assignment ti tas

Click here to load reader

Upload: faizah12

Post on 11-Aug-2015

106 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  1. 1. 1 TAMADUN MANUSIA DAN PEPERANGAN : SATU SOROTAN.
  2. 2. 2 PENDAHULUAN Tugasan yang kami sediakan bertemakan peperangan dan tamadun dan bertajuk, TAMADUN MANUSIA DAN PEPERANGAN :SATU SOROTAN. Kamisangat berminat untuk menyiasat aspek-aspek mengenai peperangan memandangkan terlalu banyak malapetaka yang terjadi pada tahun 2014 dan kami tidak lagi mampu untuk berpeluk tubuh tanpa menggali sebarang maklumat terkini. Kajian kami bermula dengan penceritaan mengenai tamadun manusia itu sendiri. Dari sejarah tamadun kepada konsep tamadun dan istilah tamadun, kami menjelaskan dari mana datangnya tamadun dan juga maksud tamadun. Ciri-ciri tamadun membezakan antara pelbagai jenis tamadun yang sedia ada. Kelahiran dan perkembangan tamadun pula mejelaskan kemajuan yang dimiliki dan kebijaksanaan manusia dalam evolusi kemandirian. Contoh-contoh majoriti tamadun yang berkaitan dengan masyarakat di Malaysia adalah tamadun Melayu, tamadun India dan tamadun China. Pelbagai tamadun berinteraksi dan bertembung sepanjang zaman. Antara pertembungan tersebut ada yang membawa kebaikan ada juga yang membawa keburukan sepertiperang. Punca-punca peperangan turut dianalisa di dalam bab 3. Tokoh-tokoh terkemuka yang telah menjadi badan yang digeruni sepanjang masa seperti Adolf Hitler, Genghis Khan dan Napoleon menjadi bahan rujukan kami untuk mereka yang menjadi pemimpin dalam peperangan. Kami juga mencari tahu mengenai Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa yang merupakan asas perundangan semasa peperangan. Protokol peperangan juga berdasarkan unang-undang ini.
  3. 3. 3 Beberapa peperangan yang terjadi di seluruh dunia dan masih berlaku sekarang maka kami berkeputusan untuk mengkaji (1)Konflik Israel- Gaza 2014, (2)Peperangan di Ukraine, Donbass, (3)Perang Dadah Mexico dan (4)Perang Saudara di Syria sebagai kajian kes. Kami turut mengkaji etika global untuk melihat sama ada penerapan etika global ini mampu untuk mengangkat dunia menjadi lebih baik.
  4. 4. 4 BAB I METODOLOGI PENYELIDIKAN 1.1 LATAR BELAKANG MASALAH Peperangan bukan sahaja memusnahkan harta benda dan meragut nyawa tetapi peperangan juga menyebabkan permusuhan antara negara. Punca peperangan harus dikaji supaya kita dapat mempelajari mengapa kekejaman sebegini boleh terjadi. Selain itu, kita harus peka dalam mengetahui sifat-sifat peperangan dan mengambil bahagian dalam membasmi keganasan. Kajian ini dilakukan oleh penyelidik dalam usaha untuk mengelakkan keadaan tersebut daripada terjadi kepada negara kita sendiri. 1.2 OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kajian adalah (1) untuk kita mencari tahu mengenai punca kejadian peperangan yang berlaku di luar negara menggunakan informasi terkini. Dengan ini, kita dapat mengetahui dan membandingkan kes-kes yang terdapat di luar negara. Objektif yang lainnya ialah (2) untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh mereka yang sedang berperang sekarang (3) dan menyiasat sama ada langkah-langkah penamatan peperangan telah dilaksanakan serta melihat sama ada keadilan telah ditegakkan.
  5. 5. 5 1.3 MASALAH KAJIAN Masalah-masalah yang kami hadapi dalam kajian adalah masalah wi-fi yang telah diberhentikan semenjak dua bulan lepas di kampus telah menyebabkan kami terpakasa pergi ke tempat lain yang agak jauh untuk mencari maklumat. Selain itu, kami tidak dapat mencari informasi yang berkaitan di dalam perpustakaan berkaitan dengan tajuk tersebut kerana tidak banyak buku yang dapat kami jadikan rujukan. Tema penyelidikan kami juga tidak terdapat dalam buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara (TITAS) untuk rujukan.
  6. 6. 6 BAB II MANUSIA DAN TAMADUN 2.1 SEJARAH TAMADUN Menurut George Santayana, Mereka yang tidak belajar dari sejarah ditakdirkan untuk mengulanginya. Hanya apabila kita belajar dari kesilapan, kita dapat memajukan diri, nusa, bangsa dan negara. Masa lampau yang telah pergi kerana kesilapan, meninggalkan banyak peristiwa untuk diambil sebagai iktibar dan pengajaran. Oleh yang demikian, di Malaysia, kita mempelajari mata pelajaran Sejarah yang kini menjadi salah satu mata pelajaran wajib lulus untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Mendedahkan kepada anak muda yang masih hingusan dalam bab sejarah negara dapat memberi impak ke dalam kehidupan seharian mereka, seperti menghargai jasa dan pengorbanan para pahlawan negara. Secara ringkasnya, sejarah tamadun adalah kajian tentang masa lampau dan ia merangkumi pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun seperti pencapaian, jatuh bangun, kemajuan dan kemunduran mereka. Akan tetapi, sejarah tamadun selalunya terbatas pada masa dan zaman. Ia hanya membicarakan apa yang terjadi pada tamadun tersebut, pada waktu yang singkat mereka memerintah dan berkuasa.
  7. 7. 7 Menjejakkan kaki ke alam universiti, kita diperkenalkan dengan satu pelajaran yang baru, Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Pengajian ini adalah untuk memupuk semangat kenegaraan, patriotisme dan perpaduan serta memacu pembangunan negara dan bukannya mewujudkan perselisihan faham antara kaum Melayu, Cina dan India.1 Dalam pengajian ini, kita diperkenalkan kepada teori, konsep asas, ciri serta sifat tamadun secara konseptual, teoretikal dan abstrak. Pengajian tamadun adalah lebih mencabar dari segi perlu berfikiran terbuka dan berdaya fikir tinggi. Hal ini demikian kerana ia tidak tertakluk pada masa dan zaman, sebaliknya merangkumi masa dahulu, kini dan masa depan. 2.2 KONSEP TAMADUN2 Konsep tamadun datang dari berbagai-bagai bahasa. Bahasa digunakan untuk memberikan pandangan jelas tentang apakah tamadun dan di sebalik maksudnya agar dapat memberi pemahaman lebih kepada masyarakat. Sehubungan itu, masyarakat yang bertamadun akan berperlakuan seperti definisi tersebut agar mereka dilihat sebagai sebuah negara yang ada tamadun dan bertamadun. 1 www.malaysiakini.com 23 Oktober 2014 2 Muhammad Abdul Jabar Beg, Konsep Tamadun Islam Mengikut Ulama Islam dan Barat (diterjemah oleh Mat Daud Awang Hamat).
  8. 8. 8 2.2.1 DEFINISI TAMADUN A. DARI SUDUT BAHASA3 Bahasa Melayu mendifinisikan tamadun sebagai kebudayaan, kemajuan, peradaban sesutau bangsa yang bertamadun. Manakala dari segi Islam pula, ia adalah untuk membina manusia yang berakhlak dan beradab terhadap sesame manusia dan kepada Maha Pencipta. Selepas berbagai istilah yang digunakan untuk memberi makna tamadun, akhirnya dua istilah ini digunakan oleh orang Arab; tamaddana dan madana. Ertinya adalah satu lokasi yang dijadikan tempat tinggal, dan membangun menjadi sebuah perbandaran. Bahasa Inggeris mengguna istilah civilization yang dipinjam dari perkataan Latin civitas. Ia adalah sebuah proses ke arah peradaban atau menjadi beradab (Noah Webster). Nakar ikam digunakan dalam bahasa Tamil, yang membawa maksud kota (nakar) dan pembentukan bandar (ikam). Wen ming adalah cahaya yang merujuk kepada unsur-unsur spiritual dan material yang muncul dari pencapaian sejarah perkembangan manusia, dan adalah definisi tamadun bagi bahasa Cina. 3 www.mr-islam.blogspot.com 6 Oktober 2014
  9. 9. 9 2.2.2 DEFINISI TAMADUN DARI SUDUT ISTILAH4 Seorang ahli falsafah Islam tersohor, Abu al-Ala al-Maududi (1903-1979) mengguna istilah hadharah sebagai pencapaian dan hasil sesuatu bangsa itu dari pelbagai perspektif seperti ilmu pengetahuan, adab, ciptaan, pembuatan, keindahan dalam berseni, juga perkembangan dalam kehidupan peribadi dan masyarakat, dan cara-cara yang digunakan di dalam politik. Idris Abdul Rauf al-Marbawi (1896-1989) ialah tokoh persuratan yang tidak asing lagi di Nusantara, Mesir dan Makkah. Pada pandangannya, sesebuah kota itu sudah menjadi tamadun apabila ia mencapai kehalusan adat dan manusia mencapai kermurniaan. Selain itu, kota tersebut mestilah sudah aman, makmur dan selamat. Pencapaian teknologi turut menyumbang dalam menjadi sebuah tamadun. Arnold Joseph Toynbee (1889-1975), sejarawan Britain dan ahli falsafah sejarah, menyatakan tamadun ialah perkembangan kebudayaan di dalam sebuah kota dari segi manifestasi yang berbagai, orientasi yang sentiasa bergerak, dan satu budaya bertanggungjawanb membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama serta moral. 4 Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah & Azhar Mad Aros., (2012), Buku Teks Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Edisi Kedua, Shah Alam, hal. 3-4.
  10. 10. 10 Nama Syed Muhammad Naquib al-Attas dikenali ramai atas sebab beliau sudah banyak mengarang buku tentang sejarah dan falsafah. Beliau amat popular di kalangan peminat sejarah sementalah pemikiran beliau bernas dan tajam meskipun di usia yang sudah lanjut ini 5 . Idea beliau tentang tamadun adalah masyarakat yang sudah mencapai tahap tatasusila yang halus kebudayaan yang luhur antara satu sama lain. 2.3 Ciri-ciri Tamadun6 Boleh dikatakan sesuatu tempat itu ada tamadun apabila terdapat beberapa ciri-ciri ini. ramai tokoh ada pandangan mereka sendiri tentang apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menunjukkan masyarakat itu sudah menjadi sebuah kota bertamadun. Beatty dan Johnson memegang postulate bahawa untuk menjadi bandar, mestilah ada kehidupan di tempat itu, berserta rekod-rekod bertulis. Bagi seorang professor bernama Clyde Kulcukholm pula, masyarakat itu sudah bertamadun apabila mereka ada dua antara ciri-ciri tersebut; (1) bandar-bandar berpenduduk 5,000 orang ke atas, (2) ada bahasa bertulis, dan (3) terdirinya pusat-pusat upacara peringatan. Perkara ini dipersetujui oleh Renfrew. Menurut Edward Taylor, apabila ada tulisan, adalah tamadun. Dengan adanya sistem bertulis, maka wujudlah sebuah masyarakat yang sudah sampai ke tahap tamadun, ujar H. Morgan. 5 www.rausyanfikir.com 14 Oktober 2014 6 Muhammad Abdul Jabar Beg, Konsep Tamadun Islam Mengikut Ulama Islam dan Barat, hal 43
  11. 11. 11 Maka, di sini jelas menunjukkan sistem bertulis memainkan peranan penting dalam ciri-ciri sesebuah tamadun. Lantaran itu, rekod-rekod sejarah dapat digarapi dan dijadikan rujukan dan pengetahuan buat zaman akan datang. 2.4 Kelahiran dan Perkembangan Tamadun 1. Tamadun awal bermula di lembangan sungai. Manusia berhijrah dan membina petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus guna tanah dengan membina system pengairan. 2. Aktiviti ini membawa kepada lebihan penghasilan makanan yang mampu menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah. Walau bagaimanapun, terdapat kawasan petempatan yang tidak menghasilkan bahan mentah. Barangan seperti logam, kayu-kayuan, emas dan perak dibawa masuk dari luar untuk ditukar dengan hasil pertanian yang diusahakan oleh penduduk lembangan sungai. 3. Perubahan kehidupan sesebuah masyarakat yang tidak bertamadun kepada kehidupan bertamadun boleh berlaku secara beransur-ansur atau secara drastik. 2.5 Contoh-Contoh Tamadun
  12. 12. 12 2.5.1 Tamadun Islam Tamadun Islam lahir di Makkah, berkembang di Madinah dan seterusnya tersebar ke Kufah, Basrah, Damsyik, Fustat, Baghdad, Wasit, Qairawan, Cordova, Granada, Samarkand, Delhi, Kansu, Pasai, Melaka dan Acheh. Kini, penganut Islam berada hampir di seluruh pelosok dunia. Terdapat banyak faktor yang membawa kepada kelahiran tamadun Islam. Faktor utama kelahirannya ialah ajaran Islam itu sendiri. Ajaran Islam tidak hanya menitikberatkan soal kemantapan akidah sebagai teras pembangunan tamadun manusiawi, tetapi turut menekankan betapa perlunya akidah itu dibina atas keyakinan berasaskan ilmu. Sejak wahyu pertama, iaitu surah al-alaq, diturunkan kepada Rasulullah S.A.W lagi, sudah jelas menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan ilmu pengetahuan dan menekankan kepentingan menggunakan akal dalam mencari kebenaran. Lima ayat pertama surah al-alaq jelas dan tegas menggesa umat Islam supaya membaca yang merupakan kunci utama dan titikmula ilmu pengetahuan. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena dan tulisan. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. (Surah Al-Alaq: 1-5) Kecemerlangan yang dicapai umat Islam pada masa lampau didorong oleh banyak faktor. Faktor utamanya ialah keyakinan mereka kepada ajaran Islam itu sendiri. Ajaran Al- Quran telah berjaya membentuk satu iklim baharu dalam kalangan umat Islam. Al-Quran menganjurkan perkembangan akal fikiran manusia dalam mencari kebenaran. Ajarannya mengajak umat Islam mempelajari ilmu sains tabii, falsafah, kesusasteraan dan pelbagai ilmu yang boleh dicapai oleh akal serta boleh membantu kehidupan mereka di dunia ini.
  13. 13. 13 Selain itu, para pemimpin yang bertakwa juga merupakan faktor kecemerlangan tamadun Islam. Ajaran Islam telah menggariskan kualiti yang perlu ada pada setiap orang yang ingin menjadi pemerintah. Di samping memiliki sifat takwa kepada Allah S.W.T, seorang pemimpin juga mesti bijaksana dalam melihat maslahah umat dan negara Islam. Pada zaman kegemilangan tamadun Islam, umat dan negara Islam diterajui olehpara pemimpin yang beribawa. Mereka bukan sahaja bersifat adil, tetapi amat cintakan ilmu pengetahuan. 2.5.2 Tamadun Melayu Secara umumnya, terdapat tiga teori yang sering dihubungkan dengan kedatangan Islam ke Alam Melayu. Teori-teori itu menyebut bahawa Islam datang dari India, China dan Arab. Kebanyakan orientalis Barat di atas sepakat tentang kedatangan Islam dari India, tetapi mereka berbeza pendapat tentang tempatnya. Mereka mengaitkan kedatangan Islam di Alam Melayu dengan India berdasarkan berlakunya hubungan perniagaan dan kebudayaan antara masyarakat Nusantara dengan pedagang-pedagang India Muslim di sekitar abad ke-13 M. Walau bagaimanapun, para sejarahwan tidak dapat menerima hujah ini sebagai satu fakta yang kukuh kerana teori ini cenderung dikaitkan dengan Islam tiba di Nusantara pada abad ke-13 M walhal Islam sebenarnya telah bertapak di rantau Alam Melayu sejak abad ke-17 M lagi.
  14. 14. 14 Tentang teori Islam dibawa dari China dan Champa, teori ini berdasarkan laporan orang China Islam bahawa orang Arab-Islam telah datang ke China pada zaman pemerintahan Maharaja Tai Tsuing dari Dinasti Pang (672-650 M). Begitu juga dengan Champa yang dapat dibuktikan kewujudan Islam melalui batu nisan yang bertulis khat kufi bertarikh 1039 M dan tugu yang bertarikh 1025 M dan 1039 M. Penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu juga juga boleh memperkukuhkan teori yang menyatakan Islam dibawa dari China dan Champa. Teori kedatangan Islam dari Arab mendapat sokongan kebanyakan ahli sejarah, terutamanya sejarahwan tempatan.bukti pertapakan yang jelas pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah sebelum tahun 1883 M lagi. 2.5.3 TAMADUN CHINA China ialah sebuah negara yang besar telah membina peradaban awal manusia yang menunjukkan keunggulan dan kekayaan ketamadunan daripada pelbagai aspek termasuklah politik, ekonomi, kepercayaan dan sosial unik. Aktiviti pertanian telah memajukan China di samping mempelbagaikan sumber ekonomi negara seperti industri logam, tekstil, perlombongan arang batu, dan minyak. Kesusasteraan China kebanyakannya menggunakan bahasa Cina klasik yang memerlukan pembelajaran khas bagi pemahaman dan penulisan. Masyarakat Cina juga mempunyai pelbagai kesenian seperti kaligrafi, seni lukis, seni bina dan seni ukir, seni opera, serta kung fu. Agama berkembang pesat di China, termasuklah Confusianisme yang menekankan
  15. 15. 15 hubungan kekeluargaan, Taoisme harmoni dengan alam, Legalisme, Buddha mengawal nafsu, Kristian dan Islam sebagai ad-Din (cara hidup) turut dibawa masuk ke China. Kemasukan Islam ke China telah memainkan peranan penting dalam pembentukan peradaban yang unggul dan lebih tersusun di China. 3.0 MANUSIA DAN PEPERANGAN 3.1 INTERAKSI ANTARA TAMADUN Interaksi merupakan hubungan aktif yang saling bertindak balas atau saling mempengaruhi antara satu sama lain. Agama, pegangan nilai, bahasa, budaya, adat dan sistem sosial mempengaruhi interaksi pelbagai tamadun. Kewujudan interaksi antara tamadun lahir disebabkan semangat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan sesebuah tamadun yang lain. Sikap demikian menyebabkan bercambahnya ilmu dan budaya serta mengelak daripada berlaku kemerosotan sesebuah tamadun. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi interaksi antara sebuah tamadun dengan tamadun yang lain, antaranya peranan pemimpin melalui pelaksanaan visi dan misi untuk memajukan bangsa dengan aktiviti interaksi. Peranan golongan agamawan berdakwah turut menjadi faktor interaksi tamadun. Turut menjadi faktor adalah, kedudukan yang strategik dan perkahwinan antara pasangan yang berlainan etnik, bangsa dan budaya yang menyebabkan berlaku asimilasi. Interaksi antara tamadun juga boleh berlaku melalui proses
  16. 16. 16 hubungan dua hala antara negara-negara yang berdagang dan juga melalui pelbagai pendekatan sama ada penaklukan, penjajahan atau kerjasama antara pelbagai negara. Terdapat dua bentuk atau jenis interaksi. Bentuk interaksi yang pertama adalah, interaksi dalam lingkungan budaya dan bangsa yang sama adalah bercirikan semua sempadan adalah sama, perbezaan kecil dari segi variasi kerana perbezaan geografi, mudah berinteraksi dan perubahan adalah kecil, malah berlaku pemantapan (positif) atau tertutup (negatif). Bentuk yang kedua ialah, interaksi dalam lingkungan budaya dan bangsa yang berbeza yang bercirikan interaksi antara budaya dengan peradaban yang berbeza, dan antara peradaban yang dominan dengan yang tidak dominan. 3.2 PUNCA-PUNCA PEPERANGAN Menurut Gabriel dan Metz dalam bukunya A Short History of War, aktiviti perang mula terjadi apabila kegiatan pertanian dan penternakan haiwan mula berkembang pada kurun ke-5 Sebelum Masihi. Kegiatan ini menyebabkan bermulanya satu cara hidup bermasyarakat yang lebih kompleks. Kemahiran membuat senjata juga menyumbang ke arah tercetusnya konflik awalan di antara mereka7. Pembentukan dan perluasan empayar merupakan salah satu punca peperangan pada masa terdahulu tetapi tidak lagi relevan dengan undang-undang masa kini. Pada masa itu, peperangan selalunya ditujukan kepada kepentingan menguasai negara-negara jiran, sumber- sumber alam, tenaga manusia atau kawasan-kawasan yang dianggap strategik bagi imperialis. 7 www.42cs.maxwell.af.mil 31 Oktober 2014
  17. 17. 17 Berdasarkan konsep bahawa negara yang kuat haruslah memimpin negara yang lemah seperti yang dikatakan oleh Pericles, seorang pemimpin Yunani pada kurun ke 5 Sebelum Masihi. Imperialisme dan pembinaan empayar adalah bertujuan memperkukuhkan kedaulatan dan kuasa politik sesuatu monarki pada peringkat awal tamadun manusia. Keluasan empayar turut dianggap sebagai kayu ukur untuk menguatkan kegemilangan sesuatu sistem pemerintahan serta meningkatkan kemegahan dan kemuliaan seseorang raja yang dapat diperoleh melalui keberanian dalam medan perang. Sesebuah kerajaan bukan sahaja bergantung kepada agama seperti hak ketuhanan, raja tetapi juga proses penaklukan untuk mengesahkan pemilihan kuasa politiknya ke atas rakyat bawahan. Peperangan adalah perlu untuk menyatukan kesemua kelompok penduduk yang berlainan bangsa, kepercayaan dan adat, agama, dan bahasa. Sebagai contoh, Chandragupta Maurya yang mewujudkan empayar pertama dalam sejarah India. Dari pusat kuasanya di Bihar, kuasa Maurya telah dikuatkuasakan ke atas penduduk-penduduk di Lembah Indus dan Deccan. Dasar imperialisme juga dapat disaksikan dengan penaklukan Iskandar Zulkarnain yang berjaya meluaskan empayar Yunani ke Asia dan akhirnya melahirkan suatu sistem kebudayaan yang dikenali kebudayaan Hellenistic. Masalah sempadan turut menjadi penyebab aktiviti perang.Peperangan berlaku bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara daripada diceroboh oleh musuh-musuh. Fenomena ini selalunya berpunca daripada ketiadaan sempadan yang tetap tetapi sentiasa berubah-ubah akibat pengembangan atau pengecutan kuasa sesuatu kerajaan.
  18. 18. 18 Oleh sebab sempadan-sempadan pada zaman terdahulu tidak didasarkan atas persetujuan politik tetapi ditentukan oleh faktor-faktor geografi atau keperluan sesuatu unit politik, maka perselisihan kerap kali timbul yang membawa kepada pencetusan peperangan. Contohnya adalah tamadun Mesopotamia kuno di mana peperangan berlaku di kalangan negara kota disebabkan oleh ketiadaan sempadan yang jelas. Selain itu, sempadan-sempadan negara China sejak Dinasti Chou juga menghadapi serangan- serangan orang gasar (Hsiung- nu) dan Kerajaan Chin terpaksa mencantumkan semua tembok pertahanan untuk mempertahankan negaranya daripada musuh- musuh . Tembok ini dikenali sebagai Tembok Besar China. Persaingan dalam bidang ekonomi, politik dan wilayah antara tamadun turut menyumbang kepada peperangan dengan menjadi suatu saluran untuk memperoleh sumber-sumber ekonomi yang penting untuk kepentingan rakyat dan asas kekuasaan kerajaan. Persaingan selalu tercetus untuk merampas atau menguasai sumber-sumber bahan mentah seperti logam mendapatkan tanah-tanah yang subur untuk pertanian, mendapatkan tenaga perburuhan; tenaga hamba untuk mengerjakan ladang-ladang besar yang dikenali sebagai Latifundia di Semenanjung Itali dan Afrika Utara. Peperangan juga tercetus untuk mengatasi pemberontakan demi kepentingan mengekalkan kestabilan rejim diktator. Misalnya, Sparta menakluk negara kota jirannya iaitu Messenia dan memaksa penduduknya mengusahakan tanah pertanian untuk rakyat Sparta yang hanya berperanan sebagai askar. Tentera Sparta biasanya melakukan kekerasan dengan menghambakan orang-orang Messenia dan memecahkan semangat penentangan.
  19. 19. 19 Aktiviti perang juga digunakan untuk melindungi ekonomi perniagaan tamadun. Kekerasan dimanipulasi untuk melindungi ekonomi perniagaan di dalam negara ataupun empayar dan juga di luar negara. Perdagangan antarabangsa dan jalan perdagangan biasanya meliputi beberapa kawasan yang luas dan perlu dilindungi untuk menjamin eksport dan import. Sebagai contoh, Rom berperang dengan Carthage untuk mengekalkan monopoli perdagangan di seluruh Lautan Meditteranean. Faktor agama juga menjadi sebab berlakunya peperangan. Kemenangan Athens ke atas Parsi dalam Perang Parsi seperti yang ditulis oleh Herodotus adalah disebabkan oleh faktor agama. Parsi dengan Athens. Peristiwa peperangan adalah suatu fenomena sejagat. Matlamat yang diusahakan untuk dicapai berbeza mengikut perbezaan tamadun serta jangka waktu. Kesimpulannya, pada asasnya peperangan timbul daripada sifat manusia yang cenderung untuk menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu konflik8. 8 www.russlanssvs.wordpress.com31 Oktober 2014
  20. 20. 20 3.3 TOKOH-TOKOH TERKEMUKA DALAM PEPERANGAN Bab ini akan memberikan pengetahuan mengenai tokoh-tokoh terkemuka dalam peperangan. Ia akan memberitahu pengetahuan tentang biografi tokoh tersebut, jenis peperangan yang mereka cetuskan dan kesan peperangan tersebut kepada dunia. 3.3.1 ADOLF HITLER Adolf Hitler telah dilahirkan pada 20 April 1889 di Braunau am Inn, sebuah bandar di Austria-Hungary, berdekatan dengan sempadan Empayar Jerman. Beliau adalah anak keempat daripada enam anak kepada Alois Hitler dan Klara Plzl. Pada tahun 1894 keluarganya berpindah ke Leonding. Hitler menghadiri Volksschule sebuah sekolah kerajaan berhampiran dengan Fischlham. Selepas Hitler membesar beliau telah menjadi seorang ahli politik Jerman dan memimpin Parti Nazi. Jerman: Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei (NSDAP); Nasional SWP Jerman. Beliau juga adalah Canselor Jerman dari tahun 1933 hingga 1945 dan diktator Nazi Jerman dari tahun 1934 hingga 1945. Hitler terlibat dengan Nazi Jerman dalam Perang Dunia II di Eropah dan Holocaust. Hitler menderita daripada sindrom iritasi usus, luka-luka kulit, degupan jantung yang tidak teratur, sklerosis koronari, penyakit Parkinson, sifilis, dan tinnitus. Beliau meninggal dunia pada 30 April 1945.
  21. 21. 21 Dalam awal perang dunia II pada tahun 1939, Hitler menyatakan bahawa Britain adalah musuh utama yang mesti dikalahkan dan membawa kemusnahan kepada Poland. Dengan ini kapal-kapal timur akan dilindungi dan tanah akan ditambah kepada Lebensraum Jerman. Tersinggung oleh "jaminan" British pada 31 Mac tahun 1939 dengan kemerdekaan Poland, beliau mengugut untuk mengecam Perjanjian Tentera Laut Inggeris-Jerman jika British terus menjamin kemerdekaan Poland. Poland telah diberi pilihan sama ada menjadi sebuah negara satelit bagi Jerman atau dineutralkan untuk mendapatkan kapal timur Reich dan untuk mencegah sekatan British. Hitler awalnya menyukai idea untuk Poland membantu Jerman, tetapi setelah penolakan oleh kerajaan Poland, beliau mengambil keputusan untuk menyerang dan membuat ini matlamat dasar luar utama pada tahun 1939. Pada 3 April, Hitler mengarahkan pihak tentera untuk mempersiapkan Kejatuhan Weiss ("Kes Putih"), pelan untuk menyerang Poland pada 25 Ogos. Dalam pidato Reichstag pada 28 April, dia mengatakan kedua-dua Perjanjian Tentera Laut Inggeris-Jerman dan Pakatan Jerman-Poland bukan satu pencerobohan. Pada bulan Ogos, Hitler memberitahu jenderalnya bahawa pelan asalnya bagi 1939 adalah untuk mewujudkan hubungan yang boleh diterima oleh Poland untuk memerangi Barat. Ahli-ahli sejarah seperti William Carr, Gerhard Weinberg, dan Ian Kershaw berhujah bahawa salah satu sebab untuk Hitler tergesa-gesa dalam peperangan ialah beliau takut pada kematian awal. Pada akhir 1942, tentera Jerman telah dikalahkan dalam pertempuran kedua El Alamein, ia menggagalkan rancangan Hitler untuk merebut Terusan Suez dan Timur Tengah. Terlalu yakin dalam kepakaran sendiri, tentera berikut menang lebih awal pada tahun 1940, Hitler tidak percaya kepada Tentera Komando dan mulai untuk campur tangan dalam perancangan ketenteraan dan taktikal kesan yang merosakkan. Pada bulan Disember 1942 dan Januari 1943, penolakan berulang kepada Hitler untuk membenarkan mereka mengeluar dalam Pertempuran Stalingrad yang menyebabkan kemusnahan Tentera ke-6. Lebih dari 200.000 tentara Axis terbunuh dan 235,000 orang dipenjarakan. Daripada anggaran 91,000 tentera Jerman ditangkap di bandar sendiri, hanya 6,000 orang selamat dalam kurungan dan kembali ke Jerman selepas perang. Setelah itu kekalahan strategik yang menentukan pada
  22. 22. 22 Pertempuran Kursk. Penghakiman tentera Hitler menjadi semakin teruk, dan kedudukan ekonomi Jerman merosot bersama-sama dengan kesihatan Hitler. Holocaust juga dikenali sebagai "Endlsung der Judenfrage" atau "Penyelesaian Terakhir Soalan Yahudi" telah diperintahkan oleh Hitler yang dianjurkan dan dilaksanakan oleh Heinrich Himmler dan Reinhard Heydrich. Rekod Persidangan Wannsee, yang diadakan pada 20 Januari 1942 dan diketuai oleh Heydrich, lima belas pegawai kanan Nazi yang mengambil bahagian dan memberikan bukti yang jelas tentang perancangan sistematik Holocaust. Pada 22 Februari, Hitler tercatat berkata, "Kita akan mendapatkan kembali kesihatan kita hanya dengan menghapuskan orang-orang Yahudi". Namun tidak ada perintah langsung dari Hitler yang membenarkan pembunuhan tersebut. Ramai telah muncul, pada ucapan awamnya, arahan jenderalnya, dan buku harian pejabat Nazi menunjukkan bahawa dia mengisytiharkan pemusnahan Yahudi Eropah. Beliau meluluskan kumpulan Einsatzgruppen untuk mengikuti tentera Jerman mengintip Poland, Baltik, dan Kesatuan Soviet untuk mendapat maklumat tentang aktiviti-aktiviti mereka. Pada musim panas 1942, Auschwitz kem tahanan telah berkembang dengan pesat untuk menampung jumlah tentera yang besar untuk membunuh atau perhambaan. Kem-kem pertahanan dan kem satelit lain didirikan seluruh Eropah, dengan beberapa kem berbakti semata-mata untuk memusnahan musuh tersebut. Tindakan Hitler dan ideologi Nazi yang hampir secara universal dianggap sebagai tindakan yang tidak bermoral; menurut sejarawan Ian Kershaw, "Tidak pernah dalam sejarah mempunyai kehancuran fizikal dan moral-dikaitkan dengan nama salah satu orang seperti Hitler". Disebabkan perang dunia, Hitler telah meninggalkan Timur. Tengah Eropah hancur dan jatuh miskin. Jerman sendiri mengalami kehancuran borong, dicirikan sebagai "Zero Hour". Dasar mendera manusia Hitler telah memberi impak yang tidak pernah terjadi sebelumnya. Menurut RJ Rummel, rejim Nazi bertanggungjawab atas pembunuhan democidal dari perkiraan 19.3 juta orang awam dan tawanan perang. Selain itu, 29 juta tentera dan orang awam yang meninggal dunia akibat tindakan ketenteraan di Eropah dalam
  23. 23. 23 Perang Dunia II, manakala peranan Hitler telah digambarkan sebagai "... penulis utama dalam peperangan yang meninggalkan lebih dari 50 juta mati dan berjuta-juta yang bersedih kepada hilangan mereka ...". Jumlah orang yang dibunuh semasa Perang dunia Kedua adalah satu perkembangan yang belum pernah terjadi dalam sejarah peperangan. Ahli-ahli sejarah, ahli falsafah, dan ahli politik sering menggunakan perkataan "jahat" untuk menggambarkan rejim Nazi. Banyak negara-negara Eropah telah dijenayah kerana peperangan Nazisme dan penafian Holocaust. Sejarawan Friedrich Meinecke menjelaskan Hitler sebagai "salah satu contoh besar kuasa tunggal dan tak terhitung personaliti dalam kehidupan sejarah". Sejarawan Bahasa Inggeris, Hugh Trevor-Roper melihat beliau sebagai "di kalangan 'penyederhana yang mengerikan' dalam sejarah, yang paling sistematik , yang paling bersejarah, yang paling falsafah, namun yang kasar, kejam, penakluk yang paling murah hati di dunia yang pernah dikenali ". Bagi sejarawan John M. Roberts, kekalahan Hitler menandakan berakhirnya fasa sejarah Eropah dikuasai oleh Jerman. Sebagai gantinya muncul Perang Dingin, konfrontasi global antara blok Barat yang didominasi oleh Amerika Syarikat dan negara-negara NATO lain, dan blok Timur, dikuasai oleh Kesatuan Soviet. Ahli sejarah, Sebastian Haffner nyatakan bahawa tanpa Hitler dan pengusiran orang-orang Yahudi, negara bangsa yang moden Israel tidak akan wujud. Dia berpendapat bahawa tanpa Hitler, menpenjajah bekas sfera pengaruh Eropah tidak akan berlaku dengan cepat. Selanjutnya, Haffner mendakwa bahawa selain daripada Alexander Agung, Hitler telah memberi kesan yang lebih besar dari mana-mana tokoh sejarah yang hampir sama, dalam bahawa dia juga menyebabkan pelbagai perubahan di seluruh dunia dalam jangka masa yang singkat.
  24. 24. 24 3.3.2 GENGHIS KHAN Nama sebenarnya adalah Temujin. Dilahirkan pada tahun 1162. Keluarganya hidup susah setelah kematian ketua keluarga yang telah diracun mati. Susahnya hidup apabila ibunya perlu membesarkan kesemua tujuh anak sendirian. Beliau mendapat nama Genghis Khan pada tahun 1206, apabila dia diangkat menjadi ketua Mongol di dalam sebuah perjumpaan bernama kurultai. Terbayang-bayang di minda nasib manusia pada zaman dahulu di Mongolia apabila tersebutnya sebuah nama Genghis Khan. Beliau amat popular dengan persepsi kejam kerana pada zaman beliau dahulu, begitu banyak nyawa terkorban. Mereka adalah orang-orang yang tidak bersalah namun dibunuh atas dasar perlu oleh Genghis Khan. Pun begitu, Genghis Khan memodenkan atau menaiktarafkan kehidupan orang-orang Mongolia, mengalu-alukan agama- agama lain untuk dianuti dan membantu perhubungan antarabangsa antara Timur dan Selatan. Genghis Khan boleh dikatakan sebagai seorang ketua di dalam peperangan yang berjaya. Meskipun beliau kejam namun kita harus lihat pada perspektif keberkesanan beliau dalam melantik orang-orang yang bagus agar dia dilindungi dan perang dimenangi. Salah satu contoh yang boleh diambil adalah tidak membunuh musuh. Apabila beliau dijatuhkan dari kuda setelah haiwan itu dicederakan oleh seorang pemanah, beliau telah mensoal-siasat beberapa suspek. Seorang askar dengan beraninya mengaku dialah pemanah itu. Genghis Khan tidak memberi hukuman bunuh kepadanya, tetapi sebaliknya, melantik dia sebagai seorang pemanah untuknya. Lelaki tersbeut dikenali sebagai Jebe atau the Arrow. Genghis
  25. 25. 25 Khan menghargai orang kanan dan orang bawahannya dengan menaikkan pangkat mereka berdasarkan kemampuan berserta pengalaman mereka dalam bidang masing-masing, dan bukannya seperti kebiasaan, iaitu mengikut keturunan dan kedudukan semata-mata.9 3.3.2.1 EMPAYAR MONGOL Genghis Khan amat dikenali ramai atas dasar antara pemimpin yang tidak berhati perut dalam memenangi apa jua peperangan. Beliau melatih tentera-tenteranya menjadi handal dalam memanah dan menunggang kuda. Kepimpinan dan kebijaksanaan Genghis Khan berjaya meningkatkan kuasa Mongol sehingga menjadi sebuah empayar. Kepintaran Genghis Khan dalam mengatur strategi menjadikan beliau seorang penakluk yang digeruni pada abad ke-13.10 3.3.3 NAPOLEON Dilahirkan pada tahun 1769, Napoleon Bonaparte merupakan Maharaja Perancis dan ketua tentera yang berjaya menguasai hampir seluruh Eropah pada abad ke-19. Anak kepada pasangan Carlo dan Letizia Romalino Buanoparte ini dilahirkan dalam sebuah keluarga yang hidup secara sederhana meskipun ibu bapanya adalah dalam golongan minor Corsica. 9 www.history.com 29 April 2014 10 www.peperangan.wordpress.com 29 April 2014
  26. 26. 26 3.3.3.1 PERANG-PERANG NAPOLEONIC Bertahun berkhidmat sebagai tentera dan belajar hal-hal berkaitan peperangan, Napoleon membantu Perancis meluaskan kawasan jajahannya. Banyak negara seperti Mesir, Amerika dan Amerika Selatan. Mana-mana negara yang menentang Perancis dan Napoleon pasti akan berlaku kejadian pertumpahan darah. War of the first Coalition diikuti beberapa peperangan lain iaitu Battle of Marengo, Battle of Jena dan Peninsular War memberi gambaran bahawa Napoleon berani bertindak dan tidak gentar memulakan pertempuran antara tenteranya dengan tentera negara Austri, Rusia, Sepanyol dan Britain. Namun akibat tamak inginkan pangkat setelah memberi martabat sebagai Raja negara Sepanyol kepada abangnya, Joseph Bonaparte, Napoleon terpaksa menanggung akibatnya apabila Sepanyol mendapat pertolongan Britain. Britain adalah satu-satunya negara yang tidak tewas di tangan Napoleon. Kesannya, Selatan Perancis berjaya ditakluki. Seterusnya, Napoleon menakluki Rusia dan peperangan tersebut dinamakan Battle of Borodino pada tahun 1812. Beliau berjaya menawan Moscow. Akan tetapi, Napoleon terpaksa berundur akibat cuaca yang buruk dan ini membawa kepada perletakan jawatan beliau pada tahun 1814. Setelah menyepi selama setahun, Napoleon kembali untuk menunjukkan kuasanya dan menidakkan apa yang telah berlaku Battle of Waterloo.
  27. 27. 27 Sebaliknya yang terjadi adalah kematian para pegawainya yang bagus belaka dan beliau yang dicampak keluar ke Saint Helena, di mana beliau tidak dibenarkan kembali ke negara asal.11 3.4 UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (UUKA) Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) adalah peraturan yang berlandaskan atas dasar kemanusiaan dan menentukan batasan untuk mengehadkan kesan-kesan konflik bersenjata. Ia melindungi mereka yang tidak terlibat, atau tidak lagi mengambil bahagian dalam peperangan, dan mengehadkan cara dan kaedah peperangan yang digunakan oleh pihak yang terlibat. Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa adalah sebahagian daripada undang-undang antarabangsa awam. Peraturan UUKA terkandung dalam perjanjian atau konvensyen dan juga sebahagian daripada undang-undang lazim yang diterima pakai oleh semua negara. UUKA tidak menentukan samada sesebuah negara boleh menggunakan kekerasan atau tidak. Ini ditentukan oleh Piagam Bangsa-bangsa Bersatu dan lain undang-undang lain yang menjadi kebiasaan dalam undang-undang antarabangsa awam. Akan tetapi, sebaik sahaja sesebuah konflik bersenjata tercetus, UUKA diguna pakai. 11 www.historyofwar.org 29 April 2014
  28. 28. 28 UUKA berusaha untuk menetapkan cara dan kaedah peperangan dalam kedua-dua jenis konflik bersenjata konflik antarabangsa dan juga konflik bukan antarabangsa. Majoriti daripada kandungan UUKA terdiri daripada hasil empat Konvensyen Geneva pada tahun 1949 dan hampir semua negara di seluruh dunia bersetuju untuk mematuhinya. Konvensyen- konvensyen di Geneva telah dikembangkan dan ditambah dengan: Protokol Tambahan 1977 yang berkaitan tentang pemberian perlindungan kepada mangsa-mangsa konflik bersenjata. Perjanjian-perjanjian yang lainnya mengehadkan atau melarang sama sekali penggunaan senjata dan taktik ketenteraan tertentu serta melindungi orang dan harta benda dalam kategori tertentu. Perjanjian-perjanjian ini termasuklah Konvensyen 1954 mengenai Perlindungan Harta benda Warisan dalam Situasi Konflik Bersenjata serta kedua-dua protokolnya; Konvensyen Senjata Biologi 1972; Konvensyen Senjata Konvensional 1980 dan kelima-lima protokolnya; Konvensyen Senjata Kimia 1993; Konvesyen Ottawa 1997 mengenai Periuk Api; Protokol 2006 mengenai Saki Baki Bahan Letupan Selepas Perang (Explosive Remnants of War/ERW). Kebanyakan peruntukan UUKA telah diterima pakai sebagai undang-undang lazim iaitu sebagai peraturan am di mana semua negara adalah terikat olehnya. Undang-undang lazim ini
  29. 29. 29 tidak bertulis tetapi oleh kerana ia diikuti secara sukarela, ia dianggap sebagai undang- undang yang mengikat kesemua pihak yang terlibat dalam konflik bersenjata.12 3.4.1 KONVENSYEN GENEVA 1949 Konvensyen Geneva mengandungi empat perjanjian yang dibuat di Geneva, Switzerland, yang menetapkan piawaian bagi UUKA. Konvensyen ini dibuat hasil daripada usaha Henri Dunant yang mendapat ilham daripada kekejaman yang disaksikannya dalam pertempuran Solferino tahun 1859. Penerimaan Konvensyen Pertama diikuti dengan penubuhan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah pada tahun 1863.13 Konvensyen Geneva I merangkumi penambahbaikan terhadap keadaan mereka yang cedera dan sakit dalam angkatan tentera di medan pertempuran demi melindungi petempur yang cedera dan sakit, kakitangan yang merawat mereka, bangunan tempat mereka diberi perlindungan dan peralatan yang digunakan untuk merawat mereka. 12 Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (Undang-undang Konflik Bersenjata),Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) Delegasi Serantau Kuala Lumpur (2004), hal. 2. 13 www.ms.wikipedia.org 3 November 2014
  30. 30. 30 Konvensyen Geneva II merangkumi penambahbaikan terhadap keadaan anak-anak kapal dari angkatan tentera yang cedera, sakit dan karam semasa pertempuran di laut dengan memberi perlindungan kepada petempur-petempur yang terdiri daripada anak-anak kapal yang karam dan mengawal serta menentukan sesuatu keadaan yang membolehkan mereka dibantu. Konvensyen Geneva III pula merujuk kepada layanan yang diberikan kepada tawanan perang. Isu yang diutarakan adalah melindungi angkatan tentera yang ditawan semasa perang serta menyediakan peraturan bagi tatacara layanan tawanan perang dan mewujudkan hak dan tanggungjawab terhadap kuasa menawan mereka. Konvensyen Geneva IV berkaitan dengan perlindungan orang awam semasa perang dan telah mewujudkan peraturan bagi melindungi masyarakat awam, khususnya mereka yang mendiami di kawasan jajahan dan mereka yang dinafikan kebebasannya.14 3.4.2 PROTOKOL TAMBAHAN I dan PROTOKOL TAMBAHAN II 1977 SERTA PROTOKOL TAMBAHAN 2005 Dua dekad selepas penguatkuasaan Konvensyen Geneva, seluruh dunia menyaksikan peningkatan dalam angka konflik bersenjata bukan antarabangsa dan peperangan untuk kemerdekaan. Sebagai tindak balas, beberapa pindaan dilaksanakan iaitu dua Protokol 14 Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC),(2004), hal. 5...
  31. 31. 31 Tambahan telah ditambah kepada 4 Konvesyen Geneva 1949 pada tahun 1977 manakala pada tahun 2005 pula, Protokol Tambahan yang ketiga ditambah.15 Protokol I merupakan Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 yang berkaitan dengan perlindungan terhadap mangsa konflik bersenjata antarabangsa. Pada waktu itu telah dipersetujui yang skop perlindungan akan diluaskan kepada orang awam dan mengehadkan kaedah serta cara peperangan. Protokol II juga merupakan Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 dan berkaitan dengan perlindungan terhadap mangsa dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa . Ia mengandungi jaminan asas bagi individu yang tidak mengambil bahagian dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa, menyediakan peraturan berkaitan dengan perlindungan terhadap orang awam dan objek serta kelengkapan penting untuk menjamin keselamatan mereka seterusnya. Protokol III yang dipinda pada 8 Disember 2005 pula berkaitan penggunaan lambang tambahan dengan mewujudkan lambang tambahan, Kristal Merah, yang mana tarafnya adalah sama dengan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.16 Ia juga untuk mengawal dan menentukan penggunaan lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. 15 www.icrc.org 1 November 2014 16 Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), (2004), hal. 5...
  32. 32. 32 3.4.3 PENGLIBATAN SEMUA NEGARA DI SELURUH DUNIA Pada 22 Ogos 1864, 12 negara telah menandatangani perjanjian mengabadikan kewajipan untuk menyelamatkan dan melindungi tentera yang cedera dan sakit, serta mereka yang terlibat dalam penjagaan tentera yang cedera dan sakit. Hanya negara yang boleh menandatangani perjanjian antarabangsa termasuk Konvensyen Geneva serta Protokol Tambahannya. Walau bagaimanapun, semua pihak dalam konflik bersenjata sama ada negara atau kumpulan bersenjata adalah terikat dengan UUKA. UUKA diguna pakai sejurus tercetusnya konflik bersenjata dan mengikat secara undang- undang terhadap semua pihak yang terlibat, tanpa mengambil kira pihak mana yang memulakan persengketaan.17 3.5 PROTOKOL PEPERANGAN BERLANDASKAN UUKA UUKA adalah salah satu undang-undang yang paling penting yang dimiliki oleh masyarakat antarabangsa bagi menjamin keselamatan dan maruah manusia semasa perang. Ianya bertujuan memelihara satu tahap kemanusiaan yang tertentu, dengan berpandukan prinsip bahawa peperangan juga ada hadnya. 17 Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), (2004), hal. 6...
  33. 33. 33 UUKA melibatkan dua keadaan : keadaan konflik bersenjata antarabangsa seperti konflik yang melibatkan sekurang-kurangnya dua buah negara dan konflik bersenjata yang tercetus dalam sebuah negara seperti konflik antara kerajaan dengan kumpulan pemberontak. UUKA digunapakai ke atas semua pihak yang bersengketa, tanpa mengambil kira pihak mana yang memulakannya.18 3.5.1 PERATURAN ASAS UUKA SECARA RINGKAS NO PERATURAN PENJELASAN 1 Pembatasan Hak pihak-pihak yang bersengketa untuk mengguna pakai cara (senjata) dan kaedah (contohnya taktik peperangan) bagi mencederakan musuh adalah TERBATAS. 2 Penderitaan dan kemusnahan yang tidak wajar Mengakibatkan penderitaan atau kemusnahan harta benda secara tidak wajar bagi memaksa musuh untuk menyerah, adalah dilarang. 3 Perbezaan di antara sasaran ketenteraan dengan orang Serangan yang ditujukan secara khusus terhadap orang awam adalah dilarang. Pada setiap masa 18 www.sediaberkorban.files.wordpress.com 1 November 2014
  34. 34. 34 dan objek awam harus dikenalpasti perbezaan diantara anggota/objek tentera dengan anggota/objek awam yang tidak bersalah. 4 Pertimbangan Penggunaan cara dan kaedah peperangan haruslah setimpal dibandingkan dengan kesan ketenteraan yang dijangkakan akan diperolehi secara langsung. 5 Keperluan ketenteraan Membenarkan penggunaan kekerasan secara seimbang ketika konflik bersenjata untuk memaksa musuh menyerah. Ini bukanlah satu alasan untuk berkelakuan tidak berperikemanusiaan atau sebarang aktiviti yang dilarang oleh UUKA. Ia juga bukan satu alasan bagi menyokong kepimpinan yang buruk atau perancangan yang tidak baik. Keperluan ketenteraan diwajarkan bagi langkah- langkah yang tidak dapat dielakkan dalam menjayakan misi mereka.19 3.5.2 KONFLIK BERSENJATA ANTARABANGSA DAN KONFLIK BERSENJATA BUKAN ANTARABANGSA Konflik bersenjata antarabangsa bermakna apabila sekurang-kurangnya dua buah negara terlibat. Mereka terikat dengan rangkaian peraturan-peraturan yang luas, termasuk keempat- empat Konvensyen Geneva dan Protokol Tambahan I. 19 Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC),(2004), hal. 10...
  35. 35. 35 Konflik bersenjata bukan antarabangsa atau perang saudara adalah terbatas dalam sempadan sesebuah negara, yang melibatkan samada antara angkatan bersenjata dengan kumpulan pemberontak bersenjata, atau kumpulan-kumpulan bersenjata berlawan sesama sendiri. Satu rangkaian peraturan yang lebih terhad diguna pakai dalam konflik sedemikian. Peraturan tersebut terkandung dalam Artikel 3 lazim kepada Konvensyen Geneva dan Protokol Tambahan II, yang mana mempunyai skop yang lebih kecil. Terdapat juga undang-undang lazim yang diguna pakai kepada konflik bersenjata bukan antarabangsa.20 4.0 PERANG DI LUAR NEGARA 4.1 KONFLIK ANTARA ISRAEL DAN PALESTIN Tanah Palestin berada dalam keadaan dami untuk berkurun lamanya dan pada kurun ke-19, tanah Palestin didiami oleh pelbagai bangsa di mana terdapat sekurang-kurangnya 86 peratus orang Muslim, 10 peratus Kristian, dan 4 peratus orang Yahudi21. 20 Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC),(2004), hal. 6... 21 www.ifamericansknew.org 31 Oktober 2014
  36. 36. 36 Palestin terletak di wilayah yang dinamakan Bulan Sabit Subur, sebuah kawasan yang pada hari ini meliputi Iraq, Syria, Lubnan, Jordan, Israel, Gaza, dan Tebing Barat. Disebabkan kawasan tanahnya yang subur, luas dan kedudukan geografinya yang menjadi penghubung penting antara Afrika, Asia dan Eropah, Palestin sering ditawan sehingga lebih kurang 30 kali dalam sejarahnya yang telah melangkaui 5000 tahun22. Konflik antara Arab Palestin dan Yahudi Zionis ( yang kini dipanggil Israel) adalah fenomena moden semenjak kurun ke-19 yang lalu. Walaupun kedua-dua kumpulan ini mempunyai agama yang berbeza (orang-orang Palestin termasuklah Muslim, Kristian dan Druze), perbezaan agama bukanlah punca perselisihan tetapi pergaduhan untuk merebut tanah. Sekitar tahun 1948 - 1949, tanah Palestin dibahagikan kepada tiga bahagian : Negara Israel, Tebing Barat ( berhampiran Sungai Jordan) dan Jalur Gaza.23 4.1.1 PERGERAKAN ZIONIS Di hujung kurun ke 18 sekumpulan orang Yahudi yang menetap di Eropah membuat keputusan untuk menetap di tanah Palestin. Mereka ditindas di Eropah. Kumpulan ini 22 www.szlihin.com 9 November 2014 23 Joel Beninin, Lisa Hajjar, Palestine,Israel and the Arab-Israeli Conflict:A Primer,2014,MERIP, hal. 1
  37. 37. 37 dikenali sebagai Zionis dan mereka mewakili minoriti ekstremis bangsa Yahudi yang bertujuan untuk mencipta sebuah penempatan Yahudi. Pada awalnya, immigrasi ini tidak membawa sebarang masalah tetapi apabila semakin banyak ahli Zionis berhijrah ke Palestin-banyak yang mempunyai keinginan untuk mengambil alih tanah untuk penempatan Yahudi menyebabkan rakyat yang tinggal di sana semakin risau. Akhirnya, perselisihan berlaku dengan peningkatan darjah keganasan. Kuasa Hitler semakin bertambah dan digabungkan dengan aktiviti Zionis untuk menghalang usaha menghantar pelarian Yahudi ke negara-negara Barat menyebabkan peningkatan immigrasi Yahudi ke Palestin dan konflik mula berakar24. 4.1.2 PERMULAAN PENINDASAN ORANG PALESTIN Pada tahun 1947, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat keputusan untuk masuk campur dalam situasi ini. Namun begitu, daripada mengikuti prinsipkeputusan rakyat, di mana rakyat sendiri mencipta negeri dan sistem kerajaan masing-masing, Bangsa- bangsa Bersatu membuat keputusan untuk membenarkan kuasa luar yang membahagikan tanah untuk penduduk. 24 www.ifamericansknew.org 31 Oktober 2014
  38. 38. 38 Di bawah tekanan Zionis, PBB mencadangkan 55 peratus daripada Palestin diberi kepada bangsa Yahudi biarpun kumpulan ini hanya merangkumi 30 peratus daripada populasi dan memiliki 7 peratus daripada tanah Palestin. Dari tahun 1947 hinggalah tahun 1949, dilaporkan bahawa peperangan antara Israel dan Palestin hanya melibatkan lima kumpulan tentera Arab dan tidak begitu diketahui bahawa sepanjang peperangan pihak Zionis menguasai semua ahli tentera Arab dan Palestin. Lagipula, tentera Arab tidak menceroboh Israel kerana semua peperangan berlaku di atas tanah yang sepatutnya dimiliki Palestin. Adalah penting untuk diketahui bahawa pakatan Zionis yang terlebih dahulu memulakan konflik ini dengan menjalankan 16 pembunuhan termasuklah pembunuhan secara kejam lebih daripada 100 orang rakyat Palestin di Deir Yassin. Di penghujung peperangan Israel telah menjajah 78 peratus tanah Palestin; tiga per empat juta orang Palestin dijadikan pelarian; lebih daripada 500 pekan dan perkampungan dimusnahkan; dan satu peta baru dilukis di mana setiap bandar, sungai dan bukit menerima nama baru, nama Ibrani, serta semua adat dan tradisi orang-orang Palestin dihancurkan. Pada tahun 1967, Israel masih lagi berusaha untuk mendapatkan tanah yang selebihnya. Dalam Perang Enam Hari, angkatan Israel melancarkan serangan kejutan dengan berjaya ke atas Mesir dan memiliki 22 peratus yang tinggal daripada tanah Palestin yang tidak diakui pada tahun 1948 kerana undang-undang antarabangsa menetapkan bahawa adalah tidak sah untuk mendapatkan kawasan dengan taktik peperangan serta tanah tersebut adalah kawasan yang sudah diduduki dan bukan milik Israel25. 25 www.ifamericansknew.org 31 Oktober 2014
  39. 39. 39 4.1.3 KONFLIK ISRAEL - GAZA 2014 Pada 11 Mac 2014 yg lalu, kumpulan militia dari Jihad Islam, satu puak Islam yang menerima bekalan sokongan dari Iran dan mengawal kumpulan bersenjata yang kedua terbesar di Jalur Gaza yang diperintah oleh Hamas telah menembak askar-askar Yahudi berdekatan sempadan Gaza-Israel. Israel merakam serangan tersebut dan membalas dengan menyerang dan membunuh tiga orang ahli militia terbabit. Jihad Islam membalas serangan Israel dengan melancarkan projektil pada petang Selasa itu dan melancarkan berdozen roket dalam operasi yang dipanggil Breaking the Silence pada petang Rabu, hari keesokannya26. Angkatan udara Israel bertindak balas dengan mesasarkan 29 kawasan di Gaza pada malam 12 Mac yang kebanyakannya dimiliki oleh Jihad Islam. Pada hari berikutnya, lebih kurang 10 roket telah dilancarkan melanda Israel dan Israel mengakui telah menyerang 7 kawasan di Gaza. 26 Reuters, Israel bombs Gaza militants after intensive rocket fire, 12 Mac 2014.
  40. 40. 40 Serangan tersebut adalah serangan bertubi-tubi yang terbesar pernah dilancarkan semenjak genjatan senjata yang dilancarkan pada 21 November 201227. Pada 8 Julai 2014, Pasukan Pertahanan Israel melancarkan "Operasi Perlindungan Sempadan" di Genting Gaza. Sesudah itu, tujuh minggu serangan udara Israel dan serangan balas roket Hamas, serta pertempuran akibat serangan darat menyebabkan lebih 2,100 orang terbunuh, kebanyakan daripada mangsa merupakan orang awam Palestin. 4.1.4 PUNCA PERSELISIHAN UNTUK TAHUN 2014 Israel menyatakan bahawa tujuan operasi tersebut adalah untuk menghentikan bedilan roket dari Gaza ke Israel, yang ditembak kumpulan bukan-Hamas akibat tindakan keras Israel terhadap Hamas di Tebing Barat yang dicetuskan oleh penculikan dan pembunuhan tiga remaja Israel oleh anggota Hamas yang bertindak sendirian.Hamas pula bertindak balas terhadap serangan udara Israel pada 6 Julai yang membunuh tujuh anggotanya di Khan Yunis dengan turut menembak roket. Pada 17 Julai, operasi itu diperluas kepada serangan darat dengan tujuan dinyatakan sebagai memusnahkan sistem terowong Gaza. 27 Crisis Group Middle East Report N133, Israel and Hamas: Fire and Ceasefire in a New Middle East, 22 November 2012.
  41. 41. 41 4.1.5 genjatan SENJATA DI GAZA Israel dan Hamas mengumumkan mereka mempersetujui genjatan senjata terbaharu bagi mengakhiri peperangan tujuh minggu di Gaza yang sudah meragut nyawa lebih 2,200 orang yang kebanyakannya penduduk Palestin. Genjatan senjata itu berkuatkuasa jam 7 malam waktu tempatan Gaza (1600 GMT), namun keganasan masih dilaporkan berlaku sehingga minit terakhir genjatan dimulakan. Presiden Mesir, Mohamed Morsi mengusahakan genjatan senjata di Gaza. Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama mengucapkan terima kasih kepada Presiden Morsi atas peranannya dalam melakukan rundingan genjatan senjata itu.
  42. 42. 42 Presiden mengucapkan terima kasih kepada Morsi kerana usaha-usahanya untuk mencapai satu genjatan senjata dan disebabkan kepimpinannya dalam rundingan (genjatan senjata), kata satu kenyataan dari White House. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan beliau menerima cadangan Amerika Syarikat untuk memberi peluang supaya genjatan senjata tersebut dapat dilaksanakan. Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak menyatakan Israel telah mencapai semua matlamat ketenteraan semasa serangan lapan hari tersebut. Beliau juga mengarahkan pihak tentera untuk memantau genjatan senjata tersebut28. 4.1.6 TEMPOH PERSELISIHAN Sehingga 26 Ogos, IDF menyatakan yang Hamas, Jihad Islam dan kumpulan militan lain telah menembak 4,500 roket dan mortar dari Gaza, manakala IDF menyerang 5,263 sasaran di Gaza; sekurang-kurangnya 34 terowong yang diketahui telah dimusnahkan dan dua pertiga simpanan 10,000-roket Hamas telah digunakan atau dimusnahkan. Kementerian Dalam Negeri Palestin melaporkan yang sehingga 22 Ogos, 20,000 tan letupan telah dijatuhkan ke Gaza. Beberapa genjatan senjata awal dengan bantuan Mesir (termasuk pada 5 Ogos, apabila askar Israel berundur) tidak bertahan lama. Akhirnya pada 26 Ogos, satu 28 www.mysumber.com 10 November 2014
  43. 43. 43 genjatan senjata tanpa penghujung diumumkan29. Peperangan berlangsung dari 8 Julai 2014 hinggalah 26 Ogos 2014 selama 50 hari30. 4.1.7 SIAPA YANG MENANG? SIAPA YANG KALAH? Kedua-dua pihak menyatakan kemenangan bagi pendapat masing-masing. Israel dan Presiden Palestin, Abbas berpendapat bahawa Hamas semakin lemah dan tidak mampu untuk mencapai kehendaknya. Mengikut Hamas pula, Israel telah berjaya dihalau oleh mereka dari Gaza. genjatan senjata yang dilaksanakan meminta Israel menghentikan semua aktiviti ketenteraan di daratan, laut dan udara termasuk melakukan serangan terhadap individu Palestin. Serangan roket para pejuang Hamas juga telah dihentikan ekoran genjatan senjata terbabit. Israel juga akan membenarkan pergerakan penduduk Palestin dan penghantaran barang melalui sempadan Gaza berdasarkan persetujuan yang dicapai kedua-dua pihak. 29 www.ms.wikipedia.com 17 November 2014 30 www.en.m.wikipedia.org 10 November 2014
  44. 44. 44 4.2 PEPERANGAN DI DONBASS, UKRAINE Petempuran yang berlaku di daerah Donbass, Ukraine tercetus kerana penduduk pro-Rusia di Donetsk dan Luhansk mahu disatukan semula dengan Rusia. Menurut mereka, kedua-dua daerah ini adalah milik Rusia dan perlu dikembalikan kepada negara asalnya. Pada mulanya mereka memprotes di hadapan Security Service of Ukraine (SBU) dan akhirnya berlaku kejadian tembak-nemembak antara pro-Rusia dan penduduk Ukraine. Setakat hari ini, kematian yang terjadi adalah dalam angka 4,000 orang. 4.2.1 PARLIMEN BENARKAN PUTIN CEROBOH CRIMEA Pada 3 Mac 2014, Presiden Rusia, Vladimir Putin telah mendapat kelulusan dari Parlimen untuk menceroboh Crimea, Ukraine. Sekejap sahaja pasukan tentera sudah dalam perjalanan ke negara Ukraine. Ukraine memberi amaran bahawa peperangan akan tercetus antara dua negara ini jika Rusia tidak menarik semula angakatan tenteranya. Amerika Syarikat terpaksa bercampur tangan dalam hal ini. Presiden Barack Obama tidak setuju dengan tindakan Putin memandangkan Crimea telah diserahkan kepada Ukraine sejak tahun 1954 lagi. 31 Namun demikian, perkara itu berlaku hampir 60 tahun yang lalu dan zaman sudah berubah. Dahulu, 31www.kosmo.com.my 14 November 2014
  45. 45. 45 hal Crimea diberikan kepada Ukraine tidak menjadi perkara yang besar kerana Rusia dan Ukraine tergolong dalam Keatuan Soviet.32 Kini, semuanya sudah berubah. Oleh sebab etnik Rusia melebihi etnik Ukraine di Semenanjung Crimea, pemberontakan agar disatukan semula dengan negara asal Rusia semakin menjadi-jadi. Lantas, pada tarikh 4 April, pro-Rusia membuat protes besar-besaran di hadapan bangunan Security Services of Ukraine (SBU) di wilayah Donetsk dan Luhansk. Lahirlah Donbass, iaitu cantuman antara dua wilayah ini. Banyak tragedi yang telah terjadi di wilayah-wilayah ini, termasuklah terhempasnya kapal terbang Malaysia Airlines (MAS) MH17 di sempadan Rusia. 4.2.2 KESAN PEPERANGAN DI DONBASS 4.2.2.1 PESAWAT MH17 TERHEMPAS DI SEMPADAN RUSIA Pesawat MH17 yang membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada hari Khamis, 17 Julai 2014. Berita tergempar ini serta-merta mendapat perhatian rakyat Malaysia dan media luar seperti stesen televisyen CNN dan BBC. Kejadian kedua melibatkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu terhempas di Ukraine, berdekatan sempadan Rusia. Punca pesawat tersebut menjunam jatuh ke tanah adalah disebabkan peluru berpandu darat ke udara yang dikatakan kepunyaan pihak tentera Rusia. Ukraine mengatakan peluru berpandu itu bukan milik mereka namun tidak menolak hakikat bahawa pesawat Malaysia itu terhempas kerana ditembak peluru berpandu. Rusia, bagaimanapun, turut menjadi suspek 32 www2.bharian.com.my 3 Mac 2014
  46. 46. 46 apabila mereka sudah pernah menggunakan peluru berpandu bagi menjatuhkan pesawat An- 26 dan SU-25. Terdapat banyak konspirasi di dalam peristiwa ini. Ukraine dan Rusia masing-masing saling menuduh antara satu sama lain. 4.3 : PERANG DADAH MEXICO 4.3.1 PUNCA-PUNCA PERANG Mexico telah lama digunakan sebagai pemindahan kapal pusat untuk aktiviti penyeludupan dan narkotik antara pasaran Amerika Latin dan Amerika Syarikat. Bootleggers Mexico membekalkan alkohol kepada samseng di Amerika Syarikat sepanjang tempoh larangan di Amerika Syarikat. Permulaan perdagangan dadah secara haram dengan Amerika Syarikat bermula apabila larangan itu berakhir pada tahun 1933. Menjelang akhir tahun 1960-an, penyeludup narkotik Mexico mula menyeludup dadah secara besar-besaran.
  47. 47. 47 Pada tahun 1980-an dan awal 1990-an, Colombia Pablo Escobar adalah negara pengeksport utama kokain dan berkait rapat dengan rangkaian jenayah terancang di seluruh dunia. Apabila usaha penguatkuasaan ditingkatkan di Selatan Florida dan Caribbean, organisasi Colombia membentuk perkongsian dengan pengedar yang berpangkalan di Mexico untuk mengangkut kokain melalui Mexico ke Amerika Syarikat. Ini dicapai dengan mudah kerana Mexico telah lama menjadi sumber utama untuk pengedaran heroin dan ganja, malahan pengedar dadah dari Mexico telah mewujudkan infrastruktur yang cukup sedia untuk berkhidmat kepada pengedar yang berpangkalan di Colombia. Menjelang pertengahan 1980-an, pertubuhan-pertubuhan dari Mexico menjadi semakin cekap dalam pengedaran kokain di Colombia. Pada mulanya, kumpulan-kumpulan Mexico dibayar secara tunai bagi perkhidmatan pengangkutan mereka, tetapi di akhir 1980- an, pertubuhan-pertubuhan pengangkutan Mexico dan pengedar dadah Colombia menyelesaikan pengaturan pembayaran dalam produk. Pengangkut dari Mexico biasanya diberikan 35% hingga 50% hasil daripada setiap penghantaran kokain. Susunan ini bermakna organisasi dari Mexico turut terlibat dalam pengagihan, serta pengangkutan kokain, dan menjadi pengedar pada masa yang sama. Pada masa ini, Sinaloa Cartel dan kartel Teluk telah mengambil alih perdagangan daripada kokain Colombia ke pasaran di seluruh dunia. Lama kelamaan, keseimbangan kuasa antara pelbagai kartel Mexico beralih kepada kartel baru dan yang lama menjadi lemah lantas dijatuhkan. Gangguan dalam sistem kepimpinan seperti penangkapan atau kematian pemimpin kartel, menjana pertumpahan darah apabila pesaing bergerak untuk mengeksploitasi kuasa. Usaha kepimpinan kadang-kadang dicipta
  48. 48. 48 oleh kejayaan penguatkuasaan undang-undang terhadap kartel tertentu, jadi kartel yang lain akan sering mencuba untuk menggunakan penguatkuasaan undang-undang terhadap satu sama lain, sama ada dengan memberi rasuah kepada pegawai-pegawai Mexico untuk mengambil tindakan terhadap saingan atau membocorkan risikan mengenai operasi saingan kepada kerajaan Mexico atau Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah AS. Walaupun banyak faktor lain menyumbang kepada keganasan yang semakin meningkat, penganalisis keselamatan di Bandar Raya Mexico dapat mengesan angka musuh yang semakin meningkat dengan menghuraikan susunan komunikasi antara pengedar narkotik dan kerajaan yang dikawal oleh Parti Institusi Revolusi (PRI) yang hilang cengkamannya ke atas kuasa politik bermula pada akhir 1980-an. Pertempuran di antara kartel-kartel dadah bermula selepas penangkapan Miguel ngel Flix Gallardo pada 1989 yang menjalankan perniagaan kokain dalam Mexico. Aktiviti pergaduhan tidak begitu aktif semasa akhir 1990-an tetapi keganasan ini semakin bertambah buruk sejak 2000. 4.3.2 USAHA MENANGANI DADAH Sebelum memegang jawatan, Presiden Enrique Pena Nieto berkata beliau akan memutuskan hubungannya dengan Felipe Calderon.Encik Calderon telah mengerahkan tentera untuk pergi
  49. 49. 49 selepas Kingpins kartel dan telah mengisytiharkan "perang" ke atas kumpulan-kumpulan dadah. Encik Pena Nieto menjanjikan pendekatan berprofil rendah yang bertujuan untuk menangani keganasan di peringkat tempatan dengan menubuhkan sesebuah negara untuk mengambil alih tentera. Tetapi dengan keganasan yang semakin meningkat di Michoacan, dia juga menghantar tentera untuk menyokong pasukan polis persekutuan dan tempatan. Beliau juga menandatangani perjanjian dengan kumpulan pelarian, yang membolehkan mereka untuk menyimpan senjata mereka selagi mereka bersetuju untuk disepadukan dalam pasukan keselamatan rasmi. 4.3.3 KEADAAN SEMASA NEGARA MEXICO Menurut kajian oleh Institut antarabangsa pemikir Ekonomi dan Keamanan, utara Mexico terus menjadi kawasan yang paling teruk terjejas oleh dadah yang berkaitan dengan keganasan kerana terletak ke Amerika Syarikat, pasaran yang paling penting di rantau ini untuk dadah haram. Tetapi Guerrero di pantai Pasifik dan negeri Morelos pusat telah menyertai senarai negara-negara yang paling ganas, menunjukkan kartel memperluaskan kawasan mereka yang dipengaruhi oleh dadah. Satu kajian yang dilakukan oleh Majlis Mexico Rakyat untuk Keselamatan Awam dan Gangguan Keadilan meletakkan bandar Oaxaca mempunyai kes tertinggi jenayah ganas, diikuti oleh bandar peranginan Acapulco dan Cuernavaca di negeri Morelos.
  50. 50. 50 4.3.3.1 INISIATIF PRESIDEN MEXICO Institut Kebangsaan Geografi dan Statistik Kerajaan Mexico menganggarkan terdapat 41, 563 jenayah bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun 2012. Presiden Felipe Caldern meredakan jenayah terancang dengan memberikan keutamaan dalam pentadbiran beliau. Beliau mengarahkan pergerakan anggota tentera ke bandar-bandar di mana kartel dadah beroperasi. Langkah ini telah dikritik oleh parti-parti pembangkang dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia untuk membanteras keganasan, tetapi kesannya telah dinilai telah secara positif oleh Biro Narkotik dan Undang-undang Hal Ehwal Penguatkuasaan dengan memperolehi "keputusan yang belum pernah terjadi sebelumnya" dengan "banyak usaha yang telah berjaya". Sejak Presiden Felipe Caldern melancarkan tindakan keras terhadap kartel pada tahun 2006, lebih daripada 28,000 penjenayah yang didakwa telah dibunuh. Pada bulan Oktober 2007, Presiden Caldern dan Presiden Amerika Syarikat George W. Bush mengumumkan Inisiatif Mrida, iaitu rancangan kerjasama penguatkuasaan undang-undang antara kedua-dua negara tersebut. 4.3.4 KESAN ANTARABANGSA 4.3.4.1 EROPAH
  51. 51. 51 Kerjasama baik Mexico dengan Amerika Syarikat membawa kepada tangkapan sebanyak 755 suspek Sinaloa kartel di bandar-bandar Mexico dan Amerika Syarikat, tetapi pasaran Amerika Syarikat sedang mengalami permintaan tinggi untuk kokain di Eropah. Hal ini demikian kerana pengguna kini membayar dua kali ganda daripada harga yang sepatutnya. Pada tahun 2012 ia telah melaporkan bahawa kartel dadah Mexico telah bergabung dengan Sicily Mafia, apabila pegawai-pegawai Itali menemui maklumat bahawa pasaran hitam Palermo, bersama-sama dengan pelabuhan Itali yang lain, telah digunakan oleh kartel dadah Mexico sebagai saluran untuk membawa dadah ke pasaran Eropah , di mana mereka telah mengedar dadah, terutamanya kokain, di seluruh Lautan Atlantik selama lebih 10 tahun ke Eropah. 4.3.4.2 KANADA Tentera Mexico telah menyekat pergerakan kartel dadah Mexico untuk mengedar kokain di dalam Amerika Syarikat dan Kanada. Ini mendorong lonjakan keganasan geng di Vancouver, di mana harga kokain telah meningkat daripada $ 23,300 kepada hampir $ 39.000 per kilo kerana kedua-dua pasaran dadah Amerika Syarikat dan Kanada mengalami kekurangan kokain yang berpanjangan. Sebagai bukti tekanan ini, kerajaan AS berkata jumlah kokain yang dirampas di tanah AS menurun sebanyak 41 peratus antara awal 2007 dan pertengahan 2008. Sejak 2009 Vancouver, British Columbia menjadi pusat utama operasi kartel dadah Mexico di Kanada.
  52. 52. 52 4.3.5 KARTEL UTAMA 4.3.5.1 LOS ZETAS Pada tahun 1999, pemimpin Teluk Cartel, Osiel Cardenas Guillen, mengupah sekumpulan 37 bekas tentera elit untuk bekerja sebagai tentera rasuah beliau. Ini bekas Kumpulan Airmobile Khas Angkatan (GAFE), dan Amphibian Kumpulan Angkatan Khas (GANFE) tentera dikenali sebagai Los Zetas dan mula beroperasi sebagai tentera peribadi untuk Teluk Cartel. Pada awal tahun 2000, Zetas memainkan peranan penting dalam penguasaan Teluk Cartel sementalah ia adalah perdagangan dadah di kebanyakan Mexico.
  53. 53. 53 Pemimpim Teluk Cartel, Osiel Cardenas Guillenditangkap dan dijatuhkan hukuman pada tahun 2007. Di bawah pimpinan Heriberto Lazcano, Geng Los Zetas yang berjumlah kira-kira 300, secara beransur-ansur menubuhkan sebuah pusat dadah ciptaan sendiri, senjata dan rangkaian pemerdagangan manusia. Pada tahun 2008, Los Zetas membuat perjanjian dengan bekas komander kartel Sinaloa, saudara-saudara Beltran Leyva, dan sejak itu, menjadi pesaing kepada bekas majikan / rakan kongsi mereka, Teluk Cartel. Pada awal tahun 2010 Zetas mengumumkan perpecahan mereka dari Teluk Cartel dan memulakan perang berdarah dengan Gulf Cartel untuk menguasai laluan perdagangan Timur Laut dadah Mexico. Perang ini telah mengakibatkan kematian beribu-ribu ahli-ahli kartel. Tambahan pula, disebabkan oleh struktur perikatan, konflik Teluk Cartel-Los Zetas mendapat perhatian daripada kartel lain, iaitu Sinaloa Cartel yang menentang Zetas pada tahun 2010 dan 2011. Kumpulan Zetas adalah kejam untuk mensasarkan orang awam, termasuk pembunuhan besar-besaran 72 pendatang dalam pembunuhan beramai-ramai di San Fernando. Penglibatan The Zetas bukan saja pada tahap pengedaran dadah, tetapi turut melibatkan pemerdagangan manusia, memperdagangkan kecurian melalui saluran paip minyak, peras ugut, dan perdagangan CD cetak rompak. Rangkaian jenayah mereka dikatakan merangkumi Mexico, Amerika Tengah, Amerika Syarikat dan Eropah. Pada 15 Julai 2013, Tentera Laut Mexico menahan ketua Zetas, Miguel Trevino Morales. 4.3.5.2 SINALOA CARTEL
  54. 54. 54 Sinaloa Cartel mula bertanding dengan penguasaan Teluk Cartel kerana ingin menguasai kawasan barat daya Texas setelah penangkapan ketua Teluk Cartel Osiel Crdenas pada Mac 2003. "Persekutuan" adalah hasil daripada satu perjanjian 2006 di antara beberapa kumpulan di negara Pasifik di Sinaloa. Kartel tersebut diketuai oleh Joaqun "El Chapo" Guzmn, yang merupakan pengedar dadah paling dikehendaki Mexico dengan anggaran nilai bersih AS $ 1 bilion menjadikan beliau manusia ke-1140 terkaya di dunia dan ke-55 yang paling berkuasa, menurut profil majalah Forbes setelah pembunuhan beramai-ramai Februari 2010, satu pakatan baru dibentuk untuk menentang Los Zetas dan Beltran Leyva Cartel. Sinaloa Cartel menentang Juarez Cartel dalam pertempuran yang panjang dan berdarah untuk kawalan ke atas laluan pengedaran dadah di dalam dan sekitar bandar utara Ciudad Juarez. Pertempuran itu akhirnya mengakibatkan kekalahan bagi Juarez Cartel tetapi tidak sebelum membunuh sekurang-kurangnya 12,000 orang dalam keganasan berkaitan dadah. Semasa perang untuk kawasannya di Ciudad Juarez Sinaloa Cartel menggunakan beberapa kumpulan (contohnya Los Mexicles, Artistas Asesinos dan Gente Nueva) untuk menyerang Juarez Cartel. Juarez Cartel turut menggunakan kumpulan seperti La Lnea dan Barrio Azteca untuk melawan Sinaloa Cartel. Sehingga Mei 2010, banyak laporan oleh media Mexico dan Amerika Syarikat mendakwa Sinaloa telah menyusup kerajaan persekutuan Mexico dan tentera, dan berpakat sulit dengan ketua tersebut untuk memusnahkan kartel-kartel lain. Kumpulan Colima, Sonora dan Milenio kartel adalah cawangan Sinaloa Cartel.
  55. 55. 55 4.3.6 KESAN PEPERANGAN TERHADAP MEXICO 4.3.6.1 RASUAH KEPADA KERAJAAN Kartel Mexico memajukan operasi mereka dengan merosakkan atau menakutkan pegawai- pegawai penguatkuasa undang-undang . Sering kali, perbandaran, negeri, dan pegawai- pegawai kerajaan persekutuan Mexico, bersama-sama dengan pasukan polis, bekerjasama dengan kartel dalam rangkaian terancang rasuah. A Mafioso Pax, adalah contoh khusus rasuah yang menjamin suara ahli politik dan pertukaran untuk menukarkan satu 'mata terhadap kartel tertentu. Lembaga Kawalan Narkotik Antarabangsa (INCB) melaporkan bahawa walaupun kerajaan pusat Mexico telah membuat usaha bersepadu untuk mengurangkan rasuah dalam tahun- tahun kebelakangan ini, ia masih menjadi masalah yang serius. Sesetengah ejen Agensi Siasatan Persekutuan (AFI) dipercayai bekerja sebagai penguatkuasa untuk pelbagai kartel, dan Peguam Negara (PGR) melaporkan pada Disember 2005 yang hampir 1,500 hingga 7,000 ejen AFI ini berada di bawah siasatan untuk aktiviti jenayah yang disyaki dan 457 adalah menghadapi tuduhan . Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan persekutuan menjalankan pembersihan dan pendakwaan pasukan polis di Nuevo Laredo, Michoacn, Baja California dan Mexico City. Operasi anti-kartel dimulakan oleh Presiden Caldern pada Disember 2006 termasuk pemeriksaan balistik senjata polis di tempat-tempat di mana terdapat kebimbangan bahawa polis juga sedang berusaha untuk kartel. Pada bulan Jun 2007, Presiden Caldern memusnahkan 284 komander polis persekutuan dari semua 31 negeri dan Daerah Persekutuan.
  56. 56. 56 Di bawah 'Operasi Pembersihan' yang dilakukan pada tahun 2008, beberapa ejen dan pegawai-pegawai berpangkat tinggi telah ditangkap dan didakwa dengan menjual maklumat atau perlindungan kepada kartel dadah; beberapa tangkapan profil tinggi ialah: Victor Gerardo Garay Cadena, (Ketua Polis Persekutuan), Noe Ramirez Mandujano (bekas Ketua Bahagian Jenayah Terancang (SIEDO)), Jos Luis Santiago Vasconcelos (bekas Ketua Bahagian Jenayah Terancang (SIEDO)), dan Ricardo Gutierrez Vargas yang merupakan bekas pengarah pejabat Interpol Mexico. Pada bulan Januari 2009, Rodolfo de la Guardia Garca, bekas Pengarah Pejabat Interpol Mexico, ditangkap. Julio Csar Godoy Toscano, yang hanya dipilih 5 Julai 2009 untuk Dewan Rakyat Kongres, dituduh sebagai ahli teratas dadah La Familia Michoacana kartel dan melindungi kartel ini. Beliau kini seorang pelarian. Pada bulan Mei 2010 laporan NPR mengumpul banyak tuduhan dari berbagai sumber, termasuk Amerika Syarikat dan media Mexico, pegawai-pegawai polis Mexico, ahli politik, ahli akademik, dan lain-lain, Sinaloa Cartel telah menyusup dan merosakkan kerajaan persekutuan Mexico dan tentera Mexico dengan rasuah dan cara-cara lain. Menurut laporan oleh seksyen US Perisikan Tentera di Leavenworth, sepanjang tempoh 6 tahun, dari 250,000 tentera dalam Tentera Mexico, 150,000 menghilangkan diri dan pergi ke dalam industri dadah. Laporan NPR pada tahun 2010 menyatakan bahawa Sinaloa telah berpakat dengan kerajaan untuk menghancurkan kartel lain dan melindungi dirinya dan pemimpinnya, 'Chapo'. Pegawai-pegawai Mexico menafikan sebarang rasuah dalam membasmi kerajaan kartel dadah. Kartel sebelum ini telah dilaporkan sebagai sukar untuk mendakwa "kerana ahli-ahli kartel telah menyusup dan merosakkan organisasi penguatkuasaan undang-undang yang sepatutnya untuk mendakwa mereka, seperti Pejabat Peguam Negara. 4.3.6.2 KESAN KE ATAS HAK ASASI MANUSIA
  57. 57. 57 Dasar-dasar kawalan dadah Mexico telah menerima pakai untuk mencegah pengedaran dadah dan untuk menghapuskan kuasa kartel dadah yang telah menjejaskan keadaan hak asasi manusia di negara ini. Dasar-dasar ini diberi tanggungjawab untuk mengawal dadah awam kepada tentera, yang mempunyai kuasa untuk tidak hanya menjalankan anti-dadah dan operasi keselamatan awam tetapi juga menggubal dasar. Menurut Amerika Syarikat, Jabatan Negeri, polis dan tentera di Mexico telah dituduh melakukan pencabulan hak asasi manusia yang serius kerana ia melakukan usaha-usaha kerajaan untuk memerangi kartel dadah. Beberapa kumpulan adalah lebih terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia cagaran untuk penguatkuasaan undang-undang dadah. Khususnya di negeri-negeri Sempadan Utara yang telah melihat paras tinggi ubat yang berkaitan dengan keganasan, pencabulan hak asasi manusia dari pengguna dadah suntikan (IDU) dan pekerja seks oleh kakitangan penguatkuasaan undang-undang, termasuk keganasan fizikal dan seksual, peras ugut, dan mensasarkan untuk mengakses atau pemilikan peralatan suntikan atau mengamalkan kerja seks, walaupun aktiviti ini menyalahi undang-undang. Kuasa besar di dalam cabang eksekutif dan rasuah dalam cawangan perundangan dan badan kehakiman juga menyumbang kepada kemerosotan hak asasi manusia situasi Mexico, yang membawa kepada masalah seperti pasukan polis melanggar hak asasi manusia melalui penyeksaan dan ancaman, autonomi tentera dan akibatnya dan ketidakberkesanan badan kehakiman dalam menegakkan dan memelihara hak-hak asasi manusia. Antara bentuk-bentuk pelanggaran hak asasi manusia termasuklah tangkapan tidak sah, penahanan rahsia dan berpanjangan, penderaan, rogol, pelaksanaan luar undang-undang, dan fabrikasi bukti. Polisi dadah gagal untuk mensasarkan pengedar peringkat tinggi. Pada 1970-an, sebagai sebahagian daripada Operasi Condor antarabangsa, kerajaan Mexico menghantar 10,000 anggota tentera dan polis ke kawasan yang kekurangan kuasa-kuasa ini di utara Mexico yang berhadapan dengan pengeluaran dadah dan pemberontakan kiri. Beratus-ratus petani telah ditangkap, diseksa, dan dipenjarakan, tetapi tiada pengedar dadah utama telah ditangkap.
  58. 58. 58 Kemunculan agensi persekutuan dalaman yang sering tidak terkawal dan yang tidak dpt diketahui juga menyumbang kepada berlakunya pelanggaran hak asasi manusia. Agensi Siasatan Persekutuan (agencia de Persekutuan Investigacin-AFI) Mexico telah terlibat dengan pelbagai pelanggaran hak asasi manusia seperti kes-kes yang melibatkan penderaan dan rasuah. Dalam satu kes, tahanan Guillermo Mendoza Velez meninggal dunia ketika dalam jagaan ejen AFI. Ejen AFI yang terlibat dalam kematiannya ditahan tetapi dia melarikan diri selepas dibebaskan dengan ikat jamin. Sehubungan itu, hampir semua ejen AFI mengelak hukuman dan tangkapan kerana eksekutif rasuah dan sistem kehakiman serta keluhuran agensi-agensi ini. Pejabat Peguam Negara melaporkan pada Disember 2005 bahawa satu perlima daripada pegawainya berada di bawah siasatan untuk aktiviti jenayah, dan hampir 1,500 daripada 7,000 ejen AFI ini berada di bawah siasatan untuk aktiviti jenayah yang disyaki dan 457 telah menghadapi tuduhan. AFI akhirnya diisytiharkan gagal dan dibubarkan pada tahun 2009. Prejudis etnik juga telah muncul dalam perang dadah, dan komuniti orang asli yang lemah dan tidak berdaya telah disasarkan oleh pihak polis, tentera, pengedar dadah dan sistem keadilan. Menurut Suruhanjaya Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Mexico) (Comisin Nacional de los Derechos Humanos-CNDH), hampir satu pertiga daripada tahanan asli di Mexico pada tahun 2001 berada dalam penjara kerana jenayah persekutuan, yang kebanyakannya berkaitan dadah. Satu lagi kebimbangan utama ialah kekurangan pelaksanaan Hukum Leahy di Amerika Syarikat dan akibat yang lebih buruk dalam keadaan hak asasi manusia di Mexico. Di bawah undang-undang Amerika Syarikat ini, tiada anggota atau unit suatu pasukan keselamatan asing yang dapat didakwa melakukan pencabulan hak asasi manusia boleh menerima latihan keselamatan. Adalah melanggar undang-undang Leahy jika Amerika Syarikat melatih tentera dan polisnya di Mexico. Dalam kes ini, pegawai-pegawai kedutaan Amerika Syarikat di Mexico yang bertanggungjawab bagi hak asasi manusia dan program kawalan dadah dipersalahkan dengan membantu dan bersubahat dengan pelanggaran ini. Pada bulan Disember 1997, sekumpulan bersenjata Mexico khas angkatan tentera diculik dua puluh
  59. 59. 59 orang muda di Ocotlan, Jalisco, dengan kejam mendera mereka dan membunuh satu. Enam daripada pegawai terbabit telah menerima latihan Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada program latihan Grupo de Aeromvil Fuerzas Especiales (GAFE). 4.3.6.3 PEMERDAGANGAN MANUSIA Terdapat hubungan antara kartel dadah dan penyeludupan manusia untuk kerja paksa, pelacuran paksa dan rogol. Wujudnya sistem di mana kanak-kanak perempuan menjadi pelacur dan kemudian terpaksa bekerja di kilang-kilang dadah. Circa 2011, Los Zetas dilaporkan mula bergerak ke dalam perniagaan pelacuran (termasuk pelacuran kanak-kanak) selepas sebelum ini menjadi rangkaian hanya 'pembekal' kepada wanita yang telah sedia ada. Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata bahawa amalan buruh paksa di Mexico adalah lebih besar daripada pelacuran paksa. Wartawan Mexico seperti Lydia Cacho telah diugut, dipukul, dirogol, dan dipaksa ke dalam buangan untuk melaporkan fakta-fakta ini. 4.3.7 KONTROVERSI YANG DIHADAPI KERAJAAN MEXICO
  60. 60. 60 4.3.7.1 KEGAGALAN DASAR YANG DITERAPKAN Menurut bekas Presiden Fernando Henrique Cardoso Brazil, Ernesto Zedillo Mexico dan Csar Gaviria Colombia, ubat perang Amerika Syarikat yang diterajui menolak Amerika Latin ke dalam lingkaran ke bawah; Encik Cardoso berkata dalam sidang bahawa "bukti yang ada menunjukkan bahawa perang pada dadah adalah perang gagal". Panel Suruhanjaya Amerika Latin mengenai Dadah dan komisen Demokrasi yang diketuai oleh Cardoso, menyatakan bahawa negara-negara yang terlibat dalam peperangan ini perlu mengeluarkan "pantang larang" dan mengkaji semula program-program anti-dadah. Kerajaan Amerika Latin telah mengikuti nasihat Amerika Syarikat untuk memerangi perang dadah, tetapi dasar-dasar mempunyai sedikit kesan. Suruhanjaya itu membuat beberapa cadangan kepada Presiden Barack Obama untuk mempertimbangkan dasar-dasar baru, seperti alasan diskriminasi kanabis (ganja) dan untuk merawat penggunaan dadah sebagai masalah kesihatan awam dan bukan sebagai masalah keselamatan. Majlis Hal Ehwal hemisfera menyatakan sudah tiba masanya untuk serius mempertimbangkan alasan diskriminasi dadah dan amalannya. 4.3.7.2 PENINGKATAN PERMINTAAN DADAH Kajian RAND yang dikeluarkan pada pertengahan 1990-an mendapati bahawa menggunakan rawatan pengguna dadah untuk mengurangkan penggunaan dadah di Amerika Syarikat adalah tujuh kali lebih kos efektif daripada usaha penguatkuasaan undang-undang semata-mata, dan ia berpotensi boleh mengurangkan penggunaan sebanyak satu pertiga.
  61. 61. 61 Dalam tahun kewangan 2011, Pentadbiran Obama meminta kira-kira $ 5600000000 untuk menyokong pengurangan permintaan. Ini termasuk kenaikan 13% untuk pencegahan dan hampir peningkatan 4% untuk rawatan. Keseluruhan TK 2011 balas dadah permintaan untuk mengurangkan bekalan dan penguatkuasaan undang-undang dalam negeri adalah $ 15500000000 dengan $ 521.100.000 dalam pembiayaan baru. 4.4 PERANG SAUDARA DI SYRIA Syria Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator selepas merdeka dari penjajahan Perancis pada tahun 1945. Konflik berdarah yang berlaku di Hama selama 27 hari pada tahun 1982, telah mengorbankan hampir 46 000 penduduk Hama yang merupakan penganut Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Komposisi penduduk di Syria, 6% darinya adalah Syiah Alawiyah, 10% beragama Kristian, dan 84% merupakan muslim ASWJ.33 Iran menyokong tindakan ganas rejim Hafez dan Basyar Al-Asaad yang tergamak membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan yang menyokong tindakan Hafez yang merupakan penganut Syiah Alawiyah. Antara sifat-sifat penganut Syiah adalah, mereka amat benci kepada ASWJ, menghina Khulafa Ar- 33 www.tenteraislam.blogspot.com 29 Oktober 2014
  62. 62. 62 Rasyidin dan isteri-isteri Rasulullah S.A.W. Sehingga hari ini, Iran dan Hizbullah di Lubnan yang mengamalkan fahaman Syiah masih menyokong tindakan rejim Basyar di Syria. Tarikh Perang saudara di Syria, atau juga dikenali sebagai pemberontakan Syria merupakan konflik dalaman yang masih berterusan di Syria yang berlaku sejak awal tahun 2011 lagi. Bantahan bermula pada 26 Januari 2011 dan meningkat kepada tahap kebangkitan pada 15 Mac 2011. Lokasi Syria adalah daerah yang terletak di Jazirah Arab dan merupakan bahagian wilayah Syam. Punca/Faktor Kebangkitan di Syria dipengaruhi oleh tiga sebab utama iaitu penindasan rakyat. Pada awalnya, perang Syria dilatar belakangi oleh kekecewaan rakyat Syria terhadap rejim Basyar Al-Asaad yang menjadi pemerintah diktator Syria selama 11 tahun. Rakyat Syria kemudian
  63. 63. 63 melakukan aksi damai untuk menuntut keadilan. Namun, aksi damai tersebut telah ditangani dengan kekerasan oleh rezim Bashar. Kemuncak kebangkitan berlaku apabila sekumpulan kanak-kanak yang bermain-main dan menconteng RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN di dinding bangunan. Kemudian, tentera Al-Asaad menangkap kanak-kanak ini dan mereka telah diseksa dengan cara yang sangat kejam sehingga ada daripada mereka yang meninggal dunia. Seksaan demi seksaan dilakukan kepada mereka yang dituduh menentang rejim Basyar Al-Asaad. Selepas peristiwa itu, rakyat Syria mula melakukan revolusi menentang rejim Asaad. Revolusi Syria bermula di Hama kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Daraa, Hauran, Halab, termasuklah 157 tempat lain di Syria. Perang Syria adalah revolusi Rabbani iaitu revolusi agama. Mereka berperang kerana hendak membela agama Islam dengan melawan agama Syiah. Kesesatan agama Syiah tidak disangkal lagi kerana hampir semua ulama menyatakan mereka bukan Islam, di antaranya adalah Ulama Ibnu Taimiyah. Barangsiapa beranggapan bahawa Al-Quran telah dikurangi ayat-ayatnya atau ada yang disembunyikan, atau beranggapan bahawa Al-Quran mempunyai penafsiran batin, maka gugurlah amal-amal kebaikannya. Dan tidak ada perselisihan pendapat tentang kekafiran orang semacam ini- Ulama Ibnu Taimiyah Peristiwa sepanjang perang Banyak kezaliman yang telah berlaku sepanjang tempoh perang. Antaranya, seramai 4 000 orang rakyat Syria telah syahid dalam masa 42 hari. 39 000 orang telah cedera dan tidak dirawat malah dibiarkan begitu sahaja. Satu peristiwa telah berlaku dimana seramai 19 orang
  64. 64. 64 doktor dan 40 orang pesakit di hospital telah dibunuh oleh tentera Asaad di wilayah Doma. Selain ittu, 9 000 orang telah ditahan dan 413 orang telah syahid di dalam penjara. Angka kematian hasil dari kezaliman rejim Asaad semakin meningkat hari demi hari. Berlaku juga kekejaman terhadap wanita dan kanak-kanak dimana mereka diculik, dirogol, diseksa dan dibunuh. Ada satu ketika, seorang ukhti telah ditangkap dan hampir diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Apabila beliau melawan, beliau dibunuh dan tubuhnya dikerat 4. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam beg plastik lalu dicampak di hadapan keluarga beliau.34 Basyar Al-Asaad adalah dari kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan membunuh Muslimin Sunni adalah harus. 5.0 Konsep Satu Tamadun Kemungkinan untuk membina satu tamadun universal telah diketengahkan oleh Professor Hans Kueng dan Professor Dr. Mohd Kamal Hassan dalam syarahan umum di Institusi Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 3 April 1997. Pelayaran satu tamadun ini memainkan peranan penting dalam usaha untuk mencapai keharmonian di antara semua bangsa di samping mengelakkan perselisihan faham yang boleh memusnahkan. Professor Samuel P. Huntington menolak kemungkinan ini dalam artikel yang ditulisnya bertajuk The Clash of Civilization ataupun Pertembungan Antara Tamadun. Ini diikuti dengan sebuah buku yang ditulisnya bertajuk The Clash of Civilization and the Remaking of the World Order ataupun Pertembungan Antara Tamadun dan Pengubahsuaian Orde 34 www.hafizamri.com 29 0ktober 2014
  65. 65. 65 Dunia. Senario yang diketengahkan beliau adalah sangat berbahaya kerana semua tamadun di seluruh dunia sepatutnya mempunyai keinginan biarpun sedikit untuk memelihara keamanan, membanteras keganasan dan menuntut pegetahuan antara satu sama lain35. Kita harus sedar dan peka akan perkara penting yang kita lepaskan jikalau kita menolak idea pembinaan satu tamadun. Idea tamadun universal bukan bermaksud sama sekali untuk menghancurkan perbezaan budaya dan agama yang bukan sahaja meluas di Eropah tetapi juga di Asia. Idea ini bertujuan sebagai satu cara yang positif dalam persamaan dari segi teknologi, ekonomi, politik dan dimensi etika36. Konsep ini bermaksud untuk semua berkongsi tanggungjawab dan mematuhi apa yang telah ditetapkan, suatu standard untuk memastikan kefahaman dan keharmonian antara negara dan bangsa yang berbeza. Salah satu daripada standard yang diketengahkan oleh Professor Hans Kueng dan Professor Mohd. Kamal Hassan adalah etika global. 5.1 ETIKA GLOBAL 35 Hans Kueng and Mohd Kamal Hassan, Towards A Common Civilization, Institute of Islamic Understanding Malaysia (1997), hal. iv. 36 Hans Kueng and Mohd Kamal Hassan, Towards A Common Civilization, hal. 4.
  66. 66. 66 Meminjam kata-kata Presiden Gordon Brown, iaitu Presiden Britain, etika global adalah kewarganegaraan secara global...tanggungjawab kita terhadap orang lain... 37 . Presiden Gordon melihat fenomena etika global sebagai satu peluang untuk mandapatkan sesuatu yang tidak pernah dibuka untuk kita sebelum ini. Etika global bukanlah suatu ideologi yang baru dan ia tidak memberi etika yang spesifik ke atas perbezaan agama dan falsafah maka tidak ada penggantian untuk hal-hal sebegitu rupa. Etika global adalah perkongsian kepercayaan, standard dan perlakuan biasa dalam kesederhanaan. Ini dapat menjadi tapak yang mampu mengikat prinsip, standard dan juga sifat moral yang diakui oleh semua agama biarpun mempunyai perbezaan dogma serta turut disokong oleh atheis38. 5.1.1 KONSENSUS ETIKA GLOBAL Sewaktu penerbitan buku Professor Hans Kueng yang bertajuk, Projekt Welthethos (Global Responsibility : In Search of a New World Ethic) pada 1990, tidak ada banyak dokumen mengenai etika global daripada organisasi antarabangsa yang boleh dijadikan rujukan oleh beliau. Akan tetapi, tujuh tahun selepas itu, beliau telah menemukan tiga dokumen penting antarabangsa yang bukan sahaja mengakui hak asasi manusia tetapi juga menerangkan dengan lebih jelas tanggunjawab manusia39. 37 In Conversation With Chris Anderson and Presiden Gordon Brown, Global Ethics and Its Challenges, TED TALKS. 38 Hans Kueng and Mohd Kamal Hassan, Towards A Common Civilization, hal. 7. 39 Hans Kueng and Mohd Kamal Hassan, Towards A Common Civilization, hal. 8.
  67. 67. 67 5.1.2 OUR GLOBAL NEIGHBOURHOOD OLEH SURUHANJAYA PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU DALAM THE REPORT OF THE COMMISSION ON GLOBAL GOVERNANCE Laporan Suruhanjaya Bangsa-bangsa Bersatu tentang Tadbir Urus Global memegang tajuk Perjiranan Global Kita dan menyeru untuk satu etika perjiranan : Nilai-nilai global haruslah menjadi batu sandungan untuk pengurusan global. Manakala untuk dimensi etika peraturan dunia baru dokumen ini menetapkan prinsip emas yang paling asas iaitu : Layani orang lain seperti bagaimana kita hendak orang lain melayani kita. Professor Hans Kueng menjelaskan selepas itu bahawa sebenarnya perjanjian seperti ini sudah dibincangkan oleh Parlimen Revolusi pada 1789 di Paris yang berkaitan dengan hak dan juga tanggungjawab iaitu rights need to be joined with responsibilities yang bermaksud semua orang mempunyai tanggungjawab dalam memegang hak masing-masing dan orang lain. Oleh itu, kita diseru untuk mendesak komuniti antarabangsa supaya menyokong etika global berkaitan dengan hak sama rata dan perkongsian tanggungjawab40. 40 Hans Kueng and Mohd Kamal Hassan, Towards A Common Civilization, hal. 9.
  68. 68. 68 Jawatankuasa antarabangsa terbabit menyatakan bahawa mereka berharap yang, sedikit demi sedikit, prinsip ini akan diaplikasikan dalam dokumen internasionalyang lebih mengikat di mana carta global masyarakat bertamadun dapat dirangka serta yang mampu menyediakan asas untuk persetujuan semua dalam peraturan yang ditetapkan bagi menguruskan perjiranan global41. 5.1.3 OUR CREATIVE DIVERSITY OLEH SURUHANJAYA SEDUNIA DALAM REPORT OF THE WORLD COMMISSION ON CULTURE AND DEVELOPMENT Laporan yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Sedunia tentang budaya dan perkembangan pada 1995 menyentuh mengenai komitmen terhadap pluralisme tetapi pernyataan ini didahului dengan satu bahagian yang menekankan sesuatu yang dilihat sebagai kebiasaan dan bukan perbezaannya : Etika Global yang Baharu, satu etika kemanusiaan, satu etika global. Adalah imperatif untuk mencari yayasan untuk perkongsian nilai-nilai etika dan juga prinsip42. 5.1.3 IN SEARCH OF GLOBAL ETHICAL STANDARD OLEH INTERACTION COUNCIL 41 Hans Kueng and Mohd Kamal Hassan,Towards A Common Civilization, hal. 10. 42 Hans Kueng and Mohd Kamal Hassan, Towards A Common Civilization, hal. 10.
  69. 69. 69 Satu pernyataan yang diberikan oleh InterAction Council (1996) yang disertai oleh beberapa mantan Presiden dan Perdana Menteri yang bertajuk In Search of Global Ethical Standard menyentuh secara terang-terangan peranan negatif yang sering dan masih dimainkan oleh agama : Dunia ini dipengaruhi oleh pelbagai ekstremis agama yang mengajarkan dan mengamalkan keganasan atas nama agama. Walaubagaimanapun, peranan positif agama turut diberikan : institusi keagamaan masih mempunyai kesetiaan beratus million orang biarpun diancam dengan sekularisme. Dalam laporan tersebut dinyatakan bahawa agama-agama di seluruh dunia merupakan salah satu tradisi kebijaksanaan yang terbesar oleh manusia. Professor Hans Kueng turut menyatakan kriteria minima yang membolehkan manusia hidup bersama adalah sangat penting kerana tanpa etika dan pengawalan diri semua hal akan bertukar menjadi liar dan huru-hara43. 5.2 DEKLARASI MENUJU ETIKA GLOBAL 1993 Parlimen Agama Sedunia bersidang di Chicago pada 1993 dan mendeklarasikan Deklarasi