assignment 1
DESCRIPTION
teknologi dalam matematikTRANSCRIPT
SMQ3033
TECHNOLOGY IN MATHEMATICAL SCIENCES
ASSIGNMENT 1
(BAGAIMANAKAH ALAT TEKNOLOGI / PERISIAN DAPAT
MEMBANTU MEMPERTINGKATKAN KEFAHAMAN
PELAJAR TERHADAP SESUATU KONSEP MATEMATIK)
1.0 PENGENALAN
NAMA : NUR ILHAM BINTI HARON
NO MATRIK : D20111048008
Teknologi dalam pendidikan bukan lagi suatu isu yang baru untuk dibincangkan.
Pengajaran berasaskan teknologi seperti komputer, kalkulator saintifik, perisian dinamik
bergrafik mahupun media teknologi maklumat sering digunakan dalam proses
pengajajaran dan pembelajaran (PdP). Ini selaras dengan kehendak objektif kurikulum
matematik sekolah menengah, iaitu memperkasakan kebolehan pelajar menggunakan
teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai kemahiran dan
menyelesaikan masalah serta meneroka ilmu matematik.
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik amat
penting kerana National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) telah
mengenalpasti mengenai Prinsip Teknologi sebagai salah satu daripada enam prinsip
kualiti pendidikan matematik. Teknologi merupakan alat yang penting amat diperlukan
untuk proses PdP subjek matematik yang berkesan sekaligus akan membolehkan mata
pelajaran matematik dapat diajar dan dapat mengukuhkan lagi proses pembelajaran dalam
kalangan pelajar.
2.0 DEFINISI
Penerokaan dan Penyiasatan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (Edisi Keempat, 2005),
penerokaan bermaksud perihal, (perbuatan, usaha, dsb) meneroka atau menerokai.
Penerokaan juga bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, mengharungi
dan menghadapi. Kesimpulannya, penerokaan bermaksud mencari atau
mendalami bidang sesuatu perkara.
Penyiasatan pula merupakan satu cara saintifik bagi mencari pengetahuan
yang melibatkan kaedah mengenalpasti sesuatu masalah. Ia juga bermaksud suatu
proses untuk mendapatkan maklumat dan keputusan mengenai objektif yang ingin
dicari menggunakan bahan bukti yang ditemui sama ada secara lisan atau bertulis.
Selain itu, penyiasatan merupakan satu pencarian untuk meyakinkan fakta,
pemeriksaan secara teliti dan berhati-hati.
Penerokaan dan Penyiasatan dengan Menggunakan Teknologi
Penerokaan dengan menggunakan teknologi berlaku apabila alat teknologi
atau perisian digunakan sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat
daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dan sebagainya. Selain itu, ia juga
berlaku untuk mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara
simulasi dan melihat demostrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh
dikawal oleh pelajar.
Penyiasatan dengan menggunakan teknologi ialah mencari bukti dengan
menggunakan teknologi untuk mengatur dan menganalisa data serta pengiraan
matematik. Penyiasatan ini berlaku apabila kita cuba mengkaji sesuatu perkara
yang melibatkan batasan kaedah yang biasa dan salah satu cara mengatasinya
dengan menggunakan teknologi yang mempu memberikan hasil dalam jangka
masa yang singkat.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran
dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT juga
ditakrifkan sebagai penggunaan potensi minda untuk menangani cabaran baru.
KBAT memerlukan seseorang memahami, menterjemah, menganalisis dan
memanipulasikan maklumat.
3.0 Perisian / Alat Teknologi yang Diaplikasikan dalam Kalkulus, Algebra, Statistik
dan Trigonometri
Kalkulus
Autograph merupakan perisian yang digunakan untuk mengajar konsep-
konsep kalkulus seperti kecerunan.
Geogebra merupakan perisian geometri yang dinamik.
Graphmatica pula merupakan program memplot graf.
Math Mechanixs berperanan sebagai Math Editor.
Mathematica ialah program perisian pengiraan yang berasaskan
matematik simbolik.
Matlab digunakan untuk perisian berangka, visualisasi serta
pengaturcaraan.
Visual Calculus merupakan salah satu pendekatan untuk menyelesaikan
pelbagai masalah pengamiran.
Math Wizard merupakan perisian yang mudah dengan menggunakan
kalkulator untuk menyelesaikan masalah matematik yang kompleks.
Algebra
Maxima telah direka untuk memanipulasi ungkapan aljabar.
Maple 18 merupakan system komputer aljabar dan kalkulus.
Axiom adalah sistem perkomputeran aljabar.
Derive memproses pembolehubah aljabar, ungkapan, persamaan, fungsi
vektor, matrik dan ungkapan Boolean.
Fermat ialah sistem perkomputeran aljabar.
KANT adalah sistem perkomputeran aljabar untuk ahli matematik yang
berminat dalam teori nombor aljabar.
FORM adalah sistem memanipulasi simbolik.
Math Wizard merupakan perisian yang mudah dengan menggunakan
kalkulator untuk menyelesaikan masalah matematik yang kompleks.
Statistik
Scilab merupakan satu perisian terbuka dan percuma untuk pengiraan
numerikal.
R digunakan untuk perkomputeran statistik dan grafik.
Statistical Product and Service Solutions (SPSS) merupakan modul
untuk menganalisis data statistik termasuk statistik deskriptif serta statistik
multivariasi dan analisis data berkategori.
MacAnova merupakan perisian yang menganalisis statistik secara
interaktif.
Dataplot boleh digunakan untuk menganalisis statistik deskriptif, regrasi,
analisisi siri-masa, analisis faktor serta multivariate analisis.
TANAGRA mencadangkan beberapa kaedah analisis data daripada
analisis penerokaan data, pembelajaran statistik, pembelajaran mesin dan
kawasan pangkalan data.
Kalkulator saintifik boleh digunakan untuk mengira min, median,
piawaian standard dan varians.
WinIDAMS merupakan pakej perisian untuk kesahan, memanipulasi serta
menganalisis data statistik.
Trigonometri
Trigonometry problem Solver dicipta untuk menyelesaikan pelbagai
masalah trigonometri.
Trig kalkulator mampu menyelesaikan masalah segi tiga bersudut tegak
segi tiga obligue.
Geometer’s Sketchpad merupakan satu sistem perisian untuk membina,
meneroka dan menganalisis pelbagai konsep matematik.
KwikTrig mampu menyelesaikan masalah-masalah geometri dan
trigonometri dengan lebih mudah, cepat dan menarik.
Geoplan adalah perisian yang melibatkan angka matematik dalam dua
atau tiga dimensi.
WIRIS ialah perisian yang membolehkan proses penyuntingan formula
matematik, menyelesaikan masalah matematik dan menunjukkan grafik
matematik pada sisitem koordinat Cartes.
LiveGeometry membantu untuk member paparan visual dan
menyelsaikan masalah yang melibatkan geometri.
KIG ialah aplikasi geometri interaktif.
RUJUKAN
Saiful Nizan (2005). Bab 1 diperoleh pada Mac 21, 2014 daripada
http://eprints.utm.my/6580/4/sitinuradibahmp051222d07tttCHAP1.pdf
Penggunaan teknologi dalam pengajaran (2009). Diperoleh pada Mac 21, 2014 daripada
http://secretofmine88.blogspot.com/2009/01/penggunaan-teknologi-dalam-pengajaran.html
ICT untuk pembelajaran penerokaan. Diperoleh pada Mac 21, 2014 daripada
http://www.scribd.com/doc/93661501/ICT-Untuk-Pembelajaran-PENEROKAAN-1
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Diperoleh pada Mac 21, 2014 daripada http://web.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/ict_in_pnp.pdf
Elemen KBAT dalam instrument pentaksiran. Diperoleh pada Mac 21, 2014 daripada
http://ipik.edu.my/KBAT_WEBv2/elemen_KBAT_dalam_instrumen_pentaksiran.pdf
Yam Weng Hoong. Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi diperoleh pada
Mac 21, 2014 daripada http://www.oocities.org/uranus_stewart/ilmiahyam.htm
Geogebra. Diperoleh pada Mac 21, 2014 daripada http://en.wikipedia.org/wiki/GeoGebra
Graphmatica. Diperoleh pada Mac 21, 2014 daripada
http://en.wikipedia.org/wiki/Graphmatica
Math Mechanixs. Diperoleh pada Mac 21, 2014 daripada
http://www.mathmechanixs.com/