assignment robeah 1.docx

25
Konsep dan Tujuan Pentaksiran Pengujian Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik untuk mengukur perubahan sebahagian daripada semua aspek tingkah laku seseorang individu terhadap pembelajarannya. Pengujian bertujuan untuk menentukan pencapaian seseorang murid dalam sesuatu pembelajaran dan berguna dalam usaha menempatkan murid dalam kumpulan belajar yang sesuai. Pengujian dapat dilaksanakan dengan cara mengadakan pemerhatian, ujian bertulis atau ujian lisan. Pengujian biasanya dilaksanakan selepas satu atau beberapa pelajaran diajar. Pengukuran Pengukuran adalah suatu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif bagi menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan murid dalam pembelajaran. Pengukuran bertujuan untuk membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan antara murid dalam

Upload: sundra-rajan

Post on 29-Sep-2015

258 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Konsep dan Tujuan Pentaksiran

Pengujian

Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik untuk mengukur perubahan sebahagian daripada semua aspek tingkah laku seseorang individu terhadap pembelajarannya. Pengujian bertujuan untuk menentukan pencapaian seseorang murid dalam sesuatu pembelajaran dan berguna dalam usaha menempatkan murid dalam kumpulan belajar yang sesuai. Pengujian dapat dilaksanakan dengan cara mengadakan pemerhatian, ujian bertulis atau ujian lisan. Pengujian biasanya dilaksanakan selepas satu atau beberapa pelajaran diajar.

Pengukuran

Pengukuran adalah suatu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif bagi menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan murid dalam pembelajaran. Pengukuran bertujuan untuk membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan antara murid dalam penguasaan pembelajaran. Hasil pengukuran amat berguna untuk pengelasan, pensijilan dan penempatan murid dalam jurusan yang sesuai. Pengukuran dilakukan setelah ujian bertulis iaitu mulai dengan pengiraan markah. Biasanya pengukuran diadakan selepas beberapa pelajaran dilaksanakan.

Penilaian

Penilaian merupakan proses memperoleh maklumat dan menggunakannya untuk membuat keputusan. Penilaian bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian murid, objektif pembelajaran, kaedah mengajar, dan pelaksanaan kurikulum. Penilaian berguna untuk membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan, dan membuat ramalan. Penilaian dibuat berdasarkan jadual atau gred yang dihasilkan melalui pengiraan perangkaan (statistisk). Penilaian boleh dilakukan sebelum, semasa dan selepas satu atau beberapa pelajaran. Penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisaan, dan penyimpulan.Pentaksiran

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Tujuan Pentaksiran

(a) Pelaporan Pencapaian

Pentaksiran memberi maklum balas kepada guru dan pelajar. Dengan mendapatkan maklumat, guru dapat tahu setakat mana objektif pelajaran telah dicapai. Guru juga dapat menentukan kemajuan dan prestasi pelajar dalam pembelajaran. Maklum balik ini membantu guru membuat penilaian tentang pengajarannya. Ia bertujuan membantu guru membaiki pengajarannya. Pelajar dapat tahu tentang kekuatan dan kelemahan mereka. Maklumat balik ini menentukan pelajar yang memerlukan pendidikan pemulihan Pentaksiran merupakan punca penggerak/motivasi untuk pembelajaran. Pentaksiran dapat menggerakkan pelajar untuk belajar bersungguh-sungguhsupaya dapat lulus. Suatu kebiasaan di mana pelajar akan belajar jika mereka tahu bahawa pembelajaran mereka dinilai. Pentaksiran berguna sebagai cara untuk memperoleh pembelajaran lampau. Pembelajaran lampau membantu dalam pembelajaran pelajar. Pelajar diuji perkara-perkara yang telah dipelajari sebagai menyediakan mereka untuk menerima pelajaran yang baharu. Pelajar-pelajar dibimbing untuk mengaitkan pembelajaran yang lampau dengan pelajaran yang baharu. Pentaksiran diguna untuk mengesan punca kelemahan. Ujian bersifat diagnostik dalam bilik darjah dapat mengesan punca kelemahan pelajar. Maklumat pentaksiran ini dapat menolong guru menyediakan rancangan pemulihan bagi pelajar yang memerlukannya.

(b) Pemilihan/Penempatan

Keputusan daripada ujian atau peperiksaan digunakan sebagai asas untuk memilih dan menempatkan pelajar dalam satu-satu kursus yang sesuai. Ujian dalam bilik darjah juga boleh digunakan. Ujian yang khusus seperti ujian kesediaan membaca boleh digunakan untuk mengelaskan pelajar dalam kumpulan kecil yang sesuai. Sebagai contoh, keputusan ujian menjadi kriteria untuk mengumpulkan pelajar kepada kumpulan kecil untuk aktiviti pengajaran berdasarkan tahap kebolehan mereka. Ujian bakat dan ujian kecerdasan digunakan untuk mengenal pasti pelajar yang pintar atau kanak istimewa. Keputusan pentaksiran juga boleh digunakan untuk memilih pelajar yang layak untuk melangkau kelas dan keputusan SPM dan STPM menjadi criteria untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti. Keputusan pentaksiran juga digunakan untuk memilih pekerja dalam sektor swasta dan kerajaan.

(c) Keputusan-Keputusan bimbingan

Kita tidak dapat nafikan bahawa pelajar anda perlu dibimbing dalam peluang vokesyenal, dalam program pendidikan dan masalah peribadi mereka. tentang aptitud dan pencapaian; inventori minat dan personaliti akan membantu dalam menyediakan maklumat yang berguna tentang ciri-ciri signifikan yang dimiliki mereka. Ini akan membantu mereka memperkembangkan konsep kendiri yang realistik.

(d) Keputusan-keputusan Penyelidikan

Keputusan penyelidikan dibuat apabila maklumat dikumpul daripada pentaksiran sebagai langkah awalan sebelum membuat keputusan. Biasanya penyelidikan tidak dituju kepada penentuan keputusan yang spesifik tetapi lebih kepada memberi gambaran yang luas untukkeputusan-keputusan masa depan.

(e) Tujuan-tujuan lain

Pentaksiran berbentuk soalan dan pemerhatian penting untuk menentukan kesediaan murid untuk mempelajari kemahiran baharu. Ini berlaku sebelum guru mula sesi pengajaran dan pembelajaran.Hasil pentaksiran akan memberi input kepada guru tentang keberkesanan pengajarannya. Melalui maklum balas murid, guru boleh menilai sama ada pengajarannya berkesan atau sebaliknya. Pentaksiran guru bertujuan memberi maklum balas tentang kemajuan dan pencapaian murid kepada ibu bapa dalam mata pelajaran dan aspek sahsiah. Ibu bapa boleh mengambil tindakan sewajarnya terhadap pencapaian anak mereka.

PENEGUHAN

Peneguhanialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi.Menurut Rachlin (1991), pengukuhandiberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendakindividu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinnermembahagikanpengukuhankepada dua jenis, iaitupeneguhanpositifdanpeneguhannegatif.Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu: pengukuhan positif,pengukuhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan.

PengukuhanPositif

Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan,yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah,peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktivitipengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Jadual dibawah menunjukkan satu lagi contoh peneguhanpositif.

Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanyatingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlasketika memberi peneguhan.Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif)yang memberi kesan ialah

(a) memuji secara ikhlas,(b) memuji dengan cepat,(c)memuji tanpa pilih kasih,(d) memuji usaha dan cuba jaya,(e) memuji tingkah laku yangspesifik(f) memuji jawapan atau respons yang spontan.

PeneguhanNegatif

Peneguhannegatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkanyang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Olehkerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerjasekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsanganyang tidak diingini (leteran bapa).

Peneguhanboleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala. Jadual menunjukkan jadual peneguhanyang boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Jadualpeneguhanini meliputi peneguhan berterusan, peneguhan berkala tetap, peneguhan berkalaberubah,peneguhanberkala nisbah tetap danpeneguhanberkala nisbah berubah.

Teori Pelaziman Operan Skinner

B.F. Skinner bersependapat dengan Pavlov, tetapi menyatakan bahawa perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang mudah. Skinner banyak menjalankan kajian dengan menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati. Beliau telah menghasilkan Skinner Box di mana tingkah laku binatang dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerakbalasnya boleh diperhatikan dan direkod/diukur. Kajian ini membawa beliau kepada penggunaan teori pelaziman operan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut Skinner (1953), dalam teori pelaziman operan gerak balas boleh diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi), jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan

Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), peneguhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan peneguhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu: peneguhan positif, peneguhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan.

(a) Peneguhan Positif

Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya.

Tingkah LakuKesan/AkibatTingkah laku Masa Hadapan

Pelajar kemukakan soalan dengan baikGuru memuji pelajarPelajar kemukakan lebih banyak soalan yang baik.

Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan. Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah (a) memuji secara ikhlas, (b) memuji dengan cepat, (c) memuji tanpa pilih kasih, (d) memuji usaha dan cuba jaya, (e) memuji tingkah laku yang spesifik dan (f) memuji jawapan atau respons yang spontan.

Komponen-komponen Kemahiran Pengukuhan.

Lisan positifMenggunakan perkataan dan frasa yang positif seperti bagus, baik, tepat sekali dan sebagainya.Menggunakan perkataan tambahan seperti um, aha, teruskan, fikirkan sekali lagi, untuk menggalakkan pelajar berfikir lebih lanjut.Gerak Isyarat Positif

Gerak isyarat positif yang boleh diamalkan oleh guru seperti ,menganggukkan kepala, senyum, mengangkat ibu jari, menepuk tangan, menepuk belakang, menghampiri pelajar, mendengar dengan tekun serta member perhatian penuh dan adil kepada pelajar.

Penggunaan Ganjaran.Mengiktiraf kemampuan pelajar dengan memberikan peluang kepada mereka menjalankan projek kajian, lawatan,mencari maklumat di perpustakaan,bermain permainan yang mendidik, digemari dan bersesuaian atau membatalkan kerja rumah sekiranya pelajar mencapai tahap masteri.

Penggunaan Jawapan Murid.Menstruktur semula jawapan pelajar.Mengulangi jawapan pelajar.Bina idea atau konsep selanjutnya berdasarkan jawapan murid.Menulis jawapan murid di papan tulis.

(b) Peneguhan Negatif

Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak membuat kerja rumah dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa).

Tingkah LakuKesan/AkibatTingkah laku Masa Hadapan

Pelajar tidak menyiapkan tugasan tepat pada waktunyaGuru menegur pelajarPelajar akan menyiapkan tugasan yang seterusnya tepatpada waktunya

Peneguhan boleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala. Rajah di bawah menunjukkan jadual peneguhan yang boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Jadual peneguhan ini meliputi peneguhan berterusan, peneguhan berkala tetap, peneguhan berkala berubah, peneguhan berkala nisbah tetap dan peneguhan berkala nisbah berubah.

Jadual Peneguhan

PeneguhanMaksudContohBentuk Gerak BalasTindakan Apabila Peneguhan Dibehentikan

Peneguhanberterusan.

Peneguhan diberiselepas setiapgerak balas.

Menontontelevisyen

Cepat memberikesan.Kurang ketekunan dankehilangan tindak balasdengan cepat

Peneguhanberkala tetap(fixed-interval)

Peneguhan diberiselepas satujangka masayang ditetapkan.

Kuiz mingguan

Tahap gerak balas meningkat apabila diberi peneguhantetapi menurunselepas peneguhandiberikanMenunjukkan sedikitketekunan dan penurunanpada kadar yang pantas dalam gerak balasapabila masa peneguhanberlalu

PeneguhanBerkala berubah(variableinterval)

Peneguhanselepas jangkamasa berubah-ubah.

Pop kuiz

Pelajar akan lambatmemberi gerak balas;berhenti seketikaselepas peneguhanKetekunan masih tinggidan kadar penurunangerak balas yangperlahan

PeneguhanBerkala nisbah tetap (fixed-ratio)

Peneguhanselepas bilanganset gerak balasyang telahditetapkan.

Kerja yangdibayar mengikutkadar.

Cepat memberi gerak balas; berhenti seketika selepaspeneguhan.Tiada nilai peneguhandimana peneguhan hilangnilainya bila kerap diberikan peneguhan yang sama.

PeneguhanBerkala nisbahBerubah(variableratio)Peneguhanselepas beberapabilangan gerak balas yangberubah-ubah.Mesin yangmengeluarkantiket denganmemasukkanwang kedalamnya.Gerak balas yangsangat tinggi danmasih menunjukkangerak balas walaupunpeneguhan tidakdiberikanKekal tinggi

KOMPONEN KEMAHIRAN PENEGUHAN / PENGUKUHAN

Lisan positif => Guru menggunakan: Baik/bagus, Ya/betul/jawapan bagus

Gerak isyarat positif => Guru menunjukkan: senyuman, anggukan kepala, menepuk tangan

Dampingan => Mendampingi pelajar, Berdiri di sebelah pelajar.

Sentuhan => Menyentuh kepala, bahu, bahagian belakang badan.

Lisan Negatif => Kurang lengkap, jawapan buruk, bukan, salam.

Gerak isyarat negatif => Menyindir, menggeleng kepala, muka marah, menggoyang tangan

Kesan Kemahiran Pengukuhan ke atas Pengajaran dan Pembelajaran

1. Semangat ingin belajar di kalangan pelajar akan meningkat.

2. Pelajar ingin mencuba sedaya upaya dalam pembelajaran. Pembelajaran bertambah lebih berkesan.

3. Disiplin bilik darjah yang lebih baik akan menjamin kelicinan serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

4.Apabila mendapat pengukuhan positif, pelajar merasa berjaya dan dihargai.

5. Suasana sosioemosi bilik darjah bertambah sihat. Pelajar merasa yakin dan selamat. Suasana seperti ini kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran.

6.Perhubungan di antara guru dan pelajar akan bertambah baik. Pembelajaran akan menjadi satu proses yang digemari.

Sebagai kesimpulan, kepekaan guru dalam Kemahiran Pengukuhan serta kesepaduan atau pengabungjalinan kemahiran mikro pengajaran semestinya memberikan impak yang amat positif dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran

BOBLIOGRAFI

Raminah Hj Sabran. (1991). Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya pada peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mokhtar Ismail (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Penilaian kendalian sekolah. (2002). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Popham, W.J. (1975). Educational evaluation. New Jersey: Printice-Hall Inc.

Popham, W.J. (2000). Testing : What every parent should know about school tests. London: Allyn & Bacon.