ayaman zahidi psv

25
PSV 3703e PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KSSR/KBSR Pendidikan Seni visual ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah. Mata pelajaran ini bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian. Sukatan Pelajaran pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu sekolah rendah merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh dan aspek kritikan. Kursus ini meminta kami untuk menyiapkan satu Kerja Kursus Projek PSV 3703e mengenai perancangan Rancangan Pengajaran Harian. Dalam tugasan ini kami dikehendaki menyediakan rancangan pengajaran harian yang mengandungi aktiviti-aktiviti yang menarik dan merangkumi Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah.Di samping menyediakan Rancangan Pengajaran Harian, kami juga dikehendaki untuk menyediakan bahan bantu mengajar dan hasil aktiviti pendidikan seni yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran berlansung. Selain dari itu, tugasan ini memerlukan pengaplikasian pendekatan, stategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran PSV penghasilan bahan bantu mengajar maujud 2D atau 3D serta menghasilkan folio berproses. Seperti yang dimaklumkan matlamat mata pelajaran seni visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan PPG JUN 2011 | TESL 4 1 1.0 PENGENALAN

Upload: yonz-aliati

Post on 15-Nov-2015

43 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

psv

TRANSCRIPT

PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KSSR/KBSR

PSV 3703ePEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KSSR/KBSR

1.0 PENGENALAN

Pendidikan Seni visual ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah. Mata pelajaran ini bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian. Sukatan Pelajaran pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu sekolah rendah merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh dan aspek kritikan.Kursus ini meminta kami untuk menyiapkan satu Kerja Kursus Projek PSV 3703e mengenai perancangan Rancangan Pengajaran Harian. Dalam tugasan ini kami dikehendaki menyediakan rancangan pengajaran harian yang mengandungi aktiviti-aktiviti yang menarik dan merangkumi Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah.Di samping menyediakan Rancangan Pengajaran Harian, kami juga dikehendaki untuk menyediakan bahan bantu mengajar dan hasil aktiviti pendidikan seni yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran berlansung. Selain dari itu, tugasan ini memerlukan pengaplikasian pendekatan, stategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran PSV penghasilan bahan bantu mengajar maujud 2D atau 3D serta menghasilkan folio berproses.Seperti yang dimaklumkan matlamat mata pelajaran seni visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang kearah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara selaras dengan hasrat Falsafah pendidikan Kebangsaan.Justeru, di harapkan kerja Kursus Projek ini dapat memberi input positif kepada kami semua.

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Kelas:3 ArifTema:Alam Semula JadiBidang:Bidang Mengenal Kraf TradisionalModul:AnyamanTajuk:Anyaman Siku KeluangMasa:60 minitMedia:Alat : gunting dan pembarisBahan : kertas warna, kertas lukisan, gam, dan kad manilaBahan Bantu Mengajar:Contoh anyaman kelarai siku keluang.EMK : Keusahawanan, Kreativiti, dan Inovasi

STANDARD KANDUNGAN1.Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu garisan, rupa, jalinan, warna, harmoni dan kontra yang terdapat pada objek alam semula jadi dan karya seni dalam penghasilan anyaman siku keluang. 2.Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan anyaman siku keluang.3.Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan anyaman.4.Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.

STANDARD PEMBELAJARAN4.1 Persepsi EstetikMurid dapat mengenal, menamakan dan memahami, bahasa seni visual yang ada pada anyaman.4.1.1Unsur seni4.1.1.1Garisan - lurus4.1.1.2Rupa - geometri4.1.1.3Jalinan - tampak dan sentuh4.1.1.4Warna - primer atau sekunder atau gabungan kedua-dua warna4.1.2Prinsip rekaan 4.1.2.1 Harmoni - kelarai4.1.2.2Kontra - warna

4.2 Aplikasi SeniMurid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan anyaman. 4.2.1Mengenal dan menyatakan jenis media4.2.1.1Alat gunting 4.2.1.2Bahan - mengkuang atau pandan atau kertas warna, dan gam 4.2.2 Memahami teknik yang sesuai dalam pemghasilan karya4.3 Ekspresi KreatifMurid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya 4.3.1Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif4.3.2Menghasilkan anyaman kelarai secara kreatif dengan menggunakan bahan sebenar atau bahan gantian4.3.3Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya4.4Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan4.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan

Objektif PembelajaranPada akhir pembelajaran murid dapat: Kognitif : 1)Mengenal kraftangan tradisional Melayu.2) Meningkatkan daya kreativiti dalam penghasilan anyaman.Afektif : 1) Menghargai hasil seni kraftangan tradisional2) Bekerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain

STANDARD PEMBELAJARANILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik Guru menunjukkan contoh anyaman. Guru menerangkan kepada murid bahan sebenar menghasilkan anyaman.

Aplikasi Seni

Guru menyatakan media yang akan digunakan dalam penghasilan anyaman.

Guru menunjuk cara membuat anyaman kelarai.

SET INDUKSI/ORIENTASI

Guru menunjukkan contoh anyaman kelarai

Guru memberikan penerangan kepada murid bahan gantian yang sesuai untuk menghasilkan anyaman.

SET PERALIHAN

Guru menunjuk cara mengukur dan memotong tapak anyaman.

Guru memotong kertas untuk dijadikan jalur sisip anyaman.

SET PERKEMBANGAN

Guru menunjuk cara menganyam kelarai

Guru menunjukkan contoh anyaman kelarai yang telah dijadikan alas pinggan atau cawan, bakul, tudung saji dan topi.

Ekspresi Kreatif

Murid menghasilkan anyaman berpandukan langkah-langkah yang telah ditunjukkan oleh guru.

Murid melekatkan hasil anyaman kelarai pada kad manila untuk dijadikan alas pinggan atau cawan.

SESI APRESIASI SENI DAN REFLEKSI

Murid mempamerkan dan bercerita tentang hasil karya sendiri.

Murid menceritakan tentang fungsi kraf anyaman dalam kehidupan harian.

PENUTUP Guru meminta murid menyatakan perasaan diri terhadap kegiatan yang dijalankan.

Guru menilai hasil kerja murid-murid dan membimbing murid untuk melakukan penilaian terhadap kerja mereka.

3.0 CADANGAN BAHAN BANTU MENGAJAR CONTOH GAMBAR BERKAITANCONTOH-CONTOH GAMBAR BERKAITAN

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4

GAMBAR PILIHAN SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

4.0 PEMILIHAN OBJEK DAN BAHAN UNTUK PRODUK

Anyaman SeliparPemilihan Objek Dan Bahan 1

Pemilihan Objek Dan Bahan 1Pemilihan Objek Dan Bahan 2

Pemilihan Objek Dan Bahan 3

Pemilihan Objek Dan Bahan 4

Pemilihan Objek Dan Bahan 5

Pemilihan Objek Dan Bahan 6

5.0 REFLEKSI Tugasan projek PSV ini telah saya terima pada 12 Julai 2014 yang lalu. Pada hari yang sama juga, saya telah mendapat penerangan yang jelas oleh En Zahidi berkenaan dengan kehendak tugasan projek bagi memenuhi keperluan kursus PSV3073E ini. Dalam masa yang sama juga beberapa sesi soal jawab telah berlangsung dengan jayanya dimana saya telah mendapat gambaran mengenai produk bahan bantu mengajar dan portfolio yang akan saya hasilkan. Kursus ini meminta kami untuk menyiapkan satu Kerja Kursus Projek PSV 3703e mengenai perancangan Rancangan Pengajaran Harian. Dalam tugasan ini kami dikehendaki menyediakan rancangan pengajaran harian yang mengandungi aktiviti-aktiviti yang menarik dan merangkumi Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah.Di samping menyediakan Rancangan Pengajaran Harian, kami juga dikehendaki untuk menyediakan bahan bantu mengajar dan hasil aktiviti pendidikan seni yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran berlansung. Selain dari itu, tugasan ini memerlukan pengaplikasian pendekatan, stategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran PSV penghasilan bahan bantu mengajar maujud 2D atau 3D serta menghasilkan folio berproses. Saya telah melakukan beberapa sesi pemilihan untuk mendapatkan idea yang terbaik bagi memenuhi kehendak tugasan projek. Beberapa pemerhatian telah saya lakukan di perpustakaan sekolah, galeri seni dan juga galeri sejarah yang terdapat di sekolah saya. Berdasarkan keempat-empat bidang yang terdapat dalam bidang seni sekolah rendah ini, saya telah memilih kraf tradisional iaitu anyaman.Saya memulakan tugasan projek ini dengan membuat Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Pengajaran dan pembelajaran adalah berkait rapat antara satu sama lain. Justeru, di sinilah pentingnya kaedah, strategi dan teknik-teknik pengajaran di dalam kelas. Guru merupakan watak utama untuk membimbing pelajar mengikuti pembelajaran di dalam kelas. Ini semua hanya akan dapat dilakukan sekiranya warga pendidik dapat melaksanakan peranan mereka untuk mengikuti kaedah pengajaran ini dengan sebaik mungkin dan mengaplikasikanya di dalam kelas terutamanya untuk membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan menghadapi globalisasi. Oleh yang demikian, berdasarkan tugasan ini, dapat disimpulkan bahawa penyediaan Rancangan Pengajaran Harian adalah perkara yang perlu dititik beratkan supaya dapat menyediakan Rancangan Pengajaran yang berkesan serta dapat menjalankan sesi pengajaran dengan lancar dan teratur. Oleh yang demikian, bagi mencapai sesi pengajaran yang baik, guru seharusnya menguasai segala strategi, kaedah dan teknik-teknik dalam pengajaran. Untuk itu, secara tidak langsung penyampaian yang dilakukan juga turut berkesan jika strategi pengajaran yang digunakan adalah bersesuaian dengan apa yang ingin diajar dan seterusnya sudah tentu dapat memenuhi objektif yang ingin dicapai. Namun demikian, perlu diingat bahawa aktiviti pengajaran juga haruslah bersesuaian dengan pelajar dan mengikut aras yang bersesuaian bermula dari aras rendah, sederhana dan tinggi. Selain itu, bahan bantu mengajar bagi subjek Seni Visual ini juga amatlah penting supaya sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan secara berkesan dan dapat menarik perhatian murid untuk penglibatan secara menyeluruh. Kesimpulannya, saya dapati, perancangan yang baik serta pengintegrasian yang menarik amatlah membantu melicinkan sesi pengajaran dan pembelajaran di samping perkara lain, kerana sudah tentu murid lebih berkeyakinan dan seronok untuk belajar.

Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya telah melalui pelbagai masalah, namun saya tetap menanamkan sikap rajin berusaha bagi menyiapkan tugasan ini. Di samping itu, dengan melaksanakan kerja kursus ini, saya telah mengkaji, memahami dan sedikit sebanyak dapat mengukuhkan pengetahuan berkenaan matapelajaran ini lebih-lebih lagi berkenaan penulisan Rancangan Pengajaran. Justeru, tugasan ini telah memberikan input dan pengalaman yang baik untuk saya dan rakan saya.

Kesimpulannya, dengan tugasan ini, dapatlah saya memperluaskan ilmu dan mengaplikasikanya untuk murid-murid di sekolah. Saya berterima kasih kepada pensyarah bimbingan iaitu Encik Sukri bin Osman atas segala pengajaran dan ilmu pengetahuan serta tunjuk ajar mengenai kursus ini. Justeru saya berharap ilmu yang ada dapat kekal dan akan digunakan semasa saya menjadi pendidik kelak dan dapat membantu dan membimbing murid-murid di dalam kelas dengan cara yang betul.

Sekian, terima kasih.

RUJUKAN

Ikhsan Othman, Norila Md Salleh. (2005). Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah.Perak: Quantum Books.Kamarudin Hj Husin. (1993). Perkaedahan Mengajar Bahasa. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Mok Soon Sang. (2010). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran .Perak: Multimedia Sdn. Bhd.Loy Chee Luen, Mazlina Che Mustafa, Norly Jamil, Azila Alias.(2011). Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-kanak. Selangor: Gerak Ilmu Sdn Bhd.

APA Format - 6th Edition

PERKEMBANGAN IDEA

Langkah 1 :Potong kertas warna mengikut jalur untuk dijadikan sisip anyaman

Langkah 2 :Sisipkan anyaman seperti tikar

Langkah 3 : Stapler setiap bucu agar susunan anyaman tidak lari

Langkah 4 : Buat garisan segi empat sama

Langkah 4 : Buat garisan segi empat sama

Langkah 5 : Kepakkan bahagian garisan menggunakan pembaris

Langkah 6 : Anyam sehingga ke atas dan kemaskan bahagian penjuru

PPG JUN 2011 | TESL 417