asignment hbef1403 asignment

20
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI 2015 HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN NO. MATRIKULASI : 80111112540501 NO. KAD PENGNEALAN : 801111125405 NO. TELEFON : 0128685939 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LERNING CENTER

Upload: aj-ze

Post on 07-Apr-2016

261 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

asignment

TRANSCRIPT

Page 1: Asignment HBEF1403 ASIGNMENT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2015

HBEF1403

SENI DALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI : 80111112540501

NO. KAD PENGNEALAN : 801111125405

NO. TELEFON : 0128685939

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LERNING CENTER

Page 2: Asignment HBEF1403 ASIGNMENT

PENGENALAN

Permainan Tradisional

Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada

pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana

hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ini

termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus

diperkukuh dan dipereratkan dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam

yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang

dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan

tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian,

bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan

mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka

membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi berakhir dan

musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan. Kerja-

kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh peralihan antara musim inilah

digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta.

Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung

berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat.

Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-

kampung yang mengambil bahagian. Oleh yang demikian permainan tradisional juga dikenali

sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi

hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih

dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah guli,

ting-ting kapal terbang, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain. Kerja Kursus

ini akan membincangkan mengenai permainan tradisional kanak-kanak iaitu permainan ting ting

kapal terbang yang kian dilupakan kerana era zaman yang semakin moden dan serba canggih.

Page 3: Asignment HBEF1403 ASIGNMENT

Permainan Ting Ting Kapal Terbang

Asal usul

Ting ting kapal terbang adalah permainan tradisional yang agak popular pada zaman

dahulu. Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Ting ting kapal terbang sebenarnya

dimain oleh kanak-kanak perempuan tetapi kanak-kanak lelaki juga boleh bermain sama. Kanak-

kanak perempuan sering memainkan permainan ini daripada kanak-kanak lelaki. kerana

disebabkan permainan ing ting ini tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan

ianya hanya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja. Permainan

tradisional rakyat ini tidak mempunyai asal usul tetapi ramai anak-anak perempuan pada hari ini

masih lagi kelihatan bermain ting ting. Ting ting sebenarnya mudah hendak dimain.

Di kampung-kampung gelanggang di buat dengan mengoreskan garisan di atas tanah

sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman

perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah. Mereka akan menggunakan

kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar. Ting ting dimainkan

oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang, tiada

peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat

pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk

berting ting. Permainan ting ting tidak mempunyai batas dalam berapa ramai orang boleh main.

Ia boleh dimain oleh semua peringkat masyarakat, tidak kira mudah atau tua. Permainan ini

boleh dimain secara individual ataupun berkumpulan. Jika berkumpulan, pemain-pemain boleh

dicapai sehingga empat orang atau lebih. Tetapi permainan ini bagus dimain oleh empat orang

supaya mereka tidak keliru apabila giliran mereka tiba.

Ting ting sekurang-kurangnya mempunyai sembilan rumah yang dilukis sendiri

berbentuk kotak. Anak itu harus mencampak batu atau barang kecil ke dalam rumah bermula

daripada kotak pertama. Jika campakan itu kena, pemain boleh lompat ke lapan kotak yang lain

dan tidak boleh memijak kotak yang mempunyai batu itu, menggunakan satu kaki sahaja. Jika

dia selesai, dia boleh campak batunya ke kotak kedua dan seterusnya sehingga habis satu

pusingan.

Page 4: Asignment HBEF1403 ASIGNMENT

Tujuan permainan

Permainan ini bertujuan menguji kecekapan pemain mengagak jarak dengan

menggunakan kaki sambil mengimbang badan. Permainan ini lebih digemari oleh kanak-kanak

perempuan.

Ketinting Kapal Terbang

Kanak-kanak perempuan menggemari permainan individu ini.

Membuat gelanggang permainan dengan cara menggoreskan di atas permukaan tanah.

Selain gelanggang, setiap pemain mestilah memiliki 'gundu' masing-masing.

Melakukan penentuan giliran.

Pemain pertama memulakan ting-ting.

Selesai melakukan pusingan pertama, lalu mencampak gundunya di petak kedua.

Giliran setiap pemain bertukar-ganti apabila pemain utama berstatus 'mati'.

Pemain yang berjaya memiliki rumah paling banyak dianggap sebagai pemenang.

Page 5: Asignment HBEF1403 ASIGNMENT

Gelanggang ketingting kapal terbang

Gelanggang ting ting hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat

pelbagai jenis bentuk gelanggang teng-teng dengan jumlah petak yang berlainan.  Ada

gelanggang atau petak ting ting yang terdiri daripada sembilan petak-petak kosong bagi satu

gelanggang. Dan ada juga yang terdiri daripada lapan petak-petak kosong.  Ting ting

memerlukan sebuah tapak rata yang dilukiskan garisan berpetak seperti tangga dengan 4 sayap

seperti kapal terbang. Manakala di hujung petak dibuatkan semi bulatan. Lukisan petak seperti

berikut, pada tangga pertama, satu petak dilukis, pada tangga ke-2, satu petak lagi dilukis, pada

tangga ke-3 dilukiskan sayap, dengan pembahagi sayap terletak di tengah-tengah petak ke-2.

Pada tangga ke-4 satu petak dilukis, dan pata tangga ke-5 satu lagi sayap dilukis dengan

pembahagi sayap pada tengah-tengah petak tangga ke-4. Satu semi bulatan (semi-D) dilukis dari

hujung kiri sayap secara melengkok hingga ke hujung kanan sayap. (Rujuk gambar di bawah).

KEPENTINGAN PERMAINAN TING-TING KAPALTERBANG DALAM

PERKEMBANGAN KEUPAYAAN KANAK-KANAK.

Sememangnya terdapat banyak jenis permainan sukan rakyat di negara kita, Malaysia.

Antaranya ialah permainan ting ting kapal terbang, Permainan ini bukan sahaja sekadar

Page 6: Asignment HBEF1403 ASIGNMENT

permainan biasa malah, ia juga mempunyai kepentingan yang tersendiri kepada sesiapa yang

melibatkan diri dalam sukan rakyat ini.

Selain itu, terdapat banyak faedah yang diperolehi melalui permainan tradisional ini.

Faedah-faedah yang diperolehi ini merangkumi beberapa aspek perkembangan iaitu pertama

ialah perkembangan dari segi fizikal, kedua ialah perkembangan dari segi pendidikan kerohanian

dan moral (emosi), ketiga ialah perkembangan dari segi kognitif (intelek), dan keempat ialah

perkembangan dari segi sosial.

Perkembangan Psikomotor

Melalui permainan ini kanak-kanak dapat bersenam dan membina otot. Ia juga adalah

saluran mengeluarkan tenaga yang berlebihan yang mana apabila disimpan ia menyebabkan

kanak-kanak tegang, gementar, meragam dan terlalu aktif. Permainan ini dapat meningkatkan

kemahiran koordinasi badan, menggalakkan kematangan motor halus dan kasar serta

mempelajari konsep ruang.

Terdapat banyak kepentingan bermain keting ting kapal terbang dalam perkembangan

fizikal antaranya ialah dapat menggerakkan psikomotor murid-murid iaitu motor kasar, motor

halus, koordinasi mata-tangan, pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Kemahiran fizikal

yang berkenaan termasuk berlari, melompat, menendang, memanjat, mengimbang, menyambut

bola dan membaling bola. Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat

dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran

tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan

bahagian- bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak

meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan

boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan dan

sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan. Menerusi aspek ini, murid

dapat menggunakan otot-otot halus untuk menggerakkan sesuatu. Menerusi bermain juga, ianya

dapat meningkatkan kemahiran fizikal kanak-kanak seperti berlari, melompat, memanjat dan

sebagainya.

Page 7: Asignment HBEF1403 ASIGNMENT

Aspek Perkembangan Fizikal (Jasmani)

Permainan sukan tradisional iaitu permainan teng-teng ini dapat mengembangkan

perkembangan dari aspek fizikal ataupun lebih dikenali sebagai aspek perkembangan jasmani.

Permainan ting ting ini dapat mengembangkan kemahiran mengimbang badan dengan berdiri

menggunakan sebelah kaki tanpa bantuan. Ia juga memerlukan pemain bergerak melompat dari

petak ke petak serta mencampak atau membaling buah.

Perkembangan Sosio Emosi

Dalam kehidupan dan perkembangan emosi kanak-kanak, bermain adalah pencetus

kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran emosi kanak-kanak. Sebagai contoh kanak-

kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi dan beremosi, sebagai penyumbang dalam

kebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998)

menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk

menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri.

Main dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan

kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi,

belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa. Terdapat banyak lagi kepentingan

main contohnya dalam perkembangan bahasa. Apapun jika bermain setakat untuk digunakan

sebagai alat bermain dan bukan alat pembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam

proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Sebagai guru haruslah memainkan peranan

yang penting dalam memberi panduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh

menghasilkan pembelajaran optima kepada kanak-kanak.

Kepentingan bermain dalam aspek emosi juga berupaya untuk membina kemahiran

kendiri yang positif dalam kalangan kanak-kanak. Jika permainan diterapkan dengan cara yang

bijak, ia akan dapat melahirkan individu yang baik pada masa akan datang. Sebagai contoh,

murid yang boleh berkomunikasi ketika bermaina sedikit sebanyak dapat mempengaruhi cara

mereka bersosial apabila dewasa kelak dengan bijak dan bagus dalam memberi arahan dan

mengeluarkan idea atau pendapat ketika dewasa kelak. Jika kita lihat kepentingan bermain secara

Page 8: Asignment HBEF1403 ASIGNMENT

ringkas, kita dapat lihat bahawa murid atau kanak- kanak dapat belajar konsep meningkatkan

keupayaan kognitif, memupuk pemikiran yang inovatif, kritis, dan kreatif, memenuhi perasaan

ingin tahu melalui penerokaan, membantu dalam menyelesaikan masalah, membina kemahiran

sosial dan banyak lagi kepentingan-kepentingan yang dapat diserapkan melalui aktiviti

permainan.

Bermain membolehkan kanak-kanak melepaskan ketegangan yang disebakan oleh

halangan daripada persekitaran terhadap tingkah laku mereka. Dengan bermain bersama kanak-

kanak lain, kanak-kanak belajar bagaimana mengadakan perhubungan sosial dan bagaimana

menyelesaikan masalah sosial yang berlaku. Mereka juga belajar menjadi pemimpin dan

pengikut di samping belajar bertoleransi dan bekerjasama.

Aspek Perkembangan Pendidikan Kerohanian dan Moral (Emosi)

Selain itu, permainan ting ting kapal terbang ini juga dapat mengembangkan

perkembangan diri seseorang individu itu iaitu dari aspek pendidikan kerohanian dan moral

ataupun lebih difahami oleh semua orang dengan menggunakan istilah emosi. Dengan

melibatkan diri dalam permainan ini, para pemain hendaklah mempunyai sikap sabar di dalam

diri masing-masing. Hal ini demikian kerana para pemain perlu bersabar apabila menunggu

giliran mereka dan memahami peraturan permainan semasa permainan berlangsung.

Permainan tradisional ini juga dapat memenuhi masa lapang para pemain khususnya

kanak-kanak dengan baik. Dengan ini, mereka dapat mengelakkan diri mereka daripada

melakukan aktiviti yang tidak bermoral tetapi sebaliknya, kanak-kanak ini dapat belajar

mengenai pengurusan masa yang teratur.

Perkembangan Kognitif

Perkembangan kognitif merupakan satu aspek yang penting dalam perkembangan

individu. Mendengar, membaca, berbincang dan bertutur amat membantu dalam perkembangan

kognitif. Melalui bermain, melakonkan semula apa yang dibaca atau cerita yang didengar akan

mempercepat penguasaan bahasa dan kognitif secara amnya.Terdapat banyak kepentingan

Page 9: Asignment HBEF1403 ASIGNMENT

bermain dalam kanak-kanak antaranya melalui aspek perkembangan kognitif, kanak-kanak dapat

mengetahui tahap keupayaan, kesediaan dan kecerdasan untuk belajar.

Melalui bermain, kanak kanak dapat berusaha untuk menjayakan permainan tersebut dan

meningkatkan daya keintelektualan mereka. Menerusi bermain juga kanak-kanak dapat berfikir

sejauh manakah tahap mereka dalam memastikan sesuatu permainan tersebut berjalan dengan

lancar dan berkesan. Melalui pengalaman bermain, perkembangan minda kanak-kanak akan

berkembang dan mencapai satu potensi di mana kanak-kanak dapat mengaplikasikannya dalam

sesebuah atau sesuatu aktiviti permainan. Menerusi perkembangan kognitif, kanak-kanak dapat

mengetahui pelbagai kemahiran yang ada pada dirinya. Ketika inilah mereka akan berusaha

untuk menonjolkan diri seterusnya menarik perhatian orang di sekitarnya. Di samping itu,

kepentingan bermain dalam aspek perkembangan kognitif ialah membantu kanak-kanak berfikir

dengan lebih kreatif dan logik.

Menerusi permainan, kanak-kanak dapat belajar mengenai syarat dan peraturan

permainan.Seterusnya hal ini akan membuatkan mereka mengikuti segala peraturan untuk

mencapai kemenangan dalam sesuatu permainan. Hal ini bukan sahaja dapat menajamkan minda

kanak-kanak malah hal ini akan melahirkan suatu pemikiran baru kanak-kanak untuk

membentuk suatu permainan yang baharu. Melalui bermain, mereka juga mendapat maklumat

tambahan serta mendedahkan mereka tentang cara menyelesaikan masalah.

Dalam aspek kognitif ini, penekanan kepada minda kanak-kanak harus ditekankan.

Mereka akan dapat berfikir bagaimana sesuatu permainan dapat menimbulkan keseronokan dan

gurauan sesama rakan. Aspek kognitif yang utama menerusi bermain ialah mereka dapat

mendengar dengan teliti serta berbahasa dengan betul dan fasih. Melalui bermain, kanak-kanak

dapat memahami arahan yang diberi seterusnya berbincang untuk melakukan sesuatu aktiviti

bermain.

Bagi perkembangan kognitif, permainan ting-ting ini dapat membantu dalam

perkembangan intelek seperti konsep memahami undang-undang permainan, konsep

pramatematik dan konsep pemerhatian. Selain itu juga, permainan ini juga mengajar kanak-

kanak berfikir dan menerapkan kemahiran merancang strategi semasa bermain. Bermain juga

membantu mengembangkan daya kreatif kanak-kanak kerana ia memberi peluang daya cipta

Page 10: Asignment HBEF1403 ASIGNMENT

tanpa had. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak gemar untuk melakukan dan mencipta sesuatu

yang baru.

Aspek Perkembangan Intelek

Di samping itu, permainan ini cukup terkenal dengan keberkesanan dalam membantu

kanak-kanak mengenal simbol nombor dan turutan nombor menaik iaitu nombor satu hingga

lapan. Permainan ting ting kapal terbang ini juga membantu kanak-kanak memahami turutan

nombor menurun lapan, tujuh, enam, lima, empat, tiga, dua dan satu. Apabila kanak-kanak

melibatkan diri mereka dalam permainan tradisional ini, tahap pemikiran mereka dapat

berkembang dengan baik dan dapat menjadikan otak mereka lebih sihat serta mereka akan

mempunyai akal fikiran yang cerdas sekaligus mempunyai tubuh badan yang cergas.

Malahan juga, mereka akan mudah dan senang untuk memahami dan menerima ilmu

pengetahuan yang mereka pelajari semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Perkembangan Komunikasi Dan Bahasa

Untuk bermain dengan jayannya kanak-kanak perlu berkomunikasi dengan orang lain

dalam cara yang dapat difahami, di samping memahami apa yang cuba disampaikan oleh orang

lain kepadanya. Komunikasi melibatkan aktiviti bertutur dan bersoal jawab. Komunikasi

membantu kanak-kanak membina ayat yang kompleks, menambah kosa kata, belajar memberi

arahan dan memahami peraturan.

Aspek Perkembangan Sosial

Menerusi perkembangan sosial, kepentingan bermain lebih menjurus kepada kanak-

kanak dapat belajar berinteraksi secara positif. Melalui bermain, murid dapat menyampaikan

sesuatu arahan dengan bertatasusila tanpa menyinggung perasaan orang lain. Selain dapat

Page 11: Asignment HBEF1403 ASIGNMENT

menambah kenalan melalui diskusi yang positif, kanak- kanak juga dapat mengeratkan hubungan

silaturahim sesama rakan sebaya. Melalui perkembangan sosial juga, kanak-kanak berupaya

untuk belajar menghormati hak orang lain. Kanak-kanak juga akan mempelajari nilai menghargai

alam sekitar, memelihara persekitaran serta mengenal dan menghormati nilai budaya.

Menurut teori instinct (naluri), alam kanak-kanak merupakan tempoh persediaan diri

untuk ke alam dewasa. Pengalaman bermain memberikan latihan kearah kedewasaan.

Pengalaman bermain seperi main peranan dan main imaginatif dapat membantu kanak-kanak

mencapai kematangan. Menerusi bermain, murid dapat menerima kekalahan sesuatu permainan

dengan perasaan yang berusaha untuk bangkit semula pada masa akan datang. Melalui bermain

dalam aspek sosial juga murid dapat menghargai alam sekitar sekeliling. Ketika ini, tahap

berfikir mereka mencapai aras yang tinggi. Menerusi bermain kanak-kanak dapat mengetahui

betapa pentingnya alam sekitar kepada kehidupan manusia. Selain itu, kepentingan bermain

dalam aspek perkembangan sosial juga kanak-kanak berupaya untuk menghormati nilai budaya

serta menghargai nilai estetika dalam sesuatu aktiviti bermain.

Dari segi sosial pula, para pemain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara

mereka. Apabila mereka bermain, secara tidak langsung mereka dapat mengenali antara satu

sama lain dan dapat mewujudkan suasana yang menyeronokkan sepanjang permainan dijalankan

sekaligus mereka dapat berkomunikasi dan berinteraksi di antara mereka dengan baik. Tambahan

pula, permainan ketingting kapal terbang ini dapat memupuk semangat kerjasama dalam

kalangan pemain. Ini dapat dibuktikan apabila mereka menunggu giliran untuk meneruskan

permainan. Oleh itu, kanak-kanak lain yang tidak bermain dapat memberikan sokongan dan

semangat kepada rakan-rakan mereka yang sedang bermain.

RUMUSAN

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang

dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan

Page 12: Asignment HBEF1403 ASIGNMENT

tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Di samping itu,

melalui permainan tradisional juga masyarakat dapat menyemai nilai-nilai murni serta dapat

melatih jati diri mereka. Contohnya permainan Ting-ting kapal terbang. Dalam permainan

tradisional ini, setiap pemain perlu mengimbangi badan mereka semasa melompat menggunakan

sebelah kaki. Ini bukan sahaja memerlukan ketahanan yang kuat malah memerlukan kesabaran

yang tinggi. Tanpa kesabaran yang tinggi dan bertindak dengan terburu-buru mungkin para

pemain akan cepat hilang giliran atau mati. Ini sekaligus dapat menyemai sifat sabar dalam diri

masyarakat.  Sebenarnya, permainan ini juga ada pengajaran nilai-nilai moral iaitu semangat

kerjasama, timbang rasa, tolak ansur, saling menghormati dan kesabaran.  Inilah antara nilai-nilai

yang perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat terutama pada zaman globalisasi ini.

Permainan ketingting yang tergolong dalam permainan luar rumah yang sesuai untuk

perkembangan rohani dan jasmani seorang kanak-kanak. Ciri-ciri permainan ketingting kapal

terbang yang menggunakan gerakan otot mampu melahirkan badan yang sihat dan otak yang

cerdas. Gerakan ‘lompatan’ yang menguji kemahiran mengawal keseimbangan badan boleh

menjadikan seorang kanak itu cergas dan aktif. Secara tidak langsung, sifat keyakinan diri dapat

disemai di jiwa kanak-kanak supaya mereka percaya akan kemampuan diri. Mengawal gerakan

badan dan mematuhi peraturan yang diamalkan di dalam permainan ketingting ini boleh

mendidik seseorang kanak-kanak mendisiplinkan diri apabila berada di rumah dan juga tempat-

tempat awam. Persaingan memonopoli ‘rumah’ dalam permainan ketingting merupakan satu

budaya yang sihat. Sikap bersaing ini akan melatih kanak-kanak agar sentiasa gigih berusaha

untuk mencapai keinginan atau matlamat mereka dengan cara yang adil dan betul.

Di samping itu, permainan ketingting juga melahirkan interaksi sosial di kalangan kanak-

kanak yang berasal dari pelbagai budaya dan keturunan yang berbeza. Secara tidak langsung,

interaksi ini mengeratkan perpaduan kaum di kalangan masyarakat majmuk di negara kita.

Page 13: Asignment HBEF1403 ASIGNMENT

Akhir sekali, permainan tradisional ini perlu dipelihara agar tidak luput ditelan zaman. 

Hal ini kerana, permainan tradisional adalah satu warisan yang diturunkan oleh nenek moyang

kita terdahulu dan asset penting dalam kehidupan kita.

RUJUKAN

Http://mazlan66.wordpress.com/2008/04/28/permainan-tradisional/

http://ms.eikipedia.org/wiki/Teng teng

Page 14: Asignment HBEF1403 ASIGNMENT