aplikasi pedagogi pengajaran sejarah (1)

2
APLIKASI PEDAGOGI PENGAJARAN SEJARAH (EN> MAHAYUDIN B. MOHAMAD NOR) PERSEDIAAN UNTUK PEPERIKSAAN AKHIR 4 SOALAN STRUKTUR (WAJIB JAWAB SEMUA) 4 SOALAN ESEI (JAWAB 2 SOALAN SAHAJA) 1. a) Jelaskan matlamat kurikulum (KSSR) Sejarah Sekolah Rendah? (5M) Matlamat kurikulum (KSSR) Sejarah Sekolah Rendah ialah dapat mendidik jiwa murid-murid dengan semangat patriotik dan kenegaraan yang secara tidak langsung akan melahirkan individu yang sentiasa cinta dan setia akan tanah air. Semangat perpaduan dan kekitaan antara kaum juga dapat dipupuk apabila murid-murid diberi pendedahan awal tentang sejarah yang berlaku di negara kita. Murid-murid akan menjadi individu yang lebih menghargai jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh pejuang tanah air dulu serta sentiasa berusaha menjaga dan mempertahankan keharmonian dan kesejahteraan negara ini. Konsep 1 Malaysia juga dapat diaplikasikan dan diterapkan di sekolah kerana murid-murid dapat bekerjasama dan menyesuaikan diri sesama mereka meskipun berbeza dari aspek bangsa, agama dan warna kulit dalam setiap aktiviti yang dijalankan di sekolah. (Cadangan jawapan sahaja) b) Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda dapat merealisasikan matlamat kurikulum sejarah seperti mana yang dihasratkan? (10 M) Sebagai seorang guru sejarah, kita haruslah profesional dalam bidang sejarah dengan menguasai kandungan pelajaran yang diajar. Guru sejarah juga perlu mendidik pelajar menggunakan pemikiran sejarah dan pertimbangan sejarah bagi membolehka mereka mengembangkan dan menggunakan pemikiran sejarah termasuk pemikiran kreatif dalam penyelidikan sejarah. Guru sejarah juga perlu membimbing pelajar membezakan antara fakta dan interprestasi, antara fakta dan propaganda dan menerapkan sifat ketelitian dan kritis dalam kalangan pelajar sejarah. Guru Sejarah perlu berinovasi dan kreatif dalam mencorakkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Sejarah perlulah diajar dalam konteks yang menyeronokkan. Kreativiti dan elemen kreatif perlulah dimasukkan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran guru. 2. a) Bandingkan perbezaan antara pembelajaran tradisional dan pembelajaran kontekstual? Objektif pembelajaran tradisional hanya untuk memindahkan maklumat kepada murid manakala pembelajaran kontekstual ialah mencari, membina danmengaplikasikan maklumat kepada dunia sebenar. Peranan murid dalam pembelajaran tradisional sebagai Penerima maklumat yang pasifmelalui syarahan dan pembacaan manakala peranan murid dalam pembelajaran kontekstual eorang yang aktif mencari dan membina maklumat melalui aktiviti sebenar dalam kehidupan harian. Penilaian pembelajaran tradisional ialah menguji fakta contohnya ujian kertas dan pensil manakala penilaian pembelajaran kontekstual berasaskan pencapaian atau prestasi dan penyelesaian masalah (contoh: portfolio). b) Huraikan tujuan pendekatan pembelajaran berasaskan projek dilaksanakan dalam subjek sejarah. Pembelajaran berasaskan projek dapat melatih murid melaksanakan inkuiri untuk belajar atau untuk menghasilkan projek. Proses inkuiri akan menggalakan murid menghasilkan idea-idea baru serta membuat interpretasi. · Pembelajaran berasaskan projek menggalakkan murid berkomunikasi seperti berkolaborasi dan bukan sekadar mengingati maklumat dan fakta (mereka perlu terlibat dengan pemikiran aras tinggi seperti mengaplikasi, menganalisis, menilai dan menghasilkan). Murid juga akan belajar bekerjasama sebagai satu pasukan, menghormati pandangan rakan, memberi idea dan pandangan sendiri serta membuat persembahan laporan projek. Murid juga berpeluang untuk menyatakan pandangan serta pilihan mereka sendiri serta bertanggungjawab ke atas kerja-kerja mereka (murid menjadi lebih aktif) dan melibatkan maklum balas (daripada rakan dan guru) dan mengulangkaji pelajaran Murid juga dapat berkongsi hasil dapatan / projek dengan rakan-rakan sekelas atau daripada kelas atau sekolah lain (apabila dimuatnaik menggunakan blog atau laman sesawang).

Upload: siti-hasliza

Post on 19-Jul-2015

159 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aplikasi pedagogi pengajaran sejarah (1)

APLIKASI PEDAGOGI PENGAJARAN SEJARAH(EN> MAHAYUDIN B. MOHAMAD NOR)

PERSEDIAAN UNTUK PEPERIKSAAN AKHIR• 4 SOALAN STRUKTUR

(WAJIB JAWAB SEMUA)

• 4 SOALAN ESEI

(JAWAB 2 SOALAN SAHAJA)

1. a) Jelaskan matlamat kurikulum (KSSR) Sejarah Sekolah Rendah? (5M)

Matlamat kurikulum (KSSR) Sejarah Sekolah

Rendah ialah dapat mendidik jiwa murid-murid dengan

semangat patriotik dan kenegaraan yang secara tidak

langsung akan melahirkan individu yang sentiasa cinta dan

setia akan tanah air. Semangat perpaduan dan kekitaan

antara kaum juga dapat dipupuk apabila murid-murid

diberi pendedahan awal tentang sejarah yang berlaku di

negara kita. Murid-murid akan menjadi individu yang lebih

menghargai jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh pejuang

tanah air dulu serta sentiasa berusaha menjaga dan

mempertahankan keharmonian dan kesejahteraan negara

ini. Konsep 1 Malaysia juga dapat diaplikasikan dan

diterapkan di sekolah kerana murid-murid dapat

bekerjasama dan menyesuaikan diri sesama mereka

meskipun berbeza dari aspek bangsa, agama dan warna

kulit dalam setiap aktiviti yang dijalankan di sekolah.

(Cadangan jawapan sahaja)

b) Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda dapat

merealisasikan matlamat kurikulum sejarah seperti

mana yang dihasratkan?

(10 M)

Sebagai seorang guru sejarah, kita haruslah profesional

dalam bidang sejarah dengan menguasai kandungan

pelajaran yang diajar. Guru sejarah juga perlu mendidik

pelajar menggunakan pemikiran sejarah dan pertimbangan

sejarah bagi membolehka mereka mengembangkan dan

menggunakan pemikiran sejarah termasuk pemikiran kreatif

dalam penyelidikan sejarah.

Guru sejarah juga perlu membimbing pelajar

membezakan antara fakta dan interprestasi, antara fakta dan

propaganda dan menerapkan sifat ketelitian dan kritis dalam

kalangan pelajar sejarah.

Guru Sejarah perlu berinovasi dan kreatif dalam

mencorakkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik

darjah. Sejarah perlulah diajar dalam konteks yang

menyeronokkan. Kreativiti dan elemen kreatif perlulah

dimasukkan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran

guru.

2. a) Bandingkan perbezaan antara pembelajaran tradisional dan pembelajaran kontekstual?

Objektif pembelajaran tradisional hanya untuk memindahkan maklumat kepada murid manakala pembelajaran kontekstual ialah mencari, membina danmengaplikasikan maklumat kepada dunia sebenar.

Peranan murid dalam pembelajaran tradisional sebagai Penerima maklumat yang pasifmelalui syarahan dan pembacaan manakala peranan murid dalam pembelajaran kontekstual eorang yang aktif mencari dan membina maklumat melalui aktiviti sebenar dalam kehidupan harian.

Penilaian pembelajaran tradisional ialah menguji fakta contohnya ujian kertas dan pensil manakala penilaian pembelajaran kontekstual berasaskan pencapaian atau prestasi dan penyelesaian masalah (contoh: portfolio).

b) Huraikan tujuan pendekatan pembelajaran berasaskan projek dilaksanakan dalam subjek sejarah.

Pembelajaran berasaskan projek dapat melatih murid melaksanakan inkuiri untuk belajar atau untuk menghasilkan projek. Proses inkuiri akan menggalakan murid menghasilkan idea-idea baru serta membuat interpretasi.

· Pembelajaran berasaskan projek menggalakkan murid berkomunikasi seperti berkolaborasi dan bukan sekadar mengingati maklumat dan fakta (mereka perlu terlibat dengan pemikiran aras tinggi seperti mengaplikasi, menganalisis, menilai dan menghasilkan).

Murid juga akan belajar bekerjasama sebagai satu pasukan, menghormati pandangan rakan, memberi idea dan pandangan sendiri serta membuat persembahan laporan projek.

Murid juga berpeluang untuk menyatakan pandangan serta pilihan mereka sendiri serta bertanggungjawab ke atas kerja-kerja mereka (murid menjadi lebih aktif) dan melibatkan maklum balas (daripada rakan dan guru) dan mengulangkaji pelajaran

Murid juga dapat berkongsi hasil dapatan / projek dengan rakan-rakan sekelas atau daripada kelas atau sekolah lain (apabila dimuatnaik menggunakan blog atau laman sesawang).

Page 2: Aplikasi pedagogi pengajaran sejarah (1)

3. a) Ciri-ciri pemilihan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran

(P&P) yang berkesan. (5m)

Penggunaan BBM mestilah mudah, jelas dan difahami oleh murid semasa proses penyampaian isi pelajaran. Di samping itu, dapat memperjelaskan mesej yang bersifat abstrak kepada konsep yang lebih konkrit. Sebagai contoh, tayangan video tempat pelancongan di Perak diaplikasikan daripada guru hanya menggunakan teknik penerangan sahaja.

Penggunaan BBM memudahkan mesej yang dapat ditafsir oleh murid. Jika terlalu senang BBM itu, murid mungkin akan mudah merasa jemu. Jika terlalu sukar BBM itu,murid akan rasa kecewa dan bosan.

Penggunaan BBM yang betul dan sesuai dapat membantu merangsang tahap imaginasi dan kreativiti murid dalam sesuatu mata pelajaran.

Penggunaan BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu diseimbangkan dengan penggunaan pelbagai kaedah lain yang sesuai dengan tajuk yang diajar. Sebagai contoh, teknik bercerita menggunakan BBM seperti kostum, beg bercerita dan topeng.

Penggunaan BBM dapat mempertingkatkan dan memperkembangkan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK). Sebagai contoh, pengajaran Sejarah berbantukan BBM akan dapat memudahkan guru menyampaikan isi pelajaran. Murid dapat memahami pelajaran dengan lebih mudah lagi. Proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan dan berkesan.

Membantu menfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat pada Bahan Bantu Mengajar (BBM).

Membantu interaksi yang aktif antara murid dan guru.

b) Perbezaan bahan maujud dengan persembahan powerpoint: (10m)

Penggunaan bahan maujud memberikan pengalaman sebenar kepada murid berbanding persembahan powerpoint yang hanya memaparkan bahan maya yang tidak boleh disentuh mahupun dialami sendiri.

Penggunaan bahan maujud menarik perhatian murid terhadap pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru berbanding persembahan powerpoint kebarangkalian murid terleka adalah tinggi kerana lalai dengan persembahan yang berwarna-warni, animasi yang pelbagai dan nota isi pelajaran yang ringkas sahaja.

Penggunaan bahan maujud dapat menunjukkan peringkat atau proses yang tidak boleh diperhatikan secara terus melalui persembahan powerpoint. Sebagai contoh, topik penyediaan bekas ikan hiasan menggunakan akuarium bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup tahun 5. Murid dapat melakukan dengan sendiri kerja memilih akuarium / bekas dan aksesori, menyedia dan menghias

akuarium dan memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium / bekas.

Penggunaan bahan maujud dapat mengukuhkan sesuatu konsep yang dipelajari oleh murid-murid berbanding persembahan powerpoint yang bersifat penerangan isi pelajaran semata-mata.

Penggunaan bahan maujud dapat meneguhkan ingatan murid terhadap pengajaran guru berbanding persembahan powerpoint yang hanya digunakan untuk menarik minat murid belajar sahaja.

Penggunaan bahan maujud dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih konkrit berbanding persembahan powerpoint yang bersifat maya.

Penggunaan bahan maujud dapat memudahkan kefahaman murid terhadap pengajaran guru berbanding persembahan powerpoint.

(cadangan jawapan daripada Kak Norul Azni)

4. a) Apakah etika guru Sejarah yang perlu ada pada diri anda?

Bersikapa adil terhadap setiap seorang murid tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.

Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara.

Memupuk dalam diri setiap muridsikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.