1.1 islam, iman & ihsan 1.2 asas-asas islam a) aqidah b) syariah c) akhlak 1.3 maqasid...

56

Upload: yuliana-ashari

Post on 11-Dec-2015

264 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan
Page 2: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN1.2 ASAS-ASAS ISLAM

a) Aqidahb) Syariahc) Akhlak

1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah

1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan Dan Ciri-Ciri

1.5 PANDANGAN SEMESTA ALAM Allah, Manusia & Alam Dari Perspektif Ontologi*, Huquq & Mas'uliyyat

Page 3: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

1.1 : ISLAM, IMAN & IHSAN

Page 4: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

Islam digelarkan kepada agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, nama ini bukanlah rekaan Rasulullah bahkan ketetapan dari Allah s.w.t.

Islam dari segi bahasa mengandungi tiga makna:a. Tulin dan suci dari sebarang kecacatan zahir dan batinb. Damai, aman atau sejahterac. Taat dan menyerah

Islam dari segi syarak ialah : mentauhidkan Allah, patuh, tunduk dan jujur hati kepadanya serta beriman dengan ajaran Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w daripada Allah s.w.t. Namun makna yang paling banyak digunakan dalam al-Quran ialah patuh dan menyerah diri kepada Allah s.w.t.

Page 5: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

Islam adalah untuk seluruh manusia dan tidak dikhaskan kepada bangsa tertentu dan golongan tertentu sahaja. Kepatuhan dan penyerahan diri yang dikehendaki oleh Allah s.w.t merupakan kepatuhan dan penyerahan yang berpandukan ajaran Allah s.w.t yang dibawa dan disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Kepatuhan bererti menjalani semua hukum yg diwajibkan oleh Allah yg mencakupi hukum iktikadiyyah (kepercayaan), hukum amaliyyah (fiqh) dan hukum akhlakiyyah (budi pekerti). Oleh itu, syariat mencakupi bidang iman, amalan & akhlak.

Page 6: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

1. Islam adalah agama di sisi Allah (Ali ‘Imraan : 19) bermaksud:“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah

ialah Islam”

2. Firman Allah di dalam Surah Ali ‘Imraan ayat 85 yang bermaksud :“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka

tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi”

3. Firman Allah di dalam Surah Luqman ayat 22 yang bermaksud :

“Dan sesiapa Yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan,

maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah

kesudahan segala urusan”Ayat al-Quran

Page 7: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

Perkataan Iman (bahasa) berasal drp perkataan Arab (امن) yang bermaksud aman atau membentuk keadaan aman dan tenteram.

Dari segi istilah :باألركان والعمل بالجنان والتصديق باللسان اإلقرار

Iman bermakna berikrar dengan lisan membenarkan dengan hati, dan beramal dengan ajaran-ajaran Allah s.w.t yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Untuk memenuhi pengertian beriman kepada Islam mestilah mempunyai ketiga-tiga perkara tersebut. Jika tidak, maka tidaklah sempurna keimanan seseorang itu terhadap agama Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w وصدقه القلب في وقر ما ولكن لتحلي با وال لتمني با ن االيما ليس

العملMaksudnya: Iman itu bukan dengan cita-cita dan perhiasan, tetapi ialah apa yang tersemat di hati dan dibuktikan dengan perbuatan

Page 8: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

Seseorang Muslim itu diwajibkan beriman kepada Allah s.w.t. dan rasulNya yg bermaksud membenarkan segala apa yg datang drpd Allah s.w.t. juga dari rasulNya serta menerimanya & tunduk bukan hanya membenarkan (tasdiq) sahaja.

Iman itu mempunyai asas2nya yg kukuh iaitu; (Rukun Iman)1. Beriman kepada Allah s.w.t2. Beriman kepada para malaikat Allah3.Beriman dengan Kitab-kitab Allah4.Beriman dengan Rasul-rasul Allah5.Beriman dengan hari Akhirat6.Beriman dengan Qadha’ dan Qadar

Page 9: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

Ihsan dari segi bahasa (احسان) bermaksud membuat baik iaitu lawan membuat jahat dan احسن pula ialah perbuatan baik.

Ihsan ditakrifkan dgn makna membuat sesuatu kebaikan dgn penuh keikhlasan kpd Allah s.w.t dan melakukan secara tekun dan terbaik. Kesempurnaan amalan seseorang itu adalah bergantung kepada sifat ihsan yg wujud dlm diri setiap muslim. Bahkan ibadat yg dikerjakan oleh seseorang itu mungkin menjadi sia2 dan tidak mendatangkan sebarang kesan yg baik kiranya tidak disertai dgn sifat ihsan.

Tegasnya ihsan adalah merupakan asas penting utk kesempurnaan dlm mengerjakan sesuatu ibadat kpd Allah s.w.t yg memberi nikmat dan kelebihan. Namun sebenarnya makna ihsan ini lebih luas. Perbuatan-perbuatan baik meliputi semua tingkah laku yg mengangkatkan taraf manusia serta mendidik jiwa seseorang dan menghampirkan dirinya kpd penciptanya.

Page 10: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan
Page 11: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

Agama (al-Din) dari segi bahasa : Kepercayaan dan keyakinan terhadap ajaran atau fahaman tertentu. Ianya dikaitkan dgn ibadat dan hubungan dengan Tuhan.

Istilah : Membenar dgn perkataan @ mengakui keEsaan pencipta, mempercayai dan menyakini Pencipta serta apa yg disampaikanya, dgn sepenuh hati dan membuktikannya dgn amalan, disamping melakukan apa yg diperintah serta meninggalkan apa yg dilarang. Al-Din mencakupi segenap aspek kehidupan, termasuk hubungan manusia dgn Tuhan, hubungan manusia dgn manusia dan hubungan manusia dgn alam.

Page 12: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

Aqidah ialah asas paling utama tamadun Islam. Aqidah Islam bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah.

Definisi dari segi bahasa ia membawa maksud ikatan @ simpulan. Perkataan aqidah juga mempunyai pengertian sesuatu yg menguatkan dan mengukuhkan.

Dari segi istilahnya pula ialah : Kepercayaan dan keyakinan yg teguh terhadap segala perkara yg disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w yg erat dan tersimpul kuat sehingga tidak mungkin terurai / tercerai dgn apa cara sekalipun.

Asas aqidah Islam ialah : Beriman kpd Allah s.w.t para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, percaya pada hari Akhirat dan qada’ dan qadar. Aqidah Islam tidak boleh dipaksa semua orang mempercayainya

Page 13: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

Aqidah yg benar tidak wujud melainkan dalam Islam shj kerana ianya agama yg dijamin & dipelihara oleh Allah s.w.t. Islam adalah agama aqidah & syariah.

Aqidah merupakan sudut ilmu keyakinan dan syariah merupakan sudut taklif (tuntutan) dlm peribadatan, muamalat, jenayah dsb. Segala amalan seseorang tidak berguna tanpa aqidah walaupun melakukan kebaikan sebanyak mana sekali pun. Jika diumpamakan manusia yg hidup tanpa berpegang dgn aqidah adalah spt haiwan.

Musuh Islam sentiasa berusaha agar umat Islam berpisah drp aqidah mereka agar mudah dikuasai dan dijajahi dari segi luaran & dalaman.

Page 14: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

Tauhid didefinisikan sebagai : MengEsakan Allah pada sifat Rububiyyah, Uluhiyyah dan Nama-nama serta sifat-Nya)

Pembahagian Tauhid1. Tauhid Rububiyah2. Tauhid Uluhiyyah

3. Tauhid al-Asma’ wa al-Sifat (Nama-nama serta Sifat-Nya )

Page 15: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

Definisi : Mentauhidkan Allah s.w.t. sbg pencipta alam, mengurus & mentadbir, menghidupkan, mematikan, mendatangkan manfaat, mudarat dsb.

Tauhid ini sahaja tidak mencukupi dalam mencapai iman dan Islam kerana org kafir juga menyedari & mengetahui segala keupayaan Allah s.w.t tetapi tidak mahu menyerah diri kepadaNya.

Dua golongan manusia yg ingkar akan tauhid Rububiyyah iaitu :

i. Golongan yg ingkar akan wujudnya tuhan spt Atheis, teori Darwin, Sosialisme, Komunisme dsb.

ii. Golongan yg mengakui wujudnya tuhan tetapi mensyirikkannya spt golongan Majusi (dua pencipta) dan Nasrani (konsep trinity : 3 tuhan).

Page 16: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

Definisi : Mengkhususkan peribadatan/penyembahan hanya kpd Allah s.w.t kerana hanya Allah yg layak disembah dan diibadati. Tauhid ibadah iaitu tauhid Allah s.w.t. pada af’al (perbuatan) hambaNya spt solat, puasa, zakat, haji, tawakkal, minta pertolongan, takut, harap dsb. Orang-orang musyrikin menjadikan selain Allah s.w.t. sebagai tuhan. Mereka menyembahnya, memohon pertolongan darinya.

Page 17: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

Definisi : beriman dengan semua nama2 dan sifat2 Allah s.w.t. yang diberitahu oleh AQ & AS tanpa mengumpamakannya, mengingkarinya, mengubahnya atau membentukkannya dengan sesuatu, apatah lagi menyamakanNya dengan makhluk-makhluk ciptaannya. Dialah satu-satunya yg menyandang sifat2 kesempurnaan tersebut dan bersih dari sifat kekurangan/kelemahan.

• Dari ketiga2 tauhid ini maka lahirlah “Syahadah” : penyaksian bahawa Tiada Tuhan yg disembah kecuali Allah iaitu penyaksian ini merangkumi ketiga2 tauhid tersebut.

Page 18: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

 Islam menggariskan syariah sbg peraturan hidup individu & masyarakat yg mencakupi segala bidang kehidupan manusia spt ibadat, ekonomi, kewangan, politik, harta benda, jenayah, kekeluargaan, sosial, hubungan antarabangsa dsb.

Syariah dari segi bahasa : jalan yg lurus/sumber air yg mengalir.

Dari segi istilah : Undang2 (hukum) & ketetapan2 Allah s.w.t melalui rasulNya utk menjadi amalan setiap manusia berkaitan ibadat mahupun muamalat utk kebahagiaan mereka di dunia dan di akhirat. 

Page 19: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

Datang dari Allah s.w.t : Ia disampaikan melalui RasulNya dan termaktub di dlm AQ & AS. Oleh itu manusia dipertanggungjawabkan untuk memahami & melaksanakannya tanpa ragu kerana ia bukannya undang2 ciptaan manusia.

Sempurna : peraturannya terperinci berbanding undang2 ciptaan manusia yang banyak kelemahan dan kejahilan. Syariat Islam mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi manusia setiap zaman, masa dan keadaan.

Menyeluruh (syumul) : iaitu meliputi seluruh aspek kehidupan manusia sama ada urusan peribadi, keluarga, masyarakat, negara & antarabangsa. Syariah juga meliputi ibadat, jenayah, ekonomi, politik, sosial dsb.

Page 20: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

Adil : keadilan yg dimaksudkan iaitu memberikan hak kpd mereka yg berhak dan wajib diberikan

kpd semua samada muslim, kafir, keluarga / bukan ahli keluarga.

Jelas : ianya bersumberkan Al-Quran dan Hadith serta sumber sampingan yg lain iaitu Ijma’, Qias,

Istihsan, Masalih Mursalah dsb. Jelas yg dimaksudkan di sini iaitu tiada keraguan

terhadap syariah Islamiah.

Page 21: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

Matlamat utama pelaksaanaan undang2 Islam atau syariah adalah mengatur hidup manusia atas asas makruf dan mengenepikan munkar.

Syariah mengatur peraturan yg lengkap bagi keseluruhan hidup manusia, namun manusia juga bebas membuat undang-undang baru yg sesuai dgn keperluan semasa dgn syarat tidak melampaui batasan haram/tidak terkeluar drp batasan wajib.

Dalam menggubal undang2, Islam menyarankan dua kaedah iaitu mengutamakan kemaslahatan umum dan ia membawa kesenangan dan kemudahan kpd manusia.

Pelaksanaan syariah bertujuan menyelamatkan dan memelihara kehidupan manusia. Menurut Syatibi, ada lima perkara asas yg mesti dipelihara iaitu memelihara agama, jiwa, keturunan, akal dan harta.

Page 22: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

Pembahagian syariah Islam boleh diklasifikasikan kpd dua bahagian utama iaitu :

1. Ibadat : perbuatan/amalan yg berkaitan dgn hak Allah s.w.t, bertujuan mendekatkan diri seseorang individu muslim dgn Allah s.w.t. Contoh ibadat : sembahyang, zakat, puasa dan menunaikan haji.

2. Muamalat : hukum yg berkaitan dgn perbuatan antara sesama manusia, ianya peraturan yg mengatur cara hidup manusia spt jual beli, nikah kahwin, pewarisan dsb. Muamalat dibahagikan kpd beberapa bahagian, antaranya:

a. Undang2 Sivil b. Undang2 Keluarga c. Undang2 Jenayah d. Undang2 Acara Sivil & Jenayah

Page 23: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

a. Undang2 Keluarga : berkaitan perhubungan keluarga, perkahwinan, hak-hak dan kewajipan dalam hubungan rumahtangga.

b. Undang2 Sivil : berkaitan tingkah laku seseorang spt jual beli, sewa menyewa, gadaian, jaminan, pensyarikatan dan lain-lain.

c. Undang2 Jenayah : berhubung kesalahan jenayah yg dilakukan oleh manusia yg menyebabkan ia wajar menerima hukuman samada hudud, qisas @ takzir.

d. Undang2 Acara Sivil & Jenayah : berhubung undang2 kehakiman, pendakwaan, tuntutan, cara pembuktian dgn penyaksian, ikrar, sumpah dsb.

Page 24: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

 Akhlak (bahasa) : al-Khulq yg bererti ciptaan, tabiat, perangai, perilaku.

Istilah : “Suatu sifat yg tetap dan sebati di dlm jiwa, di mana dgnnya akan melahirkan perbuatan-perbuatan (sama ada baik ataupun buruk) tanpa perlu kepada pemikiran dan renungan terlebih dahulu”.

Page 25: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

 Ruang lingkupnya (skop) sangat luas meliputi :1. Akhlak dengan Allah: beriman dan beribadat dengan

penuh ikhlas, meninggalkan laranganNya, sentiasa bertaubat, mencari keredhaanNya, menerima qada’ & qadar Allah s.w.t.

2. Akhlak dengan manusia: Akhlak dgn Rasulullah s.a.w, diri sendiri, ibubapa, suami/isteri, anak2, kerabat, guru, jiran, masyarakat dan manusia seluruhnya (muslim dan non-muslim)

3. Akhlak terhadap makhluk selain manusia : Malaikat, jin, haiwan ternakan, haiwan bukan ternakan dan alam semulajadi (flora dan fauna)

Page 26: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

a. Akhlak dihubungkan dgn tujuan perutusan utama Rasulullah s.a.w.b. Akhlak yang baik menunjukkan kesempurnaan iman seseorang.

c. Akhlak memberatkan timbangan amalan yg baik, begitulah sebaliknya. Akhlak menjadi perkara yg paling berat nilai

timbangannya di akhirat.d. Akhlak yang baik akan menghapuskan dosa, dan akhlak yang

buruk akan merosakkan amalan yang baik.e. Dicintai oleh Rasulullah saw. Sabda baginda : “Sesungguhnya

orang yang paling aku cintai dan paling dekat tempat duduknya denganku di akhirat ialah yang paling baik akhlaknya di kalangan

kamu.”f. Akhlak merupakan sifat Rasulullah s.a.w yang dipuji oleh Allah

s.w.t di dalam AQ. Pujian tersebut menunjukkan pentingnya akhlak dalam Islam.

g. Orang yg terbaik ialah yg mempunyai akhlak terbaik. Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya orang yg terbaik di kalangan kamu

adalah yg terbaik akhlaknya.”

Page 27: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan
Page 28: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

Bahasa : ertinya tujuan-tujuan syariah. Istilah maqasid as-syariah : makna dan tujuan yg hendak dicapai oleh syara’ dlm mensyariatkan sesuatu hukum bagi kemaslahatan umat manusia.

Tujuan hukum ini merupakan salah satu faktor penting dalam menetapkan hukum melalui ijtihad. Maqasid as-Syariah di kalangan ulama usul fiqh disebut juga dgn asrar as-Syariah iaitu rahsia2 yg terdapat di sebalik hukum yg ditetapkan syara’. Contoh perintah solat, larang minum arak, zina, mencuri dan membunuh.

Page 29: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

Pemeliharaan terhadap lima dasar di atas ditinjau dari segi kepentingan dan kekuatannya terbahagi kpd tiga kategori iaitu:

a. Dharuriyyat (keperluan asasi)b. Hajiyyat (keperluan)c. Tahsiniyyat (penyempurnaan)

Page 30: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

a)Dharuriyyat ialah keperluan asasi yg mesti ada pada setiap individu iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta benda.

C ontoh : beriman, solat, puasa, haji dimaksud untuk memelihara agama, makan dan minum merupakan usaha untuk memelihara jiwa atau tubuh badan, perkahwinan untuk memelihara keturunan.

Page 31: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

b) Hajiyyat ialah keperluan manusia utk menghindarkan diri drp kesulitan2 dan menghilangkan kesempitan. Kedudukan hajiyyat dibawah dharuriyyat tetapi tetap diperlukan agar manusia dapat untuk memelihara keperluan yg lima.

contohnya mengerjakan solat & puasa adalah kemaslahatan dharuriyyat dalam memelihara agama. Tetapi bagi orang yg musafir dan menghadapi kesulitan (masyaqqah) utk melaksanakannya, maka syariat memberikan keringanan (rukhsah) bagi mereka utk mengerjakan solat dgn jama’ dan qasar dan puasa di hari lain.

Page 32: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

C) Tahsiniyyat adalah segala sesuatu keperluan yg dapat menyempurnakan keperluan yg lima.

Tahsiniyyat ini berorientasi kpd kemuliaan akhlak (makarim al-akhlak) baik dlm bidang ibadah mahupun muamalat spt cara makan serta minum dan tatacara pergaulan.

Page 33: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

Maqasid al-Khams ialah lima tujuan bagi menjaga matlamat pelaksanaan syariah iaitu :

1.Memelihara Agama 2.Memelihara Jiwa 3.Memelihara Akal 4.Memelihara Keturunan 5.Memelihara Harta

Page 34: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

tujuannya untuk membebaskan manusia dari belenggu taklid & khurafat serta mengajak manusia supaya beriman kpd Allah & perkara2 yg berkaitan dgnnya dan menjauhkan syirik

Contoh : perintah solat & puasa merupakan salah satu matlamat syariah utk memelihara agama kerana solat dpt menghindar dari perbuatan keji & mungkar manakala puasa dpt menundukkan hawa nafsu manusia.

Page 35: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

Islam sangat menghargai jiwa & ianya tidak dapat dinilai dgn harga. Islam melarang perbuatan membunuh diri dan nyawa org lain malah ia merupakan dosa terbesar selepas syirik.

Firman Allah s.w.t yg bermaksud : “Dan janganlah kamu membunuh jiwa yg diharamkan Allah melainkan dgn sesuatu sebab yg dibenarkan”.

Page 36: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

Akal mempunyai fungsi yang tinggi dalam kehidupan dan dengan adanya akal manusia layak diberi taklif iaitu tangungjawab. Dengan akal manusia boleh menentukan sesuatu itu baik atau buruk, dan wajib dijaga drpd rosak atau hilang kewarasannya.

Islam tidak mengizinkan umatnya mendekati arak termasuk juga segala jenis minuman yang memabukkan dan dadah.

Page 37: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

Keturunan adalah suatu penghormatan dan amat dihargai. Segala perbuatan yg boleh menjatuhkan kehormatan & keturunan

Contohnya mengumpat, menuduh, berzina dsb adalah dilarang keras. Hukuman khusus thdp perbuatan zina (sebat dan rejam) disyariatkan bagi tujuan tersebut. Malah Islam juga melarang pergaulan bebas antara lelaki & perempuan.

Page 38: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

Semua manusia mempunyai kecenderungan ingin memiliki dan menguasai harta dan kecenderungan yang tinggi ini sekiranya tiada peraturan yang mengawalnya, akan menimbulkan kesan buruk.

Maka Islam mengharamkan riba judi, rasuah, menipu, mencuri, merompak & amalan2 yg membawa unsur2 negatif, malah Islam mensyariatkan zakat & sedekah ke jalan Allah SWT.

Page 39: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan
Page 40: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

Islam mempunya keistimewaan dan ciri-cirinya yang tersendiri iaitu :

1.Rabbani (Ketuhanan)2.Syumul (Menyeluruh) 3.'Alamiyyah (Sejagat) 4.Thabat wa al-Murunah (Tetap Dan Anjal) 5.Waqi'iyyah (Realistik) 6.Tawazun (Keseimbangan) 7.Wasatiyyah (Kesederhanaan)

Page 41: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

Dari sudut matlamat, kaedah & sumber.

Matlamat hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Meskipun perjalanan kehidupan manusia dalam membina sebuah tamadun bersifat duniawi, tetapi matlamat akhirnya adalah utk menemui TuhanNya.

Tumpuan dan kaedah dlm kehidupan juga telah digariskan dgn sumber yg datang drpd Allah s.w.t (Maha Adil & Bijaksana).

Page 42: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

Meliputi seluruh aspek kehidupan manusia dari urusan peribadi, keluarga, masyarakat, negara & antarabangsa.

Syariah juga meliputi ibadat, jenayah, ekonomi, politik, sosial dsb. Ia mengatur hubungan manusia dgn tuhan, manusia dgn manusia, mengatur setiap fasa sejak janin hingga ke akhir hayat, dunia & akhirat.

Page 43: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

Islam amat sesuai utk semua manusia di setiap tempat dan masa. Ini kerana ciri umum yg ada padanya.

Setiap manusia di pelusuk dunia dapat

menyesuaikan diri dgn ciri tersebut.

Page 44: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

Tetap dan tidak berubah tetapi anjal dari sudut cara dan teknik pelaksanaannya. Contoh : solat fardhu wajib

Dilaksanakan walau dlm apa keadaan sekalipun. Namun, syariat menggariskan cara pelaksanaannya yg mengikut kemampuan dan keadaan seseorang itu.

Page 45: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

Sesuai dgn realiti kehidupan & fitrah manusia,

Islam tidak mengharamkan sesuatu perkara melainkan perkara itu membawa kemudharatan kpd manusia

Spt pengharaman arak, dan setiap yg disuruh ada kebaikannya.

Page 46: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

Seimbang antara tuntutan dunia dan akhirat, rohani dan jasmani, agama dan kehidupan.

7. Wasatiyyah (Kesederhanaan)

Ditengah-tengah iaitu sederhana contohnya dari aspek perkahwinan, pemilikan harta, mahupun kepercayaan (Atheis dan golongan yg percaya pada banyak tuhan)..

Page 47: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan
Page 48: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

Hak Allah ialah Allah s.w.t mempunyai hak bagi diriNya (berdasarkan kehendak & kuasaNya) dan juga ke atas diriNya (ditunaikan oleh manusia).

1) Hak-hak Allah s.w.t bagi diriNya kepada manusiai) Mencipta manusia : Allah s.w.t berhak dan berkuasa

mencipta manusia tanpa sebarang paksaan, arahan/kehendak sesiapa, tanpa keuntungan/kerugian, tidak mengharapkan sesuatu malah, membuktikan kekuasaan & kehebatanNya.

*cabang ilmu falsafah atau metafizik yg berkaitan dgn fitrah makhluk (manusia): setiap bentuk pemikiran manusia dapat dikembalikan pd dasar ~.

Page 49: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

ii) Menetapkan peraturan & perundangan : Allah s.w.t mencipta manusia dan alam ini lengkap dgn peraturan dan perundangan (sunnatullah dan wahyu) utk menjamin keharmonian dlm kehidupan manusia.

iii) Memberi kebebasan memilih kpd manusia : Manusia diberi kebebasan utk memilih jalan kehidupannya samada baik/buruk dgn menggunakan akal dlm membuat pilihan.

Page 50: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

2) Hak-hak Allah s.w.t bagi diriNya ke atas alam

i) Mencipta alam : Allah s.w.t berhak dan berkuasa mencipta alam tanpa sebarang paksaan, arahan/kehendak sesiapa, tanpa keuntungan/kerugian, tidak mengharapkan sesuatu malah, membuktikan kekuasaan & kehebatanNya.  

Page 51: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

ii) Mengatur perjalanan alam : Alam semesta diciptakan oleh Allah s.w.t dgn sistem perjalanannya tersendiri yg dikenali sbg sunnatullah. Setiap sesuatu dlm alam ini ada fitrah tersendiri. Hanya Allah s.w.t shj berkuasa dan berhak menentukan sunnahNya ke atas alam ini.

-Sunnatullah (kuasa Allah s.w.t) berbeza dgn sunnah alam atau the law of nature (berdasarkan sebab & akibat). Penerimaan & penggunaan istilah sunnah alam akan membawa kpd penafian tentang kewujudan serta kekuasaan Allah s.w.t terhadap alam ciptaanNya.

Page 52: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

i) Mengenal Pencipta : Manusia perlu mengiktiraf Allah s.w.t sbg Pencipta manusia dan alam sekitar, dgn peraturan & perundangannya. Perlu timbul dlm diri manusia suatu perasaan bahawa dirinya sentiasa berada dlm genggaman kekuasaan Allah s.w.t dan sentiasa tertakluk dgn kuasa dan kehendak Allah s.w.t.

 ii) Mengamalkan peraturan : Allah s.w.t menetapkan

peraturan & perundangan bagi setiap makhlukNya termasuk manusia & alam sekitar. Manusia bertanggungjawab utk mengetahui & mengamalkan peraturan Allah s.w.t tersebut. Pengetahuan tersebut hendaklah dlm bentuk sedar dan ikhlas bukan sekadar ikutan dan juga amalannya.

Page 53: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

iii) Memilih kebaikan : Allah s.w.t tidak mendapat sebarang keuntungan/kerugian atas pilihan manusia. Allah memberikan sepenuh kebebasan kpd manusia utk membuat pilihan & mereka bertanggungjawab memilih kebaikan (mengawal nafsu) agar dirinya terselamat drp seksaan neraka di hari akhirat kelak.

iv) Mengamalkan kebebasan terpimpin : Kebebasan yg diberikan kpd manusia adalah yg dipandu oleh kehendak norma dan peraturan hidup dlm masyarakat. Manusia tidak diberikan kebebasan mutlak kerana ia dipandu oleh kehendak nafsu. Tetapi, kebebasan itu diletakkan pada kedaulatan diri manusia.

Page 54: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

v) Melaksanakan ibadah : Manusia dicipta utk memikul tanggungjawab beribadah kpdNya dgn memperhambakan diri (melaksanakan segala perintah Allah & meninggalkan secara keseluruhan apa shj yg dilarang Allah s.w.t.)

vi) Akauntabiliti dan pembalasan hari akhirat

: Setiap pilihan yg baik akan diberikan ganjaran, manakala setiap pilihan yg tidak baik akan diberikan balasan pada hari akhirat kelak.

Page 55: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan

i) Alam sbg tanda kebesaran Allah s.w.t : Alam ini diciptakan Allah, demi kepentingan manusia. Tugas utama manusia ialah memanfaatkan alam ini dan merenungkan asal usulnya sehingga dgn cara itu dia dapat menemukan Khaliqnya.

ii) Alam diciptakan utk manfaat manusia : Alam berperanan sbg tempat kediaman, memberikan kehidupan & memberi byk manfaat kpd manusia.

iii) Alam perlu dipelihara dan dipelihara : Manusia & alam tidak dapat dipisahkan. Manusia sedar tentang manfaat yg didapati drp alam. Justeru, alam perlu dipelihara dan dipulihara dgn baik agar manfaatnya berterusan.

Page 56: 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan