asas-asas pembinaan akhlak seseorang

23
ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. PENGENALAN 2 2. EMPAT CONTOH KES PEMBUNUHAN 5 3. FAKTOR-FAKTOR PENINGKATAN GEJALA 9 PEMBUNUHAN DALAM NEGARA 4. ASAS-ASAS PEMBINAAN AKHLAK SESEORANG 10 MANUSIA 5. KAEDAH PENERAPAN ASAS PEMBINAAN 15 AKHLAK DI KALANGAN ANGGOTA MASYARAKAT. . PENUTUP 20 !. RUJUKAN 22 1. PENGENALAN 1

Upload: terbaeekk-mybos

Post on 04-Nov-2015

31 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pembinaan Akhlak

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN

BIL.PERKARAMUKA SURAT

01. PENGENALAN2

02. EMPAT CONTOH KES PEMBUNUHAN5

03. FAKTOR-FAKTOR PENINGKATAN GEJALA 9PEMBUNUHAN DALAM NEGARA

04. ASAS-ASAS PEMBINAAN AKHLAK SESEORANG10 MANUSIA

05. KAEDAH PENERAPAN ASAS PEMBINAAN15 AKHLAK DI KALANGAN ANGGOTA MASYARAKAT.

06. PENUTUP20

07. RUJUKAN22

1. PENGENALAN

Islam merupakan agama yang syumul dan merangkumi segala aspek kehidupan. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh hamba sama ada berupa kebaikan atau kejahatan, akan diberi ganjaran dan balasan yang setimpal dengan apa yang dilakukan. Semua agama di dunia ini menyeru umatnya melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Tetapi masih ramai manusia di zaman ini yang tidak mengikut ajaran yang telah ditetapkan sebaliknya membuat sesuatu sesuka hati tanpa batasan. Akibatnya, lahirlah masyarakat yang mengabaikan aspek akhlak dalam kehidupan. Masyarakat hari ini mengalami dekadensi moral yang sangat ketara. Ianya sedang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Semua pihak baik ahli akademik, ahli politik ataupun masyarakat umum banyak membicarakan tentang penurunan nilai moral masyarakat. Perkara ini perlu ditangani kerana ia melibatkan generasi yang akan lahir di masa akan datang.Sejak akhir-akhir ini, gejala kes pembunuhan semakin berleluasa di negara Malaysia, saban hari ada sahaja berita mengenainya dilaporkan oleh pihak media. Keadaan ini sudah semestinya membimbangkan sesiapa sahaja dan menimbulkan ketakutan dan kegusaran di kalangan rakyat jelata. Ternyata keadaan ini wujud akibat pembentukan akhlak di kalangan manusia pada hari ini semakin runtuh dan di tahap yang paling membimbangkan. Sifat peri kemanusiaan dalam diri manusia semakin lami semakin terhakis dan lenyap kerana penyuburan akhlak dalam jiwa manusia itu sendiri yang semakin lama semakin pudar.Mengikut takrifan Kamus Dewan, akhlak adalah budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuan berkaitan dengan kelakuan, tingkah laku manusia dan sebagainya Numa ada baik atau jahat. Perkataan akhlak adalah berasal daripada bahasa Arab, khulq yang membawa maksud kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap, tabiat dun tingkah laku. Maksud ini terkandung dalam kata-kata Aisyah berkaitan akhlak Rusulullah s.a.w yang bermaksud : Akhlaknya (Rasullah s.a.w) adalah al-Quran (Riwayat Muslim)Akhlak Rasulullah s.a.w yang dimaksudkan di dalam kata-kata di atas ialah kepercayaan keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Rasulullah s.a.w yang semuanya merupakan pelaksanaan ajaran al-Quran.Akhlak dari segi istilah membawa maksud segala laku perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan, apabila dilakukan tidak perlu lagi berfikir panjang (Abul A'la al-Maududi, 1967). Setelah tingkah laku yang telah diamalkan sekian lama dan diterima oleh sesuatu masyarakat sebagai sebahagian daripada cara hidup, itu dinamakan akhlak.Istilah akhlak adalah suatu istilah yang bersifatrabbani kerana ia bersumberkan daripada Allah. Firman Allah bermaksud,Dan sesungguhnya kamu benar-benar berakhlak yang agong (al-Qalam: 4)Usamah ibn Syarik menceritakan bahawa dia dengan teman-temannya pada suatu hari duduk dekat Nabi dan mendengar seorang di antara yang nadir bertanya kepada baginda, "Siapakah di antara hamba Allah yang sangat disayangi oleh Tuhannya?Nabi menjawab,"Mereka yang terbaik akhlaknya" (Tabrani).Al-Khulq dari segi bahasa bererti sifat dan tabi'at. Sementara menurut istilah ia diertikan sebagai kumpulan sifat yang bersemadi di dalam jiwa dan berdasarkan dorongan dan pertimbangan sifat tersebut sesuatu perbuatan itu dikatakan baik atau buruk (Abu Urwah, 1989). Akhlak meliputi segala lapangan hidup baik rohani mahupun jasmani, meliputi dunia dan akhirat (Ahmad Ibrahlm, 1992). Firman Allah bermaksud, Demi sesungguhnya Rasulullah s.a.w adalah contoh yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah s.w.t dan balasan baik di hari akhirat nanti dan dia sentiasa mengingati Allah setiap masa (Al-Ahzab : 21)Akhlak al-Quran merupakan satu fitrah semulajadi manusia yang tidak bercanggah sedikit pun dengan akal pada setiap masa dan tempat. Kembali kepada al-Quran bererti mengembalikan manusia kepada jalan akhlak yang benar-benar diperlukan dan dicari oleh setiap manusia (Mustafa Haji Daud, 1991). Menurut tulisan Ibn Miskawayh (1966) di dalam kitab beliau, Tahdhib al-Akhlaq, akhlak adalah keadaan sesuatu jiwa yang menggerakkan seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan tanpa pertimbangan fikiran terlebih dahulu, di mana keadaan jiwa tersebut, menurut Ibn Miskawayh terbahagi dua bahagian, iaitu keadaan jiwa yang bersifat tabii dan keadaan jiwa yang 'dibentuk' melalui latihan dan kebiasaan.Kemudian, al-Ghazali (1976) di dalam Ihya Ulum al-Din mencatakan takrif akhlak sebagai sifat yang tertanam di dalam jiwa seseorang yang darinya muncul perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Kalau keadaan jiwa tersebut malahirkan laku perbuatan yang baik, yang diiktiraf akal dan syarak, maka ia dinamakan akhlak yang baik, sebaliknya jika ia melahirkan laku perbuatan yang jahat, maka ia dinamakan akhlak yang buruk.Berdasarkan takrif yang diberikan tokoh-tokoh besar Islam di atas, maka ciri-ciri utama yang mendasari istilah akhlak tersebut telah dapat difahami. Akhlak semestinya merupakan suatu laku perbuatan yang sudah cukup biasa dan sebati di dalam did seseorang sehingga apabila dia mahu melakukan perbuatan tersebut, dia sudah tidak lagi perlu berfikir terlebih dahulu, malahan ianya muncul secara spontan. Ini bermakna ruang untuk berlakon, berlagak atau malahan bersifat munafik tidak pernah diberi laluan atau tidak termasuk di bawah naungan istilah akhlak. Dalam kata lain, ciri-ciri perlakuan manusia dalam bentuk lakonan dan yang seumpamanya itu masih belum boleh dianggap sebagai suatu akhlak bagi diri seseorang.Akhlak juga, berdasarkan piawai syarak dan akal murni, boleh dibahagikan kepada dua; akhlak baik dan akhlak buruk. Bagaimanapun, menurut perpektif Islam akhlak yang dikehendaki hanyalah laku perbuatan yang bersifat baik yang sudah sebati di dalam diri seseorang, kerana itulah matlamat dari pengutusan Rasulullah S.A. Wke dunia mi. Kriteria baik itu pula, sebagaimana yang dicatatkan oleh al-Ghazali, mestilah ditentukan piawainya oleh syarak. Hal ini cukup penting menurut pandangan Islam, kerana persoalan nilai sama ada baik atau buruk, kalau diserahkan semata-mata kepada kebijaksanaan manusia menentukan piawainya, maka kecelaruan dan ketidakpastian pasti akan terjadi. Ini ialah kerana apa yang dikatakan baik misalnya oleh seseorang, tidak semestinya baik juga bagi orang lain; demikian pula halnya sesuatu perkara yang dianggap baik di suatu tempat atau pada zaman yang tertentu, tidak semestinya pula menjadi baik di tempat dan zaman lain. Untuk itu, nilai atau piawai yang ditentukan oleh syarak adalah tetap dan kekal sepanjang zaman. Ia adalah cukup tepat dijadikan sebagai rujukan di dalam hal seumpama ini. Dalam hubungan ini, kita perlu merujuk pandangan al-Qur'an tentang akhlak Rasulullah s.a.w sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:Dan bahawa sesungguhya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat mulia. (Al-Qalam:4)Berdasarkan huraian di atas, maka satu kesimpulan lagi boleh dibuat berhubung dengan ruang lingkup penghayatan akhlak yang baik menurut perspektif Islam. Maka ia secara pastinya merujuk kepada penyebatian dalam perlakuan seseorang terhadap seluruh ajaran dan suruhan yang terkandung dalam al-Quran. Dalam kata lain, ruang lingkup penghayatan seluruh isi kandungan al-Quran sebagaimana yang ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w hanya menjadi bermakna apabila segala itu terlaksana dengan sempurna di dalam diri seseorang. Menurut perspektif Islam, apabila segala itu tercapai, maka orang tersebut sudah berakhlak dengan akhlak yang baik.

2.EMPAT CONTOH KES PEMBUNUHAN DI MALAYSIA

2.1 KES PERTAMAPengasas AmBank Hussain Ahmad Najadi ditembak matiLagi kes kejadian pembunuhan bersenjata api yang berlaku di negara ini, menurut laporan media arus perdana, mangsa Hussain Ahmad Najadi berusia 75 tahunadalah seorang Pengasas AmBank Group, ditembak mati di tempat letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur pada petang Isnin 29 Julai 2013

Mangsa dan tempat kejadian

Selain itu, isteri beliau turut ditembak tetapi mengalami kecederaan dan dilaporkan stabilselepas dirawat di Hospital Tung ShingMengenai insiden itu,Allahyarham, warga Iran yang juga Pengarah Urusan pertama bank itu meninggal dunia serta merta di tempat kejadian selepas terkena tembakan di dada dan rusuk manakala isterinya berusia 48 tahun terkena peluru di lengan kiri dan peha kanan sebelum dikejarkan ke hospitalKetua Polis Daerah Dang Wangi, Asistan Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata kejadian berlaku jam 2 petang apabila tiga lelaki menunggu mangsa keluar daripada menemui seorang lelaki di tokong berhampiran dipercayai berkaitan urus niaga sahamMotif sebenar insiden pembunuhan itu kini dalam siasatan

My Sumber -http://www.mysumber.com/berita/hussain-ahmad-najadi-pengasas-ambank-mati-kena-tembak#ixzz2kYv3HqRP

2.2KES KEDUA

Polis Tidak Tolak Dendam Motif Pembunuhan11 Nov 2013, 09:03pm by Rodhiah Abu Yazid

Polis tidak menolak kemungkinan dendam menjadi punca pembunuhan bekas Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang, JAIP, Allahyarham Mohd Rafli Abdul Malek, yang ditembak petang semalam.

Bagaimanapun Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani menegaskan, pihaknya akan membuat siasatan dari semua aspek, termasuk membabitkan kes berprofil tinggi yang dikendalikan oleh Allahyarham.Datuk Sharifuddin ditemui selepas menghadiri pengkebumian Allahyarham Mohd Rafli di Tanah Perkuburan Jalan Bukit Ubi, Kuantan, siang tadi. Beliau menjelaskan, polis Pahang menubuhkan pasukan khas yang diketuai beliau sendiri bagi memburu penjenayah terbabit.

Sehingga kini, polis sudah mendapat beberapa maklumat awal bagi membantu siasatan. Manakala fotofit penjenayah terbabit akan dibuat berdasarkan keterangan anggota keluarga Allahyarham. Katanya, polis di sempadan Malaysia - Thailand turut diarah memantau kemungkinan penjenayah cuba meloloskan diri ke negara jiran bagi mengelak ditahan.

Dalam kejadian pukul 1.55 petang semalam, Allahyarham Mohd Rafli maut selepas terkena dua daripada tiga das tembakan yang dilepaskan oleh tiga penjenayah, di hadapan rumahnya, di Taman Indera Mahkota, Kuantan.

-See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Polis_Tidak_Tolak_Dendam_Motif_Pembunuhan.html#sthash.Xo70nhzt.dpuf

2.3KES KETIGA

Al Fatihah : Timbalan KP Kastam mati kena tembak

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, hari iniDatuk Shaharuddin Ibrahim, 58, yang tinggal di Dengkil, Selangor, disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada pukul 9.20 pagiKetua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagiTembakan itu mengenai bahagian leher ke atas dan Shaharuddin dikejarkan ke Hospital Putrajaya oleh pemandunya,katanya kepada pemberita ketika ditemui di kejadianKu berkata siasatan polis mendapati Shaharuddin ditembak menggunakan pistol automatikPolis akan meneliti kesemua bahan bukti termasuk kamera litar tertutup di kawasan itu, katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran Bernama

My Sumber -http://www.mysumber.com/berita/al-fatihah-timbalan-kp-kastam-meninggal-dunia-kena-tembak#ixzz2kYzyUQIZ2.4KES KEMPAT

Pembunuh Norazita berjaya ditangkap polisT K Letchumy Tamboo| Kemas kini: November 11, 2013

Click to Expand & PlaySuspek diiringi polis selepas ditangkap. -- Gambar: TwitterKUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai AmbankNorazita Abu Talib, 37, dalam kejadianrompakandi Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Okt lepas, telah berjaya ditangkap polis pagi ini.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya apabila beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Ops Cantas Bukit Aman yang dikatakan telah berjaya menangkap suspek di Johor Baharu.

Satu kenyataan dari Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah, turut mengesahkan penahanan lelaki tersebut di Kampung Belungkor, Kota Tinggi pada pukul 7 pagi ini.

Pihak polis percaya, dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan, katanya.

Dalam kejadian pada pukul 6.18 petang itu, Norazita, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.

Suspek kemudian melarikan sejumlahRM450,000dari bilik kebal itu.

Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, telah tersebar dengan meluas di laman sosial ekoran kejadian tersebut..

Terbaru :Reaksi media sosial, ramai mahu pembunuh Norazita dihukum tembak sampai mati

3.FAKTOR-FAKTOR PENINGKATAN GEJALA PEMBUNUHAN DALAM NEGARA

Terdapat banyak faktor yang membawa kepada kejadian bunuh di Negara ini. Antaranya ialah kurangnya didikan agama dalam diri seseorang ialah antara punca utama berlakunya gejala pembunuhan. Segelintir manusia pada hari ini sudah tidak kisah tentang kepentingan agama dalam hidup mereka. Mereka tidak sedar bahawa ilmu agamalah yang menentukan landasan hidup mereka yang sebenar. Tidak ketinggalan juga nilai-nilai kemanusiaan yang semakin pupus dalam diri manusia. Hal ini akan menyebabkan berlakunya gejala negatif tersebut. Di samping itu,punca keruntuhan sistem keluarga juga menyebabkan berlakunya gejala tersebut.Hal ini dapat dilihat menerusi kes-kes penderaan kanak-kanak yang kian berlaku.Mereka bukan sahaja didera malah dibunuh kejam oleh manusia yang berhati binatang.Punca ini berlaku disebabkan sikap sebilangan ibu bapa hari ini yang terlalu mengejar kebendaan tanpa mengikuti perkembangan keluarga di rumah. Selain itu,tekanan emosi dalam diri juga menjadi faktorwujudnya gejala sosial pembunuhan ini.Seseorang yang boleh terdorong untuk melakukan perbuatan tersebut adalah berkemungkinan dirinya tidak mampu untuk mengawal emosi dengan baik apabila dilanda masalah.Contohnya dalam kes kematian empat sekeluarga yang mati dibunuh oleh ahli keluarganya sendiri.Kejadian ini berlaku mungkin disebabkan gangguan emosi yang terlampau.Punca tersebut juga boleh menyebabkan kejadian bunuh diri. Faktor terakhir yang boleh disumbangkan berlakunya gejala tersebut juga ialah pengaruh dari persekitaran. Misalnya pada masa kini, kita dapat melihat majalah-majalah hiburan yang dijual di serata tempat di samping peralatan media elektronik seperti televisyen, internet dan lain-lain. Segala kemudahan yang disediakan telah disalah guna sehingga naluri manusia didorong untuk berkelakuan ganas.Menurut Pensyarah Kanan, Bahagian Psikologi, Fakulti Sains Tingkah Laku, Universiti HELP, Dr. J. Anasuya yang dipetik dari artikel yag ditulis dalam Kosmo bertarikh 14 November 2013, dari segi kesan sosiologi, mereka yang terlibat dalam jenayah tembak terkesan dengan persekitaran, mahu diberi perhatian, rasa tercabar dengan rakan yang turut terlibat dalam jenayah yang sama dan kemahuan untuk memenuhi sesuatu melalui jenayah. Kegiatan tembak ini juga dipercayai banyak mempengaruhi generasi masa kini apabila mereka secara mendadak terdedah dengan realiti dunia luar, mudah mengakses kegiatan jenayah sama ada secara langsung atau tidak menerusi internet, filem-filem dan permainan video dengan elemen keganasan, mahupun dan pengaruh rakan sebaya. Kesan pendedahan ini meningkatkan nafsu mereka untuk mencuba, katanya.Walaupun tidak pernah mengendalikan atau membuat penyelidikan berkaitan penembak, Anasuya akui, kumpulan penjenayah ini secara umum mempunyai psikologi yang hampir serupa dengan seorang pembunuh. Mereka yang terlibat dalam kes tembak ini boleh dibahagi kepada dua kategori. Pertama, penembak upahan yang melakukannya sebagai satu kerjaya. Kedua, ialah penembak berperasaan membunuh mengikut emosi. Tambah beliau, apabila seseorang itu memilih membunuh seseorang sebagai satu pekerjaan, dia tidak akan terikat dengan sikap empati atau kesan emosi. Ini kerana bagi mereka, sasaran itu hanya untuk wang. Menurut beliau lagi, mereka juga mungkin seorang penembak yang mahir dan teliti dalam merancang agar mudah terlepas daripada pihak berkuasa. Lagipun, mereka sukar dikaitkan dengan jenayah terlibat kerana merupakan orang yang tiada kaitan dengan mangsa.Bagi kategori kedua, iaitu penembak yang mengikut emosi, kumpulan ini melakukannya atas dasar perasaan peribadi, balas dendam atau cemburu. Tindakan mereka lebih mudah dikesan kerana jenayah yang dilakukan tidak dirancang dengan baik dan tanpa memikirkan jalan keluar. Secara umumnya, penembak atau pembunuh, mempunyai personaliti seorang yang suka menyendiri, antisosial dan tidak empati kepada sesiapa. Namun demikian, ia berbeza dengan pembunuh upahan yang boleh terdiri daripada seorang yang berpelajaran, berstatus, suka bersosial dan mempunyai kemahiran misalnya dalam mengendalikan senjata.

4.ASAS-ASAS PEMBINAAN AKHLAK SESEORANG MANUSIA

Untuk mengbimbing individu ke arah pembentukan akhlak seseorang manusia, mereka perlulah berusaha menghayati akhlak mulia dalam menjalani tugasan dan kehidupan mereka. Islam mempunyai asas akhlaknya yang tersendiri. Asas akhlak Islam bersumber daripada semangat falsafah tauhid. Akhlak membicara mengenai sistem perilaku yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t untuk manusia dalam menjalani kehidupannya. Justeru itu kesemua kegiatan individu dalam urusan bermasyarakat mengikut Islam perlu menepati garis akhlak yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Kemampuan individu mengharmonikan segala aspek kelakuannya mengikut panduan akhlak akan membimbing individu tersebut kepada keserasian hidupnya dengan fitrah kejadiannya. Natijah dari keserasian tersebut yang memampukan individu tersebut memperoleh kemuliaan dan kejayaan hidup di dunia dan seterusnya di alam akhirat.Oleh itu, pembentukan individu dan masyarakat berakhlak sangat dianjur oleh Islam. Nabi Muhammad s.a.w. di utuskan untuk menyempurna akhlak manusia. Penyempurnaan akhlak manusia dalam kesemua urusan hidup mengikut Islam adalah syarat awal untuk menjamin masyarakat kepada kecemerlangan dalam kesemua aspek kegiatan, termasuk usaha dalam membangun negara.Mengikut Imam Al Ghazali akhlak adalah satu kajian berkaitan kepercayaan agama yang membicarakan tentang kebenaran dan kebatilan berkaitan sesuatu amalan dan ia bukan sekadar sebagai satu bidang ilmu. Matlamat utama akhlak ialah untuk mempengaruhi kelakuan sebenar seseorang individu. Setiap amalan baik individu adalah untuk menyuci jiwa dirinya semoga ia memperoleh pembalasan yang baik di alam akhirat. Kelakuan berakhlak adalah persamaan dengan tuntutan agama. Makin beramal seseorang individu dengan ajaran agama makinlah berakhlak individu tersebut.Seterusnya Al Ghazali menerangkan bahawa akhlak juga adalah Ilmu berkaitan dengan roh, sifat-sifatnya dan ciri kelakuan manusia. Beliau dengan tegas menyatakan bahawa akhlak adalah suatu ilmu amalan yang terpenting. Bagi beliau seseorang yang gagal membimbing jiwanya tidak akan mampu mentadbir urusan kehidupan orang lain. Beliau menyarankan bahawa kemantapan akhlak mesti bermula dengan kefahaman berkaitan dengan jiwa, kuasanya dan sifat-sifatnya. Menguasai ilmu tersebut merupakan syarat awal untuk menyuci jiwanya sebagaimana yang disarankan oleh al-Quran: "Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan jiwanya; Dan sesungguhnya hampalah orang yang mengotorinya. (Asy-Syams: 9-10)Manusia pada fitrahnya mengandungi sifat malakiah dan bahimiah. Kedua-dua sifat yang sedia wujud pada diri manusia adalah penting untuk dibangunkan. Islam tidak menganjur kepada penghapusan sifat bahimiah dalam manusia. Bahkan Islam mahu sifat bahimiah ini terus dibina dengan menuntut sifat malakiah mendidik dan membimbing sifat bahimiah. Sifat bahimiah menyediakan tenaga untuk manusia bergiat dan membuat perubahan dan sifat malakiah menjamin bahawa perubahan tersebut mengikut nilai akhlak yang dapat membawa kepada kemajuan mutlak tercapai. Shah Waliullah, seorang ulama dalam abad ke-18 ada mengutara beberapa pokok asas akhlak yang dapat mengarah manusia bermasyarakat dan bernegara ke mercu kemuliaan, iaitu ke arah kemampuan menterjemah keadilan dalam kesemua urusan kehidupan manusia hingga terbangunnya sebuah peradaban yang tinggi.

Empat ciri asas akhlak tersebut adalah seperti berikut:i) Taharah - Penyucian diri manusia dalaman dan luaran. Individu Muslim digalakkan memiliki kesucian hati dan kebersihan luaran. Kesucian hati meliputi nilai akhlak yang murni seperti amanah, jujur, ikhlas, penyayang dan sebagainya. Kebersihan luaran meliputi sikap yang positif seperti, disiplin, pemakaian yang kemas dan bersih, dan pertuturan yang mempamerkan kesahsiah yang tinggi dan sebagainya. Memiliki nilai dalaman dan luaran yang tersebut menjadi seseorang individu dapat menjalani urusan bermasyarakat dengan berkesan dan penuh disiplin. Sifat keperibadian individu yang mulia ini akan dapat memainkan peranan yang positif kepada kegiatan kehidupan yang diceburi. Asas ini mampu dibina melalui amalan ibadat yang diwajibkan dan amalan sunat tambahan seperti solat tahjud, solat witir, berzikir dan sebagainya, khususnya pada larut malam hingga hampir pagi. Kesucian hati hanya akan dibina setelah hubungan erat dengan Allah s.w.t. kerap diamalkan.

ii) Ikhbat - Menegap kebenaran melalui ketaatan kepada Allah. Patuh dan cinta kepada kebenaran adalah satu daripada akhlak induk. Mereka yang tidak patuh kepada Allah menolak kebenaran walaupun ia yakin sesuatu itu benar. Sifat ini meletakkan nilai peribadi manusia supaya sentiasa taat dengan penuh keyakinan bahawa tindakan menegak kebenaran adalah sesuatu yang positif dan produktif kepada kemajuan diri dan segala urusan kehidupannya termasuk menjalani urusan membangun negara. Justeru itu keilmuan dan kefahaman yang benar akan mengawasi pandangan hidup dan segala tindak tanduk individu semoga kesemua tindak tanduk tersebut menepati arahan Illahi. Kealpaan dalam mendukung kebenaran manghasilkan individu yang munafiq. Iaitu individu yang mana tindakannya berbeza dengan apa yang dilafazkan. Jika sifat ini menjadi budaya dalam sesebuah masyarakat, ia adalah petanda awal kepada kemusnahan masyarakat terbabit.

iii) Samahah - Sifat bertolak ansur, pemurah hati dan pemaaf. Sifat ini sangat perlu dalam hidup bermasyarakat dan bernegara. Keutuhan dan kestabilan dalam sistem bernegara akan dapat dicapai jika sifat ini diamalkan oleh setiap ahli masyarakat. Semangat kerjasama dan muafakat dalam melaksana urusan kehidupan bermasyarakat adalah faktor yang membawa kepada kestabilan yang seterusnya ke arah pencapaian kemajuan masyarakat negara. Masyarakat yang penuh dengan emosi yang di pengaruhi oleh nafsu bahimiah dan tidak memiliki sifat penyayang sukar untuk bekerjasama dalam mengendali urusan kehidupan. Kemajuan sesebuah tamadun adalah usaha bersama oleh setiap individu. Ini menepati sifat tabii kemanusiaan yang memiliki ciri manusia sosial. Justeru itu sifat samahah adalah asas akhlak yang membawa kepada suasana yang harmoni dalam mengendali urusan masyarakat dalam sesebuah negara.

iv) Adalah - Bersifat insaf dan adil. Menghayati semangat keadilan dalam kesemua aspek kehidupan merupakan kemuncak kepada pembinaan tamadun manusia hasil daripada penghayatan ketiga-tiga asas akhlak terdahulu seperti taharah, ikhbat dan samahah dan yang di miliki oleh seseorang manusia.

Keempat-empat asas akhlak ini berhubung rapat dan sifat adil adalah paling di kehendaki oleh syariat. Allah s.w.t. berfirman dengan maksud "Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran". (An Nahl: 90)Ciri asas akhlak di atas jika diamal dan disepadukan dalam kesemua amalan kegiatan manusia termasuk kegiatan membangun masyarakat dan negara akan membolehkan kemajuan dan kejayaan iaitu kemampuan melaksanakan keadilan dalam menjalankan tugas. Kecapaian pelaksanaan semangat keadilan dalam penyelenggaraan setiap amalan pembangunan masyarakat merupakan kemuncak keutuhan sistem bermasyarakat dan bernegara, dan merupa syarat awal kepada pembangunan sesebuah tamadun manusia. Dalam usaha individu dan masyarakat menghayati nilai keadilan, gulungan yang berilmu dikalangan masyarakat hendak memainkan peranan yang berkesan. Allah s.w.t. berfirman dengan maksud: "Allah mengakui bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan selain daripadaNya dan malaikat mengakui dan orang-orang berilmu yang tegak dengan keadilan". (Ali 'Imran: 18)Malangnya pada masa kini pada umumnya masyarakat memahami akhlak sebagai kelakuan baik yang menghasilkan kelakuan individu yang boleh diumpamakan seperti individu yang lurus dan betul bendul. Pemahaman yang sedemikian akan gagal memberi pengertian yang tepat tentang pentingnya akhlak dalam membangun masyarakat. Jika asas akhlak difahami secara falsafah seperti yang dihujahkan oleh Shah Waliullah sudah pasti usaha ke arah pemantapan akhlak individu akan menjana ke arah kewujudan tamadun manusia yang mulia dan berdaya maju. Nilai kemanusiaan sejati yang dituntut oleh Islam seperti mendukung keadilan dan memupuk kasih sayang dikalangan umat manusia akan menjadi suatu pendekatan kepada pembangunan masyarakat semasa.Dari perspektif kemajuan ekonomi dan pembangunan negara pendekatan yang diambil menepati semangat falsafah akhlak Islam akan menjurus kepada pembangunan ekonomi dicapai melalui pendekatan keadilan sosial. Keadilan sosial di sini bererti usaha ke arah pembasmian kemiskinan di beri keutamaan. Ia diikuti dengan penghapusan segala unsur kezaliman dalam perjalanan aktiviti ekonomi. Usaha ini akan mengurang jurang perbezaan di antara yang kaya dan yang kurang bernasib baik. Turut diberi perhatian menepati semangat keadilan ialah kemampuan negara meningkat keberkesanan dalam pengaliran harta kekayaan negara semoga lebih banyak peluang ekonomi dapat dicetus. Ini sekaligus menyelesaikan masalah penggangguran, geala sosial, rompakan serta kes-kes berat yang melibatkan pembunuhan dan sebagainya. Pendekatan keadilan sosial dalam membangun ekonomi negara akan menjana kepada pertumbuhan ekonomi dengan disertai kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan tercapai.

5.KAEDAH PENERAPAN ASAS PEMBINAAN AKHLAK DI KALANGAN ANGGOTA MASYARAKAT.

Dalam mencari kaedah yang terbaik bagi memantapkan lagi asas pembinaan akhlak di kalangan anggota masyarakat kita pada hari ini, apa yang penting adalah asas kepada pembinaan dan pemantapan akhlak itu sendiri perlulah kukuh terlebih dahulu serta diamalkan dengan sebaiknya. Berikut dicadangkan kaedah terbaik menerapkan asas pembinaan akhlak tersebut iaitu melalui: i) Akidah Yang MantapAkidah dalam Islam membentuk worldyiew dan akhlak seorang Muslim. Konsep tauhid uluhiyyah misalnya, menggariskanbahawa segala sesuatu yang wujud datang dari Allah oleh itu semestinya manusia melakukan segala perbuatannya kerana Allah. Mentaati, mencintai, berlindung dan berharap kepada selain Allah secara mutlak bermakna mensyirikkan Allah. Konsep Ubudiyyah menggariskan bahawa manusia hidup sebagai hamba Allah. Seorang Muslim sejati akan mendedikasikan hidupnya untuk mencari keredhaan Allah semata-mata. Menghambakan diri pada Allah bererti menjalankan segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Segala perbuatan yang dilakukan oleh seorang Muslim tanpa mengira siapa (pekerjaan) dan apa perkara yang dibuat akan bernilai ibadah seandainya dia ikhlas dan mengikut petunjuk Setelah akidah membentuk worldyiew seorang Muslim, maka jati diri seseorang itu akan berubah dan menjadi orang yang lebih baik dan bertanggungjawab. Seorang muslim yang sejati akan bersikap amanah, berdisiplin, adil terhadap orang lain dan dirinya sendiri, melaksanakan amar makruf dan nahi munkar dan sebagainya.

ii) Kepatuhan SyariahDiri manusia memerlukan amal atau perbuatan yang selaras dan menepati dengan kehendak akidah. Kehendak dan kemahuan akidah itu dijelmakan dalam bentuk syariah yang merangkumi semua disiplin, peraturan dan perundangan yang mesti dipatuhi, diikuti dan dilaksanakan oleh manusia dalam semua kegiatan hidup yang merangkumi semua aspek kehidupan. Ianya sama ada kegiatan hidup itu merupakan gerak laku amalan atau gerak laku perbuatan yang berhubung antara manusia dengan Tuhannya, berhubung sesama manusia dalam semua lapisan dan peringkatnya dan berhubung antara manusia dengan alam sekeliling. Melalui ikatan, kawalan dan panduan syariah akan terciptalah suatu corak kehidupan yang selaras dengan kehendak Allah s.w.t.

iii) Pelaksanaan IbadahPelaksanaan ibadah merupakan amalan-amalan yang membuktikan kemantapan akhlak yang dimiliki oleh seseorang individu. Akhlak Islam bertunjangkan akidah. Sebab itulah ia mempunyai asas yang kukuh kepada keimanan, kekuasaan Allah s.w.t, qada' dan qadar, dosa dan pahala, ganjaran baik dan balasan jahat di akhirat dan sebagainya. Akhlak yang baik yang disarankan oleh al-Quran banyak sekali seperti iman, takwa, amal salih, ikhlas, sabar, amanah, zuhud, adil, suka menolong, suka memaafkan, pemurah dan sebagainya

Hujah-hujah pembentukan diri dari sudut akhlak dan ketrampilan diri dunia dan akhirat juga telah ditekankan oleh ramai ahli pemikir dan tokoh-tokoh agama terkemuka yang menekankan betapa dengan sikap, adab atau akhlak baik yang ada pada seseorang pelajar akan menjamin kejayaan di dunia dan di akhirat. Ini bermakna dengan memiliki akhlak mulia seseorang pelajar akan mencipta kejayaan demi kejayaan dalam bidang akademik, perhubungan dengan masyarakat, memahami alam sekitar, cemerlang dalam kerjaya dan membawa kebahagiaan di akhirat. Ini semua adalah akhlak-akhlak mahmudah yang ditonjolkan melalui ruanglingkup amalan ibadah yang begitu luas mencakupi berbagai aspek dunia dan akhirat.Pelaksanaan ibadah yang mantap adalah hasil gabungan pengetahuan, keterampilan, pola-pola tingkahlaku, sikap, nilai-nilai dan kebiasaan yang terkandung dalam tujuan umum pendidikan Islam akan dapat menumbuhkan semangat agama dan akhlak. Antara aspek-aspek pelaksanaan ibadah yang membawa kepada pembinaan dan pemantapan akhlak ialah dengan memiliki ilmu pengetahuan, didikan dan latihan seperti yang terdapat dalam system pendidikan kita pada hari ini. Pendidikan juga dilihat sebagai usaha membangunkan insan mukallaf, insan proaktif, insan yang sedar diri akan status, kedudukan, amanah dan tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah, mempunyai kekuatan daya fikir yang boleh mengambil iktibar, mempunyai yisi dan dapat melihat sesuatu dalam perspektif yang benar dan waspada dalam pengertian hati-hati bahawa setiap tindakan akan ada hisab, dipertanggungjawabkan dan meninggalkan kesan dari segi martabat, pertumbuhan diri dan dari segi dosa pahala, sehingga setiap pilihan yang dilakukan dibuat secara sedar dan bersengaja. Kemuliaan dan kebahagiaaan, aman dan tenteram bergantung kepada sejauhmana kejayaan dalam pendidikan akhlak. Pendidikan adalah aspek penting dalam kehidupan manusia semenjak muncul dan tersebarnya Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w yang di utuskan oleh Allah, untuk disampaikan kepada seluruh manusia. Pendidikan menjadi satu bidang perjuangan baginda. Dalam sirah, tugas pertama Rasulullah memberi pendidikan kepada pengikutnya. Ini boleh dilihat daripada ayat pertama yang diturunkan oleh Allah yang mana di dalamnya mengandungi unsur-unsur pendidikan.Firman Allah bermaksud :Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari sebuku darah beku: bacalah, dan Tuhanmu yang amat pemurah yang mengajar manusia dari pena dan tulisan, Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya (al-'Alaq 96:1-5)Ayat ini menyebut 'Qalam' dan 'Ilmu' bagi membuka aqal dan pemikiran kepada kebenaran dan mengangkat martabat manusia (Hijazi, 1968, juz.30). Kemunculan Islam dengan turunnya wahyu di atas yang memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w membaca 'Iqra' dari psikologinya melibatkan keseluruhan struktur mental manusia. Ajaran yang dibawanya lebih menekankan kepada kerohanian dari jasmani, bahkan pendidikan yang dibawanya tidak boleh diatasi oleh mana-mana pendidikan yang lain.Akhirnya lahirlah manusia yang terbangun keinsanannya iaitu manusia yang berdisiplin, mempunyai semangat dan daya juang yang tinggi, inoyatif, berpegang kepada nilai-nilai etika dan akhlak yang mulia. Lahimya generasi yang kuat bukan sahaja dalam bidang fizikal, dalam pembangunan ekonomi dan teknologinya, tetapi menjadi manusia soleh, mempunyai sikap yang positif dan dinamik, berkebolehan serta berkeyakinan, berpandangan jauh, mempunyai kekuatan dan daya tahan yang kental. Inilah buah hasil yang mam's bakal dikecapi oleh semua pihak.Pelaksanaan ibadah seterusnya adalah melalui penghayatan Al-Quran.Al Quran adalah KalamulLah (Perkataan Allah) yang diwahyukan kepada Nabi Muhamad s.a.w untuk disampaikan kepada seluruh manusia. Di dalamnya terkandung risalah (ajaran) Islam yang merangkumi konsep ketuhanan, sistem perundangan Islam, pengetahuan tentang alam ghaib seperti malaikat dan hari pembalasan, asas perundangan, system moral, fakta-fakta sains, sejarah manusia dan lain-lain lagi. Al-Quran menunjukkan bagaimana hubungan antara makhluk dan Tuhan sepatutnya dikendalikan dan bagaimana manusia hams berinteraksi sesama manusia dan dengan makhluk yang lain. Sebagai KalamulLah, maka tidak ada suatupun yang lebih mulia di muka bumi ini selain dari al-Quran. Pembacaannya adalah suatu ibadah, penghafalannya adalah idaman setiap mukmin, perintah dan larangannya adalah undang-undang, sistem nilainya adalah mutlak, segala pernyataannya adalah benar, mengamalkan apa yang disarannya adalah bukti keimanan dan orang Islam mesti percaya kepada semua ayat yang ada di dalamnya.Al-Quran tclah dan akan terus membimbing manusia untuk mencapai kesempurnaan dalam kehidupan. Al-Quranlah yang telah mencorakkan hidup orang Islam. Tidak ada kitab yang setanding dengannya kerana kandungannya yang menyeluruh. Di dalamnya terdapat panduan hidup yang sempurna. Bagi orang Islam yang mempercayai al-Quran dengan penuh keyakinan akan mendapatinya sebagai sumber ilham yang tidak ada habisnya. Bagi mereka yang tidak percaya kepada al-Quran dan memberi berbagai-bagai hujah, sebenarnya mereka hanya memperdayakan diri mereka sendiri. Al-Quran juga merupakan mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w yang kemukjizatannya berkekalan sepanjang zaman. Al-Quran menyatakan yang ianya sebagai kitab atau buku yang tidak mempunyai sebarang keraguan yang menjadi pedoman dan petunjuk bukan sahaja kepada orang Islam tetapi kepada seluruh manusia. Pandangan hidup orang Islam dinyatakan di dalam al-Quran. Akhlak Islam yang diajar oleh Nabi Muhamad s.a.w adalah akhlak yang disarankan di dalam al-Quran. Suatu masa Aisyah telah ditanya mengenai akhlak Rasululah, Aisyah menjawab bahawa akhlak Rasulullah adalah al-Quran. Al-Quran merupakan daya penggerak kepada umat Islam untuk melakukan sesuatu. Al Quran juga menjadi sumber dan pencetus kebanyakan bidang ilmu. Oleh itu adalah wajar dikatakan bahawa al-Quran sebagai sumber inspirasi dalam membina tamadun Islam kerana pendorong dan penggerak utama orang Islam adalah al-Quran.Seterusnya sebagai asas kepada pemantapan akhlak juga kita sebagai hamba yang lemah di muka bumi ini juga perlulah muhasabah diri. Di antara tanda-tanda jiwa yang beriman, menjauhi maksiat dan takut adalah sentiasa menghitung setiap perbuatan dan pekerjaannya, baik yang nampak mahupun tidak. Hal itu dilakukan agar merasa yakin bahawa jiwanya ini berjalan di atas jalan yang lurus yang telah ditentukan batas-batasnya oleh al-Quran Muhasabah nafs adalah seseorang yang melakukan perhitungan terhadap dirinya selangkah demi selangkah, tentang amal-amalnya, tingkah laku dan perbuatannya, baik yang nampak mahupun yang tidak, sehingga sedar perihal urusan dirinya sendiri dalam kerangka yang disyaratkan, dan dengan kemahuan sendiri meluruskan nafsnya apabila didapati penyimpangan. Semua itu dilakukan sebelum kehabisan usia, habisnya waktu yang ditentukan dan berdiri di hadapan Allah s.w.t menghadapi perhitungan akhirat.Muhasabah nafs dilakukan baik sebelum melakukan suatu perbuatan mahupun setelah melakukannya pada setiap waktu dan kesempatan. Tujuannya adalah agar jiwanya merasa tenang bahawa segala perbuatan yang dilakukan itu sesuai dengan syariat Allah. Apabila dalam perbuatan itu terdapat kekurangan atau kesalahan maka hendaklah segera diperbetulkan. Dia juga harus selalu beristighfar, menyesal, bertaubat dan kembali kepada Allah. Menjadi kewajiban bagi seseorang Mukmin untuk melakukan perhitungan terhadap nafsnya dan menilai amalannya. Setiap nafas yang disedutnya adalah permata yang mahal yang boleh digunakan untuk membetulkan kesilapan dan memperbanyakkan amalan soleh. Menyia-nyiakan sisa-sisa kehidupan yang ada adalah satu kerugian yang membawa kepada kehancuran. Hakikat kerugian ini akan nampak nanti pada hari kiamat, hari yang tidak ada lagi manfaat dari harta dan anak, kecuali orang yang datang dengan membawa hati yang ikhlas.Akhir sekali, kaedah terbaik yang dapat memantapkan pembinaan akhlak di kalangan anggota masyarakat adalah dengan bermujahadah. Al-Mujahadah, di dalam keadaan asalnya adalah sama dengan al-Jihad, iaitu pengorbanan segala bentuk kesenangan ke jalan Allah serta memerangi musuh-Nya. Al-Mujahadah di dalam penggunaannya dalam bidang al-Tasawwuf secara khusus telah dirujukkan kepada penerangan terhadap al-Nafs dan penghindaran daripada segala tuntutan-tuntutannya berasaskan anggapan bahawa al-Nafs tersebut adalah musuh utama yang berperanan menjerumuskan insan ke arah kehancuran serta menjauhkan mereka daripada agamanya.Maka dengan itu, al-Mujahadah adalah aspek pengalaman dalam kehidupan bertasawwuf, iaitu suatu bentuk pengalaman yang menentang al-Nafs. Al-Nafs yang kerap diperkatakan di kalangan ahli sufi apabila membicarakan tentang al-Mujahadah bukanlah satu nama yang sama erti dengan insan pada keseluruhannya tetapi dirujukkan kepada diri kehaiwanan yang merupakan pusat kepada nafsu syahwat yang menjadi punca kepada segala bentuk kejahatan dan dosa. Menurut analisis golongan ahli sufi, al-Syahwah dan al-Hawa merupakan dua tabiat yang terdapat di dalam al-Nafs. Mujahadah merupakan usaha melawan nafsu syahwat untuk terus berada dalam keadaan penghayatan Islam. Petunjuk jalan menuju Allah s.w.t adalah hasil mujahadah. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :Dan mereka yang berjihad di jalan Kami, nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah itu berserta dengan orang-orang yang baik (Al-Ankabut: 69)

Penghayatan mujahadah bermula dari pembentukan dan pembinaan iman. Perlunya mujahadah dalam pembentukan iman mungkin tidak disedari oleh orang yang dibesarkan dalam suasana Islam. Tetapi orang yang dibesarkan dalam suasana bukan Islam, tentu mengalami berbagai kesulitan yang memerlukan mujahadah untuk membentuk keimanannya. Mujahadah juga adalah saluran dan wasilah utama bagi mendapatkan petunjuk.

Allah s.w.t berfirman dengan maksudnya:"Barangsiapa yang beriman kepada Allah, Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya" (Al-Taghabun: 11)

Keimanan itu adalah hasil mujahadah dan kesempurnaan iman itu adalah dengan amal yang memerlukan mujahadah dan usaha yang bersungguh-sungguh. Ini memberikan gambaran tentang makna ayat di atas iaitu barangsiapa yang bermujahadah membentuk keimanannya sehingga berjaya membentuk keimanan dan barangsiapa bermujahadah menyempurnakan keimanan itu, nescaya Allah s.w.t akan memberikan petunjuk kepada hatinya.Hasilnya, hati akan bersinar dengan cahaya keimanan dan mudah menerima kebenaran daripada Allah s.w.t.Mujahadah yang diisytiharkan terhadap al-Nafs adalah mempunyai nilai dan kedudukan yang amat tinggi menurut pandangan Islam. Dalam hal ini, mereka berpegang kepada apa yang telah diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. Kita telah kembali dari jihad kecil untuk kita mengharungi jihad yang lebih besar. Ketika ditanyakan tentang jihad yang lebih besar itu, Rasulullah s.a.w bersabda: " Jihad melawan nafsu". (Riwayat Muslim)

Maka sesungguhnya al-Mujahadah adalah suatu jalan yang sukar dan panjang, dikelilingi pelbagai ranjau. Pintunya adalah taubat dari segala dosa dan berusaha untuk membersihkan diri seterusnya tunduk akur kepada semua perintah Allah. Oleh yang demkian, melalui pengamalan kaedah-kaedah yang dicadangkan di atas, sudah pastinya penyuburan akhlak di kalangan anggota masyarakat pada hari akan dapat dikukuhkan dalam mneghindarkan diri dari melakukan perbuatan-perbuatan mungkar dan keji sperti melakukan jenayah bunuh dan sebagainya.

6.PENUTUP

Gejala kekerapan kes-kes pembunuhan yang berlaku sejak akhir-akhir ini banyak memberi kesan terhadap masyarakat di negara ini. Masyarakat telah diselubungi rasa takut untuk menjalani aktiviti seharian mereka. Pergerakan mereka akan terbatas disebabkan mereka perlu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling. Keadaan ini juga akan menyebabkan masyarakat akan hidup dalam suasana yang tidak tenteram di negara sendiri.Selain daripada itu, gejala sosial tersebut juga telah memberi kesan terhadap ahli keluarga mangsa pembunuhan itu sendiri. Yang mana kebanyakkan daripada keluarga mangsa bunuh sukar menerima kenyataan tentang kejadianyang berlaku. Situasiini lebih menyayat hati apatah lagi mangsa merupakan salah seorang daripada ahli keluarga yang paling disayangi atau paling rapat dalam kalangan keluarga tersebut. Tekanan hidup juga akan timbul sekiranya keluarga mangsa terlampau terkejut dengan kejadian terbabit. Contohnya ,seorang ibu mungkin boleh menjadi gila sekiranya terlihat anaknya dibunuh di depan mata sendiri. Tuntasnya, apa yang dapat dihuraikan dalam masalah gejala sosial pembunuhan di atas ialah ia bukan sahaja dianggap serius malah amat membimbangkan masyarakat di seluruh negara pada hari ini. Masyarakat kita mungkia berasa bertuah kerana dapat hidup dalam negara yang bebas daripada peperangan. Namun, sekiranya masalah gejala sosial tersebut berterusan berlaku, maka ia juga boleh menjejaskan keamanan di negara ini. Oleh itu,semua pihak haraslah berganding bahu untuk mengatasi masalah ini agar masyarakat dapat menjalani kehidupan dalam suasana yang aman damai selamanya.Dalam hal ini, asas pembinaan akhlak seseorang yang bergelar insan atau manusia perlulah kukuh dan jitu bagi menangani permasalahan ini.Bagi memantapkan asas pembinaan akhlak di kalangan anggota masyarakat pada hari ini bukanlah sesuatu yang mudah dilaksanakan. Kerjasama semua pihak seperti ibubapa, jiran, anggota masyarakat, pihak berkuasa, badan kerajaan, pihak pembangkang dan banyak lagi perlulah berganding bahu membenteras dan menangani permasalahan ini seterusnya mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Semua sudut perlulah diberi perhatian, di ambil kira serta di beri fokus agar setiap inci penyebab kepada gejala ini dapat dikupas dan diperhalusi agar satu jalan penyelesaian dapat dilaksanakan seterusnya membendung gejala ini dari berleluasa demi menjaga keamanan dan kedaulatan Negara kita yang tercinta.

RUJUKAN

Abdul Halim (1991). Islam dan al-Hadith. Kuala Lumpur : Angkatan Bella IslamMalaysia.

Ab. Latif b. Muda dan Rosmawati Ali @ Mat Zin (1998). Pengantar Ilmu Tauhid. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Haji Johari Haji Alias (1992). Membina Semangat Positif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kasim bin Awang (1990). "Hubungan jiwa dengan Ibadah Ke Arab Pembentukan Akhlak Pelajar", dalam Mengapa Kalimah Allah!. Kuala Lumpur : Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.

http://www.ikim.gov.my/index.php/en/berita-harian/7686-asas-akhlak-dalam-bermasyarakat-dan-bernegara. Dilayari pada 12 November 2013.http://eprints.utm.my/11039/1/Metode_Pembinaan_Akhlak_Menurut_Ibn_Hazm_Dalam_Kitab.pdf. Dilayari pada 12 November 2013.http://www.jheains.sabah.gov.my/downloads1/Khutbah-Jumaat/Tahun-2013/01-Januari/11-Jan-2013.pdf. Dilayari pada 12 November 2013.http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0925&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2kbYhoGIZ. Dilayari pada 12 November 2013.

1