artikel korpus sukan full

Upload: saddam-shah

Post on 07-Jul-2018

291 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Artikel Korpus Sukan FULL

    1/51

    Kemeriahan Piala Asia bermula lagi. Kali ini ianya berlangsung di negara kita sebagai tuan rumah bersama dengan Thailand, Indonesia dan Vietnam. Peminat sukannombor satu tanah air pastinya mengharapkan pasukan kebangsaan akan memberikan persaingan dan membuahkan hasil yang membanggakan. Walau bagaimanapun, harapan itu tidak kesampaian apabila kita mempamerkan prestasi hambar dalam 2 perlawananpertama menentang gergasi Asia, China dan Uzbekistan. Penyertaan Malaysia pada pusingan akhir Piala Asia bermula apabila layak buat kali pertama pada tahun 1976 di Iran dan kemudian tahun 1980 di Kuwait. Berdasarkan catatan sejarah, bola sepak mula dimainkan di Malaysia sebelum tahun 1920-an lagi. Ianya dibawa ke Tanah Melayu oleh pegawai-pegawai British yang bertugas di sini. Pada tahun 1921 kejohanan Piala Malaya mula dipertandingkan. Pada tahun 1933 Persatuan Bolasepak Malaya (FAM) telah ditubuhkan. Sehingga tahun 1951 , FAM telah diterajui oleh presiden berbangsa Eropah dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan presiden anak tempatan pertama. FAM bergabung dengan Konfiderasi Bolasepak Asia (AFC) pada tahun1954 dan Fédération Internationale de Football Association (FIFA) dua tahun kemudian. Pasukan Malaysia belum pernah melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia dan pencapaian terbaik skuad kebangsaan di peringkat tertinggi ialah layak ke Sukan Olimpik Munich (1972) dan Sukan Olimpik Moscow (1980). Menurut ahli sejarah kira-kira 2000 tahun dahulu orang cina pernah bermain sejenis permainan yang berbentuk menyepak bola. Orang Rom purba pula dikatakan telah menggalakkan sejenis permainan menyepak bola sebagai sebahagian daripada latihanketenteraan. Permainan ini mungkin dibawa oleh orang Rom ke kepulauan British atau kemudiannya oleh orang Norman. Permainan bola sepak pernah mencatatkan sejarah rusuhan apabila dimainkan di London pada tahun 1175 di mana ia bertukar menjad

    i ganas apabila beratus-ratus belia mengejar sebiji bola di jalan raya dengan tidak mempedulikan orang lain dan harta benda. Ini membawa kepada pengharaman permainan bola sepak oleh Raja Edward II pada tahun 1314. Walau bagaimanapun, permainan ini tetap berkembang dan terus popular ke seluruh England sehingga kelab-kelab bola sepak ditubuhkan pada tahun 1820an dan beberapa jenis permainan bola sepak dicipta. Pada tahun 1846, Cambridge University telah menggubal satu set permainan dan peraturan piawaian yang seragam dan dikenali sebagai The Simplest Game dengan hanya 10 peraturan dan ia disemak semula pada tahun 1862. Permainan bola sepak moden telah mengalami banyak perubahan terutamanya rentak dan taktik permainan serta kemahiran individu pemain termasuk mengawal bola, membuat hantaran, mengelecek, merebut bola, menanduk dan menjaringkan gol. Paling penting dalam permainan ini ialah permainan berpasukan. Satu ciri penting permainan berpasukan ialah larian tanpa bola di mana pemain yang tidak mendapat bola mencari posisi supaya

     mudah bagi rakan sepasukan membuat hantaran atau untuk menarikpemain pertahanan lawan keluar dari posisi mereka. Pergerakan taktikal ini melibatkan pemain pertahanan, pemain tengah atau penyerang bergantung kepada masa permainan semula atau dalam keadaan bola mati seperti tendangan percuma, tendanganpenjuru dan lontaran ke dalam. Penglibatan media masa dalam sukan bola sepak telah meningkatkan penonton dan tajaan pula mendatangkan wang yang banyak kepada pemain profesional. Pemain bola sepak profesional boleh dipindah-pindahkan dari satu kelab ke kelab yang lain dengan bayaran perpindahan melibatkan jutaan ringgit. Sukan bola sepak kini menghadapi masalah samseng bola sepak. Mereka terdiri dari penyokongpenyokong pasukan bola sepakyang bergaduh, merosakkan harta benda dan membuat kacau bilau di dalam dan di luar stadium. Umpamanya pada tahun 1985, Stadium Heysel di Brussels digunakan untuk perlawanan akhir Piala Eropah

    antara Liverpool dengan Juventus. Keganasan penyokong Liverpool menjadi tidak terkawal menyebabkan teres tempat duduk yang tidak kukuh runtuh lalu menyebabkan kematian 39 orang penonton. Ini menyebabkan FIFA memperkenalkan undang-undang menggalakkan pengubahsuaian stadium agar menjadi stadium bertempat duduk penuh. Dapatkan maklumat lanjut mengenai permainan ini dalam Ensiklopedia Dunia hari ini juga.

    HUBUNGAN ANTARA KUALITI PERKHIDMATAN KEMUDAHAN SUKAN KOLEJ MATRIKULASI DENGAN KEPUASAN PELAJARAbstrak: Kajian ini bertujuan menentukan hubungan di antara kualiti perkhidmatan

  • 8/18/2019 Artikel Korpus Sukan FULL

    2/51

  • 8/18/2019 Artikel Korpus Sukan FULL

    3/51

  • 8/18/2019 Artikel Korpus Sukan FULL

    4/51

    dalah dari kalangan para pelajar yang menggunakan kemudahan sukan di kolej tersebut. Oleh itu untuk memperolehi respondenresponden tersebut, penyelidik hanya perlu mengedarkan borang soal selidik kepada pelajar yang melakukan tempahan gelanggang serta pinjaman alatan pada tarikhtarikh yang ditetapkan. Di mana pada masa tersebut, pelajar yang ingin membuat tempahan gelanggang atau meminjam peralatan sukan dipilih sebagai responden.Prosedur Pengumpulan DataSurat rasmi dihantar kepada pengarah kolej matrikulasi bagi mendapatkan kebenaran menjalankan kajian ke atas pelajarpelajar kolej tersebut. Dengan kelulusan pengarah kolej, penyelidik dengan kerjasama Ketua Unit Kokurikulum kolej menetapkan tarikh yang sesuai bagi mengedarkan borang soal selidik kepada pelajar. Pada tarikhtarikh yang ditetapkan, penyelidik dengan kerjasama pembantu stor sukan kolej mengedarkan borangborang soal selidik kepada pelajarpelajar yang menempahgelanggang atau meminjam peralatan sukan. Responden dikehendaki menjawab soal selidik tersebut pada masa itu dan menyerahkannya semula setelah selesai menjawab. Soal selidik diedarkan kepada responden sehingga cukup bilangan responden yangdiperlukan dan ketika mengedarkannya, penyelidik menerangkan secara ringkas tujuan kajian serta cara untuk menjawab soal selidik tersebut.Instrumen KajianInstrumen SERVQUAL (Parasuraman et. al., 1985) digunakan untuk menilai kualiti perkhidmatan kemudahan sukan yang disediakan untuk para pelajar kolej matrikulasi. SERVQUAL dipilih kerana ia telah digunakan secara meluas oleh para pengkaji sebagai pendekatan untuk mengukur kualiti perkhidmatan berdasarkan perbandingan di antara jangkaan dan pengalaman responden terhadap sesuatu perkhidmatan. Instrum

    en ini terdiri daripada 22 item untuk jangkaan dan 22 item juga untuk pengalaman yang dibahagikan kepada lima dimensi (rujuk jadual 1). Responden perlu menyatakan persetujuan mereka bagi setiap kenyataan berdasarkan skala satu hingga tujuhdi mana satu dilabel sebagai sangat tidak setuju manakala tujuh dilabel sebagai sangat setuju. Untuk menentukan tahap kualiti perkhidmatan, perbezaan di antara skor pengalaman dan skor jangkaan akan diambil di mana nilai positif bagi perbezaan tersebut menunjukkan pengalaman melebihi jangkaan yang menggambarkan kualiti yang baik. Sebaliknya nilai negatif menunjukkan jangkaan melebihi pengalaman yang menggambarkan kualiti yang kurang baik. Sementara itu pengujian Alpha Cronbachmendapati kebolehpercayaan instrumen ini bagi dimensi penampilan adalah .72, manakala dimensi kebolehpercayaan (.83), dimensi layanan (.82), dimensi jaminan (.81), dan dimensi empathi (.86) (Parasuraman, Zeithaml & Berry, 1988).Kepuasan

    Tahap kepuasan responden dalam melakukan aktiviti sukan dan rekreasi diukur menggunakan instrumen pengukuran kepuasan yang dibangunkan oleh Oliver (1980). Instrumen ini terdiri daripada tiga item seperti berikut:1. I am happy about my decision to participate in this sports and recreational activities. 2. I believe I did the right thing to participate in this sports an recreational activities. 3. I am satisfied with my decision to participate in this sports and recreational activities.Responden perlu menyatakan persetujuan mereka bagi setiap item berdasarkan skala satu hingga tujuh di mana satu dilabel sebagai sangat tidak setuju manakala tujuh dilabel sebagai sangat setuju. Kebolehpercayaan instrumen ini yang diukur menggunakan pengujian Alpha Cronbach adalah .92 (Kouthouris et. al., 2005).Analisis DataData yang telah diperolehi oleh penyelidik akan dianalisis menggunakan komputer

    manakala program yang digunakan adalah Statistical Package for Social Sciences(SPSS). Menurut Mohd Majid Konting (1990) penganalisisan data berstatistik menggunakan perisian pengaturcaraan SPSS dapat menghasilkan pengiraan yang tepat. Min digunakan untuk menentukan tahap kualiti perkhidmatan sukan yang disediakan serta tahap kepuasan responden. Seterusnya analisis Korelasi Pearson Product Moment digunakan untuk menentukan hubungan di antara kualiti perkhidmatan dengan tahap kepuasan.Akhir sekali, analisis regresi pelbagai pula dijalankan untuk menentukan sejauh mana kualiti perkhidmatan yang diberikan mampu meramal tahap kepuasan pelajar serta apakah dimensi yang merupakan peramal yang lebih dominan bagi tahap kepuas

  • 8/18/2019 Artikel Korpus Sukan FULL

    5/51

    an.DAPATANDaripada 109 orang responden, 67 peratus (n=73) adalah perempuan manakala 33 peratus (n=36) adalah lelaki yang berumur di antara 17 hingga 19 tahun (M=18.62, SD=.51). Responden berbangsa Melayu adalah paling ramai iaitu sebanyak 89 peratus(n=97), diikuti bangsa Cina sebanyak 9.2 peratus (n=10) dan bangsa India sebanyak 1.8 peratus (n=2). Sementara itu, responden dari kalangan pelajar jurusan sains fizikal adalah yang paling ramai iaitu sebanyak 66.1 peratus (n=72), diikuti pelajar jurusan sains hayat sebanyak 22 peratus (n=24) dan pelajar jurusan perakaunan sebanyak 11.9 peratus (n=13). Data demografi responden diringkaskan dalam jadual dua di bawah.Analisis DeskriptifTahap kepuasan responden dalam melakukan aktiviti sukan dan rekreasi adalah agak tinggi yang ditentukan berdasarkan nilai min iaitu 5.19 dengan sisihan piawai 1.63. Bagi kualiti perkhidmatan kemudahan sukan pula, secara keseluruhan didapati min skor jangkaan melebihi min skor pengalaman yang membawa kepada perbezaan yang negatif. Perbezaan negatif ini menunjukkan bahawa kualiti perkhidmatan kemudahan sukan di kolej matrikulasi berada pada tahap yang agak rendah, namun ia bergantung kepada nilai negatif yang diperolehi tersebut. Semakin besar nilai negatif menunjukkan semakin rendah kualiti perkhidmatan yang diberikan dengan nilai negatif maksimum adalah enam. Bagi keseluruhan kualiti perkhidmatan, min skor perbezaan adalah 1.32 dengan sisihan piawai 1.03. Bagi kualiti perkhidmatan mengikut dimensi pula, nilai negatif terbesar diperolehi oleh dimensi kebolehpercayaan (M= 2.0, SD=1.53), diikuti dimensi penampilan (M= 1.30, SD=1.49), dimensi em

    pathi (M= 1.25, SD=1.47), dimensi jaminan (M= 1.11, SD=1.95) dan dimensi layanan (M= .77, SD=1.27). Keseluruhan min skor jangkaan dan pengalaman serta min skor perbezaan ditunjukkan dalam jadual tiga di bawah.Analisis KorelasiPekali Korelasi Pearson Product Moment digunakan untuk menentukan hubungan di antara tahap kepuasan pelajar dalam melakukan aktiviti sukan dan rekreasi dengan keseluruhan kualiti perkhidmatan serta dimensidimensi yang terdapat dalam kualiti perkhidmatan. Korelasi ditentukan melalui perkaitan di antara min skor kepuasan dengan min skor perbezaan bagi keseluruhan kualiti perkhidmatan dan setiap dimensidimensi tersebut. Berdasarkan analisis korelasi, hanya satu dimensi sahajayang menunjukkan hubungan positif yang signifikan dengan tahap kepuasan pelajariaitu dimensi penampilan. Oleh itu, H2 diterima kerana terdapat hubungan positif di antara tahap kepuasan pelajar dalam melakukan aktiviti sukan dan rekreasi de

    ngan kualiti perkhidmatan kemudahan sukan bagi dimensi penampilan, r (109) = .17, p < .05. Dapatan ini menunjukkan bahawa semakin tinggi skor perbezaan bagi dimensi penampilan (skor paling rendah adalah negatif enam dan skor paling tinggi adalah enam) maka semakin tinggi tahap kepuasan pelajar dalam melakukan aktivti sukan dan rekreasi di kolej matrikulasi. Sementara itu, dimensi layanan juga menunjukkan hubungan yang signifikan dengan tahap kepuasan pelajar, r (109) = .16,p < .05). Namun hubungan tersebut adalah negatif dan bercanggah dengan dapatan kajian sebelum ini (cth: Sureshchandar et. al., 2002) yang mendapati terdapat hubungan positif yang kuat diantara kualiti perkhidmatan dengan tahap kepuasan pelanggan dalam industri perbankan.Analisis korelasi yang dijalankan ini juga menunjukkan tidak terdapat hubungan positif yang signifikan di antara tahap kepuasan pelajar dengan keseluruhankualiti perkhidmatan, r (109) = .01, p > .05; dimensi kebolehpercayaan, r (1

    09) = .08, p > .05; dimensi jaminan, r (109) = .13, p > .05; dan dimensi empathi, r (109) = .01, p > .05. Dapatandapatan ini membawa kepada penolakan H1, H3, H4, H5 dan H6 kerana tidak terdapat bukti untuk menerimanya. Keseluruhan analisis korelasi ditunjukkan dalam jadual empat di bawah.Analisis Regresi PelbagaiAnalisis regresi pelbagai dijalankan untuk menilai hubungan dimensidimensi dalam kualiti perkhidmatan dengan tahap kepuasan pelajar dalam melakukan aktiviti sukan dan rekreasi. Berdasarkan analisis ini, didapati hanya dimensi penampilan sahaja yang mempengaruhi tahap kepuasan pelajar dengan signifikan (ß = .33, p < .05). Sementara itu, walaupun dimensi layanan didapati mempengaruhi tahap kepuasan p

  • 8/18/2019 Artikel Korpus Sukan FULL

    6/51

    elajar dengan signifikan, namun pengaruhnya adalah secara negatif (ß = .36, p < .05) yang bercanggah dengan dapatan kajiankajian terdahulu (cth: Murray et. al., 2002) yang mendapati kualiti perkhidmatan memberi kesan langsung terhadap tahap kepuasan pelanggan.Seterusnya nilai Adjusted R2 yang diperolehi iaitu .082 menunjukkan bahawa keseluruhan kualiti perkhidmatan hanya meramal lapan peratus sahaja kepada tahap kepuasan pelajar. Ini menunjukkan bahawa kualiti perkhidmatan kemudahan sukan di kolej matrikulasi bukan peramal yang baik kepada tahap kepuasan dalam melakukan aktiviti sukan dan rekreasi di kolej tersebut yang membawa kepada penolakan H7 .PERBINCANGANSecara umumnya dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kualiti perkhidmatan kemudahan sukan di kolej matrikulasi berada pada tahap yang agak rendah yang disimpulkan dari skor perbezaan yang negatif di antara skor pengalaman dan skor jangkaan. Berdasarkan Model SERVQUAL, tahap kualiti perkhidmatan dapat digambarkan melalui jurang yang wujud di antara pengalaman dan jangkaan pelanggan manakala jurangtersebut pula dijelaskan melalui skor di antara enam hingga negatif enam. Tahapkualiti perkhidmatan terbaik di capai jika skor perbezaan adalah sifar yang berlaku apabila pengalaman pelanggan terhadap perkhidmatan yang diterima adalah sama dengan jangkaan mereka terhadap perkhidmatan yang disediakan. Skor perbezaan yang positif pula menunjukkan pengalaman pelanggan melebihi jangkaan mereka kerana penyedia perkhidmatan memberi lebih dari apa yang mereka jangkakan. Manakala skor perbezaan negatif menunjukkan pelanggan tidak menerima perkhidmatan sebagaimana yang mereka jangkakan yang menggambarkan kualiti sesuatu perkhidmatan tersebut adalah pada tahap yang rendah. Model ini juga menekankan bahawa nilai po

    sitif terutamanya yang agak besar bukanlah sesuatu yang baik kerana ia menunjukkan penyedia perkhidmatan menyediakan sesuatu yang tidak dijangkakan atau mungkin juga tidak diperlukan oleh pelanggan. Situasi ini juga sebenarnya memerlukan penyedia perkhidmatan membuat penilaian semula terhadap perkhidmatan yang mereka berikan agar tidak terlalu melebihi jangkaan pelanggan. Penilaian semula ini juga akan dapat membantu penyedia perkhidmatan menjimatkan koskos tertentu dalam menyediakan perkhidmatan yang tidak diperlukan oleh pelanggan. Berbalik kepada dapatan kajian, didapati kesemua dimensi kualiti perkhidmatan menunjukkan perbezaan yang negatif iaitu di antara 0.7 hingga 2.0. Seperti yang telah dijelaskan, lebih besar nilai negatif bagi skor perbezaan maka semakin rendah kualiti perkhidmatan bagi sesuatu dimensi tersebut. Oleh itu, secara keseluruhannya walaupunkualiti perkhidmatan kemudahan sukan di kolej matrikulasi agak rendah, namun iatidak keterlaluan kerana nilai negatifnya masih kecil. Walau bagaimanapun, penye

    dia perkhidmatan kemudahan sukan di kolej matrikulasi boleh meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan mereka dengan memperbaiki beberapa aspek terutamanya bagi dimensi kebolehpercayaan kerana dimensi tersebut menunjukkan nilai negatif yang agak besar berbanding dimensidimensi yang lain. Model SERVQUAL menyatakan bahawa penyedia perkhidmatan yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi mampu melaksanakan perkhidmatan yang dijanjikan dengan tepat dan tidak begantung kepada pihak lain. Lantaran itu, untuk memperbaiki kualiti perkhidmatan bagi dimensi tersebut, penyedia perkhidmatan kemudahan sukan di kolej matrikulasi boleh memperbaiki beberapa aspek seperti berikut:i. sentiasa menyediakan perkhidmatan seperti yang dijanjikan, ii. sentiasa bersedia menangani masalah pelajar berkaitan kemudahan sukan,iii. sentiasa mempastikan semua peralatan dan kemudahan sedia digunakan pada masa yang ditetapkan,

    iv. mempunyai rekod pinjaman dan penggunaan yang teratur dan sempurna, dan

    v. sentiasa menjadi tempat yang boleh diharapkan oleh pelajar untuk memperolehiapa sahaja berkaitan kemudahan sukan.Seterusnya kajian ini juga menjangkakan jika tahap kualiti perkhidmatan adalah rendah seperti yang diperolehi dalam kajian ini akan membawa kepada tahap kepuasan yang rendah dalam kalangan pelajar selaras dengan kajian oleh Murray et. al. (2002) yang mendapati kualiti perkhidmatan memberi kesan langsung kepada kepuasan di mana kualiti perkhidmatan yang tinggi menghasilkan tahap kepuasan yang tinggi, sebaliknya kualiti perkhidmatan yang rendah menghasilkan tahap kepuasan yang

  • 8/18/2019 Artikel Korpus Sukan FULL

    7/51

    rendah. Namun, secara umum dapatan kajian ini adalah sebaliknya di mana berdasarkan analisis korelasi, hampir semua dimensi menunjukkan hubungan negatif yang bermaksud semakin rendah kualiti perkhidmatan maka semakin tinggi tahap kepuasan.Hanya satu dimensi sahaja yang menunjukkan hubungan positif yang signifikan iaitu dimensi penampilan, namun nilainya terlalu rendah dan hampir tiada hubungan.Beberapa faktor telah dikenapasti yang boleh menyumbang kepada percanggahan dapatan kajian ini berbanding kajian terdahulu. Faktor pertama adalah berkaitan pengalaman lepas para pelajar yang pernah menerima perkhidmatan seumpama ini di sekolah lama mereka. Menurut Sureshchandar et. al. (2002), tahap kepuasan pelangganbergantung kepada pengalamannya terhadap perkhidmatan yang pernah diterima sebelum ini di mana jika pelanggan pernah menerima perkhidmatan yang jauh lebih baik dari apa yang mereka terima sekarang , pengalamannya terhadap perkhidmatan yang diterimanya sekarang akan lebih rendah yang menyebabkan tahap kepuasan yang rendah dan begitu jugalah sebaliknya. Situasi inilah yang berlaku kepada para pelajar kolej matrikulasi kerana boleh dikatakan semua pelajar menerima perkhidmatankemudahan sukan yang jauh lebih baik dari apa yang mereka terima di sekolah mereka dahulu. Kemudahan sukan yang jauh lebih baik ini mungkin memberi kepuasan yang tinggi bagi mereka kerana tidak pernah menerima kemudahan seumpamanya sebelumini. Walaupun dapatan menunjukkan mereka masih mengharap dan menjangkakan lebihdari apa yang mereka terima, namun pada hakikatnya mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang mereka terima kerana tidak pernah menerima perkhidmatan kemudahan sukan sebaik ini.Faktor kedua adalah berkaitan persekitaran pembelajaran di kolej matrikulasi yang sangat berorientasikan peperiksaan dan motivasi mereka adalah untuk mendapat k

    elulusan terbaik bagi menjamin tempat di institut pengajian tinggi. Lantaran itu, aktiviti sukan dan rekreasi bagi mereka hanyalah untuk memenuhi masa lapang lantas mereka tidak mementingkan kualiti perkhidmatan kemudahan sukan yang merekaterima. Kepuasan bagi mereka ketika melakukan aktiviti tersebut mungkin tidak terletak kepada kualiti perkhidmatan yang diterima, sebaliknya berkemungkinan di sebabkan oleh faktorfaktor lain yang tidak dapat dikenalpasti dalam kajian ini seperti faktor sosial, kesihatan dan mungkin juga hasil yang diperolehi dari aktiviti tersebut.Analisis regresi pelbagai pula mendapati kualiti perkhidmatan bukan peramal kepada tahap kepuasan dalam melakukan aktiviti sukan dan rekreasi atau dalam ertikata lain kualiti perkhidmatan tidak mempengaruhi tahap kepuasan. Ini jelas bercanggah dengan dapatan kajian Lee, Lee dan Yoo (2000) yang mendapati kualiti perkhidmatan yang diterima mampu maramal tahap kepuasan pelanggan. Percanggahan ini mun

    gkin disebabkan keduadua kajian ini dijalankan ke atas responden dari persekitaran yang berbeza di mana kajian ini dijalankan ke atas responden yang melakukanaktiviti sukan di luar manakala kajian lepas di jalankan ke atas responden darikalangan pelanggan firma perunding pelaburan, pelajar sekolah aerobik dan pengunjung taman hiburan.Kajian yang dijalankan oleh Kouthouris et. al. (2005) terhadap responden yang menjalankan aktiviti luar seperti berkayak, orienteering dan memanah juga mendapati kualiti perkhidmatan yang diterima tidak mampu meramal tahap kepuasan pelanggan dalam melakukan aktiviti luar tersebut. Oleh itu, dapatan kajian ini dapat mengukuhkan lagi kenyataan bahawa kepuasan individu yang melakukan aktiviti luar tidak boleh di ramal atau tidak dipengaruhi oleh kualiti perkhidmatan yang merekaterima. Perlu ditekankan di sini terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada percanggahan dapatan di antara kajian yang dijalankan di persekitaran luar (cth

    : aktiviti sukan dan rekreasi) dan di persekitaran yang lain (cth: perbankan dan restoran).Alexandris, Zahariadis, Tsorbatzoudis dan Grouios (2005) mencadangkan faktor utama yang menentukan tahap kepuasan dalam melakukan aktiviti sukan adalah hasil yang diperolehi dalam aktiviti dari perkhidmatan yang diterima. Hasil yang diperolehi boleh dikaitkan dengan faedahfaedah seperti pencapaian, keseronokan dan kegembiraan yang diharapkan oleh individu dari penglibatannya dalam aktiviti luar tersebut. Manakala faktor kedua adalah disebabkan tahap kepuasan dalam melakukanaktivitiaktiviti luar dipengaruhi oleh faktorfaktor lain yang tidak berkaitandengan kualiti perkhidmatan seperti faktor persekitaran (cth: cuaca) dan faktor

  • 8/18/2019 Artikel Korpus Sukan FULL

    8/51

  • 8/18/2019 Artikel Korpus Sukan FULL

    9/51

    2% berminat dengan aktiviti berbasikal, 2.1% berminat dengan bowling, 1.8% berminat dengan olahraga dan 13% lainlain aktiviti sukan. Manakala selebihnya sebanyak 25.4% tidak menyatakan aktiviti sukan yang mana paling diminati.Penilaian Masa Pengajaran Pendidikan Jasmani Selama 80 Minit di Sekolah MenengahPendidikan Jasmani (PJ) merupakan satu subjek yang unik. Ini adalah kerana subjek ini menyentuh kesemua domain dalam pengajaran dan pembelajaran. Justeru, matapelajaran ini dilihat boleh membentu pelajar secara menyeluruh meliputi aspek kognitif, psikomotor, dan afektif (Sebley & Etnier, 2003). Dalam hal ini, guru memainkan peranan yang penting sebagai medium yang bagi memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai ini dapat dicapai sepenuhnya (Chow et al., 2007). Peranan guru dilihat semakin penting sebagai pembentuk modal insan di masahadapan. Walaupun begitu, perdebatan sentiasa berlaku di antara para pendidik dan komuniti mengenai status mata pelajaran PJ di sekolah. Walaupun mata pelajaran PJ adalah mata pelajaran wajib di sekolah, namun mata pelajaran ini dirasakan tidak penting kerana ia bukan mata pelajaran peperiksaan. Lantaran itu, mata pelajaran PJ sentiasa dianaktirikan di sekolah dan sedikit demi sedikit masa yang diperuntukkan untuk pengajaran dan pembelajaran PJ juga berkurangan. Surat pekeliling ikhtisas bilangan 25/1998 memaklumkan bahawa peruntukan masa bagi mata pelajaran PJ di sekolah menengah adalah sebanyak 60 waktu setahun dan setiap waktu adalah sebanyak 40 minit (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1995; Kementerian Pelajaran Malaysia, 1998). Walau bagaimanapun, pihak sekolah dibenarkan untuk menggabungkan masa pengajaran kepada jadual waktu anjal (80 minit) satu sesi per minggu. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 10/1995 memaklumkan penyusunan jadual w

    aktu hendaklah berdasarkan prinsip memberikan waktu yang lebih panjang dan bergabung bagi sesuatu mata pelajaran pada hari berkenaan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1995; Kementerian Pelajaran Malaysia, 1998). Sesi pembelajaran PJ juga tidak terkecuali daripada pelaksanaan jadual waktu anjal ini. Oleh yang demikian, masa pengajaran dan pembelajaran menjadi 80 minit secara berterusan dan dijalankan sekali sahaja dalam masa seminggu. Disebabkan mata pelajaran PJ juga dikongsi bersamasama dengan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dalam nisbah (3:1). Maka, ada mingguminggu tertentu dalam masa sebulan mata pelajaran PJ tidak dijalankan di sekolah menengah. Dalam pelaksanaan jadual waktu anjal, sekolah yang mempunyai sumber manusia terhad telah menggunapakai khidmat guru bukan opsyen untuk mengajar mata pelajaran PJ. Ini telah mengakibatkan wujud keadaan yang mana guru bukan opsyen PJ diberi tugas bagi mengajar subjek PJ di sekolah. Keadaan ini umumnya menyebabkan guru bukan opsyen rasa tertekan berikutan perubahan dalam p

    ersekitaran pengajaran yang mana masa lebih kerap dihabiskan di padang dan gimnasium berbanding di bilik darjah. Selain daripada isu persekitaran, guru bukan opsyen juga menghadapai masalah dalam penyesuaian dengan pelajar kerana cara berinteraksi juga berbeza ketika berada di padang berbanding dengan di bilik darjah.Guru yang mempunyai nada suara yang kecil sudah pasti berhadapan dengan masalahuntuk mengawal pelajar kerana kawasan pembelajaran lebih luas dan memerlukan suara yang lantang dalam pengawalan kelas. Suara yang lantang amat penting dalam memastikan pelajar dapat mendengar dengan jelas, memahami arahan dan aktiviti pengajaran dapat dijalankan dengan lancar. Ini mendatangkan masalah interaksi antara pelajar dan guru dan jika tiada penyesuaian yang baik antara guru dan pelajar, hal ini memberi kesan buruk dalam pengalaman pembelajaran pelajar di dalam kelas PJ di sekolah (Spilt et al., 2011). Guru bukan opsyen berhadapan dengan situasi yang mana sikap pelajar juga berbeza ketika di padang berbanding ketika berad

    a di dalam bilik darjah. Ketika berada dalam bilik darjah, kelakuan dan sikap pelajar lebih mudah diramal dan dikawal berbanding di luar bilik darjah seperti padang yang menyediakan ruang lebih besar kepada pelajar untuk bergerak dan berinteraksi di antara satu sama lain. Masalah tekanan dan interaksi yang kurang antara guru bukan ospyen dan pelajar dalam kelas PJ adalah satu isu serius dan perlukan kerjasama daripada pelbagai pihak bagi mencapai penyelesaian bersama. Hal ini dapat membantu menjamin mutu pengajaran dan pembelajaran PJ yang dijalankan di sekolah dan sekali gus mengangkat martabat mata pelajaran PJ ke status yang sepatutnya. Tugas seorang guru yang efisen adalah apabila ia berjaya mempengaruhi pelajar untuk belajar dan kekal konsisten terhadap pembelajaran sepanjang berada

  • 8/18/2019 Artikel Korpus Sukan FULL

    10/51

    di dalam kelas (Klassen et al., 2011). Jika dilihat, guru opsyen PJ lebih mahir dalam membina konsentrasi pelajar berbanding guru bukan opsyen (Julismah, 2006). Justeru itu, pentadbir perlu melihat isu guru PJ ini secara serius. Ini kerana hanya guru yang bertauliah dalam bidang PJ sahaja mampu untuk memberikan pengajaran yang berkesan. Seharusnya masa yang diperuntukkan dalam waktu PJ di sekolah menengah dimanfaatkan sepenuhnya bagi membolehkan pelajar menguasai kemahiranyang diajar. Dengan ini, diharap pelajar yang telah memiliki kemahiran ini akan meneruskan aktiviti fizikal yang dipelajari di sekolah ini sebagai sebahagaiandaripada amalan hidup mereka.DILEMA PELAKSANAAN PJ DI MALAYSIAGuru opsyen PJ terdiri daripada guruguru sekolah menengah yang memiliki IjazahSarjana Muda dalam bidang PJ atau Sains Sukan, manakala guru bukan opsyen PJ pula terdiri daripada guruguru sekolah menengah yang memiliki Ijazah Sarjana Mudadalam bidang selain PJ atau Sains Sukan tetapi mengajar mata pelajaran tersebut.  Isu kekurangan sumber manusia dalam bekalan guru opsyen PJ yang tidak mencukupi telah mewujudkan keadaan yang mana guru yang mengajar PJ di sekolah terdiri daripada guru opsyen PJ dan bukan opsyen PJ. Dalam hal ini, persoalan sama ada guru bukan opsyen PJ berkemampuan untuk mengajar mata pelajaran PJ dengan berkesansentiasa menjadi persoalan dan perkara ini turut dinyatakan oleh Julismah dalampenulisan beliau (Julismah, 2006). Tambahan pula, waktu anjal dilaksanakan bagi mata pelajaran PJ di sekolah menengah menuntut guru untuk mengajar selama 80 minit bagi satu sesi pengajaran. Justeru, kemampuan guruguru bukan opsyen ini untuk melaksanakan kelas PJ yang lebih lama (80 minit) secara berkesan menjadi lebih mencabar hasil daripada limitasi dari segi latihan dan ilmu konten berbeza ya

    ng diterima semasa pengajian mereka.Perbezaan Pengajaran Guru Opsyen dan Bukan Opsyen PJ di Sekolah Menengah Secara keseluruhan, guru bukan opsyen didapati tidak dapat melaksanakan pengajaran PJselama 80 minit dengan baik dan berkesan. Berdasarkan data yang diperoleh, didapati bahawa guru bukan opsyen PJ kurang mahir dari segi pengendalian kelas secara keseluruhan, di mana penekanan hanya tertumpu di bahagian gerak kerja kelas/permainan kecil. Purata masa yang digunakan oleh guru bukan opsyen PJ adalah jauhlebih lama berbanding dengan guru opsyen PJ. Masa untuk guru bukan opsyen ialah 37.00 minit atau 46.20% berbanding dengan guru opsyen iaitu 23.00 minit atau 28.70%. Keadaan ini membuktikan bahawa guru bukan opsyen PJ sebenarnya tidak memiliki kemahiran dan ilmu konten untuk mengajar mata pelajaran PJ, di mana guruguru ini biasanya hanya membiarkan pelajar seliaan mereka bermain tanpa bimbingan.  Amnya guru bukan opsyen ini menghadapai masalah untuk mempelbagaikan aktiviti

    pengajaran mereka. Lantaran itu, banyak masa diperuntukan kepada pelajar hanyauntuk bermain secara total. Sebagai contoh, dengan memberikan sebiji bola kepada pelajar untuk bermain sepanjang pengajaran dan pembelajaran tanpa memberi apaapa maklum balas terhadap aktiviti yang dijalankan. Keputusan ini adalah selarasdangan dapatan yang dilaporkan oleh Julismah (2006), di mana, 2.90% orang guru bukan opsyan PJ dilaporkan mempunyai tahap ilmu konten pada tahap tinggi. Manakala 94.20% pula mempunyai tahap ilmu konten sederhana, dan selebihnya 2.90% mempunyai tahap ilmu konten pada tahap rendah. Situasi yang sebaliknya pula dilaporkan dalam kalangan guru opsyen PJ di mana 96.00% daripada gurunya dilaporkan memiliki tahap ilmu pada tahap tinggi, manakala selebihnya 4.00% dilaporkan memilikitahap ilmu konten sederhana. Selain daripada itu, Julismah (2006) juga melaporkan bahawa guru bukan opsyen tidak mengajar subjek yang berkaitan dengan sukan semasa mengajar mata pelajaran PJ. Keadaan ini telah menyebabkan pelajar di sekol

    ah tertentu tidak mendapat ilmu berkaitan dengan pendidikan sukan yang sepatutnya dipelajari oleh mereka bila berada di bangku sekolah. Akibatnya, wujudlah halangan bagi menggalakkan pelajar ini untuk menyertai sukan secara sepenuhnya hasil daripada tiada atau kurang pendedahan awal yang diperoleh di sekolah. Keadaan ini sudah pasti akan merencatkan mencapai matlamat Dasar Sukan Negara khususnya sukan massa. Sebaliknya bagi guru opsyen PJ, perjalanan pengajaran mata pelajaran PJ didapati lebih tersusun dan seimbang. Guru PJ didapati amat menitik beratkan aspek memanas dan menyejukkan badan kerana ia adalah eleman yang penting sebelum memulakan dan mengakhiri kelas PJ. Sesi memanaskan badan adalah perlu bagi menyediakan otototot sebelum memulakan sesuatu aktiviti, manakala sesi menyeju

  • 8/18/2019 Artikel Korpus Sukan FULL

    11/51

    kkan badan yang mencukupi adalah perlu untuk membantu mengembalikan kandungan asid laktik di dalam darah ke paras yang normal dan ia wajid dijalankan bagi mengurangkan risiko kecederaan (Takizawa et al., 2011). Kajian menunjukkan sesi memanas dan menyejukkan badan oleh guru opsyen PJ mengambil masa 10.23 minit atau 12.79% dan 4.40 minit atau 5.50% berbanding guru bukan opsyen PJ iaitu hanya 4.40 minit atau 5.5% (memanaskan badan) dan 1.90 minit atau 2.37% (menyejukkan badan).  Dalam hal ini, peruntukan masa yang mencukupi dan bersesuaian berpandukan tempoh pengajaran selama 80 minit diperlihatkan oleh guruguru opsyen PJ. Selain daripada itu, item lain yang didapati turut ditititberatkan oleh guru opsyen PJ tapi kurang diberikan perhatian oleh guru bukan opsyen PJ adalah item lima (demonstrasi), enam (ansur maju), tujuh (individu/berpasangan/berkumpulan), dan sembilan (penilaian). Dalam hal ini, kekangan dari segi kemahiran dan ilmu konten untuk mengajar mata pelajaran PJ dalam kalangan guru bukan opsyen PJ jelas kelihatan. Kekangan ini diperlihatkan dari segi kelemahan untuk mempelbagaikan aktiviti demonstrasi, ansur maju, aktiviti individu/ berpasangan/berkumpulan, dan penilaian kemahiran.Umumnya, guru opsyen PJ memperuntukkan masa yang lebih terhadap aktiviti demonstrasi bagi membolehkan pelajarnya memahami dan merasai kemahiran yang hendak diajar (Sibley & Etnier, 2003; Rink, 2002). Manakala, ansur maju pula menekankan aspek pengajaran secara berfasa dan dijalankan langkah demi langkah bagi membolehkan pelajar menguasai kemahiran secara berperingkat (Rink, 2002). Ini jelas dibuktikan dalam dapatan kajian ini di mana guru opsyen PJ mengambil masa yang lebih lama dan memadai bagi menjalankan aktiviti demostrasi secara berkesan iaitu 4.30 minit atau 5.37% berbanding dengan guru bukan opsyen PJ hanya memperuntukan ma

    sa yang terlalu singkat iaitu 1.2 minit atau 1.5% untuk item ini. Manakala, bagi item ansur maju pula peruntukan masa yang lebih singkat lagi dilaporkan dalamkalangan guru bukan opsyen PJ iaitu 1.00 minit atau 1.25% berbanding dengan 4.40 minit atau 5.50% bagi guru opsyen PJ. Keadaan yang hampir sama juga dilaporkan bagi item aktiviti individu/berpasangan/berkumpulan dan penilaian kemahiran. Dalam hal ini, didapati bahawa guru bukan opsyen PJ tidak menekankan eleman ini,di mana masa yang diambil untuk keduadua aktiviti ini masingmasing adalah 2.30 minit atau 2.88%, dan 0.80 minit atau 1.00% minit bagi guru bukan opsyen PJ berbanding dengan 5.56 minit atau 6.95%, dan 3.70 minit atau 4.62% minit oleh guruopsyen PJ. Menurut Hardman dan Marshall (2000), penilaian merupakan aspek yangpenting dalam pengajaran PJ kerana ia digunakan bagi mengukur pemahaman pelajarmengenai kemahiran yang dipelajari. Akibat dari segi kekangan kemahiran mengajar PJ dan limitasi dari segi ilmu konten, ramai guru bukan opsyen PJ bergantung ke

    pada item lapan iaitu gerak kerja kelas/permainan kecil bagi menghabiskan masa pengajaran mereka. Dalam hal ini, didapati bahawa guru bukan opsyen PJ memperuntukan masa yang jauh lebih lama iaitu sebanyak 37.00 minit atau 46.25% berbanding dengan 23.00 minit atau 28.75% dalam kalangan guru opsyen PJ. Walau bagaimanapun, bila diperhalusi dengan lebih teliti didapati bahawa aspek pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru bukan opsyen PJ pada item ini amat terhad, di mana pelajar umumnya dibiarkan bermain secara bebas dengan kawalan yang minimal. Justeru, wujudlah situasi atau keadaan di mana pelajar yang ramai bermain dengan sebiji bola atau mengejar sebiji bola semasa kelas PJ khususnya bagi kelasyang dikendalikan oleh guru bukan opsyen PJ. Keadaan ini bukanlah sesuatu yangmengejutkan kerana dalam kajian Julismah (2006), dilaporkan bahawa 24.50% orangguru bukan opsyen PJ tidak mengajar tajuk bidang sukan dalam pelajaran PJ. Selain daripada itu, situasi yang diwujudkan oleh guru bukan opsyen PJ umumnya juga t

    elah menyebabkan masyarakat yang memerhatikan keadaan ini mempunyai persepsi bahawa mata pelajaran PJ adalah mata pelajaran bermain yang mampu diajar oleh sesiapa sahaja. Ini telah menyebabkan kredibiliti mata pelajaran PJ itu semakan merosak di pandangan masyarakat. Selain daripada itu, guru bukan opsyen PJ juga didapati memperuntukkan masa yang lebih lama dari segi item satu (pengurusan kelas/pelajar) dan 11 (mengemas peralatan). Kajian menunjukkan bahawa guru opsyen PJ memperuntukkan 8.90 minit atau 11.13% bagi pengurusan kelas/pelajar berbanding gurubukan opsyen yang memerlukan masa 12.65 minit atau 15.75%. Ini menunjukkan bahawa guru bukan opsyen memerlukan masa yang lebih panjang untuk memulakan dan mengakhiri sesi pengajaran berbanding dengan guru opsyen PJ. Situasi ini wujud mung

  • 8/18/2019 Artikel Korpus Sukan FULL

    12/51

    kin disebabkan oleh dua punca utama iaitu pertamanya berkaitan dengan kekangan dari segi pengalaman dan kemahiran mengurus kelas PJ dalam kalangan guru bukan opsyen PJ, dan keduanya mungkin disebabkan waktu pengajaran PJ selama 80 minit itu adalah terlalu lama bagi guru bukan opsyen PJ, keadaan ini menyebabkan mereka tidak tergesagesa bagi memulakan sesi pengajaran mereka (merasakan ada masa yang lama untuk kelas PJ), tambahan pula, hanya aspek gerak kerja kelas/permainan kecil sahaja yang banyak ditekankan bagi menghabiskan masa pengajaran mereka. Ini dapat dibuktikan bardasarkan dapatan dalam kajian ini dimana guru bukan opsyenPJ memperlihatkan lebih banyak masa yang tidak digunakan iaitu sebanyak 3.20 minit atau 4.00% daripada peruntukan masa 80 minit yang diberikan berbanding dengan guru opsyen PJ yang hanya melaporkan masa lebihan sebanyak 0.86 minit atau 1.08% daripada peruntukan masa 80 minit yang diberikan.KESAN PELAKSANAAN MATA PELAJARAN PJ SELAMA 80 MINIT DI SEKOLAH MENENGAH Pada umumnya, objektif mata pelajaran PJ yang dijalankan di sekolah menengah telah disusun dengan rapi dan membantu pelajar mengenali fungsi tubuh badan mereka dengan lebih teliti. Keadaan ini seterusnya diharap dapat memupuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan pelajar terhadap pemeliharaan kesihatan dan kecergasan diri secara berterusan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1995; Kementerian Pelajaran Malaysia, 1998). Bagi mencapai objektif ini, strategi pengajaran dan pembelajaran PJ yang amat berbeza berbanding dangan mata pelajaran lain perlu dirangka. Keadaan ini memerlukan guru PJ menerapkan unsurunsur seperti demonstrasi, ansur maju, dan aktiviti individu/berpasangan/ berkumpulan bagi membolehkan ketigatiga domain objektif pendidikan iaitu kognitif, psikomotor dan afektif dicapai(Rink, 2002). Dalam hal berkaitan, didapati bahawa guru opsyen PJ menggunakan m

    asa yang lebih banyak bagi menerapkan item berkaitan dengan demonstrasi, ansur maju, dan aktiviti individu/berpasangan/berkumpulan dalam pengajaran mereka berbanding dengan guru bukan opsyen PJ yang hanya menggunakan sedikit waktu dalam penerapan teknik tersebut. Selain daripada itu, guru bukan opsyen PJ juga didapati kurang menekankan aspek memanas dan menyejukkan badan dalam sesi pengajaran mereka berbanding dengan guru opsyen PJ. Pengurusan masa yang ditunjukkan oleh guru opsyen PJ adalah lebih cekap dan seimbang berbanding dengan guru bukan opsyen PJ. Dalam hal ini, guru opsyen PJ didapati lebih bersedia daripada aspek organisasi kelas, tugasan pelajar dan persediaan untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Atas dasar tersebut, sesi pengajaran dijalankan adalah mengikut langkah pengajaran yang tersusun dan ansur maju. Ini amat berbeza dengan guru bukan opsyen yang mengamalkan pengajaran PJ berbentuk bermain secara total, di mana penekanan adalah pada bahagian gerak kerja kelas/permainan kecil bagi menghabiskan

     masa pengajaran mereka. Keadaan ini berlaku kerana guru bukan opsyen tidak memiliki pengalaman dan ilmu konten yang mencukupi bagi mempelbagaikan cara pengajaran mereka. Justeru, masa pengajaran PJ selama 80 minit yang diperuntukan didapati adalah terlalu lama bagi guru bukan opsyen PJ yang tidak memiliki kemahiranuntuk mempelbagaikan cara pengajaran mereka.KESIMPULANSecara keseluruhan penggunaan masa pengajaran dan pembelajaran bagi guru opsyenPJ dalam tempoh 80 minit dapat memenuhi pencapaian objektif pembelajaran dan penggunaan masa yang optimum dan seimbang. Walau bagaimanapun, kekerapan waktu PJ di sekolah menengah perlu ditambah kerana bersenam sekali seminggu atau tiga kali sebulan (seminggu lagi untuk mata pelajaran Pendidikan Kesihatan) adalah tidakmencukupi (Sharkey, 1990). Disarankan agar kekerapan sekurangkurangnya tiga kali seminggu dapat dipraktiskan di sekolah menengah bagi mengurangkan risiko menu

    larnya menyakit berkaitan gaya hidup dalam kalangan rakyat Malaysia (Fox, 2004;Ismail et al., 2002; Robaayah, 2004). Selain daripada itu, kajian juga mendapati bahawa guru bukan opsyen tidak harus dibenarkan untuk mengajar mata pelajaranPJ. Guru bukan opsyen bukan sahaja tidak memiliki pengalaman dan ilmu konten yang mencukupi untuk mengajar mata pelajaran PJ, tetapi juga boleh menyebabkan masyarakat sekeliling mempunyai persepsi yang negatif terhadap mata pelajaran PJ akibat daripada salah faham. Ini berlaku apabila mereka menganggap guru yang mengajar mata pelajaran PJ yang bukan opsyen PJ itu sebagai guru opsyen PJ. Justeru,bila guru bukan opsyen ini hanya membiarkan pelajar dibawah seliaan mereka bermain tanpa bimbingan, masyarakat sekeliling akan berpendapat bahawa ini adalah tin

  • 8/18/2019 Artikel Korpus Sukan FULL

    13/51

    dak tanduk yang ditunjukkan oleh guru opsyen PJ. Keadaan ini sudah tentu akan menyebabkan imej mata pelajaran PJ tercalar dan hilang kredibiliti pada pandanganmasyarakat.CADANGANKajian masa depan perlu melibatkan jumlah sampel yang lebih besar. Selain itu, kajian yang akan dijalankan juga perlu menguji pelbagai komponen prestasi fizikal seperti tahap keupayaan pelajar dalam menguasai kemahiran dan minat pelajar terhadap guru yang mengajar subjek PJ di sekolah. Selain itu, faktor lain yang berkemungkinan boleh mempengaruhi penggunaan masa seperti kemudahan peralatan, saiz kelas dan kebolehan sedia ada pelajar juga perlu dipertimbangkan.Kesesuaian Klasifikasi Kumpulan Umur dalam Pertandingan Sukan Sekolahsekolahdi MalaysiaPENDAHULUANDalam usaha untuk mencapai objektif pendidikan, Malaysia telah menyediakan suatu sistem pendidikan yang memberi penekanan yang agak besar terhadap aktiviti kokurikulum. Salah satu aktiviti kokurikulum yang diimplementasikan adalah aktivitisukan yang sebahagiannya menjuruskan kepada pertandingan dalam sukan. Sistem pendidikan di Malaysia, secara umumnya mengandungi sebelas tahun tempoh persekolahan iaitu antara umur tujuh tahun hingga 18 tahun. Pertandingan sukan yang dilaksanakan dalam jarak umur tersebut dibahagikan kepada beberapa kumpulan umur. Klasifikasi kumpulan umur ini sebahagian besarnya berdasarkan struktur pendidikan dan sistem persekolahan di Malaysia dan kaedah klasifikasi yang boleh dilaksanakan dengan mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Dengan mengambil kira semua faktor tersebut, murid sekolah dibahagikan kepada tiga kumpulan umur bagi pertandi

    ngan dalam sukan iaitu bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun berdasarkan umur kronologi mereka. Pada dasarnya, umur kronologi telah digunakan sebagai asas bagi klasifikasi kumpulan umur dalam pertandingan sukan. Dalam hal ini, klasifikasi ini hanya akan adil sekiranya murid dalam kumpulan umur kronologi yang sama juga mempunyai status kematangan yang sama, dengan demikian mempunyai prestasi fizikal yang sama. Peluang murid untuk menyertai dalam pertandingan sukanadalah berdasarkan prestasi fizikal mereka. Prestasi fizikal ini bergantung pada keupayaan fizikal yang boleh ditentukan melalui siri ujian prestasi motor. Umumnya, prestasi fizikal seseorang individu meningkat apabila umur meningkat (Malina & Katzmarzyk, 2006). Keadaan ini sering dikaitkan dengan proses tumbesaran yang berlaku apabila berlaku peningkatan umur dan lonjakan tumbesaran. Menurut Malina, Bouchard, dan BarOr (2004), remaja lelaki mengalami lonjakan tumbesaran bermula pada umur 12 atau 13 tahun dan memuncak pada umur 14 tahun dan beransurans

    ur menjadi perlahan selepas 16 tahun dan berhenti pada umur 19 tahun. Bagi remaja perempuan, lonjakan tumbesaran bermula seawal 10 atau 11 tahun dan memuncak pada umur 12 atau 13 tahun dan berhenti ketika umur 18 atau 19 tahun. Proses tumbesaran yang berlaku akan mempengaruhi tahap prestasi fizikal seseorang individu.Peningkatan tahap prestasi fizikal akan berlaku seiring dengan pertambahan ketinggian seseorang individu (Malina & Katzmarzyk, 2006). Dapatan kajian oleh Ekblom, Oddsson, dan Ekblom (2004), melaporkan kanakkanak perempuan lebih tinggi daripada lelaki ketika berumur 13 tahun, namun lelaki lebih tinggi dan lebih beratdaripada perempuan ketika berumur 16 tahun. Dapatan ini menunjukkan bahawa remaja lelaki mempunyai prestasi fizikal yang berbeza bergantung kepada tumbesaran dan kematangan mereka. Selain itu, terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi prestasi motor iaitu latihan dan kematangan biologi (Malina et al., 2004). Kanakkanak dan remaja yang mempunyai kelebihan bagi status kematangan didapati mempunya

    i prestasi motor yang lebih baik. Walau bagaimanapun, terdapat variasi bagi tumbesaran dan kematangan yang berlaku antara individu dalam kumpulan umur yang sama terutama semasa fasa kanakkanak dan remaja (Leone & Comtois, 2007; Malina et al., 2004; Malina et al., 2007). Sebagai contoh, individu yang awal matang lebih tinggi, berat dan kuat berbanding individu yang lewat matang. Hal ini kemungkinan disebabkan hubungan antara kekuatan, prestasi motor dan status kematangan (Beunen & Malina, 2008). Memandangkan fizikal kanakkanak dan remaja akan menjadilebih tinggi, lebar dan kuat seiring dengan peningkatan umur, perubahan ini juga akan disertai oleh peningkatan dalam perkembangan kemahiran motor asas dan keupayaan fizikal (Branta et al., 1984). Andaian ini disokong oleh bukti bahawa saiz

  • 8/18/2019 Artikel Korpus Sukan FULL

    14/51

     badan dan kekuatan menyumbang kepada prestasi motor. Umumnya bagi remaja dan kanakkanak lelaki, kekuatan akan meningkat secara linear dengan umur ketika berusia di antara 13 hingga 14 tahun. Peningkatan ini adalah peningkatan pesat bagi kekuatan semasa tumbesaran mendadak remaja. Peningkatan bagi prestasi secara relatifnya adalah tetap daripada umur ke umur bagi ujian kuasa otot seperti lompat menegak dan lompat jauh berdiri. Dalam kajian yang sama (Branta et al., 1984) menunjukkan corak yang lebih jelas bagi peningkatan prestasi kanakkanak lelaki umur 5 hingga 18 tahun. Peningkatan paling besar bagi kuasa otot berlaku daripada umur 12 hingga 14 tahun. Bagi kepantasan, peningkatan paling besar berlaku antara usia 12 hingga 15 tahun. Merujuk kepada klasifikasi kumpulan umur ini, isunya yang perlu dikaji adalah kesesuaian kaedah klasifikasi yang diguna pakai ketika ini. Secara asasnya, klasifikasi yang sesuai akan mengumpulkan murid yang berbeza umur dengan keupayaan fizikal yang sama. Namun begitu, keupayaan fizikal sangat dipengaruhi oleh tumbesaran dan status kematangan biologi (Malina et al., 2004; Ribeiro et al., 2006). Walaupun, pada umumnya manusia mengalami corak tumbesaran dan kematangan yang sama berdasarkan umur namun masih terdapat variasi antaraindividu dalam kumpulan umur yang sama. Dalam isu ini, variasi tersebut juga perlu diberi pertimbangan ketika membuat klasifikasi kumpulan umur bagi pertandingan sukan (Nedeljkovic et al., 2007). Kajian yang dilakukan oleh Malina et al. (2004) mendapati dalam satu kumpulan umur kronologi, remaja lelaki yang cepat matang dalam seksual dan skeletal mempunyai kekuatan, kuasa dan kelajuan yang lebih baik berbanding dengan remaja lelaki yang lewat matang. Dalam kajian lain, melaporkan perubahan struktur fizikal inidividu yang disebabkan tumbesaran dan kematangan boleh mempengaruhi prestasi motor individu. Perubahan pada struktur fizikal

    secara tidak langsung akan meningkatkan keupayaan fizikal individu tersebut (Chiodera et al., 2007) selain daripada meningkatkan kekuatan dan kelajuan (Patton & Viner, 2007). Sekiranya aktiviti sukan digunakan bagi tujuan mencapai objektifpendidikan, maka adalah penting supaya murid diberikan peluang yang sama untuk menyertai dan bersaing dalam sukan. Peluang ini hanya akan dipenuhi apabila murid bersaing dalam kumpulan umur yang sama dan mempunyai keupayaan fizikal yang sama. Persaingan dalam sukan bergantung pada keupayaan fizikal yang boleh diukur melalui bateri ujian prestasi motor. Oleh itu, kesesuaian klasifikasi kumpulan umur perlu berdasarkan perkembangan prestasi motor yang berdasarkan umur kronologi. Kesesuaian itu boleh diperoleh sekiranya murid yang berbeza umur kronologi dikumpulkan dalam kategori yang sama dengan syarat mereka mempunyai kapasiti prestasi motor yang sama. Di Malaysia, kesesuaian klasifikasi kumpulan umur bagi pertandingan dalam sukan masih belum ditentukan. Sehingga kini, belum terdapat kajian

    yang dijalankan terhadap populasi sekolah di Malaysia bagi mencirikan corak tumbesaran dan kematangan populasi tersebut berdasarkan umur kronologi. Oleh itu, usaha perlu dijalankan bagi membandingkan prestasi motor antara tiga kumpulan murid yang berbeza umur yang dikumpulkan dalam satu kategori umur iaitu bawah 15 tahun. Prestasi motor digunakan sebagai indikator perbandingan antara kumpulan umur kerana keupayaan fizikal adalah salah satu daripada komponen yang penting dalam sesuatu pertandingan sukan. Usaha yang dijalankan dapat memberikan maklumat berkaitan kesesuaian klasifikasi kumpulan umur bagi pertandingan sukan kepada pendidik dan pentadbir sukan di Malaysia. Daripada maklumat ini, keputusan boleh dibuat terhadap keperluan menyemak semula klasifikasi kumpulan umur yang diguna pakai ketika ini. Hanya klasifikasi kumpulan umur yang sesuai akan memberi kebanyakan murid peluang yang sama untuk menyertai dan bersaing dalam sukan. Kesamaan peluang ini akan menggalakkan ramai murid menyertai sukan, hanya setelah itu aktivi

    ti sukan akan menjadi cara yang berkesan untuk mencapai objektif pendidikan kebangsaan.PENGUKURAN ANTROPOMETRI DAN UJIAN PRESTASI MOTORKajian yang dijalankan telah melibatkan sebanyak 383 murid lelaki (n=181) dan perempuan (n=202) yang berumur 13 tahun (lelaki, n=53; perempuan n=61), 14 tahun (lelaki, n=41; perempuan, n=78) dan 15 tahun (lelaki, n=87; perempuan, n=63). Berdasarkan klasifikasi kumpulan umur pertandingan sukan di Malaysia, murid ini dikumpulkan dalam satu kategori umur iaitu bawah 15 tahun disebabkan mereka telah melebihi umur 12 tahun tetapi kurang daripada 15 tahun berdasarkan tahun kelahiran mereka. Semua subjek adalah sihat, bebas daripada kecederaan dan tidak mempuny

  • 8/18/2019 Artikel Korpus Sukan FULL

    15/51

    ai ketidakupayaan fizikal semasa kajian dijalankan. Subjek dikehendaki menulis maklumat diri dalam borang data individu sebelum menjalani pengukuran antropometri dan ujian prestasi motor. Pengukuran dan ujian dijalankan bagi memperoleh data berkaitan ciriciri fizikal dan keupayaan motor subjek. Statistik analisis varian multivariat (MANOVA) digunakan untuk menganalisis data dengan menggunakan SPSS (versi 16).Antropometri Dua pengukuran yang dijalankan ialah berat badan (kg) dan tinggi berdiri (cm). Semua prosedur pengukuran berdasarkan Manual Rujukan Piawai Antropometri (Lohman, Roche, & Martorell, 1991). Tinggi berdiri diukur menggunakan stadiometer mudah alih. Berat badan diukur menggunakan penimbang digital SECA (GermanyModel 727).a. Berat badanMesin penimbang diletakkan di atas permukaan lantai yang rata. Subjek dikehendaki berdiri tegak di tengah mesin penimbang dan memandang ke hadapan. Bacaan berat subjek diambil hampir kepada 0.1kg.b. Tinggi berdiriSubjek dikehendaki berdiri dengan keduadua tumit rapat dan keduadua belah tangan berada di sisi badan. Berat badan berada di atas keduadua belah kaki. Belakang subjek rapat dan setentang dengan kedudukan stadiometer. Pelaras ukuran akan diturunkan rapat hingga ke atas kepala. Ketinggian berdiri diukur dari lantai hingga ke bahagian paling atas kepala dan diambil hampir kepada 0.1cm.c. Prestasi MotorEnam ujian prestasi motor yang dijalankan ialah ujian tekan tubi (TT), lompat jauh berdiri (LJB), lari pecut 30m (LP), duduk dan jangkau (DJ), lari ulang alik (

    LUA) dan ujian bleep (UB). Ujian ini dipilih kerana mengukur kualiti komponen prestasi motor yang berbeza seperti daya tahan, kuasa, kepantasan, fleksibiliti dan ketangkasan.Subjek diuji secara individu berdasarkan kondisi ujian yang sama berdasarkan prosedur yang khusus. Ujian tekan tubiSubjek dalam kedudukan sokong hadapan dengan tangan lurus ke bawah dan hujung kaki sokong di bahagian belakang (bagi perempuan: lutut sokong di bahagian belakang). Jarak keduadua belah tangan mengikut kesesuaian subjek. Siku dibengkokkansehingga dada hampir menyentuh lantai. Badan subjek kekal lurus semasa menurunkan badan. Bilangan ulangan diambil dalam masa 1 minit. Lompat jauh berdiriSubjek dikehendaki berdiri di belakang garis permulaan, melompat ke hadapan danmendarat dengan keduadua belah kaki. Subjek diberi dua percubaan yang dilakuka

    n berturutturut. Bacaan jarak lompatan dikira pada bahagian tumit yang paling ke belakang semasa mendarat dan dicatat hampir kepada 0.1cm. Lari pecut 30 mSubjek berdiri di belakang garisan permulaan. Arahan sedia diberikan dan go sebagai tanda mula. Catatan masa diambil sebaik sahaja subjek melepasi penanda 30 meter dan dicatat hampir kepada 0.01 saat. Subjek diberi dua percubaan. Duduk dan jangkauSubjek duduk lunjur di atas lantai. Seluruh tapak kaki menyentuh kotak pengukurdengan lutut tidak diangkat. Subjek perlu menolak tolok pengukur dengan hujungjari tangan sehingga mencapai jangkauan maksimum dan skor dicatat hampir kepada0.5 cm. Lari ulang alikSubjek berdiri di belakang garisan permulaan. Apabila arahan mula diberikan subjek

     berlari mengambil satu ketul blok kayu, balik semula ke garisan permulaan dan letakkan kayu tersebut melepasi garisan. Subjek berlari semula untuk mengambil kayu yang kedua, balik semula ke garisan permulaan bersama blok kayu tersebut bagi menamatkan larian. Masa dicatat hampir kepada 0.01 saat. Ujian bleepSubjek berdiri di belakang garisan permulaan dan mulakan larian setelah bunyi bleep yang pertama. Subjek perlu melepasi garisan hadapan sebelum bunyi bleep yang seterusnya. Jika subjek tiba sebelum bunyi bleep, subjek perlu menunggu sehingga bunyi bleep yang seterusnya untuk menyambung larian. Skor dikira berpandukan level danuttle terakhir yang dicapai.

  • 8/18/2019 Artikel Korpus Sukan FULL

    16/51

    Semua analisis data dijalankan secara berasingan bagi lelaki dan perempuan. Merujuk Jadual 3.1, analisis deskriptif menunjukkan peningkatan min bagi tinggi berdiri dan berat badan selaras dengan peningkatan umur bagi lelaki dan perempuan. Murid yang umur lebih tinggi mempunyai min tinggi berdiri dan min berat badan melebihi murid yang umur rendah. Begitu juga dengan min skor prestasi motor. Secara keseluruhannya, bagi keduadua jantina semakin meningkat umur murid, keupayaanprestasi motor mereka juga akan meningkat, kecuali daya tahan otot dan ketangkasan bagi lelaki manakala bagi perempuan adalah kelajuan. Keputusan analisis multivariat Wilks`Lambda menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi antropometri antara kumpulan umur bagi lelaki [F(4,352)=13.80, p

  • 8/18/2019 Artikel Korpus Sukan FULL

    17/51

    gaimanapun, secara keseluruhannya tidak terdapat perbezaan secara signifikan bagi berat dan tinggi antara lelaki dan perempuan umur 15 tahun dengan umur 14 tahun dan umur 14 tahun dengan 13 tahun. Hanya lelaki umur 15 tahun didapati lebih tinggi berbanding lelaki 14 tahun. Perbezaan ini boleh dikaitkan dengan proses tumbesaran terutama semasa fasa kanakkanak dan remaja apabila berlaku peningkatan umur dan lonjakan tumbesaran sebagaimana yang diperjelaskan oleh Malina et al.(2004). Peningkatan usia dalam kalangan kanakkanak remaja bukan sahaja akan mempengaruhi ciriciri fizikal tetapi juga prestasi fizikal mereka. Hal ini diperjelaskan oleh Malina dan Katzmarzky (2006) yang mendapati prestasi fizikal seseorang individu meningkat apabila umur meningkat. Selain itu, peningkatan tahap prestasi fizikal juga akan berlaku seiring dengan pertambahan ketinggian seseorang individu (Malina & Katzmarzyk, 2006). Berdasarkan hasil kajian ini, klasifikasi bagi ketigatiga kumpulan umur ini lebih sesuai dibuat dengan mengasingkan ketigatiga kumpulan umur tersebut kepada dua kumpulan umur iaitu sama ada umur 15 tahun dengan 14 tahun atau 14 tahun dengan 13 tahun bagi keduadua jantina. Kesesuaian bagi dua kumpulan umur ini digabungkan adalah disebabkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi berat badan dan ketinggian antara keduadua kumpulan umur ini. Dalam kajian ini, selain faktor umur, perbezaan ciriciri fizikal antara kumpulan umur yang disebabkan tumbesaran dan kematangan juga mempengaruhikeupayaan fizikal murid. Didapati keupayaan fizikal murid lelaki dan perempuan antara ketigatiga kumpulan umur adalah berbeza. Pencapaian prestasi motor muriddalam kumpulan umur yang lebih tinggi didapati lebih baik berbanding kumpulan umur yang rendah. Umumnya, lelaki dan perempuan umur 15 tahun mempunyai keupayaanfizikal yang lebih baik berbanding mereka yang berumur 13 tahun. Bagi lelaki 15

    tahun didapati memperoleh skor lebih tinggi bagi TT, LJB, LP, UB berbanding lelaki 13 tahun dan skor lebih tinggi bagi TT berbanding lelaki 14 tahun. Dapatan ini selaras dengan hasil kajian oleh Chiodera et al. (2008) yang melaporkan bahawa keupayaan seseorang individu akan meningkat secara tidak langsung disebabkan perubahan struktur fizikal individu tersebut. Hal yang sama juga dilaporkan oleh Patton dan Viner (2007), perubahan struktur fizikal individu yang disebabkan oleh peningkatan usia dan kematangan akan meningkatkan keupayaan fizikal, kekuatan dan kelajuan individu tersebut. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan bagi keupayaan fizikal antara lelaki 15 tahun dengan 14 tahun bagi keempatempat komponen kecergasan kecuali bagi tekan tubi. Dilaporkan lelaki 14 tahun mempunyai lebih keupayaan dari segi kuasa dan kelajuan berbanding lelaki 13 tahun. Sekiranya dipertimbangkan perbezaan keupayaan fizikal antara ketigatiga kumpulan tersebut, secara umumnya lelaki 15 tahun sesuai digabungkan dengan lelaki 14 tahun. Ked

    uadua kumpulan umur ini boleh dikumpulkan dalam satu kategori umur disebabkan secara signifikan didapati tiada perbezaan dari segi kuasa, kelajuan dan daya tahan antara keduadua kumpulan umur tersebut. Sebagaimana yang dilaporkan, pencapaian prestasi motor lelaki umur 14 tahun lebih baik berbanding lelaki umur 13 tahun dari segi kuasa dan kelajuan. Keupayaan fizikal antara keduadua kumpulan ini adalah sama. Perbezaan keupayaan fizikal yang wujud hanya antara umur 14 tahundengan 13 tahun. Dapatan ini menunjukkan, murid lelaki umur 15 tahun mempunyai daya tahan, kuasa dan kelajuan yang lebih baik berbanding murid lelaki umur 13 tahun dan 14 tahun. Oleh itu adalah tidak sesuai lelaki 14 tahun dan lelaki 13 tahun diklasifikasikan dalam satu kategori umur. Dalam kajian ini juga mendapati perbezaan keupayaan fizikal antara kumpulan umur bagi murid perempuan. Perempuan 15 tahun mempunyai keupayaan fizikal lebih baik berbanding kumpulan umur 13 tahun bagi TT dan DJ, manakala 14 tahun bagi TT dan LP. Dapatan ini menunjukkan murid

     perempuan 15 tahun mempunyai keupayaan daya tahan dan fleksibiliti yang lebih baik berbanding perempuan 13 tahun. Selain itu, perempuan 15 tahun juga menunjukkan keupayaan daya tahan dan kelajuan lebih baik berbanding perempuan 14 tahun. Dapatan ini konsisten dengan dapatan kajian lain yang mengkaji pengaruh faktor umur terhadap prestasi fizikal seseorang individu (Chiodera et al., 2007; Malina & Katzmarzky, 2006; Patton & Viner, 2007), Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara perempuan umur 14 tahun dengan 13 tahun bagi TT, LP dan DJ. Dapatan ini menunjukkan keupayaan daya tahan, kelajuan dan fleksibiliti antara perempuan 14 tahun dan 13 tahun adalah sama. Persamaan bagi komponen kecergasan ini memungkinkan keduadua kumpulan ini sesuai digabungkan

  • 8/18/2019 Artikel Korpus Sukan FULL

    18/51

    dalam satu kumpulan umur. Perempuan 15 tahun tidak sesuai dikumpulkan dalam satu kategori umur dengan perempuan 13 tahun dan 14 tahun disebabkan terdapatnya perbezaan dari segi keupayaan motor mereka.KESIMPULANKesimpulan daripada kajian yang telah dijalankan menunjukkan keperluan bagi menyemak semula klasifikasi kumpulan umur murid dalam pertandingan sukan yang hanyaberdasarkan umur kronologi. Hasil kajian yang dijalankan jelas menunjukkan perbezaan umur antara murid yang dikumpulkan dalam satu kategori umur bukan sahaja memperlihatkan perbezaan dari segi ciriciri fizikal malah memperlihatkan juga perbezaan dari segi keupayaan fizikal mereka. Hal ini disebabkan terdapatnya faktorfaktor lain yang boleh mempengaruhi dan menyumbang kepada keupayaan fizikal murid. Klasifikasi kumpulan umur yang dilakukan perlu mengambil kira faktorfaktorseperti corak tumbesaran dan status kematangan mereka. Faktor umur masih boleh digunakan bagi klasifikasi kumpulan umur bagi pertandingan sukan. Manakala, murid yang berbeza kumpulan umur juga boleh dikumpulkan dalam kategori umur yang sama tetapi mereka perlu mempunyai keupayaan fizikal yang hampir sama.Sebagaimana diperjelaskan, walaupun manusia mengalami corak tumbesaran dan kematangan yang sama berdasarkan umur, namun masih terdapat variasi antara individu dan variasi tersebut perlu diberi pertimbangan ketika menaksir atau menilai pencapaian prestasi motor terutama dalam kalangan kanakkanak dan remaja (Nedeljkovic et al., 2007). Kajian untuk melihat kesesuaian klasifikasi kumpulan umur pertandingan sukan terutamanya dalam kalangan kanakkanak dan remaja di Malaysia perlu dijalankan dengan skop yang lebih luas.CADANGAN

    Kajian masa depan perlu melibatkan jumlah sampel yang lebih besar dan pelbagai peringkat umur. Kajian yang akan dijalankan juga perlu menguji pelbagai komponenprestasi fizikal bagi membandingkan keupayaan fizikal mereka yang berbeza kumpulan umur. Selain itu, faktorfaktor lain yang berkemungkinan boleh mempengaruhi tumbesaran, kematangan dan prestasi motor kanakkanak dan remaja juga perlu dipertimbangkan. Perlu juga diperjelaskan bahawa klasifikasi kumpulan umur yang sesuai akan memberi peluang yang sama kepada kebanyakan murid untuk menyertai dan bersaing dalam sukan. Selain itu, akan lebih adil apabila muridmurid bersaing sesama mereka dalam kumpulan yang mempunyai keupayaan fizikal yang hampir sama. Kesesuaian klasifikasi kumpulan umur bagi pertandingan sukan juga akan menggalakkanlebih ramai murid untuk turut terlibat dalam sukan terutamanya di peringkat sekolah. Penglibatan lebih ramai murid dalam sukan akan memberi impak yang positif kepada aktiviti sukan sebagai pemangkin bagi mencapai objektif pendidikan kebangs

    aan.Penglibatan Pelajar Wanita Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Dalam Aktiviti Sukan Di UTMAbstrak : Sukan merupakan aktiviti yang penting dan boleh menyumbangkan kepada kesihatan seseorang. Sehubungan itu, pengkaji telah menjalankan kajian bagi meninjau penglibatan pelajar wanita tahun akhir fakulti pendidikan dalam aktiviti sukan di UTM. Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat minat terhadap sukan, kepentingan bersukan, persepsi pelajar wanita dalam sukan, faktor yang mendorong dan faktor yang menghalang penglibatan dalam sukan. Kajian ini dijalankan di FakultiPendidikan Universiti Teknologi Malaysia dengan menggunakan sampel kajian seramai 92 orang. Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah menggunakan kaedah tinjauan deskriptif dan instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik. Datadata yang dikumpul seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian Statist

    ical Package for Social Science (SPSS) for Windows Version 11.5 untuk mencari kekerapan, peratusan dan min. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan CronbachsAlpha di mana nilai keseluruhan ialah 0.886. Dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa pelajar wanita berminat terhadap aktiviti sukan. Pelajar wanita juga menyedari akan kepentingan bersukan boleh menyihatkan tubuh badan dan menghindarkan daripada penyakit. Persepsi pelajar wanita terhadap sukan juga menunjukkan persepsi yang positif. Selain itu, terdapat beberapa faktor yang mendorong wanita dalam sukan seperti untuk menjaga kesihatan, pengaruh dari keluarga dan rakan sebaya serta minat. Terdapat juga faktorfaktor halangan untuk wanita terlibat dalam sukan seperti kekangan masa, ibu bapa dan bebanan kerja. Beberapa cadangan tela

  • 8/18/2019 Artikel Korpus Sukan FULL

    19/51

    h dibuat untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar wanita untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihakpihak yang berkenaan bagi mengatasi masalah tersebut.Katakunci : penglibatan pelajar perempuan, aktiviti sukanPengenalanDalam sistem pendidikan di Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi telah memberikan tanggungjawab kepada bahagian institusiinstitusi pengajian tinggi bagi melaksanakan aktivitiaktiviti kokurikulum yang dijalankan di setiap universiti di seluruh Negara. Sehubungan dengan itu, di setiap InstitusiInstitusi Pengajian Tinggi terdapat unitunit khas yang bertanggungjawab terhadap perancangan dan penyelarasan aktiviti kokurikulum tersebut dan salah satu kegiatan yang perlu ada pada setiap institusiinstitusi pengajian tinggi samaada awam atau swasta ialah aktiviti sukan. Oleh itu, kegiatan bersukan adalah salah satu bahagian dalam kokurikulum. Kegiatan sukan ini merupakan daya penggerak (motivation force) yang boleh merangsang proses pembelajaran di setiap institusiinstitusi pengajian tinggi.Hal ini juga telah diperkatakan oleh Teng Boon Tong (1993), berhubung dengan daya penggerak dalam pembelajaran seperti berikut: Melalui latihan yang teratur, beransur maju, seronok, proses penguasaan kemahiran asas akan lebih berkesan dan dapat meningkatkan minat serta keyakinan pelajar. Lagipun penguasaan kemahiran asas dalam pelbagai bidang sukan akan melengkapkan seseorang pelajar dengan pelbagai jenis kemahiran psikomotor. Melalui kegiatan dan aktiviti bersukan sifat dan sikap sosial yang positif seseorang pelajar dan individu boleh di lihat melalui latih tubi dan permainan. Kegiatan sukan juga dikatakan amat bermanfaat bukan sahaja menjaga kesihatan badan tetapi juga memupuk semangat kekitaan antara individ

    u dan semangat cintakan Negara. Malah pernah dikatakan bahawa seseorang yang aktif dan juga jaguh dalam bidang sukan akan mudah mendapat tempat dikalangan masyarakat. Sehubungan dengan itu, banyak badan awam dan swasta menggalakkan kakitangan supaya bergiat aktif dalamsukan. Menurut Vasedevan T. Arasoo (1993), telah menyatakan bahawa ada antara badanbadan sukan semasa pemilihan untuk pengambilan kakitangan baru. Menurut pandangan islam pula dalam kajian Siti Norlee Md. Nasir (2007), kegiatan sukan juga digalakkan untuk menjadikan tubuh badan sihat dan cergas. Ini bertujuan untuk menyediakan individu yang sentiasa bersedia untuk melakukan amal ibadat sama adaibadat personal atau ibadat yang melibatkan masyarakat seperti berjihad di medan perang melawan musuhmusuh islam. Ini kerana dengan kegiatan sukan dapat membantu menjaga kesihatan seperti yang telah dibuktikan melalui kajian yang telah dijalankan. Menurut Vasedevan T. Arasoo (1988), berpendapat sukan dapat memperbaik

    i keadaan fizikal atau kesihatan para peserta. Tubuh yang sihat, berfungsi paling baik dengan otak yang aktif. Melalui latihan perlaziman, pesertapeserta berpeluang mencapai satu tingkat pencapaian yang lebih baik dari segi mental dan juga fizikal. Di sini dapat disimpulkan bahawa kegiatan bersukan adalah sangat penting dalam menjaga kesihatan diri. Menurut Prof Madya Syed Omar Syed Agil (dalamSiti Norlee Md. Nasir, 2000), pernah mengatakan bahawa akal yang sihat adalah dari badan yang sihat. Ini kerana badan yang sihat akan melahirkan minda yang sentiasa aktif untuk membuat sesuatu kebaikan dan menghilangkan rasa malas, kurang motivasi, mengurangkan penyakit dalam badan dan membawa kepada kecemerlangan dalamkehidupan seseorang muslim samada dia seorang pelajar atau apa sahaja profesyenyang dia ceburi. Malah kualiti dalam hasil kerjanya juga akan terserlah dan akan meningkat dari masa ke semasa di sebabkan dia mempunyai tubuh badan yang sihatdan memberi penumpuan dan fokus kepada kerjanya.

    Penyataan MasalahDewasa ini, sukan kurang mendapat sambutan terutama dari kalangan pelajarpelajar wanita. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh faktorfaktor yang tertentu sama ada ia berpunca daripada faktorfaktor dalaman atau persekitaran wanita itu sendiri. Kajian ini dilakukan adalah bagi maksud mengenalpasti sejauhmana penglibatan pelajar wanita tahun akhir Fakulti Pendidikan di bawah Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK) dalam aktiviti sukan berdasarkan beberapa faktor tertentu. Antara faktor yang hendak dikaji ialah minat pelajar wanita dalam aktiviti sukan, tahap kesedaran pelajarpelajar wanita tentang kepentingan sukan, persepsi pelajar wanita tentang sukan, faktor yang mendorong pelajar wanita dalam sukan

  • 8/18/2019 Artikel Korpus Sukan FULL

    20/51

    dan faktor yang menghalang pelajar wanita dalam sukan. Aspek ini juga merupakansalah satu sebab kurangnya penyertaan pelajar wanita dalam aktiviti sukan. Kemudahan peralatan dan fizikal juga memainkan peranan yang sangat penting untuk menggalakkan pelajarpelajar wanita menyertai kegiatan sukan. Tanpa sokongan ini, pelajarpelajar wanita tersebut tidak akan dapat menyertai kegiatan sukan dengansempurna dan seterusnya mematikan minat pelajarpelajar wanita tersebut.Objektif KajianObjektif kajian ini adalah seperti berikut:1. Mengenalpasti minat pelajar wanita tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan dalam aktiviti sukan.2. Mengenalpasti kesedaran pelajar wanita tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan tentang kepentingan sukan.3. Mengenalpasti persepsi pelajar wanita tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan terhadap aktiviti sukan.4. Mengenalpasti faktor yang mendorong pelajar wanita tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan melibatkan diri dalam aktiviti sukan.5. Mengenalpasti faktor yang menghalang pelajar wanita tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan melibatkan diri dalam aktiviti sukan.Kepentingan KajianObjektif utama kajian ini adalah untuk memberi informasi dan maklumat kepada masyarakat tentang pentingnya bersukan dalam menjaga kesihatan tubuh badan. Kajianini juga bertujuan untuk mengalih pandangan masyarakat terhadap sukan terutamany

    a berkenaan dengan penglibatan pelajar wanita dalam aktiviti sukan. Dalam masa yang sama, penyelidik ingin mengupas sedikit sebanyak berkenaan aktiviti sukan dari perspektif islam agar minda masyarakat dapat diubah dari pandangan yang kolot kepada yang lebih baik. Selain itu, penyelidik juga ingin mengajak individu dan pihakpihak yang terlibat dalam sukan supaya mengambil kesedaran tentang beberapa aspek agama dalam bersukan iaitu dari segi pergaulan dan batasbatas aurat semasa bersukan. Rentetan dari itu, diharap pihak yang terlibat dapat mengambil kesedaran dengan membuat satu garis penetapan supaya pesertapeserta terlibat serta atlet Negara berpakaian menutup aurat sebagaimana dituntut syarak. Di samping itu, penyelidikan juga ingin mengubah corak pemikiran dan minda pelajar wanita kini supaya hidup lebih aktif dengan melibatkan diri dalam sukan serta mengamalkannya berlandaskan etika sebagaimana yang telah disyaratkan. Dalam masa yang sama diharap kajian ini akan memberi sedikit sebanyak maklumat kepada peminat dan

    pemerhati sukan tentang aspekaspek yang sering dilupakan seperti aurat, langkahlangkah serta persediaan bagi tujuan pelaksanaan sukan dan cabarancabaran yang bakal timbul dalam kegiatan sukan di masa hadapan. Selain itu juga, ia akan dapat membantu usaha kerajaan dalam meningkatkan lagi mutu sukan dan seterusnya membantu pelajar wanita dalam pembelajaran melalui peningkatan perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial.Skop KajianKajian ini akan hanya di jalankan di Universiti Teknologi Malaysia(UTM) Skudai Johor sahaja. Dalam kajian ini, pemyelidik telah membataskan kajian dengan beberapa skop tertentu. Populasi dan sampelsampel adalah terdiri daripada pelajarpelajar wanita tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan. Kajian ini juga akan mengenalpasti minat pelajar wanita dalam aktiviti sukan, tahap kesedaran tentang kepentingan sukan, persepsi pelajar wanita terhada

    p aktiviti sukan, faktor yang mendorong dan faktor yang menghalang penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan.Reka Bentuk KajianMenurut Majid Konting (1990), reka bentuk merupakan teknik dan kaedah tertentu untuk memperoleh maklumat yang diperlukan bagi menyelesiakan masalah. Kajian yang dijalankan dalam kajian ini adalah berbentuk deskriptif, iaitu dalam bentuk tinjauan untuk mengetahui penglibatan pelajar wanita tahun akhir fakulti pendidikan di bawah jabatan teknik dan kejuruteraan dalam aktiviti sukan di UTM. Menurut Majid Konting (1990) juga menyatakan bahawa penyelidikan deskriptif bertujuan untuk menerokai sesuatu bidang yang belum atau kurang dikaji. Selain itu, penyelidi

  • 8/18/2019 Artikel Korpus Sukan FULL

    21/51

    kan deskriktif dapat menerangkan dan menjelaskan perkara yang sebenar berlaku. Ia sesuai digunakan dalam kajian ini kerana dapatan kajian ini merupakan maklumat peristiwa yang sedang berlaku dan boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan untuk masa akan datang. Soal selidik merupakan instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini dan disediakan mengikut skala likert. Item item dalam soalan di dalam borang soal selidik dibentuk berdasarkan kepada kesemua persoalan kajian. Itemitem yang ditanya di dalam soal selidik ini adalah berbentuktertutup di mana responden hanya perlu menjawab mengikut tahap persetujuan mereka. Soal selidik ini diedarkan kepada semua pelajar wanita tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan Fakuiti Pendidikan dan kemudian dikutip semula untuk dianalisis. Maklumat yang diperoleh daripada soal selidik ditukarkan ke dalam bentuk perangkaan ataupun statistik dengan menggunakan Statistical package for Social Science (SPSS Versi 11.5 for Windows). Statistik ini seterusnya akan diproses dan dianalisis bagi mendapatkan keputusan.Populasi dan Sampel KajianSampel kajian adalah dikalangan pelajar wanita tahun akhir di UTM, Skudai yang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup,Pendidikan Kejuruteraan Awam, Pendidikan Kejuruteraan Elektrik dan Pendidikan Kejuruteraan Jentera. Menurut Mohd Majid Konting (2004), persampelan merupakan strategi penyelidikan bagi mendapatkan maklumat mengenai sesuatu populasi daripadasebahagian individu yang menganggotai populasi tersebut dan sebahagian individuyang diambil melalui persampelan bagi mewakili sesuatu populasi yang dikaji dinamakan sampel. Memandangkan populasi dalam kajian penyelidik adalah berjumlah 120 maka penyelidik membuat persampelan berdasarkan kaedah Krejeie dan Morgan (199

    7) dalam Azizi Yahya, et al. (2006), iaitu sampel dipilih secara rawak daripadapopulasi.Seterusnya, setelah mengenalpasti jumlah sampel yang diperlukan, pengkaji telahmenggunakan persampelan berlapis bagi mendapatkan jumlah sampel yang diperlukan. Menurut Azizi Yahya, et al. (2006), penggunaan persampelan berlapis menambahkan peluang kepada penyelidik mendapatkan data yang mewakili populasi dan dengan itu menambahkan ketepatan keputusan. Melalui sampel ini adalah diperolehi sumberuntuk mendapatkan data. Sampel kajian yang digunakan oleh penyelidik adalah pelajar wanita tahun akhir UTM yang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup, Pendidikan Kejuruteran Awam, Pendidikan Kejuruteraan Elektrik dan Pendidikan Kejuruteraan Jentera yang dipilih secara rawak. Penyelidik mengambil seramai 92 sampel yang terdiri dari pelajar wanita tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan memandangkan j

    umlah keseluruhannya adalah besar pada pandangan penyelidik.Instrumen KajianPenyelidik menggunakan kaedah tinjauan dengan soal selidik sebagai satu instrumen kajian untuk mengumpul maklumatmaklumat terhadap penglibatan pelajar wanita tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan dalam aktiviti sukan di UTM. Soal selidik adalah merupakan satu instrumen yang baik dalam kajian penyelidikan. Ini disebabkan instrumen ini boleh membekalkan lebih banyak maklumat yang dikehendaki. Soal selidik ini disediakan berdsasarkan skala Likert kerana skala ini dikatakan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi(Majid Konting, 1990). Secara tidak langsung, skala ini membantu penyelidik untuk mengukur sesuatu pembolehubah yang dikaji dengan lebih tepat. Selain itu, pemilihan penggunaan soal selidik dalam kajian ini juga adalah kerana ianya lebih mudah untuk dikendalikan dan menjimatkan masa. Soal selidik yang akan dibuat menga

    ndungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.Dapatan KajianJadual 2 di bawah menunjukkan tentang rumusan dapatan kajian secara keseluruhanmengikut dapatan kajian. Kajian ini menggunakan lima persoalan kajian untuk meninjau penglibatan pelajar wanita tahun akhir Fakulti Pendidikan dalam aktiviti sukan di UTM.Secara keseluruhannya, penglibatan pelajar wanita tahun akhir Fakulti Pendidikan di dalam aktiviti sukan di UTM adalah berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan nilai min puratanya ialah 3.93. Persepsi pelajar wanita tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan terhadap aktiviti sukan ya

  • 8/18/2019 Artikel Korpus Sukan FULL

    22/51

    ng mempunyai nilai tertinggi iaitu nilai minnya ialah 4.13,diikuti dengan kesedaran pelajar wanita tentang kepentingan sukan dengan nilai minnya 4.11, faktor yang mendorong pelajar wanita melibatkan diri dalam aktivitisukan dengan nilai minnya 4.01, faktor yang menghalang pelajar wanita melibatkan diri dalam aktiviti sukan dengan nilai minnya 3.72 dan juga minat pelajar wanita tahun akhir dalam aktiviti sukan mempunyai nilai min yang terendah iaitu nilai minnya 3.70.PerbincanganBerdasarkan kajian mendapati bahawa pelajar wanita tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan di UTM. Ini dapat ditunjukkan dengan item yang mempunyai nilai min tertinggi iaitu item 6 dengan nilai minnya sebanyak 3.96 bahawa pelajar meminati aktiviti sukan diatas kehendak sendiri. Dapatan ini juga telah disokong dengan dapatan item 4 iaitu pelajar meminati aktiviti sukan yang ditawarkan di kolej mereka diatas kehendak sendiri dengan nilai min sebanyak 3.73. Ini menunjukkan lebih ramai yang bersetuju bahawa mereka meminati aktiviti sukan di UTM dan di kolej adalah di atas kehendak sendiri. Ini kerana seseorang individu yang minat terhadap sesuatu perkara adalah daripada dorongan secara intrinsik yang wujuddalam jiwa setiap individu itu sendiri. Ini juga dapat dibuktikan menurut Haliwell (1980 dalam Saedah Siraj, et al., 1996), berpendapat bahawa terdapat ramai orang yang bermotivasi intrinsik apabila mereka menyertai sesuatu aktiviti tanpa mendapat sebarang hadiah dan paksaan daripada manamana pihak. Manakala menurut Deci (1975) pula, motivasi intrinsik boleh diterangkan sebagai suatu keadaan psikologi yang diakibatkan apabila individu menganggap diri mereka berkebolehan dan

    dapat menentukan sesuatu dengan sendiri. Hasil kajian juga didapati bahawa kebanyakan pelajar berminat untuk meningkatkan prestasi ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang sukan. Ini dapat dilihat berdasarkan dapatan item 3 dengan nilai min sebanyak 3.61. Ini menunjukkan bahawa mereka yang berminat dalam bidang sukan adalah kerana hendak memenuhi citacita mereka dengan meningkatkan prestasike peringkat yang lebih tinggi di samping untuk kepuasan diri. Mereka yang berminat untuk meningkatkan prestasi ke peringkat yang lebih tinggi adalah mereka yang memang berkebolehan dan benarbenar meminati aktiviti sukan diatas kebolehan yang ada pada diri individu itu sendiri. Ini dapat dibuktikan bahawa, menurut Saedah Siraj, et al. (1996), menyatakan bahawa kebolehan yang dipersepsikan ini berkait rapat dengan tahap kebolehannya yang sebenar. Semakin tinggi pencapaian seseorang pelajar itu, maka semakin besar kemungkinan pelajar itu menilaikan dirinya sebagai berkebolehan. Minat yang mendalam dalam bidang sukan yang didorong ole

    h rasa puas dan seronok apabila menyertai kegiatan sukan merupakan nilai min yang terendah. Ini dapat dilihat dari hasil dapatan item 2 dengan nilai min sebanyak 3.53. Walaupun item ini berada pada nilai min yang terendah namun ianya masihlagi berada pada tahap min yang sederhana. Ini menunjukkan bahawa pembabitan mereka dalam bidang sukan hanya untuk menghabiskan atau mengisi masa lapang mereka. Dengan erti yang lain bahawa mereka bergiat dalam sukan kerana minat yang mendalam dalam bidang sukan. Dapatan ini juga disokong oleh Siti Norlee Md. Nasir (2007) dalam kajiannya, seseorang individu yang melibatkan diri dalam aktiviti sukan adalah disebabkan oleh minat dan tidak kurang juga yang melakukan aktiviti adalah untuk mencari keseronokan seperti berlumba atau bertanding dengan sesama sendiri dan menunjukkan kebolehan diri. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar wanita tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan menyedari tentang kepentingan sukan di UTM. Ini dapat ditunjukkan dengan item yan

    g mempunyai nilai min tertinggi iaitu item 12 dengan nilai minnya sebanyak 4.24bahawa mereka melibatkan diri dalam sukan boleh meningkatkan tahap kesihatan fizikal mereka. Dapatan ini telah disokong oleh dapatan item 9 dengan nilai min sebanyak 4.23 yang menunjukkan bahawa bersukan dapat menyihatkan dan menyegarkan tubuh badan mereka. Ini dapat dibuktikan bahawa, menurut Siti Norlee Md. Nasir (2007) dalam kajiannya, seseorang yang melakukan kegiatan sukan seperti bersenam, ia dapat memberikan manfaat kepada tubuh badan manusia. Ini kerana dengan tubuh yang sihat akan melahirkan akal yang cergas dan seterusnya akan terbentuklah satu masyarakat yang sihat dan kuat. Sukan adalah penting bagi setiap individu. Ini dapat dilihat dari hasil item 10 dengan nilai min sebanyak 4.13. Ini menunjukka

  • 8/18/2019 Artikel Korpus Sukan FULL

    23/51

    n bahawa dengan bersukan seseorang itu dapat menyihatkan dan menyegarkan tubuh badan serta dapat menghindarkan diri daripada sebarang penyakit. Dengan bersukanjuga seseorang itu dapat menjaga kesihatan diri dan kesejahteraan hidup. Menurut Prof Madya Syed Omar Syed Agil dalam kajiannya, menyatakan bahawa kegiatan sukan adalah sangat penting dalam menjaga kesihatan diri dan beliau juga menyatakanbahawa akal yang sihat adalah dari badan yang sihat. Ini kerana badan yang sihat akan melahirkan minda yang sentiasa aktif untuk membuat sesuatu kebaikan dan menghilangkan rasa malas, kurang motivasi, mengurangkan penyakit dalam badan dan membawa kepada kecemerlangan dalam kehidupan seseorang muslim samada dia seorangpelajar atau apa sahaja profesyen yang dia ceburi. Hasil kajian ini juga didapati bahawa aktiviti sukan dapat memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksidengan rakanrakan berada pada nilai min yang terendah. Ini dapat dilihat dari hasil dapatan pada item 7 iaitu nilai min sebanyak 3.99. Walaupun item ini berada pada nilai min yang terendah namun ianya masih lagi berada pada tahap min yangtinggi Ini dapat dibuktikan bahawa, menurut Ee Ah Meng (1988), menyatakan bahawa kegiatan kokurikulum dalam bentuk pasukan unit berpakaian seragam, kelab dan sukan boleh memupuk nilainilai kewarganegaraan. Apabila pelajarpelajar berinteraksi antara satu sama lain, semangat kekeluargaan dan perpaduan dapat disemai dan dipupuk. Selain itu juga dapat menggalakkan interaksi dan sosialisasi di kalangan pelajar berbagaibagai kaum. Kajian mendapati bahawa persepsi pelajar wanita tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan terhadap sukan di UTM menunjukkan persepsi yang positif. Ini dapat ditunjukkan dengan item yang mempunyai nilai min tertinggi iaitu item 18 dengan nilai min sebanyak 4.21. bahawa bersukan dapat memberi banyak faedah dalam hidup mereka. Ini men

    unjukkan bahawa dari sudut kesihatan sukan dapat memberi faedah dalam kehidupanseseorang. Menurut Prof Dr. Shalaby (2001), berpendapat sukan yang mencergaskantubuh badan dan akal fikiran manusia adalah perkaraperkara yang perlu bagi setiap manusia dan ia merupakan unsurunsur terpenting dalam hidup. Seorang pekerja misalnya, berhak mendapat hiburan dan orang yang rajin berusaha serta bertungkuslumus berhak mendapat kerehatan. Sarjanasarjana pendidikan juga berkata sukan boleh mendatangkan banyak faedah kepada pekerjaan. Pekerja yang bekerja dan bersukan lebih banyak keberhasilannya daripada pekerja yang sematamata bekerja tanpaada had masa untuk bersukan. Hasil kajian seterusnya ialah bagi item 17, item ini mempunyai nilai min kedua tertinggi iaitu 4.20 yang menunjukkan bahawa bersukan adalah amalan yang baik untuk kesihatan fizikal dan mental. Dapatan ini jugatelah disokong dengan dapatan item 14 yang menunjukkan bahawa bersukan dapat memberi peningkatan kepada kesihatan mereka. Ini dapat dibuktikan bahawa, menurut D

    r James (dalam kajian Siti Norlee Md. Nasir, 2007), seorang pakar psikologi sukan yang mengkaji penglibatan wanita dalam sukan ialah kerana ingin mengekalkan kesihatan badan dan kecantikan tubuh. Manakala menurut Vasedevan T. Arasoo (1988), berpendapat sukan dapat memperbaiki keadaan fizikal atau kesihatan para peserta. Tubuh yang sihat, berfungsi paling baik dengan otak yang aktif. Melalui latihan perlaziman, pesertapeserta berpeluang mencapai satu tingkat pencapaian yang lebih baik dari segi mental dan juga fizikal. Sukan juga membantu menjauhkan diri dari tekanan kehidupan seharian. Ini dapat dilihat dari item 13 iaitu nilai min sebanyak 4.15. Dapatan ini juga telah disokong dengan dapatan item 15 iaitu nilai min sebanyak 4.08 yang menunjukkan bahawa bersukan dapat mengurangkan rasa bosan dan stress. Ini menunjukkan bahawa bersukan boleh mengurangkan daripada pelbagai tekanan kehidupan seharian yang dihadapi. Ini dapat dibuktikan bahawa, menurut Siti Norlee Md. Nasir (2007) dalam kajiannya, pada hari ini, kita lihat ter

    dapat bermacammacam jenis aktiviti sukan. Aktivitiaktiviti tersebut bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan bahkan ia juga dapat menghilangkan rasa bosan dan stress. Manakala menurut Omardin Ashaari (1998), menyatakan bahawa bersukan boleh memberi penggunaan masa lapang yang berfaedah dan dapat pula menggurangkantekanan hidup moden. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa sukan boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan kepada seseorang berada pada nilai min yang terendah. Ini dapat dilihat dari hasil dapatan item 16 iaitu nilai min sebanyak 3.91. Walaupun item ini berada pada nilai min yang terendah namun ianya masih lagi berada pada tahap min yang tinggi. Ini dapat dibuktikan bahawa dalam kajian Ahmad Moltoyo (2000), pada hari ini, terdapat segelintir masyarakat yang menjadikan

  • 8/18/2019 Artikel Korpus Sukan FULL

    24/51

     sukan bukan sahaja aktiviti masa lapang tetapi ia juga dijadikan sebagai salahsatu punca pendapatan dan pencarian bagi individu yang mempunyai minat untuk berkecimpung dalam bidang sukan ini. Malahan, selain dari tujuan mendapat kerehatan dan menjaga kesihatan dalam masa yang sama ia juga merupakan satu pekerjaan professional. Sehingga kini kepentingannya juga dapat dilihat dari segi pendidikandimana dalam system pelajaran dimasukkan berbagaibagai rancangan sukan dan permainan.Kesan Sukan Ekstrem Terhadap Kesihatan TulangKebaikan bersukan amatlah jelas dalam menjaga kesihatan badan.Selain menjaga pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dapat membantu badan mengimbangkan penggunaan dan penyimpanan tenaga badan. Bagaimanapun, sukan lasak atau yang memerlukan tenaga yang banyak mungkin akan meninggalkan kesan buruk kepada badan.Antara kesan ketara sukan ekstrem adalah masalah tulang di mana ahli sukan bukan sahaja menghadapi risiko retak atau patah tulang, malahan risiko poros tulang atau pengurangan jisim tulang.Jisim atau kepadatan tulang dinilai dengan melibat bilangan sel tulang yang adapada tulang rangka badan. Secara umumnya, tulang yang mempunyai jisim lebih besar adalah tulang yang lebih kuat.Walaupun jisim tulang banyak dipengaruhi faktor genetik, kesan persekitaran danpengambilan ubat tertentu juga boleh mempengaruhi keadaan tulang. Kepadatan tulang biasanya mula berkumpul pada zaman kanakkanak dan mencapai kemuncaknya padausia kirakira 25 tahun. Keseimbangan jisim tulang kemudiannya akan kekal untuk10 tahun sebe