artikel perutusan sempena ulang tahun penubuhan … · latar belakang menyelusuri sejarah...

26
1 ARTIKEL PERUTUSAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN EAIC KE EMPAT ____________________________________________________________ Hari ini 1 April 2015, genap usia empat tahun kewujudan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan atau secara ringkasnya dikenali juga sebagai EAIC (Enforcement Agency Integrity Commission). Latar belakang Menyelusuri sejarah penubuhannya, EAIC ditubuhkan bagi menggantikan cadangan awal penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia, khusus bagi mengendalikan aduan-aduan salah laku oleh anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Upload: ngokhuong

Post on 26-Aug-2019

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ARTIKEL PERUTUSAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN … · Latar belakang Menyelusuri sejarah penubuhannya, EAIC ditubuhkan bagi menggantikan cadangan awal penubuhan Suruhanjaya Bebas

1

ARTIKEL PERUTUSAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN EAIC

KE EMPAT

____________________________________________________________

Hari ini 1 April 2015, genap usia empat tahun kewujudan Suruhanjaya

Integriti Agensi Penguatkuasaan atau secara ringkasnya dikenali juga

sebagai EAIC (Enforcement Agency Integrity Commission).

Latar belakang

Menyelusuri sejarah penubuhannya, EAIC ditubuhkan bagi menggantikan

cadangan awal penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku

Polis (IPCMC) yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja

Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia,

khusus bagi mengendalikan aduan-aduan salah laku oleh anggota dan

pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Page 2: ARTIKEL PERUTUSAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN … · Latar belakang Menyelusuri sejarah penubuhannya, EAIC ditubuhkan bagi menggantikan cadangan awal penubuhan Suruhanjaya Bebas

2

Walau bagaimana pun, Kerajaan mendapati adalah lebih bermanfaat untuk

Suruhanjaya yang bakal ditubuhkan itu bukan sahaja memberi fokus

kepada salah laku ke atas anggota dan pegawai polis tetapi juga terhadap

pegawai penguatkuasa dan agensi-agensi penguatkuasaan Persekutuan.

Maka sebagai ganti kepada Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas

Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), Parlimen telah meluluskan Akta

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] yang

diwartakan pada 3 September 2009 dan seterusnya menubuhkan

Suruhanjaya ini secara rasminya pada 1 April 2011.

Sebaiknya penubuhannya, EAIC terus mengorak langkah bagi mula

melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya. Peringkat pertama

melihatkan proses lantikan ahli-ahli Pesuruhjaya EAIC bagi tempoh

lantikan selama tiga tahun mulai 1 April 2011 dalam mana tujuh orang

Pesuruhjaya yang berkelayakan daripada pelbagai bidang kepakaran telah

dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ini termasuk lantikan Pengerusi EAIC

yang dilantik dari mantan Hakim Mahkamah Persekutuan.

Page 3: ARTIKEL PERUTUSAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN … · Latar belakang Menyelusuri sejarah penubuhannya, EAIC ditubuhkan bagi menggantikan cadangan awal penubuhan Suruhanjaya Bebas

3

Kini setelah tamat tempoh lantikan ahli-ahli Pesuruhjaya pertama tersebut,

EAIC mempunyai tujuh orang ahli-ahli Pesuruhjaya yang baru melalui

lantikan oleh Yang di-Pertuan Agong berkuatkuasa mulai 15 Oktober 2014

bagi tempoh tiga tahun dengan dipengerusikan oleh seorang Hakim

Mahkamah Tinggi yang berstatus setara dengan Hakim Mahkamah

Rayuan.

Langkah kedua yang dilaksanakan ialah dengan mendapatkan pengisian

jawatan Setiausaha merangkap Ketua Pegawai Eksekutif serta pegawai

dan kakitangan Suruhanjaya melalui kaedah pinjaman perkhidmatan

pegawai-pegawai kanan daripada Jabatan Peguam Negara dan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di samping lantikan-

lantikan terus pegawai dan kakitangan yang dibuat oleh Suruhanjaya

sendiri berdasarkan kepada perjawatan yang telah diluluskan oleh Jabatan

Perkhidmatan Awam. Sebahagian besar pegawai-pegawai yang mengisi

jawatan dalam EAIC adalah pengamal undang-undang yang dilantik

menjadi pegawai penyiasat EAIC dengan pengalaman sebagai

Page 4: ARTIKEL PERUTUSAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN … · Latar belakang Menyelusuri sejarah penubuhannya, EAIC ditubuhkan bagi menggantikan cadangan awal penubuhan Suruhanjaya Bebas

4

peguambela dan peguamcara yang mempunyai sijil amalan guaman

selaras dengan kehendak seksyen 14 Akta 700.

Akta 700 dan Rang Undang-Undang IPCMC

Jika diteliti kepada peruntukan yang terdapat di bawah Akta 700,

sebahagian besar peruntukan-peruntukan di bawah Akta 700 tersebut

adalah merupakan peruntukan yang sama yang dicadangkan di bawah

rang undang-undang IPCMC. Sebagai contoh, seksyen 4 dan seksyen 22

Akta 700 yang memperuntukkan fungsi-fungsi dan kuasa EAIC adalah

menyamai peruntukan yang terdapat di bawah klausa 12 dan 13 rang

undang-undang IPCMC.

Seterusnya dari segi keanggotaan ahli-ahli Suruhanjaya, di bawah seksyen

5 Akta 700 yang memperuntukkan lantikan tujuh orang ahli-ahli

Pesuruhjaya EAIC oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana

Menteri, adalah juga menyamai klausa 4 rang undang-undang IPCMC. Dari

segi pentadbirannya, EAIC mempunyai kuasa penuh melantik Setiausaha

yang juga bertugas selaku Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, sementara di

Page 5: ARTIKEL PERUTUSAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN … · Latar belakang Menyelusuri sejarah penubuhannya, EAIC ditubuhkan bagi menggantikan cadangan awal penubuhan Suruhanjaya Bebas

5

bawah Rang Undang-Undang IPCMC, lantikan Setiausaha merangkap

Ketua Pegawai Eksekutif hanya dibuat dengan kelulusan Perdana Menteri.

Ruang lingkup perlakuan salah laku yang diperuntukkan di bawah seksyen

24 Akta 700 mempunyai skop salah laku yang lebih luas berbanding

dengan skop salah laku yang dicadangkan di bawah klausa 14 Rang

Undang-Undang IPCMC. Ruang lingkup salah laku di bawah Akta 700

bukan sahaja merujuk kepada salah laku oleh pegawai penguat kuasa

tetapi juga ke atas salah laku agensi penguatkuasaan itu sendiri. Agensi

penguatkuasaan yang ditetapkan di bawah kuatkuasa Akta 700 tersebut

termasuk Polis DiRaja Malaysia; Jabatan Kastam DiRaja Malaysia;

Jabatan Imigresen Malaysia; Agensi Antidadah Kebangsaan; Agensi

Penguatkuasaan Maritim Malaysia; Ikatan Relawan Rakyat Malaysia

(RELA); Jabatan Pendaftaran Negara; Jabatan Pengangkutan Jalan;

Jabatan Perikanan; Jabatan Alam Sekitar; Kementerian Perdagangan

Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (Bahagian Penguatkuasaan);

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Bahagian

Penguatkuasaan); Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan dan

Kementerian Kesihatan (Bahagian Penguatkuasaan); Jabatan

Penerbangan Awam, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan;

Page 6: ARTIKEL PERUTUSAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN … · Latar belakang Menyelusuri sejarah penubuhannya, EAIC ditubuhkan bagi menggantikan cadangan awal penubuhan Suruhanjaya Bebas

6

Jabatan Perhubungan Perusahaan; Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

dan Taman Negara, Pendaftar Perniagaan; dan Kementerian Pelancongan

Malaysia (Unit Penguatkuasaan Bahagian Pelesenan).

Seksyen 30 Akta 700 memperuntukkan EAIC kuasa untuk membuat

sesuatu syor tentang jenis hukuman yang patut dikenakan terhadap

pegawai penguat kuasa berdasarkan siasatan yang dijalankan dan

seterusnya merujukkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa tatatertib

agensi penguatkuasaan yang berkenaan untuk tindakan ke atasnya.

Seksyen yang sama juga mewajibkan pihak berkuasa tatatertib atau

Pendakwa Raya memberi maklum balas dalam masa 14 hari dari tarikh

penerimaan syor EAIC tersebut.

Selain itu, sama seperti cadangan di bawah rang undang-undang IPCMC,

Akta 700 juga memperuntukkan kepada EAIC kuasa penyiasatan termasuk

mengadakan pendengaran awam (public hearing) dan memeriksa saksi-

saksi termasuk kuasa mengeluarkan waran tangkapan bagi memaksa

kehadiran saksi, kuasa mendapatkan dokumen dan maklumat, kuasa bagi

membuat penggeledahan dan sitaan dengan waran dan tanpa waran, serta

kuasa bagi membawa tindakan prosiding penghinaan (contempt) ke atas

Page 7: ARTIKEL PERUTUSAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN … · Latar belakang Menyelusuri sejarah penubuhannya, EAIC ditubuhkan bagi menggantikan cadangan awal penubuhan Suruhanjaya Bebas

7

mana-mana orang yang melakukan perbuatan menghina mana-mana

Pesuruhjaya yang berkaitan dengan tugas rasminya. EAIC juga berkuasa

merujuk kepada Pendakwa Raya jika siasatannya mendapati terdapat

perlakuan jenayah oleh pegawai penguat kuasa terlibat.

Di bawah seksyen 48 Akta 700, EAIC bertanggungjawab bagi

mengemukakan laporan tahunannya kepada Parlimen mengenai semua

aktiviti dan tindakan yang telah diambil oleh EAIC terhadap aduan salah

laku yang dirujukkan. Seksyen 49 Akta 700 memberi perlindungan kepada

Pesuruhjaya, pegawai dan kakitangan EAIC daripada apa-apa tindakan,

guaman, pendakwaan dan prosiding berkaitan tindakan yang dilakukannya

atas sifat rasmi fungsinya yang telah dijalankan secara suci hati.

Secara ringkasnya melihat kepada ruang lingkup fungsi dan kuasanya,

EAIC layak untuk diiktiraf sebagai sebuah badan bebas yang mempunyai

fungsi dengan kuasa-kuasa statutori bagi menyiasat dan mengambil

tindakan terhadap pegawai penguat kuasa serta agensi penguatkuasaan

ke atas salah laku yang diadukan.

Page 8: ARTIKEL PERUTUSAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN … · Latar belakang Menyelusuri sejarah penubuhannya, EAIC ditubuhkan bagi menggantikan cadangan awal penubuhan Suruhanjaya Bebas

8

Namun terdapat pandangan yang mengatakan Suruhajaya ini seharusnya

mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib secara sendiri ke

atas pegawai penguat kuasa seperti mana saranan yang terdapat di bawah

rang undang-undang IPCMC. Dengan kata lain pertuduhan salah laku

termasuk prosiding tatatertib serta proses penghukuman dan rayuan

terhadap hukuman dilaksanakan sepenuhnya oleh EAIC dan bukan pihak

berkuasa tatatertib agensi penguatkuasaan terlibat.

Pun begitu, terdapat juga saranan supaya EAIC tidak melakukan tugas

secara sekali gus sebagai “badan penyiasat, pendakwa dan hakim”, tetapi

sewajarnya menyerahkan pelaksanaan tugas tindakan tatatertib kepada

pihak berkuasa tatatertib agensi penguatkuasaan berdasarkan keterangan,

perakuan dan dapatan serta syor yang dikemukakan oleh EAIC.

Pengasingan kuasa dan peranan tersebut akan dapat mengelakkan

daripada elemen prejudis dan berat sebelah (bias) di dalam pelaksanaan

tindakan tatatertib.

Pendapat kedua yang berteraskan kebebasan dalam melaksanakan

fungsinya dan elemen tidak berat sebelah atau berpihak dalam siasatan

serta tindakan yang diamalkan oleh EAIC ketika ini adalah lebih

Page 9: ARTIKEL PERUTUSAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN … · Latar belakang Menyelusuri sejarah penubuhannya, EAIC ditubuhkan bagi menggantikan cadangan awal penubuhan Suruhanjaya Bebas

9

meyakinkan sebagai prinsip dan falsafah yang diterapkan oleh

Suruhanjaya ini iaitu untuk tidak mengambil alih kuasa pihak berkuasa

tatatertib.

Objektif

Kewujudan EAIC telah membuka satu lagi saluran alternatif kepada rakyat

selain daripada saluran tradisional sedia ada seperti Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Biro Pengaduan Awam (BPA)

di Jabatan Perdana Menteri dan bahagian tatatertib agensi-agensi

penguatkuasaan untuk orang awam dapat membuat aduan sekiranya

mereka mempunyai asas bahawa pegawai penguat kuasa atau agensi

penguatkuasaan terlibat dalam perlakuan salah laku. Selain itu, EAIC turut

diberikan mandat untuk merumuskan perundangan, mengesyorkan

penambahbaikan tatacara dan prosedur pentadbiran dalam menggalakkan

integriti di kalangan agensi seliaannya. Oleh itu objektif penubuhan EAIC

bukan untuk mencari kesalahan atau membuka keaiban seseorang

pegawai penguat kuasa / sesuatu agensi penguatkuasaan, sebaliknya,

EAIC harus dilihat sebagai sebuah medium untuk membantu agensi

penguatkuasaan dalam pemantapan integriti sekali gus memperbaiki

Page 10: ARTIKEL PERUTUSAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN … · Latar belakang Menyelusuri sejarah penubuhannya, EAIC ditubuhkan bagi menggantikan cadangan awal penubuhan Suruhanjaya Bebas

10

persepsi serta meningkatkan akauntabiliti perkhidmatan institusi

penguatkuasaan di negara ini.

Keputusan terhadap aduan dan siasatan

Dalam menguruskan aduan yang diterima, EAIC sentiasa telus dan berlaku

adil kepada kedua-dua pihak - pengadu mahupun pegawai / agensi

penguatkuasaan yang diadukan. EAIC juga mengamalkan prinsip “no

wrong door” di mana aduan tetap dilayani tanpa mengira kaedah

bagaimana ianya diterima dan setiap aduan yang diterima akan dinilai dan

dikaji dengan teliti oleh Jawatankuasa Aduan EAIC, seterusnya

dikemukakan kepada ahli-ahli Suruhanjaya untuk diputuskan sama ada

akan ditolak kerana didapati tidak berasas atau dibuat penyiasatan penuh

ke atasnya atau dirujukkan kepada jabatan atau agensi lain sekiranya

aduan tersebut tidak melibatkan mana-mana agensi penguatkuasaan di

bawah pemantauan EAIC.

Statistik di bawah melihatkan jumlah aduan yang diterima oleh EAIC bagi

tahun 2011, 2012, 2013 dan 2014 terhadap pegawai penguat kuasa dan

agensi penguatkuasaan seliaannya:

Page 11: ARTIKEL PERUTUSAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN … · Latar belakang Menyelusuri sejarah penubuhannya, EAIC ditubuhkan bagi menggantikan cadangan awal penubuhan Suruhanjaya Bebas

11

2011 2012 2013 2014 2015 JUMLAH 18 329 301 309 58 1015

*Jumlah aduan sehingga 15/3/2015

Daripada jumlah aduan salah laku yang diterima, pada tahun 2011 EAIC

telah membuat keputusan terhadap 14 aduan salah laku, 184 aduan pada

tahun 2012 dan 242 aduan pada tahun 2013. Pada tahun 2014, EAIC telah

membuat keputusan terhadap 71 aduan. Penyusutan jumlah keputusan

yang berlaku pada tahun 2014 adalah disebabkan lompangan tempoh

ketiadaan lantikan ahli-ahli Suruhanjaya bagi tempoh 1 April 2014 hingga

15 Oktober 2014. Sejumlah 55 aduan yang disiasat telah dirujukkan

kepada pihak berkuasa tatatertib agensi penguatkuasaan terlibat untuk

diambil tindakan terhadap syor-syor EAIC berkaitan tindakan tatatertib

terhadap pegawai penguat kuasa yang disiasat itu dan 13 aduan yang

disiasat telah dirujukkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia untuk tindakan selanjutnya. Pada tahun ini sehingga 15 Mac

2015, sejumlah 58 aduan telah didaftarkan, dan daripada jumlah tersebut

24 aduan telah diputuskan oleh Suruhanjaya untuk siasatan penuh, dan

dua aduan dirujuk kepada pihak berkuasa tatatertib agensi.

Page 12: ARTIKEL PERUTUSAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN … · Latar belakang Menyelusuri sejarah penubuhannya, EAIC ditubuhkan bagi menggantikan cadangan awal penubuhan Suruhanjaya Bebas

12

2011 2012 2013 2014 2015

SELANGOR 2 82 88 68 18 258

WP KUALA LUMPUR 10 92 63 72 18 255

PERAK 1 17 18 31 4 71

JOHOR 0 20 26 21 3 70

KEDAH 0 18 17 24 5 64

PULAU PINANG 3 21 17 19 1 61

WP PUTRAJAYA 0 15 21 13 1 50

NEGERI SEMBILAN 0 21 14 14 1 50

PAHANG 0 11 9 6 0 26

KELANTAN 0 4 10 11 1 26

SABAH 0 7 4 10 5 26

MELAKA 0 12 5 6 1 24

SARAWAK 2 6 5 4 0 17

TERENGGANU 0 0 4 5 1 10

PERLIS 0 2 1 5 0 8

WP LABUAN 0 1 0 0 0 1

JUMLAH 18 329 302 309 59 1017

NEGERI JUMLAHTAHUN

Statistik selanjutnya menunjukkan jumlah aduan yang diterima oleh EAIC

(i) mengikut agensi penguatkuasaan (ii) mengikut negeri dan (iii) sumber

aduan:

* Jumlah keseluruhan berbeza dengan jumlah aduan yang didaftarkan kerana terdapat aduan melibatkan lebih daripada

satu agensi yang diadu

* Jumlah keseluruhan berbeza dengan jumlah aduan yang didaftarkan kerana terdapat aduan melibatkan lebih daripada

satu negeri yang diadu

2011 2012 2013 2014 2015

POLIS DIRAJA MALAYSIA 17 253 215 222 49 756

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA 0 17 15 16 0 48

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN 0 12 10 11 4 37

KASTAM DIRAJA MALAYSIA 0 7 3 10 0 20

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (PENGUATKUASAAN) 0 9 2 2 0 13

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN 0 2 4 4 1 11

JABATAN PENDAFTARAN NEGARA 0 4 1 3 1 9

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (PENGUATKUASAAN) 0 3 3 1 1 8

AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA 0 2 3 0 0 5

JABATAN TENAGA KERJA 0 0 3 1 0 4

JABATAN ALAM SEKITAR 0 1 1 2 0 4

IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA 0 1 0 1 2 4

AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN 0 1 1 1 0 3

JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 0 0 1 2 0 3

JABATAN PERIKANAN 0 0 1 1 0 2

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA 0 1 0 0 0 1

KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA (PENGUATKUASAAN) 0 0 1 0 0 1

JABATAN PENERBANGAN AWAM 0 0 0 0 0 0

JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA 0 0 0 0 0 0

AGENSI DI LUAR BIDANG KUASA 1 44 42 35 4 126

* JUMLAH 18 357 306 312 62 1055

AGENSI JUMLAHTAHUN

Page 13: ARTIKEL PERUTUSAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN … · Latar belakang Menyelusuri sejarah penubuhannya, EAIC ditubuhkan bagi menggantikan cadangan awal penubuhan Suruhanjaya Bebas

13

2011 2012 2013 2014 2015

SURAT RASMI 7 73 104 81 25 277

E-MEL 0 80 75 112 14 270

PENGADU HADIR 1 99 64 79 16 259

SURAT LAYANG 8 32 28 21 2 91

RUJUKAN AGENSI KERAJAAN 2 21 27 14 1 65

i-SPAAA 0 22 2 0 0 24

TELEFON 0 2 1 2 0 5

JUMLAH 18 329 301 309 58 1015

SUMBER ADUAN JUMLAHTAHUN

Siasatan kes-kes kematian dalam tahanan dan siasatan lain

Dalam pada itu, EAIC turut memberikan perhatian yang serius terhadap

kejadian kematian tahanan dalam lokap yang meragut keyakinan rakyat

terhadap kredibiliti institusi agensi penguatkuasaan. Kes-kes kematian ini

telah menimbulkan keresahan orang ramai khususnya badan bukan

kerajaan serta keluarga tahanan yang terus membuat tanggapan

berlakunya salah laku penggunaan kekerasan atau serangan fizikal

terhadap tahanan yang membawa kepada kematian dan menuntut supaya

siasatan penuh dilakukan.

Sehubungan ini, seksyen 28 Akta 700 memberi kuasa kepada EAIC untuk

menyiasat salah laku yang mempunyai kepentingan signifikan kepada

orang ramai atau demi kepentingan awam. Lanjutan itu pada 30 Januari

Page 14: ARTIKEL PERUTUSAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN … · Latar belakang Menyelusuri sejarah penubuhannya, EAIC ditubuhkan bagi menggantikan cadangan awal penubuhan Suruhanjaya Bebas

14

2015, Suruhanjaya telah membuat pengumunan awam ke atas dapatan

siasatan kematian James Ramesh a/l Ramasamy semasa dalam tahanan

polis. Laporan penuh dapatan siasatan ini telah dimuat naik ke laman

sesawang Suruhanjaya www.eaic.gov.my disusuli dengan penyerahan

laporan kepada agensi-agensi penguatkuasaan yang mempunyai lokap

untuk tindakan-tindakan penambahbaikan pengurusan lokap-lokap serta

norma layanan terhadap orang tahanan yang lebih tertib. Ketika ini EAIC

sedang menjalankan siasatan terhadap empat lagi kes kematian semasa

dalam tahanan polis.

Pada masa yang sama, EAIC juga sedang memuktamadkan siasatannya

ke atas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berhubung

dakwaan salah laku ketiadaan (inactive) operasi penguatkuasaan undang-

undang terhadap kejadian pencerobohan bot-bot pukat kenka di Kuala

Kurau, Perak yang telah menjejaskan mata pencarian nelayan pesisiran

pantai dan eco-sistem kehidupan laut serta dakwaan ketiadaan peraturan

perlesenan yang efektif.

Page 15: ARTIKEL PERUTUSAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN … · Latar belakang Menyelusuri sejarah penubuhannya, EAIC ditubuhkan bagi menggantikan cadangan awal penubuhan Suruhanjaya Bebas

15

Pendekatan awam

Dari segi pendekatan awam EAIC sedang giat mengadakan program-

program turun padang seperti pameran pendidikan dan kempen

kesedaran, majlis-majlis dialog awam bersama agensi-agensi

penguatkuasaan, badan bukan kerajaan dan orang awam dalam usaha

menyebarkan kepada orang ramai terhadap kewujudan dan fungsi EAIC.

Selain itu usaha ke arah “public engagement” turut dijalankan melalui

laman sesawang www.eaic.gov.my yang memberi akses maklumat dan

informasi terkini mengenai perkembangan EAIC serta akses dan

maklumat-maklumat mengenai saluran dan prosedur aduan. Sehingga kini

laman sesawang ini telah dilayari oleh lebih daripada 80,000 pengunjung.

Orang ramai boleh mengakses dan memuat turun borang aduan melalui

laman web ini kemudian mengemelkan borang tersebut untuk tindakan

selanjutnya oleh EAIC. EAIC juga telah mengoptimumkan penggunaan

facebook dan twitter untuk memberi maklumat terkini dan berinteraksi

secara langsung dengan orang awam serta agensi-agensi penguatkuasaan

di samping menghebahkan fungsi dan bidang kuasanya serta

Page 16: ARTIKEL PERUTUSAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN … · Latar belakang Menyelusuri sejarah penubuhannya, EAIC ditubuhkan bagi menggantikan cadangan awal penubuhan Suruhanjaya Bebas

16

meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap isu-isu salah laku dan

penambahbaikan integriti.

Salah laku

Hakikatnya, undang-undang berkaitan “salah laku” ini telah lama wujud di

negara-negara lain seperti di Hong Kong dan United Kingdom (UK) di mana

“misconduct in public office” merupakan suatu kesalahan common law yang

luas. Seorang pegawai awam yang melakukan (atau gagal melakukan)

perkara tersebut yang ia bertanggungjawab untuk melakukannya atau tidak

melakukannya akan diklasifikasikan sebagai “breach of duty”.1

Di United Kingdom (UK), kesalahan ini boleh membawa hukuman

maksimum “life imprisonment”2 manakala di Hong Kong penjaraan sehingga

7 tahun jika disabitkan3. Pendakwaan pertama di bawah kesalahan ini pada

tahun 1998 telah berjaya membawa kepada beberapa sabitan di Hong

Kong terutamanya dalam kes-kes di mana elemen-elemen rasuah sukar

1 http://www.cps.gov.uk/legal/l_to_o/misconduct_in_public_office/#a02

2 http://www.cps.gov.uk/legal/l_to_o/misconduct_in_public_office/#a02

3http://www.onc.hk/pub/oncfile/publication/criminal/1203_EN_Is_Donald_Tsang_Guilty_of_the_Offence_of_Mis

conduct_in_Public_Office.pdf

Page 17: ARTIKEL PERUTUSAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN … · Latar belakang Menyelusuri sejarah penubuhannya, EAIC ditubuhkan bagi menggantikan cadangan awal penubuhan Suruhanjaya Bebas

17

dibuktikan.4 Manakala di England & Wales, seramai 55 pegawai awam telah

disabitkan bawah kesalahan “misconduct in public office” daripada tahun

1999 hingga 2007.5

Di dalam konteks negara kita, peraturan-peraturan berkaitan salah laku

pegawai awam Persekutuan secara khususnnya diperuntukkan di bawah

Perintah-Perintah Am - Bab D Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002) yang dibuat oleh Yang di-

Pertuan Agong menurut Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan. Bagi

sesebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah undang-undang

Persekutuan, kawalan terhadap salah laku pegawai badan berkanun

diperuntukkan di bawah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan

Surcaj) 2000 (Akta 605).

Sehubungan ini dalam usaha meningkat dan memantapkan integriti

perkhidmatan awam dan penguatkuasaan undang-undang, kini terdapat

unit-unit integriti diwujudkan di peringkat kementerian, jabatan dan agensi

penguatkuasaan. Pada peringkat PDRM, satu jabatan khas telah

4 http://www.unafei.or.jp/english/pdf/RS_No77/No77_05VE_Kwok-chung1.pdf ;

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/10/5/nation/20121005173556&sec=nation 5 http://www.parliament.uk/documents/commons/lib/research/briefings/snpc-04909.pdf

Page 18: ARTIKEL PERUTUSAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN … · Latar belakang Menyelusuri sejarah penubuhannya, EAIC ditubuhkan bagi menggantikan cadangan awal penubuhan Suruhanjaya Bebas

18

ditubuhkan iaitu Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) pada 25

Julai 2014 yang merupakan jabatan kesembilan dalam PDRM. JIPS adalah

gabungan Urus Setia KPN Integriti (Tatatertib), Bahagian Agama dan

Kaunseling (BAKA) dan Bahagian Naziran Jabatan. Tidak boleh dinafikan

bahawa kewujudan badan pengawasan dan kawalan dalaman sedemikian

yang lebih khusus dan efisyen melalui dasar dan program-program yang

disusun atur akan dapat memantapkan lagi jati diri dan disiplin pegawai

penguat kuasa serta integriti aktiviti-aktiviti penguatkuasaan undang-undang

oleh agensi tersebut. EAIC menyokong penuh cadangan JIPS bagi

melaksanakan sistem profiling harta (asset profiling) bagi anggota dan

pegawai PDRM yang mana sistem tersebut menghendaki pegawai

memberikan butiran dan penjelasan sumber pendapatan ke atas pembelian

dan pemegangan sesuatu harta, kekayaan atau gaya hidup mewah

pegawai dan anggota keluarga. Tindakan proaktif sedemikian akan

memantapkan lagi peraturan-peraturan yang terdapat berkaitan kewajipan

pengisytiharan harta, larangan menyelenggara taraf kehidupan yang

melebihi emolumen dan pendapatan persendirian yang sah dan larangan

keberhutangan kewangan yang serius oleh pegawai atau penjawat awam

seperti yang diperuntukkan di bawah Bab D Peraturan-Peraturan Pegawai

Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2000).

Page 19: ARTIKEL PERUTUSAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN … · Latar belakang Menyelusuri sejarah penubuhannya, EAIC ditubuhkan bagi menggantikan cadangan awal penubuhan Suruhanjaya Bebas

19

EAIC juga menyokong penuh terhadap keputusan dasar oleh PDRM dan

serta agensi penguat kuasa lain dalam isu penempatan pegawai penguat

kuasa untuk mereka ditukarkan pada setiap tiga tahun dalam usaha

mengurang atau mencegah pegawai penguat kuasa dari terjebak dengan

aktiviti salah laku dan rasuah kerana faktor terlalu lama berada di sesuatu

stesen bertugas sehinggakan timbul keadaan di mana terdapat sebilangan

daripada pegawai penguat kuasa yang bersekongkol atau melindungi

aktivit-aktiviti haram yang melanggar undang-undang yang berlaku di

bawah bidang kuasa kawasan jagaan mereka. Walaubagaimana pun dasar

pertukaran sedemikian juga perlu diseimbangkan dengan realiti sebenar

kehidupan semasa, khasnya pegawai penguat kuasa di peringkat bawahan

bagi mengelakkan implikasi negatif terhadap kehidupan keharmonian

keluarga dan kebajikan pegawai akibat daripada kekerapan perpindahan

stesen bertugas. Oleh itu di antara jalan yang terbaik ialah integriti pegawai

penguat kuasa dimantapkan melalui program-program pengukuhan integriti

dan seliaan atau kawalan dalaman yang lebih efektif.

Page 20: ARTIKEL PERUTUSAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN … · Latar belakang Menyelusuri sejarah penubuhannya, EAIC ditubuhkan bagi menggantikan cadangan awal penubuhan Suruhanjaya Bebas

20

Penerapan dan pengukuhan integriti

Penugasan dan penempatan seseorang pegawai penguat kuasa bukanlah

suatu proses yang mendadak dilakukan oleh agensi-agensi

penguatkuasaan. Bagi pegawai yang baharu dilantik atau diambil memasuki

alam pekerjaan sebagai pegawai penguat kuasa, mereka akan menjalani

latihan asas samada di kolej, maktab atau akademi latihan milik agensi

penguatkuasaan terlibat. Latihan asas tersebut boleh menjangkau tempoh

latihan dari seminggu, beberapa bulan atau sehingga setahun. Pelbagai

ilmu berkaitan bidang kerja dan disiplin diberi dan diterapkan melalui modul-

modul latihan yang khusus digubal bagi membentuk kemahiran dan ciri-ciri

pegawai yang dimahukan oleh agensi penguatkuasaan. Pegawai

seterusnya mendapat pentauliahan atau sijil tamat latihan setelah tamat

berkursus. Seterusnya pegawai akan ditetapkan stesen penempatan

bertugas dan kebiasaannya diletakkan di bawah seliaan pegawai yang lebih

kanan yang boleh menyelia dan memberi tunjuk ajar dalam kaedah bekerja.

Terdapat juga agensi yang mengaturkan kursus induksi bagi pegawai-

pegawai baharu yang memulakan tugas bertujuan mendedahkan pegawai

dengan pengetahuan yang lebih tinggi berkaitan bidang tugas dan bagi

membina semangat jati diri. Bagi pegawai baharu, mereka juga diletakkan

Page 21: ARTIKEL PERUTUSAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN … · Latar belakang Menyelusuri sejarah penubuhannya, EAIC ditubuhkan bagi menggantikan cadangan awal penubuhan Suruhanjaya Bebas

21

dalam tempoh percubaan sekurang-kurangnya setahun sebelum mereka

layak dipertimbangkan untuk disahkan ke dalam jawatan bertaraf tetap.

Pengesahan jawatan dilakukan sekiranya pegawai baharu tersebut telah

dapat menunjukkan tahap prestasi kerja yang memuaskan sepanjang

tempoh percubaan itu. Peringkat seterusnya bagi pegawai-pegawai yang

telah disahkan jawatan ialah tempoh pelaksanaan tanggungjawab sebelum

mereka layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat jawatan atau gred

perjawatan yang lebih tinggi setelah mencapai sesuatu tempoh

perkhidmatan. Beberapa tapisan penilaian berkaitan prestasi kerja dan

tahap disiplin perlu dilalui oleh pegawai tersebut dalam pertimbangan bagi

kenaikan pangkat atau gred jawatan. Perhatian juga diberikan kepada

kekerapan pegawai tersebut menghadiri kursus-kursus dan latihan lainnya

disepanjang tempoh perkhidmatannya serta sebarang anugerah

perkhidmatan cemerlang yang berjaya diraihnya. Pegawai yang mendapat

kenaikan pangkat atau gred perjawatan kebiasaannya akan menghadiri

kursus-kursus latihan lanjut jabatan pada peringkat yang lebih tinggi. Proses

ini berterusan dalam progres kerjaya pegawai tersebut. Kesimpulannya, dari

mula pegawai diambil bertugas sehingga tarikh persaraannya, pegawai

telah diberikan kursus dan latihan melalui program-program yang diaturkan

oleh agensi atau jabatannya. Bagaimana pun masalah ketirisan disiplin,

Page 22: ARTIKEL PERUTUSAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN … · Latar belakang Menyelusuri sejarah penubuhannya, EAIC ditubuhkan bagi menggantikan cadangan awal penubuhan Suruhanjaya Bebas

22

penyelewengan tanggungjawab dan kemerosotan integriti berlaku apabila

pegawai mula melupakan amanah, tanggungjawab dan nilai-nilai murni

perkhidmatan. Faktor-faktor negatif seperti rasuah dan salah laku mula

meresapi sebilangan pegawai akibat dari kekurangan seliaan, ketiadaan

kursus pemantapan jati diri yang berterusan, kealpaan atau ketidakyakinan

ketua agensi dari bertindak tegas ke atas salah laku, mendahulukan agenda

kepentingan diri melalui ekploitasi jawatan yang dipegang atau peluang-

peluang yang terbuka untuk membuat keuntungan diri secara salah dan

tidak jujur dari jawatannya. Maka itu terdapat sebilangan pegawai penguat

kuasa yang didapati mempunyai pemegangan harta, kekayaan dan

mengamalkan gaya hidup mewah di luar daripada saraan pendapatannya

yang sah, atau melindungi serta bersekongkol di dalam aktiviti yang

melanggar undang-undang atau terlibat dalam aktiviti jenayah. Kegiatan

curang pegawai-pegawai sedemikian telah mencemarkan perkhidmatan

awam khasnya imej dan kredibiliti agensi penguatkuasaan terlibat kepada

masyarakat. Pegawai-pegawai awam lain yang jujur dan dedikasi di dalam

tugas secara tidak langsung mendapat tempias akibat daripada perlakuan

segelintir pegawai yang curang dan tidak bertanggungjawab tersebut

umpama pepatah yang mengatakan “kerana nila setitik rosak susu

sebelanga”. Penerapan dan pengukuhan integriti oleh itu bukanlah proses

Page 23: ARTIKEL PERUTUSAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN … · Latar belakang Menyelusuri sejarah penubuhannya, EAIC ditubuhkan bagi menggantikan cadangan awal penubuhan Suruhanjaya Bebas

23

yang dilakukan secara “one off” tetapi menghendaki dilakukan secara

berterusan ke atas setiap pegawai di semua peringkat perjawatan di

samping sistem seliaan oleh agensi secara mantap dan berkesan. Tidak

kurang juga aspek kebajikan pegawai perlu diberikan perhatian oleh jabatan

atau agensi tersebut. Aspek kebajikan bagi anggota penguat kuasa di

peringkat bawahan mungkin juga berbeza dengan pegawai di peringkat

atasan yang mungkin memerlukan kaedah pendekatan yang berlainan.

Agensi penguatkuasaan juga perlu menilai dan mengemaskini serta

mengukuhkan proses tatacara kerja dalam semua aspek penguatkuasaan

undang-undang bagi tatacara kerja diperjelaskan dengan nyata untuk

dipatuhi oleh setiap pegawai penguat kuasa.

Menuju ke hadapan

Dalam usaha memantapkan lagi fungsi EAIC, beberapa pindaan akan

dibuat terhadap Akta 700 untuk mengadakan peruntukan-peruntukan

tambahan dalam menentukan kuasa-kuasa EAIC akan dapat dilaksanakan

dengan lebih berkesan atau efektif.

Page 24: ARTIKEL PERUTUSAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN … · Latar belakang Menyelusuri sejarah penubuhannya, EAIC ditubuhkan bagi menggantikan cadangan awal penubuhan Suruhanjaya Bebas

24

Pindaan tersebut termasuk bagi memberi kuasa kepada EAIC untuk

menyertai atau mengambil alih mana-mana siasatan berkaitan tatatertib

yang dilaksanakan oleh agensi penguatkuasaan serta pemantauan ke atas

tindakan tatatertib oleh agensi penguatkuasaan yang telah dibuat dapatan

dan syor-syor terhadapnya oleh EAIC. Rasional dari pindaan tersebut

adalah untuk memastikan siasatan yang dijalankan oleh jawatankuasa

siasatan agensi penguatkuasaan akan lebih telus dan kredibel

bersandarkan prinsip “without fear or favour”.

Di samping itu EAIC juga akan mempelbagaikan kaedah dalam

pendekatan terhadap ahli masyarakat tentang kepentingan penerapan dan

pengukuhan integriti pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan

melalui “engagement” dan kerjasama pintar dengan badan-badan bukan

kerajaan (NGOs) serta badan berkanun lain dan pemeriksaan terhadap

tahap pematuhan “standard operating procedure” (SOP) oleh pegawai

penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan dalam melaksanakan tugas-

tugas penguatkuasaan undang-undang yang berintegriti.

EAIC mengharapkan orang ramai akan terus memberikan kerjasama

dalam menyalurkan maklumat berkaitan salah laku oleh pegawai penguat

Page 25: ARTIKEL PERUTUSAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN … · Latar belakang Menyelusuri sejarah penubuhannya, EAIC ditubuhkan bagi menggantikan cadangan awal penubuhan Suruhanjaya Bebas

25

kuasa dan agensi penguatkuasaan. Dalam konteks ini, ucapan oleh YBhg.

Tan Sri Sidek Hassan, mantan Ketua Setiausaha Negara semasa

Konvensyen Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2013,

mengatakan seperti berikut:

“Penguatkuasaan integriti adalah lebih mudah sekiranya orang

ramai turut terlibat dalam pemantauan dan mempunyai

kesedaran dan harapan yang tinggi. Kesedaran tentang

pentingnya integriti dalam menjamin kesejahteraan jangka

panjang negara kita. Harapan bahawa setiap penjawat awam

akan mendahulukan Negara, bukan kepentingan diri. Untuk

meningkatkan kesedaran orang ramai, kita tidak memerlukan

suatu masterplan yang canggih. Yang penting adalah tindakan.

Undang-undang memang penting, yang lebih penting adalah

penguatkuasaan undang-undang tersebut. Apa yang

membezakan satu masyarakat yang mematuhi undang-undang

dengan yang lain adalah budaya penguatkuasaan. “A culture of

enforcement”. Setiap negara di dunia ini boleh mengguna pakai

undang-undang yang paling canggih dan tegas. Tetapi

keberkesanannya bergantung kepada disiplin dan

Page 26: ARTIKEL PERUTUSAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN … · Latar belakang Menyelusuri sejarah penubuhannya, EAIC ditubuhkan bagi menggantikan cadangan awal penubuhan Suruhanjaya Bebas

26

penguatkuasaan. Itu sepatutnya menjadi objektif kita untuk

melahirkan satu masyarakat, termasuk perkhidmatan awam,

yang tidak akan berkompromi dalam isu integrity”.

Bersempena dengan ulang tahun penubuhan yang keempat ini, saya

selaku Pengerusi EAIC ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama

positif dalam usaha memperkasa dan melestarikan integriti di kalangan

anggota penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan di negara ini terutama

agensi-agensi di bawah seliaan EAIC.

DATUK YAACOB BIN HAJI MD SAM Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)