assignment 1 cadangan format structure article review.pdf

3
1 SUGGESTED FORMAT A STRUCTURE ARTICLE REVIEW 1.0 PENDAHULUAN Dalam satu perenggan sahaja anda perlu menulis Maklumat yang lengkap mengenai artikel yang anda review seperti:- tajuk artikel, nama jurnal yang menerbitkannya, tarikh penerbitan, empat penerbitan, nombor isu dan volume, nama penulis dan nombor halaman/mukasurat. Kemudian dalam satu atau beberapa perenggan (ikut kesesuaian) tuliskan satu Ringkasan artikel tersebut dalam anggaran perkataan - 800 hingga 1000 perkataan dengan menyatakan maklumat-maklumat separti:- tujuan artikel, bagaimana penyelidikan itu ditadbirkan, dapatannya dan maklumat lain yang anda fikirkan penting dimaklumkan. **INGATAN: Anda boleh dipandu dengan soalan-soalan berikut dalam melaksanakan rigkasan di atas: o Objektif: Apakah objektif artikel? o Teori: Adakah terdapat kerangka teori yang eksplisit? Jika tidak, adakah terdapat andaian teori? o Konsep: Apakah konsep utama? Adakah ianya jelas? o Perbincangan: Apakah perbincangan utama dalam artikel ini? Adakah terdapat hipotesis spesifik? o Methodologi: Apakah kaedah yang digunakan untuk menguji? o Evidens: Adakah terdapat evidens? Sejauh mana ianya mencukupi? o Nilai: Adakah terdapat nilai yang implicit? o Literatur: Bagaimana kajian ini disesuaikan dengan literatur luas itu? o Sumbangan: Sejauh manakah kajian ini mengembangkan ilmu dalam disiplin berkenaan? o Stail: Sejauh manakah bahasa, stail, dan pembentangan penulis jelas? o Rumusan: Satu penilaian keseluruhan yang ringkas

Upload: noor-hafizah

Post on 21-Nov-2015

23 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 1

    SUGGESTED FORMAT A STRUCTURE ARTICLE REVIEW

    1.0 PENDAHULUAN

    Dalam satu perenggan sahaja anda perlu menulis Maklumat yang lengkap mengenai artikel

    yang anda review seperti:- tajuk artikel, nama jurnal yang menerbitkannya, tarikh penerbitan,

    empat penerbitan, nombor isu dan volume, nama penulis dan nombor halaman/mukasurat.

    Kemudian dalam satu atau beberapa perenggan (ikut kesesuaian) tuliskan satu

    Ringkasan artikel tersebut dalam anggaran perkataan - 800 hingga 1000 perkataan dengan

    menyatakan maklumat-maklumat separti:- tujuan artikel, bagaimana penyelidikan itu

    ditadbirkan, dapatannya dan maklumat lain yang anda fikirkan penting dimaklumkan.

    **INGATAN: Anda boleh dipandu dengan soalan-soalan berikut dalam melaksanakan

    rigkasan di atas:

    o Objektif: Apakah objektif artikel?

    o Teori: Adakah terdapat kerangka teori yang eksplisit? Jika tidak, adakah terdapat

    andaian teori?

    o Konsep: Apakah konsep utama? Adakah ianya jelas?

    o Perbincangan: Apakah perbincangan utama dalam artikel ini? Adakah terdapat hipotesis

    spesifik?

    o Methodologi: Apakah kaedah yang digunakan untuk menguji?

    o Evidens: Adakah terdapat evidens? Sejauh mana ianya mencukupi?

    o Nilai: Adakah terdapat nilai yang implicit?

    o Literatur: Bagaimana kajian ini disesuaikan dengan literatur luas itu?

    o Sumbangan: Sejauh manakah kajian ini mengembangkan ilmu dalam disiplin berkenaan?

    o Stail: Sejauh manakah bahasa, stail, dan pembentangan penulis jelas?

    o Rumusan: Satu penilaian keseluruhan yang ringkas

  • 2

    2.0 PERBINCANGAN MENGENAI ARTIKEL

    Dalam satu atau dua perenggan perbincangan meliputi isu-isu seperti:- makna atau implikasi

    dapatan kajian berkenaan

    **INGATAN: Anda dikehendaki memberi pendapat anda tentang artikel tersebut

    dengan membincangkan kebaikan / kelemahan, dan bagaimana artikel itu boleh

    ditambahbaik.

    3.0 CADANGAN:

    Dalam satu perenggan - bincangkan bagaimana penulis boleh mengembangkan perkara/isu

    seperti:- dapatannya, apakah fokus kajian akan datang, hala tuju kajian akan datang. Bincang

    juga bagaimana ilmu berkenaan boleh dikembangkan lagi.

    4. PENUTUP:

    Amat penting untuk anda buat satu evaluation atau penilaian muktamad mengenai sumbangan

    artikel terhadap pemahaman tajuk berkenaan oleh pembaca (mungkin kepentingannya kepada

    pengembangan ilmu bidang berkenaan. Anda boleh menulis dalam satu perenggan atau maksima

    tiga perenggan (berdasarkan kesesuaian)

    INGATAN:

    Anda tidak perlu menulis dalam menyatakan perkara-perkara yang tidak relevan atau tidak

    bersangkut paut dengan artikel yang dibaca. Ucapan-ucapan terima kasih kepada sesiapa yang

    tidak berkaitan dengan artikel seperti pensyarahtutor, keluarga mahupun rakan-rakan amat tidak

    perlukan. Laporan hanya berteraskan artikel yang dibaca.

    RENUNGAN BUAT SAUDARA-SAUDARAKU

    Semoga Allah meredhai dan seterusnya mempermudahkan urusan anda dalam

    menydiakan laroran artikel review ini. Moga Allah sentiasa memberkati dan memberi petunjuk

    serta hidayah buat kita semua, keluarga kita dan semua saudara Islam kita.

  • 3

    Diharapkan agar segala ilmu yang kita kongsikan bersama dalam setiap majlis ilmu akan

    menguatkan minda dan iman kita dalam menegakkan serta mempertahankan Agama Islam suci

    kita dari serangan-serangan musuh-musuh Islam. Hanya kita yang dapat mempertahankan

    kesucian Islam dan biarlah ianya menjadi matlamat hidup kita untuk mendapat keredhaan dari

    Allah subahanahu wataala di dunia dan akhirat. Ameen. Man jadda wajad.