artikel dracula

Click here to load reader

Upload: ahmad-fadhil-ramza

Post on 12-Dec-2015

41 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

DRACULA BERMULANYA LEGENDA

TRANSCRIPT

SEJARAH EROPAH SEHINGGA AWAL ABAD KE-20

PENGENALANRamai dalam kalangan kita tidak mengetahui wujudnya kaitan antara satu nama yang tersohor, iaitu Dracula dengan penakluk tersohor Kota Konstatinopel, Muhammad Al-Fateh. Ini kerana, masyarakat kita menyangka nama Dracula itu adalah watak fiksyen dalam cerita-cerita seram sahaja[footnoteRef:1]. Malahan, keunikan hubungan antara Dracula dan Sultan Muhammad Al-Fateh yang terjain melalui persahabatan dan permusuhan sekitar 600 tahun dahulu jarang disebut dalam buku-buku sejarah, terutama yang ditulis oleh penulis dan sejarawan muslim sendiri. Ini kerana, Dracula bukan beragama islam ataupun muslim, bahkan beliau begitu memusuhi masyarakat islam, maka kita tidak begitu mengambil berat dalam kajian terhadap beliau. Mungkin juga ramai yang tidak mengetahui bahawa Dracula tersebut merupakan manusia biasa dan pernah mengangkat senjata dalam kempen perang salib bagi memerangi agama islam. Berbeza pula dengan Sultan Muhammad Al-Fateh yang cukup terkenal kerana beliau merupakan insan yang disebut oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W dalam hadis sahih 800 tahun sebelum kejatuhan Kota tersebut iaitu, Constatinople akan jatuh ke tangan tentera islam. Pemimpinnya adalah sebaik-baik penguasa, tenteranya adalah sebaik-baik tentera (Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad). Rom, sebagai pusat ketamadunan Barat dan perkembangan ajaran Kristianiti, tidak dapat menerima hakikat kekalahan mereka di bawah kuasa Muslim. Sehinggakan kini ramai para sejawaran Barat menekankan hujah, mereka menyatakan bahawa Rom yang tumpas ke tangan Empayar Turki Uthmaniyah itu adalah bahagian Rom Timur sahaja, bukan keseluruhan Empayar Rom. Namun begitu, Empayar Rom ketika itu berpusat di Constatinople (Istanbul), ini bermakna Rom Timur dan Rom Barat itu satu sahaja. [1: Muhd Nur Iman Ramli, Dracula vs Al-Fateh, Selangor: Publishing House, 2015, hlm 2]

LAHIRNYA DRACULA DAN AL-FATEHKetamadunan Muslim pada era kebangkitan Turki Utmaniah dicemburui oleh tamadun Barat. Tamadun Barat ketika ini mengalami zaman kegelapan dan cengkaman daripada institusi gereja. Manakala Wallachia[footnoteRef:2] (Romania) merupakan pintu masuk bagi pihak Turki Utmaniah melebarkan pengaruh agama islam dan kuasa penaklukannya ke Eropah. Vlad III Dracula dan Muhammad Al-Fateh adalah dua orang pemerintah berpengaruh pada zamannya. Kedua-dua putera tersebut hidup sezaman dalam era pengembangan pengaruh islam oleh Turki Uthmaniah[footnoteRef:3]. Tidak ramai yang mengetahui bahawa mereka berdua adalah sebaya dan pernah menghabiskan zaman kanak-kanak hingga remaja mereka bersama-sama. [2: Kerajaan Wallachia pada tahun 1397 yang terletak di bahagian timur benua Eropah adalah sebahagian daripada kerajaan Hungary dan pernah dijajah oleh tentera Monggol pada tahun 1241] [3: Al-Ghazali, Dracula Bermulanya Sebuah Lagenda, Selangor: Publishing House, 2015, hlm 41]

Sultan Muhammad Al-Fateh[footnoteRef:4] seorang Sultan kepada sebuah empayar yang besar, Al-Fateh mementingkan solat lima waktu berjemaah, solat sunat rawatib dan tahajud yang sentiasa dilakukan oleh baginda sejak beliau baligh hingga beliau wafat.[footnoteRef:5] Disamping itu, beliau juga memiliki kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, dan matematik serta menguasai lima bahasa selain bahasa Turki, iaitu Greek, Latin, Parsi, Arab dan Ibrani(Hebrew). Ini kerana, beliau adalah anak didik seorang guru terkenal iaitu Sheikh Shamsuddin yang dikatakan sebagai keturunan sahabat Rasulullah s.a.w., Abu Bakar As-Siddiq. [4: Sultan Muhammad II atau Mehmed II lahir pada 29 Mac 1432 di Edirne pusat pentadbiran Turki Uthmaniah ketika itu. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404-1451), manakala ibunya pula bernama Huma Hatun. Seperti yang kita ketahui beliau merupakan penguasa Kota Constatinople pada umur 21 tahun, sekaligus menamatkan penguasaan Empayar Byzantium (330-1453) dan menjadi faktor utama pengaruh Kristian menjadi lemah di wilayah tersebut dan wilayah eropah yang lain.] [5: Kekuatan rohani beliau setaraf dengan Salahudin Al-Ayubbi (pahlawan Perang Salib awal) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan perang Ain Jalut menentang Monggol)]

Dracula, ataupun nama sebenarnya Vlad Tsepesh III Dracula pula lahir di Sighisoara, Transylvania[footnoteRef:6] dalam musim sejuk 13 November 1431. Putera Vlad III dikenali dengan nama gelaran iaitu Dracula yang bermaksud anak kepada Dracul. Manakala Tsepesh pula bermaksu penyula, gelaran yang diberikan sempena kegemaran beliau menyula banduan, rakyat dan musuhnya. Nama Dracul[footnoteRef:7] digunapakai oleh bapanya, Vlad II Dracul. Bapa Dracula, Vlad II Dracul, beliau anak kepada raja Wallachia iaitu Mircea I. dan ibu beliau bernama Puteri Cneajna Vasilissa dari Moldovia beliau merupakan isteri kedua kepada Vlad II Dracul. Putera Dracula mempunyai dua abang tiri, Mircea II dan Vlad Calugarul, dan seorang adik kandung bernama Radu III Cel Frumos (Si Tampan). Vlad II Dracul merupakan ahli kepada pertubuhan elit Kristian yang disebut sebagai Societas Draconistrum atau The Order of The Dragon yang ditubuhkan oleh Raja Sigismund pada tahun 1408 bagi menjaga kedaulatan raja-raja yang menyokong agama Kristian. Manakala Dracula telah dibawa masuk ke dalam pertubuhan ini ketika berumur lima tahun lagi. [6: Transylvania ketika itu berada di bawah kerajaan Hungary.] [7: Berasal dari perkataan Dragwlya yang bermaksud dragon (naga). Vlad III menulis namanya dalam dokumen-dokumen berbahasa latin sebagai Wladislaus Dragwlya, vaivoda partium Transalpinarum (Vlad Dracula, pemerintah wilayah Translyvania). Dalam bahasa Romania moden, perkataan Drac membawa maksud syaitan. Dalam masyarakat eropah syaitan dan naga mempunyai kaitan tersendiri. Kejahatan dan syaitan tidak boleh dipisahkan, oleh itu bagi mencapai tahap menjadi insan yang baik dalam agama Kristian maka seorang individu itu perlu menundukkan nafsu jahatnya. Wujudnya gambaran seorang pemuda yang membunuh naga yang memberi gambaran seorang individu yang Berjaya mengawal nafsu jahatnya.]

Pada zaman awal kanak-kanak Dracula dan Radu menetap di Targoviste, ibu Negara Wallachia pada tahun 1436 hingga 1442 ketika itu ayahnya Vlad II Dracul menjadi Raja Wallachia. Namun begitu pada tahun 1442 Vlad II Dracul telah digulingkan oleh golongan pemberontak yang bersekongkol dengan kerajaan Hungary. Walau bagaimanapun, Vlad II berjaya merampas semula takhta beliau dengan bantuan Empayar Turki Uthmaniah. Bagi menunjukkan taat setia beliau kepada Empayar Turki Uthmaniah beliau perlu membayar jizyah setiap tahun dan menghantar dua orangnya yang sah sebagai tebusan politik. Dengan itu, beliau telah menghantar Dracula dan Radu ke istana Edirne pada tahun 1444 yang merupakan pusat pemerintahan Empayar Turki Uthmaniah sebelum berpindah kepada kota Constatinople.DRACULA SEBAGAI TEBUSAN POLITIKPara sejarawan barat dan muslim berpendapat kedua-dua individu penting ini pernah menjalinkan satu perhubungan sebagai seorang sahabat yang sangat akrab ketika kedua-dua mereka tinggal sebumbung di Istana Edirne pada tahun 1444. Ini kerana pihak istana kerajaan Turki Uthmaniah memberi layanan sama rata kepada anak-anak yang menjadi tebusan politik, seperti yang diberikan kepada anak-anak sultannya. Buktinya, Dracula dan Radu mempelajari subjek-subjek dan kemahiran-kemahiran penting pada zaman tersebut. Antaranya, mereka diajar dengan ilmu logik, falsafah, matematik, bahkan ilmu Al-Quran. Mereka juga turut diajar bahasa Turki supaya dapat hidup dengan selesa dalam komuniti yang majoritinya berbahasa Turki. Antara kemahiran yang penting turut mereka pelajari adalah kemahiran menunggang kuda dan strategi peperangan. Namun begitu, terdapat sejarawan barat yang menyatakan sebaliknya iaitu Dracula kerap kali dipukul, disebat dan dipenjarakan kerana kedegilannnya. Manakala adiknya Radu pula lebih senang untuk dikawal. Radu akhirnya memeluk agama islam dan menjadi pembantu Sultan Muhammad Al-Fateh. Oleh yang demikian, Radu mendapat kedudukan yang istimewa dalam pentadbiran Turki Utmaniah hingga dibenarkan untuk keluar masuk dengan senang hati di istana Topkapi. Manakala ini berbeza dengan Dracula yang menghadapi kesukaran ketika tinggal dalam istana Edirne. Dengan ini telah memberi impak dan kesan kepada pembentukan personalitinya yang menjadi kasar dan pendendam kepada orang-orang Turki.[footnoteRef:8] [8: Oleh sebab itu, terdapat segelintir sejarawan barat mendakwa Dracula dipukul dan diseksa bagi mengawal tingkah laku beliau. Hal ini walaubagaimanapun hanya sekadar dakwaan dan tidak dapat dibuktikan kesahihanya.]

Dracula juga turut membenci raja-raja dan bangsa Hungary. Ini kerana kerajaan Hungary ketika pemerintahan John Hunyandi telah merampas takhta Wallachia dari bapanya pada tahun 1442. Selain itu, beliau juga turut membenci adiknya Radu yang telah memeluk islam. Baginya ini satu pengkhianatan bagi dirinya yang membenci orang-orang Turki dan islam. Malahan Dracula juga turut bercampur baur dalam perasaan beliau terhadap ayahnya, ini kerana ayahnya telah menghantar beliau dan adiknya tinggal di dalam Istana Empayar Turki Uthmaniah. Ini bererti ayahnya telah mengkhianati sumpah setianya pada pertubuhan elit kristian The Order Of The Dragon bagi menentang dan menyekat kemaraan tentera muslim ke Eropah.[footnoteRef:9] [9: Namun begitu, ayah beliau Vlad Dracul II berada dalam situasi yang genting iaitu mengalah kepada Hungary yang telah merampas kerajaan Wallachia daripada beliau ataupun tunduk dan memohon bantuan daripada Empayar Turki Uthmaniah yang sangat digeruni oleh masyarakat eropah ketika itu malahan kedudukan kerajaan Wallachia yang merupakan pintu masuk bagi Empayar Turki Uthmaniah ke kawasan-kawasan di Eropah. Oleh itu, beliau memilih untuk berada di bawah pemerintahan Empayar Turki Uthmaniah, tetapi beliau perlu membayar jizyah kerana kesanggupan beliau berada di bawah pemerintahan Empayar Turki Uthmniah dan bagi membuktikan kesetiaannya beliau perlu menghantar anak-anaknya yang berdarah diraja untuk tinggal di Istana Erdine sehingga anak-anaknya sudah dewasa dan mampu berdikari. Perkara ini dilakukan oleh Empayar Turki Uthmaniah adalah bagi memastikan wilayah bukan islam yang berada di bawah pemerintahannya akan taat setia kepada Empayar Turki Uthmaniah hingga pemerintahan anak-anak mereka. Ini merupakan penguasaan dari sudut politik jangka masa panjang yang dilakukan oleh Empayar Turki Uthmaniah. ]

PERJALANAN POLITIK DRACULABerbicara soal politik ketika hayat Dracula merupakan sebuah perjalanan yang penuh suka dan duka dan rintangan kerana perlu bergelut dengan kuasa Empayar Turki Uthmaniah yang sedang berkembang ketika itu dan kerajaan Hungary yang cuba merampas takhta daripada beliau. Pada tahun 1447 berlaku sekali lagi pemberontakan di Wallachia yang diketuai oleh golangan Boyar[footnoteRef:10] yang tamakkan kuasa telah berpakat dengan raja Hungary, John Hunyandi yang ketika itu amat membenci ayah Dracula yang telah membuat pakatan dengan Empayar Turki Uthmaniah. Dengan itu mereka telah membuat satu pakatan bagi menggulingkan Vlad Dracul II daripada takhta[footnoteRef:11]. Dalam kejadian tersebut Vlad Dracul II telah dibunuh dengan kejam di daerah Balteni, manakala abang sulung Dracula iaitu Mircea II pula telah dibutakan matanya dan ditanam hidup-hidup oleh golongan pemberontak. Berita tersebut telah sampai kepada Dracula ketika berumur 16 tahun di Istana Edirne, pada saat ini Dracula belajar erti dendam kesumat hingga para sejarawan berpendapat, bermula dari peristiwa kejam ini, Dracula mula mengalami perubahan dari segi mental dan sikap. Beliau menjadi dingin dan pendendam. Sikap sadistiknya juga berkembang pada tahap ini, di mana beliau dilaporkan gemar menyula haiwan-haiwan kecil, barangkali bagi melampiaskan rasa sedih, benci, serta dendam. [10: Golongan bangsawan] [11: Muhd Nur Iman Ramli, op. cit, hlm 21]

PEMERINTAHAN PERTAMA DRACULAMenyedari betapa pentingnya menyekat kekuasaan Hungary dari menakluki Wallachia maka kerajaan Turki Uthmaniah dengan segera menghantar pulang Dracula bagi menguasai kerajaan Wallachia daripada kerajaan Hungary dan melantik beliau menjadi putera pemerintah di Wallachia. Pada umur 16 tahun Dracula telah menaiki takhta menggantikan ayahnya. Walau bagaimanapun, pemerintahan ini tidak bertahan dengan lama kerana pada tahun yang sama itu juga John Hunyandi telah mengepalai tenteranya untuk mendapatkan semula kerajaan Wallachia daripada kerajaan Turki Uthmaniah. Kerana kurang pengalaman daripada sudut pentadbiran dan tiada sokongan padu daripada golongan boyar maka Dracula telah lari ke Moldavia bagi mendapatkan perlindungan daripada bapa saudaranya Bogdan II pemerintah Moldavia ketika itu. Malang sekali lagi berlaku kepada Dracula apabila pada tahun 1451 Bogdan II telah mati dibunuh yang mengakibatkan beliau hilang perlindungan daripada sesiapa. Dengan itu beliau mengambil keputusan untuk bersemuka dengan pemburunya sendiri iaitu John Hunyandi yang merupakan Raja Hungary. Beliau berangkat ke Negara musuhnya dan mula mempengaruhi raja itu dengan kata-kata dan janji-janji. Dracula telah berjaya mempengaruhi raja Hungary tersebut dengan ilmu pengetahuan beliau berkaitan strategi perang Tuki Uthmaniah. Ini kerana John Hunyandi begitu taksub kepada kebencian beliau kepada Empayar Turki Uthmaniah.[footnoteRef:12] Malahan beberapa siri pertembungan antara Hungary dan Turki seringkali Turki memenangi pertempuran tersebut berbanding dengan Hungary. Lalu dengan pengetahuan baru ini maka bellau melantik Dracula untuk menjadi penasihat dalam hal ehwal berkaitan dengan Empayar Turki Uthmaniah dan mengakhiri perseteruan antara mereka. Ini juga adalah merupakan apa yang Dracula inginkan kerana beliau juga turut membenci Empayar Turki Uthmaniah. [12: Ini kerana ketika perkembangan kuasa yang dilakukan oleh Empayar Turki Uthmaniah telah mengakibatkan terkorbannya ayahanda beliau kerana terlalu tertekan dengan kemaraan yang dilaksanakan oleh Empayar Turki Uthmaniah kepada kawasan jajahan takluk Hungary.]

Selepas kejatuhan Kota Contatinople ke tangan Sultan Muhammad II pada tahun 1453, Empayar Turki Uthmaniah mula melebarkan sayap pengaruhnya dari kota tersebut sehingga ke tanah besar Eropah. Pada tahun 1456 Empayar Turki mengancam kedudukan Hungary apabila berjaya menguasai Belgrade. Hunyadi tidak berdiam diri dengan ancaman ke atas negaranya, lalu memulakan serangan balas di Serbia. Tidak lama selepas itu, Hunyadi meninggal dunia akibat wabak. Dengan kematian Hunyadi maka memberi peluang kepada Dracula untuk merampas semula Wallachia daripada tangan Vladislav II raja boneka oleh Hunyadi. Hasil pertembungan berdarah antara beliau dan Vladislav II, beliau berjaya membunuh Vladislav dan mengambil semula takhta Wallachia.[footnoteRef:13] [13: Al-Ghazali, op. cit, hlm 163]

PEMERINTAHAN KEDUA DRACULAKembalinya Dracula kali ini membawa satu perubahan yang baru kerana beliau telah banyak belajar mengenai pentadbiran dan selok-belok politik ketika menjadi penasihat Hunyadi, kini beliau lebih bersedia untuk menjadi pemerintah berbanding dengan pemerintahan pertama beliau sebelum ini. Melihatkan keadaan negaranya yang kucar-kacir akibat jenayah yang tinggi, hasil pertanian yang merosot dan penurunan aktiviti perniagaan dan perdagangan, Dracula mula memperkenalkan dasar-dasar transformasi ekonomi di negaranya. Dracula menggariskan tiga matlamat utamanya, iaitu meningkatkan ekonomi, memperkasakan pertahanan Wallachia serta mengukuhkan kuasa politiknya. Bagi tujuan meningkatkan taraf ekonomi Wallachia, Dracula membina penempatan-penempatan baru dengan tujuan memberi kesejahteraan dan keselesaan para petani, sekaligus membantu meningkatkan tahap pengeluaran hasil pertanian. Memahami betapa pentingnya aktiviti perniagaan bagi memacu kemajuan Wallachia, Dracula membantu para peniaga tempatan dengan cara mengehadkan kemasukan dan aktiviti para peniaga luar yang tertumpu di tiga bandar perniagaan utama Wallachia, iaitu Targsor, Campulung dan Targoviste. Dendam lama masih membara. Memori lama dikhianati oleh golongan Boyar dalam pentadbirannya masih lagi segar dalam minda Dracula. Kali ini beliau mengambil langkah berjaga-jaga supaya perkara yang sama tidak berulang dalam pemerintahan kali keduanya. Golongan Boyar juga merupakan punca pembunuhan bapa dan abang sulungnya akibat gila kuasa dalam golongan boyar. Oleh itu, bagi menjaga kedudukan politiknya maka Dracula mengambil langkah drastik dengan membunuh golongan Boyar yang tidak setia dengan kaedah menyula mereka dan membiarkan mayat mereka tergantung sebagai tontonan ramai. Manakala sebahagian yang lain dijadikan hamba abdi dan di arahkan untuk membina istana milik Dracula sendiri di Targoviste yang berada di atas bukit. Sebagai seorang Kristian, Dracula membina sebuah gereja di sebuah tempat bernama Targsor, bagi mengenang kematian ayah dan abang sulungnya. Malahan beliau juga kerap mendermakan sejumlah wang kepada monastri Snagov dan membantu dalam pembinaan Monastri Snagov tersebut.[footnoteRef:14] [14: Namun begitu, kekristianan Dracula menimbulkan persoalan kepada golongan paderi, ini kerana kekejaman yang beliau lakukan bercanggah dengan doktrin-doktrin suci Kristian]

Tempoh pemerintahan Dracula dianggap paling kejam dalam sejarah Eropah hinggakan kekejaman beliau ini tersebar hingga ke Jerman dan lain-lain bahagian Eropah. Selain itu, jumlah keseluruhan mangsa kekejaman pada masa pemenrintahan beliau mencecah puluhan ribu nyawa. Namun begitu, bagi kebanyakan warga Wallachia dan Romania hari ini, Dracula adalah seorang adiwira kebangsaan. Namun begitu teknik yang digunakan oleh Dracula dianggap antara paling aman pernah dialami dalam sejarah Rom.[footnoteRef:15] [15: Selama permerintahan Dracula beliau telah menghabiskan hayatkan bagi menentang perluasan kuasa kerajaan Empayar Turki Uthmaniah. Kaedah penyulaan yang di laksanakan oleh Dracula bagi menghukum banduan dan tebusan perang muslim itu tidak dapat dimaafkan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. ]

Kadar jenayah turun mendadak kerana rakyat tahu Dracula tidak teragak-agak untuk melaksanakan hukuman.[footnoteRef:16] Namun begitu, hukuman sula bukan sesuatu yang janggal ketika Zaman Kegelapan Eropah, tetapi tidak pernah dilakukan secara besar-besaran seperti yang dilakukan oleh Dracula. [16: Bagi menguji keberkesanan kaedah hukuman yang dilakukan, Dracula telah meletakkan gelas-gelas emas di beberapa pancuran air yang menjadi persinggahan para peniaga dari dalam dan luar negara untuk minum dan sebagainya. Gelas-gelas yang memukau pandangan mata itu tidak pernah dicuri. Hal ini kerana tiada seorang yang berani berbuat demikian, kerana takut dihukum oleh Dracula.]

PERANG SALIB 1459Pada tahun 1459 Masihi, seruan kepada Perang Salib menentang Turki Uthmaniah telah difatwakan oleh Pope Pius II, melalui Kongres Mantua pada tahun yang sama. Mathius Corvinus, anak kepada Raja Hungary, John Hunyadi menyahut seruan ini dan telah menerima 40,000 syiling emas daripada Pope, cukup bagi dirinya membentuk pasukan tentera seramai 12000 orang dan membeli 10 buah kapal perang. Menurut penulis barat bernama Kurt W. Treptow, hanya seorang daripada para pemimpin Eropah yang menyokong sepenuhnya Perang Salib baru ini, iaitu Vlad III Dracula. Dracula segera menyatakan persetujuannya untuk bersekutu dengan Corvinus bagi menghambat keluar Empayar Turki Uthmaniah dari negaranya. Al-Fateh sebelum itu telah mewartakan bahawa Wallachia sebagai sebahagian daripada Empayar Utmaniah. Dari sinilah bermulanya episod keganasan berskala besar Dracula. Pada tahun 1459, Sultan Muhammad Al-Fateh menghantar wakil bertemu dengan Dracula bagi meminta putera Wallachia itu membayar jizyah yang ketika itu disebut sebagai ufti, sejenis cukai yang dikenakan ke atas orang bukan islam.Jizyah yang diminta oleh Empayar Turki Uthmaniah adalah dalam bentuk wang 10,000 ducat dan 500 orang rekrut rakyat tempatan bagi menyertai pasukan tentera Turki. Dracula enggan membayar jizyah tersebut ini kerana bererti Wallachia menjadi sebahagian Empayar Turki Uthmaniah. Sebagai jawapan kepada utusan Al-Fateh, Dracula menghukum wakil-wakil sultan itu, dengan alasan mereka keras kepala dan angkuh, kerana enggan membuka serban masing ketika manghadap beliau di Wallachia.[footnoteRef:17] Pada awal tahun 1462 Masihi, dalam usaha menghalau penguasaan Turki, Dracula bersama bala tenteranya telah menyeberangi Lembah Sungai Danube dan menyerang seluruh tanah milik Bulgaria yang ketika itu berada dalam penguasaan Empayar Turki Uthmaniah. Menyedari betapa dasyatnya kerosakan dan pembunuhan yang dilakukan oleh Dracula, pada Jun 1462, Sultan Muhammad Al-Fateh menyeberangi Sungai Danube bagi menghadapi Dracula. Bersamanya menuju Wallachia adalah seramai 90,000 tentera. Dracula dan pasukan tentera hanya berkekuatan 40,000 orang, sememangnya tidak mampu menghadapi kekuatan tentera Sultan Muhammad Al-Fateh. [17: Hukuman kepada mereka adalh dengan dipaku kepala masing-masing akibatnya mereka terbunuh dan pembunuhan ini mencetuskan keberangan kepada Sultan Muhammad Al-Fateh. Ini kerana mengikut undang-undang perang wakil utusan sultan tidak dibenarkan dibunuh oleh pihak musuh dan ini jelas telah melanggar etika perang.]

TAKTIK PERANG GERILA Bagi mengurangkan penentangan dari pihak musuh Sultan Muhammad Al-Fateh telah menghantar Bey Nicoplois bernama Hamza Pasha untuk berdamai dengan warga Danube. Menyedari tujuan Hamza Pasha tersebut, Dracula mula merancang mahu melakukan serangan hendap. Ketika Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya seramai 10,000 orang sedang menyeberangi laluan sempit di utara Giugiu, Dracula melancarkan serangan mengejutnya, kedua-dua pemimpin tersebut telah bertempur selama beberapa hari dalam pertembungan tersebut. Bagi melemahkan pasukan tentera Turki, Dracula menggunakan taktik menghantar rakyatnya yang mempunyai penyakit berjangkit berbahaya bagi mendekati tentera Turki. Hasilnya, ramai askar Turki dijangkiti wabak penyakit bawaan ejen-ejen Dracula terbabit[footnoteRef:18]. Seterusnya, pada malam khamsi 17 Jun 1462, Dracula menyerang kem penginapan tentera Turki. Misinya kali ini adalah mahu mengkucar-kacirkan tentera Turki dan membunuh Al-Fateh dengan tangannya sendiri. [18: . Ini merupakan satu bentuk senjata perang biologi yang telah digunakan pada zaman itu]

Serangan tersebut telah memeranjatkan bala tentera Turki Uthmaniah. Dracula dengan bantuan rakyat Wallachia mengepung dan menyerang tentera Turki mengakibat ribuan nyawa terkorban. HampIr semua mereka ditangkap dan disula dengan batang-batang kayu tajam. Batang-batang sula ini kemudia dipacakkan ke tanah, dan mayat-mayat akan tergantung di batang sula itu untuk ditinggalkan mereput. Hamza Pasha disula di batang kayu yang paling tinggi, bagi menggambarkan pangkatnya yang tinggi. Namun begitu, Dracula gagal dalam usahanya untuk membunuh Al-Fateh.[footnoteRef:19] Namun begitu, Sultan Muhammad Al-Fateh masih belum berputus asa dan mengumpul semula kekuatan bala tenteranya dan mula mara menuju ibu Negara Wallachia. Akibat beberapa siri serangan yang telah dilakukan sebelum ini telah mengakibatkan tentera di bawah Dracula menjadi berkurang, namun begitu kekuatan bala tentera Empayar Turki Uthmaniah ketika itu sangat besar, serangan yang dilakukan sebelum ini oleh Dracula tidak menjejaskan kekuatan ketenteraan Empayar Turki Uthmaniah. [19: Serangan malam itu terkenal dalam sejarah Romania sebagai insiden Serangan Malam Targoviiste.]

Walaubagaimanapun, dalam menghadapi tekanan ini Dracula telah menggunakan strategi perang yang amat sadis hingga luar dari sifat manusia ketika itu. Dracula mengumpulkan 20,000 jenazah askar dan beberapa tahanan tentera Turki dan membuat hutan mayat. Hutan mayat itu dilaksanakan dengan memacakkan tiang-tiang yang mempunyai mayat manusia di hujung tiang tersebut, dan tiang-tiang itu dipacakkan sepanjang kiri dan kanan perjalanan menuju ke Istana Dracula. Hal ini disaksikan sendiri oleh Sultan Muhammad Al-Fateh dan ini telah mengakibatkan beliau dicengkam kesedihan, lalu mengundurkan tenteranya dari Targoviste. Terkesan dengan apa yang berlaku telah menyebabkan Al-Fateh mengundurkan diri keluar dari Danub dan pulang ke Turki. Hal itu, dianggap sebuah kemenangan yang besar kerana Negara yang kecil mampu menewaskan Empayar Turki Utmaniah yang besar dan dilengkapi senjata moden. KEKALAHAN DRACULABagi mengekang kemaraan Dracula, Sultan Muhammad Al-Fateh melantik adik Dracula sendiri, Radu cel Frumos bagi mengepalai bala tentera bagi berjuang menentang Dracula. Radu dan battalion tentera yang lain berjaya menumpaskan tentera Dracula. Dracula walaubagaimanapun berjaya meloloskan diri dan meminta bantuan daripada raja Hungary Matthias Corvinus bagi mendapatkan semula Negara Wallachia yang telah jatuh ke tangan Empayar Turki Utmaniah. Nasib malang menimpa Dracula apabila Corvinus menyumbat beliau ke dalam penjara selama 10 tahun.[footnoteRef:20] Penangkapan ke atas Dracula itu atas alasan kekejaman dalam peperangan yang dilakukan ketika menentang kemaraan Turki Uthmaniah. Namun begitu, tekanan dari pemimpin eropah telah memaksakan Corvinus untuk melepaskan Dracula. Selepas dibebaskan Dracula telah mengahwini sepupu Corvinus bernama Ilona Szilagyi. [20: Punca sebenar pemenjaraan Dracula selama 10 tahun itu adalah disebabkan kerakusan Matthias Corvinus sendiri. Corvinus sebenarnya sudah menghabiskan wang yang diberikan oleh Pope bagi melancarkan perang ke atas kaum muslimin untuk tujuan peribadi.]

Selepas kematian Radu pada 1475 Masihi, Dracula memaksa Corvinus untuk membantu beliau mendapatkan semula Wallachia daripada pengaruh Turki Uthmaniah. Setelah berhempas pulas menentang musuh ketat beliau, Dracula berjaya mendapatkan semula Wallachia dan memerintah selama dua bulan sebelum dibunuh oleh perisik dari Turki Uthmaniah, dan kepala beliau telah dipenggal dan dibawa ke Istanbul, manakala badannya dikebumikan di Wallachia. PENUTUPPasti ramai dalam kalangan kita hari ini yang mengenali nama Dracula melalui filem-filem seram. Dracula yang ada dalam fikiran kita adalah seorang hantu lelaki bertaring dan gemar menghisap darah melalui gigitan leher mangsanya. Kisah-kisah mengenai makhluk-makhluk pelik memakan darah atau daging mangsa yang masih hidup, sebenarnya dijumpai hampir dalam semua budaya di seluruh dunia, sejak berkurun lamanya. Namun begitu, cerita-cerita vampirisme atau Dracula ini mempunyai motif tertentu seperti bagi membentuk anak-anak mendengar kata orang tua, dan tidak kurang juga untuk tujuan politik. Pada zaman di mana alat komunikasi dan media masih tidak wujud, cerita-cerita mitos dan legenda sering ditokok-tambah bagi menjadi menarik dan agung. Malahan ketika itu, mengagungkan dan memomokkan peribadi seseorang begitu mudah dilakukan, ianya amat berkesan hingga berzaman lamanya. Namun begitu, di Negara-negara barat wujud sekumpulan kecil masyarakat yang menggelarkan diri sebagai vampire.[footnoteRef:21] [21: Kumpulan bukan manusia yang telah mati hidup semula, mereka hanya manusia biasa yang mengamalkan ajaran sesat, meminum darah dan memuja syaitan. Mereka masuk dalam masyarakat dalam bentuk muzik heavy metal dengan lirik lagu berunsurkan pemujaan.]

Namun begitu, persoalan di sini bagaimana wujudnya vampire dan Dracula ini yang hingga kini mempengaruhi minda masyarakat kini? Apakah watak Vlad III Dracula dalam sejarah ini sama dengan watak Dracula zaman moden ini? Penulis barat menggunakan pelbagai kaedah bagi mengagungkan tokoh Vlad III Dracula ini sehingga menjadikan beliau sebagai watak makhluk yang dahagakan darah supaya pada zaman-zaman akan datang generasi masih menyebut-nyebut nama beliau walaupun tidak mengenali diri Dracula yang sebenar. Kekejaman yang beliau lakukan kepada orang muslim dapat dikaburi dalam minda hinggakan masyarakat menolak kewujudan sebenar lelaki bernama Dracula ini. Malahan sejarawan islam juga tidak banyak menekankan kepada peritiwa perjalanan hidup Sultan Muhammad Al-Fateh selepas beliau berjaya menguasai Kota Konstatinople. Kebanyakan buku-buku sejarah hanya mengagungkan tokoh-tokoh tersebut keatas kejayaan yang telah beliau lakukan dan mengkaburkan selebihnya. Diharapkan kajian ini dapat membuka mata pembaca untuk menerokai sejarah sesuatu peristiwa dengan bersumberkan kepada pelbagai bahan dan tidak hanya berpandukan kepada satu sumber sahaja. Malahan diharapkan dengan kajian ini sedikit sebanyak membantu pembaca mengenali siapa sebenarnya Dracula itu.10