usul tafsir

51
DEFINISI TAFSIR At-Tafsir menurut bahasa : " را د م ل ف ش ك" (menerangkan sesuatu). Firman Allah Ta’ala: " را سي ف ت ن س ح وا ق ح ل ا اك! ب ن ئ ج لا) ك! ا ن و ت ا ولا ب" Dan mereka tidak membawa kepada Mu sesuatu kata-kata ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepada kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya untuk menangkis segala yang mereka katakan itu Setengah ulama’ berpendapat ilmu tafsir bukanlah sesuatu ilmu yang boleh ditafsirkan seperti ilmu-ilmu yang lain malah ilmu Tafsir lebih merupakan ) ة اك ب( ة ك ل م, kerana demikian cukuplah sebagai takrifan: Menerangkan Kalam Allah atau menerangkan lafaz- lafaz al-Qur’an dan mafhumnya. Walaubagaimanapun, setengah ulama’ cuba mentafsirkan ‘Tafsir’ dengan berbagai takrif. Antaranya ialah takrif yang diberikan oleh Abu Hayyan dalam kitabnya ‘al-Bahru al-Mahith’ sebagai berikut: Ilmu Tafsir ialah ilmu yang membicarakan tentang bagaimana hendak menuturkan perkataan-perkataan Al-Qur’an (dari segi tajwid) dan memberikan makna menurut keadaan perkataan dan hukuman-hukuman pada ketika ia satu perkataan ( رد ف م) dan

Upload: hudbell

Post on 19-Jun-2015

3.517 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: usul tafsir

DEFINISI TAFSIR

At-Tafsir menurut bahasa : " د لمرا :Firman Allah Ta’ala .(menerangkan sesuatu) "كشف

تفسيرا " وأحسن بالحق جئناك إال يأتونك " وال

“Dan mereka tidak membawa kepada Mu sesuatu kata-kata ganjil (untuk menentangmu)

melainkan Kami bawakan kepada kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya untuk

menangkis segala yang mereka katakan itu “

Setengah ulama’ berpendapat ilmu tafsir bukanlah sesuatu ilmu yang boleh ditafsirkan

seperti ilmu-ilmu yang lain malah ilmu Tafsir lebih merupakan ) باكة) kerana demikian , ملكة

cukuplah sebagai takrifan: Menerangkan Kalam Allah atau menerangkan lafaz-lafaz al-Qur’an

dan mafhumnya.

Walaubagaimanapun, setengah ulama’ cuba mentafsirkan ‘Tafsir’ dengan berbagai

takrif. Antaranya ialah takrif yang diberikan oleh Abu Hayyan dalam kitabnya ‘al-Bahru al-

Mahith’ sebagai berikut:

“Ilmu Tafsir ialah ilmu yang membicarakan tentang bagaimana hendak menuturkan

perkataan-perkataan Al-Qur’an (dari segi tajwid) dan memberikan makna menurut keadaan

perkataan dan hukuman-hukuman pada ketika ia satu perkataan dan (مفرد) pada ketika

bersusun .dan makna-makna yang boleh diertikan pada ketika hakikat atau majaz (مركب)

Juga membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan nasikh dan mansukh dan sabab nuzul”

Dari takrifan yang diberikan oleh Abu Hayyan di atas jelas menunjukkan bahawa

mentafsirkan Al-Qur’an itu mengandungi penjelasan, huraian, cara membacanya mengikut

tajwidnya, menghuraikan maksud-maksud ayat sesuai dengan keadaan perkataan ketika

(مفرد ) dan pada ketika ( مركب) ,menghuraikan makna-makna hakiki dan majazi dan

menghuraikan ayat-ayat naskh dan mansukh juga sabab nuzulnya.

SYARAT-SYARAT PENTAFSIR AL-QURAN (MUFASSIR)

Page 2: usul tafsir

Para ulama banyak membahaskan syarat-syarat tfsir al-Quran sebelum ditafsirkannya seperti al-

Suyuti melalui kitabnya, al-Itqan Fi Ulim al-Quran, Syeikh Ibn Taimiyah dalam Mukadimah Fi Usul

al-Tafsir, Ibn al-Qayyim dalam al-Tibyan Fi Aqsam al-Quran, al- Zarkasyi dalam al-Burhan, al-

Zurqani dalam anahil al-Irfan dan ramai lagi ulama.

Mentafsirkan al-Quran merupakan amanah yang berta dan besar. Sehubungan dengan itu,

bukan sebarang orang yang mampu untuk memikul amanah yang besar ini. Oleh itu, sesiapa

sahaja yang ingin mentafsirkan al-Quran, hendaklah memenuhi syarat-syarat tertentu agar

terhindar daripada melakukan kesilapan ketika mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Antara syarat-

syarat tersebut adalah seperti yang berikut :

a) Akidah yang benar. Syarat ini sangat penting bagi menjamin mufassir tidak melakukan

penyelewengan terhadap ayat-ayat al-Quran. Selain itu, mereka juga tidak terdorong

kepada mazhab-mazhab yang menyeleweng dengan mengemukakan pentakwilan yang

bertentangan dengan akidah yang benar.

b) Bersih daripada hawa nafsu.Hal ini kerana hawa nafsu akan mendorong diri seseorang

itu untuk membela dan menegakkan kepentingan mazhabnya semata-mata.

c) Mempunyai keahlian dalam bidang hadis, riwayah dan dirayah, kerana hadis-hadis Nabi

merupakan penjelasan dalam mentafsirkan ayat-ayat mujmal dan mubham dan seterus-

nya hadis-hadis Rasulullah akan membntu pentafsir menerangkan segala kemusykilan

yang timbul berhubung perkara ini.

d) Mempunyai ilmu yang luas dalam pelbagai bidang seperti :

i) Ilmu Bahasa Arab. Oleh kerana pentingnya penguasaan terhadap ilmu bahasa

Arab dalam menafsirkan ayat al-Quran terutamanya yang berkaitan dengan

tatabahasa dan i’rab perkataan, maka mujahid telah mengatakan yang bermak-

sud,

Page 3: usul tafsir

“ Tidak halal bagi seseorang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat berbicara mengenai

sesuatu yang terdapat dalam Kitabullah apabila di tidak mengetahui bahasa Arab”

Selain itu, ilmu bahasa Arab juga merangkumi ilmu-ilmu berikut :

Ilmu Tasrif (sorof) kerana dengannya dapat diketahui bina’ (struktur) dan sighah (kata

kerja) sesuatu kata.

Isytiqaq (derivasi) kerana sesuatu nama apabila isytiqaqnya berasal daripada dua subjek

yang berbeza, maka ertinya pun juga pasti berbeza.

Al-Bayan kerana dengannya dapat diketahui kekhususan tarkib (komposisi) suatu kali-

mat dari segi perbezaanya sesuai dengan jelas atau tidaknya sesuatu makna.

Al-Badi’ kerana dengannya dapat diketahui kekhususan tarkib (komposisi) suatu kalimat

dari segi keindahan suatu kalimat Ketiga-tiga ilmu di atas ( al-Ma’ani, al-Bayan dan al-

Badi’) disebut sebagai ilmu balaghah yang merupakan ilmu yang perlu dikuasai dan

diperhatikan oleh seseorang mufassir agar peka terhadap keindahan bahasa (I’jaz) al-

Quran.

ii) Ilmu Qira’ah kerana dengannya dapat diketahui cara mengucapkan al-Quran dan

kuat tidaknya model bacaan yang disampaikan antar satu qari dengan qari yang

lainnya.

iii) Mendalami ilmu usuluddin dan ilmu tauhid kerana dengannya seseorang mufas-

sir dapat mentafsirkan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan .

iv) ketuhanan dan hak-hak Allah dengan betul serta tidak mentakwilkannya dengan

sewenag-wenangnya atau dengan melampaui batas.

v) Berpengetahuan dalam Usul Fiqh kerana ia dapat membantu mufassir membuat

kesimpulan dari ayat-ayat al-Quran dan berdalil dengannya. Juga dengannya da-

pat diketahui wajh al-istidlal (segi penunjukan dalil) terhadap hukum dan istin-

bat.

vi) Berpengetahuan luas dalam ilmu Ulum Al-Quran seperti :

Page 4: usul tafsir

Asbabun Nuzul (sebab-sebab turunnya ayat) kerana dengannya dapat diketahui

maksud ayat sesuai dengan peristiwa diturunkannya.

An-Nasikh wa al-Mansukh agar diketahui mana ayat yang muhkam(ditetapkan

hukumnya) dari yat selainnya.

iv) Mengetahui ilmu-ilmu lain seperti sosiologi, antropologi, zoology, ilmu

sejarah, geografi, psikolgi serta ilmu semasa seperti ekonomi, politik sosoal dan

sebagainya bagi membantu mufassir untuk mentafsirkan al-Quran.

e) Memulakan tafsir al-Quran dengan al-Sunnah itu sendiri.

f) Mentafsirkan al-Quran dengan al-Sunnah.

g) Merujuk kepada pandangan dan ijtihad para sahabat.

h) Merujuk kepada pendapat Tabi’in jika tidak terdapat tafsiran para sahabat.

i) Ilmu mauhibbah, iaitu ilmu yang Allah Taala anugerahkan kepada orang yang menga-malkan ilmunya.

ADAB-ADAB PENTAFSIR AL-QURAN (MUFASSIR)

Pentafsir perlu memiliki adab-adab yang baik untuk membolehkan mereka mentafsirkan ayat-

ayat al-Quran. Antaranya adalah seperti berikut :

1) Niat dan tujuan yang baik

Nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang sahih bermaksud : “ Setiap amalan adalah

berdasarkan kepada niatnya”. Justeru, untuk berkhidmat kepada al-Quran, perlulah memiliki

niat yang baik agar tidak terjerumus ke dalam usaha yang melibtkan keduniaan dan

sempamanya.

Page 5: usul tafsir

2) Berakhlak Mulia

Seorang mufassir akan dijadikan contoh teladan oleh orang lain. Oleh itu, dia hendaklah

mempunyai akhlak dan budi pekerti yang mulia sesuai dengan ajaran al-Quran itu sendiri.

3) Beramal dengan isi kandungan al-Quran

Ilmu yang dipraktikkan akan lebih mudah diterima berbanding ilmu yang tidak diamalkan. Selain

itu, ilmu yang diamalkan juga akan membawa kepada keberkatan. Pepatah Arab telah

menyatakan : “ Ilmu tanpa mal ibarat pohon yang tidak berbuah”

4) Bersikap Tawadhuk dan Merendahkan Diri

Kesombongan yang wujud akan menjadi hijab daripada ilmu tersebut dimanfaatkan.

5) Tegas dalam Menyampaikan Kebenaran

Raulullah telah menyatakan bahawa “ Sebaik-baik jihad ialah perkataan yang benar di hadapan

pemerintah yang zalim”.

SEJARAH PERKEMBANGAN TAFSIR PADA ZAMAN RASULULLAH, SAHABAT DAN TABIEN.

TAFSIR ZAMAN RASULULLAH

Metode/Bentuk Penafsiran

Orang yang mula-mula mewujudkan ilmu Tafsir al-Quran dan menjelaskan maknanya kepada

orang ramai ialah Rasulullah s.a.w . Baginda ialah orang yang paling faham tentang makna-

makna ayat al-Quran. Baginda juga memahami tentang rahsia-rahsia yang terkandung dalam al-

Quran dan mengetahui tujuan sesuatu ayat berkenaan diturunkan. Bahkan dalam sesetengah

ayat, seruan itu ditujukan terus secara langsung kepada baginda s.a.w supaya menjelaskannya

kepada manusia. Contohnya ayat berikut:

Page 6: usul tafsir

“Supaya Engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa Yang telah diturunkan kepada

mereka”,

Menurut Ibn Kaldun dalam Muqaddimahnya, Nabi s.a.w menjelaskan kepada sahabt-sahabat

tentang ayat-ayat yang umum dengan mempericikan supaya difahami dengan jelas oleh mereka.

Demikian juga bginda s.a.w membezakan mana ayat yang Nasikh dan mana yang mansukh.

Penjelasan Rasulullah member faham makna dan maksud tersirat dalam ayat, manakala

peristiwa atau sebab nuzul sedia diketahui oleh para sahabat yang menyaksikan wahyu

diturunkan. Semuanya ini diperjelaskan oleh Nabi sendiri kepada sahabat –sahabat baginda

s.a.w sehingga mereka benar-benar faham dan mengerti penjelasan dan pentafsiran sesuatu

ayat al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya. Ilmu pentafsiran ini kemudiannya

berpindah daripada generasi sahabat kepada generasi tabi’in dan begitulah seterusnya.

Keadaan ini berterusan apabila ilmu ini sentiasa berpindah randah dari generasi pertama iaitu

generasi sahabat kepada generasi seterusnya iaitu generasi tabi’in dan sehingga generasi

kebelakangan. Sehinggalah pengetahuan ini menjadi satu cabang ilmu yang akhirnya dibukukan

khusus. Kemudian ilmu ini kian bercambah dengan penulisan buku-buku yang tumbuh bagaikan

cendawan selepas hujan. Semua ini dipindahkan secara asli daripada sahabat, tabi’in dan

generasi selepasnya sehinggalah lahir tokoh-tokoh Tafsir yang terkenal seperti al-Tabari , al-

Wafidi, al-Tha’libi dan seumpama mereka.

Kesimpulannya, boleh dikatakan metode yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah metode

terus atau secara langsung. Ini bersesuaian dengan keadaan Nabi yang bertindak sebagai

pemberi penjelasan terhadap ayat-ayat al-Quran yang diturunkan kepadanya.

Secara kesimpulannya, metode Rasulullah s.a.w menafsirkan al-Quran kepada sahabat ialah

seperti yang berikut:

a) Menjelaskan sesuatu yang mujmal (tidak disebut secara terperinci). Seperti Nabi s.a.w

menjelaskan cara solat dan kadar zakat yang diwajibkan yang terdapat dalam surah al-

Baqarah ayat 43.

Page 7: usul tafsir

&ع&ين% اك الر) م%ع% * %ع+وا ك و%ار* %اة% ك الز) * +وا و%آت %ة% الص)ال * ق&يم+وا% [43-2] و%أ

b) Menerangkan sesuatu ayat yang kabur. Seperti penjelasan Rasulullah s.a.w terhadap

surah al-Baqarah ayat 186.

* +وا يب %ج& ت %س* *ي ف%ل د%ع%ان& &ذ%ا إ الد)اع& د%ع*و%ة% ج&يب++ أ ق%ر&يب> <ي &ن ف%إ <ي ع%ن %اد&ي ب ع& %ك% %ل أ س% &ذ%ا و%إ

د+ون% ] ش+ %ر* ي )ه+م* %ع%ل ل &ي ب * +وا +ؤ*م&ن *ي و%ل [ 186-2ل&ي

c) Mengkhususkan yang umum. Contohnya kezaliaman yang dimaksudkan dalam surah al-

An;aam ayat 83.

ح%ك&يم> و )ك% ب ر% &ن) إ اء )ش% ن م)ن Gج%ات د%ر% ف%ع+ %ر* ن ق%و*م&ه& ع%ل%ى اه&يم% *ر% &ب إ %اه%ا *ن %ي آت %ا +ن ت ح+ج) &ل*ك% %ت&يم> ] [ 83-6ع%ل

Sumber Ilmu Tafsir di Zaman Rasulullah

Apabila sahabat- sahabt mempunyai persoalan tentang ayat-ayat al-Quran, mereka merujuk

terus kepada baginda s.a.w. Mereka akan bertanya Rasulullah penjelasan terhadap sesuatu ayat

atau perkataan tertentu dalam mana-mana ayat. Maka Rasulullah s.a.w akan menjawab serta

menjelaskan segala kemusykiln itu. Ini adalah kerana Allah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w

sebagai pemberi penjelasan terhadap al-Quran yang diturunkan kepada baginda. Ini dijelaskan

melalui ayat berikut:

“Kami pula turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Al-Quran Yang memberi peringatan,

supaya Engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa Yang telah diturunkan kepada

mereka, dan supaya mereka memikirkannya”.

Rasulullah s.a.w adalah sumber utama untuk menjelaskan segala keraguan terhadap ayat-ayat

al-Quran pada masa itu. Para sahabat sangat tekun mempelajari al-Quran dan penafsirannya

daripada Rasulullah s.a.w. Mereka juga terus menghafal ayat-ayat itu dan mengamalkannya.

Page 8: usul tafsir

Uthman bin Affan, Abdullah bin Mas’ud dan selainnya apabila mempelajari daripada Nabi s.a.w

sepuluh ayat, mereka tidak akan meneruskan ayat yang lain sehinggalah mereka benar-benar

faham ayat itu dan beramal dengannya.

Walaupun tafsir al-Quran tidak pernah dibukukan ahupun dikelaskan sebagai ilmu yang

berasingan pada zaman Rasulullah s.a.w. Bahkan ilmu ini hanya diriwayatkan oleh sahabat dari

Rasulullah sebagaimana mereka meriwayatkan hadis-hadis lain.

TAFSIR AL-QURAN ZAMAN SAHABAT

Sebagaimana yang diketahui bahawa Rasulullah s.a.w menjelaskan kebanyakan makna al-Quran

kepada sahabat-sahabat baginda. Mereka ialah golongan yang paling mengetahui al-Quran

selepas Rasulullah s.a.w. Ilmu Tafsir pada zaman sahabat tidak jauh bezanya dari zaman

Rasulullah s.a.w. Para sahabat merupakan rujukan utama apabila ada kemusykilan terhadap

ayat-ayat al-Quran. Bahkan terdapat perbezaan di antara mereka dalam memahaminya

berdasarkan keupayaan akal mereka, lamanya tempoh mereka bersama Nabi s.a. w. Antara

sahabat yang paling mengetahui tentang ilmu tafsir al-Quran ialah khalifah yang empat,

Abdullah bin Mas’ud, Ubai bin Ka’b dan Abdullah bin Abbas. Selain mereka, terdapat sahabat

lain seperti Abu Musa al-Asya’ri, Amru ibn al-‘As, Anas bin Malik, Jabir bin Abdullah dan A’isyah.

Ali bin Abi Talib dianggap sebagai sahabat yang paling mengetahui tentang ilmu Tafsir,

sementara Abdullah bin Abbas pula yang paling muda dalam kalangan mereka.

Sumber Tafsir Zaman Sahabat

Sahabat-sahabat Nabi s.a.w berijtihad dalam Ilmu Tafsir berdasarkan sumber-sumber berikut;

Tafsir al-Quran dengan al-Quran. Ini adalah sumber utama yang diajar oleh Ra-

sulullah kepada para sahabat.

Page 9: usul tafsir

Tafsir al-Quran dengan al-sunnah al-sahihah. Ini adalah sumber yang tidak ku-

rang pentingnya kerana Rasulullah s.aw. ialah orang yang paling mengetahui

tentang kitab Allah dan penafsiran makna-maknanya.

Tafsir al-Quran dengan ijtihad yang dilakukan dengan penelitian dan kefa-

haman yang baik. Sumber ini juga penting kerana sahabat adalah orang yang

paling mengetahui tentang al-Quran selepas Rasulullah s.a.w . Mereka berada

bersama Rasulullah s.a.w ketika al-Quran diturunkan.

TAFSIR AL-QURAN ZAMAN TABI’IN DAN TABI’ TABI’IN

Zaman ini bermula pada awal abad kedua Hijrah hingga awal abad keempat Hijrah.Pada zaman

itu Islam telah tersebar luas dan Negara jajahan Islam telah banyak hingga ke Negara bukan

Arab.Lantaran itu,pengaruh dan kebudayaan asing mulai menular ke dalam mmasyarakat Islam

dan Arab.Antara lain juga ia telah mempengaruhi ajaran Islam.Untuk itu ulama waktu itu

mencari jalan dan memikirkan untuk membentuk pentafsiran al-Quran sebagai suatu ilmu yang

tersendiri.Hal itu supaya ia menjadi lebih berkesan dan mudah difahami oleh pelbagai bangsa

dan ,masyarakat Islam yang bukan berasal dari kalangan bangsa Arab.

ZAMAN TABI’IN

Sebagaiman dimaklumi,pada zaman nabi dan sahabat,riwayat-riwayat tafsir adalah diwarisi dari

mulut ke mulut,di mana waktu itu belum lagi ada pembukuan.Ulama pertama yang berusaha

kea rah penulisan dan mencatat tafsir yang berkaitan dengan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk

buku adalah daripada kalangan ulama Tbi’in yang dipelopori oleh Mujahid.Selepas batu asas

yang dibuat oleh Mujahid,maka munculah kemudiannya ulama lain yang bertungkus-lumus

untuk mengumpulkan tafsir ayat-ayat al-Quran yang asalnya berselerak dan ada di tempat yang

berbagai-bagai itu.Ulama terkenal yang menjadi pengumpul dan berusaha untuk mengimpulkan

segala tafsir ayat-ayat al-Quran yang berselerak itu ialah:

Sufian Ibn Uyainah yang meninggal dunia pad tahun 198 Hijrah

Page 10: usul tafsir

Waki’ Ibn al-Jarah yang meninggal dunia pada tahun 197 Hijrah

Syu’bah Ibn al-Hajjaj yang meninggal dunia pada tahun 160 Hijrah.

Ishak Ibn al-Rahawiyah yang meninggal dunia pada 238 Hijrah.

Seterusnya satu hal lain yang perlu difahami ialah tentang wilayah Islam yang sudah mulai

terbuka luas pada zaman Tabi’in.Ekoran daripada keadaan tersebut ramai daripada kalangan

para sahabat terkemuka telah berpindah ke kota-kota yang baru dibuka,dan ini semua

menyebabkan munculnya beberapa aliran di berbagai kota Islam yang diketuai atau dipimpin

oleh para sahabat terkemuka tersebut.Ekoran perluasan wilayah dan penghijrahan para

sahabat terkemuka ke berbagai daerah dan kota yang baru dibuka dalam hubungannya dengan

ilmu Tafsir dapat dinyatakan sebagaiman berikut:

> Di Mekah.Madrasah al-Tafsir telah diasaskan oleh Ibn Abbas .Di antara murid Ibn Abbas terdiri

dari ulama Mekah:Mujahid Ibn Jabar yang meninggal dunia pada tahun 103 Hijra,’Ata’ Ibn Abi

Rabah yang meninggal dunia pada 114 Hijrah,’ikrimah Maula Ibn Abbas yang meninggal

duniayang meninggal dunia pada tahun 105 Hijrah,Sa’id Ibn Jubair yang meninggal dunia pada

tahun 93 hijrah dan Tawus Ibn Kasan al-Yamani yang meninggal dunia pada tahun 106 Hijrah.

> Di Madinah.Madrasah al-Tafsir diasaskan oleh Ubai Ibn Ka’ab menjadi masyhur lebih dari

sahabat lain dalam bidang tafsir.Antara murid beliau yang terkenal dari kalangan Tabi’in,samada

yang belajar daripada beliau secara langsung atau tidak langsung iala:Zaid Ibn Aslam,Abu al-

Aliyah serta Muhammad Ibn al-Qarazi.

> Di Kufah,Iraq,Madrasah Tafsir diasaskan oleh Abdullah Ibn Mas’ud yang dianggap oleh para

ulama sebagai asas awal kepada kemunculan aliran Ahl al-Ra’yi dalam bidang Tafsir.Ramai

daripada kalangan Tabi’in daripada penduduk Iraq yang terkenal dalam bidanga Taffsir.Antara

murid –muridnya:terdiri daripada ulama majoritinya berada di Kufah,antara mereka

ialah:’Alqamah Ibn Qais yang meninggal dunia pada tahun 102 Hijrah .al-Aswad Ibn Zaid yang

meninggal dunia pada tahun 105 Hijrah ,’Ubaidah Ibn ‘Amru al-Salmani dan Msruq Ibn al-Ajda’.

Page 11: usul tafsir

Nama-nama yang tersebut di atas merupakan ahli-ahli tafsir terkenal dari kalangan tabi’in yang

muncul di berbagai kota Islam pada waktu itu.Menyusul selepas mereka ialah generasi Tabi’in al

Tabi’in yang merupakan para murid al-Tabi’in.Mereka semua telah meninggalkan kepada kita

suatu warisan ilmiah yang berkekalan.

-Dari kalangan ahli tafsir yang tersebut di atas merupakan ahli-ahli tafsir terkenal ialah Mujahid

Ibn Jabar dan Sa’id Ibn Jubair.Hal tersebut dapat dibuktikan dengan ungkapan oleh Imam

Nawawi sebagaimana katanya:Apabila kamu sudah mengetahui Tafsir Mujahid,maka ia adalah

memadai bagi kamu.

-Antara lain juga sebagaiman ungkapan Sufian al-Thauri:Ambillah Tafsir al-Quran daripada

empat orang ulama Tafsir.iaitu :Said Ibn Jubair,Mujahid ,Ikrimah dan al-Dhahhak.

-Walaupun pada zaman Tabi’in ilmu Tafsir telah berkembang pesat ,namun sebagai

rumusannya,majoritinya ia masih terus wujud dalam bentuk pengajaran dan riwayat secara

lisan.Dimana pembukuan yang berlaku pada zaman Tabi’in masih belum begitu pesat.

-Apa yang ketara dan jelasnya ,satu perkembangan baru yang berlaku dalam zaman al-Tabi’in

ialah dimana pada waktu itulah mulanya menyelinap masuk ke dalam disiplin ilmu Tafsir unsur-

unsur Israilliyat.

-Hal itu terjadi disebabkan pada waktu itu telah ramai golongan ahli kitab yang memeluk Islam.

-Maka golongan Tabi’in menukilkan cerita-cerita daripada mereka terutamanya

daripada:Abdullah Ibn Salam,Ka’ab Ibn al-Ibn Juraij. Cerita-cerita israilliyat tersebut diselitkan di

sana sini semasa mereka membuat tafsiran terhadap ayat-ayat tertentu di dalam al-Quran.

Page 12: usul tafsir

KITAB TAFSIR ZAMAN TABI’IN

KITAB TAFSIR ZAMAN TABI’IN

Tafsir al-Saudi

ϯ ΩϮδϟήϴδϔΗ)

Yang meninggal dunia pada tahun 127 Hijrah.Tafsir itu menerangkan riwayat-

riwayat yang dirujukkan kepada IbnMas’ud dan Ibn Abbas.

Tafsir Ibn Juraijyang meninggal

dunia pada tahun150 Hijrah .Tafsir itu

meriwayatkansegala riwayat

mengenai ayat-ayatal-Quran,sahih atau

dho’if.

Tafsir Maqatil yang meninggal duniapada tahun 150

Hijrah.

TafsirMuhammad Ibn

Ishak.

ZAMAN TABI’ TABI’IN

Bermula pada permulaan kurun ketiga Hijrah.

Perkembangan tafsir zaman ini juga ekoran wilayah Islam yang sudah mulai terbuka

luas.

Hal itu menyebabkan munculnya beberapa aliran di berbagai-bagai kota Islam yang

diketuai atau dipimpin oleh para Tabi’in.

Ulama golongan tabi’ tabi’in tersebut telah berusaha dengan gigih untuk

menyempurnakan lagi pentafsiran al-Quran.

Usaha tersebut dilakukan berdasarkan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka,bahasa

Arab,lahjah Arab di samping saranan ahli Tafsir.

KITAB TAFSIR ZAMAN TABI’ TABI’IN.

- Kitab tafsir yang wujud pada zaman tersebut merupakan ekoran kewujudan dan

Page 13: usul tafsir

perkembangan daripada penyusunan kitab tafsir yang dilakukan oleh tabi’in.

- Ulama Tabi’ Tabi’in telah menyusun dan menulis kitab tafsir dengan lebih teratur.

- Di mana pada peringkat zaman itu mereka telah mulai menulis tafsir yang merangkumi atau

melengkapi semua surah-surah al-Quran.

- Antara lain juga di dalam kitab tafsir tabi’ tabi’in majoritinya mengandungi perkataan-

perkataan sahabat dan para tabi’in yang tersebut sebelum ini.

Antara kitab tafsir terkenal yang wujud pada peringkat zaman itu ialah:

Al-Waqidi yang meninggal dunia pada tahun 207 Hijrah.

Al-‘Allaf yang meninggal dunia pada tahun 226 Hijrah.

Ibn Jarir al-Tabari yang meninggal dunia pada tahun 310 Hijrah.

-Pada peringkat itu kitab tafsir Ibn Jarir yang terkenal dengan tafsir al-Tabari merupakan kitab

tafsir mutaqaddimin yang paling besar yang wujud hinnga kini.

-Tafsir al-Tabari tersebut asalnya bernama Jami’ al-Bayan.

-Ibn Jarir telah menulis tafsirnya itu dengan mengikuti kaedah-kaedah salaf.Iaitu mentafsir al-

Quran berdasarkan Hadis ,di samping itu juga beliau menerangkan ta’wil-ta’wil yang kukuh yang

diperolehinya daripada para sahabat .

-Selain itu ,Ibn Jarir juga memasukkan ijtihad beliau sendiri dalam tafsirnya.

SUMBER TAFSIR ZAMAN TABI’ TABI’IN

Page 14: usul tafsir

SUMBER TAFSIR ZAMAN TABI’

TABI’IN.

Pertamanya:Merekaberpegang kepadapenjelasan yang

terdapat dalam al-Quran itu sendiri.

Kedua :Kemudianmereka berpegangkepada penjelasan-

penjelasanRasulullah yang mereka terima

menerusi riwayatpara sahabat.

Ketiga :Mereka jugabersandarkan kepadatafsiran para sahabat.

Keempat:Di samping itu merekajuga mengambil pandangan

golongan ahli kitab.

Dap mereka menerusi Ijtihaddan pemikiran mereka sendiri.

Kelima:Akhirnyapara pentafsir dari

kalangan iniberpegang kepada

apa yang dibukakan oleh

Allah terh

BANDINGBEZA SEJARAH BAGI SETIAP ZAMAN

PERBEZAAN PENGAJIAN TAFSIR ZAMAN RASULULLAH, SAHABAT DAN TABIIN

ZAMAN

PERBEZAAN

RASULULLAH SAHABAT TABIIN TABI’ TABIIN

SUMBER TAFSIR

Tafsir daripadaal-Quran

-Tafsir al-Quran dengan al-Quran.

-Tafsir al-Quran dengan al-Sunnah al-Sahihah

-Tafsir al-Quran dengan ijtihad dengan penelitian dan kefahaman yang baik.

-Tafsir al-Quran dengan al-Quran

-Tafsir al-Quran dengan al-Sunnah al-Sahihah

-Tafsir al-Quran dengan kata-kata sahabat

TOKOH YANG Rasulullah

Khalifah yang empat:

Mujahid, Said bin Jabir, Ikrimah Maula Ibn Abbas, Thawus, Atha’ bin

-Sufian Bin Uyainah-Waki’ bin al-Jarrah dan lain-

Page 15: usul tafsir

TERLIBAT -Abdullah bin Mas’ud-Ubai bin Ka’b, --Abdullah bin Abbas-Zaid Bin Thabit-Abu Musa al-Asya’ari, Amru ibn al-‘As-Anas bin Malik, Jabir bin Abdullah -Aisyah.-Ali Bin Abi Talib

bin Abi Rabiah, Alqamah, al-Aswad bin Yazid al-Nakha’I, Ubaidah bin Amru al-Salmani dan Amru bin Syarbahil.

lain.

RUJUKAN UTAMA Rasulullah Para sahabat Para Tabi’in Para Tabi’

KITAB TAFSIR YANG MASYHUR Belum dibukukan.

Dari mulut ke mulut.

-Tafsir al-Saudi

-Tafsir Ibn Juraij Hijrah

-Tafsir Maqatil

-TafsirMuhammadIbn Ishak

-Tafsir al-Waqidi

-Tafsir al-‘Allaf

-Tafsir Ibn Jarir al-Tabari

PEMBAHAGIAN TAFSIR

PEMBAHAGIAN TAFSIR

Para ulama telah membahagikan tafsir kepada tiga bahagian mengikut aliran yang wujud dalam

perkembangan tafsir Al-Quran iaitu:

Pertama:Tafsir bi Al-Ma’thur atau juga dikenali Tafsir Bi al-Riwayah dan Tafsir Bi al-Naqli

Kedua: Tafsir Bi Al-Ra’yi atau dikenali juga dengan Tafsir Bi al-Dirayah atau Tafsir bi-al’aql

Ketiga: Tafsir Sufi atau Al-Tafsir Al-Isyari yang dipelopori oleh golongan sufi.

Page 16: usul tafsir

TAFSIR BIL MA’THUR

TAFSIR BIL MA’THUR

Tafsir bil Ma’thur ialah tafsir yang merujuk kepada Al-Quran, As-Sunnah dan pendapat para

sahabat dan tabi’in untuk menjelaskan atau menghuraikan maksud ayat Al-Quran.Sehubungan

dengan itu,tafsir daripada jenis ini hanya berpegang kepada riwayat yang sahih iaitu penafsiran

Al-Quran dengan Al-Quran sendiri atau mentafsirkan Al-Quran berpandukan hadis kerana fungsi

hadis itu sendiri ialah menerangkan serta menjelaskan isi kandungan Al-Quran,atau riwayat para

sahabat yang menafsirkan Al-Quran memandangkan golongan para sahabat merupaka golongan

yang paling mengetahui tentang al-Quran al-Karim.

Tafsir bil Ma’thur berkembang melalui beberapa cara iaitu:

Pertama:Secara lisan.Disebut juga sebagai periwayatan

Berlaku pada zaman sahabat dan permulaan zaman tabiin iaitu kurun pertama hijrah

pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin dan kerajaan Bani Ummayah

Melalui cara ini, para sahabat mengambil penafsiran daripada Rasulullah saw atau para

sahabat meriwayatkan daripada sahabat iaitu dengan cara penukilan yang boleh diper-

cayai, diteliti dan mengambil berat tentang sanad periwayatan. (Pengantar Usul Tafsir]

Pada waktu ini lahirnya mufassirin dari kalangan sahabat utama seperti khulafa’ al-

Rasyidin, Ibn Masud, Ibn Abbas, Ubai bin Kaab dan Aisyah r.anhum. Keadaan ini berteru-

san sehingga zaman permulaan tabiin yang mana mereka menerima secara lisan dari sa-

habat. Pada zaman ini munculnya Madrasah Tafsir; Ibn Abbas di Mekah, Ubay bin Kaab

di Madinah dan Abdullah bin Masud di Kufah.

Kedua: Secara penulisan atau pembukuan (tadwin)

Cara kedua adalah hasil lanjutan daripada cara pertama iaitu riwayat-rowayat tersebut

dicatit. Pada peringkat awal ia ditulis dalam kitab-kitab hadith seperti kitab al-Tafsir

dalam sohih al-Bukhari.

Page 17: usul tafsir

Cara ini berlaku pada zaman tabiin dan tabi’ tabiin iaitu pada kurun ke-2 Hijrah pada za-

man pemerintahan kerajaan Abbasi. Golongan tabiin dan tabi’ tabiin telah mencatat ri-

wayat-riwayat tafsir sama ada dalam bentuk marfu’ atau mauquf pada sahabat atau

kata-kata tabiin yang utama(Kibar al-Tabiin). Riwayat-riwayat ini ditulis dengan sanad

bersama dengan hadith-hadith termasuklah pandangan sahabat berkaitan hadith, fiqh ,

aqidah dan istinbat hukum. Pada masa ini munculnya Mujahid(m104H), Said bin

Jubayr(m95H), Qatadah(m118H) yang mencatat tafsiran guru mereka Ibn Abbas,

Muhammad bin Kaab(m120H), Zaid bin Aslam(m136H) yang mencatat tafsiran Ubay bin

Kaab dan Hasan al-Basri(m110H) dan Masruq bin al-Ajda’(m63H) yang mencatat tafsiran

Abdullah bin Mas’ud.

Ketiga: Penulisan tafsir bil Ma’thur dengan jalur sanad terasing dari hadith

Pada peringkat ini tafsir bil Ma’thur ditulis secara berasingan dari hadith. Penulisan ini

berlaku pada zaman Atba’ al-Tabiin iaitu pada kurun ke-2 dan ke-3 hijrah. Antara tafsir

yang dibukukan pada tempoh ini ialah:

Sahifah Ali bin Abi Talhah(m143H) yang mencatat riwayat Ibn Abbas.

Tafsir Sufyan bin Said al-Thawri(m161H)

Tafsir Sufyan bin Uyahnah(m198H)

Tafsir Abd al-Razzaq bin Hammam al-San’ani(m211H)

Tafsir Abd bin Humayd(m249H)

Tafsir Ishaq bin Rahawayh(m238H)

Tafsir al-Nasai(m303H)

Keempat: Penulisan tafsir secara lengkap beserta dengan sanad yang bersambung

Peringkat ini berlaku sekitar tahun ke-4 Hijri dengan tafsir menjadi satu disiplin ilmu

yang tersendiri dan berpisah secara sepenuhnya dari hadith. Para mufassirin sepanjang

tempoh ini berusaha mengumpulkan riwayat yang ma’thurat dalam tafsir dari hadith-

hadith, kata-kata sabahat, kata-kata Tabiin dan Tabi’ Tabiin.

Pada peringkat ini munculnya tafsir al-Quran yang lengkap mengikut susunan mushaf

dengan menyebut riwayat-riwayat dan pandangan-pandangan yang ma’thur bagi setiap

Page 18: usul tafsir

ayat.

Antara tafsir yang dibukukan pada peringkat ini ialah Tafsir Ibnu Majah(m273H), Tafsir

Imam Ibnu Jarir al-Tabari(m310H), Tafsir Abu Bakar bin al-Mundhir al-

Naysaburi(m318H), Tafsir Ibn Abi Hatim al-Razi(m327H), Tafsir Ibn Hibban(m369H),

Tafsir al-Hakim(m405H), dan tafsir Abu Bakar bin Mardawayh(m410H).

Kelima: Pengguguran Sanad dari tafsir bil Ma’thur

Peringkat ini adalah peringkat selepas al-Tabari, Ibn Abi Hatim, Ibn al-Mundhir dan Ibn

Mardawayh. Pada peringkat para pentafsir menggugurkan sanad riwayat-riwayat tafsir

dengan tujuan memudahkan penuntut ilmu tafsir. Mereka menyebut semua riwayat

tanpa mengambil kira riwayat yang sohih dan daif. Oleh kerana riwayat-riwayat tersebut

ditulis tanpa sanad maka sukar sekali untuk menilai riwayat tersebut dan membezakan

antara riwayat yang sohih dan daif. Para pentafsir pada peringkat ini menyebut pelbagai

pandangan yang ma’thur dari sahabat atau tabiin atau tabi;tabiin sehinggakan ada di-

antara riwayat tersebut bertentangan antara satu sama lain.

Antara tafsir yang menjadi contoh kepada peringkat ini ialah tafsir Bahr al-Ulum oleh al-

Samarqandi, al-Kashf wa al-Bayan An Tafsir Al-Quran karya Abu Ishaq al-Tha’labi, Tafsir

Bahr al-Muhit karangan Abu Hayyan, Al-Durr al-Manthur fi Tafsir bil Ma’thur hasil tan-

gan al-Sayuti , Tafsir al-Quran al-Azim hasil garapan Ibn Kathir al-Dimashqi dan Fath al-

Qadir tinggalan al-Shawkani

SYARAT-SYARAT TAFSIR BIL MA’THUR

Tafsir bil Ma’thur memerlukan kepada beberapa syarat.Antaraynya ialah:

Mempunyai ilmu yang cukup mengenai sunnah

Mengetahui sunnah yang berkaitan dengan tafsir,juga mengenai kata-kata para sahabat

dan tabi’en

Mampu untuk mengumpul dan menyatukan riwayat-riwayat yang bercanggah

Mengetahui tentang asbab al-Nuzul dan nasakh mansukh

Tidak bersandar kepada riwayat Israiliyyat

Page 19: usul tafsir

SUMBER TAFSIR BIL MA’THUR

Tafsir bil Ma’thur bersumberkan kepada beberapa sumber iaitu tafsir al-Quran dengan al-

Quran,tafsir al-Quran dengan hadis Rasulullah s.a.w,pendapat dan ijtihad para sahabat dan

Tabi’in.

a) Pertama:Tafsir al-Quran dengan al-Quran

Bentuk tafsir seumpama ini adalah yang terbaik dan paling mulia.Hal ini kerana tidak

ada seorang pun yang lebih mengetahui kalam Allah selain daripada Allah. Justeru

itu,Ibn Kathir telah menyatakan bahawa sekiranya ada orang bertanya tentang kaedah

yang terbaik untuk mentafsir,maka jawapannya ialah Al-Quran itu sendiri.

“ Sekiranya ada orang bertanya, apakah jalan terbaik mentafsir, maka jawapannya

ialah al-Quran itu sendiri.”

Mentafsir ayat al-Quran dengan al-Quran dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antaranya

ialah:

i. Pentafsiran terhadap ayat-ayat ringkas

Terdapat ayat yang ringkas di dalam al-Quran, namun telah ditafsirkan dengan

lebih jelas dan lengkap pada ayat yang lain.Contohnya firman Allah dalam surah

al-Fatihah:

الد<ين& ] & %و*م ي &ك& [4-1م%لMaksudnya:“Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)”

Perkataan يو الدين م ditafsirkan dengan firman Allah dalam surah Al-Infitar

ayat 17-19:

الد<ين& ] %و*م+ ي م%ا اك% د*ر%% أ الد<ين&[ ]17-82و%م%ا %و*م+ ي م%ا اك% د*ر%

% أ م%ا +م) -82ث

)ه&[ ]18 &ل ل Gذ& %و*م%ئ ي م*ر+% و%األ* Pا *ئ ي ش% Gف*س% <ن ل %ف*س> ن &ك+ %م*ل ت ال% %و*م% [ 19-82ي

Maksudnya:“Dan mereka (sentiasa berada Dalam azab seksanya), tidak ghaib

daripadanya. dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari

Page 20: usul tafsir

Pembalasan itu? sekali lagi, apa jalannya Engkau dapat mengetahui kedahsyatan

hari Pembalasan itu? (hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan

pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan Segala urusan pada hari itu

tertentu bagi Allah.”

ii. Pentafsiran secara lebih jelas terhadap ayat yang berbentuk menyeluruh(muj-

mal)

Dimaksudkan dengan ayat yang berbentuk menyeluruh ialah sesuatu yang tidak

jelas dalilnya.Contohnya ialah firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 187:

و%د& س*% األ *ط& *خ%ي ال م&ن% %ض+ *ي %ب األ *ط+ *خ%ي ال +م+ %ك ل )ن% %ي %ب %ت ي )ى ت ح% * +وا ب ر% و%اش* * +وا +ل و%ك

ر& *ف%ج* ال م&ن%

Maksudnya; “dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu

benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), Iaitu waktu

fajar.”

Perkataan fajar telah menerangkan maksud perkataan benang putih dan benang

hitam.

iii. Pentafsiran dengan mengkhususkan ayat-ayat yang umum.

Contohnya ialah firman Allah:

*غ%او+ون% ] ال &ع+ه+م+ )ب %ت ي اء+ ع%ر% V224-26و%الش ]Gو%اد +ل< ك ف&ي )ه+م* ن% أ %ر% ت %م* ل

% أ

%ه&يم+ون% ] +ون%[ ]225-26ي %ف*ع%ل ي ال% م%ا +ون% %ق+ول ي )ه+م* ن% [226-26و%أ

Maksudnya:. “dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan Yang sesat - tidak

berketentuan hala.tidakkah Engkau melihat Bahawa mereka merayau-rayau

Dengan tidak berketentuan hala Dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-

angan kosong)?dan Bahawa mereka memperkatakan apa Yang mereka tidak

melakukannya?”

Page 21: usul tafsir

(Al-Syuara’:224-226)

Ayat umum di atas telah dikhususkan dengan pengecualian terhadap penyair-

penyair yang beriman seperti firman Allah dalam surah al-Syuara’ ayat 227:

وا %ص%ر+ و%انت ا Pير& %ث ك )ه% الل وا %ر+ و%ذ%ك &ح%ات& الص)ال +وا و%ع%م&ل +وا آم%ن )ذ&ين% ال &ال) إ

+ون% &ب %نق%ل ي Gم+نق%ل%ب ي)% أ %م+وا ظ%ل )ذ&ين% ال %م+ %ع*ل ي و%س% &م+وا ظ+ل م%ا %ع*د& ب -26]م&ن

227]

Maksudnya: “Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh (dari

kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak,

serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. dan (ingatlah), orang-

orang Yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat

mana, mereka akan kembali.”

iv. Pentafsiran melalui ketentuan ikatan terhadap sesuatu ayat yang mutlak

Contohnya ialah berhubung dengan hukm darah yang diharamkan di dalam

islam.Terdapat tiga ayat al-Quran yang menunjukkan darah itu secara mutlak iaitu

ayat 173 surah al-Baqarah,ayat 3 surah al-Ma’idah dan ayat 115 surah al-

Nahl.Firman Allah:

]ه& ... الل *ر& &غ%ي ل &ه& ب ه&ل)+ أ و%م%ا *خ&نز&ير& ال %ح*م% و%ل و%الد)م% %ة% *ت *م%ي ال +م+ *ك %ي ع%ل م% ح%ر) )م%ا &ن إ

(Surah al-Baqarah ayat 173)

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan

bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih

tidak kerana Allah..”

Darah yang telah disebut secara mutlak dalam ayat ini dikaitkan dengan darah

yang mengalir (al-masfuh) dalam ayat yang lain.Firman Allah:

Page 22: usul tafsir

%ن أ ( &ال إ %ط*ع%م+ه+ ي G ط%اع&م ع%ل%ى مPا م+ح%ر) %ي) &ل إ و*ح&ي%+ أ م%ا ف&ي ج&د+

% أ ( ال ق+ل

قPا ف&س* و*% أ ر&ج*س> )ه+ &ن ف%إ Gخ&نز&ير %ح*م% ل و*

% أ ا Pف+وح م)س* د%مPا و*% أ Pة% *ت م%ي +ون% %ك ي

… &ه& ب ]ه& الل *ر& &غ%ي ل ه&ل)+ أ

Maksudnya: “ Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati Dalam apa

Yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu Yang diharamkan bagi orang Yang

hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah Yang

mengalir, atau daging babi - kerana Sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu

Yang dilakukan secara fasik, Iaitu binatang Yang disembelih atas nama Yang lain

dari Allah…”

(Al-An’am:145)

v. Pentafsiran melalui ayat-ayat nasakh

Contohnya ialah firman Allah:

&ل%ى إ %اعPا م)ت و%اج&ه&م ز*% أل< Pة( و%ص&ي و%اجPا ز*

% أ ون% %ذ%ر+ و%ي +م* م&نك %و%ف)و*ن% +ت ي )ذ&ين% و%ال

ف&ي% *ن% ف%ع%ل م%ا ف&ي +م* *ك %ي ع%ل %اح% ن ج+ % ف%ال ج*ن% خ%ر% &ن* ف%إ Gاج &خ*ر% إ *ر% غ%ي *ح%و*ل& ال

ح%ك&يم> ] ع%ز&يز> ]ه+ و%الل Gوف م)ع*ر+ م&ن ه&ن) %نف+س& [ 240-2أ

Maksudnya: “Dan orang-orang Yang (hampir) mati di antara kamu serta mening-

galkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, Iaitu diberi nafkah

saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, Dengan

tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. kemudian jika mereka keluar (dari

tempat tinggalnya Dengan kehendakNya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah

(Wahai wali waris si mati) mengenai apa Yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan

pada diri mereka dari perkara Yang patut Yang tidak dilarang Syarak) itu dan in-

gatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

(Al-Baqarah:240)

Ayat di atas menerangkan tentang edah wanita yang kematian suami iaitu

setahun lamanya. Kemudian ayat ini dimansukh atau diganti dengan ayat yang

Page 23: usul tafsir

lain yang mengatakan bahawa edahnya ialah empat bulan 10 hari,sebagaimana

firman Allah:

Gه+ر ش*% أ %ع%ة% ب ر*

% أ ه&ن) %نف+س& &أ ب )ص*ن% ب %ر% %ت ي ا Pو%اج ز*% أ ون% %ذ%ر+ و%ي +م* م&نك %و%ف)و*ن% +ت ي )ذ&ين% و%ال

ا… Pر و%ع%ش*

Maksudnya: “Dan orang-orang Yang meninggal dunia di antara kamu, sedang

mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka

(beridah) selama empat bulan sepuluh hari...”

(al-Baqarah:234)

vi. Pentafsiran dengan cara menyesuaikan antara perkara yang dilihat secara za-

hirnya bertentangan di antara satu sama lain

Contohnya ialah ayat-ayat yang menyatakan tentang penciptaan Nabi Adam

yang pada zahirnya seolah bertentangan.Ayat-ayat tersebut adalah seperti yang

berikut:

+ون+ ] %ك ف%ي +ن ك %ه+ ل ق%ال% &م) ث Gاب +ر% ت م&ن %ق%ه+ ل خ% آد%م% %ل& %م%ث ك ]ه& الل ع&ند% ع&يس%ى %ل% م%ث &ن) -3إ59 ]

Maksudnya: “Sesungguhnya Perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah

sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah

lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia.”

(Al-Imran:59)

Dinyatakan di dalam ayat di atas bahawa Nabi Adam diciptakan daripada tanah.

Manakala dalam ayat yang lain pula,dinyatakan bahawa Nabi Adam diciptakan

daripada tanah yang becampur air (طين) seperti dalam ayat berikut:

Gار( ن م&ن &ي %ن %ق*ت ل خ% *ه+ م<ن *ر> ي خ% * %ا ن% أ ق%ال% +ك% ت م%ر*

% أ &ذ* إ ج+د% %س* ت ( ال% أ %ع%ك% م%ن م%ا ق%ال%

Gط&ين م&ن %ه+ %ق*ت ل و%خ%

Page 24: usul tafsir

Maksudnya: “Allah berfirman: "Apakah penghalangnya Yang menyekatmu

daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik

daripada Adam, Engkau (Wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang Dia Engkau

jadikan dari tanah."

(Al-A’raf:12)

Seterusnya,Allah menjelaskan bahawa Nabi Adam diciptakan daripada tanah

hitam yang liat (حماء) yang boleh dibentuk sebagaimana firman Allah:

Gون+ ن م)س* G ح%م%إ م<ن* Gص%ل*ص%ال م<ن ا Pر %ش% ب &ق> ال خ% <ي &ن إ %ة& &ك %ئ *م%ال &ل ل Vك% ب ر% ق%ال% &ذ* [28-15]و%إ

Maksudnya: “Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada

malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat Yang

kering, Yang berasal dari tanah kental Yang berubah warna dan baunya.”

(Al-Hijr:28)

Seterusnya Nabi Adam juga dijadikan daripada tanah kering sehingga

terbentuknya satu lembaga,seperti firman Allah dalam surah ar-Rahman ayat 14:

ار& *ف%خ) %ال ك Gص%ل*ص%ال م&ن ان% &نس% اإل* %ق% ل [14-55]خ%

Maksudnya: “Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering

seperti tembikar”

Justeru,daripada beberapa ayat al-Quran diatas yang membincangkan tentang

penciptaan Adam a.s,dapat disimpulkan bahawa kejadian Adam adalah menerusi

beberapa peribgkat iaitu:

Bermula daripada tanah (تراب )

Kemudian diikuti dengan tanah yang bercampur air (طين)

Peringkat ketiga adalah daripada tanah hitam yang liat yang boleh dibentuk (

(حماء

Page 25: usul tafsir

Seterusnya peringkat terbentuknya kejadian Adam ialah iaitu tanah (صلصل)

kering seperti tembikar.

Bentuk terakhir ialah ditiupkan roh.

b) Kedua:Tafsir Al-Quran dengan As-sunnah

Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia yang paling layak untuk mentafsir al-Quran.Hal

ini adalah kerana al-Quran itu sendiri telah diturunkan kepada Nabi Muhammad

s.a.w,justeru Nabi lah orang yang paling memahami al-Quran.Sehubungan dengan

itu,para sahabat apabila menghadapai sebarang kemusykilan mengenai al-Quran akan

terus merujuk kepada Nabi s.a.w bagi memahami ayat tersebut.

Contoh tafsir al-Quran dengan al-sunnah (al-Hadith):

%د+ون% ] مVه*ت و%ه+م م*ن+% األ %ه+م+ ل &ك% %ئ و*ل

+ أ G *م &ظ+ل ب %ه+م &يم%ان إ * وا &س+ *ب %ل ي %م* و%ل * +وا آم%ن )ذ&ين% [ 82-6ال

Maksudnya: “Orang-orang Yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka

Dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang Yang mendapat keamanan dan

merekalah orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.”

(Al-An’am:82)

Maksud ‘zulm’ (kezaliman) di dalam ayat di atas bukanlah merujuk kepada sebarang

kezaliman,akan tetapi ia ditafsirkan sebagai perbuatan yang syirik berdasarkan kepada

hadis Nabi s.a.w yang menyatakan sedemikan.

c) Ketiga:Tafsir al-Quran dengan pendapat dan Ijtihad Sahabat

Memandangkan para sahabt merupakan golongan yang sentiasa bersama Rasululah dan

mendapat penerangan tentang al-Quran secara langsung daripada Nabi s.a.w,maka se-

wajarnya pandangan serta ijtihad mereka mengenai tafsiran al-Quran diterima. Con-

tohnya ialah firman Allah:

Page 26: usul tafsir

%اه+م%ا %ق*ن ف%ف%ت *قPا ت ر% %ا %ت %ان ك ر*ض%% و%األ* م%او%ات& الس) %ن) أ وا %ف%ر+ ك )ذ&ين% ال %ر% ي %م* و%ل

% أ

+ون% +ؤ*م&ن ي %ف%ال% أ kح%ي Gي*ء ش% +ل) ك *م%اء& ال م&ن% %ا *ن [30-21]و%ج%ع%ل

Maksudnya: “Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa

Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang

satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda

Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”

(al-anbiya’:30)

“Ibn Abbas mentafsirkan “langit yang padu”ialah langit yang tiada hujan,manakala “bumi

yang padu” ialah bumi yang tiada tumbuhan.Manakala “lalu Allah pecahkan

keduanya”,ditafsirkan sebagai turunnya hujan dan tumbuhnya tumbuhan.

d) Keempat:Tafsir al-Quran dengan Pendapat Tabi’in

Para ulama tidak bersependapat mengenai tafsiran melaui pendapat Tabi’in.Sebahagian

ulama berpendapat bahawa tafsir mereka termasuk dalam kategori tafsir bi-al Ma’thur.-

Manakala sebahagian ulama yang lain menyatakan bahawa pendapat Tabi’in termasuk

dalam kategori Tafsir bi al-Ra’yi

Contoh tafsir al-Quran menurut pendapat Tabi’in ialah firman Allah:

%ق&ين+ *ي ال %ك% &ي ت* %أ ي )ى ت ح% )ك% ب ر% +د* [99-15]و%اع*ب

Maksudnya: “Dan Sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara Yang

tetap) yakin.”

(al-Hijr:99)

Mujahid seperti yang telah diriwayatkan oleh Ibn Jarir ,Ibnu Munzir dan Ibn Abi Hatim

dalam mentafsir “al-yaqin” pada ayat di atas telah menyatakan bahawa ia bermaksud

“al-maut”(kematian).

TAFSIR BI AL-RA’YI

Tafsir bi al-Ra’yi ialah tafsir yang menggunakan akal fikiran untuk berijtihad mencari sesuatu

Page 27: usul tafsir

maksud ayat al-Quran al-Karim. Ahli tafsir bi al-Ra’yi menggunakan seluruh ilmu yang dikuasai

tanpa terikat kepada penjelasan para sahabat atau tabi’in. Mereka berpandukan kepada ilmu

pengetahuan yang mantap dalam bahasa Arab dan ilmu yang berkaitan dengan asas-asas agama

yang lain seperti usul fiqh,ilmu Hadis dan sebagainya. Tafsir bi al-Ra’yi terbahagi kepada dua

iaitu: mahmud dan mazmum.

Tafsir bi al-Ra’yi berkembang pada zaman Bani ‘Abbasiyah seiring dengan berkembangnya ilmu

pengetahuan pada masa itu.Tafsir ini menggalakkan peranan ijtihad berbanding dengan

penggunaan tafsir bi al-Ma’thur.Dengan bantuan ilmu-ilmu bahasa Arab,ilmu qiraah,ilmu-ilmu

al-Qur’an,hadis dan ilmu Ulum Hadis,usul fiqh dan ilmu-ilmu lain ,seorang ahli tafsir akan

menggunakan kemampuan ijtihadnya untuk menerangkan maksud ayat dan

mengembangkannya lagi dengan bantuan perkembangan ilmu-ilmu pengetahuan yang ada.

Syarat Tafsir Bi al-Ra’y

Imam al-Zarkasyi menjelaskan di dalam Kitabnya al-Burhan Fi ‘Ulum al-Quran bahawa terdapat

empat perkara yang perlu dijadikan sebagai asas sandaran ahli tafsir dalam mentafsir ayat al-

Quran al-Karim iaitu:

Pertama:Dinaqhalkan daripada Rasulullah s.a.w dengan bersikap waspada terhadap

hadis dha’if dan maudhu’

Kedua:Mengambil riwayat yang sahih daripada para sahabat Rasulullah s.a.w dan tabi’in

Ketiga:Berpegang dengan Bahasa Arab secara total kerana al-Quran diturunkan dalam

bahsa arab yang fasih

Tafsir Mahmud:Tafsir Mahmud bermaksud tafsir yang baik dan terpuji iaitu tafsir yang bertepatan

dengan syarak,tidak terdapat unsur-unsur penyelewengan dan ianya selari dengan tatabahasa Arab

dan kaedah syarak.

Tafsir Mazmum:Tafsir Mazmum bermaksud tafsir yang buruk dan keji iaitu tafsir yang tidak

berdasarkan ilmu,sebaliknya mengikuti hawa nafsu,tanpa merujuk kepada kaeda-kaedah bahasa atau

syari’ah atau menafsirkan ayat al-Quran berasaskan aliran pemikiran )mazhab( yang sesat dan

bid’ah.

Page 28: usul tafsir

Keempat:Berpegang dengan makna yang sesuai dengan pertuturan Arab yang disokong

oleh asas-asas syariat Islam.

Kedudukan Tafsir bi al-Ra’yi

Para ulama telah berselisih pendapat mengenai persoalan ini. Terdapat dua golongan ulama’

yang bertentangan pendapat:

Satu golongan berpendapat tidak wajar mentafsirkan al-Quran dengan pendapat atau

ijtihad. Bagi mereaka al-Quran hanya perlu ditafsirkan dengan sumber yang ma’thur sa-

haja yang diterima.

Sementara golongan lain pula berpendapat harus mentafsirkan al-Quran dengan pen-

dapat atau ijtihad. Ia tidak bermakna mengenepikan sumber-sumber yang ter-

dahulu yang lebih baik dan sahih, malah ini adalah pilihan terakhir setelah sumber-sum-

ber asli tidak dapat diperolehi.

Contoh tafsir Mazmum

Firman Allah:

P &يال ب س% Vض%ل% و%أ ع*م%ى% أ ة& اآلخ&ر% ف&ي ف%ه+و% ع*م%ى

% أ ه%ذ&ه& ف&ي %ان% ك [72-17] و%م%ن

Maksudnya: “Dan (sebaliknya) sesiapa Yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata-

hatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalanNya”

(Al-Isra’:72)

Terdapat penafsiran yang salah terhadap ayat di atas dengan mentafsirkan perkataan “Imam”

dengan maksud “ummahat” iaitu ibu-ibu yang memberi pengertian “(Ingatlah) hari kami

menyeru tiap-tipa kumpulan manusia dengan nama ibu-ibu mereka” Golongan yang

mentafsirkan sedemikian menyangka bahawa perkataan “imam” di dalam ayat tersebut adalah

kata jamak bagi kata nama mufrad “umm” sedangkan sebenarnya kata jamak bagi kata mufrad

“umm” ialah “ummahat”.Pentafsiran seperti ini ditiolak sama sekali kerana tidak mengikut

kaedah bahasa arab yang tepat dan bertentangan dengan prinsip asas syariat Islam.Pentafsiran

Page 29: usul tafsir

yang betul ialah perkataan “imam” member maksud pemimpin iaitu nabi yang menjadi

pemimpin kepada sesuatu ummat.

Ahli-ahli Tafsir Bi al-Ra’y yang terkenal:

1. Imam al-Baydawi dan tafsirnya Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Ta’wil

Beliau ialah al-Qadi Nasir al-Din Abu al-Khayr Abdullah bin Umar bin Muhammad bin Ali al-

Baydawi, al-Syirazi, al-Farisi, al-Syafie. Dilahirkan di Bandar al-Bayda’ yang terletak di Syiraz

tetapi tarikh lahirnya tidak diketahui. Beliau datang dari keluarga yang alim kerana kedua-dua

bapa dan datuknya merupakan orang alim dan kadi. Para ulama berselisih tentang waktu

kematian al-Baydawi dan menurut Ibn Hubayb beliau meninggal pada tahun 685H semasa

berusia 100 tahun.

Beliau menghasilkan penulisan dalam pelbagai bidang seperti fiqh, usul fiqh, Usuluddin

dan bilangan karya mencapai 21 buah buku. Antara karyanya yang terkenal ialah tafsir Anwar al-

Tanzil, al-Ghayah al-Quswa fi Dirayah al-Fatwa tentang fiqh mazhab syafie, Minhaj al-Wusul

Ila Ilm al-Wusul ringkasan kepada kitab al-Mahsul karangan al-Razi tentang usul fiqh dan Tawali

al-Anwar tentang akidah.

Tafsir al-Baydawi:

Beliau mengarang tafsirnya semasa beliau menetap di Bandar Tibriz, satu dari Bandar di Parsi di

penghujung usianya. Tafsirnya Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Ta’wil mendapat tempat dikalangan

generasi selepasnya seperti yang disebut oleh Haji Khalifah dalam kitabnya “ Kashf al-Zunun An

Asami al-Kutub wa al-Funun”

“ Tafsir al-Baydawi kitab yang hebat dari segi kedudukannya, tidak perlu dijelaskan lagi, beliau

telah mengambil intisari dari kitab al-Kashhaf berkaitan fleksi(I’rab), ilmu al-Maani dan Ilmu al-

Bayan, dari tafsir al-Kabir berhubung hikmah-hikmah dan ilmu kalam, dan dari tafsir al-

Raghib(Jami’ al-Tafasir) berhubung derivasi(istiqaq), kesamaran dan rahsia…selain beliau

mengemukan pandangan-pandangan yang sendiri…”

Pengaruh tafsir al-Baydawi sangat jelas melalui syarah dan Hashiyah yang bilangan mencecah

empat puluh mengikut perkiraan Haji Khalifah dalam Kashf al-Zunun, tujuh puluh mengikut

perkiraan Ismail al-Baghadadi dan 83 mengikut perkiraan orientalis Brokelmen . Antara yang

Page 30: usul tafsir

masyhur ialah:

(a)Hashiyah Jalal al-Din al-Sayuti “ Nawahid al-Abkar wa Shawahid al-Afkar”

(b)Hashiyah al-Kazruni Abu al-Fadl Al-Qurashy al-Sadiqi al-Khatib(m940H)

(c) Hashiyah al-Qunuwy; Muhammad bin Mustafa(m951H)

(d) Hashiyah Abd al-Hakim al-Siyalkuti al-Lahuri(m1060H)

(e) Hashiyah Shihabuddin al-Khafaji(m1069H)

2. Imam al-Nasafi dan tafsirnya Madarik al-Tanzil wa Haqaiq al-Tafsir

Beliau ialah Abu al-Barakat Abdullah bin Ahmad bin Mahmud al-Nasafi. Digelar al-Nasafi

merujuk kepada Nasaf yang terletak di wilayah Samarqand.Tidak diketahui tahun lahirnya dan

meninggal pada 710H mengikut pandangan yang rajih. Beliau meninggalkan lebih 15 karya

seperti Umdah al-Aqaid dalam aqidah yang terkenal dengan al-Aqaid al-Nasafiyah, Manar al-

Anwar dalam usul fiqh dan tafsirnya.

Tafsir al-Nasafi

Al-Nasafi menjelaskan objektif penulisan tafsirnya:

“Saya telah diminta oleh pihak yang berkuasa(sultan) menulis kitab yang sederhana berkaitan

ta’wil al-Quran, yang menghimpunkan pandangan tentang bentuk-bentuk fleksi(I’rab), dan

qiraat, mengandungi perbahasan tentang ilmu badi, al-Maani dan al-Bayan, berisi dengan

pandangan ahli sunnah dan jauh dari pandangan batil, tafsir yang tidak panjang yang

menjemukan dan tidak pendek yang tidak sampai maksudnya.”

Beliau telah menyelesaikan tafsirannya dalam masa yang singkat seperti yang dinyatakan di

muqaddimah tafsir Madarik al-Tanzil.

Antara sumber tafsir al-Nasafi ialah

Tafsir al-Khashaff dan tafsir al-Nasafi merupakan ringkasan kepada tafsir ini dengan

menggugurkan pandangan muktazilah

Tafsir al-Baydawi: al-Nasafi sezaman dengan al-Baydawi kerana beliau meninggal 25

tahun

sebelum al-Nasafi

Tafsir “al-Kashf wa al-Bayan’ karya Abu Ishaq al-Tha’labi

Page 31: usul tafsir

Tafsir Syarh Ta’wilat Ahl al-Sunnah karangan Abu Mansur al-Maturudi.

Metodologi:

Menurut Dr.al-Dhahabi, al-Nasafi dalam tafsirnya menggunakan Qiraat Tujuh, dan

membincangkan serba sedikit berkaitan permasalahan nahu. Dalam masalah fiqh pula beliau

mentarjihkan mazhab Hanafi, dalam persoalan aqidah beliau mendukung pandangan ahli

sunnah dan menolak pandangan aliran yang menyeleweng, beliau tidak banyak menyebut

riwayat Israiliyyat dan alangkah baik sekiranya beliau tidak menyebutnya.”

3.Burhan al-Din al-Biqai dan tafsirnya Nazm al-Durar

Biografi:

Beliau ialah Burha:n al-Di:n Abu: al-Hasan Ibra:hi:m bin ،Umar bin Hassan al-Ruba:t. Beliau

merupakan anak kelahiran Kg. Hirbah Duha:, Lubnan pada tahun 809H. Semasa berusia 12

tahun, beliau berpindah bersama keluarganya ke Damsyik pada tahun 821H. al-Biqa: ،i: menadah

ilmu dengan beberapa tokoh ilmuan pada waktu itu seperti Ibn al-Jaza:ri: dalam disiplin ilmu

Qiraah, Ta:j al-Di:n bin Baha:dir dalam ilmu fekah, al-Qayati dalam ilmu feqah, usul fiqh, nahu,

balaghah. Beliau turut membaca dengan gurunya ini tafsir al-Kashsha:f. Dalam ilmu hadith pula

beliau menuntut ilmu dengan tokoh hadith Ibn Hajar al-،Asqa:la:ni: dan Ibn Na:sir al-Di:n al-

Dimashqi:. Beliau telah mengembara kebeberapa tempat dalam usaha pencarian ilmu seperti

Baitul Maqdis, Kaherah, Dimyat, Mekah, Taif, Madinah dan Halab. Selain menjadi tokoh dalam

pelbagai disiplin ilmu, al-Biqa: ،i: tidak ketinggalan dalam menyertai beberapa siri peperangan.

al-Biqa: ،i: meninggal dunia pada 18 Rejab tahun 885H ketika berusia 76 tahun. Beliau

meninggalkan lebih dari tujuh puluh karya dalam pelbagai disiplin ilmu.

Bentuk-bentuk kesalahan dalam tafsir

Salah dari segi matlamat dan tujuan seperti pandangan orang bukan Islam terhadap al-

Quran.

Salah dalam metodologi memahami al-Quran seperti tafsiran mazhab-mazhab yang

menyeleweng

Salah dalam mentafsirkan aspek kecil yang berlaku dikalangan mufassir ahli sunnah wa

al-Jamaah.

Page 32: usul tafsir

Penyelewengan dan kesilapan dapat dilihat seperti berikut:

1. Salah dari segi menjadikan dalil tetapi pegangannya adalah betul. Pentafsir menerima

makna asal ayat tetapi pentafsir memberikan tafsiran tambahan kepada ayat tersebut

Contohnya tafsir ayat 66 surah al-Nisa oleh Abu Abdul Rahman al-Sulami.

( &ال إ +وه+ ف%ع%ل م)ا +م %ار&ك د&ي م&ن * ج+وا اخ*ر+ و&% أ +م* ك %نف+س% أ * +وا +ل اق*ت ن&

% أ *ه&م* %ي ع%ل %ا *ن %ب %ت ك )ا %ن أ %و* و%ل

Pا &يت *ب %ث ت د) ش%% و%أ )ه+م* ل ا Pر* ي خ% %ان% %ك ل &ه& ب +وع%ظ+ون% ي م%ا * +وا ف%ع%ل )ه+م* ن

% أ %و* و%ل *ه+م* م<ن &يل> [66-4] ق%ل

Maksudnya: “Dan Sesungguhnya kalau kami perintahkan kepada mereka: “Bunuhlah

dirimuatau keluarlah kamu dari kampungmu”, niscaya mereka tidak akan melakukannya kecuali

sebagian kecil dari mereka. dan Sesungguhnya kalau mereka melaksanakan pelajaran yang

diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih

menguatkan (iman mereka)”

Beliau mentafsirkan “Bunuhlah dirimu” dengan melawan hawa nafsu dan “keluarlah dari

kampungmu” dengan keluarkan perasaan cinta dunia dari hatimu.

Makna yang diberikan oleh Abu Abdul Rahman al-Sulami adalah betul iaiatu kewajipan

melawan hawa nafsu dan mengeluarkan dunia dari hati tetapi menjadikan ayat sebagai dalil

adalah salah kerana perkataan Bunuhlah dirimu adalah makna yang sebenar iaitu bunuh dengan

makna mengeluarkan roh dari badan dan keluar dari kampung adalah keluar dengan fizikal.

2. Salah dari segi menjadikan dalil tetapi pegangannya adalah betul. Bentuk kedua berbeza

dari pertama kerana pentafsir menafikan makna asal ayat dan menjadikan ayat sebagai

dalil yang menyokong pandangannya. Dengan ini pentafsir telah melakukan dua kesalahan.

Pertama: Meninggalkan makna ayat yang betul.

Kedua:Mentafsirkan ayat dengan makna yang salah

Contohnya tafsiran Sahl bin Abdullah al-Tasturi tentang ayat 35 surah al-Baqarah. Firman Allah:

%ا ب %ق*ر% ت % و%ال +م%ا *ت ئ ش& *ث+ ح%ي P غ%دا ر% *ه%ا م&ن % +ال و%ك )ة% ن *ج% ال و*ج+ك% و%ز% %نت% أ +ن* ك اس* آد%م+ %ا ي %ا *ن و%ق+ل

Page 33: usul tafsir

&م&ين% *ظ)ال ال م&ن% %ا +ون %ك ف%ت ة% ج%ر% الش) [35-2]ه%ذ&ه&

Maksudnya: ” Dan kami berfirman: “Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu surga ini, dan

makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan

janganlah kamu dekati pohon ini[37], yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang

zalim ”

[37] pohon yang dilarang Allah mendekatinya tidak dapat dipastikan, sebab Al Quran dan Hadist

tidak menerangkannya. ada yang menamakan pohon khuldi sebagaimana tersebut dalam surat

Thaha ayat 120, tapi itu adalah nama yang diberikan syaitan.

Menurut Sahl makan dalam ayat ini bukan makan yang sebenarnya dan mentafsirkannya

dengan memberikan penumpuan kepada selain Allah.

3. Tafsiran yang dari segi pegangan salah dan dalilnya salah seperti tafsiran Ibnu Arabi

terhadap ayat 8 surah al-Muzammil

Pيال& *ت %ب ت *ه& %ي &ل إ )ل* %ت %ب و%ت <ك% ب ر% م% اس* +ر& [8-73]و%اذ*ك

Maksudnya: ”Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh

ketekunan”

Ibnu Arabi mentafsirkan sebutlah nama Tuhanmu iaitu diri kamu sendiri atau kenalilah diri anda

janganlah lupa nanti Allah akan lupakan kamu.

Ibnu Arabi dalam tafsiran ini menyokong fahaman yang dipegangnya iaitu wehdah al-Wujud

iaiatu tuhan dan manusia benda yang sama, nama tuhanmu ditafsirkan dengan diri

manusia(kamu), jelas sekali kesesatan dan kebatilan tafsiran ini.

TAFSIR ISYARI/SUFI

Menurut ahli,setiap ayat mempunyai makna yang zahir dan batin.Yang zahir adalah yang segera

mudah mudah difahami oleh akal fikiran,sedangkan yang batin adalah yang merupakan isyarat-

isyarat yang tersembunyi di sebaliknya itu yang hanya diketahui oleh ahlinya.

Page 34: usul tafsir

Menurut al-Zahabi,tafsir sufi atau Isyari bermaksud mentakwilkan ayat-ayat al-Quran dengan

tidak berpandukan kepada kenyataan-kenyataan zahir ayat,disebabkan terdapat tanda-tanda

tersembunyi yang hanya diketahui oleh ahli tasawwuf dan pentakwilan ini mempunyai titik

pertemuan dengan maksud zahir ayat.

Syarat Penerimaan Tafsir Sufi/Isyari

Semua tafsir Isyari tidak boleh diterima begitu sahaja,akan tetapi ia hendaklah memenuhi

syarat-syarat yang tidak boleh ditinggalkan oleh para mufassir.Syarat-syarat tersebut adalah

seperti yang berikut:

Pentafsiran Isyari / Sufi ini tidak bercanggah dengan makna ayat yang zahir

Pentafsiran tersebut perlu disokong dengan bukti-bukti syarak yang benar

Tidak bertentangan dengan syariat dan akal

Hendaklah dimulakan dengan penafisran terhadap makna zahir terlebih dahulu dan ke-

mudian barulah didatangkan kemungkinan adanya makna lain selain makna zahir

Pentakwilan yang dibuat tidak terlalu asing

Seseorang mufassir tidak boleh mendakwa bahawa Ta’sir SufiIsyari sahaja yang tepat

Contoh penafsiran secara Isyari

%م+ون%.. ] %ع*ل ت +م* نت% و%أ P ند%ادا

% أ ]ه& &ل ل * +وا ع%ل %ج* ت % [ 22-2ف%ال

Maksudnya: “.. maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu

semua mengetahui”(bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)

(Al-Baqarah:22)

Al-Tastary mentafsirkan perkataan (اندادا) yang bermaksud ‘sekutu’ sebagai nafsu amarah

yang jelek.Jadi maksud (اندادا) di sini bukan hanya merujuk kepada patung-patung

berhala,syaitan atau jiwa sahaja,akan tetapi nafsu amarah yang sering dijadikan tuhan ole

manusia juga merupakan apa yang dimaksudkan daripada ayat tersebut,kerana manusia selalu

menyekutukan tuhannya dengan selalu menjadi hamba bagi nafsu amarahnya.

Page 35: usul tafsir

Mentafsirkan ayat-ayat al-Quran dengan melihat isyarat yang ada di dalamnya telah banyak di-

lakukan oleh para sahabat Nabi,di antaranya pentafsiran Isyari sahabat iaitu ketika turunnya

ayat daripada surah al-Nasr yang berbunyi:

*ح+ ] *ف%ت و%ال )ه& الل %ص*ر+ ن ج%اء &ذ%ا ا[ 1-110إ Pف*و%اج% أ )ه& الل د&ين& ف&ي +ون% %د*خ+ل ي )اس% الن *ت% %ي أ و%ر%

Pا[ ]110-2 ] %و)اب ت %ان% ك )ه+ &ن إ ه+ %غ*ف&ر* ت و%اس* <ك% ب ر% &ح%م*د& ب <ح* ب [3-110ف%س%

Maksudnya: “Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa Engkau Wahai

Muhammad berjaya Menguasai negeri Makkah),. dan Engkau melihat manusia masuk Dalam

ugama Allah beramai-ramai, -maka Ucapkanlah tasbih Dengan memuji Tuhanmu dan mintalah

ampun kepadaNya, Sesungguhnya Dia amat menerima taubat.”

(Al-Nasr:1-3)

Di antara para sahabat,ada yang memberikan pentafsiran ayat tersebut memerintahkan kepada

mereka untuk bersyukur kepada Allah dan meminta keampunannya.Akan tetapi berbeza

dengan Ibn Abbas yang mengatakan bahawa ayat tersebut adalah sebagai tanda hampirnya ajal

Rasulullah s.a.w

Page 36: usul tafsir

أعلم ~ تعالى ~ والله