nasihat untuk pemimpin pelajar

30

Upload: rosmat-rabu

Post on 28-Nov-2014

18.728 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

ciri-ciri pemimpin

TRANSCRIPT

Page 1: Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar
Page 2: Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

NasihatUntuk Pemimpin Pelajar

Catatan: Rosmat Rabu UiTM Sabah

Page 3: Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Menang… dalam undianTiada sekali dalam jangkaanHadirnya bukan bayanganTetapi suatu kenyataan

Page 4: Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Di bilik khas segala perbincanganUntuk membuat satu keputusanLantikan AJK sebagai landasanBermulalah gelaran berjawatan

Page 5: Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Gahnya bergelar pemimpin atasanKesenangan dalam genggamanTercapai segala impianLebar dalam senyuman

Page 6: Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Sudah menjadi satu kebiasaanDihormati pelbagai lapisanBaik lawan atau kawanDari pentadbiran hingga pengurusan

Page 7: Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Sungguh nikmat berjawatanMendapat tempat dan ruanganIstimewa dalam layananBak raja di kayangan

Page 8: Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Renungannya tajamKatanya arahan Isyaratnya tindakan Berkuasa dalam urusan

Page 9: Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Aduannya diperhalusiTakut mengundang publisitiTiada yang beraniSemua ambil peduli

Page 10: Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Dalam kelebihan ada kekuranganTatkala bergelar pucuk pimpinanSetiap langkah mendapat perhatianTingkah laku menjadi sebutan

Page 11: Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Dalam islam banyak pengajaranUntuk menjadi pimpinan tauladanAmbil lah untuk diamalkan Apa yang akan dicatatkan:

Page 12: Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Pertama sifat ketaqwaanBerserah kepada TuhanKerana Dia yang menentukanUntung nasib seseorang

Page 13: Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Kedua adil dalam tugasanJangan ada pilih-pilihanKhuatir berlaku ketidakpuasanAkan menghilang segala kepercayaan

Page 14: Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Ketiga jauh meninggi diriKelak merugi diri sendiri Pasti takbur menjauhkan lagiAntara pemimpin dan yang dipimpini

Page 15: Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Keempat sedia membantuKepada yang perluTanpa menungguMasa dan waktu

Page 16: Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Kelima tunjukkan tauladanDalam apa jua amalanYang baik disegerakanYang jahat dielakkan

Page 17: Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Keenam terima teguranPenuh keterbukaanPasti ada kebaikanJangan sesekali berdendam

Page 18: Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Ketujuh berhikmah dalam tindakanAgar baik jalan penyelesaianJika tidak bakal mengundangSeribu penyesalan

Page 19: Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Kelapan elak batu loncatanUntuk diri mencapai kepuasanKelak menjadi sebut-sebutanTamak dalam kekuasaan

Page 20: Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Kesembilan pandangan jauh kehadapanMenuju matlamat dan wawasanMengikut masa dan peredaranJika tidak ketinggalan zaman

Page 21: Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Kesepuluh syura dalam pertimbanganAkan tercetus pelbagai pandanganCantik dalam penilaianTerhasilnya satu rumusan

Page 22: Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Bukan mudah berjawatanSebagai pemimpin atasanTakut jadi satu bebananMenyesal tiada kesudahan

Page 23: Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Dalam diam terselit ungkapanPasrah mengikut keadaanYang penting sahut cabaranSebagai bekal satu pengalaman

Page 24: Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Dalam kehidupan ada ujianDalam ujian penuh dugaan Dalam dugaan perlu pengorbananDalam pengorbanan ada ganjaran

Page 25: Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Hidup bagai suatu kitaranDari atasan menjadi bawahanTiada yang berkekalanTiada yang patut dibanggakan

Page 26: Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Lakukan segala tugasanDengan penuh kejujuranJangan lari dari tujuanKeikhlasan dalam perjuangan

Page 27: Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Nasihat penting pada pimpinanBertanggungjawab pada TuhanTaat pada segala suruhanJauhilah setiap larangan

Page 28: Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Jawatan datang dan pergiSuka atau tidak disukaiJika baik budi pekertiSetiap kehilangan pasti dirasaiTersimpan kemas di lubok hatiDalam kenangan sampai ke mati

Page 29: Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

Akhirnya jadikan peringatanSegala yang diungkapkanSemoga membawa kecemerlanganDalam memahami erti kepimpinan

Page 30: Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar

TERIMA KASIH

ROSMAT RABU UiTM SABAH