asignment edu3083

14
1.0 PENGENALAN Guru bererti mereka yang mendidik, mengajar,mengasuh, menunjuk arah dan sebagainya. Guru mengajar murid kemahiran asas iaitu menulis, membaca, mengira dan menaakul. Menurut Wikipedia, ‘Teachers may provide instruction in literacy and numeracy, craftsmanship or voc training, the arts, religion, civics, community roles, or life skills.’ Daripada kata-kata tersebut, guru merupakan orang yang mendidik jasmani, rohani,mental dan emosi murid dengan ilmu, kemahiran dan ketrampilan dalam melahirkan insan yang bakal menjadi warga yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Para pendidik hari inijuga memainkan peranan pentingdalam usaha merealisasikan aspirasi negara. Sesuatu proesion yang sebenar adalah satu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat y diperlukan masyarakat, menikmati autonomi indi!idu dan kumpulan, mementin mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan denga pendidikan. Menurut "amus Dewan, #proesion$ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran tinggi dan latihan %ontohnya, perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain. &erdasarkan c proesion, Mok Song Sang '())*+ merumuskan secara ringkas konsep proesionalisme sebagai satu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang memp kelulusandan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya untuk dipatuhi demi mengawal kualit nilai tara perkhidmatan. ilaitara perkhidmatanmenjadi panduan dalam usaha memastikan tingkah laku dipatuhi oleh setiap ahlinya. 1

Upload: ac-mal-faezs

Post on 06-Oct-2015

47 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALANGuru bererti mereka yang mendidik, mengajar, mengasuh, menunjuk arah dan sebagainya. Guru mengajar murid kemahiran asas iaitu menulis, membaca, mengira dan menaakul. Menurut Wikipedia, Teachers may provide instruction in literacy and numeracy, craftsmanship or vocational training, the arts, religion, civics, community roles, or life skills. Daripada kata-kata tersebut, guru merupakan orang yang mendidik jasmani, rohani,mental dan emosi murid dengan ilmu, kemahiran dan ketrampilan dalam melahirkan insan yang bakal menjadi warga yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Para pendidik hari ini juga memainkan peranan penting dalam usaha merealisasikan aspirasi negara. Sesuatu profesion yang sebenar adalah satu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan. Menurut Kamus Dewan, profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran tinggi dan latihan khas. Contohnya, perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain. Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Song Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai satu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya untuk dipatuhi demi mengawal kualiti dan nilai tara perkhidmatan. Nilai tara perkhidmatan menjadi panduan dalam usaha memastikan tingkah laku dipatuhi oleh setiap ahlinya. Kedinamikan perubahan profesion keguruan dalam masyarakat moden sentiasa dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan dasar strategik seperti ekonomi, politik, perubahan sosial dan pembangunan nasional. Sehubungan dengan pelbagai perubahan yang berlaku ini, profesion keguruan sebenarnya amat memerlukan pelbagai perubahan inovatif dan kreatif yang mampu menyesuaikan perjuangannya dengan cabaran-cabaran baru dunia masa kini. Selaras dengan usaha transformasi ekonomi negara daripada pertanian kepada perindustrian, daripada masyarakat maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat k-ekonomi, maka peranan profesion keguruan akan turut sama berubah dalam menzahirkan kurikulum dan seterusnya menjadikan profesion ini lebih relevan.

2.0 KEMAHIRAN PROFESIONALISME GURUPeranan guru dalam profesion mereka adalah sangat penting kerana guru merupakan arkitek pembangunan negara. Murid pada hari ini ialah pemimpin masa hadapan. Maka, adalah penting bagi seorang guru mempunyai ciri-ciri yang berkesan dalam menjalankan tugas mulia ini. Guru di dalam kelas berperanan untuk membina murid-murid yang akan menjadi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri glokal, patriotik dan semangat cintakan negara. Guru juga merupakan orang yang penting dalam pembentukan diri seseorang pelajar kerana mereka menghabiskan sebahagian besar masa di sekolah. Seorang kanak-kanak berhadapan dengan guru bermula sejak umur mereka 6 tahun iaitu di peringkat prasekolah sehingga peringkat remaja. Guru akan memuji, menegur, menguji dan menengking mereka semasa menjalankan tugas. Segala gerak laku dan perbuatan guru yang disenangi atau sebaliknya akan diperhatikan dan ditiru oleh pelajar. Sebagai penggerak pembelajaran, guru perlu membimbing murid-murid supaya mereka berusaha belajar secara individu ataupun secara kumpulan. Manakala, guru harus mengurus bilik darjah seperti mengurus rutin bilik darjah, menentukan corak penyusunan meja kerusi dan peralatan untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Bukan setakat itu sahaja guru juga berperanan sebagai ibu bapa kepada murid-murid, demi menjaga keselamatan dan kebajikan mereka. Peranan ini membantu murid-murid menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai anggota keluarga mereka. Peranan dan tanggungjawab guru juga sebagai kerani seperti melakukan kerja-kerja menaip kertas-kertas soalan yang disediakan, merekod markah-markah ujian, mengisi keputusan peperiksaan dalam buku kemajuan , menulis surat kepada ibu bapa dan kerja-kerja kerani yang lain. Selain itu guru juga berperanan pelajar dengan mengikuti kursus meningkatkan keilmuan profesionalisme keguruan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan mutu pengajarannya. Guru juga harus mempunyai perhubungan sebagai pegawai antara guru besar dengan murid, antara pihak sekolah dengan ibu bapa.

Secara khususnya pula guru berperanan dan bertanggungjawab sebagai pengamal ilmu. Dalam erti kata lain guru mempunyai peranan yang utama lagi mulia dalam memindahkan ilmu yang baik , meninggikan adab murid serta memberi petunjuk kearah jalan yang benar sebagai pengamal ilmu.

Guru sebagai pengamal kemahiran profesional harus mempunyai pengetahuan yang luas, kemahiran dan kaedah penyampaian yang cekap serta mempunyai sahsiah yang elok dan bersikap dedikasi. Guru yang memperoleh kemahiran profesioanal adalah bertauliah dan cekap menjalankan tugas-tugas seperti pengajaran, bimbingan dan aktiviti ko-kurikulum berlandaskan amalan teori-teori pendidikan. Seorang guru mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang matapelajaran yang hendak diajarkan agar penyampaian dalam pengajarannya dapat difahami oleh murid-murid.

Guru sebagai agen sosialisasi. Sehubungan ini guru harus berperanan sebagai penyebar ilmu kemasyarakatan serta membentuk sahsiah yang sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Tambahan lagi guru juga pembentuk masyarakat penyayang serta menjadi rol model kepada murid dan masyarakat.

Guru juga berperanan sebagai agen perubahan. Sebagai agen perubahan, guru bertanggungjawab membentukkan akhlak mulia dan jati diri di samping membina kekuatan minda dan kreativiti dalam kalangan murid dalam usaha mencapai matlamat negara bagi menghadapi pelbagai cabaran dunia tanpa sempadan.

Guru sebagai pakar rujuk serta seorang profesional, wajarlah sentiasa belajar dan meningkatkan keupayaan agar dapat menjadi pakar rujuk bukan sahaja kepada murid tetapi juga kepada rakan sejawatan. Guru sebagai seoarang pakar rujuk perlu memiliki ciri-ciri seperti kecemerlangan peribadi, kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran, kecemerlangan dalam kerja, kecemerlangan berkomunikasi dan mempunyai potensi untuk menyumbang tenaga ke arah kejayaan sekolah dan negara. Peranan guru sebagai pembimbing (mentor) ialah mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain. Guru juga harus membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah atau bayaran. Guru hendaklah membimbing murid-murid yang menghadapi masalah agar mereka dapat membina sifat keyakinan diri dan menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif.

3.0 TUGAS-TUGAS PENGURUSAN GURUSelain daripada peranan yang dinyatakan di atas, guru juga terlibat dengan tugas-tugas pengurusan di sekolah. Antara tugas-tugas tersebut seperti Guru kelas, Ketua Panitia, Guru Sukan, Setiausaha PIBG, Penyelaras LINUS, Penasihat Persatuan atau Kelab, Jurulatih Olahraga dan Permainan, Setiausaha Peperiksaan dan lain-lain lagi.

3.1 GURU KELAS

Sebagai guru di sekolah rendah, saya telah menerima pelbagai tugas yang perlu dilaksanakan bagi membantu melancarkan pentadbiran sekolah. Antara tugas-tugas pengurusan yang saya jalankan ialah guru kelas. Bidang tugas guru kelas meliputi tugas merekod dan mengemaskini butiran peribadi pelajar dalam buku rekod kedatangan, kad 001, buku kemasukan pelajar juga dalam sistem aplikasi kemasukan pelajar dalam talian. Setiap hari, sebagai guru kelas adalah menjadi tanggungjawab menanda kedatangan pelajar pada waktu pertama . Apabila berlaku ketidakhadiran pelajar, guru perlu memastikan murid mengemukakan surat kenyataan sama ada daripda ibu bapa atau penjaga murid aatupun surat cuti daripada doktor. Sekiranya tiada penjelasan dan sebab yang munasabah, guru hendaklah mengirimkan surat amaran ponteng sekolah kepada penjaganya dengan satu salinan ke pejabat sekolah.

Selain itu, guru kelas berperanan menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua darjah, membuat giliran bertugas, , giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi meja berada dalam keadaan teratur dan menguruskan pertukaran pelajar. Begitu juga dengan tugas memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan permainan dan mengeluarkan resit kepada pelajar dan merekodkannya ke dalam buku jadual kedatangan dan buku yuran. Tugas menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks pelajar juga merupakan bidang tugas guru kelas.

Guru bertanggunggungjawab terhadap pelajar di dalam kelasnya mengenai disiplin dan menanam sikap rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan mempunyai kesedaran sivik. Sekiranya terdapat kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru, perkara ini perlu dilaporkan kepada PK HEM seperti ketidakhadiran, ponteng sekolah, kesulitan memungut yuran dan masalah disiplin lain.

Kebersihan dan keceriaan kelas merupakan tanggungjawab guru kelas. Guru bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot, kerusi meja dan alatan yang terdapat di dalam kelasnya. Tugas ini boleh dibantu oleh pelajar berdasarkan jadual tugas yang perlu disediakan oleh guru.

Kesimpulannya, guru kelas ibarat seorang ibu bapa di dalam kelasnya. Tanggungjawab menjaga bilik darjah dan mengawasi anak-anak murid adalah tugas utama. Guru kelas mestilah mengenal keperibadian dan latar belakang keluarga setiap pelajarnya. Ini dapat membantu memudahkan guru menguruskan pelajar di dalam kelasnya. Peranan ini membantu murid-murid menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian keluarga mereka. Secara professional, guru ialah penggerak pembelajaran yang berperanan membimbing murid-murid supaya mereka berusaha belajar dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Kebijaksanaan guru kelas menguruskan bilik darjah dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa. Maka, secara tidak langsung guru dapat membendung masalah ketidakhadiran dan ponteng.

3.2 KETUA PANITIA MATAPELAJARAN

Di samping tugas guru kelas, tugas sebagai ketua panitia turut dipikul oleh saya. Seorang Ketua Panitia Matapelajaran haruslah mempunyai ciri-ciri tertentu dalam proses mengendalikan sebuah panitia yang penting di sekolah demi untuk meningkatkan prestasi matapelajaran yang dipegang. Antaranya ialah memiliki kualiti peribadi seperti minat dan berfikiran positif, mempunyai pengetahuan, teori dan amalan pengurusan seperti pengurusan strategik; berkemahiran seperti kemahiran membuat keputusan dan memiliki penghayatan nilai-nilai murni dan memiliki tingkah laku positif sebagai Ketua Panitia . Ketua Panitia berperanan penting dalam memastikan pengurusan panitia berteraskan prinsip pengurusan panitia berkesan, menjana visi dan misi panitia, merancang dan melaksanakan strategi dengan berkesan, menggunakan maklumat, dapatan kajian, pendekatan dan teknologi terkini dalam pengurusan panitia, menghayati dan memupuk budaya menuntut ilmu sepanjang hayat melalui program-program terancang serta membawa dan melaksanakan perubahan dengan mengambil kira teori perubahan, amalan semasa dan tuntutan akan datang. Melalui tugas-tugas yang dijalankan sebagai guru panitia, seorang guru telah meningkatkan nilai profesionalismenya iaitu menjadi kreatif, inovatif dan bermotivasi dalam menerajui panitia, komited terhadap budaya menuntut ilmu sepanjang hayat untuk diri dan warga panitia,berpegang pada prinsip ekuiti, akauntabiliti dan integriti dalam menerajui kecemerlangan pendidikan, berani dan sanggup mengambil risiko. serta komited terhadap tanggungjawab yang diamanahkan. Bidang kurikulum pula memberikan fokus kepada fungsi ketua panitia sebagai pengurus kurikulum yang menggerakkan segala sumber untuk menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi memastikan kejayaan semua murid. Oleh itu tugas ketua panitia ialah memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berdasarkan prinsip dan peraturan, melaksanakan strategi untuk meningkatkan prestasi kurikulum, menggunakan pendekatan, dapatan kajian dan teknologi terkini bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran, meletakkan sasaran dan cabaran yang tinggi terhadap pencapaian sekolah, memastikan pembelajaran menjadi teras aktiviti sekolah, membuat penambahbaikan program kurikulum seperti pembelajaran berterusan, menganalisis prestasi pengajaran dan pembelajaran serta memberi maklum balas kepada rakan sekerja untuk tindakan penambahbaikan. Tugas-tugas sebegini mampu meningkatkan nilai profesionalisme guru yang menjadikannya seorang yang berpegang pada prinsip bahawa setiap murid boleh belajar dan berhak mendapat pengajaran dan pembelajaran, berpegang pada prinsip bahawa setiap murid mesti terlibat dalam aktiviti kurikulum, menghargai masa pembelajaran akademik murid, berupaya menghadapi cabaran serta dapat menangani masalah dan isu- isu yang berkaitan dengan kurikulum, komited terhadap usaha memajukan prestasi akademik murid dan berpegang teguh pada ekspektasi yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran. Bidang kokurikulum pula menekankan tanggungjawab ketua panitia memimpin dan mengurus akitiviti kokurikulum untuk menyokong dan mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Ketua panitia sekolah hendaklah mampu mewujudkan aktiviti yang memberi peluang seluas-luasnya kepada murid untuk menambah, mengukuh, mengamal pengetahuan serta kemahiran bagi mengembangkan potensi murid denganmenerapkan nilai murni yang diperoleh. Tugas ketua panitia dalam bidang ini ialah merancang dan melaksana pelan strategik kokurikulum, melaksanakan strategi untuk meningkatkan prestasi kokurikulum, memastikan pengurusan dan kepimpinan kokurikulum berasaskan prinsip dan peraturan, mengembangkan aspek kognitif, afektif dan psikomotor murid melalui kegiatan kokurikulum, melaksanakan penilaian dan penambahbaikan program secara berterusan seperti penglibatan murid dan guru secara analitis dan saintifik dan membentuk watak sekolah melalui program kokurikulum. Nilai profesionalisme yang terkandung dalam tugas ini ialah berpegang pada prinsip bahawa setiap murid mesti terlibat dalam aktiviti kokurikulum, mempunyai minat dan komitmen yang mendalam terhadap aktiviti kokurikulum, berupaya menghadapi cabaran serta dapat menangani masalah dan isu- isu yang berkaitan dengan kokurikulum, mempercayai bahawa aktiviti kokurikulum dapat merperkembangkan ciri-ciri peribadi murid. Seterusnya dalam bidang pengurusan hal ehwal murid menekankan tanggungjawab ketua panitia dalam mewujudkan sistem pengurusan hal ehwal murid yang berkesan. Ia bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan, kebajikan, keselamatan, disiplin, keselesaan, keharmonian dan kesejahteraan murid bagi mencapai pendidikan berkualiti. Tugas Ketua Panitia dalam bidang ini membina dasar pengurusan hal ehwal murid berlandaskan Dasar Pendidikan Negara, undang-undang dan peraturan serta perkembangan terkini, memastikan program hal ehwal murid berasaskan prinsip perkembangan fisiologi, psikologi, intelek, emosi dan kerohanian murid, memastikan pengurusan aktiviti berkaitan hal ehwal murid berasaskan prinsip dan peraturan, melaksanakan strategi untuk meningkatkan prestasi hal ehwal murid, melaksanakan aktiviti kebajikan, keselamatan, keselesaan, disiplin, kesejahteraan dan kerharmonian murid dan berkomunikasi secara berkesan dengan murid, ibu bapa dan penjaga. Tugas-tugas yang dijalankan dengan komited mampu meningkatkan nilai profesional guru seperti menyukai dan menyayangi murid, prihatin terhadap aspek kebajikan, kesejahteraan, keselamatan, keselesaan, keharmonian dan kesihatan murid, toleransi yang tinggi dalam semua keadaan dan peka terhadap keperluan kerjaya murid terkini dan masa depan mereka.

4.0 PROGRAM PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU Setiap ahli pendidik memiliki pengetahuan dan kepakaran dalam bidang tugas pengajaran pembelajaran. Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk berusaha memperkembangkan serta meningkatkan pengetahuan dan kemahirannya sejajar dengan perubahan terkini dalam dunia pendidikan. Usaha sedemikian dilihat sebagai perkembangan profesional individu dan suatu usaha peribadi yang berterusan serta memaparkan semangat, komitmen dan kematangan individu terhadap profesionnya.

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) adalah salah satu bahagian untuk melaksanakan program-program kemajuan staf bagi menyediakan perkhidmatan pengurusan pendidikan keguruan secara profesional, cekap dan berkesan agar para pendidik sentiasa berketrampilan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru (FPG), Visi dan Misi Bahagian Pendidikan Guru (BPG) serta Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Latihan-latihan sebegini boleh dianjurkan oleh pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran mahupun Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara kursus-kursus yang boleh dijalankan bagi meningkatkan profesionalisme guru sejajar dengan tugas saya sebagai guru kelas dan Ketua Panitia ialah Kursus Profesionalisme Guru dan Kursus Pengurusan Panitia . Antara cadangan bahan untuk Kursus Pengurusan Panitia ialah seperti berikut:i. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4 / 1986 Pengurusan Panitiaii. Peranan dan Fungsi Panitiaiii. Pengurusan Mesyuarativ. Minit mesyuaratv. Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolahvi. Pengurusan Fail Panitiavii. Fail Meja Ketua Panitiaviii. Pengurusan Panitia Mata Pelajaran ix. Senarai Semak Pengurusan Fail PBS Jabatan Bahasa x. Borang Indeks Fail Jabatan Bahasa Pendidikan Berterusan lebih tertumpu kepada usaha seseorang untuk menyambung pengajiannya di sesebuah kolej atau universiti untuk memperoleh sijil, diploma atau ijazah lanjutan sama ada secara sepenuh masa atau secara sambilan. Pendidikan berterusan merupakan peluang kepada seseorang untuk mencapai pendidikan yang lebih tinggi. Di Malaysia, pendidikan berterusan semakin menarik minat ramai graduan. Biiangan yang memiliki ijazah kedua (Sarjana) dan ijazah ketiga (Ph.D) bertambah pada setiap tahun. llniversiti- universiti tempatan kini banyak menawarkan program bagi mereka yang mahu meneruskan pengajian secara sambilan pada hujung minggu yang lazimnya bermula pada petang Jumaat hingga hari Ahad. Terdapat pelbagai kaedah dalam pendidikan berterusan, antaranya pembelajaran yang berlaku secara tradisional yakni pembelajaran yang dijalankan di bilik kuliah dan makmal. Pada masa kini, Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ) yang semakin popular dapat dilaksanakan dengan bantuan rakaman video dan bahan-bahan pengisian CD ROM, program broadcasting, pembelajaran atas talian (OLL), internet serta kursus interaktif atas talian (Online Interactive Courses). Pendidikan ini dapat menambah pengetahuan dan meningkatkan profesionalisme guru.

Pada masa kini, terlalu banyak sumber bacaan yang ada, bacaan tidak hanya terbatas melalui buku-buku, majalah dan akhbar (hard copy) semata-mata, malahan, melalui internet pelbagai bacaan dapat dilakukan. Guru-guru di luar negara terutama di negara maju menjadikan membaca sebagai rutin dalam kehidupan mereka sehingga mereka mampu membincangkan pelbagai isu dan perkara tanpa teragak-agak. Keupayaan mereka melontarkan idea, mengupas isu dan menganalis sesuatu permasiilahan mencerminkan imej seorang pendidik yang pintar, berihnu dan berwawasan. Maka, guru di Malaysia patut bangun menggilap imej guru Malaysia melalui pembacaan bagi memastikan guru tidak terpinggir daripada kelompok profesional yang lain.

Budaya menyelidik dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya kalangan guru masih belum menyeluruh. Penyelidikan merupakan salah satu aktiviti yang sangat berkesan dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat memandangkan menerusi penyelidikan kita mula berfikir, merancang, melakukan tinjauan dengan membaca pelbagai bahan terutama hasil dapatan kajian pihak lain, menyediakan item-item soalan, menganalisis dan menulis laporan. Proses menyelidik mendorong ke arah pemikiran yang tinggi sehingga ke peringkat analisis dan melatih kita menjadi lebih peka dan berpemikiran kritis. Selain itu, penyelidikan membolehkan kita mencungkil pelbagai perkara baharu yang membolehkan kita mencadangkan sesuatu tindakan yang lebih tekini dan sesuai.

Berfikiran reflektif merupakan amalan berfikir atau merenung kembali sesuatu pengalaman yang kita alami dan menyedari implikasinya terhadap diri kita. Berfikiran reflektif adalah suatu usaha yang bermakna untuk kita menjiwai proses P&P. Budaya berfikir secara reflektif dalam kalangan guru mampu membantu guru untuk mengimbangkan kepercayaan kita dengan keperluan pelajar. Apabila kita membuat refleksi, kita menjadi lebih sedar dan kritis mengenai amalan kita sendiri dan dengan ini sesuatu pengajaran mampu dipertingkatkan.

Melalui refleksi, kita menilai hasil perancangan dan strategi kita dalam P&P. Kita juga cuba mengenal pasti kelebihan dan kelemahan kita. Kita selalu menyemai sikap positif untuk mempertingkatkan pencapaian murid. Amalan membuat refleksi membantu kita berkembang sebagai guru yang profesional dan berkesan.

Pengajaran reflektif adalah penting kerana pengajaran ini membolehkan kita memahami pengalaman praktik tanpa mengetepikan hakikat bahawa terdapat nilai, andaian, kepercayaan dan perspektif kendiri yang mempengaruhi kedua-dua amalan dan bagaimana amalan itu dialami. Pengajaran reflektif adalah satu strategi untuk membantu kita membuat keputusan yang matang mengenai teori dan amalan pengajaran.

5.0 KESIMPULAN

Bidang pendidikan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang berlaku adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan hasrat wawasan 2020. Setiap perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan menjadi satu cabaran kepada profesion keguruan. Oleh itu,sewajarnya guru sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan kemahiran serta menjaga etika profesion keguruan. Isu memartabatkan profesion keguruan perlu ditangani secara serius kerana kejayaan sesebuah masyarakat dan negara berteraskan kepada kegigihan golongan pendidik yang berilmu dan beriltizam tinggi serta menjadi contoh pengamal ilmu yang terbaik. Pengiktirafan masyarakat terhadap golongan guru adalah bergantung kepada guru itu sendiri. Usaha pihak kerajaan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai tidak akan berjaya sekiranya guru itu sendiri tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya. Bidang pendidikan juga merupakan pelaburan terpenting bagi sesbuah negara, dan gurulah pemankin utama yang menjadi tonggak dalam memastikan segala hasrat kerajaan tercapai. Komitmen dan dedikasi guru membawa perubahan kepada msyarakat seterusnya memacu negara menacapai matlamat wawasan 2020 iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.

1