasaan yang cubadikongsi antara sumber dan penerima. Perkembangan teknologi komunikasi maklumatterkini memungkinkan maklumbalas segera umpamanya penggunaan e-mel danpencarian maklumat menerusi Internet. Telefon bimbit kini memberi maklumbalas yangpantas dengan pelbagai kaedah untuk menyampaikan mesej.

Rajah 1.17: Maklumbalas dalam komunikasibersemuka atau menerusi telefon

1.3.7 Rangka Rujuk

Rangka rujuk adalah pengalaman dan pengetahuan tentang sesuatu perkara yangmenjadi tajuk komunikasi. Komunikasi tidak akan mendatangkan kesan jika sumberdan penerima tidak mempunyai rangka rujuk yang sama.

Page 22: BAB 01 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

OUM 23

UNIT 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI

BAB 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

Katakanlah seseorang yang mempunyai pengalaman bermain ski (luncur ais) di luarnegeri bercerita dengan kawannya di kampung tentang cara dan pengalaman berski.Sudah pasti kawannya tidak dapat menghayati apa yang diceritakan.

Di sini jika penerima kekurangan pengetahuan mengenai perkara yang dibincangkan,maka ia akan menjejaskan keupayaan penerima untuk memahami atau mengikuti apayang dibincangkan oleh sumber. Dengan itu, sudah pasti penerima tidak dapatberkomunikasi secara berkesan dengan sumber.

Bagi membolehkan komunikasi berlaku dengan berkesan, kedua-dua sumber danpenerima mestilah mempunyai rangka rujuk yang sama. Ini kerana setiap individu yangterlibat dalam proses komunikasi mempunyai pengalaman yang tersendiri.

Dengan itu, hanya utusan yang difahami oleh kedua-dua pihak sahaja yang akan dapatmembantu keberkesanan komunikasi. Contohnya, minat yang sama, jantina, latarbelakang sosial dan lain-lain. Lebih luas ruang lingkup rangka rujuk di antara sumberdan penerima, maka lebih besar kemungkinan komunikasi antara mereka memberi kesan.

1.3.8 Konteks

Komunikasi berlaku dalam konteks-konteks tertentu. Komunikasi tidak berlaku dalam“kekosongan”. Komunikasi juga kadangkala terjadi dalam keadaan yang semulajadi tanpadisedari. Konteks komunikasi merujuk suasana atau keadaan sekeliling di manakomunikasi itu berlaku.

DeVito (2001) menyatakan bahawa komunikasi yang berlaku dalam konteks tertentu akanmempengaruhi bentuk dan kandungan mesej. Konteks juga kadangkala tidak jelas dandalam keadaan tertentu pula mendominasi (sama ada menstimulasi atau menghalangmesej yang disampaikan. Konteks komunikasi adalah seperti situasi (fizikal), temporal,pensejarahan psikologi-budaya, masa dan sosiobudaya. Setiap dimensi tersebutdikatakan saling berkait rapat dan mempengaruhi antara satu sama lain.

Berdasarkan konteks situasi atau keadaan, yang mencakupi keseluruhan komunikasi yangberlaku sama ada dalam keadaan formal atau tidak formal, maka tindakan komunikasipasti dipengaruhi oleh keadaan tertentu. Contoh, komunikasi antara seseorang denganseseorang yang lain atau antara sekumpulan ahli dalam sesebuah organisasi; jumlah ahlidan jenis komunikasi dan interaksi; suasana, masa dan siapa yang terlibat dalamkomunikasi. Konteks yang berlainan memberi kesan komunikasi yang berlainan.

Setiap konteks memberi kesan terhadap apa yang dikomunikasikan. Konteks jugamempengaruhi persekitaran, perlakuan, tindakan dan sebaliknya. Konteks jugamenentukan jenis komunikasi yang harus digunakan.

Apakah kerja yang paling sukar di dunia? Berfikir – Emerson, 1836.

Page 23: BAB 01 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

24 OUM

PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI UNIT 1

KONSEP ASAS KOMUNIKASI BAB 1

1.4 FUNGSI KOMUNIKASI

Pernahkah anda terfikir bahawa seseorang yang beribadah jugaberkomunikasi. Apakah fungsi-fungsi komunikasi anda dan individu lain?Adakah komunikasi membantu anda dalam kehidupan seharian?

Fungsi komunikasi bergantung kepada tujuan ia dilakukan. Ia dilihat dari perspektif yangberbeza-beza. Jika diperhatikan dari perspektif sumber (penghantar mesej), komunikasimempunyai fungsi untuk memberitahu, menghibur, belajar, memahami atau membuatkeputusan sama ada menerima atau menolak mesej yang diterima.

Dari perspektif individu, komunikasi bertujuan memberikan gambaran sebenar tentangrealiti, memperolehi kemahiran dan pengetahuan serta membuat keputusan.

Jika diperhatikan pula dari perspektif sosial, komunikasi memainkan peranan-perananberikut :

1. menyumbang ilmu pengetahuan untuk dikongsi bersama

2. mengukuhkan proses sosialisasi ahli dalam sesebuah kumpulan

3. menghibur

4. melahirkan kesepakatan untuk mendapatkan pengaruh, dan

5. membujuk

Rajah 1.18: Peranan komunikasi dari perspektif sosial

Untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai fungsi-fungsi komunikasi, cubagambarkan beberapa situasi yang berlaku di dalam kehidupan kita sebagai individu.

Sejak bermulanya peradaban manusia, komunikasi memainkan peranan yang pentingdalam segala aspek kehidupan. Sama ada di pejabat (menulis surat, memberi arahan,

menyumbang� ilmu

menghibur melahirkan �kesepakatan

mengukuhkan proses �sosialisasi

PERANAN �KOMUNIKASI

membujuk

Page 24: BAB 01 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

OUM 25

UNIT 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI

BAB 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

berkomunikasi menerusi e-mel) dan lain-lain, di sekolah (mengajar dan belajar)mahupun di rumah (chatting dalam ruang siber), kita berkomunikasi untuk tujuantertentu.

Cuba bayangkan bagaimana dan mengapa komunikasi berlaku. Seseorang guruberkomunikasi secara bersemuka dengan sekumpulan murid di sekolah. Seorang anakmenelefon ibunya untuk bertanya khabar berita ayahnya di kampung atau A yangmenghantar SMS kepada teman untuk menyatakan perasaannya. Seorang tua dudukbermenungan di tepi tasik. Kesemua yang berlaku, sama ada secara terancang atautidak disengajakan, menggambarkan sebab mengapa komunikasi berlaku. Dalam setiapkeadaan yang digambarkan tadi, komunikasi memainkan peranan pentingmenghubungkan seseorang dengan seorang yang lain, dalam diri sendiri atau dikalangan kumpulan tertentu.

Sekumpulan pelajar boleh berkomunikasi dengan gurunya; seorang ahli perniagaandapat memperluaskan peluang perniagaan ke luar negara; seorang ibu dan anak dapatmerapatkan hubungan kekeluargaan. Jalinan komunikasi antara insan juga memberikanruang untuk kita mengenali diri sendiri dengan lebih baik.

Kemajuan teknologi komunikasi maklumat juga membolehkan komunikasi dijalankandengan lebih cepat dan pantas membentuk jaringan elektronik. Kepentinganberkomunikasi antara seorang pengurus yang beroperasi dari jarak jauh memerlukankaedah berkomunikasi menerusi e-mel dengan rakan perniagaannya di sebuah negarayang lain.

Rajah 1.19: Perniagaan secara elektronik

Penggunaan komputer dan komponen interaktif Internet seperti e-mel memungkinkankita berhubung dengan seseorang di mana-mana pada bila-bila masa. Mesyuaratsesebuah perniagaan boleh dijalankan menerusi “telesidang”.

Proses komunikasi amat berkait rapat dengan pencarian maklumat. Apabila ilmukomunikasi dipelajari sebagai satu bidang pengajian atau disiplin, pakar-pakar dan parapengkaji komunikasi sering menganggap bahawa komunikasi mempunyai fungsi yangberbeza.

Page 25: BAB 01 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

26 OUM

PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI UNIT 1

KONSEP ASAS KOMUNIKASI BAB 1

Di antara fungsi-fungsi komunikasi yang utama ialah:

Rajah 1.20: Fungsi-fungsi komunikasi

1.4.1 Fungsi Memberitahu

Pada hari ini sumber maklumat dengan mudah dapat diperolehi menerusi Internet yangjuga bertujuan memberitahu. Berita yang disiarkan di akhbar, radio dan televisyen bertujuanmemberitahu khalayak tentang perkembangan semasa.

Fungsi ini boleh dikatakan antara fungsi komunikasi yang sering digunakan dalamkehidupan manusia. Fungsi ini bertujuan memberitahu orang lain tentang sesuatu perkarayang dirasakan oleh penyampai perlu diketahui oleh orang lain. Terdapat banyak contohkomunikasi yang menjalankan fungsi memberitahu, contohnya: papan tanda seperti“Dilarang Merokok”, “Sila beratur”, “Ikut kiri”, “berhati-hati di jalan raya” dan sebagainya.

Fungsi memberitahu ini menumpukan perhatian kepada penyampai atau sumbermaklumat. Penyampaian mesej bertujuan memberitahu. Sesungguhnya, maklumat adalahsesuatu yang amat penting dalam memperolehi ilmu dalam kehidupan kita. Setiap orangmemerlukan maklumat dalam menguruskan kehidupan sehari-hari. Maklumat pentingkerana ia akan membuatkan seseorang itu berfikir. Ini kemudiannya akan mendorongseseorang membuat keputusan tentang sesuatu isu dan akan memungkinkan tindakandiambil. Tanpa maklumat maka sukarlah untuk seseorang membuat keputusan. Andapasti selalu mendengar pesanan-pesanan penyampai dalam rancangan-rancangan diradio yang memberitahu tentang keadaan jalan raya di bandaraya. Seorang yang sedangdalam perjalanan pulang dari kerja akan berpeluang membuat keputusan untuk mengelakdari terperangkap dalam kesesakan jalanraya di Kuala Lumpur.

Berdasarkan huraian tadi, komunikasi juga memainkan peranan penting dalam prosesmendapatkan maklumat. Melaui proses komunikasi, maklumat disebarkan secaraberterusan dan dikongsi bersama oleh penyampai dan penerima untuk membentukpersefahaman. Namun, kita harus memastikan bahawa maklumat yang disampaikan perludifahami oleh penerima. Jika ianya tidak difahami maka ia bukanlah komunikasi yangberkesan.

Page 26: BAB 01 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

OUM 27

UNIT 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI

BAB 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

1.4.2 Fungsi Mendidik

Komunikasi juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menyampaikan bahanpelajaran. Pendidikan/pembelajaran berlaku dari tahap kanak-kanak sehinggalahseseorang itu dewasa. Pendidik menjadi aktor utama menyumbangkan ilmu yangdiberikan. Interaksi antara guru dan pelajar merupakan proses komunikasi.

Dalam kehidupan manusia, kita bukan sahaja belajar daripada pengalaman peribadisahaja tetapi kita juga belajar daripada pengalaman orang lain. Misalnya, seorang pelajaryang rajin membuat rujukan lazimnya mendapat keputusan peperiksaan yang baik.Pelajar pula mestilah memberikan kepercayaan kepada pengajar serta rela dansanggup menerima ilmu. Dalam konteks ini tujuan komunikasi adalah memindahkanilmu kepada penerima walaupun keberkesanannya masih boleh dipersoalkan. Fungsimendidik ini memperlihatkan kepentingan sumber dan penerima maklumat untukmemastikan fungsi tersebut berjaya dilaksanakan.

Rancangan-rancangan yang berbentuk pendidikan banyak disiarkan di televisyen.Kebanyakan rancangan yang berunsur mendidik, kadangkala bertindan dengan fungsimemberitahu dan berhibur. Rancangan “Discovery Science”, TVIQ dan “Art Attack” diASTRO, umpamanya, jelas menjalankan fungsi mendidik untuk setiap lapisanmasyarakat. Begitu juga dengan klip-klip “Teleinfo” yang membekalkan penonton denganberbagai maklumat. Rancangan berbentuk mendidik dapat memperluaskanpengetahuan. Selain itu juga, ilmu yang diperolehi akan membantu seseorang berfikirsecara kritikal atau memahami sebab-sebab berlakunya sesuatu perkara yang kompleksdi sekeliling mereka.

1.4.3 Fungsi Membujuk

Komunikasi juga memainkan peranan yang sangat penting di dalam proses pembujukan.Fungsi ini berbeza dengan dua fungsi komunikasi yang telah kita bincangkan tadi.Fungsi membujuk bertujuan mengubah sikap dan tingkah laku seseorang sepertimanayang dikehendaki. Namun, pembujukan bukanlah bermakna bahawa dengan

Rajah 1.21: Komunikasi berfungsi memberitahu

Page 27: BAB 01 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

28 OUM

PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI UNIT 1

KONSEP ASAS KOMUNIKASI BAB 1

menggunakan komunikasi kita dapat dengan mudah memujuk orang lain ataupun orangramai. Jika dirujuk buku-buku yang ditulis dalam bidang psikologi sosial, kita akandapati tidak semua orang boleh memujuk atau dipujuk untuk mengubah sikap mereka.

Selain daripada memberitahu, komunikasi juga digunakan untuk menawan hati danfikiran orang ramai. Kebanyakan contoh pembujukan ini dapat kita lihat melalui iklan-iklan dan klip-klip video yang disebarkan di media.

Anda pasti selalu melihat iklan di akhbar dan televisyen serta mendengarnya melaluiradio. Tujuan utama iklan adalah untuk mempengaruhi kita membeli barang-barang yangdiiklankan. Pembujukan bukan hanya menyebarkan maklumat tetapi mestilah dapatmenembusi dan menawan perasaan serta emosi khalayak sasaran mereka. Adakalamaklumat sengaja ditambah-tambah bagi mencapai tujuan tersebut.

Contohnya, iklan pencuci muka menggunakan seorang bintang filem wanita yangdiminati ramai. Mesej iklan ialah jika dia menggunakan ubat pencuci muka baru itu makakulitnya akan kelihatan cantik dan nampak menawan. Dalam contoh iklan ini, emosimemainkan peranan penting. Untuk kelihatan menawan, mesej sebenar yang ingindisampaikan adalah supaya pembeli membeli produk tetapi mainan emosi dijadikanmodal pembujukan dalam mesej komunikasi dalam iklan ini.

Apakah simbol-simbol di sekeliling anda yang berfungsi menyampaikan mesejpembujukan kepada khalayak?

1.4.4 Fungsi Menghibur

Fungsi komunikasi yang menghibur merupakan perkara yang paling mudah dilihatdalam kehidupan seharian. Wayang gambar, rancangan hiburan, lawak jenaka, drama,sketsa, komik, kartun merupakan contoh-contoh bagaimana komunikasi digunakanuntuk menghibur. Oleh kerana hiburan merupakan fungsi komunikasi yang paling populardan diperlukan oleh orang ramai, maka rancangan-rancangan berbentuk hiburan amatdiminati ramai. Majalah-majalah hiburan ramai pembacanya. Drama komedi tempatandan juga dari luar negara berjaya menawan hati penonton televisyen. Radio pulamenyiarkan lagu-lagu kegemaran menghiburkan pendengarnya. Berbual-bual denganrakan-rakan juga merupakan satu hiburan.

Masyarakat sebelum wujud televisyen dan radio berhibur dengan mendengar cerita-cerita penglipurlara atau pun dengan menonton wayang kulit.

Pada umumnya keberkesanan fungsi ini boleh diketahui melalui reaksi seseorangapabila berkomunikasi. Seseorang akan berasa terhibur bila saling bercerita tentangzaman kanak-kanak, zaman persekolahan atau mengenang semula kenangan manispada zaman remaja. Pendek kata, apabila seseorang itu dapat menghilangkan perasaanduka bolehlah dikatakan bahawa fungsi menghibur itu telah tercapai.

Oleh kerana fungsi hiburan itu amat digemari oleh orang ramai, maka terdapat usahauntuk menerapkan unsur pendidikan, penerangan, dan pembujukan melalui hiburan.

Page 28: BAB 01 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

OUM 29

UNIT 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI

BAB 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

Oleh yang demikian, timbul beberapa konsep baru dalam fungsi komunikasi sepertiedutainment (gabungan education dan entertainment) dan infotainment (gabunganinformation dan entertainment)

Televisyen banyak menyiarkan rancangan yang menggabungkan peranan menghiburdengan membujuk. Misalnya, melalui drama diselitkan unsur-unsur perpaduan antarakaum dan semangat patriotik dalam lagu-lagu seperti Jalur Gemilang, KeranamuMalaysia dan Malaysia Tanah Airku. Rancangan kanak-kanak pula banyak menyelitkankedua-dua konsep edutainment dan infotainment.

Senaraikan rancangan televisyen yang menyalurkan mesej menerusikedua-dua konsep edutainment dan infotainment.

1.4.5 Mensosialisasikan Masyarakat

Fungsi ini melibatkan kebolehan membimbing ahli masyarakat dalam menggunakankaedah ataupun tingkahlaku yang bersesuaian dalam kehidupan bermasyarakat. Di sinikita akan lihat pertindihan antara fungsi pembelajaran atau pendidikan yang telah kitabicarakan sebelum ini.

Dalam proses sosialisasi ahli-ahli masyarakat saling belajar dan mengamalkan aspek-aspek seperti kemahiran, kepercayaan dan norma-norma masyarakat. Contohnya, ibubapa akan mengajar anak-anak bagaimana cara menghormati golongan tua. Prosesini bertujuan membentuk tingkah laku yang sesuai sebagai salah seorang ahlimasyarakat. Menerusi komunikasi, individu membentuk hubungan dengan sahabat,kumpulan kecil, anggota keluarga, rakan sekerja dan juga komuniti tertentu.

Dalam keadaan sebenar, sesuatu proses komunikasi itu tidaklah hanya tertumpukepada satu fungsi sahaja. Fungsi mensosialisasikan masyarakat melibatkankemampuan individu mengadaptasi diri dalam pelbagai konteks komunikasi. Bagaimanaseseorang itu menyesuaikan diri dengan rakan, teman sepejabat, kumpulan sosial,komuniti tertentu melibatkan komunikasi. Kesemua bentuk hubungan ini mempengaruhitindakan komunikasi antara insan.

Sila rujuk buku oleh Hashim Fauzy Yaacob, (2001). Komunikasi AntaraManusia. Skudai: Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.

Page 29: BAB 01 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

30 OUM

PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI UNIT 1

KONSEP ASAS KOMUNIKASI BAB 1

Latihan 1.21. “ Dalam situasi komunikasi yang ideal, mesej diterima dan difahami

seperti mana yang dirancangkan. Namun apabila mesej tidakdikomunikasikan seperti mana yang dijangkakan, timbul percanggahanterhadap mesej yang disampaikan.”

Berikan pandangan anda terhadap kenyataan tersebut.

2. Huraikan tajuk-tajuk berikut:

(a) Komunikasi sebagai satu proses.

(b) Implikasi budaya terhadap komunikasi

RUMUSAN

Di dalam bab 1 ini, kita telah membincangkan takrifan komunikasi dari pelbagaiperspektif. Setiap satu pengertian melambangkan perspektif komunikasi yang berbezaantara satu sama lain. Apa yang jelas, kita tidak mampu mencari satu takrifankomunikasi yang mempunyai ciri-ciri sepunya atau satu takrifan yang dianggap tepatdan terbaik. Oleh yang demikian, penggunaan sesuatu takrifan itu perlulah dilihat dariperspektif dan konteks komunikasi. Tiada satu definisi yang paling tepat untukmemberikan maksud yang khusus atau menyeluruh kepada makna komunikasi yangsebenarnya.

Komunikasi yang terbentuk melibatkan idea, pengetahuan, perasaan dan makna yangingin dikongsi. Proses perkongsian makna itu pula tidak berlaku sehala. Dalamkebanyakan situasi komunikasi berlakunya perkongsian yang bertimbal balik sama adasecara terang-terangan atau tersirat menerusi simbol-simbol yang membawa pelbagaiinterpretasi. Dalam masa yang sama, wujud elemen-elemen gangguan yang memberiimpak kepada keberkesanan komunikasi. Jika bijak mengadaptasi diri dalam pelbagaikonteks komunikasi akan membentuk iklim komunikasi yang harmonis dan berkesan.

Lazimnya sesuatu proses komunikasi itu akan melibatkan beberapa fungsi komunikasiyang saling digabungkan untuk menghasilkan kesan komunikasi yang lebih besar.

Justeru itu, komunikasi yang baik haruslah berupaya dan bersedia untuk mengenal pastigabungan fungsi komunikasi yang mana satukah yang akan membawa kejayaan dalamperancangan strategi komunikasi yang akan dilaksanakan.