assgmnt-penuh-pkmm

29
1.0.PENGENALAN Pada tahun 1948 , Gerakan Politik di Semenanjung Tanah Melayu telah dikenal sebagai Persekutuan Tanah Melayu . Gerakan ini memperlihatkan tentang kegiatan nasionalisme orang melayu dalam mempertahankan politik mereka selepas kedatangan penjajah di Tanah Melayu . 1 Perjuangan Nasionalisme adalah berkaitan dengan perjuangan dalam mewujudkan Negara bangsa (nation state) yang dari segi ideanya bebas daripada penguasaan penjajah dalam semua aspek kehidupan seperti politik , ekonomi , sosiol , keagamaan dan kebudayaan ( Ishak Saat 2011) . 2 Selepas penjajahan British di Tanah Melayu , British telah menjalankan dasar pentadbiran yang bersifat naungan atau Protected Malay States bagi negeri-negeri melayu bersekutu yang ditubuhkan pada tahun 1896 yang terdiri dari Perak , Selangor , negeri Sembilan dan Pahang dan negeri-negeri melayu tidak bersekutu pada tahun 1909 seperti Kelantan , Terengganu , Perlis , Kedah dan Johor . Dengan kemunculan Malayan Union pada awal tahun 1946 di Semenanjung Tanah Melayu ia telah memperlihatkan satu perubahan yang ketara berlaku dalam dasar politik yang ditadbir oleh british . Perubahan yang berlaku dalam politik Tanah Melayu menyebabkan orang-orang melayu dan raja-raja melayu bangun dan menentang cadangan yang dibuat oleh British . Hal ini demikian juga , telah mewujudkan 1 Ramlah Adam . 1998 . Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu . Kuala Lumpur : Universiti Malaya . Hlm vii 2 Ishak Saat . 2011. Radikalisme Melayu Perak 1945-1970 . Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia . Hlm 74.

Upload: syiqah-sapian

Post on 18-Sep-2015

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sejarah malaysia

TRANSCRIPT

1.0.PENGENALANPada tahun 1948 , Gerakan Politik di Semenanjung Tanah Melayu telah dikenal sebagai Persekutuan Tanah Melayu . Gerakan ini memperlihatkan tentang kegiatan nasionalisme orang melayu dalam mempertahankan politik mereka selepas kedatangan penjajah di Tanah Melayu . [footnoteRef:1] Perjuangan Nasionalisme adalah berkaitan dengan perjuangan dalam mewujudkan Negara bangsa (nation state) yang dari segi ideanya bebas daripada penguasaan penjajah dalam semua aspek kehidupan seperti politik , ekonomi , sosiol , keagamaan dan kebudayaan ( Ishak Saat 2011) . [footnoteRef:2] Selepas penjajahan British di Tanah Melayu , British telah menjalankan dasar pentadbiran yang bersifat naungan atau Protected Malay States bagi negeri-negeri melayu bersekutu yang ditubuhkan pada tahun 1896 yang terdiri dari Perak , Selangor , negeri Sembilan dan Pahang dan negeri-negeri melayu tidak bersekutu pada tahun 1909 seperti Kelantan , Terengganu , Perlis , Kedah dan Johor . [1: Ramlah Adam . 1998 . Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu . Kuala Lumpur : Universiti Malaya . Hlm vii] [2: Ishak Saat . 2011. Radikalisme Melayu Perak 1945-1970 . Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia . Hlm 74. ]

Dengan kemunculan Malayan Union pada awal tahun 1946 di Semenanjung Tanah Melayu ia telah memperlihatkan satu perubahan yang ketara berlaku dalam dasar politik yang ditadbir oleh british . Perubahan yang berlaku dalam politik Tanah Melayu menyebabkan orang-orang melayu dan raja-raja melayu bangun dan menentang cadangan yang dibuat oleh British . Hal ini demikian juga , telah mewujudkan kesedaran yang memuncak dan jitu dalam kalangan orang ramai dan ini telah melahirkan ramai pemimpin-pemimpin kebangsaan melayu dan persatuan-persatuan negeri dalam menjayakan gerakan ini dan melahirkan semangat kesatuan dan kekitaan yang belum wujud lagi dalam sejarah masyarakat melayu di Semenanjung Tanah Melayu sebelum ini . [footnoteRef:3] [3: Ramlah Adam .1998 . Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu . Kuala Lumpur : Universiti Malaya . Hlm viii]

Di Samping itu , Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti melayu , cina , india dan lain-lain telah mewujudkan politik di Tanah Melayu yang diselebungi dengan perjuangan yang berasaskan perkauman . Sehingga Perang Dunia Kedua sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan , orang melayu dan bukan melayu telah berusaha mewujudkan caturan politik antara kaum . [footnoteRef:4] Walau bagaimanapun , perpaduan dalam kalangan masyarakat melayu tidak begitu kukuh dalam menentang Malayan Union . Justeru , Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan sekutunya mempunyai pendekatan yang berbeza dalam menyambut Malayan Union . Selain daripada itu , Parti ini juga bertentangan pendapat dengan UMNO dalam banyak perkara dan ini menyebabkan golongan ini menjadi gerakan yang dinamik dan tidak tertakluk kepada politik melayu . [footnoteRef:5] [4: Ishak Saat . 2010 . Caturan Politik Pelbagai Kaum Di Tanah Melayu 1946-1957 . Jebat Malaysian Journal Of History Politics & Strategic Studies . 37 . Hlm 69 . ] [5: Ramlah Adam . 1998 . Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu . Kuala Lumpur : Universiti Malaya . Hlm viii. ]

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) merupakan sebuah parti politik melayu yang paling awal ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu . [footnoteRef:6] Dalam buku Haji Ishak Muhammad yang bertajuk Memoir Pak Sako : Putera Gunung Tahan telah menceritakan tentang PKMM. PKMM ditubuhkan adalah demi menyahut cabaran dan memenuhi tuntutan perjuangan membela bangsa Melayu kerana bangsa melayu ini ketinggalan dalam semua perkara. Di samping itu , beliau menjelaskan lagi bahawa perjuangan PKMM selaras dengan matlamat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di bawah peruntukan seperti The Charter of Human Right atau Piagam Hak-hak Asasi Manusia pada tahun 1946 . Piagam hak-hak asasi manusia ditubuhkan adalah untuk menjamin hak asasi manusia yang dijajah untuk menuntut kemerdekaan . Selain daripada itu , ia juga untuk menjelaskan hak kebebasan bagi semua manusia , tanpa mengira kaum dan agama dalam hak bersuara , berkumpul , menubuhkan parti politik dan menerbitkan surat khabar . [footnoteRef:7] [6: Ibid . Hlm 81] [7: Ishak Haji Muhammad . 1997. Memoir Pak Sako Putera Gunung Tahan. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm 187 dan 228]

Menurut Haji Ishak Muhammad , Parti Kebangsaan Melayu Malaya ditubuhkan adalah untuk membela nasib golongan bangsa melayu agar setaraf dengan masyarakat dari kaum lain di Tanah Melayu seperti cina dan india . Menurut beliau lagi :Kami golongan nasionalis radikal dalam Tanah Melayu telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya [PKMM] dengan tujuan menuntut kemerdekaan penuh atas tanah air Melayu dan bangsa MelayuHal ini jelas menunjukkan yang Parti Kebangsaan Melayu Malaya telah disambut dengan penuh bermakna oleh golongan anak-anak muda melayu yang berani dalam menyahut cabaran dan ini telah mengancam kedudukan penjajah British serta golongan aristokrat di Tanah Melayu . [footnoteRef:8] [8: Ibid .Hlm 228 .]

2.0.SEJARAH PENUBUHAN PKMMParti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) adalah sebuah Parti Politik Melayu yang ditubuhkan paling awal di Semenanjung Tanah Melayu setelah Jepun menyerah kalah semasa memerintah di Tanah Melayu. Parti politik Melayu ini telah ditubuhkan pada 17 Oktober 1945. Parti ini ditubuhkan di Ipoh, Perak. Tujuan parti ini ditubuhkan adalah satu usaha bagi mengisi kekosongan politik Melayu dan menjadi satu badan gerakan politik radikal untuk orang Melayu Perak dan Semenanjung Tanah Melayu pada masa itu. [footnoteRef:9] Oleh itu, Perlembagaan Parti Kebangsaan Melayu Malaya telah diluluskan semasa kongres yang pertama berlaku di Ipoh, Perak pada 30 November 1945 yang bertujuan mempengaruhi dan menyebarkan idea komunisme dalam kalangan orang melayu . Dengan itu, beberapa dasar telah dirancang oleh PKMM .[footnoteRef:10] [9: Ramlah Adam. 1998. Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu.Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Hlm. 81.] [10: Ahmat Adam. 2001. Parti Kebangsaan Melayu Malaya : Sebuah Mimpi Nusantara. Jebat. 28. Hlm 63.]

2.1.LATAR BELAKANG PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYAAhmad Boestamam dalam bukunya bertajuk Merintis Jalan ke Puncak telah mengaku dan menceritakannya secara peribadi tentang kepimpinan Mokhtaruddin Lasso sebagai ketua pasukan melayu dalam Parti Komunis Malaya yang mencadangkan satu mesyuarat bagi menubuhkan sebuah parti radikal dalam kalangan orang Melayu dalam menentang penjajahan dan penindasan politik. Tujuan parti ini adalah untuk melahirkan kesedaran politik yang progresif dalam kalangan orang Melayu. Oleh itu, PKM telah merampas akhbar Suara Rakyat yang diterbitkan oleh golongan radikal Melayu Perak. Nama Parti Sosialis Malaya telah ditukar kepada nama Parti Kebangsaan Melayu Malaya oleh Ahmad Boestamam. Hal ini demikian kerana mahu mengelakkan imej politik kiri yang terlalu menonjol dan nama tersebut telah dipersetujui.[footnoteRef:11] [11: Ibid. Hlm 82-83.]

Selain itu, konsep Malayan United Front telah diwujudkan oleh jawatankuasa pusat PKM. Konsep ini mahu mencapai kerjasama dari semua bangsa dan lapisan masyarakat dengan cara yang lembut dan perlembagaan ini mudah dilakukan kerana PKM merupakan rakan british yang masih sah dari segi perundangan British. PKMM ini juga merupakan salah satu perancangan PKM bagi penyerapan dan pengawalan PKM dalam PKMM . Dalam keanggotaan jawatankuasa ternyata PKM telah menguasai PKMM. Di mana presidennya ialah Moktaruddin Lasso, bendaharinya, Arshad Ashaari dan jawatankuasa yang lain adalah Rashid Maidin dan Abdullah C.D. merupakan ahli komunis manakala Musa Ahmad, Baharudin latif dan Shamsuddin Salleh bersifat sosialis. Dalam Golongan radikal melayu juga , yang memegang jawatan sebagai naib presiden adalah Dr. Burhanuddin al-Helmy, setiausaha iaitu Dahari Ali, ketua pemuda adalah Ahmad Boestamam dan ketua wanita adalah Aishah Ghani. Dengan itu, pengaruh PKM dapat diimbangi lagi agar tidak mudah diketepikan dalam PKMM semasa awal penubuhannya. Oleh itu , pengaruh PKM jelas dalam perlembagaan PKMM yang didraf pada tahun 1945.[footnoteRef:12] [12: Ramlah Adam. 1998. Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu.Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Hlm 83-84.]

3.0. OBJEKTIF PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA.Objektif Parti Kebangsaan Melayu Malaya ini didapati menggambarkan strategi dan dasar dalam Parti Komunis Malaya. Antara objektif PKMM pertama adalah mempersatukan bangsa Malaya, menanamkan semangat kebangsaan dalam kalangan orang melayu dan bertujuan menyatukan Malaya dalam keluarga besar iaitu republik Indonesia raya. Objektif kedua adalah bertujuan mencapai hak kemerdekaan berpidato, bergerak, bersidang, berfikir dan menuntut pelajaran . Ketiga adalah membangkitkan kedudukan iktisad bangsa melayu dengan jelas. Keempat, adalah memajukan perusahaan, perniagaan dan pertanian serta menaikkan taraf penghidupan bangsa melayu. Kelima, mencapai kebebasan dalam bercucuk tanam dan orang yang hendak bercucuk tanam dibebaskan membayar sewa tanah pada bila-bila masa serta bebas menjual hasil usahanya di pasar perniagaan. Seterusnya , dikehendaki memberi kebebasan sepenuhnya kepada orang melayu dalam mendirikan Sekolah Kebangsaan dan dapat belajar dengan penggunaan bahasanya serta pendidikan secara percuma. Ketujuh, bebas dalam mencetak buku sendiri dan menggalakkan pelajaran secara demokrasi. Kelapan, PKMM perlulah bekerjasama dengan bangsa lain yang tinggal di Tanah Melayu demi membentuk perpaduan penduduk Malaysia serta menjadikan Malaya Merdeka Makmur dan berbahagia sebagai satu anggota Republik Indonesia Raya. Kesembilan, menyokong umat Indonesia dalam perjuangan mereka mendapatkan kemerdekaan.[footnoteRef:13] [13: Ibid. Hlm 84-85.]

Selain itu, objektif PKMM yang lain adalah untuk menyatupadukan bangsa Malaya . Ini bermakna PKMM mempunyai tanggungjawab dalam menggerakkan orang melayu ke arah satu kesatuan yang berbagai bangsa agar konsep Malayan United Front dapat dicapai. Oleh itu , Parti Kebangsaan Melayu Malaya menjadikan dasar tersebut tujuan utama dalam menyatukan bangsa Malaya di Tanah Melayu .[footnoteRef:14] [14: Ibid. Hlm 85. ]

4.0.PENCAPAIAN PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA (PKMM) Apabila Mokhtarudin Lasso menghilangkan diri pulang ke Indonesia, kepimpinan PKMM telah diambil alih oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy. Beliau berusaha keras bagi membersihkan PKMM daripada pengaruh komunis dan menegakkan kembali PKMM ke landasan perjuangan yang lebih realistik dengan bangsa Melayu. Usaha yang serius mula dilakukan oleh beliau sekembalinya beliau dari New Delhi pada tahun 1947 untuk menghapuskan pengaruh fahaman komunis dalam PKMM. Beliau melakukan tindakan drastik bagi membersihkan nama PKMM daripada pengaruh komunis demi mengembalikan keyakinan bangsa Melayu terhadap matlamat utama perjuangan PKMM untuk membela bangsa Melayu dan memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Tindakan beliau ini berjaya membersihkan nama PKMM daripada dipengaruhi oleh fahaman komunis. Meskipun begitu, hal ini tidak bermakna PKMM tidak begitu radikal. Hal ini dapat dilihat kerana wujudnya pertubuhan seperti API dan AWAS sebagai sayap pemuda dan wanita PKMM. Pada waktu ini, PKMM semakin proaktif dalam perjuangan membela bangsa Melayu. PKMM juga turut mencabar UMNO. Perjuangan parti politik berasaskan fahaman kebangsaan Melayu mudah diterima oleh masyarakat Melayu pada ketika itu kerana semangat cinta akan bangsa sendiri. Dianggarkan keahlian PKMM menjelang Disember 1947 telah mencecah hampir 53 380 orang.[footnoteRef:15] [15: Ishak Saat. 2009. Malaysia 1945-2000. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd . Hlm 51.]

Ketika PKMM dipimpin oleh Dr. Burhanuddin pada awal tahun 1946 sehingga akhir tahun 1947, terdapat dua orang ahli Jawatankuasa Pusat yang telah dilantik iaitu Abdullah C.D. dan Musa Ahmad. Menurut Abdullah C.D. (1998) , suatu perbincangan antara beliau dengan rakan-rakannya yang lain telah diadakan dan dalam perbincangan itu, mereka mendapati bahawa gerakan PKMM di bahagian tani adalah masih lemah. Oleh itu, suatu keputusan telah diambil bagi menubuhkan Barisan Tani Malaya (BATAS). Apabila perkara ini dinyatakan kepada Dr. Burhanuddin, maka Dr. Burhanuddin telah bersetuju dengan keputusan itu. Setelah Barisan Tani Malaya (BATAS) ditubuhkan, maka Musa Ahmad telah dilantik sebagai ketua dalam pertubuhan tersebut. Setelah Abdullah C.D. mula menceburkan diri dalam PKMM , maka Abdullah C.D. mula memainkan peranan beliau dalam menggerakkan kaum buruh. Dalam kalangan pucuk pimpinan PKMM, beliau telah ditugaskan untuk mengumpulkan kaum buruh dan memimpin kaum buruh Melayu . Akhirnya, membentuk kaum buruh Melayu dalam gerakan buruh . Antara kaum dalam gerakan buruh iaitu Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU). Kerjasama antara Jabatan Kerja Melayu PKM dan Jabatan Buruh PKMM telah menyebabkan terbentuknya sebuah Kesatuan Buruh Melayu di kebanyakan negeri. Anggota kesatuan ini juga telah didedahkan tentang peranan kaum buruh dalam perjuangan kemerdekaan, kepentingan perpaduan antara kaum bagi menjayakan revolusi nasional, kepentingan perjuangan kelas buruh dan pelbagai lagi. (Abdullah C.D. 1998). [footnoteRef:16] [16: Mohamed Salleh Lamry. 2006. Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan. Selangor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) . Hlm 88.]

Misalnya , Penoreh getah Melayu di Selangor telah bekerjasama dengan kaum buruh India. Kerjasama ini juga turut berlaku antara buruh kereta api Melayu dan buruh kereta api kaum lain di Sentul. Manakala, kaum buruh Melayu di Pelabuhan Kelang juga begitu proaktif untuk mewujudkan sebuah kesatuan mereka sendiri. Pada tahun 1947, Abdullah C.D, Rashid Maidin dan Shamsuddin Salleh telah memainkan peranan yang cukup penting bagi mengadakan Kongres Buruh Melayu Se-Malaya. Kongres yang diadakan ini adalah bertujuan untuk menghimpunkan kesatuan-kesatuan buruh dari pelbagai sektor pekerjaan.[footnoteRef:17] [17: Ibid. Hlm 89.]

Kongres Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang pertama telah diadakan pada 30 November hingga 3 Disember 1945 di Dewan Bandaran Ipoh yang telah dihadiri lebih daripada 300 orang. (Firdaus 1985). Dalam kongres ini, telah diluluskan sebulat suara bahawa merdeka telah menjadi slogan parti tersebut dan benderanya ialah merah putih. Selain daripada itu, beberapa perkara telah diluluskan untuk menjadi matlamat utama parti itu iaitu mempersatukan bangsa Malaya, menanamkan semangat kebangsaan dalam kalangan bangsa Melayu dan bertujuan untuk menyatukan Malaya dalam Republik Indonesia Raya. Di samping itu, kedudukan ikhtisas bangsa Melayu juga turut dibangkitkan dengan jelas bagi meningkatkan taraf kehidupan masyarakat Melayu. Bagi golongan orang-orang Melayu, mereka diberi kebebasan yang sepenuhnya untuk mendirikan sekolah kebangsaan mereka sendiri.[footnoteRef:18] [18: Mohamed Salleh Lamry. 2006. Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan. Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) . Hlm.62.]

Selepas diadakan kongres PKMM yang pertama, beberapa perkembangan penting telah memberi kesan secara langsung terhadap parti itu. Impak pertama yang dapat dilihat ke atas parti tersebut ialah tertubuhnya sebuah pertubuhan baru iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API) pada 17 Februari 1946. Ibu pejabat PKMM juga telah dipindahkan dari Ipoh ke Kuala Lumpur pada akhir bulan Februari 1946. Seterusnya, telah berlangsung Kongres Melayu Se-Malaya yang dihadiri oleh 39 pertubuhan termasuk PKMM yang membawa kepada terbentuknya UMNO pada awal Mac 1946. Oleh itu, Sebuah akhbar harian iaitu Pelita Malaya dan akhbar mingguan Suluh Malaya telah diterbitkan bagi meningkatkan kemudahan propaganda untuk parti tersebut. (Firdaus 1985).[footnoteRef:19] [19: Ibid. Hlm 63.]

Ketika berlaku kongres kedua , PKMM telah diadakan di Melaka, pucuk kepimpinan PKMM masih kekal dalam tangan golongan nasionalis. Seterusnya , dalam kongres ketiga PKMM pula yang diadakan di Singapura pada Disember 1947. Parti Kebangsaan Melayu Malaya ini telah dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan agama dan golongan sekular. Golongan agama ini telah dipimpin oleh Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam pula ialah sebagai pemimpin bagi golongan sekular. Pada November 1985, kongres pertama yang diadakan di Ipoh telah berlangsung. Pada awalnya, PKMM sangat menyokong prinsip-prinsip dan idea-idea yang ditegakkan oleh Malayan Union. Sementara itu , parti itu juga telah menganggap bahawa negeri-negeri yang kecil dan keadaan Malaya sebelum perang sudah ketinggalan zaman. Justeru, PKMM telah menerima Malayan Union bagi menyeragamkan pentadbiran ke arah berkerajaan sendiri. Lebih-lebih lagi, pada ketika itu pendedahan mengenai Malayan Union adalah masih sedikit. Dasar PKMM terhadap Malayan Union juga telah berubah pada Februari 1946. Hal ini demikian kerana, pada ketika itu parti tersebut dapat mempertimbangkan cadangan Malayan Union dalam pelbagai perspektif. Perspektif pertama ialah informasi yang terperinci mengenai struktur kerajaan yang dicadangkan telah terdapat dalam Kertas Putih yang diterbitkan dalam bulan Januari. Manakala, perspektif yang kedua pula ialah British telah memerintah Malaya semula selama beberapa bulan. Pada hakikatnya, perhatian PKMM sebenarnya tertumpu kepada pentadbiran penjajah British. PKMM menganggap bahawa parti Malayan Union yang ditubuhkan telah membolehkan pihak British menguatkan cengkamannya ke atas Malaya. Oleh itu, PKMM telah mengarahkan agar serangan secara langsung terhadap British dilakukan dan menuntut satu bentuk kerajaan yang bertunjangkan kepada perwakilan dan pengundian dibentuk bagi memindahkan kuasa politik dari tangan pegawai British ke tangan rakyat negeri ini. Parti itu juga tidak memandang orang-orang Cina dan India sebagai ancaman kepada bangsa Melayu. Sebaliknya, orang Melayu hendaklah bekerjasama dengan kaum lain dalam perjuangan untuk mewujudkan sebuah negara yang demokratik. Ironi dengan masyarakat Melayu dalam UMNO yang hanya memperjuangkan nasionalisme Melayu semata-mata. PKMM telah mengemukakan beberapa idea nasionalisme Malaya yang disertai oleh masyarakat Cina dan India. PKMM berpendapat bahawa musuh utama mereka ialah penjajahan British. Meskipun begitu, PKMM tidak berhasil dalam mempengaruhi kaum tani Melayu kerana pemikiran mereka masih lagi dikongkong dengan pemikiran tradisi feudal. Justeru, inisiatif PKMM dengan mengadakan kempen bagi menentang Malayan Union tidak mendapat sokongan yang begitu luas berbanding dengan gerakan penentangan yang dilancarkan oleh UMNO.[footnoteRef:20] [20: Ibid. Hlm 66.]

Pada Februari 1946 dasar PKMM adalah untuk menentang Malayan Union, maka parti itu telah menyertai Kongres Melayu Se-Malaya yang diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 bagi sama-sama menentang gagasan itu. PKMM telah mencadangkan supaya Kongres itu menerima resolusi untuk mencapai kemerdekaan Malaya. Walaupun begitu, cadangan ini telah ditolak dan sebagai tanda protes PKMM, perwakilan PKMM telah meninggalkan Kongres itu pada hari ketiga Kongres itu berlangsung. (Firdaus 1985). Pada 29 dan 30 Jun 1946 pula, PKMM telah menarik diri daripada UMNO ketika mesyuarat UMNO berlangsung di Ipoh. Peristiwa yang membawa kepada tercetusnya penarikan diri PKMM daripada UMNO adalah kerana wujudnya perselisihan tentang bendera UMNO. PKMM mahukan bendera merah-putih yang sama dengan bendera PKMM sendiri dan sama dengan bendera negara Republik Indonesia dijadikan sebagai bendera UMNO. Oleh itu, setelah usul PKM ditewaskan dalam satu undi, Ahmad Boestamam yang merupakan jurucakap kepada PKMM telah menyatakan hasrat dalam partinya untuk memberikan kemerdekaan kepada Malaya dan mengenai penyatuan dengan Indonesia. Seterusnya, menurut Dr. Burhanuddin, PKMM mahu memberi peluang untuk memelihara persatuan dalam kalangan orang Melayu bagi melaksanakan tanggungjawab nasional. Walau bagaimanapun, selepas beberapa bulan bekerjasama dengan UMNO, PKMM menyedari bahawa untuk mencapai kemerdekaan dengan serta-merta adalah tidak sesuai dengan UMNO yang hanya menginginkan politiknya dikembalikan kepada keadaan politik sebelum 1941. Apabila cadangan Perlembagaan Persekutuan yang menggantikan rancangan Malayan Union diumumkan pada Disember 1946, PKMM menolak dengan pelbagai alasan. Alasan yang pertamanya ialah Cadangan Perlembagaan itu mengiktiraf dan menerima dakwaan pemimpin-pemimpin Melayu konservatif bahawa orang Cina dan India adalah ancaman kepada bangsa Melayu tidak seharusnya mendapat kerakyatan Persekutuan dengan mudah. Selain itu, pegawai-pegawai British masih memegang kuasa sebenar di negeri ini meskipun kedaulatan telah dikembalikan kepada sultan dan tiada apa-apa pemindahan hak-hak demokrasi kepada rakyat. Cadangan Perlembagaan itu menyatakan rakyat masih belum bersedia untuk berkerajaan sendiri. Alasan yang seterusnya ialah tiada pengakuan bahawa bahasa Melayu akan dijadikan sebagai bahasa rasmi Persekutuan.[footnoteRef:21] Pada awalnya, PKMM menyertai tujuh organisasi politik dan bukan politik untuk membentuk sebuah badan uang dinamakan Council of Joint Action (CJA). CJA ditubuhkan bagi menghantar cadangan tentang Perlembagaan Malaya pada masa hadapan secara bersama.[footnoteRef:22] [21: Ibid. Hlm 68.] [22: Ibid. Hlm 69.]

5.0.SUMBANGAN PKMM5.1.MENINGKATKAN TARAF HIDUP BANGSA MELAYU Parti PKMM dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Al Helmy, Moktaruddin Laso, Ahmad Boestamam dan Ishak Hj. Muhammad. Mereka memperjuangkan nasib bangsa Melayu yang ketika itu jauh ketinggalan dalam semua aspek kehidupan, terutamanya dalam meningkatkan taraf hidup bangsa Melayu agar menjadi setaraf dengan bangsa-bangsa lain. Tujuan ini telah terkandung dalam perlembagaan PKMM. PKMM juga parti yang penting dalam menyedarkan bangsa Melayu terhadap perjuangan politik di Tanah Melayu. Dalam perlembagaan tersebut juga menyatakan mengenai tujuan penubuhan PKMM yang memainkan peranan penting dalam memperjuangkan nasib bangsa Melayu di Tanah Melayu. Golongan ini juga merupakan pelopor gerakan radikal di Tanah Melayu dan menjadikan Perak sebagai markas utama gerakan radikal Melayu. Oleh yang demikian, negeri Perak juga telah menjadi kawasan perancangan penubuhan dan operasi gerak kerja dalam memperjuangkan hak dan suara mereka di dalam sesebuah pertubuhan. Penubuhannya kongresnya yang pertama telah berlangsung di Dewan Bandar Raya Ipoh pada 30 November sehingga 3 Disember 1945.[footnoteRef:23] [23: Ahmat Adam .2001. Parti Kebangsaan Melayu Malaya: Sebuah Mimpi Nusantara.Jebat . 28. Hlm. 63.]

5.2.MENUNTUT KEMERDEKAANParti PKMM juga menggariskan sebuah perjuangan untuk menuntut kemerdekaan sepenuhnya dan berusaha mengusir pihak penjajah British dari Tanah Melayu. Matlamat ini telah termaktub dalam Rang Undang-undang 1946 PKMM yang telah diluluskan pada kongres pertama di Ipoh. Rang Undang-undang tersebut telah tercatat dengan jelas mengenai tujuan kemerdekaan Bangsa dan Tanah Air. Setiap kali pertemuan dengan pendukung-pendukung PKMM, laungan merdeka akan dilafazkan dengan garang sambil menggenggam lima jari dengan kuat dan diangkat hingga ke dada.[footnoteRef:24] [24: Abdul Majid Salleh .2004. Memoir Abdul Majid Salleh, dalam PKMM dan Kesatuan Buruh. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia .Hlm. 20. ]

5.3.MEMBENTUK RUMPUN MELAYUPKMM juga memperjuangkan kemerdekaan dengan cara mewujudkan sebuah negara rumpun Melayu agung di bawah konsep Melayu Raya. Sebenarnya pihak penjajah tidak menerima PKMM dalam arena politik tempatan. Hal ini terbukti apabila pergerakan PKMM telah mendapat laluan yang sukar iaitu ramai tokoh- tokoh PKMM terpaksa meringkuk di dalam penjara apabila Akta Darurat 1948 diperkenalkan di Tanah Melayu.[footnoteRef:25] [25: Ibid, hlm. 104.]

Dasar perjuangan PKMM juga boleh dilihat dalam perlembagaannya yang digubal pada awal tahun 1946. Antaranya isi kandungannya ialah mempersatukan bangsa Malaya, menanam semangat kebangsaan dalam kalangan orang Melayu dan bertujuan untuk menyatukan Malayan dalam keluarga yang besar iaitu dalam Republik Indonesia Raya.[footnoteRef:26] Hal ini sejajar dengan tujuan penubuhan PKMM iaitu mencapai kemerdekaan bangsa dan tanah air dengan cara menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia dan mendirikan Republik Melayu sebagai satu anggota daripada Republik Indonesia Raya.[footnoteRef:27] [26: Roslan Saadon.2009. Gagasan Nasionalisme Melayu Raya Pertumbuhan dan Perkembangan. Shah Alam: Karisma Productions Sdn. Bhd. Hlm 185.] [27: Ramlah Adam.1994. Ahmad Boestaman Satu Biografi Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 19.]

5.4. PERJUANG POLITIK BANGSA MELAYUPKMM juga cuba memperjuangkan politik bangsa Melayu iaitu berusaha mencapai hak kemerdekaan berpidato, bergerak, bersidang, berfikir dan menuntut pelajaran, membangkitkan kedudukan iktisas bangsa Melayu, memajukan perniagaan, perusahaan dan pertanian serta cuba menaikkan taraf kehidupan bangsa Melayu dan mencapai kebebasan dalam bercucuk tanam. Di dalam kebebasan bercucuk tanam, masyarakat dibebaskan untuk membayar sewa tanah pada bila-bila masa dan dimana juga dan dibebaskan untuk menjual hasil usaha mereka di pasar perniagaan.Seterusnya, dasar perjuangan PKMM ialah menghendaki kebebasan mencetak buku sendiri, menghendaki diberi kebebasan penuh kepada orang Melayu mendirikan sekolah kebangsaan mereka, iaitu tempat mereka mendapat pelajaran dengan bahasanya dengan percuma, menggalakkan pelajaran secara demokrasi supaya meninggikan marktabat dan kedudukan bangsa Melayu dalam siasah (politik )untuk mendakyah rasa kebangsaan kepada orang Melayu. PKMM juga hendaklah bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain yang tinggal dalam negerinya ini hidup berbaik-baik antara satu sama lain dan bekerja untuk mendirikan perpaduan penduduk Malaya bagi menjadikan Malaya makmur, merdeka dan bahagia sebagai satu anggota Republik Indonesia Raya. Perlembagaan yang terakhir ialah menyokong gerakan rakyat Indonesia dalam perjuangan mereka untuk merebut kemerdekaannya.[footnoteRef:28] [28: Roslan Saadon (2009). Gagasan Nasionalisme Melayu Raya Pertumbuhan dan Perkembangan. Hlm. 185 & 186.]

Sumbangan PKMM seterusnya adalah melalui penulisan, antara isu penting yang banyak disiarkan di dalam Pelita Malaya adalah penyatuan antara Tanah Melayu dan Indonesia dengan nama Melayu Raya. Penyatuan ini telah membuatkan orang Melayu menjadi lebih kuat dan dapat menentang pelbagai cabaran yang bakal menimpa. Pelita Malaya keluaran pada 19 Mac 1946 juga membangkitkan isu mengenai penyatuan Nusantara. Penyatuan Alam Melayu dilihat dapat mengatasi masalah cengkaman penjajah kerana penyatuan ini membentuk kesatuan yang besar atas nama Melayu Raya dan mampu menyelamatkan negara-negara anggota.[footnoteRef:29] [29: Ibid. Hlm.188.]

6.0. ANALISISKEKUATAN DAN KELEMAHAN PKMMParti Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM) merupakan sebuah nama yang cukup gah yang terlakar dalam sejarah Malaysia. PKMM dikatakan parti berhaluan kiri yang cukup aktif dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu mengikut acuan dan matlamat mereka sendiri. Sungguhpun parti ini dikategorikan sebagai parti radikal, namun semangat nasionalisme yang dipamerkan oleh pertubuhan ini telah menyemarakkan dan membangkitkan kesedaran masyarakat untuk menuntut kemerdekaan bahkan kedaulatan negara daripada penjajah.Dalam menganalisis kekuatan dan kelemahan PKMM, terdapat beberapa tulisan pengkaji dan penulis sejarah yang menyatakan bahawa untuk mendapatkan dokumen penting mengenai PKMM bukanlah sesuatu yang mudah kerana dokumen yang merupakan sumber utama mengenai parti tersebut telah dirampas oleh pihak polis sewaktu pejuang-pejuang PKMM di tahan dan musnah mengikut peredaran waktu. Ramlah Adam dalam seminar kertas kerjanya, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Parti Komunis Malaya, 1945-1948: Satu Penelitian Mengenai Kegiatan Politik Mereka mengatakan bahawa penulisan mengenai latar belakang PKMM lebih ke arah temu bual dengan pendokong dan pejuang PKMM sendiri. Hal ini demikian kerana pada sekitar 1960, rekod yang ada pada pihak British belum dibenarkan untuk dijadikan kajian umum. Para pengkaji Barat pula tersekat dengan kesuntukan masa penyelidikan dan penggunaan bahan-bahan tempatan kerana kegagalan untuk menguasai bahasa Melayu dan Jawi, yang menjadi tulisan rasmi masyarakat Melayu sebelum merdeka.[footnoteRef:30] [30: Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd.Rahman, Mohd Samsudin,et al (penyunting).1998. Sejarah dan proses pemantapan negara bangsa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Hlm 741.]

Setelah meneliti dokumen dan sumber-sumber yang diperoleh, tunjang utama kelebihan yang menjadi kekuatan organisasi PKMM adalah kredibiliti dan semangat juang yang tinggi yang dipamerkan oleh pemimpin PKMM. Tidak dapat disangkal bahawa pucuk kepimpinan organisasi terdiri daripada bukan calang-calang individu namun merupakan pejuang yang bijak dalam merealisasikan matlamat parti. Antara pejuang-pejuang yang menjadi tulang belakang kepada parti PKMM ialah Burhanuddin Al Helmy, Ahmad Boestaman, Mokhtaruddin Lasso , Ishak Haji Muhammad dan ramai lagi. Mokhtaruddin Lasso merupakan pencetus kepada idea penubuhan PKMM. Idea penubuhan PKMM pada mulanya dipengaruhi oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Di samping itu, beliau mencadangkan sebuah mesyuarat untuk menubuhkan sebuah parti radikal dalam kalangan orang Melayu bagi menentang penjajahan dan penindasan politik. Ahmad Boestamam sendiri pernah mengaku secara peribadi mengatakan bahawa PKMM terpengaruh dengan komunisme. Semasa PKMM di bawah pimpinan Mokhtaruddin Lasso, beliau telah membuat pakatan dan kerjasama yang utuh dengan PKM. Hal ini dapat dibuktikan melalui pembentukan perlembagaan PKMM. Sebuah konsep yang dinamakan Malayan United Front, telah diadakan oleh PKM, bagi melaksanakan satu dasar secara perlembagaan dan politik dalam mempengaruhi dan menyebarkan idea komunisme dikalangan penduduk tempatan.[footnoteRef:31] Oleh yang demikian, PKMM bergerak seiring dengan PKM sewaktu kepimpinan Mokharuddin Lasso sekali gus menguatkan organisasi dan perjuangan PKMM. [31: Ibid .hlm 743]

Lantaran itu, kita dapat melihat bahawa PKMM seolah-olah dibayangi oleh PKM. PKM dengan jelasnya bertindak dan merancang untuk mengawal PKMM. Ini kerana presidennya ialah Mokhtaruddin Lasso, bendaharinya adalah Arshad Ashaari, manakala jawatankuasa kerja yang lain adalah Rashid Maidin dan Abdullah C.D, yang merupakan ahli komunis, manakala Musa Ahmad, Baharuddin Latif dan Shamsuddin Salleh dikatakan bersifat sosialis.[footnoteRef:32] Golongan radikal Melayu pula hanya menjawat jawatan yang kurang penting seperti Naib Presiden ( Dr Burhanuddin Al Helmy ), Setiausaha ( Dahari Ali), Ketua Pemuda ( Ahmad Boestamam) dan Ketua Wanita ( Aishah Ghani). Hal ini jelas menunjukkan bahawa PKMM diperalatkan untuk menguatkan lagi sokongan masyarakat pelbagai kaum di Tanah Melayu terhadap komunisme selepas penjajahan Jepun. [32: Ibid.hlm 744.]

Namun begitu, kewujudan ahli PKMM yang terdiri daripada golongan radikal Melayu ini telah sedikit sebanyak mengubah persepsi dan anjakan paradigma masyarakat Tanah Melayu apabila Dr . Burhanuddin Al Helmy diangkat menjadi presiden PKMM pada tahun 1946. Hal ini demikian berlaku apabila presiden pertama Mokhtaruddin Lasso menghilangkan diri. Mokhtaruddin Lasso menghilangkan diri secara tiba-tiba tanpa pengetahuan parti selepas beberapa hari kongres pertama PKMM berlangsung. Lebih 300 orang menghadiri kongres yang diadakan pada 30 November hingga 3 Disember di Dewan Bandaran Ipoh ( Firdaus 1985).[footnoteRef:33] Senario ini telah menyebabkan Dr Burhanuddin Al Helmy naib presiden PKMM secara automatiknya dilantik sebagai presiden baharu. Rentetan daripada peristiwa tersebut, kita dapat melihat perkembangan secara rancak dalam organisasi dan pencapaian PKMM. Antara yang paling ketara adalah perubahan pucuk pimpinan PKMM, penubuhan sayap pemuda PKMM iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API) dan pemindahan ibu pejabat PKMM dari Ipoh ke Kuala Lumpur pada akhir Februari 1946. [33: Mohamed Salleh Lamry.2006.Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm 62]

Semasa di bawah pucuk pimpinan Dr Burhanuddin Al Helmy, PKMM turut terlibat dengan Kongres Melayu Se-malaya yang turut di hadiri oleh 38 pertubuhan yang lain. Hasil daripada kongres tersebut maka lahirlah pertubuhan baharu iaitu United Malay National Organization (UMNO) pada awal Mac 1946.Dr Burhanuddin Al Helmy telah mengambil keputusan untuk menyertai Kongres Melayu Se-Malaya kerana ingin menentang pembentukan Malayan Union walaupun beliau tahu penglibatan PKMM dalam kongres tersebut mendapat tentangan hebat daripada PKM. Tindakan beliau menimbulkan kontroversi dan ia mempunyai sebab yang kukuh. Ramai pengkaji berpendapat bahawa ianya sebagai satu kesedaran yang jelas dari PKMM apabila melihat pembentukan Malayan Union akan menggugat nasib orang Melayu. Ini kerana jika dilihat daripada pengakuan Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin, ternyata kesedaran itu adalah semata-mata untuk perpaduan orang Melayu dan keinginan membela nasib orang Melayu yang tertekan dengan Malayan Union.[footnoteRef:34] [34: Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd.Rahman, Mohd Samsudin,et al (penyunting).1998. Sejarah dan proses pemantapan negara bangsa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Hlm.754.]

Walau bagaimanapun, dalam menangani permasalahan pembentukan Malayan Union, PKMM secara tidak langsung telah mendedahkan kelemahan organisasi mereka. Malayan Union menjadi titik tolak berlakunya konflik dalam parti tersebut. Kelemahan yang ditonjolkan oleh PKMM mengikut beberapa kajian Ramlah Adam adalah strategi PKMM itu sendiri. Strategi yang kurang jelas dipamerkan oleh PKMM seakan menjalankan satu strategi yang berdolak dalik dalam rancangan Malayan Union. Sebelum ini pihak PKMM sendiri pernah menjalankan dasar bekerjasama dengan Jepun atas alasan menerangkan kerjasama tersebut merupakan salah satu strategi untuk mendapatkan kemerdekaan tanah Melayu. PKMM sekali lagi mencetuskan kontroversi dalam Kongres Kebangsaan Se-Malaya apabila sokongan parti tersebut hanya bertahan selama 3 bulan. Setelah sama menandatangani Piagam UMNO pada 1946 dan mengasaskan UMNO di Johor Baru dan menyatakan sokongannya kepada pimpinan UMNO, terutama Dato Onn, PKMM menarik diri dari UMNO dalam persidangan agungnya di Ipoh Perak pada tahun 26 Jun 1946 secara rasmi.[footnoteRef:35] Keputusan tersebut telah dibuat oleh Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad tanpa rundingan dan persetujuan dengan Dr Burhanuddin Al Helmy dan pemimpin yang lain. Peristiwa ini telah menunjukkan kepincangan organisasi PKMM itu sendiri. [35: Ibid.Hlm.755.]

Ahmad Boestamam bertindak sedemikian kerana beliau cenderung menyokong Malayan Union kerana sealiran dengan PKM. Pada awalnya Dr Burhanuddin sendiri menyokong Malayan Union namun mengenangkan nasib orang Melayu beliau berubah fikiran. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati Ahmad Boestamam dan beberapa ahli PKMM yang lain. Ahmad Boestamam seorang pemimpin PKMM yang penting, bahawa: British telah tipu kita maka kita sudah diajar menipu dalam politikmaka lebih baik kitatuntut Malaya Merdeka..lagi sekali PKMM menjelaskan kita tuntut merdeka, habis perkara.[footnoteRef:36] [36: Ibid.Hlm.753.]

Ahmad Boestamam bukan sahaja membelakangkan Dr Burhanuddin Al Helmy dalam tindakan menarik diri dalam Kongres malahan dalam diam telah menyertai gerakan menjatuhkan Dr Burhanuddin Al Helmy oleh PKM. Gerakan ini juga turut disertai oleh beberapa ahli pemimpin yang lain. Ahmad Boestamam melalui penulisannya dalam Merintis jalan ke puncak mengatakan bahawa sikap Dr Burhanuddin yang terlalu lembut dan percaya pada kepada orang selalu menyebabkan PKMM berada dalam kesulitan. Beliau juga berpendapat bahawa Dr Burhanuddin terlalu bertolak ansur dengan UMNO dan menyokong sepenuhnya kepimpinan DatoOnn dalam Kongres Melayu 1946. Tambahan pula, tindakan Dr Burhanuddin menolak cadangan Ahmad Boestamam untuk menubuhkan Kongres API sebagai tindak balas Kongres 1946 menimbulkan rasa tidak puas hati beliau. Dr Burhanuddin terlalu menganggap dan mengharap bahawa Dato Onn pemimpin besar yang telah menyelamatkan orang Melayu menentang Malayan Union. Rentetan itu, Ahmad Boestamam telah merancang untuk menjatuhkan Dr. Burhanuddin sebagai presiden PKMM dalam pemilihan tahun 1947. Ahmad Boestamam bersama Ishak Haji Muhammad telah berpakat menasihatkan Dr Burhanuddin supaya menjadi penasihat PKMM dan memberikan jawatan presiden PKMM kepada Ishak Haji Muhammad.[footnoteRef:37] Dr Burhanuddin yang tidak dapat menghidu niat tersembunyi Ahmad Boestamam dan langsung tidak mengesyaki apa-apa telah menerima permintaan tersebut dengan mudah. Sikap terlalu percaya dengan orang yang dipamerkan merupakan kelemahan Dr. Burhanuddin dalam memimpin PKMM. Hal ini sebenarnya didalangi oleh PKM. Jarang sekali didapati bahawa terdapat satu permasalahan tampuk kepimpinan dalam PKMM di dalangi oleh PKM. Senario ini berlaku kerana pihak PKM juga merancang untuk menggantikan Dr. Burhanuddin dengan individu mahupun calon presiden yang lebih radikal dan tegas. Tindakan yang dilakukan oleh PKM telah menimbulkan huru- hara dalam tampuk kepimpinan PKMM. [37: Ramlah Adam. 1998. Kemeluk Politik Semenanjung Tanah Melayu. Kuala Lumpur : Universiti Malaya . hlm.99]

Secara holistik, kita dapat melihat sebuah persatuan memerlukan pengendalian organisasi kepimpinan yang mantap. Kerjasama dan toleransi antara ahli merupakan elemen penting dalam menjayakan matlamat sesebuah parti tersebut. Demikian juga dengan PKMM. Tokoh-tokoh yang memimpin menjadi tulang belakang kepada perjuangan yang ingin direalisasikan oleh parti tersebut. Kita juga dapat melihat bagaimana ideologi memainkan peranan dalam mempengaruhi seseorang mahupun masyarakat. Fahaman komunisme begitu meresapi dalam kepimpinan PKMM sehingga menimbulkan konflik dalam pentadbiran parti ini. Setelah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat 1948 di Tanah Melayu, hal ini telah membataskan pergerakan dan pengaruh PKMM. PKMM merupakan salah satu parti politik yang menggugat pihak Brtish ketika itu. Pada Jun 1948, PKMM dan beberapa lagi organisasi berhaluan kiri telah di haramkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak British dengan persetujuan Dato Onn Jaafar yang merupakan Presiden UMNO.Tidak dapat dinafikan bahawa PKMM juga banyak memberi cetusan idea dan menyemarakkan lagi semangat nasionalisme.

7.0.KESIMPULANKesimpulannya , Dasar dan sistem pemerintahan yang diperkenalkan oleh British khususnya telah menyebabkan orang melayu ketinggalan . Sistem pentadbiran British ini telah melemahkan orang melayu . Fenomena ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang melayu . Oleh sebab itu , muncullah parti-parti politik yang berani dalam melawan penjajah British . Parti-parti melayu meletakkan matlamat yang sama maka pergerakan , perancangan , kerjasama dan tindakan mereka sentiasa seiringan kadagkala mereka menubuhkan parti bagi bertindak dalam berhadapan dengan penjajah British yang datang ke Tanah Melayu . Gerakan Radikal Melayu yang muncul pada akhir tahun 1945 yang diwakili oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM ) . PKMM telah memperlihatkan strategi dalam perlembagaan Parti Komunis Malaya untuk mendapatkan kerjasama politik dengan orang melayu . Dengan mempengaruhi perlembagaan PKMM dan memasukkan beberapa anggotanya ke dalam PKMM maka PKM cuba menguasai parti tersebut . Penguasaan PKM dapat dilihat dengan jelas melalui kegiatan-kegiatan PKMM yang sentiasa bergerak bersama dan sentiasa mendapat sokongan daripada PKM . Hal ini demikian termasuklah kegiatan dalam menyokong Malayan Union , iaitu menentang kongres pada tahun 1946 dan UMNO . Selain daripada itu , menentang perjanjian Persekutuan 1948 . Persamaan dalam perlembagaan juga dapat dilihat sebagai satu kerjasama dan pengarus yang jelas di antara PKMM dan PKM . Namun begitu , kerjasama yang dibuat telah disekat oleh British dalam undang-undang Darurat pada tahun 1948 di Tanah Melayu . Penyerapan masuk PKMM dalam UMNO menyebabkan PKMM tenggelam di Tanah Melayu . PKMM telah mempengaruhi nada suara UMNO tetapi tidak berupaya mengubah struktur dan kepimpinan UMNO yang bersifat sederhana itu . Kerjasama diantara PKMM dengan PKM telah menghilangkan peluang PKMM untuk muncul sebagai parti handalan orang melayu . Penyerapan PKMM dalam UMNO juga tidak dapat mengubah pendekatan politik UMNO . Oleh itu , PKMM telah kehilangan bisanya sebagai sebuah parti radikal di Persekutuan Tanah Melayu selepas tahun 1948 hingga 1950 .

8.0. RUJUKANAhmat Adam. (2001). Parti Kebangsaan Melayu Malaya : Sebuah Mimpi Nusantara. Jebat. 28.Abdul Majid Salleh .(2004). Memoir Abdul Majid Salleh, dalam PKMM dan Kesatuan Buruh. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia .Ishak Saat . (2011). Radikalisme Melayu Perak 1945-1970 . Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia .Ishak Saat . (2010) . Caturan Politik Pelbagai Kaum Di Tanah Melayu 1946-1957 . Jebat Malaysian Journal Of History Politics & Strategic Studies . 37 .Ishak Haji Muhammad . (1997). Memoir Pak Sako Putera Gunung Tahan. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.Mohamed Salleh Lamry. (2006). Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan. Selangor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) .Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd.Rahman, Mohd Samsudin,et al (penyunting).(1998). Sejarah dan proses pemantapan negara bangsa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Ramlah Adam . (1998 ). Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu . Kuala Lumpur : Universiti Malaya.Roslan Saadon.(2009). Gagasan Nasionalisme Melayu Raya Pertumbuhan dan Perkembangan. Shah Alam: Karisma Productions Sdn. Bhd.