asia tenggara soalan 6

16
1.0 Pengenalan Filipina merupakan sebuah Negara yang termasuk dalam asia tenggara yang mana meliputi Thailand,Vietnam, Kemboja , Laos, Myanmar, Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Timor Leste. Filipina merupakan Negara kepulauan terbesar dengan beberapa pulaunya. Selain itu, Filipina kaya dengan sumber hasil di Filipina mendorong kuasa lain seperti Spanyol untuk mendapatkan Filipina untuk mengaut hasil kekayaan di Filipina. Usaha tersebut bermula dengan ekspedisi pelayaran bangsa Spanyol ke Filipina. Ferdinand Magellan merupakan orang pertama yang memimpin pelayaran ke Filipina pada tahun 1522. Walaubagaimanapun, pihak Spanyol mempunyai motif yang tersendiri dalam usaha untuk menakluki Filipina. Tujuan utama Spanyol menakluk Filipina adalah untuk menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di Filipina dan untuk kepentingan perdagangan. Pada era pemerintahan Sepanyol di Filipina ramai rakyat Filipina yang Berjaya dikristianisasikan oleh penduduk Sepanyol. Penjajah Sepanyol telah membawa masuk agama katolik ke Filipina yang mana ianya sesuai dengan tradisi Sepanyol, Walter Wink ( 2005 ) . Sepanyol menjajah Filipina selama hampir 377 tahun. Selama tempoh 377 tahun tersebut penduduk di Filipina mengalami pelbagai kesengsaraan dan kesusahan yang terpaksa dilalui salah satunya melalui sistem yang mana lebih menindas penduduk di Filipina. Menurut Niels Mulder ( 2005 ), selama 333 tahun iaitu ( 1565-1898 ) merupakan era dimana Filipina dijajah oleh Sepanyol. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya perubahan kepada cara hidup penduduk di Filipina kerana pada ketika itu Sepanyol mengubah pentadbiran,ekonomi, masyarakat dan kehidupan harian.

Upload: marshalljojoe

Post on 25-Sep-2015

87 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

pemerintahan amerika di filipina

TRANSCRIPT

1.0 PengenalanFilipina merupakan sebuah Negara yang termasuk dalam asia tenggara yang mana meliputi Thailand,Vietnam, Kemboja , Laos, Myanmar, Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Timor Leste. Filipina merupakan Negara kepulauan terbesar dengan beberapa pulaunya. Selain itu, Filipina kaya dengan sumber hasil di Filipina mendorong kuasa lain seperti Spanyol untuk mendapatkan Filipina untuk mengaut hasil kekayaan di Filipina. Usaha tersebut bermula dengan ekspedisi pelayaran bangsa Spanyol ke Filipina. Ferdinand Magellan merupakan orang pertama yang memimpin pelayaran ke Filipina pada tahun 1522. Walaubagaimanapun, pihak Spanyol mempunyai motif yang tersendiri dalam usaha untuk menakluki Filipina. Tujuan utama Spanyol menakluk Filipina adalah untuk menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di Filipina dan untuk kepentingan perdagangan.Pada era pemerintahan Sepanyol di Filipina ramai rakyat Filipina yang Berjaya dikristianisasikan oleh penduduk Sepanyol. Penjajah Sepanyol telah membawa masuk agama katolik ke Filipina yang mana ianya sesuai dengan tradisi Sepanyol, Walter Wink ( 2005 ) . Sepanyol menjajah Filipina selama hampir 377 tahun. Selama tempoh 377 tahun tersebut penduduk di Filipina mengalami pelbagai kesengsaraan dan kesusahan yang terpaksa dilalui salah satunya melalui sistem yang mana lebih menindas penduduk di Filipina. Menurut Niels Mulder ( 2005 ), selama 333 tahun iaitu ( 1565-1898 ) merupakan era dimana Filipina dijajah oleh Sepanyol. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya perubahan kepada cara hidup penduduk di Filipina kerana pada ketika itu Sepanyol mengubah pentadbiran,ekonomi, masyarakat dan kehidupan harian.Selain itu, penjajahan di Filipina tidak berakhir begitu sahaja. Hal ini kerana, di Filipina telah berlaku tiga siri penjajahan iaitu penjajahan oleh Sepanyol, Amerika Syarikat dan Jepun. Namun demikian, penekanan hanya diberikan kepada siri penjajahan di Sepanyol dan Amerika Syarikat sahaja. Setelah Sepanyol berundur dari Filipina Amerika Syarikat mula mengambil alih Filipina. Amerika Syarikat telah menjajah Filipina selama setengah abad, Walter Wink ( 2000 ).[footnoteRef:1] [1: Amerika Syarikat tidak membentuk satu bentuk penjajahan baru, tetapi Amerika Syarikat hadir sebagai kuasa yang kukuh dalam ekonomi menyebabkan pergantungan melalui perusahaan-perusahaan multinasional. kehadiran pemimpin Amerika Syarikat lebih kepada perancangan membangunkan Filipina kea rah berkerajaan sendiri.]

Amerika syarikat menjajah Filipina sewaktu era pergerakan nasionalisme. Bangsa Amerika Syarikat sendiri juga tidak dapat menafikan bahawa tindakan mereka merupakan salah satu penyebar idea demokrasi . Idea demokrasi ini dibawa ke Filipina dan diaplikasikannya di Filipina . Walaubagaimanapun, penjajahan oleh Amerika Syarikat dilihat bukanlah dalam temoh yang panjang seperti mana Sepanyol menjajah Filipina. Hal ini kerana Amerika Syarikat kerana bangsa Filipina dilihat berada di ambang untuk berkerajaan sendiri. Disebabkan hal tersebut Amerika Syarikat perlu bersedia dalam memberikan kemerdekaan kepada Filipina. Penjajahan Amerika Syarikat di Filipina dilihat lebih kearah membangunkan Filipina. Hal ini kerana pemimpin-pemimpin Amerika Syarikat berusaha dalam memberikan kesedaran serta latihan kepada penduduk Filipina agar dapat memimpin Negara mereka.Oleh yang demikian, apa yang dapat dilihat bentuk penjajahan yang dibawa oleh Sepanyol dan Amerika Syarikat berbeza sekali dari segi dasar Filipinisasi kerana penjajahan oleh Sepanyol telah membawa kepada perubahan dari segi ekonomi, politik dan sosial namun, berbeza pula dengan era penjajahan Amerika Syarikat yang mana menyediakan pe peluang yang lebih baik untuk rakyat Filipina samada dari segi pendidikan, politik dan kemudahan kebajikan.[footnoteRef:2] [2: Sidek,W.M .1900-1935. Perkembangan Perlembagaan Filipina dizaman Penjajahan Amerika Syarikat,http://core.ac.uk/download/pdf/11489815.pdf .diakses pada 15 mei 2015.]

2.0 Pemerintahan Amerika Syarikat di FilipinaCorak pemerintahan Hubungan pertama antara Amerika Syarikat dengan Filipina adalah bermula secara langsung setelah terlerainya peperangan antara Sepanyol dan Amerika Syarikat pada April 1898. Amerika Syarikat datang ke Filipina dengan matlamat Holy Mission iaitu untuk membangun, mentamadunkan, memberikan pendidikan dan memberikan kemudahan dari segi sains dan teknologi dalam membentuk berkerajaan sendiri.[footnoteRef:3] Amerika Syarikat telah memerintah Filipina dalam masa yang pendek telah pun memperkenalkan satu bentuk pemerintahan berbentuk Demokrasi politik yang sangat maju ke dalam negeri Filipina. Namun begitu, pemerintahan yang berbentuk Demokrasi ini banyak kekurangannya. Hal ini kerana dalam pelaksanaanya, kuasa banyak di berikan kepada mereka yang berharta, golongan cerdik pandai dan juga golongan yang bertanah. Namun begitu, terdapat juga usaha murni yang di tunjukkan, iaitu terdapatnya gerakan menubuhkan sekolah-sekolah, mendaftarkan murid-murid dan melatih guru-guru dan pendidikan orang ramai tidak akan aman dengan perkembangan politik. Kongres Amerika yang bersidang dalam tahun 1902 telah memberikan pemerintahan Filipina kuasa untuk menjeniskan dan menjual segala tanah awam untuk faedah rakyat. [3: G. Peter. 1997. Mandate in Moroland: The American Of Muslim Filipinos 1899-1920, Diliman, Quezon City: Phillipines System, hlm 315-316.]

2.1 Pentadbiran Suruhanjaya schurmanPresiden suruhanjaya Filipina yang pertama iaitu dr. Jacob g. schurman menegaskan kebebasan dan berkerajaan sendiri adalah jenis kebebasan yang sentiasa berkembang bagi menuju kearah matlamat kemerdekaan. Suruhanjaya schurman yang dianggotai lima orang ahli yang diketuai oleh Jacob schurman sendiri telah ditubuhkan. Dalam suruhanjaya ini telah membentuk dua perundangan dewan iaitu pentadbiran berautonomi pada peringkat daerah dan majlis serta institusi awam. Walaupun amerika syarikat boleh memberikan kemerdekaan kepada Filipina, kemerdekaan terpaksa ditangguhkan. Hal ini kerana Filipina belum bersedia kearah berkerajaan sendiri. Filipina perlu persediaan yang cukup untuk mentadbir kerajaan sendiri.Taft commissionPada 1901, peralihan kuasa telah berlaku kepada pemerintahan tentera apabila satu suruhanjaya baru lima orang diketuai oleh Hakim William H.Taft yang merupakan gabenor pertama di lantik di Manila dan mula menjalankan tugasnya bertujuan untuk memenuhi cadangan-cadangan yang di buat oleh Shurman tersebut. [footnoteRef:4]Beliau bertanggungjawab untuk membimbing rakyat Filipina ke arah berkerajaan sendiri dan mengadakan pelbagai kebajikan di Filipina. Langkah-langkah yang di ambil di bawah pimpinan Gabenor H.Taft adalah keseluruhan undang-undang negeri dan ketenteraman akan di pulihkan begitu juga dengan kebuluran, penyakit berjangkit di hapuskan. Sebanyak 440 undang-undang di tubuhkan bertujuan untuk membentuk sistem baharu pemerintahan telah mula di kuatkuasakan. Undang-undang bandar dan daerah telah memberikan peluang kepada rakyat Filipina untuk mengambil bahagian dalam pemerintahan tempatan. Dalam penetapan undang-undang, kebiasaannya undang-undang awam Sepanyol yang sekian lama di jalankan masih kekal di gunakan, tetapi Mahkamah tertinggi berbentuk Amerika lebih di utamakan dan kedua hakim tertinggi yang pertama adalah terdiri daripada Rakyat Filipina manakala 3 orang rakyat Filipina yang lain juga telah ditambah ke dalam Suruhanjaya. [4: J.W.Wheeler-Bernant. 2001. Thirty Years Of American-Filipino Relations, 1899-1929 ,hlm 350.]

Akta Organik Filipina 1902Sehingga 1902, semua perlantikan telah di buat oleh Presiden daripada Amerika Syarikat dengan jasa pejabat Beliau sebagai Ketua Komander , tetapi pada tahun itu juga, kongres telah meluluskan dan mengesahkan Akta Organik Filipina yang membenarkan penubuhan-penubuhan parti politik dan suruhanjaya antaranya ialah penubuhan Parli Liberal dan juga Parti Demokratik.[footnoteRef:5] Kebebasan pergerakan politik orang Filipina tidak berkekalan kerana tindakan Parti Liberal dan Parti Demokratik yang menuntut kemerdekaan dengan lantang menyebabkan pengharaman terhadap parti-parti politik yang memperjuangkan kemerdekaan. Oleh di sebabkan itu, Gabenor Jeneral H.C Idea telah menggantikan Gabenor Taft telah meluluskan pengharaman ini. Parti Liberal dan Parti Demokratik telah di haramkan kerana matlamat perjuangan ini berubah daripada berkerajaan sendiri kepada menuntut kemerdekaan. Akibat pengharaman ini, telah menyebabkan pihak-pihak Nasionalis Filipina menubuhkan Parti Nasionalista yang ingin menuntut kemerdekaan dan Parti ini telah mendapat sokongan daripada orang ramai. Akta ini tidak menekankan agama katolik sebagai agama Negara tetapi cuba untuk selesaikan status friar atau paderi, oleh yang demikian kerajaan amerika syarikat berunding dengan pihak Vatican. Hasil rundingan, gereja bersetuju untuk menjual hartatanah friar dan berjanji untuk menggantikan secara beransur-ansur kepada paderi sepanyol dengan paderi tempatan. Namun dalam masa yang sama, kerajaan amerika syarikat berkeras tidak mahu mengundurkan golongan agama ini dari kawasan tersebut sera-merta kerana tidak mahu menjejaskan hubungan dengan pihal sepanyol. [5: Ibid,hlm 350]

Akta Jones 1916Rakyat Filipina telah selangkah lagi mencapai kemajuan menjelang tahun 1916, akta jones yang juga dikenali sebagai philipines autonomy telah diluluskan pada 29 Ogos 1916. Dengan pemberian Akta Jones ini bererti tuntutan Filipina kearah kemerdekaan selangkah lagi maju kehadapan. Akta Jones ini antara lain mencatatkan yang Amerika Syarikat suatu hari nanti akan mengorak langkah dan memberikan kemerdekaan kepada Filipina setelah rakyat Filipina benar-benar mampu berkerajaan sendiri. Akta Jones ini juga telah diserapkan idea-idea demokrasi Amerika Syarikat, iaitu konsep pemerintahan rakyat oleh rakyat untuk rakyat. Dengan konsep ini wujudlah persamaan dari segi undang-undang,kedaulatan rakyat,kebebasan beragama,becakap dan juga berakhbar. Sistem perlembagaan telah diperluaskan dan perluasan Majlis Perundangan dilakukan. Senat Filipina telah mengambil alih tugas-tugas dewan perhimpunan Filipina. Dengan demikian anggota Dewan Rakyat telah dipilih oleh rakyat dan mereka memegang jawatan itu selama tiga tahun. Anggota Dewan Senat pula menyandang jawatannya selama enam tahun. Dengan Akta Jones ini rakyat Filipina telah dilatih dan di berikan peluang untuk memegang jawatan penting sebagai persediaan kearah pembentukan kerajaan sendiri.Era Gabenor Jeneral HarrisonKemenangan Parti Demokrat telah membawa kepada perlantikan Presiden Woodrow Wilson yang kemudiannya telah melantik Francis Burton Harrison sebagai Gabenor Jeneral Filipina. Di bawah pemerintahan Harrison, Beliau telah cuba untuk mempercepatkan Filipina ke arah pemerintahan sendiri dan Beliau telah menjalankan dasar dengan cepat iaitu untuk memfilipinakan pentadbiran. Harrison juga cuba untuk mengembangkan pelajaran, membentuk satu rancangan perkembangan ekonomi, mendirikan Bank negara Filipina dan pembinaan beberapa projek perusahaan di bawah kawalan negeri. Namun begitu, pemerintahan Harrison tidak berkekalan kerana pada 1921 Parti Republikan menguasai Amerika dan mengutuk cara pemerintahan Harrison yang di anggap bertentangan dengan Undang-undang Jones dan menegaskan bahawa kemerdekaan yang serta merta adalah satu pengkhianatan kepada orang Filipina. Hal ini kerana, rakyat Filipina masih tidak layak untuk mencapai kemerdekaan kerana mereka masih lagi di anggap mentah dan perlu berlatih untuk berkerajaan sendiri. Oleh itu, Jeneral Wood telah di lantik menjadi Gabenor dan memegang jawatan dalam tahun 1921 sebagai Gabenor Jeneral dan telah mengumumkan keinginanya untuk menjalankan undang-undang Jones dengan lebih ketat. Beliau cuba menyekat rancangan Harrison yang ingin memfilipinakan pentadbiran dan tindakan Beliau ini telah mengakibatkan berlakunya pertelingkahan di antara ketua-ketua Filipina. Kematian Wood yang mengejut pada 1927, telah di gantikan oleh Gabenor Jeneral Eugene A.Gilmore, yang menghidupkan semula dasar bekerjasama dan Henry L. Stimson yang merupakan Gabenor Jeneral selepasnya telah memperkenalkan dan menghidupkan semua dewan negeri dan melantik kabinetnya daripada parti yang mempunyai kelebihan dalam Dewan Undangan.Akta Tydings McDuffieAkta Tydings McDuffie merupakan akta yang muncul hasil daripada rundingan yang di buat oleh Quezon yang sendirinya pergi ke Washington untuk meminta kebenaran daripada kongres bagi membenarkan satu tindakan kemerdekaan yang baharu. Akta ini kemudiannya di tandatangani oleh Presiden Roosevelt pada 24 hb Mac 1934 dan kemudiannya diterima oleh Dewan Undangan Filipina. Akta ini sangat menguntungkan rakyat Filipina kerana mengikut syarat-syaratnya, sebuah Komanwel Filipina akan di bentuk iaitu pada 4 hari bulan Julai 1936. Perlembagaan pula akan dibentuk oleh satu badan yang terdiri seramai 200 orang ahli yang dipilih, dalam tempoh sepuluh tahun segala hubungan-hubungan di luar negeri dan pertahanan Filipina di letakkan di bawah Amerika Syarikat. Amerika Syarikat pula berhak untuk campur tangan dalam hal ehwal politik Filipina dan angkatan tentera Amerika Syarikat akan di tarik keluar dari Filipina menjelang tahun 1946 serta perkara yang paling penting dalam akta ini adalah berkenaan dengan kemerdekaan Filipina yang telah ditetapkan pada 4 Julai 1946. Akta ini telah diterima dengan baik oleh rakyat tempatan dan pada 15 hari bulan November 1935, komanwel Filipina telah diisytiharkan dan Manuel Quezon telah di lantik sebagai Presiden manakala Sergio Osmena pula sebagai naib Presiden.2.2EkonomiPertanian dan perdaganganSistem HomestedDalam sistem homested ini setiap warganegara boleh mendapatkan 23 hektar tanah awam. Pada masa itu, pembelian atau penyewaan tanah-tanah awam oleh sebarang badan kesatuan telah di hadkan seluas-luasnya 1024 hektar sahaja. Namun begitu, polisi Sistem Homestead ini telah menemui kegagalan kerana cara untuk menjalankannya adalah sulit bagi mereka yang terdiri daripada rakyat biasa atau golongan petani biasa di samping kewangan yang tidak mencukupi. Perkara yang paling penting adalah, Jabatan Tanah yang langsung tidak memperdulikan kegiatan pemilik-pemilik tanah. Oleh itu sebarang kegiatan dan undang-undang spekulasi di tanah serta pemerasan dalam pertanian akan dapat di elakkan.Sistem Kasama Dalam sistem ini, tuan-tuan tanah membahagikan ladang-ladangnya kepada ladang-ladang kecil untuk di usahakan oleh peladang berkongsi. Sistem Kasama ini luas tersebar terutamanya dalam usaha penanam padi. Di bawah sistem ini, tuan-tuan tanah akan menyediakan tanah-tanah dalam bentuk benih dan modal, manakala penyewanya pula akan menyediakan tenaga dan juga binatang akan digunakan untuk mengusahakan pertanian tersebut di tanah yang di sewakannya itu. Penyewa akan mengambil 50 peratus daripada hasil selepas membayar bahagianya dalam bentuk perbelanjaan untuk bertanam. Selain itu, wujud juga kawasan-kawasan di mana terdapat berlakunya perebutan untuk mendapatkan tanah, inquilato atau sewa tunai yang merupakan sistem biasa yang diperkenalkan. Berlakunya perebutan ini adalah di sebabkan tiada keadilan dalam pembahagian kawasan. Dalam sistem ini, peladang yang berkongsi terpaksa membayar bunga yang sangat tinggi atas pinjaman yang dibuat. Sebagai contoh, kadar pembayaran bunga biasanya adalah dua cavan padi selepas menuai untuk tiap-tiap satu pinjaman dan kegagalan untuk membayarnya akan menyebabkan hutang tersebut akan di gandakan pada musim menuai yang akan datang. Sistem ini merupakan sistem yang menyebabkan seseorang itu terpaksa bekerja lebih di samping membayar denda yang berat dan ini akan menambahkan lagi kesengsaraan dalam kalangan semua penyewa tanah.[footnoteRef:6] [6: D.G.E Hall (terj). 1981. Sejarah Asia Tenggara, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 941-943.]

2.3Sosial Pendidikan Meskipun amerika syarikat lebih fokus kepada aspek pentadbiran namun begitu, terdapat juga usaha murni yang di tunjukkan, iaitu terdapatnya gerakan menubuhkan sekolah-sekolah, mendaftarkan murid-murid dan melatih guru-guru dan pendidikan orang ramai tidak akan aman dengan perkembangan politik. Selain itu kempen pendidikan juga turut dijalankan iaitu 600 orang guru dilantik di amerika syarikat ditugaskan di filipina. Beberapa jabatan juga ditubuhkan seperti jabatan air dan hutan, pertanian dan kesihatan awam.Kesan-kesan penjajahan Amerika Syarikat di Filipina4.0 perbezaan pengaruh institusi gereja semasa era pemerintahan Amerika Syarikat dan SepanyolSewaktu pemerintahan Amerika Syarikat di Filipina pengaruh institusi gereja semakin berkurangan hal ini demikian kerana pada zaman pemerintahan Amerika Syarikat di Filipina Akta Organik telah diperkenalkan. Di mana akta ini telah menetapkan atau mengandungi perkara yang menetapkan bahawa dalam pemerintahan Amerika Syarikat di Filipina ia tidak menekankan agama katolik sebagai agama Negara Filipina pada waktu pemerintahan mereka. Malah bagi menyelesaikan status friar kerajaan US telah berunding dengan Vatican, kerana pada ketika pemerintahan Sepanyol pada dasarnya, penyebaran agama kristian di Filipina dilihat agak berjaya. Sehingga golongan paderi menjadi golongan yang mempunyai pengaruh yang besar terhadap rakyat Filipina.[footnoteRef:7] [7: John Norbert Schumacher.1965. The Filipino Nationalist Propaganda Campaign In Europe 1880-1895. Georgetown University: Microfilm. Hlm.23-24.]

Pada permulaannya, kewujudan institusi gereja hanya bertujuan untuk menyebarkan agama kristian. Namun sejurus daripada perkembangan pengaruh besar di Filipina menyebabkan golongan ini mampu mempengaruhi sistem politik dan ekonomi di Filipina. Ringkasnya, golongan ini bukan sahaja terlibat dalam aspek keagamaan malahan mereka turut campur tangan dalam aspek politik dan ekonomi di Filipina. Tidak dinafikan bahawa Institusi gereja menjadi satu entiti yang kuat dan berkuasa dalam pentadbiran politik di Filipina. Selain itu juga, Gereja juga bersetuju untuk menjual hartanah Friar dan berjanji untuk mengantikan paderi-paderi. Di mana, pada tahun 1904 Amerika Syarikat telah membeli sebahagian besar daripada harta gereja yang bernilai US 7.2 juta di Kawasan Manila.Selain itu, faktor lain ialah matlamat Amerika Syarikat yang lebih mementingkan aspek ekonomi yang mana dasar imperialisme yang dijalankan dan Amerika Syarikat adalah untuk menampung kerugian yang dialami dalam perdagangan. Oleh itu, Amerika mencari tanah jajahan yang dapat mengatasi masalah hutang mereka.[footnoteRef:8] [8: M.Colin. 2000. A Short History of Asia. Macmillan Press LTD. Hlm 254-264.]

Manakala sewaktu dalam pemerintahan Sepanyol di Filipina, penyebaran agama kristian ke koloni-koloni merupakan satu matlamat penting dalam penjajahan Sepanyol ke Filipina. Perkara ini bermula sejak kedatangan Ferdinand Magellan pada tahun 1521 dan berkesinambungan apabila Miguel Lopez de Legapsi membuka penempatan di tempat tersebut pada tahun 1565. Seterusnya, secara umumnya ajaran katolik yang diperkenalkan telah diterima oleh penduduk tempatan walaupun kepercayaan tradisi terus dikekalkan ke satu tahap tertentu. Pada era pemerintahan Sepanyol, pengelibatan gereja bukan sahaja tertumpu kepada aspek keagamaan namun pihak gereja juga tertumpu kepada aspek politik dan ekonomi juga amat ketara. Misalnya, golongan Friar telah menjadi saingan kepada pihak pentadbir Sepanyol di Filipina. Malah, Agama kristian juga telah digunakan untuk memenangi hati penduduk tempatan dan seterusnya berjaya meletakkan undang-undang di tangan mereka dan menjadi suatu kuasa politik yang kukuh.[footnoteRef:9] [9: C.Peter.2009. A Short History of South-East Asia, Asean Focus Group Pty Limited. Hlm. 126-129]

Semasa pemerintahan Sepanyol, golongan gereja dan institusi pentadbiran kerajaan adalah saling mempengaruhi. Sebagai contoh, golongan gereja telah meminta bantuan tentera Sepanyol untuk memaksa orang Filipina menganut agama Kristian. Hal ini berbeza sama sekali semasa pemerintahan Amerika yang telah memisahkan peranan gereja. Institusi gereja semasa pemerintahan Amerika telah dipisahkan daripada bidang pentadbiran dan tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam pemerintahan.Dasar yang diamalkan oleh Sepanyol ini adalah berbeza sekali dengan dasar yang diamalkan oleh Amerika. Di bawah pemerintahan Amerika, keadaan penduduk tempatan dilihat adalah lebih baik berbanding semasa pemerintahan Sepanyol. Pelbagai pelancaran projek seperti bidang pendidikan, kebersihan dan kesihatan, kerja raya, pemulihan perundangan, kehakiman dan pembaharuan teknologi telah dilakukan. Sistem pendidikan telah ditekankan dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan perlantikan ahli-ahli khas untuk menjawat jawatan pentadbiran yang tinggi. Sebagai contoh tidak kurang daripada 600 orang guru yang dilantik di Amerika telah dihantar ke Filipina untuk bertugas. Menerusi pendidikan, lebih ramai golongan intelektual berjaya dilahirkan. Semasa pentadbiran McKinley, penduduk tempatan telah diberikan peluang untuk menjawat jawatan dalam bidang pentadbiran.[footnoteRef:10] [10: Ibid, 126-129]

Perbezaan lain ialah dari segi keadaan masyarakat tempatan. Semasa pemerintahan Sepanyol, keadaan masyarakat tempatan adalah dalam keadaan tertindas dan tertekan. Dasar pemerintahan ketika itu adalah bercorak kekerasan dan struktur pentadbiran peribumi adalah lemah kerana kuasa tertinggi didominasi oleh pihak penjajah. Sepanyol telah menjalankan beberapa dasar perancangan ekonomi yang telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan hati rakyat iaitu sistem Encomienda, Polo dan Vandala. Dalam sistem Encomienda, rakyat telah dikerah untuk menjadi buruh paksa di samping perlu membayar cukai yang tinggi. Menerusi sistem polo pula, rakyat tidak diberi gaji tetapi sebaliknya hanya diberikan sedikit beras untuk mengelakkan mereka daripada mati kebuluran, manakala dalam sistem Vandala rakyat telah dikerah untuk menjual segala hasil barangan mereka kepada pemerintah secara paksa tanpa diberikan sebarang bayaran. Dengan ini jelas menunjukkan bahawa diskriminasi telah dilakukan oleh penjajah Sepanyol ke atas penduduk tempatan. Ketiga-tiga sistem ini juga telah membawa kepada berlakunya kebuluran dan wabak penyakit. Dari segi sosial, pendidikan yang diterapkan kepada rakyat lebih kepada pengetahuan terhadap agama Kristian. [footnoteRef:11] [11: Ibid, 126-129.]

5.0 Analisis SoalanAsasnya, era kependudukan Amerika Syarikat di Filipina telah membuktikan bahawa penguasaan Amerika Syarikat di Filipina telah berjaya membawa keluar Filipina daripada penjajahan sepanyol yang dilihat lebih bersifat menindas penduduk-penduduk Filipina. Keadaan ini amat berbeza dengan pendekatan yang digunakan oleh Amerika Syarikat yang mana memberikan serta membela nasib penduduk Filipina tetapi dalam masa yang sama pihak Amerika Syarikat turut menjalankan agenda demi kepentingan mereka sendiri serta tujuan untuk mengaut keuntungan. Hal ini kerana, Amerika Syarikat sudah lama mempunyai minat yang mendalam terhadap Pasifik Asia Barat. Sebagai contohnya, Amerika Syarikat memerlukan pengkalan kapal-kapalnya untuk mengambil bahagian dalam perdagangan dengan negeri China.Hal ini dapat dilihat daripada usaha pihak Amerika Syarikat melalui penyebaran idea liberal Filipina. Penyebaran idea liberal ini dapat dilihat melalui pengenalan Akta Cooper ( rang undang-undang Filipina 1902 ), Akta Jones 1916 dan Rang undang-undang Hare. Undang-undang yang diperkenalkan oleh pihak Amerika Syarikat adalah bertujuan untuk rakyat Filipina menuntut kemerdekaan. Walaubagaimanapun, pemberian hak konsesi politik yang diberikan oleh Amerika Syarikat ke atas nasionalis Filipina bukanlah untuk menyediakan Filipina kea rah berkerajaan sendiri. Keadaan ini dapat dibuktikan menerusi faktor yang mendorong Amerika Syarikat memberi hak konsesi iaitu mengelak Filipina daripada jatuh ke tangan kuasa Barat lain,gesaan daripada nasionalis Filipina, melicinkan sistem pentadbiran, kepentingan ekonomi dan menjaga reputasi mereka sebagai sebuah bangsa yang bermoral.Namun demikian, pada pendapat saya penjajah Amerika Syarikat pada hakikatnya sememangnya tidak ikhlas dalam hak politik ke atas nasionalis Filipina. Hal ini kerana Amerika Syarikat mempunyai kepentingan sendiri. Walaupun begitu, janji Amerika Syarikat untuk memberikan kemerdekaan kepada Filipina tetap ditunaikan. Keadaan ini menunjukkan perbezaan antara bentuk penjajahan Amerika Syarikat dan Sepanyol.[footnoteRef:12] [12: Akta Jones 1916 ( Philippines autonomy )- 29 ogos 1916 bertujuan untuk membuka ruang kepada Filipina untuk menuntut kemerdekaan.2 Akta Cooper ( rang undang-undang Filipina 1902 ) memberi hak asasi kepada orang Filipina.]

6.0 KesimpulanKesimpulannya, penjajahan Sepanyol terhadap Filipina hanyalah memperlihatkan pengeksploitasian pihak Sepanyol dalam aspek ekonomi sebagai usaha untuk menambahkan kekayaan Negara sepanyol dengan menjadikan penduduk tempatan sebagai mangsa. Namun demikian, keadaan tersebut hanya mampu bertahan selama 333 tahun sahaja setelah Amerika Syarikat berjaya menguasai Filipina dan Sepanyol terpaksa berundur. Filipina kemudiannya jatuh ke tangan Amerika Syarikat. Pemerintahan oleh Amerika Syarikat telah berjaya membawa nafas baru kepada penduduk tempatan. Hal ini kerana pemerintahan oleh Amerika Syarikat telah membawa idea sistem Liberal kepada Negara Filipina telah berjaya menstabilkan keadaan di Filipina terutamanya dalam aspek politik, ekonomi, sosial dan pendidikan di Filipina.Semasa pemerintahan oleh Amerika Syarikat, di Filipina menunjukkan bahawa nasib penduduk tempatan dari pelbagai aspek kian terbela. Selain itu, tidak dinafikan juga walaupun Amerika Syarikat telah membela nasib penduduk Filipina daripada cengkaman Sepanyol, namun harus diperhatikan bahawa Amerika Syarikat juga mempunyai matlamat yang ingin dicapai melalui usaha membantu rakyat Filipina kearah berkerajaan sendiri dan memberikan kepada mereka sesuatu yang tidak pernah dinikmati semasa berada dibawah pemerintahan Sepanyol.[footnoteRef:13]Justeru itu, dapat dilihat perbezaan corak pemerintahan antara pihak Amerika Syarikat dan Sepanyol. Namun, apa yang dilihat paling ketara adalah prinsip pemisahan kerajaan dan gereja telah dipromosikan yang mana akhirnya membawa kepada pengaruh gereja yang lebih rendah dalam hal ehwal negeri ini berbanding era penjajahan Sepanyol. Keadaan ini dapat menunjukkan bahawa setelah Amerika Syarikat menguasai Filipina pengaruh institusi gereja dilihat semakin berkurang dengan wujudnya akta-akta yang diseliakan oleh pihak Amerika Syarikat. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa Filipina diperintah oleh dua corak kuasa yang berbeza yang mana telah mewujudkan prinsip pemisahan gereja antara pemerintahan Sepanyol dan Amerika Syarikat. [13: Gopal, T. A. 2002. Institusi Gereja Semasa Penjajahan Sepanyol di Filipina : Antara Penyebaran Agama Kristian dan campur tangan dalam politik serta ekonomi. Kuala Lumpur : Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya.]

RujukanBUKU C.Peter.2009. A Short History of South-East Asia, Asean Focus Group Pty Limited.D.G.E Hall (terj). 1981. Sejarah Asia Tenggara, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.G. Peter. 1997. Mandate in Moroland: The American Of Muslim Filipinos 1899-1920, Diliman,Quezon City: Phillipines System.Gopal, T. A. 2002. Institusi Gereja Semasa Penjajahan Sepanyol di Filipina : Antara Penyebaran Agama Kristian dan campur tangan dalam politik serta ekonomi, Kuala Lumpur :Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya.John Norbert Schumacher.1965.The Filipino Nationalist Propaganda Campaign In Europe 18801895. Georgetown University: Microfilm. M.Colin. 2000. A Short History of Asia. Macmillan Press LTD.Niels Mulder. 2003. Southeast Asian Images : Towards Civil Society. A Widyamartaya.Lic.Pil : Yogyakarta.Wink Walter. 2000. Peace is The Way : Writing on Nonviolence from the Fellowship of Reconcialation. Orbis book : Maryknoll.internetSidek,W.M.1900-1935. Perkembangan Perlembagaan Filipina dizaman Penjajahan Amerika Syarikat, http://core.ac.uk/download/pdf/11489815.pdf. (diakses pada 15 mei 2015, 8.30 p.m)