ayat fiqh

7
AYAT FIQH (TALAK) [228] Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami- suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [229] Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. [230] Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin

Upload: siti-fatimah-jamaludin

Post on 14-Feb-2015

148 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pengajaran daripada ayat 228-230 surah al-baqarah serta kaitannya dengan isu semasa

TRANSCRIPT

Page 1: AYAT FIQH

AYAT FIQH (TALAK)

[228]

Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri

mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi

mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh

Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan

hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-

isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan

isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh

mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh

syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat

kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha

Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[229]

Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk

dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan

(menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil

balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang

diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan

aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak

dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa -

mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya

(dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum

Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-

aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

[230]

Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka

perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan

suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis

idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa

untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat

Page 2: AYAT FIQH

menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah,

diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.

TAFSIRAN DAN PENGAJARAN AYAT

Menurut tafsiran Al-Azhar, ayat 228 surah al-baqarah membawa maksud wanita

yang diceraikan itu hendaklah menahan diri mereka daripada berkahwin dengan

lelaki lain selama tiga kali suci daripada haid. Penahanan ini bertujuan untuk

mengosongkan rahim wanita yang telah diceraikan daripada benih suaminya yang

lama. Pada masa ini, wanita tersebut hendaklah memaklumkan statusnya sama ada

hamil, dalam keadaan haid ataupun tidak. Ayat seterusnya pula menjelaskan

tentang proses rujuk iaitu suami merujuk kembali isterinya dalam tempoh iddah jika

mereka bertujuan untuk berdamai. Dalam pada itu, wanita-wanita yang telah

diceraikan itu juga mempunyai hak yang sama bermaksud wanita yang telah

diceraikan mestilah menyedari tugasnya iaitu bersama-sama dengan suami untuk

merujuk kembali jika suami mengkehendakinya. Ini kerana persefahaman adalah

penting pada waktu ini untuk mereka bersama-sama membina kembali hubungan

yang telah diputuskan.

Pengajaran yang boleh diambil daripada ayat 228 daripada surah Al-Baqarah ini

ialah hikmah memaklumkan status wanita yang telah diceraikan oleh suaminya

sama ada hamil, dalam keadaan haid ataupun tidak yang bertujuan untuk menjaga

kemaslahatan bagi kedua-dua belah pihak. Ditafsirkan juga bahwa suami yang

menyedari tentang tanggungjawabnya selepas dimaklumkan isterinya yang

diceraikan ketika hamil, berkemungkinan besar akan merujuk kembali isterinya

dalam tempoh iddah tersebut yang bertujuan untuk perdamaian. Rasulullah SAW

juga menyarankan untuk menjaga adab dalam proses menceraikan isteri dan

melarang keras daripada mentalak isteri dalam keadaan haid. Diceritakan bahawa

Saidina Abdullah bin Umar pernah dicela oleh Rasulullah kerana menjatuhkan talak

kepada isterinya dalam keadaan haid.

Selain itu, kita juga hendaklah menghayati maksud Allah telah memberikan satu

darjat ketinggian kepada suami untuk merujuk kembali isterinya walau tanpa

persetujuan wanita tersebut. Sebagai wanita, kita hendaklah saling memberikan

kerjasama kepada suami apabila ditimpa musibah penceraian ini. Secara umumnya,

lelaki iaitu pihak suami lebih berfikiran matang dalam membuat keputusan. Oleh

Page 3: AYAT FIQH

sebab itulah, kuasa penceraian hanya diletakkan ke atas suami. Wanita hendaklah

mengamalkan sikap toleransi dalam menjalinkan hubungan kekeluargaan supaya

suami tidak berasa tercabar seterusnya melafazkan kalimah penceraian terhadap

isterinya.

Mengikut tafsiran yang sama melalui ayat 229 dalam surah al-baqarah ini, imam

Ibnu Kathir telah menjelaskan bahawa talak bermaksud lepas sementara akad

perkahwinan bermaksud ikatan. Jadi, dapat disimpulkan bahawa talak ialah

melepaskan ikatan perkahwinan. Maksud dua kali dalam ayat ini ialah berpisah yang

boleh dirujuk hanya dua kali tetapi bukan bermaksud mengucapkan lafaz talak dua

atau tiga dalam satu keadaan kerana ianya hanya akan menghasilkan penceraian

sebanyak sekali sahaja. Selepas itu, ayat ini menjelaskan jika telah merujuk isteri

untuk kali yang kedua hendaklah mereka menjalankan kewajipan sebagai pasangan

suami isteri mengikut syarak tetapi jika berlaku juga penceraian, suami dilarang

untuk meminta ganti rugi daripada isterinya kecuali jika penceraian berlaku atas

kehendak isterinya sendiri. Kaedah ini disebuat sebagai khulu’ atau tebus talak.

Pengajaran yang dapat diambil daripada ayat ini ialah lelaki iaitu suami dilarang

untuk meminta harta isterinya jika berlaku penceraian terhadap mereka. Ini kerana

harta tersebut adalah kepunyaan isterinya sendiri yang telah diberikannya sewaktu

perkahwinan mereka masih aman. Jadi, sebagai seorang suami hendaklah

bertimbang rasa kepada bekas isterinya kecuali suami boleh menuntut harta

sepencarian mereka semasa mereka bersama-sama bekerja dahulu. (njnkjnknkkknk

2008). Menurut Dr. Peunoh Daly(1994) khulu’ ialah satu sistem penceraian dengan

cara tebusan. Menurut Syaid Sabiq (1990) pula, tebusan adalah sebagai ganti rugi

kepada penceraian. Jika tidak ada, maka penceraian adalah tidak sah.

Tafsir al-Azhar melalui ayat 230 menghuraikan maksud bahawa jika penceraian kali

yang ketiga berlaku, maka wanita tersebut adalah haram untuk suami itu merujuk

kembali isterinya walaupun dalam tempoh iddah. Seterusnya, tafsiran ini

menjelaskan bahawa wanita yang telah diceraikan untuk kali yang ketiga boleh

dirujuk kembali jika wanita tersebut berkahwin dengan lelaki lain dan mereka telah

bersetubuh bersama. Apabila berlaku penceraian wanita tersebut dengan suami

yang kedua, suami yang pertama boleh merujuk kembali isterinya dengan syarat

suami kedua tidak merujuk kembali setelah tamat tempoh iddah mereka.

Page 4: AYAT FIQH

Pengajaran yang boleh diambil daripada tafsiran ayat 230 ini ialah kita hendaklah

mematuhi hukuman yang telah disyariatkan Allah apabila berlakunya penceraian

untuk kali yang ketiga. Talak ini dikategorikan sebagai talak ba’in kubra. Maksud

talak jenis ini ialah talak yang dijatuhkan sebanyak tiga kali oleh suami kepada

isterinya. Maka, pasangan tersebut akan terpisah daripada menjadi suami isteri buat

selama-lamanya melainkan isteri tersebut mengadakan akd nikah yang baru dengan

lelaki lain dan bercerai dengannya atau suaminya itu meninggal dunia. Seperti yang

telah ditetapkan oleh Allah dalam ayat ini jika berlaku penceraian iaitu dalam ayat:

“ maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk

kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan

aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya

kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya”.

Jelas disini bahawa Allah menghalalkan perkahwinan suami dan isteri yang ingin

berkahwin semula selepas talak ba’in kubra berlaku mengikut aturan-aturan yang

telah ditetapkan melalui Al-Quran. Mereka perlu mengadakan akad perkahwinan

yang baru dengan syarat bekas isterinya telah berkahwin dengan lelaki lain dan

telah melakukan persetubuhan. Disini, Allah juga menegaskan perkahwinan dengan

akad baru boleh dilakukan jika mereka yakin perkahwinan mereka bermatlamatkan

Allah dan ingin memperbetulkan kembali hubungan mereka yang gagal dahulu untuk

mencapai keredhaan Allah.

Justeru itu, kita hendaklah mengambil pelajaran daripada apa yang berlaku

sebelumnya dan tidak boleh sewenang-wenangnya melafazkan talak mengikut

emosi dan perasaan. Kesan yang bakal berlaku sesudah penceraian juga perlu

dititik beratkan oleh pasangan untuk menjamin kesejahteraan secara bersama.

ISU SEMASA

Salah satu isu tentang permasaalahan talak ialah seorang suami menghantar khidmat

pesanan ringkas (SMS) kepada isteri ketika beliau dalam tempoh berpantang selepas melahirkan

anak seperti berikut:

“Selepas habis pantang, maka jatuh talak satu ke atas engkau!”

Ketika kejadian tersebut , suami itu menyatakan bahawa beliau sedang dalam keadaan tidak

normal kerana mengambil ubat tidur secara berlebihan. Jadi, persoalannya ialah sama ada jatuh

Page 5: AYAT FIQH

talak atau tidak melalui SMS dan sama ada jatuh talak oleh suami yang pada masa

itu dikatakan tidak normal kerana mengambil ubat tidur berlebihan. Bagi menjawab

isu ini, rujukan perlu dibuat terhadap rukun dan syarat sah rukun talak.

Menurut pendapat Shafie, rukun talak ada lima iaitu pentalak, sighah (lafaz), mahal

(isteri iaitu perempuan ditalak), wilayah (ada kekuasaan) dan ada qasad ( niat ).

Kejadian ini telah banyak dibincangkan dan majoriti pendapat jatuh talak melalui

SMS jika pada SMS itu dibuat adanya lafaz dan niat yang jelas daripada suami

seperti, “aku ceraikan kau”, “aku talak kau” atau “maka tertalaklah engkau”.

Persoalan ini lebih menjurus kepada sama ada jatuh talak jika lafaz dibuat ketika

suami tidak normal iaitu kerana minum ubat batuk secara berlebihan. Disyaratkan

bahawa suami yang melafazkan talak adalah suami yang mukallaf (baligh dan

berakal) dan tidak dipaksa.

Menurut Dr Wahbah al Zuhaily dalam kitabnya al Fiqh Islami wa Adillatuhu, bagi

talak oleh pentalak yang mabuk atau tidak normal kerana mabuk itu sampai pada

peringkat percakapan merepek dan tidak menentu, bercampur-campur dan tidak

sedar apa diperkatakan ketika mabuk, maka fuqaha’ sepakat berpendapat tidak

jatuh talak daripadanya jika ia mabuk yang tidak diharamkan. Maksud mabuk yang

tidak diharamkan ialah seperti orang mabuk kerana darurat, terpaksa, kerana

dipaksa atau kerana makan sejenis tumbuhan memabukkan walaupun bukan kerana

sesuatu keperluan. Menurut pendapat yang kuat bagi jumhur fuqaha’, jika seseorang

mengambil atau menggunakan bahan memabukkan tanpa sesuatu keperluan atau

darurat, maka jatuh talak yang dilafazkan olehnya dalam keadaan mabuk sebagai

hukuman dan cegahan terhadapnya daripada melakukan perbuatan maksiat.

Lagipun, dia mengambil bahan yang memabukkan itu dengan pilihan sendiri tanpa

ada paksaan dan tanpa darurat.

Orang yang mukallaf (bertanggungjawab terhadap tindakannya), juga kerana ijma’

sahabat Nabi SAW menyatakan kata-kata yang dilafazkan ketika mabuk seperti

menuduh perempuan suci berzina dan lain-lain akan dikenakan tindakan.

Berdasarkan pendapat jumhur fuqaha’, talak yang dijatuhkan melalui penghantaran

SMS walau dalam keadaan boleh dikatakan tidak normal kerana tindakan sengaja

mengambil ubat tidur secara berlebihan, boleh dikira sah kerana mencukupi rukun

pentalak itu sendiri.

Page 6: AYAT FIQH

Dalam era komodenan sekarang, kebanyakan manusia tidak mengendahkan

perkara-perkara sebegini kerana menganggap ianya hanya perkara remeh

seterusnya dipandang enteng oleh sesetengah pihak.

Page 7: AYAT FIQH

Pembahasan talak raj’ie dan ba’in.

http://doaharian.blogspot.com/2005/12/pembahasan-talak-raji-dan-talak-bain.html

Dr. Peunoh Daly(1994). Hukum perkahwinan islam. Selangor: Thinkers Library

Sdn.Bhd.

Syaid Sabiq. (1990). Fikih Sunnah ( Drs. Moh Thalib). Kuala Lumpur: Victory

Agencie.