asas kepimpinan dan an profesional guru-refleksi hip

2
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU TUGASAN PENULISAN REFLEKSI Jabatan Ilmu Pendidikan IPGM Kampus Pendidikan Teknik telah menjalankan Hari Ilmu Pendidikan yang bertemakan Cabaran Guru Permulaan pada 14 dan 15 Oktober 2010. Terdapat banyak aktiviti yang bermanfaat yang telah dirancang oleh Jabatan Ilmu Pendidikan sempena hari ini. Sasaran aktiviti ini ialah kepada guru-guru pelatih semester 8 dan KPLI yang akan mula berkhidmat sebagai guru baru pada tahun hadapan. Tugasan saya ialah membuat refleksi berkaitan tentang pengurusan Majlis Konvokesyen Prasekolah. Aktiviti ini banyak memberikan saya pengetahuan dan pengalaman tentang prinsip-prinsip pengurusan yang perlu diamalkan demi melancarkan lagi majlis tersebut. Pada pendapat saya bukan mudah untuk menguruskan majlis tersebut kerana kumpulan yang terlibat adalah golongan kanak-kanak berusia antara 5 hingga 6 tahun. Pemilihan jawatankuasa perlu dijalankan dengan teliti demi memastikan kelancaran majlis tersebut. Sebagai langkah pertama pengurusan yang mantap, mesyuarat perlu dijalankan untuk memberikan gambaran jelas kepada semua jawatankuasa akan tugas yang perlu dijalankan oleh mereka. Sebagai seorang guru kita perlu merancang dengan terperinci dan melihat dari semua sudut di samping memikirkan sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Kita sebagai guru perlu bertindak sewajarnya andainya terdapat sebarang masalah yang timbul dan sentiasa bersedia dengan perancangan lain yang boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut. Majlis ini juga telah menunjukkan kepada saya bahawa sebagai seorang jawatankuasa pengurusan kita perlu memberikan kerjasama yang mantap dengan semua orang untuk memudahkan majlis tersebut. Komunikasi dua hala sangat diperlukan untuk membolehkan sebarang teguran dan penambahbaikan dilakukan dari semasa ke semasa. Majlis konvokesyen ini juga boleh dikaitkan dengan teori kepimpinan yang telah saya pelajari dalam subjek EDU 3108. Di dalam menguruskan majlis konvoksyen ini memperlihatkan kepada saya bahawa betapa kita

Upload: kamariah-jusoh

Post on 03-Jul-2015

740 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asas Kepimpinan Dan an Profesional Guru-refleksi Hip

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

TUGASAN PENULISAN REFLEKSI

Jabatan Ilmu Pendidikan IPGM Kampus Pendidikan Teknik telah menjalankan Hari

Ilmu Pendidikan yang bertemakan Cabaran Guru Permulaan pada 14 dan 15 Oktober

2010. Terdapat banyak aktiviti yang bermanfaat yang telah dirancang oleh Jabatan Ilmu

Pendidikan sempena hari ini. Sasaran aktiviti ini ialah kepada guru-guru pelatih

semester 8 dan KPLI yang akan mula berkhidmat sebagai guru baru pada tahun

hadapan.

Tugasan saya ialah membuat refleksi berkaitan tentang pengurusan Majlis

Konvokesyen Prasekolah. Aktiviti ini banyak memberikan saya pengetahuan dan

pengalaman tentang prinsip-prinsip pengurusan yang perlu diamalkan demi

melancarkan lagi majlis tersebut. Pada pendapat saya bukan mudah untuk

menguruskan majlis tersebut kerana kumpulan yang terlibat adalah golongan kanak-

kanak berusia antara 5 hingga 6 tahun.

Pemilihan jawatankuasa perlu dijalankan dengan teliti demi memastikan kelancaran

majlis tersebut. Sebagai langkah pertama pengurusan yang mantap, mesyuarat perlu

dijalankan untuk memberikan gambaran jelas kepada semua jawatankuasa akan tugas

yang perlu dijalankan oleh mereka. Sebagai seorang guru kita perlu merancang dengan

terperinci dan melihat dari semua sudut di samping memikirkan sebarang kemungkinan

yang akan berlaku.

Kita sebagai guru perlu bertindak sewajarnya andainya terdapat sebarang masalah

yang timbul dan sentiasa bersedia dengan perancangan lain yang boleh membantu

menyelesaikan masalah tersebut. Majlis ini juga telah menunjukkan kepada saya

bahawa sebagai seorang jawatankuasa pengurusan kita perlu memberikan kerjasama

yang mantap dengan semua orang untuk memudahkan majlis tersebut. Komunikasi dua

hala sangat diperlukan untuk membolehkan sebarang teguran dan penambahbaikan

dilakukan dari semasa ke semasa.

Page 2: Asas Kepimpinan Dan an Profesional Guru-refleksi Hip

Majlis konvokesyen ini juga boleh dikaitkan dengan teori kepimpinan yang telah

saya pelajari dalam subjek EDU 3108. Di dalam menguruskan majlis konvoksyen ini

memperlihatkan kepada saya bahawa betapa kita memerlukan tret-tret yang positif

seperti yang dicadangkan dalam teori tret. Stogdill (1974) mencadangkan sebagai

pemimpin kita perlu memiliki tret-tret yang positif seperti boleh bekerjasama, membuat

keputusan, keyakinan diri yang positif serta rela menerima tanggungjawab dengan baik.

Selain itu, dalam menguruskan majlis ini juga, seorang pemimpin perlu mempunyai

kemahiran-kemahiran sosial yang baik serta mampu untuk mentadbir dengan baik.

Tret-tret ini perlu diamalkan oleh setiap pemimpin yang terlibat dalam pengurusan untuk

memastikan kelancaran sesuatu majlis.

Majlis ini juga menunjukkan kepada saya bahawa seorang pemimpin perlu

menjalankan tanggungjawab secara semulajadi bukannya dikawal atau setelah

diarahkan. Mengikut teori tingkah laku Y, seorang pemimpin seharusnya rajin, melihat

sesuatu kerja sebagai perkara semula jadi seperti positif terhadap kerja, bercita-cita

tinggi dan sebagainya. Leadership concern iaitu keprihatinan terhadap penghasilan dan

manusia juga amat diperlukan dimana pemimpin perlu mengekalkan hubungan baik

dengan jawatankuasa yang lain serta bermatlamat mencapai tujuan organisasi. Di

samping mencapai matlamat organisasi kita juga mampu mewujudkan sokongan dan

hubungan erat sesama manusia dalam menguruskan aktiviti tersebut.

Manakala mengikut teori situasi, kejelasan struktur seorang pemimpin perlu pasti

akan tanggungjawab masing masing dalam menjalankan tanggungjawab masing-

masing. Jika seorang pemimpin tidak mengetahui tanggungjawab mereka makanya

majlis konvokesyen ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Dari sudut kanak-kanak, memperlihatkan kepada saya bahawa mereka sangat

mudah dilentur. Mudah bagi mereka untuk mengikut arahan. Jadi sebagai guru,

amatlah penting untuk menerapkan nilai-nilai positif semasa mereka sedang kecil

supaya menjadi modal insan yang cemerlang dewasa nanti. Kesimpulannya, majlis

konvokesyen ini telah membuktikan pentingnya seorang pemimpin mengamalkan

prinsip pengurusan yang mantap di samping mempunyai cirri-ciri kepimpinan yang

terbaik.