artikel pemakanan

Upload: jalilah-jamil

Post on 04-Mar-2016

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kebaikan susu ibu

TRANSCRIPT

KEBAIKAN SUSU BADANOleh: Nur Jalilah JamilBuku Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-Kanak Kecil yang dikeluarkan oleh Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia 2008, oleh Dato Sri Liow Tiong Lai ada mengatakan di dalam prinsip yang pertama iaitu bayi perlu diberi susu ibu secara eksklusif dari bayi lahir hingga bayi berusia enam bulan. Susu ibu perlu diberi kepada bayi untuk proses pembesaran dan pertumbuhan bayi. Susu ibu seeloknya diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun. Selain itu, bayi yang diberikan susu secara eksklusif tidak perlu diberi sebarang jenis air termasuk air kosong kerana susu ibu sudah lengkap dengan segala nutrien dan khasiatnya sendiri.Susu ibu juga pengikat kasih sayang antara ibu dan bayi. Selain itu, dengan belaian mesra, pelukan erat dalam dakapan ibu akan mengalirkan unsur kasih sayang sejati yang tiada taranya antara ibu dan bayi. Bayangkan, dalam kenikmatan yang tidak ternilai yang dialami bayi semasa proses penyusuan membuatkan bayi itu terlena. Malah, bayi berasa aman, selamat dan harmoni dalam dakapan seorang ibu semasa meminum susu ibu mereka. Alangkah indahnya anugerah Allah. Ibu seharusnya bangga dapat menyusukan anak-anak mereka kerana inilah darjat ketinggian seorang ibu yang dianugerahkan Allah yang tidak dikurniakan kepada golongan bapa. Apa tidaknya, kerana susu yang diminum oleh bayi mereka bukan saja sebagai tali pengikat kasih sayang yang luhur murni malah menjadi komponen asas proses pembesaran bayi.Hakikatnya pada tahap awal pembesaran seseorang bayi, mereka sangat memerlukan khasiat pemakanan yang baik dan sesuai untuk menghindari sebarang penyakit. Susu ibu mempunyai antibodi yang utama untuk melindungi bayi daripada jangkitan kuman, virus dan bakteria terutama pada bahagian usus dan paru-paru bayi itu. Pemberian susu badan adalah yang terbaik kerana ia sesuai dengan sistem pencernaan bayi. Atas faktor itulah kita dapati bayi yang menyusu badan akan meminum susu lebih kerap berbanding bayi yang meminum susu formula. Hal ini disebabkan susu ibu itu mudah hadam. Ibu seharusnya menyedari seseorang bayi secara fitrahnya tidak dapat menerima makanan yang keras kerana keadaan sistem penghadaman mereka belum mencapai tahap matang. Justeru, susu ibu lebih sesuai dan berkesan untuk bayi mereka kerana lebih halus dan lembut. Satu faktor yang ibu harus fahami ialah menyusukan bayi dengan susu sendiri dari segi psikologi akan memberi kesan positif pada pertumbuhan dan perkembangan mental.