asignment sejarah

16
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SJH 3106 2014 PENDAHULUAN Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) telah mula memperkenalkan kemahiran berfikir kreatif dan kritis di dalam program Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK) pada tahun 1994. Kemahiran berfikir boleh didefinisikan sebagai menggunakan minda untuk melahirkan idea yang bernas, membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir dibahagikan kepada Kemahiran Kritis dan Kemahiran Kreatif. Kemahiran berfikir adalah proses berfikir yang lebih tinggi.* Guru telah diperkenalkan kepada pelbagai alat berfikir. Walaugaimanapun, dapatan kajian telah menunjukkan bahawa guru kurang berkemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Pengajaran di dalam bilik darjah banyak berpusatkan kepada guru dan menjurus kearah peperiksaan. Hasil dapatan kajian ini telah mendorong pihak KPM memantapkan lagi usaha ke arah menghasilkan modal insan yang kreatif dan berinovatif. Usaha ini adalah untuk menghadapi cabaran abad ke -21 yang memerlukan individu itu berfikir pada aras tinggi.Sehubungan itu, KPM telah bekerjasama dengan Agensi Inovasi Malaysia ( di bawah Jabatan Perdana Menteri) melaksanakan program I Think dengan merintis 10 buah sekolah di Malaysia.Program ini diperluaskan kepada 1,000 buah sekolah pada tahun 2013 dan seterusnya kesemua sekolah pada tahun 2014.* Kemajuan yang pesat dalam dunia teknolog dan makluimat dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dan pengajaran yang lebih menarik dan kreatif. Tambahan pula dengan program I Think yang akan dilaksanakan oleh KPM di sekolah-sekolah semasa penyampaian pengajaran guru. Tanggapan terhadap pengajaran mata pelajaran Sejarah yang sinonim dengan sesuatu yang membosankan akan lenyap

Upload: paul-daniels

Post on 19-Jan-2016

75 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

assignment sem 6..IPG

TRANSCRIPT

Page 1: Asignment Sejarah

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SJH 3106 2014

PENDAHULUAN

Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) telah mula memperkenalkan kemahiran berfikir

kreatif dan kritis di dalam program Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK) pada tahun

1994. Kemahiran berfikir boleh didefinisikan sebagai menggunakan minda untuk melahirkan

idea yang bernas, membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir

dibahagikan kepada Kemahiran Kritis dan Kemahiran Kreatif. Kemahiran berfikir adalah

proses berfikir yang lebih tinggi.*

Guru telah diperkenalkan kepada pelbagai alat berfikir. Walaugaimanapun, dapatan kajian

telah menunjukkan bahawa guru kurang berkemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran

dan pembelajaran mereka. Pengajaran di dalam bilik darjah banyak berpusatkan kepada

guru dan menjurus kearah peperiksaan.

Hasil dapatan kajian ini telah mendorong pihak KPM memantapkan lagi usaha ke arah

menghasilkan modal insan yang kreatif dan berinovatif. Usaha ini adalah untuk menghadapi

cabaran abad ke -21 yang memerlukan individu itu berfikir pada aras tinggi.Sehubungan itu,

KPM telah bekerjasama dengan Agensi Inovasi Malaysia ( di bawah Jabatan Perdana

Menteri) melaksanakan program I Think dengan merintis 10 buah sekolah di

Malaysia.Program ini diperluaskan kepada 1,000 buah sekolah pada tahun 2013 dan

seterusnya kesemua sekolah pada tahun 2014.*

Kemajuan yang pesat dalam dunia teknolog dan makluimat dapat membantu guru

menyampaikan pengajaran dan pengajaran yang lebih menarik dan kreatif. Tambahan pula

dengan program I Think yang akan dilaksanakan oleh KPM di sekolah-sekolah semasa

penyampaian pengajaran guru. Tanggapan terhadap pengajaran mata pelajaran Sejarah

yang sinonim dengan sesuatu yang membosankan akan lenyap apabila program i Think

dilaksana dalam pengajaran dan pembelajarannya. Namun, dalam era teknologi maklumat

yang begitu bergerak pantas, penyesuaian dengan persekitaran semasa sangat penting

untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang inovatif dan kreatif.

Page 2: Asignment Sejarah

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SJH 3106 2014

KAEDAH I THINK

Abjad ‘i’ –bermaksud inovasi, ‘THINK” pula bermaksud pemikiran iaitu pemikiran secara

inovatif yang perlu ada pada semua murid dan jadilah I Think. I Think merupakan s atu

program yang diperkenalkan oleh Kememterian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Agensi

Inovasi Malaysia (AIM) bagi mengekalkan daya saing di peringkat dunia. Dengan ini

Malaysia perlu menerima perubahan dan menjadi sebuah Negara ekonomi yang dipacu oleh

inovasi.

Projek ini membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir, menyemai budaya

pembelajaran sepanjang hayat; mahir di dalam menyelesaikan masalah dan berupaya

menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan murid sekolah.i Think

melahirkan innovator generasi masa depan Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran

berfikir secara kreatif dan kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani

cabaran pada masa akan datang.

Jesteru, program i Think adalah satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan

membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid

berinovatif. Dapatan kajian keperluan menunjukkan kemahiran berfikir aras tinggi (KEBAT)

dalam kalangan murid dan guru amatlah rendah. Guru dan murid akan menggunakan alat

berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran murid lebih focus, berkeyakinan dan aktif di

dalam kelas dengan aktiviti berpusatkan murid . Hubungan murid dan guru lebih rapat

kerana guru bertindak sebagai fasilitator..

Program I Think merupakan satu usaha untuk menggalakkan proses berfikir menjadi budaya

apabila guru dan murid mengamalkan kemahiran berfikir dan menaakul semasa pengajaran

dan pembelajaran. Bagi program i-THINK, Peta pemikiran diperkenalkan.Peta pemikiran

bukan kurikulum baru, tetapi merupakan alat berfikir yang membolehkan guru

menyampaikan kurikulum yang sedia ada dalam bentuk yang lebih bermakna. Peta

pemikiran dipersembahkan dalam 8 bentuk Peta Pemikiran secara visual yang mudah

digunapakai dan difahami merentas kurikulum

Setiap Peta Pemikiran mempunyai proses pemikiran tersendiri. Antara lapan bentuk peta

pemikiran iaitu peta bulatan,peta buih, peta jujukan, peta pokok, peta buih berganda, peta

dakap, peta multi jujukan dan peta jambatan. Penggunaan peta ini boleh disesuaikan

mengikut tajuk atau unit pelajaran berdasarkan illustrasi Peta Pemikiran.

Page 3: Asignment Sejarah

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SJH 3106 2014

ILUSTRASI PETA PEMIKIRAN

1. PETA BULATAN

Peta Bulatan digunakan untuk mendefinisikan sesuatu dalam konteks, ia boleh digunakan untuk mencernakan idea, membuat diagnosis pengetahuan sedia ada dan ulangkaji.

Page 4: Asignment Sejarah

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SJH 3106 2014

2. PETA BUIH

Peta buih merupakan proses pemikiran untuk penerangan sesuatu perkara dengan

penggunaan kata adjektif.Peta buih memperkaya kebolehan pelajar bagi mengenalpasti

atau menunjukkan kualiti. Ia biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

3. PETA BUIH BERGANDA

Peta buih berganda digunakan untuk membantu proses berfikir membuat perbandingan,banding beza.

Page 5: Asignment Sejarah

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SJH 3106 2014

4.PETA POKOK

Peta pokok merupakan proses berfikir untuk membuat kategori, pengkelasan dan kumpulan bagi mengklasifikasi bahan atau idea.

5. PETA DAKAP

Peta dakap digunakan untuk membuat pecahan daripada keseluhuran untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluhuran objek. Garisan pada bahagian kedua ialah bahagian utama.

Page 6: Asignment Sejarah

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SJH 3106 2014

6. PETA ALIR

Peta alir digunakan dalam proses berfikir untuk membuat aturan, susunan,sisihan (sorting), langkah pelaksanaan, kronologi, siri dan aliran.

7. PETA MULTI JUJUKAN

Peta Multi Jujukan digunakan dalam proses berfikir untuk membuat analisis kepada kesan dan akibat, apa akan berlaku jika kotak di tengah ialah peristiwa penting, kotak di sebelah kiri adalah sebab dan kotak di sebelah kanan ialah akibat.

Page 7: Asignment Sejarah

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SJH 3106 2014

8. PETA TITI

Peta Titi ialah proses berfikir untuk membuat analogy, dan mencari faktor yang berhubungan, memindahkan perkara yang ada persamaan. Peta ini mengaplikasi proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.

Page 8: Asignment Sejarah

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SJH 3106 2014

HUBUNGKAITKAN BAGAIMANA KAEDAH INI BERUPAYA MELAHIRKAN INDIVIDU YANG CEMERLANG DAN MENCAPAI OBJEKTIF YANG DISASARKAN

Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang inginkan pendidikan di Malaysia adalah

usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk

melahirkan warganegara Mlaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan , berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.*

Sehubungan itu, pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan dalam bidang

pendidikan untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Salah satu

kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran guru ialah kemahiran berfikir yang diperkenalkan

sejak tahun 1994 lagi. Namun mengikut laporan Program for International Student Assesments

(PISA) tahun 2009 menunjukkan prestasi Malaysia berada pada kedudukan ke -57 bagi Matematik,

ke-55 bagi Sains dan ke-52 bagi Kefahaman dalam kalangan 74 negara. Dapatan ini diperkukuhkan

lagi dengan laporan kajian keperluan oleh Perunding Kestrel Education (UK) dan 21 Century Schools

(USA) pada 2 November 2011 mendapati bahawa pemikiran aras tinggi dalam kalangan guru dan

murid di Malaysia amat rendah.*

Senario ini telah mendorong Kememterian Pendidikan Malaysia ( KPM) dan Agensi Inovasi Malaysia

melaksanakan program i-THINK. Pada 2014 program ini diperluaskan di semua sekolah di Malaysia.

Melalui program i-THINK ini, peta pemikiran telah diperkenalkan sebagai alat berfikir yang

digunakan sebagai satu kaedah dalam proses pengajaran dan pembejaran dalam bilik darjah. Lapan

bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentas kurikulum iaitu

peta bulatan, peta buih, peta alir, peta pokok, peta buih berganda, peta dakap, peta multi jujukan

dan peta jambatan. Penggunaan peta ini disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran dalam

setiap mata pelajaran.

Bagi mata pelajaran Sejarah kaedah ini memberi suntikan dan nafas baharu dalam usaha

menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang inovatif dan kreatif. Kaedah ini diharapkan dapat

digunakan oleh guru-guru dalam pengajarannya bagi melahirkan individu yang cemerlang dan

mencapai objektif yang disasarkan oleh Kementrian Pelajaran Malaysia. Ini adalah kerana

penggunaan kaedah i-THINK ini dapat melahirkan individu cemerlang dari segi bakat kepimpinan .

Melalui kaedah pembelajaran yang menggunakan Peta Pemikiran proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan secara berpusatkan murid, di mana murid yang akan menjalankan aktiviti

Page 9: Asignment Sejarah

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SJH 3106 2014

pembelajaran dan guru hanya bertindak sebagai fasilitator. Pada masa inilah bakat kepimpinan akan

dibentuk dan digilap. Setiap kumpulan aktiviti akan diketuai oleh seorang murid yang akan

memastikan aktiviti kumpulan berjalan dan berjaya menghasilkan tugasan.

Selain itu, sikap berani juga akan dapat dibentuk dalam diri murid-murid apabila setiap kumpulan

akan tampil ke hadapan untuk membuat pembentangan hasil tugasan mereka.Disamping

itu,semangat bekerjasama antara satu sama lain juga akan dapat dipupuk dikalangan murid semasa

menjalankan aktiviti di dalam kelas. Bakat kepimpinan, keberanian dan kerjasama beginilah yang

diperlukan oleh setiap individu pelajar yang ingin berjaya dalam bidang yang akan diceburi pada

masa hadapan.

Kaedah i-THINK adalah kaedah yang menggunakan Peta Pemikiran sebagai alat berfikir dapat

memberikan kebaikan kepada pelajar . Ini kerana dengan menggunakan Peta Pemikiran dalam

proses pembelajaran di dalam bilik darjah, pelajar dapat meningkatkan daya ingatan terhadap tajuk

yang dipelajari. Dengan menggunakan Peta Pemikiran seperti peta bulatan dan peta alir akan dapat

memudahkan pelajar mengingati isi –isi penting bagi sesuatu topik yang dipelajari . Dengan ini

pelajar tidak akan lupa akan isi pelajaran mereka. Ilmu yang disampaikan oleh guru menggunakan

Peta Pemikiran akan mudah disimpan oleh pelajar. Menurut “Dual Cording Teory” pengetahuan

disimpan dalam dua bentuk iaitu bentuk linguistic dan bukan linguistic. Dapatan kajian menyatakan

jika kita menggunakan kedua-dua bentuk tersebut akan dapat meningkatkan lagi daya berfikir dan

ingatan kita. Jesteru, pembelajaran menggunakan grafik dan visual akan meningkatkan daya ingatan

pelajar Seterusnya , segala ilmu yang telah dipelajari dapat diaplikasi dalam pentaksiran yang

dijalankan. Pelajar akan sentiasa menguasai ilmu yang telah dipelajari mereka.

Penggunaan Peta Pemikiran ini juga dapat memudahkan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran

mereka . Mereka tidak lagi perlu menghafal perkataan yang banyak dan panjang tetapi hanya

mengingat beberapa perkataan yang terdapat dalam Peta Pemikiran. Ilmu pengetahuan yang

disediakan dalam bentuk Peta Pemikiran juga boleh dijadikan bahan bacaan yang mudah dibawa ke

mana-mana. Sistem belajar yang mudah dan daya ingatan yang kuat terhadap segala ilmu yang

dipelajari membolehkan pelajar berjaya dalam pelajaran dan kehidupan mereka serta objektif yang

disasarkan dalam kementerian akan tercapai..

Proses Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah ini juga dapat menarik minat

belajar di kalangan pelajar sekolah. Sepertimana yang diketahui pengajaran yang menggunakan

kaedah i-THINK ini akan menggunakan bentuk visual dan grafik . Mengikut kajian 80% informasi yang

diterima otak adalah dalam bentuk visual . Jadi, proses pengajaran yang menggunakan bentuk visual

Page 10: Asignment Sejarah

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SJH 3106 2014

akan mudah diterima oleh pelajar. Selain itu, pelajar akan termotivasi dengan kaedah pengajaran

yang digunakan oleh guru. Pelajar dengan sendirinya akan suka datang ke sekolah untuk belajar.

Dengan ini, akan dapat melahirkan ramai lagi pelajar yang cemerlang yang bakal menjadi pemimpin

hadapan Negara pada masa hadapan.

Penggunaan kaedah I-THINK juga akan meningkatkan daya imaginasi iaitu berfikir di luar kotak dan

daya berfikir pelajar. Murid akan cuba berfikir sesuatu masalah yang timbul secara kreatif dengan

menggunakan kaedah menanyakan soalan yang menggunakan kata tanya ‘bagaimana’. Kaedah ini

menggunakan kreativiti dalam pemikiran dan menyelesaikan masalah dengan cara yang berbeza.

Murid juga akan menggunakan minda untuk melahirkan idea yang bernas semasa menghasilkan Peta

Pemikiran seperti peta bulatan , peta buih, peta pokok dan lain-lain lagi. Pelajar yang menggunakan

daya imaginasi dan kemahiran berfikir semasa proses pembelajaran akan dapat menyumbangkan

idea-idea atau maklumat mengikut konteks dan boleh membuat pengelasan tentang sesuatu topik

yang dipelajari. Dengan ini akan dapat menjadikan mereka pelajar yang cemerlang dalam pelajaran

seterusnya berjaya dalam bidang yang mereka akan diceburi sama ada dalam bidang ekonomi,

kejuruteraan dan bidang profesiohal yang lain.

Pengaplikasian kaedah i-THINK dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang guru akan

dapat meningkatkan interaksi antara guru dan murid. Peningkatan ini akan menghasilkan hubungan

yang rapat antara guru dan murid. Murid akan sentiasa mendapatkan tunjuk ajar daripada guru

dalam menghasilkan peta pemikiran mengikut tugasan yang diberikan. Selain itu, mereka juga boleh

berkongsi idea bagi menghasilkan sesuatu yang kreatif dan inovatif. Hubungan ini juga akan

mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan selesa. Murid akan lebih seronok dan tidak

merasa tertekan melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Situasi yang

sebegini akan membantu Negara untuk mencapai hasratnya untuk melahirkan individu yang

cemerlang, gemilang dan terbilang dalam bidang intelek, emosi, jasmani dan rohani.

Penggunaan peta Pemikiran seperti peta buih akan menambahkan kosa kata murid . Murid perlu

meningkatkan usaha untuk mendapatkan idea bagi sesuatu topik atau tema. Murid akan mencari

kosa kata yang sesuai dengan konsep tema yang dipelajari. Dengan ini mereka akan dapat

memperkayakan perbendaharaan kata untuk sesuatu tema yang dipelajari. Penguasaan yang baik

dalam perbendaharan kata akan membantu murid dalam menghasilkan penulisan karangan yang

baik dan seterusnya memberi peluang kepada pelajar menjadi wakil sekolah dibidang pidato dan

syarahan. Kebolehan ini akan membuka peluang kepada murid maju ke hadapan dengan lebih

cemerlang lagi.

Page 11: Asignment Sejarah

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SJH 3106 2014

Kesimpulannya, penggunaan kaedah i- THINK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah

akan dapat membantu Negara menghasilkan individu yang cemerlang dan objektif yang disasarkan

akan tercapai. Kaedah ini memberikan banyak kebaikan kepada pelajar apabila guru

menggunakannya dalam proses pengajaran mereka. Kemajuan dunia teknologi maklumat di zaman

juga akan membantu menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang inovatif dan kreatif.

Page 12: Asignment Sejarah

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SJH 3106 2014

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Sejarah

Kelas 4 Arif

Masa 10:15 – 11:15

Tema Mari Belajar Sejarah

Tajuk Keluarga Harmoni

Fokus Standard Kandungan1.2 Mengetahui dan memahami diri dan keluargaStandard Pembelajaran1.22 Mengenal pasti salasilah keluarga1.23 Menyatakan pengertian keluarga asasK 1.2.7 Menyatakan adab yang perlu diamalkan dalam sesebuah keluarga.

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat:1. Mengenal pasti salasilah keluarga2. Menyatakan pengertian keluarga asas3. Menyatakan adab –adab ketika dalam rumah

Aktiviti 1. Set Induksi – 2. Tayangan video dan bersoaljawab dengan guru3. Murid ditunjukkan carta salasilah keluarga 4. Murid bersoljawab berpandukan carta salasilah5. Murid menyatakan maksud keluarga asas dan adab-adab ketika bersama ahli keluarga.6. Murid membina peta pemikiran (peta pokok) untuk salasilah keluarga.7. Murid melengkapkan lembaran kerja.

Elemen Merentas Kurikulum

Nilai Murni : Kasih Sayang, KesyukuranKPS : Elemen Asas SejarahTMK : Belajar melalui TMK

Bahan Bantu Mengajar Video, carta, Lembaran Kerja

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran (DSKP)

Menjelaskan salasilah dan pengertian keluarga asas

Refleksi

Page 13: Asignment Sejarah

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SJH 3106 2014

REFLEKSI