assignment pjk

8
1.0 Pengenalan Semua ibu bapa mahu melihat anak-anak sihat dengan memastikan mereka mendapat makanan yang cukup serta berkhasiat. Meskipun begitu, ada di antara ibu b memanjakan anak-anak sehingga gagal mengawal pemakanan mereka. Pengambilan makanan yang berlebihan serta tidak sesuai menyebabkan anak-anak mengalami ob Meskipun masalah tersebut adalah biasa dalam kalangan kanak-kanak, namun ia dirawat. Obesiti atau masalah kegemukan merupakan salah satu penyakit berbaha melanda negara kita secara tidak langsung. Pengumpulan tisu-tisu lemak berleb badan seseorang boleh menganggu dan mencederakanorgan-organ badan dan mendatangkan masalah kesihatan yang serius. capkali mendengar bahawa obesiti seringkali terjadi kepada golongan dewas namun berdasarkan kelima-lima artikel yang dirujuk, menunjukkan wabak obesiti semakin menular dalam kalangan kanak-kanak. !su ini kelihatan renyah tetapi s mengundang impak negati" terhadap tumbesan kanak-kanak tersebut tanpa kita se Pelbagai "aktor menyebabkan mereka mengalami masalah ini iaitu pemakanan yang seimbang, tidak melakukan akti#iti riadah, "aktor keturunan, serta budaya pem sendiri. $olongan kanak-kanak ini perlu dibendung daripada terus digasak dengan pel makanan yang sebenarnya tidak memberi nutrient terhadap tumbesaran mereka. Ob yang berterusan daripada kecil berpotensi besar untuk kekal dalam golongan ob meningkat remaja dan dewasa sekiranya tiada panduan daripada ibu bapa sebagai yang paling rapat dengan mereka. Obesiti adalahsatu keadaan yang kompleks di mana seseorang indi#idu itu mempunyai lemak berlebihan. !a adalah penyakit kronik yang memerlukan susulan berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh pengamal perubatan dikatakan obese sekiranya mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak &'( )'*. Manakala wanita pula di katakan obese apabila lebihan lemak sebanyak +'(. Obe boleh di ukur menggunakan penggiraan ody Mass !nde - M! )!ndeks i M! adalah indeks pengukuran berat badan berbanding dengan ketinggian. &.0 Punca Obesiti /anak-/anak

Upload: anthony-farmer

Post on 04-Nov-2015

9 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

u

TRANSCRIPT

1.0 PengenalanSemua ibu bapa mahu melihat anak-anak sihat dengan memastikan mereka mendapat makanan yang cukup serta berkhasiat. Meskipun begitu, ada di antara ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak sehingga gagal mengawal pemakanan mereka. Pengambilan makanan yang berlebihan serta tidak sesuai menyebabkan anak-anak mengalami obesiti. Meskipun masalah tersebut adalah biasa dalam kalangan kanak-kanak, namun ia sukar dirawat. Obesiti atau masalah kegemukan merupakan salah satu penyakit berbahaya yang melanda negara kita secara tidak langsung. Pengumpulan tisu-tisu lemak berlebihan pada badan seseorang boleh menganggu dan mencederakan organ-organ badan dan mendatangkan masalah kesihatan yang serius.

Acapkali mendengar bahawa obesiti seringkali terjadi kepada golongan dewasa sahaja namun berdasarkan kelima-lima artikel yang dirujuk, menunjukkan wabak obesiti kini semakin menular dalam kalangan kanak-kanak. Isu ini kelihatan renyah tetapi sebenarnya mengundang impak negatif terhadap tumbesan kanak-kanak tersebut tanpa kita sedari. Pelbagai faktor menyebabkan mereka mengalami masalah ini iaitu pemakanan yang tidak seimbang, tidak melakukan aktiviti riadah, faktor keturunan, serta budaya pemakanan itu sendiri.

Golongan kanak-kanak ini perlu dibendung daripada terus digasak dengan pelbagai makanan yang sebenarnya tidak memberi nutrient terhadap tumbesaran mereka. Obesiti yang berterusan daripada kecil berpotensi besar untuk kekal dalam golongan obes apabila meningkat remaja dan dewasa sekiranya tiada panduan daripada ibu bapa sebagai ahli yang paling rapat dengan mereka.Obesiti adalah satu keadaan yang kompleks di mana seseorang individu itu mempunyai lemak berlebihan. Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh pengamal perubatan. Lelaki dikatakan obese sekiranya mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25% (5). Manakala wanita pula di katakan obese apabila lebihan lemak sebanyak 35%. Obesiti boleh di ukur menggunakan penggiraan Body Mass Index-BMI (Indeks Jisim Badan). BMI adalah indeks pengukuran berat badan berbanding dengan ketinggian.

2.0 Punca Obesiti Kanak-KanakKanak-kanak lebih cenderung mengalami berat badan berlebihan jika ibu dan bapa mereka juga berhadapan dengan masalah obesiti. Jika seorang ibu atau bapa mengalami berat badan berlebihan, kebarangkalian anak mereka berhadapan dengan masalah sama adalah 50 peratus. Namun, jika kedua-duanya juga berhadapan dengan masalah obesiti maka ada kemungkinan sebanyak 80 peratus anak mereka juga akan menjadi individu yang memiliki berat badan berlebihan. Namun demikian faktor genetik dianggap kurang berkaitan dengan masalah ini kerana faktor berat badan berlebihan lebih tertumpu kepada ahli keluarga yang memiliki tabiat pemakanan yang sama. Peranan faktor genetik atau keturunan dalam mempengaruhi status berat telah menjadi satu penemuan penting dalam kajian obesiti. Faktor keturunan juga mempengaruhi rupa bentuk badan seseorang.Penyelidikan yang dibuat di Amerika Syarikat membuktikan bahawa anak-anak dari keturunan ibu bapa yang bertubuh normal mempunyai 10% peluang menjadi gemuk. Peluang itu akan bertambah menjadi 40-50% jika salah seorang daripada ibu bapa mengalami masalah berat badan dan akan meningkat menjadi 70-80% sekiranya kedua-duanya menghidap obesiti. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, beberapa kes kecacatan genetik di kenal pasti sebagai punca 'hyperphagia' (makan berlebihan) dan obesiti yang bermula dari usia kanak-kanak. Kecacatan genetik merangkumi sindrom obesiti seperti sindrom Lawrence Moon Biedl, sindrom Prader Willi, sindrom trisomi 21, sindrom Wiedemann Beckwith dan lain-lain. Faktor kecacatan genetik yang menyebabkan obesiti biasanya disebabkan perubahan atau mutasi kepada beberapa gen seperti gen leptin dan perubahan pada keronsong gen leptin. Kesan genetik kepada kejadian obesiti umumnya lebih banyak dipengaruhi oleh faktor bukan genetik seperti amalan pemakanan dan kurang aktiviti fizikal. Faktor keturunan ini, walau bagaimanapun sering dijadikan alasan kepada kejadian obesiti dan alasan untuk tidak melakukan sebarang tindakan untuk mengatasinyaKebanyakan kanak-kanak yang mengalami berat badan berlebihan adalah disebabkan juga gaya hidup mereka yang tidak sihat termasuk pengambilan makanan tidak seimbang dan juga kekurangan aktiviti fizikal. Malah, dengan gaya hidup kini, lebih mudah untuk kanak-kanak mengalami masalah obesiti terutama dengan sumber makanan berkalori tinggi seperti makanan segera dan gula-gula yang banyak dipromosikan khusus untuk kanak-kanak. Satu lagi gaya hidup yang tidak sihat ialah kanak-kanak sekarang juga amat cenderung untuk mengambil makanan segera yang kurang zatnya tetapi tinggi kandungan gula dan pengawet serta MSG. Tabiat pemakanan ini boleh membawa kepada masalah obesiti jika tidak dipantau. Amalan makan makanan yang mengandungi lebih tenaga berbanding yang digunakan merupakan antara faktor utama obesiti. Berat badan akan bertambah apabila seseorang makan dengan kuantiti yang banyak iaitu lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak. Berat badan berlebihan dan kegemukan akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan berlaku dalam tempoh beberapa hari atau minggu. Kebiasaannya ia akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun.

Faktor obesiti dalam kalangan kanak-kanak juga berpunca daripada aktiviti statik. Senaman dan bermain bukan lagi menjadi aktiviti harian kanak-kanak sehingga ada yang yang tidak pernah berjalan kaki ataupun berbasikal ke sekolah. Apa yang dilakukan mereka kini hanyalah menghabiskan kebanyakkan waktu di hadapan televisyen dan juga komputer. Aktiviti ini dipanggil sebagai aktiviti statik kerana hanya duduk dan tidak sedikit pun melakukan gerakan atau senaman bagi membakar kalori dalam tubuh badan. Kanak- kanak dan remaja yang cenderung dalam pemakanan dan aktiviti yang tidak sihat mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi obes. Ini tentu sahaja boleh mendatangkan masalah kegemukan dan seterusnya membawa kepada masalah obesiti jika tidak dikawal dari awal. Kebanyakan populasi dunia termasuk di Malaysia mengamalkan cara hidup yang sedentari berpunca daripada pembangunan yang pesat dan peningkatan penggunaan peralatan yang mengehadkan penggunaan tenaga manusia. Kurang aktiviti fizikal atau cara hidup sedentari boleh didefinisikan sebagai pergerakan anggota badan yang minima yang bersamaan dengan kadar metabolisme rehat. Tingkah laku seperti duduk dan tidur dengan lama, menggunakan lif berbanding tangga, memandu berbanding berjalan kaki menyumbang kepada penggunaan tenaga yang minimum dan menyumbang kepada masalah obesiti. Disamping itu, teknologi masa kini menyebabkan pergerakan yang minimum diperlukan untuk melakukan sesuatu kerja dan meminimumkan penggunaan tenaga. Persekitaran masa kini yang semakin sibuk menyebabkan kekangan masa untuk bersukan dan kenaikan kos hidup menyebabkan persekitaran dan kemudahan yang tidak mencukupi untuk bersukan atau berekreasi dan seterusnya menggalakkan kehidupan sedentari. Kanak-kanak mesti dipaksakan membebaskan diri mereka daripada teknologi multimedia dan dipaksa turun beriadah.3.0 Kesan Obesiti Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Kegemukan dan obesiti mempunyai kaitan dengan cara pemakanan. Berdasarkan artikel yang dikaji menunjukkan bahawa seorang daripada 4 orang kanak-kanak di negara ini adalah gemuk ataupun obesiti. Manakala seorang daripada 3 orang remaja adalah berat badan yang berlebihan, dan seorang daripada 6 orang ialah obes. Kajian tersebut dijalankan pada tahun 2002 dan tahun 2008. Penemuan kajian tersebut menunjukkan peningkatan yang ketara dalam bilangan kegemukan dan obesiti dalam kalangan pelajar sekolah. Kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun juga menunjukkan peratus kegemukan dan obesiti. Statistik yang membimbangkan ini, jika dibiarkan, akan menyebabkan negara ini mengeluarkan produktiviti yang pasif dan menuju ke arah negara gemuk. Kegemukan dan obesiti ialah penyebab utama kepada penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, penyakit darah tinggi dan sebagainya. Memiliki berat badan berlebihan di kalangan kanak-kanak juga boleh menyebabkan tekanan psikologi. Usikan mengenai penampilan diri mereka sedikit sebanyak mempengaruhi keyakinan diri kanak-kanak berkenaan dan ia boleh membawa kepada pengasingan diri daripada rakan sebaya serta masalah kemurungan. Kesihatan mental yang disebutkan lebih kepada kesan emosi individu yang mempunyai berat badan berlebihan apabila terlibat dalam interaksi sosial. Boleh dikatakan di mana sahaja seseorang yang besar badannya bersekolah, pasti ada yang mendiskriminasi atau mengejek. Hal ini menyebabkan tahap keyakinan dirinya semakin rendah. Kesan diskriminasi pada usia muda ini pula akan dibawa sehingga mereka dewasa dan mungkin membawa kepada masalah hidup yang menjejaskan tahap kepuasan hidup individu yang berbadan besar.

Berdasarkan artikel yang dikaji, kanak-kanak yang berusisa seawal lapan tahun berkemungkinan menghidap diabetes mellitus jenis 2 sekiranya telah mengalami obesiti. Golongan jenis ini terdiri daripada pelbagai kegagalan yang terhasil dari gabungan penentangan terhadap tindakan insulin dan insulin yang tidak mencukupi. Ia adalah gangguan yang dicirikan oleh hiperglisemia dan dikaitkan dengan mikrovaskular (iaitu, retina, buah pinggang, mungkin neuropathic), macrovascular (iaitu, koronari, vaskular periferal), dan neuropathic (iaitu, autonomi, periferal) komplikasi. Kajian lain menunjukkan lebihan berat badan dan obesiti adalah faktor risiko pada penyakit kardiovaskular. Lebihan berat badan dan obesiti merupakan faktor primer bagi penyakit koronari jantung dan bersama faktor risiko lain yang telah dibuktikan seperti diabetes, hiperkolesterolemia atau kekurangan tahap lipoprotein kepadatan tinggi. Hipertensi yang di alami oleh kanak-kanak yang obes adalah signifikan lebih tinggi jika dibanding dengan yang tidak obes. Peningkatan tekanan darah juga berlaku pada bacaan sistolik dan diastolik. Lebihan berat badan dan obesiti juga mempunyai hubungan dengan penyakit diabetes. Kajian telah menunjukkan bahawa walaupun terdapat peningkatan pengeluaran insulin oleh pankreas antara 100-200% dalam keadaan obes tetapi masih wujud tanda-tanda klinikal kekurangan hormon tersebut. Ini menjelaskan terdapat kekurangan tapak reseptor, penurunan kadar sensitiviti reseptor atau kedua-duanya. Penurunan berat badan mengakibatkan tapak reseptor kembali kepada asal dari segi jumlah serta sensitiviti dan ini akan mengawal paras glukosa darah.

Selain itu, masalah obesity dalam kalangan kanak-kanak mengakibatkan kesan langsung sleep apne iaitu kekurangan oksigen semasa tidur disebabkan rongga pernafasan yang tersekat (Obstructive sleep apnea). Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini mempunyai tidur yang tidak sempurna dan seringkali mengalami gangguan pernafasan yang berulang-ulang sepanjang waktu tidur. Mereka juga sering berdengkur semasa tidur. Keadaan ini boleh menyebabkan kematian sekiranya tahap kekurangan oksigen semakin merosot. Sleep apnea adalah komplikasi biasa kurang berat badan berlebihan bagi kanak-kanak dan remaja. Sleep apnea merupakan gangguan pernafasan berkaitan tidur yang ditakrifkan sebagai pemberhentian pernafasan semasa tidur yang berlangsung selama sekurang-kurangnya 10 saat dengan berdengkur kuat dan labored pernafasan. Semasa berlaku sleep apnea, tahap-tahap oksigen dalam darah boleh jatuh dengan mendadak. Asma adalah penyakit paru-paru di mana saluran pernafasan disekat atau telah menurun menyebabkan kesukaran bernafas. Kajian telah mengenal pasti perkaitan antara kanak-kanak yang berlebihan berat badan dan asma. Asma merupakan penyakit alahan yang mengganggu saluran udara (bronkus). Semasa berlaku tindak balas alahan, bronkus menjadi sempit dan dipenuhi lendir. Ini menyebabkan kesesakan nafas. Serangan asma boleh menakutkan anak kerana perasaan lemas akan menyebabkan anak berasa panik dan ini membuat pernafasannya semakin sukar. Punca awal yang menyebabkan alahan, iaitu alergen seperti debunga atau habuk rumah, yang biasanya dibawa oleh angin. Bagi anak yang menghidap asma, tekanan emosi dan senaman boleh menyebabkan serangan. Namun demikian masalah kegemukan kanak-kanak juga menyebabkan faktor kesukaran bernafas ini terjadi. Kanak-kanak dan remaja obes berisiko tinggi menghidap penyakit kardiovaskular seperti tinggi kolestrol dan tekanan darah tinggi. Kajian menunjukkan 70% individu berumur 5-17 tahun mempunyai sekurang-kurangnya satu faktor risiko. Obesiti kanak-kanak dan remaja telah didapati mempunyai faktor risiko bagi penyakit kardiovaskular (CVD), termasuk paras kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan toleransi glukosa yang tidak normal. Dalam populasi berdasarkan kajian, diantara kanak-kanak berusia 17-tahun, hampir 60% daripada kanak-kanak berlebihan berat badan telah sekurang-kurangnya satu faktor risiko CVD (Cardiovascular disease) manakala 25 peratus kanak-kanak berlebihan berat badan mempunyai dua atau lebih faktor risiko CVD. Lemak yang terlalu tebal boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dalam organ tubuh kita dan menyebabkan tubuh badan kita tidak mendapat oksigen yang mencukupi Mereka yang mengalami obes iaitu pada ukuran BMI dalam lingkungan 25 ke atas terdedah dan menyebabkan penyakit seperti serangan jantung, mati mengejut, sakit dada dan denyutan jantung yang tidak normalSelain itu, kanak-kanak yang obes juga berisiko mendapat pre-diabetis atau pra-kencing manis. Ianya merupakan keadaan di mana tahap gula darah menunjukkan risiko mendapat kencing manis. Obesiti mempunyai kaitan rapat dengan diabetes. Pengambilan gula yang berlebihan dan mempunyai tabiat malas bersenam akan menyebabkan seseorang individu tersebut mudah terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan. Misalnya, gula boleh menjejaskan platlet darah yang mungkin menjadi punca kepada masalah jantung. Malah, gula turut menjadi antara penyebab penyakit kencing manis jenis dua, tulang rapuh, masalah ginjal, hati, kemurungan serta dikaitkan dengan tumor darah4.0 Kesimpulan

Kanak-kanak yang obes akan cenderung menjadi obes apabila dewasa kelak ataupun mengalami berat badan berlebihan sepanjang hayat mereka jika tidak dirawat dan dipantau. Di samping pelan pemakanan yang sihat, kanak- kanak juga perlu diterapkan latihan fizikal yang mantap. Bukan sekadar menghabiskan masa terluang di hadapan televisyen atau komputer. Ibu bapa yang memiliki anak-anak obes perlu tahu bahawa mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul adalah satu perkara yang sukar. Justeru, ia memerlukan kefahaman yang mantap tentang permasalahan ini dan menekankan tabiat pemakanan yang sihat. Bukan setakat diterapkan kepada anak-anak malah perlu dilakukan bermula daripada diri sendiri. Barulah ia mempunyai semangat yang cukup kuat dalam menyediakan kanak-kanak yang sihat dan generasi tidak obes pada masa akan datang.

Isu ini perlu diatasi sementelah masih muda bagi mengelakkan atau mengurangkan komplikasi obesiti yang tidak diingini. Keluarga adalah pendorong utama kanak-kanak berubah kepada gaya hidup lebih sihat. Bermula daripada pemilihan pemakanan sehinggalah aktiviti yang dilakukan. Perubahan dilaksanakan secara berperingkat bagi mengelakkan kanak- kanak berasa tertekan. Masalah obesiti perlu diatasi dengan segera agar golongan remaja khususnya dapat berfungsi dengan lebih baik ke arah pembentukan masyarakat yang seimbang dan dinamik ke arah pencapaian semua matlamat wawasan 2020.

Program-program intervensi perlu dibentuk dengan mengambil kira semua faktor yang berkaitan supaya wabak obesiti dapat dikurangkan atau dibendung seperti amalan pemakanan yang baik, gaya hidup yang sihat serta sikap dan tingkahlaku yang positif. Pemantauan berterusan ke atas golongan kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah obesiti perlu diteruskan supaya berat badan ideal dapat dikekalkan dan tingkahlaku yang sihat dapat dikekalkan. Sokongan daripada semua pihak amat diperlukan supaya hasrat untuk mengurangkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah. 2,217 ppRujukanCunningham, A.S., Kramer, R.M., Narayan, V. (2014). Incidence Of Childhood Obesity In The United States. Vol.370 No.5International Journal Of Obesity . (1992). Risks And Consequences Of Childhood And Adolescents Obesity.

Kosti, L,R,. Panagiotakos, B.D,.(2006). The Epidemis Of Obesity In Children And Adolescents In The World. 14(4): 151-159.Moreno, G., Shelton, J.D., Boles, S. (2013). Prevalance And Prediction Of Overweight And Obesity Among Elementary School Students. Vol.83. No.3Wang, Y., Monteiro, C., Popkin. M.B,. (2002). Trends Of Obesity And Underweight In Older Children And Adolescents In Theunited States, Brazil, China And

Russia. 75; 971-7