sifat pemimpin ppt

36

Click here to load reader

Upload: toni

Post on 06-Dec-2015

107 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

sifat pemimpin

TRANSCRIPT

Page 1: Sifat Pemimpin ppt

BAB 3SIFAT-SIFAT PERIBADI

PEMIMPIN

Page 2: Sifat Pemimpin ppt

PENGENALAN

pemimpin haruslah memiliki keupayaan, kemampuan dan kemahiran yang baik dalam menggalas cabaran tersebut.

wujud persoalan “are leaders born or made?”

Kajian Stogdill yang dilakukan hampir 50 tahun mendapati bahawa pemimpin seharusnya memiliki kepelbagaian ilmu, kemahiran dan sifat dalam menjadikannya seorang pemimpin yang unggul.

Page 3: Sifat Pemimpin ppt

SIFAT DAN SKIL ramai sarjana yang berpendapat bahawa seseorang pemimpin yang baik biasanya

memiliki personaliti positif,

kematangan emosi,

keyakinan diri yang tinggi

serta memiliki tahap tenaga dan pemikiran yang tinggi

Page 4: Sifat Pemimpin ppt

NILAI Nilai dikaitkan dengan pembentukan sifat seseorang individu atau pemimpin.

Nilai merupakan tingkah laku dalaman yang menggariskan perbezaan antara baik dan buruk, betul atau salah, etika serta moral sesuatu tindakan.

Nilai ini sangat penting kepada seseorang pemimpin kerana sebarang keputusan, pandangan serta hala tuju organisasi banyak bergantung kepada nilai yang dipegang oleh pemimpin terbabit.

Page 5: Sifat Pemimpin ppt

SKIL @ KEMAHIRAN kemampuan melaksanakan sesuatu dgn lebih efektif.

Skil juga terbentuk melalui proses pembelajaran dan ada juga yang berlaku secara turun-temurun.

Skil boleh dikategorikan dalam bentuk umum (seperti pintar, bijak, kemahiran interpersonal), dalam bentuk yang lebih memfokus seperti kemampuan untuk mempengaruhi dan meyakinkan pihak lain.

Menurut Yukl (1994) skil dapat dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu teknikal, interpersonal dan juga konseptual.

Page 6: Sifat Pemimpin ppt

TIGA KOMPONEN UTAMA SKIL

Page 7: Sifat Pemimpin ppt

KAJIAN AWAL MENGENAI SIFAT DAN SKILPEMIMPIN

Kemampuan dari sudut kepintaran, kepekaan terhadap keperluan pihak lain, pemahaman tugas, inisiatif dan kreativiti ketika berhadapan dengan masalah, memiliki keyakinan diri yang tinggi serta kemampuan untuk menerima sebarang kritikan dan komen daripada pihak lain.

Page 8: Sifat Pemimpin ppt
Page 9: Sifat Pemimpin ppt

HUBUNGAN ANTARA SIFAT DAN KECEKAPAN PENGURUSAN

Menurut Urwick (1962), terdapat beberapa ciri atau sifat yang mampu melahirkan kecekapan dalam pengurusan. Antara ciri-ciri tersebut ialah seperti berikut:

1)Kekuatan Fizikal dan Tahap Kematangan Terhadap Tekanan

2)Keyakinan Diri

3)Kematangan dan Kestabilan Emosi

4)Integriti

5)Berorientasikan Pencapaian

Page 10: Sifat Pemimpin ppt

KEKUATAN FIZIKAL DAN TAHAP KEMATANGAN TERHADAP TEKANAN

Tenaga, kekuatan fizikal, stamina dan tahap kesabaran terhadap tekanan sangat berkait rapat dengan kecekapan dalam pengurusan organisasi (Urwick, 1962). Ini penting kerana ciri-ciri tersebut akan banyak membantu dalam menguruskan segala keperluan bagi melahirkan pengurusan yang cekap walaupun bekerja di bawah tekanan.

Malah, dengan adanya kekuatan fizikal khasnya dari sudut mental akan banyak membantu seseorang pemimpin khasnya ketika berurusan dengan pihak atasan yang panas baran, pihak pekerja yang bermasalah serta ketika berhadapan dengan masalah kurangnya komitmen daripada rakan sejawatan.

Page 11: Sifat Pemimpin ppt

KEYAKINAN DIRI

Menurut Razali (1990), keyakinan diri ialah perbezaan antara pemimpin

yang cekap dan juga sebaliknya. Malah, sebagai tambahan beliau turut

percaya bahawa keyakinan diri merupakan salah satu ciri penting yang

perlu ada pada seseorang pemimpin yang berkarisma. Sikap ini perlu bagi

memastikan segala tindakan dan keputusan yang telah dibuat akan

mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak subordinat khasnya

dalam merealisasikan matlamat dan objektif organisasi. Oleh yang

demikian, latihan yang berterusan amatlah diperlukan bagi membentuk

jati diri dan tahap keyakinan dalam kalangan pengurus.

Page 12: Sifat Pemimpin ppt

KEMATANGAN DAN KESTABILAN EMOSI

Pemimpin yang memiliki kematangan dan kestabilan emosi akanbertindak dengan lebih bijak dalam melaksanakan tugas yang diberikan khasnya dalam pembuatan keputusan. Malah yang lebih penting lagi ialah pemimpin yang memiliki sikap-sikap ini akan lebih mengenali kekuatan dan juga kelemahan diri masing-masing serta akan sentiasa bertindak untuk lebih maju lagi dalam kerjaya dan pembangunan organisasi.

Antara sifat-sifat positif yang ada pada pemimpin-pemimpin ini ialah seperti sikap ambil berat terhadap orang lain, mudah mengawal diri dan emosi serta mudah menerima kritikan dan komen pihak lain.

Murphy dan Riggio (2003) yang mendapati bahawa pengurus yang mempunyai kematangan emosi akan mudah untuk mengenali kelemahan dan kekuatan diri. Biasanya pengurus kategori ini akan lebih bersifat self improvement serta bersedia untuk menerima sebarang kritikan dan komen daripada orang di sekelilingnya.

Ini berbeza dengan golongan pengurus yang bersikap sebaliknya.Pengurus kategori ini lebih dikenali sebagai golongan yang bersifat ego atau narcissism. Sifat-sifat pemimpin ini termasuklah pemimpin yang memiliki sikap mudah merasa bangga dengan tugas yang dilakukan, mementingkan status, sentiasa menarik perhatian dan juga bermukamuka dalam melaksanakan tugas.

Page 13: Sifat Pemimpin ppt

INTEGRITI @ AMANAH Integriti merujuk kepada tingkah laku positif yang merujuk kepada sifatsifat seperti jujur, dipercayai, beretika dan juga amanah. Integriti memainkan peranan penting dalam membawa dan menonjolkan personaliti seseorang.

Asasnya, integriti merupakan asas kepada kepercayaan seseorang. Pihak subordinat akan lebih mudah mempercayai pihak atasannya jika mempunyai integriti dan berkaliber.

Malah, organisasi juga akan lebih mudah berkembang maju jika memiliki pengurus dan pekerja yang memiliki integriti yang baik.

Page 14: Sifat Pemimpin ppt

BERORIENTASIKAN PENCAPAIAN Sifat ini lebih melihat kepada nilai keperluan untuk prestasi terbaik,keinginan yang kuat ke arah kejayaan, kemampuan untuk bersaing,bertanggungjawab terhadap segala keputusan yang dibuat serta mengambil berat terhadap tugas yang diamanahkan. Kajian yang dilakukan mendapati bahawa terdapat hubungan yang positif antara sikap terhadap pencapaian dan kecekapan pengurusan (Sadler, 1995).

Menurut Razali (1990), seseorang pemimpin haruslah mempunyai matlamat yang jelas dalam merencanakan hala tuju organisasinya. Namun, ia perlu dibuat dengan berhati-hati kerana penetapan matlamat hanya akan berkesan jika dilakukan dengan situasi menang-menang kepada semua pihak. Ini bermakna dalam penetapan matlamat, pengurus tidak harus meletakkannya terlalu tinggi dan tidak pula mensasarkannya pada tahap yang terlalu rendah.

Page 15: Sifat Pemimpin ppt

GAYA KEPIMPINAN YANG BERKESAN

Menurut Dr. Mohammad Shatar Sabran ketika membentangkan kertas kerjanya di Persidangan Kebangsaan Pengurusan Awam pada 12-13 Disember 2006, beliau telah menggariskan tentang tujuh gaya kepimpinan yang biasa diamalkan oleh seorang pengurus.

Sebagai tambahan, Sadler (2003) telah menyenaraikan satu lagi gaya kepimpinan yang biasanya menjadi amalan pengurus yang dikenali sebagai autoritarian leader.

Antara LAPAN (8) gaya kepimpinan tersebut ialah:

(i) Charismatic leader

(ii) Situational leader

(iii) Transactional leader

(iv) Participative leader

(v) Transformation leader

(vi) The quiet leader

(vii) Servant leader

(viii) Autoritarion leader

Page 16: Sifat Pemimpin ppt

CHARISMATIC LEADER

Malah karisma juga boleh disamakan dengan kuasa yang dimiliki oleh seseorang pengurus tetapi tidak mampu untuk dihuraikan melalui logik. Ini boleh diertikan sebagai aura seseorang.

Menurut Ivancevich dan Matteson (2002), terdapat dua jenis pemimpin yang berkarisma. Dua ciri tersebut dapatlah dibahagikan kepada Visionary leadership dan juga Crisis-based leadership.

Page 17: Sifat Pemimpin ppt

A- VISIONARY LEADERSHIP Pemimpin jenis ini akan sentiasa berkongsi misi dan visi untuk pembangunan organisasi

Sebagai contoh ialah Microsoft Corp. Sebagai CEO, Bill Gates telah

mengambil peluang atas peningkatan pasaran komputer dan software

dengan mengembangkan perniagaannya ke serata dunia.

Page 18: Sifat Pemimpin ppt

B- CRISIS-BASED LEADERSHIP Sifat kepimpinan seseorang akan terserlah apabila berlakunya krisis dalam sesebuah organisasi

Semasa berlakunya krisis, subordinat akan memberikan segala kepercayaan kepada pemimpin untuk membuat tindakan dan keputusan tanpa sebarang bantahan. Di sini, penyelesaian masalah menjadi keutamaan berbanding persoalan kenapa masalah tersebut berlaku. Oleh itu, tidak mustahil akan berlaku kes apabila keputusan yang diambil tidaklah bersifat popular atau menyenangkan semua pihak.

Page 19: Sifat Pemimpin ppt
Page 20: Sifat Pemimpin ppt

Conger dan Kanungo (1988) pula percaya bahawa karisma digambarkansebagai seorang individu yang memiliki tingkah laku positif sepertikemampuan untuk merealisasikan visi, boleh mempengaruhi pihak lain,memberi perangsang kepada pengikut dan memiliki kemahirankomunikasi yang sangat baik. Ini dapat digambarkan melalui Jadual 3.2.

Page 21: Sifat Pemimpin ppt

SITUATIONAL LEADER

Menurut Jinkins (1998) kepimpinan ini biasanya akan mendedahkan pemimpin kepada dua pilihan stail kepimpinan iaitu directive behavior dan supportive behavior

Dalam directive behavior, para pengurus bergantung kepada sejauh mana rapatnya hubungan dengan subordinat serta kawalan terhadap mutu pekerja.

Manakala dalam supportive behavior, pemimpin lebih cenderung kepada rasa hormat, komunikasi dua hala dan membantu dalam memudahkan kerja pekerja di bawah seliaannya

Page 22: Sifat Pemimpin ppt

Blanchard percaya bahawa kombinasi kepada kedua-dua stail kepimpinan tersebut akan menjurus kepada stail kepimpinan yang lebih memfokus iaitu directing style, coaching style, supporting style dan delegating style

Page 23: Sifat Pemimpin ppt

TRANSACTIONAL LEADER

Pendekatan punishment dan reward akan digunakan dalam gaya kepimpinan ini.

Pemimpin akan memberikan semua maklumat lengkap mengenai tugas dan kerja yang sepatutnya dilakukan.

Sebagai tambahan, terdapat juga pemimpin yang suka turut serta dalam melaksanakan tugasan yang diberikan kepada pihak bawahan.

Ini dilakukan bagi memastikan subordinat menjalankan kerja yang betul dan efisien.

Page 24: Sifat Pemimpin ppt

PARTICIPATIVE LEADER

Gaya pemimpin ini lebih kepada pendekatan hendak mendidik dan mengajar pihak pekerjanya. Pemimpin akan sentiasa memberi peluang dan ruang kepada subordinat untuk memberikan pendapat dan idea dalam pembangunan kerjaya mereka.

Proses pembelajaran ini akan memberikan ruang kepada pekerja untuk memperbaiki segala kesalahan dan kesilapan yang pernah dilakukan bagi memastikan mereka lebih mahir dan efektif pada masa hadapan. Pendekatan komunikasi dari bawah ke atas akan menjadi panduan apabila pendapat dan idea pihak pekerja dijadikan asas kepada sebarang keputusan yang bakal diambil. Ringkasnya, setiap ahli organisasi sama ada pihak pengurusan atasan atau bawahan akan dianggap sebagai asset terpenting dalam organisasi.

Page 25: Sifat Pemimpin ppt

TRANSFORMATION LEADER

Berwawasan dan berpandangan jauh menjadi teras kepada gaya kepimpinan jenis ini.

Ini bermakna pemimpin yang mengamalkan gaya ini haruslah sentiasa memandang ke hadapan kerana jatuh bangun syarikat bergantung kepada idea dan keputusannya.

Kebolehan dalam merangka tindakan jangka panjang akan menyebabkan pemimpin mudah untuk meramalkan apa yang berlaku dan seterusnya mengambil tindakan yang sepatutnya.

Page 26: Sifat Pemimpin ppt

THE QUIET LEADER Gaya kepimpinan ini mementingkan ketegasan dalam melaksanakan tugas. Ini bermakna pemimpin lebih menekankan kepada pelaksanaan berbanding arahan. Di bawah penyeliaan seorang pemimpin yang berkesan, pekerja bawahan akan bekerja bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi demi mencapai kepentingan organisasi walaupun kurang menerima arahan.

Pekerja begitu mudah untuk memahami segala arahan yang diberikan dan mudah untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Pengurus hanya lebih kepada memastikan bahawa setiap anggota organisasi memahami dengan jelas tugasan yang telah diberikan dan dengan ini pihak pekerja mudah untuk memberikan sumbangan dengan lebih berkesan.

Page 27: Sifat Pemimpin ppt

SERVANT LEADER Gaya kepimpinan jenis ini menekankan kepada penglibatan semua pihak dalam pembangunan organisasi. Ini termasuklah penglibatan dari segi tenaga dan pemikiran dalam merangka tindakan dan keputusan buat organisasi. Ini bermakna kepentingan peribadi setiap anggota organisasi haruslah diketepikan dan meletakkan matlamat organisasi sebagai keutamaan.

Dengan adanya pendekatan sebegini, setiap ahli dalam organisasi akan merasai bahawa diri mereka dihargai dan turut merasakan bahawa mereka ialah sebahagian daripada organisasi. Tindakan ini bukan sahaja menjadikan sesebuah organisasi itu kuat, tetapi turut membantu dalam mempertahankannya daripada sebarang masalah dan krisis.

Menurut Ahmad Sarji (1992), anjakan paradigma dalam sektor awam telah mendedahkan kerajaan dengan pelbagai cabaran dan juga tekanan.Ini termasuklah tekanan daripada rakyat sendiri yang sentiasa mengharapkan perkhidmatan terbaik serta tekanan daripada luar khasnya globalisasi.

Page 28: Sifat Pemimpin ppt

AUTORITARIAN LEADER

Gaya kepimpinan jenis ini banyak diamalkan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu khasnya dalam bidang ketenteraan. Pemimpin mempunyai kuasa mutlak dan pihak bawahan tidak boleh mempertikaikan sebarang keputusan yang telah diambil. Pada masa lampau, seseorang pemimpin yang telah dipilih biasanya akan menggunakan sepenuhnya kuasa dan autoriti yang dimiliki bagi memperlihatkan kredibilitinya.

Malah, terdapat juga pemimpin yang melihat penguasaan sesuatu kawasan bagi memperlihatkan kuasa yang dimiliki. Ini dapat dilihat semasa zaman Revolusi Perindustrian yang memperlihatkan tokoh-tokoh barat seperti Napolean Bonaparte, Marco Polo dan ramai lagi berlumba-lumba menjajah sesuatu kawasan.

Ringkasnya, pemimpin yang mengamalkan gaya ini lebih kepada banyak memberi arahan dan semua keputusan terletak di tangannya semata-mata. Semua aktiviti kumpulan serta bagaimana aktiviti itu dijalankan juga ditentukan oleh pemimpin tersebut.

Page 29: Sifat Pemimpin ppt

TRAIT KEPIMPINAN

Page 30: Sifat Pemimpin ppt

KEPIMPINAN SEBAGAI AKTIVITI

Tindakan pemimpin yang banyak berunding dengan pihak dalaman dan luaran organisasi telah menyebabkan ada sarjana yang menganggap kepimpinan itu ialah satu aktiviti. Tindakan seperti perundingan, memotivasikan pekerja, pemantauan dan juga kawalan telah dianggap sebagai satu aktiviti yang cukup sinonim dengan kepimpinan.

Menurut Popper (2000), kepimpinan lebih merujuk kepada individu yang sentiasa memberi nasihat dan mampu mempengaruhi pihak lain. Kebolehan dan kemahiran seseorang pemimpin dalam meyakinkan pihak lain telah menyebabkannya menjadi pakar rujuk dan juga penyelesai masalah.

Oleh itu, tidak hairanlah jika pemimpin boleh diangkat sebagai mentor atau idola dalam pembangunan kerjaya seseorang pekerja.

Page 31: Sifat Pemimpin ppt
Page 32: Sifat Pemimpin ppt

KEPIMPINAN DAN KUALITI

Di awal kajian mengenai kepimpinan, ramai sarjana yang berpegang bahawa pemimpin itu dilahirkan. Ini berdasarkan kepada andaian bahawa bentuk fizikal, kebijaksanaan dan rupa paras menjadi penentu kepada layak atau tidak seseorang itu diangkat sebagai pemimpin.

Malah kepercayaan ini masih lagi diamalkan sehingga Perang Dunia ke-2 iaitupemimpin dinilai berdasarkan kepada fizikal (tenaga, stamina, penampilan dan juga ketinggian), personaliti (kesungguhan, keyakinan diri dan kemampuan diri) serta kemahiran sosial seperti mudah bekerjasama, memiliki kemahiran interpersonal yang tinggi dan juga kemampuan mentadbir.

Page 33: Sifat Pemimpin ppt

Selain itu, terdapat juga pendapat yang mengaitkan kualiti kepimpinan berdasarkan pendekatan situasi atau zaman. Contohnya seperti zaman kegemilangan Hitler di Jerman pada era 30-an, Churchill di England pada awal 40-an dan Mao di China yang menonjol bermula tahun 1946.

Negara kita juga tidak terkecuali apabila Perdana Menteri yang menerajui dikenali dengan gelaran masing-masing seperti Tunku Abdul Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan, Tun Hussien Onn sebagai Bapa Perpaduan dan Tun Mahathir sebagai Bapa Pemodenan. Berdasarkan kepada situasi yang berlaku seperti inflasi, kegawatan ekonomi, perang, darurat dan pengangguran telah memperlihatkan kualiti dan kemahiran pemimpinpemimpin yang terbabit.

Page 34: Sifat Pemimpin ppt

Kualiti pemimpin juga dapat diukur melalui kebolehan seseorang pemimpin menstrukturkan semula suasana khususnya ketika berhadapan dengan situasi-situasi tegang dalam organisasi (Fiedler, 1976).

Apabila subordinat mempunyai masalah, maka mereka mempunyai tempat rujukan untuk berunding dan menyelesaikan masalah tersebut. Begitu juga jika berlaku sebarang konflik yang melibatkan organisasi serta subordinat.

Page 35: Sifat Pemimpin ppt

KEPIMPINAN DAN PERUBAHAN

Jatuh bangun sesebuah organisasi banyak bergantung kepada kecekapan pemimpin yang menerajuinya. Kecekapan ini bolehlah dinilai melalui kos dan tenaga yang perlu dibelanjakan bagi mencapai matlamat organisasi.

Namun menurut Murphy dan Riggio (2003), kecekapan sesebuah organisasi biasanya dilihat melalui tujuh prinsip yang ditekankan oleh Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM).

Abdul Aziz (2000: 74) mengatakan bahawa terdapat empat keadaan yang perlu ditekankan jika organisasi ingin bergerak lebih maju selaras dengan perubahan yang berlaku. Antara keadaan tersebut ialah:

(i) Jangka masa kerja yang lebih panjang.(ii) Berhadapan dengan ketegangan, konflik dan ketidakpuasan hati.(iii) Memberi keyakinan kepada pihak lain.(iv) Berubah dari zon keselesaan (status quo).

Page 36: Sifat Pemimpin ppt

RUMUSANseorang pemimpin yang efektif, sifat tertentu yang ada pada pemimpin mestilah sepadan dengan kehendak situasi.

Perkara yang paling penting ialah kebolehan pengurus itu sendiri dalam mengenal pasti kebolehan dan kelebihan subordinatnya sebelum mengagihkan satu-satu tanggungjawab.

Oleh yang demikian, seseorang pemimpin yang efektif dan mempunyai ilmu pengetahuan dilihat sebagai satu kelebihan dalam menerajui satu-satu organisasi.

Kesimpulan daripada teori kepimpinan karismatik ini, dapatlah kita ketahui bahawa ciri-ciri utama pemimpin berkarisma ialah seperti yakin pada diri sendiri, mempunyai visi, keupayaan untuk menyampaikan visi tersebut, penegasan terhadap visi tersebut, gelagat yang luar biasa, dianggap sebagai ejen perubahan dan sensitif terhadap persekitaran.