asigment cp

6
PENGENALAN Kepimpinan ialah satu proses yang melibatkan ketua dan ahli- ahlinya. Ahli-ahli boleh diketagorikan kepada individu, kumpulan, komuniti dan masyarakat. Kepimpinan juga ialah satu tingkah laku yang mempunyai keupayaan mengubah haluan suatu organisasi. Kepimpinan perlu memilih kriteria-kriteria tertentu dalam usaha mencapai objektif organisasi. Mereka boleh memantau ahli-ahlinya agar mengikut kriteria yang dipilih untuk tujuan pembangunan dan kejayaan di samping dapat mempertahankan corak kerja berpasukan yang erat (Cartwright & Zender 1960). Seorang pemimpin yang bijak akan menggunakan kuasa dan tanggungjawab yang ada pada dirinya untuk memimpin ahli-ahlinya dengan baik. Iaitu dengan menjadikan ahli-ahli di bawah pimpinannya sebagai pengerak untuk merealisasikan matlamat sebuah organisasi tersebut. Kepimpinan adalah merupakan topik yang menyentuh kehidupan masyarakat dunia tanpa mengira budaya. Kepimpinan juga membawa kuasa, dan kejayaan individu di dalam kehidupan masing-masing. Kejayaan sesebuah organisasi bergantung terhadap prestasi pimpinannya. Seseorang yang menjadi pemimpin yang baik harus mempunyai cirri-ciri khusus tertentu dalam menjalankan dalam menjalankan peranannya sebaik mungkin serta menguasai kemahiran-kemahiran yang di perlukan untuk mengendalikan ahli-ahli di bawah untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi tersebut. Kepimpinan juga di definisikan sebagai satu proses bagaimanakah seseorang itu mempengaruhi orang lain untuk mengikutnya dalam mencapai matlamat-matlamat organisasi. Daripada definisi ini perkara utama kepimpinan ialah

Upload: toke-bilal-zaidi

Post on 08-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Asigment CP

TRANSCRIPT

Page 1: Asigment CP

PENGENALAN

Kepimpinan ialah satu proses yang melibatkan ketua dan ahli-ahlinya. Ahli-ahli boleh

diketagorikan kepada individu, kumpulan, komuniti dan masyarakat. Kepimpinan juga ialah satu

tingkah laku yang mempunyai keupayaan mengubah haluan suatu organisasi. Kepimpinan perlu

memilih kriteria-kriteria tertentu dalam usaha mencapai objektif organisasi. Mereka boleh

memantau ahli-ahlinya agar mengikut kriteria yang dipilih untuk tujuan pembangunan dan

kejayaan di samping dapat mempertahankan corak kerja berpasukan yang erat (Cartwright &

Zender 1960). Seorang pemimpin yang bijak akan menggunakan kuasa dan tanggungjawab yang

ada pada dirinya untuk memimpin ahli-ahlinya dengan baik. Iaitu dengan menjadikan ahli-ahli di

bawah pimpinannya sebagai pengerak untuk merealisasikan matlamat sebuah organisasi tersebut.

Kepimpinan adalah merupakan topik yang menyentuh kehidupan masyarakat dunia tanpa

mengira budaya. Kepimpinan juga membawa kuasa, dan kejayaan individu di dalam kehidupan

masing-masing. Kejayaan sesebuah organisasi bergantung terhadap prestasi pimpinannya.

Seseorang yang menjadi pemimpin yang baik harus mempunyai cirri-ciri khusus tertentu dalam

menjalankan dalam menjalankan peranannya sebaik mungkin serta menguasai kemahiran-

kemahiran yang di perlukan untuk mengendalikan ahli-ahli di bawah untuk mencapai matlamat

sesebuah organisasi tersebut. Kepimpinan juga di definisikan sebagai satu proses bagaimanakah

seseorang itu mempengaruhi orang lain untuk mengikutnya dalam mencapai matlamat-matlamat

organisasi. Daripada definisi ini perkara utama kepimpinan ialah pengaruh seseorang ke atas

orang lain yang menjadi pengikutnya. Semakin banyak perubahan semakin banyak pengaruh

seorang pemimpin yang di perlukan. Kepimpinan di dalam organisasi adalah tentang

kepercayaan diri dalam membuat sebarang keputusan di dalam sesuatu perkara di dalam

sesebuah organisasi tersebut. Cara berfikir dan bertindak sebagai pemimpin dalam sesebuah

organisasi haruslah membuat ahli-ahli organisasi tersebut percaya pada kemampuan seseorang

yang menjadi ketua di dalam sesebuah organisasi tersebut itu. Seorang pemimpin yang cekap

dalam merancang, melaksana, menentukan halatuju, mengawal dan membuat analisis setiap

perubahan yang berlaku, adalah seorang pemimpin yang amat diperlukan (Ab. Aziz, 2000). Di

dalam organisasi kejururawatan perlu adanya seorang pemimpin yang berkualiti supaya

organisasi kejururawatan itu akan dapat menjadi sebuah organisasi yang terbaik dan ahli-ahli di

bawah organisasi tersebut dapat memberikan output yang baik kepada pesakit.

Page 2: Asigment CP

Di dalam sebuah organisasi adalah menjadi kepentingan seorang pemimpin tersebut mempunyai

karakter yang baik supaya lebih dipercayai dan dapat memimpin. Kepimpinan dalam sesebuah

organisasi yang efektif harus melibatkan dan membimbing ahli-ahlinya untuk mencapai

matlamat sesebuah organisasi tersebut. Antara ciri-ciri karakter pemimpin yang baik yang perlu

ada pada seorang pemimpin itu ialah:

1) Berpengetahuan luas.

Pemimpin tersebut perlulah mempunyai pengetahuan umum yang luas. Semakin tinggi

kedudukan seorang pemimpin tersebut semakin dituntut untuk mampu berfikir dan bertindak

dengan baik seiring dengan kemajuan ekonomi dan pengetahuan manusia masa kini. Selain

daripada itu, seorang pemimpin tersebut perlulah inisiatif untuk mencari dan berkeinginan

menemukan hal-hal yang baru.

2) Berkeyakinan tinggi.

Seorang pemimpin itu perlu mempunyai keyakinan diri yang tinggi agar berupaya menghadapi

risiko yang mendatang dan dalam membuat sebarang keputusan di dalam sesuatu hal di dalam

sesebuah organisasi tersebut.

3) Bertanggungjawab.

Seorang pemimpin yang bertanggungjawab akan melaksanakan tugasnya dengan lebih berhati-

hati dan bersedia mematuhi semua peraturan yang telah di tetapkan. Dengan adanya sifat

bertanggungjawab ini akan menjadikan pemimpin yang baik di dalam sebuah organisasi tersebut.

Pemimpin yang bertanggungjawab perlulah peka terhadap perubahan persekitaran di samping

perlu memastikan sebarang perubahan yang dilakukan menepati jangkaan serta bertindak selaras

dengan jangkaan yang di buat. Pemimpin hendaklah bersikap terbuka terhadap perkara-perkara

baru termasuklah perubahan.

4) Komunikasi yang baik.

Kemampuan berkomunikasi dengan baik amat diperlukan bagi menjadi seorang pemimpin yan

baik di dalam sesebuah organisasi tersebut. Kemahiran komunikasi yang baik juga akan dapat

menyelaraskan semua ahli-ahlinya mencapai tujuan sesebuah organisasi tersebut.

Page 3: Asigment CP

5) Pendengar yang baik.

Pemimpin ialah seorang yang sangat memerlukan kemahiran berkomunikasi dan membuat

keputusan di dalam sesebuah organisasi. Seseorang pemimpin tersebut juga mestilah menjadi

seorang pendengar yang baik terhadap masalah-masalah atau pendapat-pendapat daripada ahli-

ahlinya.

Menjadi seorang ketua jururawat ialah bukan satu tugas yang mudah. Pada pandangan saya elaun

ataupun bayaran gaji yang lebih bukanlah menjadi faktor pendorong utama untuk menjadi

seorang ketua jururawat. Faktor pendorong utama adalah kesukarelaan ingin berbakti dan

berkhidmat untuk membangunkan sesebuah organisasi kejururawatan itu. Sifat kesukarelaan ini

dirujuk kepada kesediaan menjalankan tugas-tugas kejururawatan di samping tugas-tugas hakiki

yang perlu di lakukan. Kesediaan ini bukannya satu tugas yang mudah untuk di lakukan kerana

ia merupakan satu tanggungjawab yang memerlukan komitmen dan tekad yang tinggi. Oleh itu

keperibadian atau personaliti serta sifat kepimpinan amatlah penting dalam memastikan tugas-

tugas sebagai ketua jururawat dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Jururawat ialah ahli-

ahli kepada ketua jururawat tersebut di sesebuah unit kejururawatan tersebut. Jadi, merekalah

yang akan merasai atau mempunyai persepsi sendiri mengenai ciri-ciri atau sifat-sifat

kepimpinan yang di miliki oleh ketua jururawat tersebut. Merekalah yang boleh menilai ketua

jururawat mana yang bersikap adil dalam membuat keputusan, ketua jururawat mana yang

bersedia di bawa berbincang dan juga ketua jururawat mana yang harus di hormati berdasarkan

sifat kepimpinan dan keperibadiannya.

Kesimpulan.

Kesimpulan yang dapat di buat daripada perbincangan tersebut ialah, kepimpinan ialah satu

proses di mana seseorang individu tersebut dapat mempengaruhi anggota-anggota lain di dalam

kumpulannya kearah tujuan mencapai matlamat sesuatu organisasi tersebut. Kepimpinan ialah

tenaga penting di sebalik kejayaan organisasi dan sesebuah organisasi tersebut tidak boleh

mencapai kejayaan tanpa kepimpinan yang berkesan.

Page 4: Asigment CP

RUJUKAN.

Mariam Md. Salleh, Mohammed Sani Ibrahim, & Siti Rahiyah Ariffin. (2009). Kepimpinan dan Pengurusan Strategik di Institusi Pendidikan Mara. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34 (1), 219-233.