asignment perbezaan individu

14
PENGENALAN Pengajaran dan pembelajaran telah memainkan peranan penting dalam pendidikan di negara kita Malaysia. Era ICT kini telah memajukan bidang pendidikan . Kalau dulu, guru-guru terikat dengan buku teks dan mengamalkan pengajaran dan pembelajaran ala 'chalk and talk' tetapi kini pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara atas talian atau menggunakan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer(PPBK). Dalam pembinaan PPBK, seseorang guru perlu memahami psikologi pelajar dan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran adalah sesuatu proses berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya pelajar-pelajar dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan. Melalui pengajaran, pelajar berubah dari tidak tahu kepada tahu. Manakala pembelajaran pula merupakan satu proses berterusan. Menurut kamus dewan(1994), pembelajaran adalah usaha memperoleh ilmu pengetahuan dan menuntut ilmu pengetahuan. Proses ini mengkehendaki pelajar melalui pengalaman seperti mendapat penerangan guru, membuat latihan bertulis atau amali sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar. BAHAGIAN 1 MENULIS SENARIO PENGAJARAN PEMBELAJARAN Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini

Upload: anuar-zainal-sepri

Post on 30-Jun-2015

47 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

pjk

TRANSCRIPT

Page 1: Asignment perbezaan individu

PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran telah memainkan peranan penting dalam pendidikan di

negara kita Malaysia. Era ICT kini telah memajukan bidang pendidikan . Kalau dulu, guru-

guru terikat dengan buku teks dan mengamalkan pengajaran dan pembelajaran ala 'chalk and

talk' tetapi kini pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara atas talian atau

menggunakan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer(PPBK). Dalam

pembinaan PPBK, seseorang guru perlu memahami psikologi pelajar dan proses pengajaran

dan pembelajaran.

Pengajaran adalah sesuatu proses berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau

kemahiran supaya pelajar-pelajar dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan.

Melalui pengajaran, pelajar berubah dari tidak tahu kepada tahu. Manakala pembelajaran pula

merupakan satu proses berterusan. Menurut kamus dewan(1994), pembelajaran adalah usaha

memperoleh ilmu pengetahuan dan menuntut ilmu pengetahuan. Proses ini mengkehendaki

pelajar melalui pengalaman seperti mendapat penerangan guru, membuat latihan bertulis atau

amali sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar.

BAHAGIAN 1

MENULIS SENARIO PENGAJARAN PEMBELAJARAN

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran

para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat

menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga

menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana

pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan

kebajikan dan keperluan pelajar.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari

segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi

pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih

kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan

kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar

Page 2: Asignment perbezaan individu

secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya

menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Oleh itu setiap

guru pastinya mempunyai pengalaman tersendiri dalam senario pengajaran dan pembelajaran

di dalam kelas.

Senario di dalam kelas memainkan peranan penting untuk memastikan pelajar dapat

memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran tanpa sebarang

gangguan. Pelajar yang dapat memberi tumpuan yang baik di dalam kelas mudah menerima

pengajaran daripada guru. Hasilnya pelajar mudah dididik serta memudahkan guru itu sendiri

mengajar. Sekiranya senario di dalam sesuatu kelas bermasalah, sudah tentu akan membantut

dan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran guru yang mengajar selain menimbulkan

pelbagai masalah pembelajaran di kalangan pelajar. Senario yang positif dalam sesebuah

kelas amat diharapkan oleh semua guru.Tidak dapat dinafikan kebanyakan guru mempunyai

pengalaman dalam menghadapi masalah pembelajaran di dalam sesebuah kelas. Dalam

bahagian ini saya akan menghuraikan beberapa masalah yang seringkali dihadapi oleh para

guru bedasarkan pengalaman sendiri dan juga rakan-rakan guru yang lain. Antara masalah

yang telah dikenalpasti adalah:

1. Pelajar bising semasa guru sedang mengajar dan tidak memberi tumpuan serta

mengganggu pengajaran. Pelajar hilang tumpuan kerana perlakuan rakan yang

lebih menarik minat mereka berbanding pembelajaran di dalam kelas. Sesetengah

pelajar yang nakal dan suka membuat pelbagai aksi bagi menarik perhatian rakan

sekelas.

2. Pelajar hiperaktif yang seringkali mengganggu pelajar di dalam kelas

menyebabkan pelajar lain tidak dapat menumpu kepada pembelajaran.

3. Pelajar hilang minat kerana menganggap subjek yang diajar susah. Terdapatnya

kumpulan pelajar yang lemah dan pintar menyebabkan mereka tidak dapat

mengikuti pembelajaran di dalam kelas.

4. Terdapat pelajar yang kelihatan muram,takut, dan sedih semasa pengajaran

berlaku.

Page 3: Asignment perbezaan individu

BAHAGIAN 2

HURAIAN MASALAH MENGIKUT TEORI PEMBELAJARAN

Pada asasnya konsep pembelajaran berlandaskan teori-teori pembelajaran masa kini.

Konsep Pembelajaran diperoleh manusia sejak kecil lagi sama ada secara formal atau tidak

formal. Manusia menggunakan derianya seperti mata, hidung, mata, telinga bagi meyesuaikan

diri dengan persekitaran. Teori-teori pembelajaran terdiri daripada kognitif, konstruktisme,

behaviourisme dan 'Multiple Choices'. Proses pembelajaran berlaku secara berperingkat-

peringkat.Tindakan mengamalkan pengalaman atau ilmu pengetahuan yang diperoleh dalam

proses pembelajaran merupakan satu perubahan tingkah laku manusia. Terdapat beberapa

contoh teori perkembangan yang berbeza yang sering kali digunakan iaitu Teori Perlaziman

Klasik oleh Pavlov, Teori Perlaziman Operan Skinner, Teori Pembelajaran Sosial oleh

Bandura dan pelbagai teori yang lain. Dalam bahagian ini, masalah-masalah pembelajaran

akan dihuraikan berdasarkan teori-teori pembelajaran.

Masalah1:

Pelajar membuat bising di dalam kelas merupakan senario pembelajaran yang biasa

dihadapi oleh para guru. Dalam kes ini, pelajar akan membuat bising mungkin kerana

pengajaran oleh guru membosankan. Apabila proses pembelajaran membosankan, mereka

akan cenderung untuk mencari aktiviti yang lebih menarik menyebabkan mereka hilang

tumpuan terhadap apa yang diajar oleh guru. Sebagai contoh pelajar akan membuat aktiviti

lain seperti bermain permainan kad dibelakang kelas dan berbual dengan rakan. Pelajar ini

mungkin mempunyai cerita menarik yang ingin dikongsi dengan rakan dan secara tidak

langsung menyebabkan rakannya yang lain turut hilang tumpuan di dalam kelas.

Kebiasaannya pelajar terdorong untuk meniru tingkahlaku rakan mereka dan menganggap

rakan mereka sebagai model untuk ditiru. Contohnya jika pelajar melukis kartun pada kertas,

pelajar lain akan cenderung untuk meniru perbuatan dan tingkahlaku pelajar tersebut kerana

menganggap perbuatan itu menyeronokkan.

Page 4: Asignment perbezaan individu

Keadaan ini boleh dikaitkan dengan Teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura. Teori

pembelajaran sosial ini menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku dengan cara

memerhatikan orang lain melakukan sesuatu. Ini dilakukan dengan cara memerhatikan

gerakbalas yang ditonjolkan. Tingkahlaku manusia banyak dipengaruhi oleh peniruan dan

modeling. Menurut Bandura, kita boleh memahami proses peniruan melalui empat langkah:

a) Tumpuan

Bermaksud bahawa hanya dengan memerhati orang lain pembelajaran boleh berlaku.

b) Penyimpanan

Kita bukan sahaja memberi perhatian, tetapi kita juga harus merekodkan peristiwa itu

dalam sistem ingatan. Ini membolehkan kita melakukan peristiwa itu kelak apabila

diperlukan.

c) Motivasi

Kita juga memerlukan motivasi untuk melakukan tingkah laku tertentu. Contohnya,

pemberian peneguhan akan merangsang dan menyebabkan kita mempunyai sebab untuk

melakukan tingkah laku tertentu dan mempunyai keinginan untuk meniru.

d) Mengingat

Setelah memerhati, kita juga mesti mempunyai kebolehan mewujudkan apa yang

disimpan dalam bentuk tingkah laku. Contohnya tingkah laku bermain tenis dan

menganyam tikar. Bagi sesetengah tingkah laku, kemahiran motor diperlukan untuk

mewujudkan komponen-komponen tingkah laku yang telah diperhatikan. Bagi kanak-

kanak berumur 3 tahun tidak boleh melakukan tingkah laku seperti menganyam tikar

kerana kemahiran motornya belum mencapai tahap ini lagi.

Dalam kes tersebut, pelajar cenderung untuk meniru gaya dan perbuatan rakan mereka

seperti berbual-bual, melukis kartun, makan, mengetuk meja dan sebagainya. Pelajar

menganggap perbuatan meniru gaya rakan mereka lebih menyeronokkan berbanding dengan

pengajaran guru yang membosankan. Ciri -ciri peniruan yang disebut adalah sama dengan

peringkat peniruan yang terdapat dalam teori Bandura. Pelajar akan beralih perhatian kepada

rakan mereka yang bermasalah ini dan mereka mula hilang tumpuan kepada pengajaran guru.

Mereka lebih tertarik kepada tingkahlaku rakan yang lebih menghiburkan. Mereka akan

mengingati tingkah laku yang dilihat kemudian mereka akan cuba meniru aktiviti tersebut

Page 5: Asignment perbezaan individu

seperti memusing-musing buku, menconteng buku dan bermain permainan SOS. Aktiviti

tersebut mendapat perhatian daripada pelajar lain yang dianggap lebih menyeronokkan

berbanding dengan pengajaran guru. Pelajar yang terpengaruh dengan keseronokan itu mula

bermasalah tadi dan ini membuatkan mereka berasa lebih seronok.Situasi ini mendorong

pelajar lain untuk melakukan aktiviti yang sama. Mereka akan berlumba-lumba untuk

menunjukkan kehebatan masing-masing.

Keadaan kelas yang bising terjadi akibat daripada pengajaran yang

membosankan. Ia boleh dikaitkan dengan Teori Pelaziman Klasik Pavlov .

Menurut Pavlov, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Ransangan ini

boleh juga dikaitkan dengan satu ransangan yang lain untuk mendatangkan

pembelajaran. Contohnya, seorang guru mewujudkan suasana pengajaran dan

pembelajaran yang menyeronokkan. Apabila pembelajaran yang menyeronokkan

berlaku, pelajar akan memberi tumpuan kepada pembelajaran dan tidak melakukan

aktiviti yang lain.

Selain itu keadaan ini juga boleh di kaitkan dengan Teori Pembelajaran

Gagne yang menyatakan pembelajaran bergerak daripada yang paling mudah

menuju kepada yang kompleks. Gaine telah menjelaskan bahawa terdapat lapan

peringkat pembelajaran.Antaranya ialah pembelajaran isyarat.Seseorang individu

mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Pergerakan atau bahasa badan

juga memainkan peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas. Sebagai contoh, guru yang mengajar hanya sambil duduk di dalam kelas. Ini

memberi isyarat kepada pelajar bahawa guru tidak bersungguh-sungguh untuk

mengajar. Jadi pelajar akan menjadi berasa bosan dan akan beralih mencari

aktiviti lain seperti berbual-bual dengan rakan, membaca komik atau buku cerita,

bermain dan juga membuat kerja sekolah. Isyarat pelajar yang menguap juga

mengambarkan pengajaran guru tersebut membosankan.

Page 6: Asignment perbezaan individu

Masalah 2:

Di dalam satu kelas, pelbagai jenis ragam dan kelakuan pelajar yang dapat dilihat; ada

yang pediam dan ada juga yang jenis tak boleh duduk diam didalam kelas. Pelajar ini di

kategorikan sebagai pelajar hiperaktif. Gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan adalah

merupakan salah satu masalah yang biasa dihadapi oleh golongan kanak-kanak. Jika

kita lihat pada masalah ini, pelajar yang menghadapi masalah hiperaktif dan kurang

tumpuan adalah golongan kanak-kanak yang sentiasa kurang memberikan tumpuan

di dalam kelas dan tumpuan mereka mudah terganggu oleh faktor di sekililing

mereka. Bagi mengenalpasti pelajar yang menghadapi masalah hiperaktif, terdapat

beberapa ciri yang boleh mengambarkan bahawa seseorang pelajar itu mengalami

masalah hiperaktif adalah melalui kegiatan hiperaktif, kurang tumpuan dan tempoh

tumpuannya adalah singkat dan melalui tingkah laku yang ditunjukkan. Sebagai

contoh perlakuan hiperaktif ialah seperti berjalan-jalan semasa guru sedang mengajar, banyak

bertanyakan soalan atau menyapa guru dengan perkara yang tiada kaitan dengan isi pelajaran,

mencelah percakapan guru, selalu memberikan jawapan sebelum soalan lengkap diberikan,

terburu-buru dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan, mengusik pelajar lain, membuat bising

seperti mengetuk-ngetuk meja, mengerakkan meja atau kerusi, berbual-bual, bergurau senda

dan lain-lain. Dalam hal ini terdapat beberapa faktor yang telah menyebabkan pelajar

menghadapi masalah hiperaktif seperti neurologik, faktor genetik, faktor suasana

kekeluargaan dan sebagainya. Natijahnya, pelajar yang menghadapi masalah ini bukan sahaja

memberi implikasi terhadap diri sendiri malah turut memberikan implikasi kepada pelajar lain

dan juga guru.

Tingkahlaku pelajar yang aktif ini boleh dikaitkan dengan Konsep Pembelajaran

Kognitif Jean Piaget. Teori ini melihat kanak-kanak sebagai murid aktif yang berlagak

seperti ‘saintis kecil”. Mereka membina ‘teori’ sendiri tentang bagaimana dunia berfungsi dan

mencari jalan untuk mengesahkan hati nurani ini. Pelajar hiperaktif ini juga mengalami

proses pembelajaran mereka melalui pengalaman dan persekitaran mereka. Perasaan

ingin tahu yang tinggi dalam diri mereka untuk mengetahui sesuatu perkara itu

menyebabkab mereka terus menerokai alam sekitar mereka tanpa memikirkan

akibatnya. Menurut Piaget lagi, pengalaman-pengalaman baru yang mereka perolehi

ini penting untuk perkembangan kognitif mereka. Oleh itu, di dalam teorinya Piaget

Page 7: Asignment perbezaan individu

menekankan mengenai pentingnya interaksi antara pelajar dengan persekitaran

fizikal mereka.Melalui interaksi tersebut mereka dapat menambah kefahaman

mereka mengenai perkaitan sebab dan kesannya. Pelajar yang mempunyai ciri-ciri

hiperaktif akan melakukan perkara yang lebih mencabar. Mereka juga suka meniru

aksi sesuatu yang mereka minati dan juga suka menarik perhatian orang sekeliling.

Ini dapat dilihat apabila pelajar hiperaktif ini suka berjalan-jalan di dalam kelas bagi

menarik perhatian rakan dan juga guru. Tindakan ini jika perkara ini dibiarkan boleh

menimbulkan suasana yang lebih teruk lagi seperti menganggu rakan dan melakukan

perkara-perkara yang berbahaya.

Page 8: Asignment perbezaan individu

Masalah 3:

Kebolehan kecerdasan yang berbeza di antara pelajar merupakan salah satu masalah

dalam pembelajaran dan pengajaran. Faktor kurang kecerdasan ini adalah berkait rapat

dengan masalah mental. Masalah mental wujud di kalangan pelajar adalah disebabkan perkara

berikut:

1. Warisan keturunan ibu bapa atau faktor genetik

2. Kelahiran tidak normal seperti kesulitan kelahiran atau kelahiran tidak cukup

bulan.

3. Kecederaan otak kerana penyakit atau kemalangan.

4. Kekurangan makanan yang berzat.

Pelajar yang kurang cerdas ini menghadapi masalah lambat berfikir, cepat lupa, sukar

memahami sesuatu, lemah pengamatan dan sebagainya. Pelajar yang tergolong dalam

kategori ini akan menghadapi masalah pembelajaran di dalam kelas, menyebabkan mereka

malas, kurang minat serta tidak mempunyai semangat untuk belajar. Ini kerana mereka tidak

memahami apa yang diajar oleh guru. Mereka akan jadi malas untuk belajar dan menganggap

subjek tersebut adalah susah. Ada sesetengah pelajar telah setkan di minda mereka bahawa

setengah subjek itu susah tanpa mereka cuba berusaha untuk memahami subjek tersebut.

Pelajar-pelajar ini akan cenderung untuk melakukan aktiviti lain semasa guru mengajar.

Contohnya ada yang tidur, berbual dengan rakan dan bermain. Contoh subjek yang biasa

dianggap subjek susah oleh pelajar ialah subjek matematik dan sains kerana subjek ini

memerlukan konsep pemikiran.

Keadaan ini boleh dikaitkan dengan Teori Pembelajaran Kognitif oleh Jerome S.

Bruner. Teori Bruner mengatakan persekitaran untuk belajar memainkan peranan penting.

Beliau menekan pada cara-cara bagaimana manusia berinteraksi dalam alam sekitar dan

menggambarkan pengalaman-pengalaman secara dalaman. Pengajaran hendaklah berkaitan

dengan pengalaman dan konteks pelajar supaya pelajar berasa ingin dan sanggup belajar

semasa masuk ke sekolah. Guru hendaklah menyediakan peluang-peluang untuk pelajar

meneroka, memegang, mencium dan merasa. Pengalaman ini mendatangkan pembelajaran

bermakna contohnya subjek sains. Dengan adanya pengalaman ini, pelajar lebih memahami

konsep yang diajar. Pengajaran selanjutnya membangkitkan minat di kalangan pelajar.

Suasana pembelajaran yang menyeronokkan akan menarik minat pelajar untuk mempelajari

Page 9: Asignment perbezaan individu

topik yang diajar dengan lebih mendalam. Penglibatan pelajar penting agar mereka dapat

menikmati pembelajaran yang bermakna. Pegetahuan perlu disusun dan diperingkatkan agar

pembentukan konsep bermula dari yang mudah kepada yang kompleks. Ini bermakna guru

hendaklah memeringkatkan isi pelajaran. Dengan ini pelajar yang lemah boleh mengikuti

pelaran yang diajar.

Masalah 4:

Masalah yang lain yang sering dihadapi oleh guru ialah pelajar kelihatan muram, sedih

dan takut semasa pengajaran berlaku. Biasanya pelajar ini kelihatan pasif semasa berada di

dalam kelas. Ada beberapa faktor yang boleh dikaitkan dengan kelakuan pelajar ini. Keadaan

ini berlaku disebabkan faktor peribadi, faktor fizikal dan faktor Psikologi. Faktor peribadi

merupakan masalah yang berhubung rapat kemiskinan, masalah keluarga dan masalah sosial.

Biasanya pelajar yang menghadapi masalah ini akan kelihatan muram dan sedih. Mereka yang

mempunyai masalah kemiskinan akan hilang minat untuk belajar kerana tiada galakan

daripada ibubapa. Kekurangan tenaga belajar juga timbul disebabkan murid terpaksa

membuat kerja sambilan untuk menolong ibu bapa. Murid ini akan kelihatan letih dan kurang

semangat serta mengantuk di dalam kelas.

Faktor fizikal pula boleh dikaji daripada aspek kesihatan. Sebagai contoh, pelajar yang

tidak sihat atau tidak mengambil sarapan pagi akan kelihatan tidak bersemangat semasa di

dalam kelas. Kekurangan makanan berzat atau pemakanan yang tidak teratur akan

menyebabkan pelajar cepat merasa letih. Keadaan ini akan menggangu pembelajaran di dalam

kelas. Manakala faktor psikologi pula berkait rapat dengan masalah emosi. Pelajar yang

menghadapi masalah emosi ini biasanya mempunyai perasaan takut, benci, diam, tidak

berkeyakinan, rendah diri dan sebagainya. Masalah emosi berpunca daripada faktor-faktor

masalah yang lain seperti faktor pembelajaran, peribadi, mental dan fizikal. Misalnya, pelajar

yang miskin mungkin akan berasa takut dan rendah diri.

Keadaan ini boleh dikaitkan dengan Teori Pembelajaran Humanis yang

menumpukan terhadap apa yang berlaku di dalam diri seseorang individu seperti perasaan

atau emosinya. Pendekatan humanis menekankan cara fikiran, pengamatan serta interpretasi

Page 10: Asignment perbezaan individu

seseorang individu tentang kejadian-kejadian atau satu-satu peristiwa itu. Menurut Rogers

(1956), yang menyatakan bahawa manusia sentiasa berusaha memahami diri sendiri,

mempengaruhi dan mengawal perlakuan dirinya dan orang lain. Teori pembelajaran ini

menitikberatkan perkembangan secara bebas dan bertujuan membantu pelajar daripada

tekanan-tekanan keluarga dan masyarakat. Tekanan-tekanan seperti ini boleh memberi

gangguan emosi kepada pelajar seterusnya menyebabkan mereka hilang tumpuan semasa

belajar. Selain itu guru yang garang juga boleh menyebabkan masalah emosi kepada pelajar

seperti perasaan takut. Disebabkan perasaan takut ini, pelajar tersebut takut untuk memberi

pendapat atau bertanya soalan kepada guru. Dengan ini, pelajar tidak faham apa yang diajar

oleh guru dan pembelajaran tidak berlaku. Pembelajaran hanya berlaku jika pelajar-pelajar

tidak berasa terancam. Suasana sosioekonomi yang sihat di mana guru lebih memuji daripada

mengkritik dan lebih membimbing daripada memarahi hendaklah diwujudkan. Pelajar akan

belajar lebih berkesan jika harga dirinya tidak tergugat.

BAHAGIAN 3

PELAN MENGATASI MASALAH BERLANDASKAN TEORI PEMBELAJARAN

Dalam bahagian ini, kita akan membincangkan pelan dan kaedah untuk mengatasi

masalah yang tersebut berdasarkan teori pembelajaran iaitu teori pembelajaran behavior,

kognitif dan sosial. Implikasi teori behavior juga boleh digunakan untuk merangsang gerak

balas pelajar untuk terus menumpukan perhatian kepada pengajaran guru. Sebelum

memulakan kelas guru perlu memastikan kesediaan pelajar untuk belajar. Di sini guru boleh

menggunakan suara yang tinggi untuk menarik perhatian pelajar. Suasana pembelajaran yang

menyeronokan dapat merangsang minat pelajar memberi tumpuan. Selain itu denda juga

digunakan untuk mengurangkan atau menghalang sesuatu tingkah laku. Sesuatu tingkah laku

itu diandaikan tidak akan berulang lagi setelah dendaan dikenakan. Dendaan boleh dilakukan

dalam dua cara untuk menggalakkan pembelajaran. Pertama, menggunakan rangsangan untuk

mengapuskan tindakan yang tidak diingini. Contohnya seperti memberi latihan tambahan

kepada pelajar, berdiri atau duduk dibangku hadapan berdekatan dengan guru. Kedua ialah

denda yang berkaitan dengan melucutkan sesuatu rangsangan seperti guru tidak membenarkan

mereka ke kantin kepada pelajar yang tidak berkelakuan baik. Kesan daripada denda tersebut

Page 11: Asignment perbezaan individu

tingkah laku pelajar akan berubah menjadi lebih baik dan dapat mengelakkan daripada

mengulangi perkara tersebut.

Motivasi memainkan peranan penting pembelajaran. Di dalam kelas guru hendaklah

memotivasikan pelajar dengan menunjukkan sesuatu yang menarik atau mengagumkan

sebelum mereka dapat memberikan tumpuan yang teliti. Menunjukkan contoh teladan dan

memberitahu perlakuan yang baik juga boleh memberi rangsangan tingkah laku yang positif

supaya pelajar melakukan perkara yang diingini serta mengelakkan daripada perlakuan yang

tidak diingini oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga boleh

merangsang pelajar dengan insentif-insentif seperti mempelbagaikan jenis hadiah, aktiviti,

alat bantu mengajar, projek dan sebagainya untuk meningkatkan semangat ingin belajar di

kalangan pelajar.

Daripada implikasi model pembelajaran sosial oleh bandura, guru hendaklah

menjadi model yang baik kerana ia selalu dicontohi oleh pelajar. Oleh itu pakaian,

tingkahlaku dan bahasa pertuturan guru hendaklah baik. Guru boleh mendidik pelajar dengan

memberi contoh pelajar yang diingini. Tingkahlaku yang diingini boleh diberi pujian atau

ganjaran. Sebagai contoh pelajar yang mendapat markah A dalam pelajaran boleh menjadi

contoh kepada pelajar lain untuk diikuti. Secara tidak langsung boleh mendorong pelajar

mengikuti gaya pembelajaran yang dilakukan oleh pelajar yang telah berjaya itu. Begitu juga

dengan guru yang berhadapan dengan pelajar yang bermasalah di dalam kelas.Sekiranya

pelajar dalam sesebuah kelas melihat seorang rakan mereka melakukan kesalahan dan rakan

itu tidak dikenakan denda, mereka mungkin mempelajari perlakuan yang tidak baik itu. Akan

tetapi apabila guru memberi hukuman kepada pelajar yang melakukan kesalahan itu, maka

kesannya dapat dirasai oleh semua pelajar lain dan seterusnya menghalang tingkah laku

serupa itu daripada berlaku lagi.

Daripada implikasi Teori Pembelajaran kognitif, perbezaan tahap kecerdasan mental

pelajar dapat di atasi dengan mewujudkan pembelajaran secara berkumpulan dan juga

pemulihan. Bagi pelajar yang lemah guru boleh memasukan mereka di dalam kelas

pemulihan. Bagi aktiviti berkumpulan pula, guru boleh menggabungkan pelajar pandai dan

sederhana di dalam satu kumpulan. Di sini pelajar yang pandai memainkan peranan dengan

membimbing rakan mereka yang lemah. Seterusnya daripada implikasi Teori Pembelajaran

Humanis pula, guru boleh menggunakan pendekatan kaunseling dan motivasi. Pelajar yang

Page 12: Asignment perbezaan individu

bermasalah akan dipanngil dan diberi kaunseling. Di sinilah pentingnya peranan guru

kaunseling. Guru hendaklah membimbing pelajar yang bermasalah ini. Penerangan yang

telah dibuat di atas jelaslah bahawa teori pengajaran boleh membantu guru bagi mengatasi

masalah yang dihadapi semasa mengajar di dalam kelas. Dengan ini proses pembelajaran

menjadi lebih berkesan dan guru boleh mencapai objektif seperti yang diharapkan.

PENUTUP/ KESIMPULAN

Pada masa kini, telah terdapat banyak kaedah dan teknik mengajar diselidiki dan disarankan.

Perlu ditegaskan bahawa tiada satu kaedah dan teknik mengajar yang tertentu yang paling sesuai

digunakan untuk semua situasi pelajaran. Justeru itu, untuk menambah nilai dan mutu sesuatu

pelajaran, guru harus memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran serta cekap memilih

kaedah dan teknik yang paling sesuai dan berkesan dalam sesuatu situasi pelajaran. Tanpa penguasaan

dan pengetahuan tentang ilmu pendidikan seseorang guru tidak akan berjaya dalam melaksanakan

proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan di dalam bilik darjah. Untuk itu seseorang guru

perlu melengkapkan diri dengan ilmu pendidikan iaitu psikologi, pedagogi dan profesionalisme

keguruan agar tercapai matlamat untuk memberi kejayaan kepada pelajar.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang baik dan sesuai untuk sesuatu pelajaran akan

membolehkan guru mencapai objektif pelajarannya dengan berkesan. Guru perlu memahami konsep

dan teori dalam pembelajaran dan pengajaran sebelum memulakan pelajaran. Sebelum merancang

sesuatu pelajaran di dalam kelas, guru terlebih dahulu perlu mengkaji dan menganalisis jenis dan

kesediaan pelajar dari segi tingkah laku, pencapaian akademik dan tahap emosi pelajar. Ini menjadikan

pembelajaran dan pengajaran lebih terancang dan berkesan. Di samping itu, ia akan menimbulkan

minat dan mendorong pelajar belajar dengan bersungguh-sungguh.

BIBLIOGRAFI/ RUJUKAN:

Page 13: Asignment perbezaan individu

American Psychological Association (19980) dalam Ishamudin Ismail (1994)

“Falsafah dan Adab Kaunseling” dalam Shahnon Ahmad et al. Bengkel Kaunseling Menurut

Perspektif Islam, USM: Pusat Islam

Burns, S.M. & Brainerd, C.J. (1979). Effects of constructive and dramatic play on perspective-taking in very young children. Development Psychology , 15 :512n 521

Ee Ah Meng. Psikologi Dalam Bilik Darjah. Penerbit Fajar bakti Sdn. Bhd. (1994)

Smaldino, S.E. & Russell, J.D., Heinich, R. & Molenda, M. Instructional Technology and Media for Learning, edisi ke-8., Pearson Prentice Hall, New Jersey, 2005.

Madya Dr. Wan Zah Wan Ali. Et al.(2008),HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran Selangor