asas pemimpin

Upload: joannadav

Post on 16-Mar-2016

8 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pemimpin

TRANSCRIPT

Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penglibatan ahli-ahli organisasi untuk mencapai matlamat. Penguruslah yang menggerakkan matlamat organisasi dengan menggunakan wang dan sumber yang terhad. Ketrampilan pengurus ialah mengurus kendiri, berkomunikasi dengan berkesan, berpengetahuan global, merancang dan mentadbir. Malah beliau berupaya mengurus sumber-sumber yang ada. Pendek kata, fungsi pengurus ialah merancang, mengelola, memimpin dan mengawal.Pengurus perlu berprinsip seperti kestabilan semasa berjawatan, inisiatif dan bersemangat kekitaan untuk menggerakkan organisasinya. Malah, pengurus harus mempunyai kemahiran: konseptual, perhubungan manusia, teknikal dan politikal.Kesimpulannya, pengurusan merupakan satu proses mengagih input-input organisasi secara berkesan dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan untuk mengeluarkan output yang diperlukan.