hkr 111 : bab 2 asas akhlak dan ibadah

Upload: atiqah-nadirah

Post on 09-Apr-2018

312 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 HKR 111 : Bab 2 Asas Akhlak Dan Ibadah

    1/26

    BAB 2

    ASAS AKHLAK DANIBADAH

  • 8/8/2019 HKR 111 : Bab 2 Asas Akhlak Dan Ibadah

    2/26

    PENDAHULUAN Allah S.W.T satu-satunya Tuhan yang layak

    disembah. Allah S.W.T diiktiraf dengan penuhkeikhlasan sebagai Pencipta dan Pentadbir alamini. Manusia diciptakan Allah S.W.T untukberibadat kepadaNya. Manusia dan alam diberi

    hak. Manusia diutuskan ke muka bumi untukberperanan sebagai khalifahNya. Alam pulaberperanan memudah dan melancarkankehidupan manusia di muka bumi ini. Bagimenjamin ketertiban perjalanan kehidupan

    manusia, Allah S.W.T menetapkan hak-hak yangperlu dipenuhi. Hak di sini bermaksudtanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalambentuk 'dipenuhi' bukan 'memenuhi'. Setiapempunya hak berhak untuk menuntut haknya.

  • 8/8/2019 HKR 111 : Bab 2 Asas Akhlak Dan Ibadah

    3/26

    KONSEP HAK DAN

    TANGGUNGJAWAB

    A. Konsep Huquq Allah S.W.T.

    B. Konsep Huquq al-Ibad (Hamba)

    C. Konsep Huquq al-Alam

  • 8/8/2019 HKR 111 : Bab 2 Asas Akhlak Dan Ibadah

    4/26

    HAK-HAK ALLAH S.W.TBAGI DIRINYA KEPADA

    MANUSIA

    Mencipta manusia

    Menetapkan peraturan dan

    perundangan

    Memberi kebebasan memilih kepada

    manusia

  • 8/8/2019 HKR 111 : Bab 2 Asas Akhlak Dan Ibadah

    5/26

  • 8/8/2019 HKR 111 : Bab 2 Asas Akhlak Dan Ibadah

    6/26

    MENETAPKAN PERATURAN DAN

    PERUNDANGAN

    Segala ciptaan Allah S.W.T di mukabumi telah ditetapkan dengan garispanduan dan undang-undang tersendiri.

    Terbahagi kepada dua iaitui. Sunnatullah iaitu fitrah semulajadi yang

    menunjukkan kekuasaan Allah S.W.T.

    ii. Wahyu iaitu panduan dan pedoman untukmenentukan manusia.

  • 8/8/2019 HKR 111 : Bab 2 Asas Akhlak Dan Ibadah

    7/26

    MEMBERI KEBEBASAN MEMILIH

    KEPADA MANUSIA

    Manusia diberikan kebebasan untukmemilih jalan kehidupannya sama adabaik atau buruk.

    Allah tidak memaksa manusia memilihjalan tertentu.

    Manusia telah diberikan akal untukmembuat pilihannnya dengan carameneliti dan memikirkan sesuatu perkarasebelum membuat pilihan.

  • 8/8/2019 HKR 111 : Bab 2 Asas Akhlak Dan Ibadah

    8/26

    HAK-HAK ALLAH S.W.T BAGIDIRINYA DENGAN ALAM

    Mencipta alam

    Mengatur perjalanan alam

  • 8/8/2019 HKR 111 : Bab 2 Asas Akhlak Dan Ibadah

    9/26

    MENCIPTA ALAM Allah S.W.T berhak mencipta alam tanpa

    sebarang arahan, paksaan atau kehendaksesiapa tanpa sebarang keuntungan dankerugiaan bagi diriNya.

    Tidak mengharapkan sesuatu daripadapenciptaan alam.

    Sebagai bukti Kekuasaan dan Kehebatan AllahS.W.T yang Maha Berkuasa lagi Maha

    Bijaksana.

  • 8/8/2019 HKR 111 : Bab 2 Asas Akhlak Dan Ibadah

    10/26

    MENGATUR PERJALANAN ALAM

    Alam semesta ini diciptakan oleh Allah S.W.Tsiap dengan sistem perjalanannya tersendiriyang dikenali sebagai sunnatullah.

    Allah S.W.T berhak mengatur perjalanan alamseperti kejadian malam dan siang yang silihberganti dan yang hidup akan berakhir dengankematian.

  • 8/8/2019 HKR 111 : Bab 2 Asas Akhlak Dan Ibadah

    11/26

    KONSEP HUQUQ AL-IBAD

    (HAMBA)

    Mengenal Pencipta

    Mengetahui dan mengamalkan garispanduan Islam

    Memilih Kebaikan Mengamalkan kebebasan terpimpin

    Melaksanakan ibadah

    Akauntibiliti dan pembalasan padaHari Akhirat

  • 8/8/2019 HKR 111 : Bab 2 Asas Akhlak Dan Ibadah

    12/26

    MENGENAL PENCIPTA Allah S.W.T telah mencipta manusia

    dengan pelbagai kelebihan sehinggadiangkat sebagai sebaik-baik kejadian.

    Manusia wajib mengiktiraf Allah S.W.Tsebagai Pencipta dan perlu timbul dalamdiri manusia sesuatu perasaan bahawadirinya sentiasa tertakluk dengan kuasadan kehendak Allah S.W.T.

    Dengan ini akan memandu manusiamenuju ke arah satu matlamat yang samaiaitu pengabdian diri kepada Allah S.W.T.

  • 8/8/2019 HKR 111 : Bab 2 Asas Akhlak Dan Ibadah

    13/26

  • 8/8/2019 HKR 111 : Bab 2 Asas Akhlak Dan Ibadah

    14/26

    MEMILIH KEBAIKAN Allah S.W.T memberi akal kepada manusia untuk

    berfikir dan membuat pertimbangan antara baikdan buruk.

    Manusia bertanggungjawab memilih kebaikanagar dirinya terselamat daripada seksaan nerakadi akhirat kelak.

    Ketaatan kepada Allah S.W.T amat berperananmemandu manusia ke arah kebaikan.

    Iman dan takwa menjadi sandaran.

    Manusia akan dapat melahirkan tamaduncemerlang dan seimbang seterusnya berjaya didunia dan Akhirat sekiranya sentiasa membuatpilihan yang tepat.

  • 8/8/2019 HKR 111 : Bab 2 Asas Akhlak Dan Ibadah

    15/26

    MENGAMALKAN KEBEBASAN

    TERPIMPIN Islam mengiktiraf kebebasan manusia semenjak kemunculannya di muka bumi

    ini.

    Berdasarkan hukum Allah S.W.T, manusia merupakan makhluk yang bebasberdasarkan tabiat semula jadi kelahiran mereka.

    Islam mengiktiraf kebebasan akidah dan pegangan, pemikiran serta kebebasanbersuara dan yang paling utama ialah kebebasan beragama.

    Kebebasan yang diberikan kepada manusia adalah yang dipandu oleh kehendaknorma dan peraturan hidup dalam masyarakat.

    Manusia tidak diberikan kebebsan mutlak (mengikut nafsu).

    Wahyu yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah merupakan panduan

    serta pedoman terbaik bagi mengawal kebebasan manusia, agar manusia dapathidup dengan penuh keharmonian.

  • 8/8/2019 HKR 111 : Bab 2 Asas Akhlak Dan Ibadah

    16/26

    MELAKSANAKAN IBADAH Manusia diciptakan untuk beribadah kepada Allah

    S.WT. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

    "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan

    manusia melainkan untuk mereka menyembahdan beribadat kepadaKu."

    Menyembah Allah S.W.T ertinyamemperhambakan diri kepada Allah S.W.T.

    Patuh melaksanakan segala perintah Allah S.W.Ttanpa sebarang keraguan serta meninggalkansecara keseluruhan apa sahaja yang dilarangAllah S.W.T.

  • 8/8/2019 HKR 111 : Bab 2 Asas Akhlak Dan Ibadah

    17/26

    AKAUNTIBILITI DAN PEMBALASAN

    PADA HARI AKHIRAT

    Manusia perlu melengkapkan diri sebagaipersiapan untuk ke akhirat.

    Setiap amalan yang baik akan menerimaganjaran manakala amalan yang buruk akanmenerima pembalasan.

    Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

    "Pada hari ini, tiap-tiap diri dibalas dengan apayang telah diusahakannya, tidak ada hukumanyang tidak adil pada hari ini. Sesungguhnya AllahS.W.T amat cepat hitungan hisabNya."

  • 8/8/2019 HKR 111 : Bab 2 Asas Akhlak Dan Ibadah

    18/26

    KONSEP HUQUQAL-ALAM

    Alam sebagai tanda kebesaran AllahS.W.T.

    Alam diciptakan untuk kepentingan

    manusia. Alam perlu dipelihara dan dipulihara.

  • 8/8/2019 HKR 111 : Bab 2 Asas Akhlak Dan Ibadah

    19/26

    ALAM SEBAGAI TANDA

    KEBESARAN ALLAH S.W.T Alam ini dan segala ciptaan Allah adalah untuk kepentingan

    manusia.

    Tugas utama manusia ialah memanfaatkan alam ini danmerenungkan asal usulnya sehingga dengan cara ini diadapat menemukan Khaliqnya.

    Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

    "Maka apakah mereka tidak memperhatikan untabagaimana ia diciptakan? Dan gunung-ganangbagaimana ia ditegakkan? Dan bagaimana bumi

    dihamparkan." Fitrah alam ialah adanya permulaan dan

    penghujungnya.

  • 8/8/2019 HKR 111 : Bab 2 Asas Akhlak Dan Ibadah

    20/26

    ALAM DICIPTAKAN UNTUK

    KEPENTINGAN MANUSIA Selain berperanan sebagai tempat kediaman

    manusia, turut berperanan memberikankehidupan kepada manusia .

    Alam ini memberikan banyak manfaat kepadamanusia.

    Firman Allah S.W.T yang bermaksud:"Tidakkah kamu memerhatikan bahawa AllahS.W.T telah memudahkan untuk kegunaan kamuapa yang ada di langit dan di bumi, dan telahmelimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNyayang zahir dan batin."

    Tugas manusia ialah memanfaatkan ala miniseperti memperolehi keperluan-keperluan hidupmelalui sumber alam.

  • 8/8/2019 HKR 111 : Bab 2 Asas Akhlak Dan Ibadah

    21/26

    ALAM PERLU DIPELIHARA DAN

    DIPULIHARA

    Manusia amat bergantung kepada alamdalam kehidupannya.

    Manusia dan alam tidak dapat dipisahkan.

    Manusia sedar akan manfaat yang bolehdidapati daripada alam. Justeru, alamperlu dipelihara dan dipulihara denganbaik agar manfaatnya dapat berterusan.Jika tidak, manusia akan ditimpakesusahan.

  • 8/8/2019 HKR 111 : Bab 2 Asas Akhlak Dan Ibadah

    22/26

    HUBUNGAN MANUSIA DENGAN

    ALLAH S.W.T.

    Sebagaimana firman Allah S.W.T:

    "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman

    kepada para malaikat: "SesungguhnyaAku hendak menjadikan seorang khalifahdi muka bumi."

  • 8/8/2019 HKR 111 : Bab 2 Asas Akhlak Dan Ibadah

    23/26

    HUBUNGAN MANUSIA

    DENGAN MANUSIA Hakikat hubungan sesama manusia dinilai berdasarkan

    kemuliaannya disisi Allah S.W.T yang bermaksud:

    "..Sesungguhnya orang-orang yang paling mulia di antarakamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu

    Manakala kepentingan hubungan manusia sesama manusiadijelaskan dan digambarkan di dalam hadith yangbermaksud:

    "Orang Mukmin itu dengan Mukmin yang lain adalahlaksana satu bangunan, bahagian yang satu menguatkanbahagian yang lain."

  • 8/8/2019 HKR 111 : Bab 2 Asas Akhlak Dan Ibadah

    24/26

    HUBUNGAN MANUSIA

    DENGAN ALAM

    Firman Allah S.W.T:

    "Janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi

    setelah Allah S.W.T menyediakan segalayang membawa kebaikan padanya, danberdoalah kepadaNya dengan perasaanbimbang (kalau-kalau tidak diterima).

    Sesungguhnya rahmat Allah S.W.T itudekat kepada orang yang berbuatkebajikan."

  • 8/8/2019 HKR 111 : Bab 2 Asas Akhlak Dan Ibadah

    25/26

    KESIMPULAN Dari sudut pandangan Islam, bagi mewujudkan

    kesejahteraan hidup manusia di dunia danakhirat, penilaiannya adalah bergantung kepadatiga aspek berikut iaitu:

    i. Kepatuhan dan pelaksanaan segala perintah AllahS.W.T.

    ii. Kesejahteraan manusia dan peraturan-peraturanhidup yang menghasilkannya.

    iii.Pemeliharaan makhluk-makhluk liar seperti alamsekitar.

  • 8/8/2019 HKR 111 : Bab 2 Asas Akhlak Dan Ibadah

    26/26

    LATIHAN

    1. Nyatakan pandangan Islam mengenai konsepTuhan, manusia dan alam.

    2. Bincangkan mengenai hak-hak yangmelibatkan Allah yang mesti ditunaikan olehmanusia.

    3. Alam ialah elemen penting dalam kehidupanmanusia. Jelaskan kepentingan dan hak alam.

    4. "Manusia ialah khalifah Allah S.W.T di mukabumi." Bincangkan.

    5. Jelaskan hubungan kehidupan manusiadengan alam sekitar.