asas kerjaya dan memahami diri murid

16
ASAS KERJAYA DAN MEMAHAMI DIRI MURID KONSEP MEMBINA GAYA HIDUP

Upload: enon

Post on 28-Jun-2015

924 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: ASAS KERJAYA DAN MEMAHAMI DIRI MURID

ASAS KERJAYA DAN MEMAHAMI DIRI MURID

KONSEP MEMBINA GAYA HIDUP

Page 2: ASAS KERJAYA DAN MEMAHAMI DIRI MURID

LOGIK PERSENDIRIAN DAN GAYA HIDUP INDIVIDU

Menurut Alder (1870-1937), logik persendirian bermaksud idea dan kepercayaan yang diperolehi seseorang individu melalui proses apersepsi secara subjektif daripada pengalaman dahulu.

Individu membina gaya hidup yang unik daripada interpretasi apersepsi ini dan menggambarkannya dalam personaliti dan tingkah laku diri sendiri.

Ini bermakna individu bertindak berdasarkan apa yang mereka percaya dalam proses apersepsi ke atas pengalaman dahulu.

Page 3: ASAS KERJAYA DAN MEMAHAMI DIRI MURID

Individu membentuk konsep kendiri dan konsep terhadap kehidupan yang dapat memberikan panduan atau pola gaya hidup mereka masing-masing.

Gaya hidup individu pula dibentuk oleh kanak-kanak ketika umur 5 tahun.

Beliau berpendapat gaya hidup ini merupakan strategi yang mana setiap individu mengatur dan menggunakannya untuk menangani perasaan inferioriti.

Strategi individu boleh berbentuk kesenian atau intelektual, menguasai atau membuli orang, berpura-pura sakit sebagai senjata mendapat perhatian dan kasih sayang, dan sebagainya.

Page 4: ASAS KERJAYA DAN MEMAHAMI DIRI MURID

Perkembangan personaliti adalah dipengaruhi oleh kedudukan individu dalam sesebuah keluarga dan cara-cara asuhan kanak-kanak oleh ibu bapa mereka.

Faktor-faktor yang membentuk konsep kendiri negatif ialah penyakit dan kecacatan fizikal, terbiar, kekurangan kasih sayang dan manja yang keterlaluan semasa peringkat kanak-kanak.

Page 5: ASAS KERJAYA DAN MEMAHAMI DIRI MURID

INFERIORITI KOMPLEKS DENGAN GAYA HIDUP INDIVIDU

Inferioriti kompleks dihuraikan oleh Adler untuk menganalisis sekumpulan idea dan perasaan yang timbul sebagai respons individu berdasarkan kekurangannya.

Istilah ini digunakan untuk mewakili perasaan yang tidak berharga termasuk kekurangannya yang membawa akibat kehilangan penghargaan kendiri atau bertingkah laku agresif.

Page 6: ASAS KERJAYA DAN MEMAHAMI DIRI MURID

Menurut Alder, individu yang mengurungkan diri dalam rumah tanpa hubungan di luar akan mengalami inferioriti kompleks akibat kekurangan minat terhadap seks dan hubungan sosial.

Individu yang mengalami kekurangan ini, termasuk keadaan miskin, akan berusaha memotivasi diri untuk mendapat penghargaan kendiri atau superioriti sebagai pampasan untuk kekurangannya.

Jika usaha ini gagal, individu itu akan mengalami inferioriti kompleks.

Page 7: ASAS KERJAYA DAN MEMAHAMI DIRI MURID

MINAT DAN NILAI SOSIAL DENGAN GAYA HIDUP INDIVIDU

Minat sosial yang mengandungi nilai altruisme adalah subur dan dipupuk dalam keluarga.

Kanak-kanak yang tidak mempunyai minat sosial akan menghadapi penyinggaran sosial dan mempunyai masalah emosi, termasuk kesedihan.

Ramai orang yang meminta perkhidmatan kaunseling terdiri individu yang kerap kali terasa kesepian, kesinggaran dan kesunyian.

Page 8: ASAS KERJAYA DAN MEMAHAMI DIRI MURID

Kesihatan mental diukur dengan kuantiti nilai sosial yang dipunyai oleh seseorang individu.

Ciri-ciri kesihatan mental ialah kerjasama dengan orang lain sebagai ahli komuniti, keyakinan berinteraksi dengan kumpulan atau mana-mana situasi sosial, dan berupaya memberi sumbangan kepada komuniti yang dirinya berinteraksi, termasuk nilai keberanian.

Berdasarkan istilah Alder, keberanian merangkumi maksud aktiviti dan minat sosial.

Page 9: ASAS KERJAYA DAN MEMAHAMI DIRI MURID

Individu yang mempunyai minat sosial biasanya digalakkan bertindak dengan kepentingan sosial.

Maka, mereka mempunyai kehormatan dan keyakinan kendiri kerana tindakannya adalah berlandaskan kepentingan sosial dan bukan kepentingan diri sendiri.

Individu yang mempunyai kesihatan mental dan kepentingan sosial akan mengkonsepsikan diri sebagai kedudukan sosial yang samarata dan sedia memberi sumbangan yang bermakna kepada keluarga, komuniti, masyarakat dan negara.

Page 10: ASAS KERJAYA DAN MEMAHAMI DIRI MURID

Individu yang memperolehi nilai dan kepentingan sosial didapati :Melayan orang lain sebagai kedudukan sosial

yang samarata.Merasa sama kedudukan dengan orang lain.Berorientasi kepada kerja.Bertingkah laku megikut norma (common

sense) dan atas permintaan keadaan.Memperolehi perasaan sebagai ahli

masyarakat dan integrasi dirinya dalam interaksi sosial.

Page 11: ASAS KERJAYA DAN MEMAHAMI DIRI MURID

TUGASAN HIDUP DAN GAYA INDIVIDUMenurut Alder, terdapat tiga tugasan hidup

yang utama dalam seseorang individu :KerjayaPersahabatanKasih sayang

Tugasan hidup boleh dicapai dengan adanya kehidupan sosial dan sahabat-sahabat, kerjaya, dan membina rumahtangga dan melahirkan zuriat.

Page 12: ASAS KERJAYA DAN MEMAHAMI DIRI MURID

Apabila menghadapi inferioriti kompleks, gangguan psikologikal mereka akan timbul.

Ini akan menghindar perkembangan nilai sosial dan seterusnya menggerakkan usaha bertujuan mencapai superioriti individu.

Tindakan individu ini akan menjadi halangan menunaikan tugasan hidup secara sempurna.

Apabila matlamat superioriti individu ditentukan secara tak realistik dan sukar dicapai, maka mekanisme helah bela diri akan digunakan untuk memberi sebab kegagalannya.

Page 13: ASAS KERJAYA DAN MEMAHAMI DIRI MURID

Sebab-sebab ini adalah dimanifestasikan di bawah tanda-tanda neurotik dalam tingkah laku individu iaitu logik persendirian individu.

Misalnya, seorang murid yang berkeyakinan dirinya murid terbaik mungkin mengalami migrain apabila mendapati pencapaian akademiknya sebenarnya tidaklah seperti yang difikirkan.

Page 14: ASAS KERJAYA DAN MEMAHAMI DIRI MURID

Psikotiks melepaskan diri daripada kehidupan sosial yang logikal dan masukkan dirinya dalam dunia halusinasi dan delusi yang sesuai dengan logik persendirian mereka.

Neurotiks dan psikotiks dimotivasikan oleh kepentingan diri masing-masing.

Psikopath menolak secara terbuka amalan yang diterima umum.

Mereka bukan sahaja mengutamakan kepentingan diri tetapi juga tidak mempunyai hati nurani.

Page 15: ASAS KERJAYA DAN MEMAHAMI DIRI MURID

Kesimpulannya, apabila individu tidak berupaya menyempurnakan tugasan hidup, dia akan menjadi neurotik.

Individu itu akan menggunakan helah bela diri untuk menjaga air muka mereka.

Punca masalah asas ialah perasaan inferioriti (rendah diri) yang diwarisi semasa peringkat kanak-kanak, sama ada telah dimanja, dikritik atau diketepikan.

Page 16: ASAS KERJAYA DAN MEMAHAMI DIRI MURID

Sekian, terima kasih…