assignkump peranan guru moral thdp rnegara nini

5
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA Peranan Guru Pendidikan Moral dalam Rukun Negara Dalam usaha untuk mencapai kesepaduan antara kaum dan semangat bersatu padu tanpa berbelah bahagi, pendidikan dilihat sebagai satu wadah yang amat berkuasa untuk merealisasikannya. Oleh itu, peranan yang dimainkan guru memberikan impak yang besar buat semua individu. Dari jawatan kecil hinggalah jawatan yang hebat, semuanya adalah hasil didikan seorang guru. Seiring dengan perkembangan dunia tanpa sempadan juga, peranan yang digalas guru juga semakin besar. Dalam merealisasikan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara, guru Pendidikan Moral sememangnya memainkan peranan yang amat penting kerana mereka adalah guru yang mengajar secara langsung tentang amalan murni dan nilai patriotik di sekolah, tidak seperti guru-guru lain yang hanya menggabung- jalin nilai-nilai ini ke dalam mata pelajaran teras. Prinsip pertama dalam Rukun Negara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan. Faktor kepercayaan kepada agama merupakan perkara utama yang harus ditekankan oleh guru Pendidikan Moral kepada murid-murid. Ibu bapa mengharapkan agar pihak sekolah dan juga guru dapat meningkatkan kepercayaan anak-anak mereka kepada Tuhan dan agama. Perkara ini menjadi lebih kritikal dalam era globalisasi. Hal ini kerana, kehidupan yang begitu mementingkan materialistik, teknologi dan hiburan dapat menjejaskan keinginan manusia kepada Tuhan. Dalam kekosongan inilah guru boleh membina kekuatan dalaman iaitu kerohanian melalui pengajaran dan pembelajaran. Kerohanian yang mantap dan suci akan melahirkan akal yang sihat, jasmani yang cergas dan sahsiah yang terpuji dalam kalangan murid. Pembinaan kekuatan dalaman ini akan lebih mudah dilaksanakan jika guru melaksanakan tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat membangunkan modal insan.

Upload: muhamad-b-smail

Post on 22-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

moral

TRANSCRIPT

Page 1: Assignkump Peranan Guru Moral Thdp RNegara Nini

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI

NEGARA

Peranan Guru Pendidikan Moral dalam Rukun Negara

Dalam usaha untuk mencapai kesepaduan antara kaum dan semangat bersatu padu tanpa

berbelah bahagi, pendidikan dilihat sebagai satu wadah yang amat berkuasa untuk

merealisasikannya. Oleh itu, peranan yang dimainkan guru memberikan impak yang besar

buat semua individu. Dari jawatan kecil hinggalah jawatan yang hebat, semuanya adalah

hasil didikan seorang guru. Seiring dengan perkembangan dunia tanpa sempadan juga,

peranan yang digalas guru juga semakin besar.

Dalam merealisasikan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara, guru

Pendidikan Moral sememangnya memainkan peranan yang amat penting kerana mereka

adalah guru yang mengajar secara langsung tentang amalan murni dan nilai patriotik di

sekolah, tidak seperti guru-guru lain yang hanya menggabung- jalin nilai-nilai ini ke dalam

mata pelajaran teras.

Prinsip pertama dalam Rukun Negara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan. Faktor

kepercayaan kepada agama merupakan perkara utama yang harus ditekankan oleh guru

Pendidikan Moral kepada murid-murid. Ibu bapa mengharapkan agar pihak sekolah dan

juga guru dapat meningkatkan kepercayaan anak-anak mereka kepada Tuhan dan agama.

Perkara ini menjadi lebih kritikal dalam era globalisasi. Hal ini kerana, kehidupan yang begitu

mementingkan materialistik, teknologi dan hiburan dapat menjejaskan keinginan manusia

kepada Tuhan. Dalam kekosongan inilah guru boleh membina kekuatan dalaman iaitu

kerohanian melalui pengajaran dan pembelajaran. Kerohanian yang mantap dan suci akan

melahirkan akal yang sihat, jasmani yang cergas dan sahsiah yang terpuji dalam kalangan

murid. Pembinaan kekuatan dalaman ini akan lebih mudah dilaksanakan jika guru

melaksanakan tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat membangunkan modal insan.

Prinsip kedua Rukun Negara ialah Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Prinsip

kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri penting dalam soal

kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuh

taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agung dan negara. Di peringkat negeri

pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri

tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan

Agong. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia

yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah “payung negara” yang menaungi

seluruh rakyat di negara ini. Justeru, institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh  atau

dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali.

Page 2: Assignkump Peranan Guru Moral Thdp RNegara Nini

Guru sebagai penyampai ilmu (Mu’allim), perlu mendedahkan kepentingan

mengenali dan hormati institusi raja dengan memberi pendedahan tentang Sejarah

Kesultanan Melayu, sistem Raja Berpelembagaan dan Majlis Raja-Raja. Guru

perlu menyampaikan ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni tersebut dengan

menyampaikan isi kandungan pendidikan dengan lebih berkesan tanpa mengabaikan nilai-

nilai murni dalam menyampaikan apa juga disiplin ilmu. Contohnya, menimbulkan perasaan

kasih sayang terhadap pemimpin, raja dan negara dan kesan-kesan negatif andainya

perasaan tersebut diabaikan seperti berlakunya rusuhan dan negara tidak akan aman

sekiranya perasaan sayang pada negara tidak wujud. Murid-murid juga perlu memikirkan

kesan terhadap dunia ini sekiranya mereka tidak menyayangi dan taat kepada negara, raja

dan pemimpin.

Demi memberi kesan yang lebih baik, guru boleh membuat lawatan sambil belajar ke

Muzium Negara dan Perpustakaan Negara bagi mencari maklumat. Di samping itu murid

dapat menyaksikan barang-barang bersejarah agar dapat menimbulkan perasaan bangga

dengan sistem pemerintahan yang terdapat di Malaysia. Guru juga perlu membimbing murid

membuat peta minda tentang peranan dan fungsi raja dalam sistem pemerintahan negara

supaya mereka sedar besarnya peranan pemerintahan raja pada kerajaan Melayu lama.

Dengan demikian, murid-murid akan mengenali dan menghormati institusi raja yang terdapat

di Malaysia.

Prinsip ketiga adalah Keluhuran Perlembagaan. Perlembagaan menjadi asas penting

untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf

yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak

asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini.

Sebagai guru Pendidikan Moral, guru perlu menegaskan tentang kepentingan

kesepaduan antara kaum yang sentiasa menjadi perkara asas dalam membina kerukunan

dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Antara perkara yang boleh dipraktikkan

oleh guru ialah menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam pertuturan seharian.

Penggunaan bahasa yang sama antara kaum lain dapat memupuk semangat perpaduan

kaum yang jitu selain dapat meningkatkan lagi semangat cinta akan tanah air. Bahasa

Melayu merupakan bahasa yang paling wajar digunakan oleh pelajar semasa berkomunikasi

dengan bangsa lain di Malaysia tambahan pula kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan di Malaysia telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan

Tanah Melayu.

Page 3: Assignkump Peranan Guru Moral Thdp RNegara Nini

Prinsip keempat ialah Kedaulatan Undang-undang. Kedaulatan undang-undang

bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa

sebarang driskiminasi kaum, gender mahupun kedudukan. Dalam mendidik murid untuk

sentiasa menjadi warganegara yang sentiasa mengamalkan peraturan dalam kehidupan

seharian, guru Pendidikan Moral boleh memulakannya dengan perkaran yang kecil dan

mudah sahaja contohnya sentiasa menggalakkan murid-murid untuk mengikuti peraturan

sekolah seperti hadir ke sekolah tepat pada masanya dan tidak membuang sampah merata-

rata. Walaupun hal ini kedengaran tidak penting, namun apabila kita menerapkan murid

dengan asas yang kukuh, maka tidak mustahil jika ia berkembang ke arah yang lebih baik

pada masa hadapan.

Guru juga haruslah sentiasa meningkatkan amalan pedagogi dalam pengajaran,

sesuai dengan ragam murid yang pelbagai. Kepelbagaian dalam cara mengajar

membolehkan murid terus fokus dan tidak bosan serta objektif pembelajaran yang dirancang

juga dapat dicapai. Ini secara tidak langsung dapat mengelakkan masalah ponteng sekolah

akibat pengajaran guru yang tidak memberangsangkan, secara tidak langsung murid-murid

sendiri dapat mengamalkan peraturan sekolah dengan lebih berintegriti.

Prinsip kelima ialah Kesopanan dan Kesusilaan. Guru sentiasa menjadi perhatian

umum dari hujung rambut ke hujung kaki. Apa sahaja yang dipakai, diperkatakan, dilakukan

atau ke mana sahaja guru pergi, mereka tetap menjadi perhatian masyarakat. Guru

mu’addib adalah guru yang mengajarkan adab dan budi pekerti. Dalam hal ini, guru

berusaha memastikan adab dan budi pekertinya adalah ditahap yang cemerlang. Ini adalah

kerana guru merupakan model kepada murid-murid dan masyarakat sekelilingnya. Guru

tidak seharusnya umpama ketam mengajar anaknya berjalan betul. Guru Mu’addib bukan

sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut.

Melalui aktiviti main peranan, guru bolehlah memainkan peranannya sebagai

Mu’addib iaitu sebagai pendidik adab dan budi pekerti dalam aktiviti ini. Guru mewujudkan

situasi perayaan Deepavali. Guru mengarahkan beberapa murid memainkan peranan

sebagai tuan rumah dan tetamu yang datang ke rumah untuk beraya bersama-sama. Dalam

aktiviti ini akan memainkan ramai pelajar bagi mewujudkan suasana sebenar sesuatu

perayaan. Penerapan adab budi pekerti melayan tetamu dan hormat menghormati amat

ditekankan dalam aktiviti main peranan. Cara meminta maaf ketika hari perayaan agama

juga akan ditekankan agar murid memahami pentingnya saling memaafkan antara satu

sama lain.