artikel penyelidikan tindakan.pdf

8
1 PENGGUNAAN VARIASI GARISAN MELALUI KAEDAH LETS PLAY LINE BAGI MENGHASILKAN BONEKA OPERA CINA DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 4 oleh LEW YEN LEE IPG Kampus Sultan Abdul Halim ABSTRAK Penyelidikan Tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh mana keberkesanan penggunaan kaedah Lets Play Line dapat membantu murid mengaplikasikan variasi jenis garisan secara kreatif bagi menghasilkan karya boneka opera Cina dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Kajian ini telah melibatkan 10 orang murid dari kelas Tahun 4 di sebuah sekoah rendah di Sungai Petani Kedah. Fokus penyelidikan ini adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan dan pengolahan variasi jenis garisan melalui kaedah Lets Play Line bagi menghasilkan karya boneka opera Cina. Penggunaan kaedah Lets Play Line merupakan satu kaedah yang membolehkan murid mengenali jenis garisan melalui olahan variasi jenis garisan yang kreatif dalam usaha menghasilkan boneka opera Cina dalam bidang Membentuk Dan Membuat Binaan. Penyelidik telah menggunakan kaedah kualitatif untuk mengumpul data dengan menggunakan beberapa instrumen penilaian seperti pemerhatian, penelitian dokumen dan foto karya. Hasil dapatan penyelidikan ini telah membuktikan penggunaan kaedah Lets Play Line dapat membantu murid mengaplikasikan variasi jenis garisan secara kreatif bagi menghasilkan karya boneka opera Cina dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Kata kunci : kaedah Lets Play Line, variasi jenis garisan, olahan variasi jenis garisan, boneka, bidang membentuk dan membuat binaan Pengenalan Berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Pendidikan Seni Visual Tahap 2 menekankan pendekatan pembelajaran berpusatkan murid dengan memberi peluang kepada mereka untuk mempertingkatkan daya imaginasi, kreativiti, dan bakat ke tahap optima dalam proses penghasilan karya. Unsur-unsur Seni terdiri daripada enam elemen yang penting dalam gubahan sesuatu karya seni visual, iaitu garisan, rupa, bentuk, warna, ruang dan jalinan. Garisan merupakan elemen penting dalam aktiviti melukis, menggambar mahupun membentuk dan membuat binaan. Pengolahan variasi jenis garisan secara kreatif dapat menghasilkan pelbagai corak yang menarik serta membina permukaan rata yang menimbulkan rupa dan bentuk. Keunikan sesebuah karya seni dapat dilihat melalui pengaplikasi variasi jenis garisan yang menarik dan pelbagai. Garisan juga memainkan peranan yang sama penting dalam sesuatu karya berbentuk 3D. Refleksi Pengajaran Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang lepas, penyelidik mendapati murid kelas 4R tidak dapat mengaplikasi dan mengolah variasi jenis garisan secara kreatif. Mereka seringkali menggunakan jenis garisan yang sama dalam lukisan yang dihasilkan. Kebanyakan daripada mereka hanya meniru gambar yang ditunjukkan oleh penyelidik di hadapan bilik darjah. Selepas membuat pemerhatian suasana sosial emosi pembelajaran dalam kelas 4R, penyelidik mendapati bahawa kebanyakan murid suka akan aktiviti membentuk dan membuat binaan. Fokus Kajian Penyelidik memfokuskan kajian tentang penggunaan kaedah Lets Play Line dengan tujuan meningkatkan aplikasi variasi jenis garisan dan pengolahan variasi jenis garisan secara kreatif dalam proses penghasilan karya boneka dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Kaedah Lets Play Line yang dilaksanakan

Upload: yen-lee-lew

Post on 04-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN.pdf

1

PENGGUNAAN VARIASI GARISAN MELALUI KAEDAH LETS PLAY LINE BAGI

MENGHASILKAN BONEKA OPERA CINA DALAM

KALANGAN MURID-MURID TAHUN 4

oleh

LEW YEN LEE

IPG Kampus Sultan Abdul Halim

ABSTRAK

Penyelidikan Tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh mana keberkesanan penggunaan kaedah Lets

Play Line dapat membantu murid mengaplikasikan variasi jenis garisan secara kreatif bagi menghasilkan

karya boneka opera Cina dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Kajian ini telah melibatkan 10

orang murid dari kelas Tahun 4 di sebuah sekoah rendah di Sungai Petani Kedah. Fokus penyelidikan ini

adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan dan pengolahan variasi jenis garisan

melalui kaedah Lets Play Line bagi menghasilkan karya boneka opera Cina. Penggunaan kaedah Lets Play

Line merupakan satu kaedah yang membolehkan murid mengenali jenis garisan melalui olahan variasi

jenis garisan yang kreatif dalam usaha menghasilkan boneka opera Cina dalam bidang Membentuk Dan

Membuat Binaan. Penyelidik telah menggunakan kaedah kualitatif untuk mengumpul data dengan

menggunakan beberapa instrumen penilaian seperti pemerhatian, penelitian dokumen dan foto karya.

Hasil dapatan penyelidikan ini telah membuktikan penggunaan kaedah Lets Play Line dapat membantu

murid mengaplikasikan variasi jenis garisan secara kreatif bagi menghasilkan karya boneka opera Cina

dalam bidang membentuk dan membuat binaan.

Kata kunci : kaedah Lets Play Line, variasi jenis garisan, olahan variasi jenis garisan, boneka, bidang

membentuk dan membuat binaan

Pengenalan

Berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Pendidikan Seni Visual Tahap 2 menekankan

pendekatan pembelajaran berpusatkan murid dengan memberi peluang kepada mereka untuk

mempertingkatkan daya imaginasi, kreativiti, dan bakat ke tahap optima dalam proses penghasilan karya.

Unsur-unsur Seni terdiri daripada enam elemen yang penting dalam gubahan sesuatu karya seni visual, iaitu

garisan, rupa, bentuk, warna, ruang dan jalinan. Garisan merupakan elemen penting dalam aktiviti melukis,

menggambar mahupun membentuk dan membuat binaan. Pengolahan variasi jenis garisan secara kreatif

dapat menghasilkan pelbagai corak yang menarik serta membina permukaan rata yang menimbulkan rupa

dan bentuk. Keunikan sesebuah karya seni dapat dilihat melalui pengaplikasi variasi jenis garisan yang

menarik dan pelbagai. Garisan juga memainkan peranan yang sama penting dalam sesuatu karya berbentuk

3D.

Refleksi Pengajaran

Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang lepas, penyelidik mendapati murid kelas 4R tidak dapat

mengaplikasi dan mengolah variasi jenis garisan secara kreatif. Mereka seringkali menggunakan jenis

garisan yang sama dalam lukisan yang dihasilkan. Kebanyakan daripada mereka hanya meniru gambar yang

ditunjukkan oleh penyelidik di hadapan bilik darjah. Selepas membuat pemerhatian suasana sosial emosi

pembelajaran dalam kelas 4R, penyelidik mendapati bahawa kebanyakan murid suka akan aktiviti

membentuk dan membuat binaan.

Fokus Kajian

Penyelidik memfokuskan kajian tentang penggunaan kaedah Lets Play Line dengan tujuan meningkatkan

aplikasi variasi jenis garisan dan pengolahan variasi jenis garisan secara kreatif dalam proses penghasilan

karya boneka dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Kaedah Lets Play Line yang dilaksanakan

Page 2: ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN.pdf

2

oleh penyelidik dengan tujuan memberi peluang kepada para responden untuk melukis dan menggambar

secara bermain garisan dengan bebas.

Tinjauan Literatur

Berdasarkan buku Asas Seni Reka (1997), elemen yang paling penting dalam penghasilan karya ialah

garisan (linear). Garisan merupakan unsur seni yang paling asas ketika menghasilkan sesuatu reka bentuk,

rupa dalam sebuah karya seni. Keunikan sesebuah karya seni dapat dilihat melalui pengaplikasi variasi jenis

garisan yang menarik dan pelbagai. Manakala, garisan juga memainkan peranan yang sama penting dalam

sesuatu karya berbentuk 3D.

Pendidikan Seni Visual berupaya untuk mengembangkan naluri ingin tahu secara eksplorasi

menerusi deria. Pemikiran kreatif dan kritis pula terus dijana melalui ekspresi diri mereka. Hasil pengajaran

yang paling penting sekali adalah untuk meningkatkan kebolehan murid-murid untuk belajar dengan lebih

mudah dan berkesan bagi memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran dalam proses pembelajaran

(Joyce. B & Weil, M, Emily Calhoun. 2003).

Menurut Brock, Dodds, Jarvis, dan Olusoga (2013) dalam bukunya Perspectives on play: Learning

for Life, bermain dapat menyediakan peluang kepada kanak-kanak melalui proses penyusunan semula,

penemuan baru, proses pengayaan, pembinaan pengalaman dan pengetahuan serta penemuan konsep-

konsep baru. Di samping itu, bermain bukan sahaja mengelakkan rasa bosan malahan dapat menimbulkan

minat kanak-kanak terhadap mata pelajaran yang dipelajari.

Froebel (1912) dalam bukunya Froebel’s Chief Writing On Education, menggalakkan kanak-kanak

belajar melalui bermain. Piaget (1962) juga menyatakan pendekatan bermain sambil belajar dapat

membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dan Dewey (1966) pula mengatakan keseronokan dapat

diperoleh melalui pendekatan bermain, beliau menambah lagi, aspek keseronokan merupakan hak bagi

setiap kanak-kanak. Kurikulum Froebel (1912) menekankan kreativiti dan kebebasan. Isenberg dan Jalongo

(2003) serta Fortson dan Reiff (1995) menyatakan bahawa kreativiti, imaginasi dan ekspresi kanak-kanak

dapat dicungkil menerusi aktiviti bermain sambil belajar.

Menurut Calvin W. Taylor (1964), kreativiti bersifat imaginasi merupakan kreativiti yang paling

tinggi kedudukannya. Eilliot Eisner (1985) mengatakan educational imagination is a learning activities are

to be fun and not using professional knowledge and judgement. Menurut Lowenfeld, Brittain dan W.L.

(1982), kreativiti adalah berkait dengan aspek penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal. Daya inilah

yang membawa kita kepada satu cara pemikiran di luar pemikiran biasa (berfikir diluar kotak).

Sesungguhnya kreativiti melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir seseorang, maka ia dapat dibentuk

dan dilatih menerusi ransangan tertentu.

Justeru, penyelidik menyediakan pengalaman pembelajaran kinestetik dan kognitif melalui

pelaksanaan kaedah Lets Play Line untuk membolehkan responden mengaplikasi dan mengolah variasi jenis

garisan bagi menghasilan karya boneka. Penyelidik memperkenalkan kaedah Lets Play Line dengan tujuan

memberi peluang kepada para responden melibatkan diri secara aktif dalam proses penghasilan karya seni.

Kaedah ini bukan sahaja dapat membantu mereka mengenali serta menguasai penggunaan variasi jenis

garisan dalam proses penghasilan karya seni tetapi juga dapat mencungkil daya kreativiti para responden.

Objektif Kajian

i. Meningkatkan aplikasi variasi jenis garisan dalam proses penghasilan karya boneka melalui

kaedah Lets Play Line.

ii. Meningkatkan aplikasi variasi garisan secara kreatif dalam penghasilan karya boneka.

Page 3: ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN.pdf

3

Soalan Kajian

Penyelidikan ini bertujuan untuk menjawab soalan berikut:

i. Adakah terdapat peningkatan aplikasi variasi jenis garisan dalam proses penghasilan karya

boneka melalui kaedah Lets Play Line ?

ii. Adakah variasi garisan diaplikasikan secara kreatif dalam penghasilan karya boneka ?

Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran kajian penyelidik ialah murid Tahun 4R dari sebuah sekolah di Sungai Petani Mereka

terdiri daripada 5 orang responden lelaki dan 5 orang responden perempuan yang kesemuanya berumur 9

tahun. Jumlah responden seramai 10 orang. Kelas 4R merupakan kelas yang terakhir daripada 6 buah kelas

Tahun 4. Mereka lemah dalam keseruluhan pencapaian akademik. Pencapaian prestasi mereka dalam mata

pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah di bawah kategori sederhana dan lemah.

Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan

Perancangan Prosedur Penyelidikan Djalankan berdasarkan Model Penyedilikan Tindakan Kurt Lewin

(1948) sseperti di bawah:

Rajah 1: Perancangan Prosedur Penyelidikan

Rekfleksi

Keberkesanan penggunaan variasi

jenis garisan melalui kaedah Lets

Play Line dalam karya seni

Perancangan

- Refleksi Pengalaman Lalu

- Analisis Tinjauan Masalah

- Tinjauan Literatur

- Memperkenalkan Kaedah Lets Play Line

Tindakan

Menjalankan Aktiviti Peringkat Awal

Aktiviti 1 - Menggunakan variasi jenis garisan yang difahami dan dikenali melukis

rupa opera Cina untuk menghasilkan boneka lidi

Aktiviti 2 - Mengenali jenis garisan melalui gosokan (menggunakan kaedah bermain

sambil belajar untuk menimbulkan minat murid terus belajar)

Aktiviti 3- Mengenali dan mengolah jenis garisan melalui kaedah Lets Play Line

Aktiviti 4- Mengaplikasi dan mengolah variasi jenis garisan secara kreartif dalam

karya seni melalui kaedah Lets Play Line

Aktiviti 5 – Mengenal dan mengolah corak pakaian opera cina dengan menggunakan

kaedah Lets Play Line

Menjalankan Aktiviti Peringkat Akhir

Aktiviti 6 – Membentuk dan menghasilkan boneka patung

Pemerhatian

- Proses penghasilkan karya responden

- Proses Penggunakan instrumen

mengumpul data

- Menganalisis data yang dikumpul

Page 4: ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN.pdf

4

Dalam pelaksanaan penyelidikan, penyelidik telah menjalankan aktiviti ansur maju berdasarkan

perancangan mingguan seperti jadual di bawah:

Jadual 1

Pelaksanaan Penyelidikan Yang Dijalankan Berdasarkan Mingguan

Kaedah Pengumpulan Data

Dalam penyelidikan tindakan ini, penyelidik telah menggunakan tiga instrument kajian, iaitu Sesi

Pemerhatian, Penelitian Dokumen dan Dokumentasi Visual Melalui Foto untuk mengumpul data kualitatif.

Penyelidik menjalankan Sesi Pemerhatian dengan menggunakan instrumen Rekod Anekdot bagi

mendapatkan bilangan variasi jenis garisan yang diaplikasikan oleh responden pada peringkat sebelum

intervensi dan selepas intervensi penggunaan kaedah Lets Play Line. Penelitian Dokumen dijalankan untuk

Minggu

Penyelidikan yang akan dijalankan

Minggu 1 dan 2 Aktiviti peringkat awal : Menghasilkan Boneka Opera Cina

Setiap responden dikehendaki melukis dan mengolah rupa opera Cina untuk

menghasilkan boneka opera Cina dengan menggunakan variasi jenis garisan

yang difahami dan dikenali. Kesemua responden boleh membentuk jenis

boneka yang disukai dan menggunakan jenis-jenis garisan mengikut tahap

pengetahuan sendiri.

Minggu 3

Aktiviti 1: “ Bermain Sambil Belajar”

Responden diminta mendapatkan variasi jenis garisan melalui teknik gosokan

untuk mengenali jenis-jenis garisan yang berada di sekeliling alam sekitar.

Tujuan aktiviti ini adalah untuk mewujukan minat responden belajar seni

visual di samping belajar unsur-unsur seni dan variasi jenis garisan dalam

penghasilan sesebuah karya seni.

Minggu 4 dan 5 Aktiviti 2: Memperkenalkan Kaedah Lets Play Line

Penyelidik membuat penerangan tentang konsep unsur-unsur garisan, jenis-

jenis garisan dan fungsi garisan dalam gubahan karya seni visual. Responden

diminta mengaplikasi dan mengoloah variasi jenis garisan dalam rupa tangan

sendiri untuk menghasilkan corak yang kreatif.

Minggu 6 dan 7 Aktiviti 3: Pengukuhan Penguasaan Aplikasi Variasi Garisan Responden

diminta melukis rupa binatang yang disukainya dan membuat olahan variasi

jenis garisan dalam lukisan yang dilukis. Rasional aktiviti ini adalah untuk

memperkembangkan minda responden agar dapat melahirkan karya seni yang

kreatif dan imaginasi.

Minggu 8 dan 9

Aktiviti 4: Mengolah Variasi Garisan Pada Rupa Kostum Opera Cina

Penyelidik menayangkan rupa dan corak pakaian tradisional opera Cina

melalui penggunaan Microsoft Power Point. Responden diminta melukis

corak pakaian tradisional tersebut dengan mengolah variasi jenis garisan

secara kreatif.

Minggu 10 dan 11

Aktiviti Peringkat Akhir: Menghasilkan boneka opera Cina

Responden menghasilkan boneka opera Cina dengan mencantum bahagian

kepala, badan, tangan dan asesori hiasan dengan menggunakan gam UHU dan

pin.

Minggu 12 Penyelidik membuat penelitian dokumen dan mengadakan sesi apresiasi

karya dengan responden untuk mengumpul dan menganalisis data.

Page 5: ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN.pdf

5

mengumpul markah bagi setiap hasil karya responden dalam aktiviti susulan penggunaan variasi jenis

garisan setelah pelaksanaan kaedah Lets Play Line. Penialaian dibuat untuk mengetahui keberkesan kaedah

Lets Play Line terhadap tahap kemajuan aplikasi variasi jenis garisan yang dilakukan oleh responden.

Akhirnya, penyelidik menjadikan foto karya responden sebagai satu instrumen penilaian hasil karya

responden pada peringkat awal dan peringkat akhir dalam penyelidikan ini.

Analisis Dan Interpretasi

Sesi Pemerhatian

Dapatan data Rekod Anekdot melalui sesi pemerhatian dianalisis dengan menggunakan kekerapan dan

peratusan berdasarkan senarai semak yang disediakan. Penyelidik telah membuat perbandingan data antara

sebelum intervensi dengan selepas intervensi terhadap penggunaan bilangan variasi jenis garisan dalam

karya seni berpandukan kaedah Lets Play Line dalam sesi pengajaran dan pembelajaran penyelidikan ini.

Jadual 2

Pemerhatian terhadap Pengguaan Bilangan Variasi Garisan Sebelum Dan Selepas Intervensi Melalui

Penggunaan Kaedah Lets Play Line.

Responden Kekerapan

Sebelum Intervensi

Bilangan

Variasi Garisan

Kekerapan

Selepas Intervensi

Bilangan

Variasi Garisan

NA //// 4 //// /// 8

PE // 2 //// //// 10

EN /// 3 //// //// 9

ZH //// // 7 //// //// 9

KE //// / 6 //// //// // 12

TE /// 3 //// //// 10

ZO /// 3 //// /// 8

JA //// 4 //// //// 9

YI //// 4 //// //// 9

WE //// 4 //// /// 8

Hasil dapatan daripada sesi ini, penyelidik mendapati bahawa terdapat peningakatan dalam aplikasi bilangan

variasi jenis garisan dalam karya seni responden selepas intervensi penggunaan kaedah Lets Play Line.

Dapatan data peratusan bilangan jenis garisan dalam aktiviti sebelum intervensi dan selepas intervensi telah

dianalisi dalam bentuk graf seperti di bawah:

Rajah 2: Perbandingan Penggunaan Bilangan Variasi Garisan Dalam Aktiviti Sebelum Intervensi Dan

Selepas Intervensi

0

50

100

150

NA PE EN ZH KE TE ZO JA YI WE

Per

atu

san

Responden

Perbandingan Penggunaan Bilangan Variasi Jenis Garisan

Sebelum Intervensi Dan Selepas Intervensi

Sebelum Intervensi Selepas Intervensi

Page 6: ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN.pdf

6

Penelitian Dokumen

Dalam penelitian dokumen ini, penyelidik telah membuat penilaian terhadap penghasilan karya responden

yang bermula daripada Aktiviti 1 hingga Aktiviti 3 dengan menggunakan kaedah Lets Play Line. Semua

aktiviti yang dijalankan membawa wajaran 100% daripada keseluruhan jumlah markah. Pencapaian markah

dalam bentuk peratusan dicatat dengan tujuan melihat tahap perkembangan pencapaian responden daripada

aspek kemahiran aplikasi variasi jenis garisan dan daya kreativiti responden dalam pengolahan variasi jenis

garisan melalui kaedah Lets Play Line.

Rajah 3: Perbandingan Skor Markah Penghasilan Karya Responden Melalui Kaedah Lets Play Line

Dapatan kajian menunjukkan terdapatnya peningkatan aplikasi bilangan variasi jenis garisan dan kaedah

olahan variasi garisan dalam karya seni responden. Aktiviti yang dilaksanakan secara susulan dan

berperingkat ini dapat membantu responden meningkatkan kemahiran penguasaan olahan variasi jenis

garisan secara kreatif dalam unsur seni garisan. Melalui kaedah Lets Play Line, responden berjaya

menguasai kemahiran olahan garisan yang dikehendaki untuk diaplikasikan dalam karya boneka bagi

penyelidikan ini.

Dokumentasi Visual Melalui Foto

Melalui analisis secara deskriptif terhadap karya boneka responden pada peringkat awal dan peringkat akhir,

dapatan kajian dalam penggunaan kaedah Lets Play Line telah menunjukkan peningkatan aplikasi bilangan

variasi jenis garisan dan olahan variasi jenis garisan secara kreatif dalam penghasilan boneka opera Cina.

Peringkat Awal

Peringkat Akhir

Rajah 4: Foto Karya Responden WE Pada Peringkat Awal Dan Peringkat Akhir

25

45

28

55

40

2530 30 32

4045

5040

60 6065

3545

35

60

80 7883

75

9080

6875

60

80

0

20

40

60

80

100

NA PE EN ZH KE TE ZO JA YI WE

Mark

ah

Responden

Skor Markah Karya Responden Melalui Kaedah Lets Play Line

Aktiviti 1 Aktiviti 2 Aktiviti 3

Page 7: ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN.pdf

7

Peringkat Awal Peringkat Akhir

Rajah 5: Foto Karya Responden ZO Pada Peringkat Awal Dan Peringkat Akhir

Berdasarkan rajah 4 dan rajah 5, kedua-dua karya boneka yang dihasilkan oleh responden iaitu WE dan ZO,

telah menunjukkan peningkatan daya kreativiti mereka masing-masing. Daripada dapatan penyelidikan ini,

kedua-dua responden berjaya mengaplikasi dan mengolah variasi jenis garisan secara kreatif melalui

imaginasi dan idea mereka yang tersendiri. Penyelidik mendapati bahawa pengetahuan mereka tentang

variasi jenis garisan dan kemahiran olahan variasi jenis garisan telah dipertingkatkan.

Rumusan Dan Refleksi

Soalan Kajian 1: Adakah terdapat peningkatan aplikasi variasi jenis garisan dalam proses

penghasilan karya boneka melalui kaedah Lets Play Line?

Berdasarkan jadual 2 dan rajah 2 yang ditunjukkan di muka surat 5, penyelidik mendapati bahawa

peningkatan telah berlaku dalam aplikasi variasi jenis garisan dalam karya para responden selepas kaedah

Lets Play Line diperkenalkan pada peringkat selepas intervensi. Setelah kaedah Lets Play Line

diperkenalkan kepada responden, penyelidik mendapati terdapat peningkatan dalam penggunaan dan

pengolahan variasi jenis garisan setiap responden. Responden PE dan TE telah membuat peningkatan

sebanyak 8 dan 7 jenis garisan, responden EN dan ZO membuat peningkatan sebanyak 5 jenis garisan

dalam karya mereka. Manakala responden NA, KE dan JA pula membuat peningkatan sebanyak 4 jenis

garisan. Responden ZH dan YI masing-masing membuat peningkatan sebanyak 2 jenis garisan dan 1 jenis

garisan.

Soalan Kajian 2: Adakah variasi garisan diaplikasikan secara kreatif dalam hasilan karya boneka?

Berdasarkan rajah 3 dan rajah 4, dapatan daripada perbandingan foto karya responden pada peringkat awal

dan peringkat akhir menunjukkan bahawa objektif kajian terhadap peningkatan aplikasi variasi garisan

secara kreatif dalam penghasilan karya boneka telah berjaya dicapai. Penyelidik mendapati bahawa

responden telah mahir mengaplikasi dan mengolah variasi jenis garisan secara kreatif dan menarik. Ini

adalah kerana pengolahan variasi jenis garisan yang dihasilkan oleh semua responden mempunyai idea

tersendiri, mereka tidak lagi meniru penghasilan karya rakan sebaya. Semua olahan yang dihasilkan oleh

responden adalah idea baru dan idea yang memiliki keaslian dan kesesuaiannya. Oleh itu, analisis dapatan

penyelidikan ini telah berjaya membuktikan bahawa melalui kaedah Lets Play Line dapat meningkatkan

aplikasi jenis garisan dan olahan variasi jenis garisan yang kreatif dalam penghasilan karya boneka opera

Cina.

Page 8: ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN.pdf

8

Cadangan Kajian Seterusnya

Penyelidik mencadangkan penghasilan boneka opera Cina dijadikan sebagai alat pedagogi untuk pengajaran

dan pembelajaran komunikasi Bahasa Cina bagi Tahap 1 di peringkat sekolah rendah. Penyelidik

mengharapkan penggunaan boneka opera Cina dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Cina bukan

sahaja dapat meningkatkan keupayaan kemahiran berkomunikasi dengan lancar dan jelas tetapi juga dapat

mengenali latar belakang sejarah negara Cina dan kebudayan orang Cina di negara kita. Penyelidik berharap

kemahiran Pendidikan Seni Visual dapat merentasi kurikulum bagi subjek Sejarah dan Bahasa Cina di

sekolah rendah. Selain itu, penyelidik juga ingin mencadangkan kajian seterusnya dengan menggunakan

kaedah Lets Play Line dalam Bidang Membuat Corak dan Rekaan. Penyelidik percaya bahawa ini akan

mambawa penghasilan karya seni yang lebih unik dan menarik dengan menggunakan kaedah Lets Play Lain

dalam Bidang Membuat Corak dan Rekaan.

Kesimpulan

Secara kesimpulan, perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah Lets

Play Line ini dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh responden. Para responden akhirnya dapat

mengolahkan pelbagai variasi jenis garisan dalam hasilan karya boneka dan seterusnya berjaya

menghasilkan boneka yang kreatif dan berkualiti.

Rujukan

Brock, A., Dodds, S., Jarvis, P., & Olusoga, Y. (2013). Perspectives On Play: Learning For Life.

Routledge.

Cw Taylor (1964). Creativity: Progress And Potential. Cw. Publisher, New York.

Dewey, J. (1966). Democracy and education. New York: The Free Press.

Eisner, Elliot W (1985). Learning And Teaching The Ways Of Knowing. Waltham, Mass. Blaisdell Pub.

Co.

Fortson, L. R. & Reiff, J. C. ( 1995). Early childhood curriculum: Open Structures For Integrative

Learning. Boston: Allyn and Bacon.

Froebel, F.W.A. (1912). Froebel’s Chief Writing On Education. New York: Longmans, Green & Co.

Hon Woon Chang (1997). Teori Seni Tampak: Asas Seni Reka. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala

Lumpur. Selangor.

Isenberg, J. P. & Jalongo, M. R. (2003). Creative Expression And Play In Early Childhood. (3rd Ed.).

New Jersey: Merrill Prentice Hall.

Joyce. B & Weil, M, And Emily Calhoun (2003). Models Of Teaching, 7th Ed. Nj. Englewood Cliffs.

Lowenfeld, V., & Brittain, W. L.(1982). Creative and Mental Growth, Macmillan Publishing Co., Inc

Piaget, J. (1962). Play, Dream And Imitation In Childhood. New York: Norton & Company, Inc.