asal usul kaum orang asli temuan

Upload: saidivyakeerthikalai

Post on 09-Jan-2016

42 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TEMUAN

TRANSCRIPT

Asal Usul Kaum Orang Asli TemuanTemuan merupakan salah satu suku kaum Orang Asli yang digolongkan ke dalam kelompok Melayu-Proto..Namun begitu budaya hidup mereka tidak banyak bezanya daripada suku bangsa Temuan di negeri lain.

Perkataan Temuan berasal daripada perkataan temu iaitu jumpa.Ianya juga bermakna simpang atau pertemuan atau tempat pertemuan suku-suku kaum bukit.Berkemungkinan inilah yang menyebabkan orang-orang Temuan memperolehi nama gelaran kaum mereka. Genetik mereka dikatakan hasil cantuman beberapa suku kaum asli dengan penduduk migran daripada Sumatera dan Jawa. Mereka bertutur di dalam dialek bahasa Melayu Asli yang dipercayai berasal daripada Jambi di selatan Sumatera. Di dalam sesebuah perkampungan Temuan, mereka tinggal secara berkumpulan sehingga 250 orang dengan mengamalkan keluarga nuklear. Orang-orang Temuan mempunyai ciri-ciri fizikal seperti berambut ikal mayang, berkulit cerah, mempunyai badan yang sederhana tegap bagi lelaki, berhidung lebar, berdahi luas dan mempunyai rupa paras yang mirip seperti orang-orang Melayu.

Secara tradisinya mereka menjalankan kegiatan memburu dan menangkap ikan di samping mengumpul hasil-hasil hutan. Mereka tidak menjalankan kegiatan penanaman padi seperti yang dilakukan oleh kebanyakkan masyarakat Orang Asli. Di kebanyakkan tempat, kaum Temuan masih menjalankan kerja-kerja pengutipan hasil-hasil hutan seperti mengumpul rotan, buluh, damar, dan kayu api .Selain untuk kegunaan sendiri, mereka turut menjual hasil-hasil yang diperolehi kepada peraih-peraih luar yang datang ke kampung mereka. Sudah menjadi tradisi masyarakat Orang Asli berjalan beribu-ribu batu jauh di dalam hutan untuk mendapatkan hasil-hasil hutan yang boleh dibuat perkakas harian dan bersifat komersial serta boleh mendatangkan pendapatan. Ketika masuk ke dalam hutan, kaum Temuan lazimnya akan membawa isteri dan anak-anak bersama bagi membantu mereka . Kini selain menjalankan kegiatan berbentuk tradisi tersebut, ada juga di kalangan pemuda dan pemudi kaum Temuan keluar daripada kawasan kampung mereka untuk bekerja makan gaji di dalam sektor-sektor kerajaan dan swasta.

Jika dilihat daripada segi kepercayaan mereka, masyarakat Temuan merupakan penganut animisme. Walaubagaimanapun, beberapa adat resam mereka seperti adat perkahwinan dan perayaan-perayaan yangdiraikan mempamerkan budaya dan kepercayaan masyarakat Melayu. Maka tidak hairanlah apabila ramai para pengkaji mengaitkan mereka dengan kebudayaan orang-orang.Kini ada juga segelintir daripada mereka telah menerima agama besar dunia seperti Islam dan Kristian dalam kehidupan mereka.http://abdul-ucop.blogspot.com/2013/12/asal-usul-kaum-orang-asli-temuan.html