Download - ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN.pdf
1
PENGGUNAAN VARIASI GARISAN MELALUI KAEDAH LETS PLAY LINE BAGI
MENGHASILKAN BONEKA OPERA CINA DALAM
KALANGAN MURID-MURID TAHUN 4
oleh
LEW YEN LEE
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
ABSTRAK
Penyelidikan Tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh mana keberkesanan penggunaan kaedah Lets
Play Line dapat membantu murid mengaplikasikan variasi jenis garisan secara kreatif bagi menghasilkan
karya boneka opera Cina dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Kajian ini telah melibatkan 10
orang murid dari kelas Tahun 4 di sebuah sekoah rendah di Sungai Petani Kedah. Fokus penyelidikan ini
adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan dan pengolahan variasi jenis garisan
melalui kaedah Lets Play Line bagi menghasilkan karya boneka opera Cina. Penggunaan kaedah Lets Play
Line merupakan satu kaedah yang membolehkan murid mengenali jenis garisan melalui olahan variasi
jenis garisan yang kreatif dalam usaha menghasilkan boneka opera Cina dalam bidang Membentuk Dan
Membuat Binaan. Penyelidik telah menggunakan kaedah kualitatif untuk mengumpul data dengan
menggunakan beberapa instrumen penilaian seperti pemerhatian, penelitian dokumen dan foto karya.
Hasil dapatan penyelidikan ini telah membuktikan penggunaan kaedah Lets Play Line dapat membantu
murid mengaplikasikan variasi jenis garisan secara kreatif bagi menghasilkan karya boneka opera Cina
dalam bidang membentuk dan membuat binaan.
Kata kunci : kaedah Lets Play Line, variasi jenis garisan, olahan variasi jenis garisan, boneka, bidang
membentuk dan membuat binaan
Pengenalan
Berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Pendidikan Seni Visual Tahap 2 menekankan
pendekatan pembelajaran berpusatkan murid dengan memberi peluang kepada mereka untuk
mempertingkatkan daya imaginasi, kreativiti, dan bakat ke tahap optima dalam proses penghasilan karya.
Unsur-unsur Seni terdiri daripada enam elemen yang penting dalam gubahan sesuatu karya seni visual, iaitu
garisan, rupa, bentuk, warna, ruang dan jalinan. Garisan merupakan elemen penting dalam aktiviti melukis,
menggambar mahupun membentuk dan membuat binaan. Pengolahan variasi jenis garisan secara kreatif
dapat menghasilkan pelbagai corak yang menarik serta membina permukaan rata yang menimbulkan rupa
dan bentuk. Keunikan sesebuah karya seni dapat dilihat melalui pengaplikasi variasi jenis garisan yang
menarik dan pelbagai. Garisan juga memainkan peranan yang sama penting dalam sesuatu karya berbentuk
3D.
Refleksi Pengajaran
Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang lepas, penyelidik mendapati murid kelas 4R tidak dapat
mengaplikasi dan mengolah variasi jenis garisan secara kreatif. Mereka seringkali menggunakan jenis
garisan yang sama dalam lukisan yang dihasilkan. Kebanyakan daripada mereka hanya meniru gambar yang
ditunjukkan oleh penyelidik di hadapan bilik darjah. Selepas membuat pemerhatian suasana sosial emosi
pembelajaran dalam kelas 4R, penyelidik mendapati bahawa kebanyakan murid suka akan aktiviti
membentuk dan membuat binaan.
Fokus Kajian
Penyelidik memfokuskan kajian tentang penggunaan kaedah Lets Play Line dengan tujuan meningkatkan
aplikasi variasi jenis garisan dan pengolahan variasi jenis garisan secara kreatif dalam proses penghasilan
karya boneka dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Kaedah Lets Play Line yang dilaksanakan
2
oleh penyelidik dengan tujuan memberi peluang kepada para responden untuk melukis dan menggambar
secara bermain garisan dengan bebas.
Tinjauan Literatur
Berdasarkan buku Asas Seni Reka (1997), elemen yang paling penting dalam penghasilan karya ialah
garisan (linear). Garisan merupakan unsur seni yang paling asas ketika menghasilkan sesuatu reka bentuk,
rupa dalam sebuah karya seni. Keunikan sesebuah karya seni dapat dilihat melalui pengaplikasi variasi jenis
garisan yang menarik dan pelbagai. Manakala, garisan juga memainkan peranan yang sama penting dalam
sesuatu karya berbentuk 3D.
Pendidikan Seni Visual berupaya untuk mengembangkan naluri ingin tahu secara eksplorasi
menerusi deria. Pemikiran kreatif dan kritis pula terus dijana melalui ekspresi diri mereka. Hasil pengajaran
yang paling penting sekali adalah untuk meningkatkan kebolehan murid-murid untuk belajar dengan lebih
mudah dan berkesan bagi memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran dalam proses pembelajaran
(Joyce. B & Weil, M, Emily Calhoun. 2003).
Menurut Brock, Dodds, Jarvis, dan Olusoga (2013) dalam bukunya Perspectives on play: Learning
for Life, bermain dapat menyediakan peluang kepada kanak-kanak melalui proses penyusunan semula,
penemuan baru, proses pengayaan, pembinaan pengalaman dan pengetahuan serta penemuan konsep-
konsep baru. Di samping itu, bermain bukan sahaja mengelakkan rasa bosan malahan dapat menimbulkan
minat kanak-kanak terhadap mata pelajaran yang dipelajari.
Froebel (1912) dalam bukunya Froebel’s Chief Writing On Education, menggalakkan kanak-kanak
belajar melalui bermain. Piaget (1962) juga menyatakan pendekatan bermain sambil belajar dapat
membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dan Dewey (1966) pula mengatakan keseronokan dapat
diperoleh melalui pendekatan bermain, beliau menambah lagi, aspek keseronokan merupakan hak bagi
setiap kanak-kanak. Kurikulum Froebel (1912) menekankan kreativiti dan kebebasan. Isenberg dan Jalongo
(2003) serta Fortson dan Reiff (1995) menyatakan bahawa kreativiti, imaginasi dan ekspresi kanak-kanak
dapat dicungkil menerusi aktiviti bermain sambil belajar.
Menurut Calvin W. Taylor (1964), kreativiti bersifat imaginasi merupakan kreativiti yang paling
tinggi kedudukannya. Eilliot Eisner (1985) mengatakan educational imagination is a learning activities are
to be fun and not using professional knowledge and judgement. Menurut Lowenfeld, Brittain dan W.L.
(1982), kreativiti adalah berkait dengan aspek penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal. Daya inilah
yang membawa kita kepada satu cara pemikiran di luar pemikiran biasa (berfikir diluar kotak).
Sesungguhnya kreativiti melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir seseorang, maka ia dapat dibentuk
dan dilatih menerusi ransangan tertentu.
Justeru, penyelidik menyediakan pengalaman pembelajaran kinestetik dan kognitif melalui
pelaksanaan kaedah Lets Play Line untuk membolehkan responden mengaplikasi dan mengolah variasi jenis
garisan bagi menghasilan karya boneka. Penyelidik memperkenalkan kaedah Lets Play Line dengan tujuan
memberi peluang kepada para responden melibatkan diri secara aktif dalam proses penghasilan karya seni.
Kaedah ini bukan sahaja dapat membantu mereka mengenali serta menguasai penggunaan variasi jenis
garisan dalam proses penghasilan karya seni tetapi juga dapat mencungkil daya kreativiti para responden.
Objektif Kajian
i. Meningkatkan aplikasi variasi jenis garisan dalam proses penghasilan karya boneka melalui
kaedah Lets Play Line.
ii. Meningkatkan aplikasi variasi garisan secara kreatif dalam penghasilan karya boneka.
3
Soalan Kajian
Penyelidikan ini bertujuan untuk menjawab soalan berikut:
i. Adakah terdapat peningkatan aplikasi variasi jenis garisan dalam proses penghasilan karya
boneka melalui kaedah Lets Play Line ?
ii. Adakah variasi garisan diaplikasikan secara kreatif dalam penghasilan karya boneka ?
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran kajian penyelidik ialah murid Tahun 4R dari sebuah sekolah di Sungai Petani Mereka
terdiri daripada 5 orang responden lelaki dan 5 orang responden perempuan yang kesemuanya berumur 9
tahun. Jumlah responden seramai 10 orang. Kelas 4R merupakan kelas yang terakhir daripada 6 buah kelas
Tahun 4. Mereka lemah dalam keseruluhan pencapaian akademik. Pencapaian prestasi mereka dalam mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah di bawah kategori sederhana dan lemah.
Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan
Perancangan Prosedur Penyelidikan Djalankan berdasarkan Model Penyedilikan Tindakan Kurt Lewin
(1948) sseperti di bawah:
Rajah 1: Perancangan Prosedur Penyelidikan
Rekfleksi
Keberkesanan penggunaan variasi
jenis garisan melalui kaedah Lets
Play Line dalam karya seni
Perancangan
- Refleksi Pengalaman Lalu
- Analisis Tinjauan Masalah
- Tinjauan Literatur
- Memperkenalkan Kaedah Lets Play Line
Tindakan
Menjalankan Aktiviti Peringkat Awal
Aktiviti 1 - Menggunakan variasi jenis garisan yang difahami dan dikenali melukis
rupa opera Cina untuk menghasilkan boneka lidi
Aktiviti 2 - Mengenali jenis garisan melalui gosokan (menggunakan kaedah bermain
sambil belajar untuk menimbulkan minat murid terus belajar)
Aktiviti 3- Mengenali dan mengolah jenis garisan melalui kaedah Lets Play Line
Aktiviti 4- Mengaplikasi dan mengolah variasi jenis garisan secara kreartif dalam
karya seni melalui kaedah Lets Play Line
Aktiviti 5 – Mengenal dan mengolah corak pakaian opera cina dengan menggunakan
kaedah Lets Play Line
Menjalankan Aktiviti Peringkat Akhir
Aktiviti 6 – Membentuk dan menghasilkan boneka patung
Pemerhatian
- Proses penghasilkan karya responden
- Proses Penggunakan instrumen
mengumpul data
- Menganalisis data yang dikumpul
4
Dalam pelaksanaan penyelidikan, penyelidik telah menjalankan aktiviti ansur maju berdasarkan
perancangan mingguan seperti jadual di bawah:
Jadual 1
Pelaksanaan Penyelidikan Yang Dijalankan Berdasarkan Mingguan
Kaedah Pengumpulan Data
Dalam penyelidikan tindakan ini, penyelidik telah menggunakan tiga instrument kajian, iaitu Sesi
Pemerhatian, Penelitian Dokumen dan Dokumentasi Visual Melalui Foto untuk mengumpul data kualitatif.
Penyelidik menjalankan Sesi Pemerhatian dengan menggunakan instrumen Rekod Anekdot bagi
mendapatkan bilangan variasi jenis garisan yang diaplikasikan oleh responden pada peringkat sebelum
intervensi dan selepas intervensi penggunaan kaedah Lets Play Line. Penelitian Dokumen dijalankan untuk
Minggu
Penyelidikan yang akan dijalankan
Minggu 1 dan 2 Aktiviti peringkat awal : Menghasilkan Boneka Opera Cina
Setiap responden dikehendaki melukis dan mengolah rupa opera Cina untuk
menghasilkan boneka opera Cina dengan menggunakan variasi jenis garisan
yang difahami dan dikenali. Kesemua responden boleh membentuk jenis
boneka yang disukai dan menggunakan jenis-jenis garisan mengikut tahap
pengetahuan sendiri.
Minggu 3
Aktiviti 1: “ Bermain Sambil Belajar”
Responden diminta mendapatkan variasi jenis garisan melalui teknik gosokan
untuk mengenali jenis-jenis garisan yang berada di sekeliling alam sekitar.
Tujuan aktiviti ini adalah untuk mewujukan minat responden belajar seni
visual di samping belajar unsur-unsur seni dan variasi jenis garisan dalam
penghasilan sesebuah karya seni.
Minggu 4 dan 5 Aktiviti 2: Memperkenalkan Kaedah Lets Play Line
Penyelidik membuat penerangan tentang konsep unsur-unsur garisan, jenis-
jenis garisan dan fungsi garisan dalam gubahan karya seni visual. Responden
diminta mengaplikasi dan mengoloah variasi jenis garisan dalam rupa tangan
sendiri untuk menghasilkan corak yang kreatif.
Minggu 6 dan 7 Aktiviti 3: Pengukuhan Penguasaan Aplikasi Variasi Garisan Responden
diminta melukis rupa binatang yang disukainya dan membuat olahan variasi
jenis garisan dalam lukisan yang dilukis. Rasional aktiviti ini adalah untuk
memperkembangkan minda responden agar dapat melahirkan karya seni yang
kreatif dan imaginasi.
Minggu 8 dan 9
Aktiviti 4: Mengolah Variasi Garisan Pada Rupa Kostum Opera Cina
Penyelidik menayangkan rupa dan corak pakaian tradisional opera Cina
melalui penggunaan Microsoft Power Point. Responden diminta melukis
corak pakaian tradisional tersebut dengan mengolah variasi jenis garisan
secara kreatif.
Minggu 10 dan 11
Aktiviti Peringkat Akhir: Menghasilkan boneka opera Cina
Responden menghasilkan boneka opera Cina dengan mencantum bahagian
kepala, badan, tangan dan asesori hiasan dengan menggunakan gam UHU dan
pin.
Minggu 12 Penyelidik membuat penelitian dokumen dan mengadakan sesi apresiasi
karya dengan responden untuk mengumpul dan menganalisis data.
5
mengumpul markah bagi setiap hasil karya responden dalam aktiviti susulan penggunaan variasi jenis
garisan setelah pelaksanaan kaedah Lets Play Line. Penialaian dibuat untuk mengetahui keberkesan kaedah
Lets Play Line terhadap tahap kemajuan aplikasi variasi jenis garisan yang dilakukan oleh responden.
Akhirnya, penyelidik menjadikan foto karya responden sebagai satu instrumen penilaian hasil karya
responden pada peringkat awal dan peringkat akhir dalam penyelidikan ini.
Analisis Dan Interpretasi
Sesi Pemerhatian
Dapatan data Rekod Anekdot melalui sesi pemerhatian dianalisis dengan menggunakan kekerapan dan
peratusan berdasarkan senarai semak yang disediakan. Penyelidik telah membuat perbandingan data antara
sebelum intervensi dengan selepas intervensi terhadap penggunaan bilangan variasi jenis garisan dalam
karya seni berpandukan kaedah Lets Play Line dalam sesi pengajaran dan pembelajaran penyelidikan ini.
Jadual 2
Pemerhatian terhadap Pengguaan Bilangan Variasi Garisan Sebelum Dan Selepas Intervensi Melalui
Penggunaan Kaedah Lets Play Line.
Responden Kekerapan
Sebelum Intervensi
Bilangan
Variasi Garisan
Kekerapan
Selepas Intervensi
Bilangan
Variasi Garisan
NA //// 4 //// /// 8
PE // 2 //// //// 10
EN /// 3 //// //// 9
ZH //// // 7 //// //// 9
KE //// / 6 //// //// // 12
TE /// 3 //// //// 10
ZO /// 3 //// /// 8
JA //// 4 //// //// 9
YI //// 4 //// //// 9
WE //// 4 //// /// 8
Hasil dapatan daripada sesi ini, penyelidik mendapati bahawa terdapat peningakatan dalam aplikasi bilangan
variasi jenis garisan dalam karya seni responden selepas intervensi penggunaan kaedah Lets Play Line.
Dapatan data peratusan bilangan jenis garisan dalam aktiviti sebelum intervensi dan selepas intervensi telah
dianalisi dalam bentuk graf seperti di bawah:
Rajah 2: Perbandingan Penggunaan Bilangan Variasi Garisan Dalam Aktiviti Sebelum Intervensi Dan
Selepas Intervensi
0
50
100
150
NA PE EN ZH KE TE ZO JA YI WE
Per
atu
san
Responden
Perbandingan Penggunaan Bilangan Variasi Jenis Garisan
Sebelum Intervensi Dan Selepas Intervensi
Sebelum Intervensi Selepas Intervensi
6
Penelitian Dokumen
Dalam penelitian dokumen ini, penyelidik telah membuat penilaian terhadap penghasilan karya responden
yang bermula daripada Aktiviti 1 hingga Aktiviti 3 dengan menggunakan kaedah Lets Play Line. Semua
aktiviti yang dijalankan membawa wajaran 100% daripada keseluruhan jumlah markah. Pencapaian markah
dalam bentuk peratusan dicatat dengan tujuan melihat tahap perkembangan pencapaian responden daripada
aspek kemahiran aplikasi variasi jenis garisan dan daya kreativiti responden dalam pengolahan variasi jenis
garisan melalui kaedah Lets Play Line.
Rajah 3: Perbandingan Skor Markah Penghasilan Karya Responden Melalui Kaedah Lets Play Line
Dapatan kajian menunjukkan terdapatnya peningkatan aplikasi bilangan variasi jenis garisan dan kaedah
olahan variasi garisan dalam karya seni responden. Aktiviti yang dilaksanakan secara susulan dan
berperingkat ini dapat membantu responden meningkatkan kemahiran penguasaan olahan variasi jenis
garisan secara kreatif dalam unsur seni garisan. Melalui kaedah Lets Play Line, responden berjaya
menguasai kemahiran olahan garisan yang dikehendaki untuk diaplikasikan dalam karya boneka bagi
penyelidikan ini.
Dokumentasi Visual Melalui Foto
Melalui analisis secara deskriptif terhadap karya boneka responden pada peringkat awal dan peringkat akhir,
dapatan kajian dalam penggunaan kaedah Lets Play Line telah menunjukkan peningkatan aplikasi bilangan
variasi jenis garisan dan olahan variasi jenis garisan secara kreatif dalam penghasilan boneka opera Cina.
Peringkat Awal
Peringkat Akhir
Rajah 4: Foto Karya Responden WE Pada Peringkat Awal Dan Peringkat Akhir
25
45
28
55
40
2530 30 32
4045
5040
60 6065
3545
35
60
80 7883
75
9080
6875
60
80
0
20
40
60
80
100
NA PE EN ZH KE TE ZO JA YI WE
Mark
ah
Responden
Skor Markah Karya Responden Melalui Kaedah Lets Play Line
Aktiviti 1 Aktiviti 2 Aktiviti 3
7
Peringkat Awal Peringkat Akhir
Rajah 5: Foto Karya Responden ZO Pada Peringkat Awal Dan Peringkat Akhir
Berdasarkan rajah 4 dan rajah 5, kedua-dua karya boneka yang dihasilkan oleh responden iaitu WE dan ZO,
telah menunjukkan peningkatan daya kreativiti mereka masing-masing. Daripada dapatan penyelidikan ini,
kedua-dua responden berjaya mengaplikasi dan mengolah variasi jenis garisan secara kreatif melalui
imaginasi dan idea mereka yang tersendiri. Penyelidik mendapati bahawa pengetahuan mereka tentang
variasi jenis garisan dan kemahiran olahan variasi jenis garisan telah dipertingkatkan.
Rumusan Dan Refleksi
Soalan Kajian 1: Adakah terdapat peningkatan aplikasi variasi jenis garisan dalam proses
penghasilan karya boneka melalui kaedah Lets Play Line?
Berdasarkan jadual 2 dan rajah 2 yang ditunjukkan di muka surat 5, penyelidik mendapati bahawa
peningkatan telah berlaku dalam aplikasi variasi jenis garisan dalam karya para responden selepas kaedah
Lets Play Line diperkenalkan pada peringkat selepas intervensi. Setelah kaedah Lets Play Line
diperkenalkan kepada responden, penyelidik mendapati terdapat peningkatan dalam penggunaan dan
pengolahan variasi jenis garisan setiap responden. Responden PE dan TE telah membuat peningkatan
sebanyak 8 dan 7 jenis garisan, responden EN dan ZO membuat peningkatan sebanyak 5 jenis garisan
dalam karya mereka. Manakala responden NA, KE dan JA pula membuat peningkatan sebanyak 4 jenis
garisan. Responden ZH dan YI masing-masing membuat peningkatan sebanyak 2 jenis garisan dan 1 jenis
garisan.
Soalan Kajian 2: Adakah variasi garisan diaplikasikan secara kreatif dalam hasilan karya boneka?
Berdasarkan rajah 3 dan rajah 4, dapatan daripada perbandingan foto karya responden pada peringkat awal
dan peringkat akhir menunjukkan bahawa objektif kajian terhadap peningkatan aplikasi variasi garisan
secara kreatif dalam penghasilan karya boneka telah berjaya dicapai. Penyelidik mendapati bahawa
responden telah mahir mengaplikasi dan mengolah variasi jenis garisan secara kreatif dan menarik. Ini
adalah kerana pengolahan variasi jenis garisan yang dihasilkan oleh semua responden mempunyai idea
tersendiri, mereka tidak lagi meniru penghasilan karya rakan sebaya. Semua olahan yang dihasilkan oleh
responden adalah idea baru dan idea yang memiliki keaslian dan kesesuaiannya. Oleh itu, analisis dapatan
penyelidikan ini telah berjaya membuktikan bahawa melalui kaedah Lets Play Line dapat meningkatkan
aplikasi jenis garisan dan olahan variasi jenis garisan yang kreatif dalam penghasilan karya boneka opera
Cina.
8
Cadangan Kajian Seterusnya
Penyelidik mencadangkan penghasilan boneka opera Cina dijadikan sebagai alat pedagogi untuk pengajaran
dan pembelajaran komunikasi Bahasa Cina bagi Tahap 1 di peringkat sekolah rendah. Penyelidik
mengharapkan penggunaan boneka opera Cina dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Cina bukan
sahaja dapat meningkatkan keupayaan kemahiran berkomunikasi dengan lancar dan jelas tetapi juga dapat
mengenali latar belakang sejarah negara Cina dan kebudayan orang Cina di negara kita. Penyelidik berharap
kemahiran Pendidikan Seni Visual dapat merentasi kurikulum bagi subjek Sejarah dan Bahasa Cina di
sekolah rendah. Selain itu, penyelidik juga ingin mencadangkan kajian seterusnya dengan menggunakan
kaedah Lets Play Line dalam Bidang Membuat Corak dan Rekaan. Penyelidik percaya bahawa ini akan
mambawa penghasilan karya seni yang lebih unik dan menarik dengan menggunakan kaedah Lets Play Lain
dalam Bidang Membuat Corak dan Rekaan.
Kesimpulan
Secara kesimpulan, perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah Lets
Play Line ini dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh responden. Para responden akhirnya dapat
mengolahkan pelbagai variasi jenis garisan dalam hasilan karya boneka dan seterusnya berjaya
menghasilkan boneka yang kreatif dan berkualiti.
Rujukan
Brock, A., Dodds, S., Jarvis, P., & Olusoga, Y. (2013). Perspectives On Play: Learning For Life.
Routledge.
Cw Taylor (1964). Creativity: Progress And Potential. Cw. Publisher, New York.
Dewey, J. (1966). Democracy and education. New York: The Free Press.
Eisner, Elliot W (1985). Learning And Teaching The Ways Of Knowing. Waltham, Mass. Blaisdell Pub.
Co.
Fortson, L. R. & Reiff, J. C. ( 1995). Early childhood curriculum: Open Structures For Integrative
Learning. Boston: Allyn and Bacon.
Froebel, F.W.A. (1912). Froebel’s Chief Writing On Education. New York: Longmans, Green & Co.
Hon Woon Chang (1997). Teori Seni Tampak: Asas Seni Reka. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur. Selangor.
Isenberg, J. P. & Jalongo, M. R. (2003). Creative Expression And Play In Early Childhood. (3rd Ed.).
New Jersey: Merrill Prentice Hall.
Joyce. B & Weil, M, And Emily Calhoun (2003). Models Of Teaching, 7th Ed. Nj. Englewood Cliffs.
Lowenfeld, V., & Brittain, W. L.(1982). Creative and Mental Growth, Macmillan Publishing Co., Inc
Piaget, J. (1962). Play, Dream And Imitation In Childhood. New York: Norton & Company, Inc.