assignment sirah may 2014

18
MEI 2014 HBIS4103 PENDAHULUAN Israk dan Mikraj merupakan salah satu peristiwa yang mempunyai perkaitan yang sangat signifikan dalam sejarah perjuangan Islam. Kesan, pengajaran mahupun teladan daripada peristiwa tersebut masih tetap relevan hingga kini Kisah peristiwa Israk dan Mikraj bukan tentang berita dan cerita yang berpaksi kepada dunia mistik dan magik, malahan agama Islam sendiri adalah satu cara hidup yang praktik dan realistik. Padanya terselit 1001 macam teladan, sempadan, kegembiraan, kesedihan, ancaman serta ujian keimanan dan ketabahan. Israk Mikraj adalah satu peristiwa besar dalam sejarah hidup Rasululah dan dalam sejarah umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj ini didahului dengan beberapa peristiwa yang mendukacitakan Rasulullah saw. Antaranya kematian bapa saudara baginda, Abu Talib dan kewafatan isteri baginda yang tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah rha. Selain itu, berlaku juga peristiwa penolakan kaum Taif terhadap dakwah baginda saw. Maka peristiwa Israk dan Mikraj ini dirumuskan sebagai kemuliaan dan hiburan istimewa dari Allah SWT kepada kekasih-Nya. Justeru itu, apakah maksud Israk? Bagaimana pula dengan erti Mikraj? Israk bererti Allah membawa atau memperjalankan Nabi Muhammad saw pada malam hari dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palesin. Sementara Mikraj pula perjalanan Nabi Muhammad saw dari bumi, iaitu dari masjidil Aqsa naik ke langit. Oleh itu, israk dan mikraj bermaksud 1

Upload: mohd-rizal

Post on 04-Oct-2015

134 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Israk Mikraj

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN

MEI 2014 HBIS4103

PENDAHULUANIsrak dan Mikraj merupakan salah satu peristiwa yang mempunyai perkaitan yang sangat signifikan dalam sejarah perjuangan Islam. Kesan, pengajaran mahupun teladan daripada peristiwa tersebut masih tetap relevan hingga kiniKisah peristiwa Israk dan Mikraj bukan tentang berita dan cerita yang berpaksi kepada dunia mistik dan magik, malahan agama Islam sendiri adalah satu cara hidup yang praktik dan realistik. Padanya terselit 1001 macam teladan, sempadan, kegembiraan, kesedihan, ancaman serta ujian keimanan dan ketabahan.Israk Mikraj adalah satu peristiwa besar dalam sejarah hidup Rasululah dan dalam sejarah umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj ini didahului dengan beberapa peristiwa yang mendukacitakan Rasulullah saw. Antaranya kematian bapa saudara baginda, Abu Talib dan kewafatan isteri baginda yang tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah rha. Selain itu, berlaku juga peristiwa penolakan kaum Taif terhadap dakwah baginda saw. Maka peristiwa Israk dan Mikraj ini dirumuskan sebagai kemuliaan dan hiburan istimewa dari Allah SWT kepada kekasih-Nya.Justeru itu, apakah maksud Israk? Bagaimana pula dengan erti Mikraj? Israk bererti Allah membawa atau memperjalankan Nabi Muhammad saw pada malam hari dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palesin.Sementara Mikraj pula perjalanan Nabi Muhammad saw dari bumi, iaitu dari masjidil Aqsa naik ke langit.Oleh itu, israk dan mikraj bermaksud perjalanan Nabi Muhammad saw pada waktu malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa , kemudian naik ke langit hingga ke Sidratul Muntaha, dengan menembusi atau melangkaui planet-planet dunia serta menjelajahi 7 lapis langit kemudian kembali semula ke Mekah pada malam itu juga.Bagaimana pula tentang tarikh atau waktu peristiwa tersebut berlaku? Dalam membicarakan hal ini, ternyata ia sangat mengujakan bagi sesetengah individu atau kumpulan yang mana ia cuba dijadikan sebagai senjata untuk menghina Rasulullah s.a.w. dan juga Islam itu sendiri. Tanpa kita sedari bahawa dari aspek tarikh atau waktu kejadian peristiwa tersebut sahaja Allah SWT telah memperlihatkan kepada kita tentang kekuasaannya dan dalam pada masa yang sama turut mendatangkan kepada kita ujian keimanan.

Mengikut beberapa riwayat, peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada malam 27 Rejab tahun kesebelas kerasulan baginda iaitu setahun sebelum hijrahnya Rasulullah s.a.w. ke kota Madinah. Walaubagaimanapun, para ulama' tidak bersependapat mengenai tarikh sebenar berlakunya Israk dan Mikraj. Bagaimanapun, satu hal yang pasti ialah, peristiwa tersebut berlaku sebelum hijrah nabi saw ke Madinah.

Menurut Ibn Ishaq ia berlaku selepas 10 tahun baginda dilantik menjadi Rasul. Az-Zuhri pula berpendapat ia berlaku setahun sebelum baginda berhijrah ke Madinah iaitu pada bulan Rabiul Awal, sementara as-Suddi menegaskan ia berlaku pada bulan Rabiul Awal, 16 bulan sebelum baginda berhijrah. Ada pun al-Hafiz Abdul Ghani Ibn Surur al-Maqdisi berpendapat ia berlaku pada 27 Rejab sebelum penghijrahan baginda ke Madinah.Sementara Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat, bahawa riwayat mengenai peristiwa Israk dan Mikraj terdapat banyak pembohongan dan riwayat palsu yang boleh menggugat kedudukan iman orang-orang Islam. Menurut beliau, berdasarkan penjelasan al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani, peristiwa Israk dan Mikraj tersebut tidak berlaku pada malam 27 Rejab kerana ia tidak disokong dengan hadis-hadis Sahih atau pun kata-kata Sahabat yang Sahih.Begitu juga pendapat Imam an-Nawawi daripada mazhab Imam as-Syafie dan Imam Abu Ishaq, yang mana mereka berpendapat bahawa Israk Mikraj berlaku pada malam 27 Rabiul Awal.Walau bagaimanapun, apa yang penting ialah iktibar daripada peritiwa tersebut, iaitu pengajaran mengenai perjalanan baginda dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan mikraj Rasul hingga ke langit ketujuh (Sidratul Muntaha).1.0 KRONOLOGI PERISTIWA ISRAK MIKRAJ Menurut Muhammad Luqman Makhtar (2014), pengalaman Israk dan Mikraj nabi saw, merupakan satu pengalaman yang penuh pesona. Walau bagaimana pun, sebelum itu nabi baginda menempuhi ranjau dan liku-liku dakwah yang penuh dengan dugaan, cabaran dan malahan terseksa.

Hakikatnya, Israk dan Mikraj ini merupakan suatu bentuk hadiah percutian nabi setelah bertahun-tahun menanggung beban dakwah. Kecekalan, ketabahan dan keutuhan nabi menghadapi cabaran-cabaran dakwah sebelum peristiwa tersebut yang lebih mempersonakan. Berikut merupakan kronologi peritiwa Israk dan Mikraj yang bersifat umum bagi memudahkan pemahaman kita lantaran terdapat perbezaan pendapat ulama yang sangat banyak berkaitan hakikat, perincian dan kronologi peristiwa ini.TAHUN

KENABIAN1 34

PERISTIWA

-Kerasulan bermula.-Dakwah secara senyap-senyap-Dakwah secara terang-terangan bermula.

10765

-Pemulauan berakhir

-Pemulauan terhadap Bani Hasyim bermula kerana enggan menyerahkan Nabi saw-Penentangan semakin dahsyat.

-Berlaku beberapa kali percubaan untuk membunuh Nabi saw

-Orang Islam terpaksa berhijrah ke Habsyah

10:

Ramadhan 1010Syawal-Zulkaedah10Zulhijjah; musim Haji

-Beberapa bulan selepas pemulauan berakhir, dalam bulan Ramadhan, Abu Talib meninggal dunia.

-Tiga hari kemudian, Saidatina Khadijah pula menyusul.-Serangan peribadi terhadap Nabi saw semakin menjadi-jadi-Dakwah Nabi saw di Taif ditolak oleh penduduk di sana.- Nabi saw berdakwah kepada kabilah-kabilah Arab yang datang menunaikan Haji iaitu sebanyak 26 kabilah dalam masa 10 hari. Kesemuanya menolak seruan dakwah baginda.

10

MIKRAJ-Dari Masjidil Aqsa naik ke langit -Dada baginda dibelah di Telaga Zamzam.

-Baginda dibawa menaiki Buraq ke Masjidil Aqsa-Malaikat Jibril as datang ke rumah baginda dan membawa baginda ke Masjidil Haram

ISRAK-Dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin

2.0 PERISTIWA ISRAK MIKRAJ MENURUT HUJAHAN ULAMA DALAM MENTAFSIRKAN AYAT 1 SURAH Al-ISRA.

Berdasarkan ayat pertama surah al-Isra, terdapat beberapa aspek yang diperdebatkan oleh para ulama. Pertama, bagaimana keadaan Nabi Muhammad saw diIsrak dan diMikrajkan? Maksudnya di sini, adakah yang diIsrak dan diMikrajkan itu hanya fizikal, roh, penglihatan (wahdatul wujud) atau mimpi? Kedua, perihal baginda melihat Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah al-Isra, ayat 1 :

(1)Ertinyanya :

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada bukti-bukti (kekuasaan) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat.

Menurut pendapat ulama tafsir seperti al-Qurthubi, at-Thabari, Ibn Kathir dan banyak lagi, kebanyakan mereka berpendapat bahawa ayat pertama surah al-Isra ini dimulai dengan tasbih iaitu , iaitu Maha Suci Allah bagi menunjukkan bahawa peristiwa ini adalah peristiwa yang menakjubkan dan datangnya dari Allah SWT dan bukanlah cerita rekaan daripada Nabi Muhammad saw.Perkataan Rasulullah saw mengikut pendapat al-Qurthubi, ianya merupakan zikir yang agung, yang lazim digunakan untuk menunjukkan perasaan takjub, kehairanan ataupun keajaiban terhadap sesuatu perkara. Justeru itu, dapatlah kita fahami di sini bahawa peristiwa ini merupakan satu peristiwa yang sangat luar biasa iaitu di luar dari kelaziman atau kebiasaan yang difikirkan atau diterima oleh akal manusia. Jelasnya, peristiwa ini merupakan kuasa Allah Subhanahu wa Taala dan jua bermaksud: Mensucikan dan membebaskan Allah dari segala keburukan dan kekurangan.

Terdapat satu hadits yang diriwayatkan oleh at-Thabraani menjelaskan makna , baginda Rasulullah saw bersabda:

Maksudnya:Dan Tasbih itu mensucikan Allah dari segala keburukan.Dalam memperkatakan dan membicarakan tentang peristiwa Isra dan Miraj ini, ulama tidak terlepas daripada perbezaan pendapat mengenai keadaan Rasulullah saw ketika baginda diisrakkan, adakah baginda melakukan perjalanan agung ini dalam keadaan jaga, iaitu dengan jasad dan roh atau dalam keadaan ar-Ruya yakni mimpi atau dalam keadaan tidur iaitu dengan roh sahaja?

Sekelompok ulama berpendapat bahawa israk itu dengan roh sedang jasad baginda Rasulullah saw tidak meninggalkan tempat tidur baginda. Semuanya adalah mimpi di dalam tidur baginda sahaja dan mimpi para nabi adalah kebenaran. Di antara yang berpendapat sedemikian ialah Muawiyah dan Aisyah yang dikisahkan dari al-Hasan dan Ibnu Ishak.Bagaimanapun, jumhur ulama berpendapat bahawa Rasulullah saw telah diisrakkan dengan roh dan jasadnya dalam keadaan terjaga, iaitu bukan dalam keadaan tidur menuju ke Baitul Maqdis dan kemudian baginda diangkat menuju ke langit dengan roh. Dalil bagi pendapat ini ialah firman Allah di dalam surah al-Isra ayat 1:

...(1)Ertinya :

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa...

Manakala Ibnu Kathir pula berpendapat bahawa berdasarkan dari ayat di atas, ianya menunjukkan bahawa baginda diisrakkan dengan keadaan jaga serta meliputi jasad dan secara lebih jelas ia dilihat kepada perkataan , yang mana ungkapan yang kukuh dan merangkumi keduanya iaitu sekelompok roh dan badan. Di samping itu juga, pengucapan tasbih pada pangkal ayat pertama bagi memulakan surah ini pula digunakan bagi perkara-perkara menakjubkan dan besar. Sekiranya peristiwa israk ini hanya dalam keadaan baginda tidur dan bermimpi, bermakna hal itu bukanlah suatu kejadian yang besar dan bukan pula ia termasuk dalam peristiwa agung yang penting mahupun menimbulkan rasa hairan dan takjub.Menurut Syaikh Abul Hasan `Ali al-Hasani an-Nadwi(2005), berdasarkan pendapat ulama-ulama, perjalanan baginda ketika Israk Mikraj adalah melalui roh dan jasad. Hal ini berdasarkan peristiwa baginda menaiki Buraq untuk ke langit ketujuh. Jika hanya melalui roh, tidak perlulah buraq untuk ditunggang oleh baginda kerana roh tidak diperlukan untuk naik ke langit. Selain itu, ini dapat dibuktikan lagi apabila baginda memilih untuk meminum susu daripada arak yang diberikan oleh Jibril. Roh tidak boleh minum, ini membuktikan pengembaraan baginda ini melalui roh dan jasad sekali..Sebahagian lain berpendapat bahwa Isra` Mi`raj terjadi dalam mimpi. Pendapat ini sangat jauh sekali dari kebenaran. Dalil mereka adalah firman Allah SWT:

Ertinya:

Dan Kami tidak menjadikan (al-ru`ya) penglihatan yang telah Kami perlihatkan kepadamu, melainkan sebagai ujian bagi manusia dan (begitu pula) pohon kayu yang terkutuk dalam Al Quran. (Al-Isra`: 60)

Mereka mengatakan ayat di atas mengisyaratkan peristiwa Isra` dan Mi`raj dan kata al-ru`ya (melihat) dimaknakan melihat dalam mimpi dan bukan melihat dengan mata kepala. Bagaimanapun, pendapat ini dibantah dengan tafsir Ibn Abbas ra mengenai ayat ini. Beliau mengatakan bahwa kata al-ru`ya dalam ayat di atas bermakna ru`ya `ain iaitu, melihat dengan mata kepala bukan mimpi. (HR al-Bukhari)Tambahan pula sebahagian ahli tafsir mengatakan bahawa ayat ini turun ketika perjanjian Hudaibiyyah (tahun ke enam Hijriyyah) disebabkan Rasulullah saw melihat dalam mimpinya bahwa baginda masuk ke Masjid al-Haram. Dengan demikian ayat ini tidak sesuai dijadikan dalil. Jika sekiranya Israk Mikraj itu terjadi hanya dalam mimpi saja, maka peristiwa itu tidak tergolong peristiwa yang besar, dan tentu orang Quraisy tidak begitu serius mendustakan Rasulullah saw, dan tidak unik, menghairankan atau menimbulkan rasa takjub dalam pandangan mereka.Seterusnya, menyentuh tentang perselisihan samada Rasulullah saw telah melihat Allah SWT iaitu dengan mata kasar atau mata hati baginda. Dr. Said Ramadhan al-Buti dan al-Habib Ali al-Jufri turut menyatakan bahawa terdapat perselisihan yang sangat serius tentang situasi atau perkara ini. Menurut pendapat al-Habib Ali al-Jufri lagi, beliau mengatakan bahawa pada ketika kejadian itu, Allah SWT menjelma di hadapan Nabi-Nya, iaitu Muhammad saw. Beliau turut mengingatkan sesiapa yang ingin berpegang secara muktamad dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu Rasulullah saw melihat Allah SWT maka dipersilakan dengan syarat hendaklah enafikan Allah SWT itu berjisim atau mempunyai ruang dan masa. Manakala bagi mereka yang berpegang dengan pendapat bahawa baginda melihat dengan mata hatinya, juga adalah benar.3.0 PENGAJARAN YANG DIPEROLEHI DARIPADA PERISTIWA INI DAN KAITANNYA DENGAN ISU SEMASASesungguhnya setiap sesuatu kejadian yang berlaku itu pasti mempunyai hikmah dan pengajaran yang tersendiri di sebaliknya, tidak kiralah samada ia berbentuk musibah, ujian, anugerah mahupun kegembiraan. Begitu juga dengan peristiwa Israk dan Mikraj ini.

Antara pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa bersejarah ini ialah pertama, ia merupakan ujian kekuatan keimanan kita terhadap kekuasaan Allah SWT. Sedangkan pada zaman baginda sendiri sudah ada yang enggan mempercayai peristiwa ini, apatah lagi di zaman kini yang tiada seorang pun di antara kita yang pernah berjumpa baginda. Hal-hal sebegini bukan untuk difikirkan dengan secara mendalam. Sebaliknya, hendaklah diyakini dan diimani sebagaimana Saidina Abu Bakar al-Siddiq.Kedua, tentang bermacam siksaan ahli neraka yang telah diperlihatkan kepada nabi Muhammad s.a.w semasa dibawa melawat neraka. Antaranya siksaan terhadap orang yang meninggalkan sembahyang di mana mereka memecahkan kepala mereka sendiri. Ini merupakan suatu amaran yang keras agar kita dan keluarga kita serta masyarakat sekitar dapat menjaga sembahyang dengan baik terutama pada hari ini ramai di kalangan umat Islam tanpa segan silu meninggalkan sembahyang dengan pelbagai alasan termasuk kerana terlalu sibuk dengan kerja. Bermula daripada meninggalkan sembahyang inilah maka umat Islam mula melanggar segala perintah dan larangan Allah yang lain yang menyebabkan kita hidup melarat di dunia. Oleh itu insaflah kita dengan sentiasa memenuhi masjid sepanjang masa bukannya hanya pada hari Jumaat atau hari raya sahaja. Ketiga, agar manusia sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah , baik dikala ditimpa kesusahan maupun kesusahan. Ini kerana hanya Allah sahajalah yang mampu memberikan pertolongan dan menghilangkan segala kesedihan serta kesusahan pada diri manusia, sebagaimana Nabi Muhamad saw telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadinya Israk Mikraj. Caranya sudah tentu sahaja dengan melaksanakan yang diperintahkan dan menjauhi semua larangan-Nya. Disamping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadah . Dewasa ini, kebanyakan dari kita hanya mengingati Allah SWT hanya apabila berada di dalam kesusahan. Sebaliknya ketika gembira, senang, Allah SWT dilupakan.Keempat, Nabi saw juga turut melihat bagaimana siksaan terhadap mereka yang tidak menunaikan zakat di mana mereka dihalau seumpama binatang dan kemudiannya mereka memakan buah Zaqqum daripada bara api neraka yang begitu panas sehingga hancur tubuh mereka. Oleh itu tunaikan zakat kita samada zakat fitrah, perniagaan, harta, tanaman, pendapatan dan selainnya sehingga harta kita benar-benar dapat dibersihkan daripada harta hak orang lain. Jika seluruh umat Islam dapat menunaikan zakat dan ia pula dapat diagih dengan baik maka ini semua dapat mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara serta merendahkan jurang antara golongan kaya dan miskin. Kita begitu bimbang apabila kekayaan hanya berlegar di kalangan orang kaya sahaja sehingga jurang antara golongan kaya dan miskin serta kaum semakin tinggi.Seterusnya Rasulullah s.a.w melihat bagaimana orang yang tidak menunaikan amanah dipaksa mengangkat seberkas kayu di mana walau pun tidak mampu memikulnya tetapi dia tetap menambah bilangan kayu itu. Ini memberi peringatan agar kita tidak terlalu mengejar pangkat dan kedudukan kerana ia merupakan suatu amanah yang besar. Ingatlah pesanan Khalifah Umar bin Abdul Aziz di mana semakin kaya pemimpin maka semakin miskin rakyatnya dan semakin miskin pemimpin maka semakin kaya rakyatnya. Pemimpin yang berlaku adil dalam menunaikan amanah bakal berada di bawah bayangan arasy serta syurga Allah sedangkan pemimpin yang mengkhianati amanah bakal menempah api neraka. 4.0 KESIMPULAN

Peristiwa Israk dan Mikraj ini merupakan satu peristiwa yang mempunyai 1001 macam perkara yang terkandung di dalamnya, samada suka, duka, senang, susah dan sebagainya. Walaubagaimana pun, sebagai seorang Muslim seharusnya kita mengimani peristiwa ini dengan sebenar-benarnya. Biarpun hal ini terlalu unik untuk difikirkan, apa yang paling penting di sini ialah keimanan kita perlu dijaga. Perlu diingat bahawasanya Nabi Muhammad itu utusan Allah, nabiNya dan juga kekasihNya. Nabi dan Rasul masing-masing dianugerahkan mukjizat yang mana peristiwa ini turut menjelaskan kepada kita bahawa ia juga merupakan salah satu daripada mukjizat Rasulullah saw.

Selain itu, sudah menjadi lumrah bagi mereka yang tidak memahami Islam akan mempunyai pandangan serong dan silap faham terhadap Islam. Tetapi, contohi Rasulullah s.a.w. Walaupun baginda diperli, dikeji dan didustai kerana menyampaikan berita Israk, Rasulullah s.a.w. tetap bersabar dan menunjukkan akhlak yang baik. Jelasnya di sini, andai kita diperlakukan dengan kejahatan, maka balaslah kepada mereka dengan kebaikan. Ayuh contohi Rasulullah.

Justeru itu, sebagai orang Islam yang tinggal di negara majmuk seperti Malaysia ini, ada kalanya kita menghadapi silap faham daripada mereka yang bukan Islam. Kita perlu tunjukkan akhlak yang baik serta bersabar dan terangkan kepada mereka tentang ajaran Islam yang sebenar, yang menggalakkan keharmonian dan juga kemakmuran.Kita juga perlu tunjukkan bahawa kewujudan kita di negara ini, di tempat kerja, di sekolah dan di rumah, membawa kesejahteraan bagi orang di sekeliling kita. Sesungguhnya, orang Islam yang baik adalah juga rakyat, pekerja, majikan, pelajar dan ahli keluarga yang baik.

( 2532 PATAH KATA )RUJUKAN:1. Buku Modul: Pengajian Sirah Rasulullah s.a.w, : Habibah @ Artinie Ramlie, Rahimi Md Saad, Meteor Doc. Sdn. Bhd Selangor Darul Ehsan2. Tafsir al-Qurthubi, Taliq: Muhammad Ibrahim al-Hifnawi, Takhrij: Mahmud Hamid Utsman, Pustaka Azzam - Jakarta, 2008, m.s: 5093. Tafsir Ibnu Katsir, Penyusun: Dr, Abdullah bin Muhammad bin Abdurrahman bin Ishaq Alu Syaikh, Penterjemah: M.Abdul Ghoffar E.M dan Abu Ihsan al-Atsari, Pustaka Imam asy-SyafiI Bogor, 2008, Jld: 5, m.s: 132-1334. : 6934 : 351/195. : 3597 : 271/12SEBELUM

(Bermula Kerasulan sehingga Tahun ke-10 Kenabian)

2