aplikasi kemahiran dalam pengajaran pembejaran pendidikan moral

66
MUHAMMAD MUAZ BIN MOHD AMIN MUHAMMAD ZHARIFF BIN HASNAN APLIKASI KEMAHIRAN DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Upload: mitsuzaka-mitsuka

Post on 01-Dec-2015

409 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

moral

TRANSCRIPT

APLIKASI KEMAHIRAN DALAM PENGAJARAN PEMBEJARAN PENDIDIKAN MORAL

MUHAMMAD MUAZ BIN MOHD AMINMUHAMMAD ZHARIFF BIN HASNANAPLIKASI KEMAHIRAN DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

1

2PengenalanTheory of Constraints (TOC) adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif daripada perspektif guru dan murid. Teknik ini dapat menghidupkan pengajaran dan pembelajaran sekaligus meningkatkan minat murid terhadap sesuatu mata pelajaran.Apakah TOC?TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah berdasar pemikiran yang logik dan sistematik. Teknik ini adalah sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. Rumusan kepada apa yang dimaksudkan dengan TOC adalah sebagaimana berikut ;

PEMBELAJARAN BERASASKAN TEORI OF CONSTRAINT3

4Menerusi perlaksanaan teknik TOC dalam pengajaran dan pembelajaran, murid dan guru berupaya ; mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran menyelesaikan masalah dengan berkesanmembuat keputusan secara bertanggungjawab dan bersamaberkomunikasi dengan baik memperoleh pembelajaran sepanjang hayat.Melalui aplikasi teknik TOC, tiga kem ahiran dapat digabungjalinkan dalam pros es pengajaran dan pem belajaran iaitu;kemahiran berfikir secara kritiskemahiran berfikir secara kreatifkemahiran generik

KELEBIHAN TOC5Dalam pendidikan, teknik TOC boleh diaplikasikan menerusi;kandungan kurikulum pengajaran dan pembelajaran konsep.membuat keputusan berkaitan dengan permasalahan pembelajaran.perancangan strategik untuk mencapai matlamat.

Cadangan kaedah penggunaan teknik TOC dalam pendidikan adalah sebagaimana berikut;sesi bercerita ( pemahaman konflik dan cara watak membuat keputusan).kajian kes ( modifikasi kelakuan dan tingkah laku, pembelajaran nilai murni dan kerohanian).Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran ( kemahiran berfikir danperancangan strategik).

Aplikasi TOC dalam pendidikan6Pembelajaran aktif merujuk kepada kaedah di mana murid melakukan sesuatu termasuk memproses, mengguna dan membuat refleksi terhadap maklumat yang diberi. Kaedah ini berasaskan kepada dua anggapan pembelajaran iaitu pembelajaran secara tabiinya adalah satu kegiatan yang aktif dan setiap manusia mempunyai cara belajar yang berbeza. Elemen pembelajaran aktif termasuk bercakap,mendengar, menulis, membaca dan membuat refleksi.

PEMBELAJARAN AKTIF7KAEDAH PEMBELAJARAN AKTIF DALAM BILIK KELAS8Kertas seminit ( Minute papers) Kaedah ini boleh digunakan untuk melihat perkembangan murid dari segi kefahaman atau reaksi terhadap bahan yang baru disampaikan. Murid diminta untuk menulis refleksi tentang aktiviti pembelajaran untuk mata pelajaran pada hari tersebut. Antara soalan yang boleh ditanya untuk penulisan refleksi ialah:Apakah perkara penting yang telah dipelajari hari ini ?Apakah perkara yang telah difahami daripada tajuk yang dipelajari hari ini ?Apakah perkara yang tidak difahami daripada tajuk yang dipelajari hari ini ?Cadangan untuk memahami perkara yang tidak difahami.a. Aktiviti secara individu.9ii. Kuiz dari Pembacaan ( Reading Quiz):Kaedah ini boleh digunakan untuk melihat pemahaman murid terhadap bahan yang dibaca. Kaedah ini boleh menggalakkan murid membaca bahan yang telah ditugaskan. Kaedah penyoalan boleh dilakukan secara lisan atau secara bertulis mengikut kreativiti masing-masing.

a. Aktiviti secara individu.10iii. Berhenti seketika ( Clarification Pauses): Ini adalah kaedah mudah yang memupuk pendengaran aktif. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutama selepas memberi definisi konsep penting dan difahami oleh murid. Guru berhenti seketika .Tanya jika sesiapa memerlukan penerangan lanjut. Guru boleh bergerak dalam bilik kelas ketika waktu berhenti seketika. Kaedah ini memberi peluang kepada murid-murid untuk bertanya soalan. Sebahagian murid mungkin malu untuk bertanya di hadapan semua rakan tetapi akan melakukan apabila guru bergerak hampir kepada mereka.

a. Aktiviti secara individu.11iv.Bertanya soalan (Question and Answer)Kaedah penyoalan biasanya digunakan untuk mengenalpasti tahap kefahaman murid terhadap perkara yang baru disampaikan .Terdapat beberapa kaedah yang boleh meningkatkan penglibatan dan sekaligus pemahaman murid . Bertanya soalan kepada seluruh murid dan meminta seorang murid menjawab.Untuk meningkatkan penglibatan murid dan boleh diubah suai dengan meminta murid lain untuk menyimpulkan apa yang telah dikatakan oleh murid pertama.Ramai murid kurang atau tidak mendengar apa yang diucapkan oleh rakan mereka dan menunggu guru membetulkan atau mengulang jawapan tersebut.Dengan meminta murid menyimpulkan atau mengulang apa yang rakan mereka katakan akan memupuk sikap penglibatan secara aktif di kalangan semua murid dan menggalakkan murid menjadi pendengar yang baik sesama mereka.

a. Aktiviti secara individu.12i. Kumpulan pakar: ( JIGSAW )

Murid dibahagi kepada 5 kumpulan mengikut bilangan murid dalam bilik kelas. Bilangan murid untuk setiap kumpulan adalah lebih kurang 4 atau 5 orang.Setiap murid diminta untuk menomborkan diri mereka. Setiap murid yang bernombor satu akan berada di kumpulan 1, murid bernombor dua akan berada di kumpulan no. 2 dan begitulah seterusnya untuk murid yang bernombor 5 akan berada di kumpulan nombor 5. Setiap kumpulan diminta untuk membincang satu tajuk yang berbeza. Mereka di beri masa 30 minit untuk berbincang. Selepas perbincangan mereka diminta untuk membentang hasil perbincangan untuk dimurnikan. Selepas sesi pemurnian, murid-murid akan balik ke kumpulan asal di mana mereka akan bertanggung jawab untuk menyampaikan maklumat kepada rakan-rakan dan seterusnya menjadi pakar rujuk kepada tajuk-tajuk tertentu yang telah dibincangkan. Struktur JIGSAW adalah kompleks kerana ia memerlukan komitmen dari murid dan pendidik.Pelaksanaan teknik JIGSAW memerlukan perancangan rapi (Felder,2004) dan perlu mempunyai ciri-ciri seperti kepelbagaian kumpulan, kesaling bergantungan positif, kebertanggungjawapan individu, kemahiran interpersonal, peluang kejayaan sama rata dan saingan kumpulan.

b. Pembelajaran secara kumpulan

13i. Pensemukaan (Liz Warner)Murid dibekalkan dengan kad yang mengandungi soalan. Kad tersebut diletakkan di tengah meja secara terbalik. Ketua kumpulan diminta untuk mengambil kad tersebut. Beliau akan membaca soalan tersebut untuk dikemukakan kepada rakan rakan sekumpulannya.Murid murid lain dalam kumpulan akan menjawab soalan tersebut secara individu. Kalau ada di antara murid yang tak boleh menjawab soalan tersebut mereka diminta untuk menulis tanda tanya pada kertas jawapan. Semua pelajar tunjuk ibu jari apabila sudah sedia. Ketua kumpulan akan menyatakan SHOWDOWN dan ahli kumpulan akan meletakkan jawapan di tengah meja. Ketua kumpulan akan membimbing ahli kumpulan untuk menjawab soalan tersebut.

c. Permainan dalam aktiviti pembelajaran

14ii.Semakan Pasangan (Spencer Kagan)Setiap kumpulan diminta untuk menjalankan aktiviti secara pasangan iaitu pasangan A dan B.Setiap pasangan akan dibekalkan dengan 2 soalan untuk dibincangkan. Pasangan A akan dibekalkan dengan 1 soalan dan jawapan daripada kumpulan B dan begitu sebaliknnya. Mereka diberi masa 15 minit untuk mendapatkan jawapan. 15 minit yang kedua , kumpulan A akan membimbing kumpulan B untuk menyemak jawapan dan 15 minit yang seterusnya kumpulan B akan membimbing kumpulan A untuk menyemak jawapan.15 minit yang terakhir, guru akan memurnikan jawapan murid.

c. Permainan dalam aktiviti pembelajaran

15PEMBELAJARAN KONSTEKTUAL16APAKAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL ?Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands on dan minds on.

Pengalaman Harian IndividuPersekolahan

Alam PekerjaanKehidupan Masyarakat

17 Teori pembelajaran secara kontekstual Pengetahuan sedia adaPengetahuan baruPembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.18

PsikologiBudayaFizikalSosialKonteks yang PelbagaiPembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid.919

Kehidupan HarianMakmalBilik DarjahTempat KerjaKepelbagaian Persekitaran PembelajaranPenekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.10

20Untuk kumpulan sasaran murid yang manakah pendekatan kontekstual PALING sesuai ? Kumpulan sederhana 13 17 tahun cenderung kepada aplikasi konsep terdorong melalui aktiviti hands-on tidak yakin mempelajari matematik dan sains secara abstrak sekolah-sekolah menengah teknik dan vokasional sekolah-sekolah menengah harianJenis muridCiri muridLokasi21

SainsMatematikKomunikasiTeknologi MaklumatBahasaTeknikal dan VokasionalKemanusiaanPendekatan Kontekstual merentas pelbagai disiplin ilmu22Students involvement in their schoolwork increases significantly when they are taught why they are learning the concepts and how those concepts can be used outside the classroom. And most students learn much more efficiently when they are allowed to work cooperatively with other students in groups or teams.Dan HullA curriculum and teaching methodology tied to the childs experiences and interests.John DeweyLearning as a complex process that cannot be addressed adequately through drill-oriented, stimulus/response methodologies. Howard GardnerThe mind seeks meaning through searching for relationships that make sense dan fit with past experiences.Renate Numella Caine and Geoffrey Caine Learning tasks that are situated in some meaningful real-world task, or are stimulated through some case-based or problem-based learning environment.JonassenSuasana pembelajaran yang melibatkan pelbagai pengalaman yang mungkin dalam konteks sosial, budaya, fizikal dan psikologi.D.A. KolbApakah pandangan pakar pedagogi tentang pendekatan pembelajaran kontekstual ?1323Mengapa Kontekstual ?1524

Pembelajaran kontekstual mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran. Mengapakah pendekatan kontekstual perlu dalam pengajaran dan pembelajaran? Individu mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman sendiri. Individu memiliki pelbagai jenis kecerdasan.25APA YANG KITA TAHU TENTANG PROSES PEMBELAJARAN?Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands-on dan peluang untuk penemuan kendiri.Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak asing kepada murid.Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal, belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas yang positif.Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari.1726 CIRI-CIRI KEJAYAAN DALAM PEMBELAJARAN Kita kekalkan :

10 % Apa yang kita baca

20 % Apa yang kita dengar

30 % Apa yang kita lihat

50 % Apa yang kita dengar dan lihat

70 % Apa yang kita bincang dengan orang lain

80 % Apa yang kita alami sendiri

95 % Apa yang kita ajar kepada orang lain Kita BelajarSumber : Secret of Ancient Chinese Art of Motivation27Faedah Pembelajaran Kontekstual Kepada :GuruMuridIndustri

2128 MURID Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian Boleh memindahkan kemahiran Boleh meneroka dan mendapatkan bukti Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit Dapat belajar secara kerjasama

2229 GURU Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya.

Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan.

Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.

2330 INDUSTRI Menerima tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula secara berkesan mengikut keperluan

Menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsi

31

APAKAH KAEDAH-KAEDAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL?

R

EA

CT

Relating(Menghubungkait)Experiencing(Mengalami)

Applying(Mengaplikasi)

Cooperating(Bekerjasama)

Transfering(Memindahkan)

Belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta

Belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidupBelajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain.Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi

Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dengan menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahuiDalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut :32

Experiencing (Mengalami)Murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan demontrasi serta membuat latihan amali menyambungkan wayar kepada plug 3 pin. Pengalaman ini boleh digunakan di rumah apabila berlakunya situasi di mana wayar plug 3 pin sterika tertanggal.

Relating (Menghubungkait)

Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari.

33

Applying (Mengaplikasi)

Murid mempelajari teori dan konsep tuas. Mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan ini apabila bertemu situasi di mana sebuah kereta yang tayarnya pancit tidak mempunyai jek. Dengan mengamalkan pengetahuan yang ada, murid boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkan penukaran tayar.

Cooperating (Bekerjasama)Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah pencemaran alam menerusi satu aktiviti yang memerlukan mereka berbincang dan bekerjasama dengan ahli kumpulan masing-masing . Hasil yang diperolehi adalah lebih baik disebabkan mereka menyelesaikan masalah secara bekerjasama.

Transfering (Memindahkan)Murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan bahawa segitiga bersisi 3m, 4m dan 5m akan menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permainan.3034PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME35

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru36

Hasilannya, individu akan membentuk pemahamannya sendiri dan suatu konsep tertentu berhubung pengetahuan dan maklumat berkenaan. Pengetahuan sedia adaPengetahuan baruKonsep sendiri37

Kelebihan pembelajaran konstruktivismeMurid lebih berfikirMurid lebih fahamMurid lebih ingatMurid lebih yakinMurid lebih berkemahiran sosialMurid lebih seronok38

Peranan guru konstruktivisMenggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan kpd soalan yang ditanya.Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapahMenggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka39

Secara ringkas, konstruktivisme mengaplikasikan 5 prinsip utama(5 M):

1. Melibat2. Meneroka3. Menjelas4. Mengembang5. Menilai

404040

* Melibat guru menyoal dan merangsangkan minat dan rasa ingin tahu murid, murid melibatkan diri

* Meneroka guru mencungkil, murid mengumpul maklumat dan meneroka

* Menjelas murid memberi penjelasan, justifikasi dan mempersoalkan jawapan

* Mengembang murid membuat perkaitan dan melanjutkan konsep

* Menilai guru mentaksir pemahaman murid, murid menunjukkan pemahaman konsep414141

Konstruktivisme 5 Fasa Needham42

Fasa orientasi: (Engage)menarik perhatian, minat , dan memotivasikan pelajar.contoh = tunjuk cara/demonstrasi, tayangan filem, tayangan video, keratan akhbar, mengemukakan soalan-soalan yang boleh menjanakan perasaan ingin tahu kepada pelajar-pelajarnya. Kesan = pelajar lebih berfikir dan lebih seronok dengan aktiviti yang telah dijalankan dalam bilik darjah.43

(ii) Fasa Pencetusan idea: (Explore)mengenalpasti kerangka alternatif pelajar. Idea-idea pelajar yang terdahulu dikenalpasti melalui soalan-soalan yang diajukan untuk mendorong mereka berfikir mengapa idea mereka tidak selari dengan idea saintifik. Soal jawab yang mendorong pemikiran boleh dijalankan oleh guru. Guna kaedah inkuiri untuk menyelongkar dan menyiasat melalui kaedah eksperimen. Contoh = amali, perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konsep dan laporan. 44

Kesan = pelajar lebih berfikir, seronok dan lebih berkemahiran sosial.Pelajar lebih berfikir kerana dalam membina pengetahuan baru pelajar akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinanan45

(iii) Fasa Penstrukturan Semula idea : (Explain)mengubahsuai kerangka alternatif kepada idea saintifik. Idea-idea baru akan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk yang sesuai dengan kecerdasan pelajar. Penerangan beserta dengan aktiviti yang sesuai dengan kecerdasan masing-masing akan digunakan untuk membantu membentuk konsep yang baru ini. membuat definisi, menerangkan konsep, menyoal tentang penerangan lanjutan dan meminta justifikasi serta penjelasan. 46

Contoh = perbincangan dalam kumpulan kecil dan membuat laporan. Kesan = pelajar lebih yakin dan berani mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Pelajar mempunyai banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutama melalui perbincangan dalam kumpulan.47

(iv) Fasa Aplikasi idea: (Elaborate)mengenalpasti idea yang baru diubahsuai /dibina dalam fasa penstrukturan semula idea dapat diaplikasi dalam situasi yang baru. Konsep yang telah dibina di kaitkan dan dikembangkan di dalam bidang yang lain atau di dalam dunia sebenarnya. Contoh = penulisan sendiri kerja projek oleh pelajar. 48

Kesan = pelajar lebih faham dan ingat. Kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru.49

(v) Fasa Refleksi (Evaluate)menilai kefahaman murid dan menilai sama idea terdahulu telah berubah. Contoh = soal pelajar secara reflektif Kesan = pelajar dapat menilai adakah mereka faham dan dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.50

Contoh Aktiviti Dalam P&P51

PerbincanganGuru memberi sebuah tajuk kepada pelajarPelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk berbincang.Contoh tajuk :Makanan Ringan52

Perdebatan

Kumpulan - kumpulan pelajar tadi dibenarkan untuk berdebat tentang pendapat mereka.Melalui perdebatan ini, pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada untuk mengutarakan pendapatnya. 53

EksplorasiSetelah berdebat, guru mengalakkan pelajar untuk mencari maklumat tambahan sama ada dari perpustakaan atau internet untuk mendapatkan pengetahuan-pengetahuan baru.

54

PembinaanMelalui pengetahuan sedia ada serta pengetahuan yang baru, guru menyuruh pelajar menulis penulisan seperti pidato, debat atau syarahan untuk menguatkan lagi pengetahuan pelajar berdasarkan penyepaduan pengetahuan tersebut.55KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF56 " Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami. "Definisi Pemikiran57mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijakmengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada dalam atau luar sekolahmenghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatifmengatasi kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercalaru, kabur dan sempitmeningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek merekabersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujjah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.Tujuan KBKK58i. Berfikir secara terburu-buruberi masa untuk berfikirii.Fikiran yang sempitaktiviti perbahasan, perbincangan dan sumbangsaranlatihan menggunakan penyusun grafik banding bezaiii. Fikiran yang kaburlatih pelajar memperjelaskan sesuatu idea dalam bentuk penulisanlatih membuat definisi dasarkan kategori dan ciri-ciri sesuatu objek/perkaramembuat kerangka karanganiv. Fikiran yang bercelaruLatih pelajar menyusun idea dengan lebih sistematik dalam lisan dan penulisanmenyusun isi-isi penting untuk karangancarta aliranKesilapan Dalam Berfikir59

FUTURES STUDIESKAJIAN MASA DEPAN60OHP 8Umar Alkhatab

Berilah pendidikan kepada anak-anak kamu yang dilahirkanuntuk zaman laindaripada zaman kamuUmar Alkhatab61

Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan.PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN62

KAJIAN MASA DEPANSatu Cara Kita Menyusun PemikiranSatu Cara Kita Mengkonsepsikan KehidupanTindakan-Tindakan Seharian Serta Jangka PanjangKeputusan-Keputusan Yang Kita Akan AmbilPENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPANStrategi pengajaran untuk memikirkan tentang Masa Depan secara berkaedah, bermakna dan bertanggungjawab

GENERASI MASA DEPAN YANG BERKEYAKINAN, BERUPAYA DAN BERTANGGUNGJAWAB63Kenapakah tajuk ini penting bagi masa depan?

Bagaimanakah tajuk ini boleh dikaitkan dengan Kajian Masa Depan?

Apakah yang diberi perhatian?

BERFIKIR TENTANG MASA DEPAN64OHP 21Tiga Cara PengajaranPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN Perancangan Seorang Guru

Perancangan Yang Strategik Isu dan Tema Yang RelevanBerpusatkan MuridAplikasi Sebagai Projek, Kerja Kokrikulum atau Sepanjang HayatPeranan Guru Sebagai Fasilitator 65Sekian, Terima Kasih

66