apakah itu catan

5
APAKAH ITU CATAN? CATAN IALAH HASIL KARYA PELUKIS YANG MENGGUNAKAN MEDIA CAT AIR, CAT MINYAK DAN CAT ARKILIK SEBAGAI BAHAN UNTUK MEWARNA LUKISAN. KEBANYAKKAN PELUKIS MELUKIS GAMBAR YANG DIPILIH DIATAS KEPINGAN KERTAS ATAU DIPERMUKAAN KANVAS SEBAGAI SEBAHAGIAN DARI MEDIA YANG DIGUNAKAN. TERDAPAT BEBERAPA ALIRAN CATAN TELAH DIPERKENALKAN. ANTARANYA IALAH CATAN ALIRAN REALISME, ABSTRAK EKSPRESIONISME, KUBISME, SURREALISME DAN SEBAGAINYA. DALAM MENGHASILKAN SEBUAH CATAN YANG BERKUALITI , PENERAPAN ELEMENT-ELEMENT DAN PRINSIP SENI AMAT PENTING. ANTARA ELEMENT-ELEMENT YANG PERLU ADA DALAM SESEBUAH KARYA CATAN IALAH MESEJ ATAU MAKSUD YANG INGIN DISAMPAIKAN. SETIAP KARYA YANG DIHASILKAN OLEH PELUKIS YANG MEMPUNYAI PENDIDIKAN, MEREKA SERING MENGAITKAN KARYA MEREKA DENGAN ISU-ISU GLOBAL YANG BERLAKU DISEKITAR MEREKA. RAMAI DALAM KALANGAN MEREKA MENJADIKAN ISU TERSEBUT UNTUK MENGKRITIK ATAU MEMUJI APA YANG BERLAKU. ANTARA CONTOH ISU YANG SERING DIKAITKAN IALAH ISU POLITIK, SOSIAL, EKONOMI, KESENIAN, IDENTITI KAUM DAN MASYARKAT, NASIONALISM DAN SEBAGAINYA. ELEMENT KEDUA IALAH KOMPOSISI PERLETAKAN 'SUBJEK MATTER'. KEBANYAKKAN PELUKIS MELUKIS BERDASARKAN "RULE OF THIRD". DENGAN ADANYA PEMILIHAN KOMPOSISI BEGINI, CATAN YANG DIHASILKAN OLEH MEREKA SEIMBANG DARI SEGI PERLETAKKAN OBJEK. SELAIN ITU JUGA, ELEMENT YANG PERLU ADA DALAM SESEBUAH CATAN IALAH PENGGUNAAN WARNA. WARNA MEMAINKAN PERANAN PENTING DIMANA IA DAPAT MENARIK PERHATIAN PENONTON UNTUK MELIHAT KARYA MEREKA. KEBIASAANNYA PELUKIS MENGGUNKAN WARNA PANAS DAN SEJUK DALAM CATAN MEREKA. TERDAPAT SEGELINTIR ARTIS JUGA MENGGUNAKAN SATU UNSUR WARNA SAHAJA. INI BERGANTUNG KEPADA KEKUATAN MESEJ YANG INGIN DISAMPAIKAN. ELEMENT SENI YANG LAIN SEPERTI TEXTURE DAN GARISAN. ELEMENT INI TURUT DITERAPKAN DALAM SEMUA JENIS CATAN KERANA ELEMENT INI DAPAT MEMBENTUK 'FORM' SESUATU 'SUBJEK MATTER' YANG DILUKIS KELIHATAN SEPERTI REALISM. ELEMENT YANG TERAKHIR IALAH CAHAYA DAN BAYANG. CAHAYA DAN BAYANG DAPAT MEMPENGARUHI 'MOOD' CATAN YANG DIHASILKAN. INI KEBIASAANNYA DITERAPKAN DIDALAM CATAN REALISM. CAHAYA DAN BAYANG JUGA DAPAT MEMBENTU 'FORM' SESUATU OBJEK. OLEH YANG DEMIKIAN ELEMNET SENI PENTING DALAM PENGHASILAN KARYA CATAN BERKUALITI. MELIHAT KEPADA ASPEK PRINSIP SENI PULA, PEKARA YANG PERLU ADA DALAM SESEBUAH CATAN IALAH HARMONI, KONTRA DARI ASPEK WARNA, KESEIMBANGAN, KESATUAN, PERGERAKAN,RHYTHM DAN ULANGAN DARI ASPEK SUBJEK ATAUPUN WARNA. Apa Itu CATAN? Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan

Upload: vivek-ananth

Post on 14-Dec-2014

68 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Apakah Itu Catan

TRANSCRIPT

Page 1: Apakah Itu Catan

APAKAH ITU CATAN?

CATAN IALAH HASIL KARYA PELUKIS YANG MENGGUNAKAN MEDIA CAT AIR, CAT MINYAK DAN CAT ARKILIK SEBAGAI BAHAN UNTUK MEWARNA LUKISAN. KEBANYAKKAN PELUKIS MELUKIS GAMBAR YANG DIPILIH DIATAS KEPINGAN KERTAS ATAU DIPERMUKAAN KANVAS SEBAGAI SEBAHAGIAN DARI MEDIA YANG DIGUNAKAN. TERDAPAT BEBERAPA ALIRAN CATAN TELAH DIPERKENALKAN. ANTARANYA IALAH CATAN ALIRAN REALISME, ABSTRAK EKSPRESIONISME, KUBISME, SURREALISME DAN SEBAGAINYA. DALAM MENGHASILKAN SEBUAH CATAN YANG BERKUALITI , PENERAPAN ELEMENT-ELEMENT DAN PRINSIP SENI AMAT PENTING. ANTARA ELEMENT-ELEMENT YANG PERLU ADA DALAM SESEBUAH KARYA CATAN IALAH MESEJ ATAU MAKSUD YANG INGIN DISAMPAIKAN. SETIAP KARYA YANG DIHASILKAN OLEH PELUKIS YANG MEMPUNYAI PENDIDIKAN, MEREKA SERING MENGAITKAN KARYA MEREKA DENGAN ISU-ISU GLOBAL YANG BERLAKU DISEKITAR MEREKA. RAMAI DALAM KALANGAN MEREKA MENJADIKAN ISU TERSEBUT UNTUK MENGKRITIK ATAU MEMUJI APA YANG BERLAKU. ANTARA CONTOH ISU YANG SERING DIKAITKAN IALAH ISU POLITIK, SOSIAL, EKONOMI, KESENIAN, IDENTITI KAUM DAN MASYARKAT, NASIONALISM DAN SEBAGAINYA. ELEMENT KEDUA IALAH KOMPOSISI PERLETAKAN 'SUBJEK MATTER'. KEBANYAKKAN PELUKIS MELUKIS BERDASARKAN "RULE OF THIRD". DENGAN ADANYA PEMILIHAN KOMPOSISI BEGINI, CATAN YANG DIHASILKAN OLEH MEREKA SEIMBANG DARI SEGI PERLETAKKAN OBJEK. SELAIN ITU JUGA, ELEMENT YANG PERLU ADA DALAM SESEBUAH CATAN IALAH PENGGUNAAN WARNA. WARNA MEMAINKAN PERANAN PENTING DIMANA IA DAPAT MENARIK PERHATIAN PENONTON UNTUK MELIHAT KARYA MEREKA. KEBIASAANNYA PELUKIS MENGGUNKAN WARNA PANAS DAN SEJUK DALAM CATAN MEREKA. TERDAPAT SEGELINTIR ARTIS JUGA MENGGUNAKAN SATU UNSUR WARNA SAHAJA. INI BERGANTUNG KEPADA KEKUATAN MESEJ YANG INGIN DISAMPAIKAN. ELEMENT SENI YANG LAIN SEPERTI TEXTURE DAN GARISAN. ELEMENT INI TURUT DITERAPKAN DALAM SEMUA JENIS CATAN KERANA ELEMENT INI DAPAT MEMBENTUK 'FORM' SESUATU 'SUBJEK MATTER' YANG DILUKIS KELIHATAN SEPERTI REALISM. ELEMENT YANG TERAKHIR IALAH CAHAYA DAN BAYANG. CAHAYA DAN BAYANG DAPAT MEMPENGARUHI 'MOOD' CATAN YANG DIHASILKAN. INI KEBIASAANNYA DITERAPKAN DIDALAM CATAN REALISM. CAHAYA DAN BAYANG JUGA DAPAT MEMBENTU 'FORM' SESUATU OBJEK. OLEH YANG DEMIKIAN ELEMNET SENI PENTING DALAM PENGHASILAN KARYA CATAN BERKUALITI. MELIHAT KEPADA ASPEK PRINSIP SENI PULA, PEKARA YANG PERLU ADA DALAM SESEBUAH CATAN IALAH HARMONI, KONTRA DARI ASPEK WARNA, KESEIMBANGAN, KESATUAN, PERGERAKAN,RHYTHM DAN ULANGAN DARI ASPEK SUBJEK ATAUPUN WARNA.

Apa Itu CATAN?Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan

berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang

rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat

merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang

terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman

Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan.

Media yang digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance

yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang

digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera. Pada abad ke-20,

muncul satu aliran bgaharu dalam persembahan catan yang

mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstark

dan semi abstrak. Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun

1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen

Page 2: Apakah Itu Catan

yang banyak menggunakan media cat air.

MEDIA

1.Cat Air

Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau

tiub. Ia bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air

dari tiub. Cat air akan menjadi tebal sekiranya disapu berlapis-lapis.

Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas

cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut

dan beraiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh

warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut lebar

diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk mencuci berus.

2.Cat Poster

Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat

larut air dan bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus

yang digunakan untuk berkarya menggunakan cat poster ialah jenis

lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis ‘cartridge’ yang tebal

dan berpermukaan licin digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk

menghasilkan campuran warna.

3.Cat Tempera

Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yand=g sedia

proses. Ia mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam

cecair. Untuk menghasilkan karya menggunakan cat tempera, alat dan

bahan yang digunakan ialah berus jenis lembut atau keras, kertas tebal,

kain kanvas atau papan. Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah disapu

mengikut lapisan yang nipis, jalur sapuan diselang-selikan supaya kesan

warna rata dan licin.

4.Cat Minyak

Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk

menggunakan cat minyak ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh

digunakan ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang. Berus

Page 3: Apakah Itu Catan

yang digunakan adalah jenis lembut dan keras, pisau palet, kekuda,

kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yang diaplikasikan

ialah teknik lipasto, glazing, cat tepat atau hardedge, titik scumbling atau

teknik melembut.

Teknik Catan

a) Teknik Basah Atas Kering

Ciri-ciri:

Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas

yang kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak

digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang

dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna

yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi

mendapatkan kesan lut sinar.

Campuran Warna

Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak

terlalu cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah

digalakkan.

Cara

Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan

yan nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin

gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup

ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering

dan ulangi aktiviti yang sama.

b) Teknik Basah Atas Basah

Ciri-ciri

Teknik ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang

basah. Ia menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang

dramatik bagi media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal

sapuannya. Pelukis harus membiarkan warna terdahulu yang masih

lembap. Sapuan warna berikutnya adalah lebih tinggi kandungan air dan

pewarnanya. Jika tidak, warna akan bercampur dan hasilnya nampak

kotor.

Campuran warna

Page 4: Apakah Itu Catan

Campuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik-

baiknya ia harus mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana

warna cat air akan nampak kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan

berus yang spontan.

Cara

Kertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna

disapukan apabila permukaan masih basah. Jika menggunakan lakaran

pensel, elakkan daripada memadam garisan kerana ini akan menimbulkan

kesan berbulu. Seterusnya ia akan meninggalkan kesan kering berlegap.

c) Teknik Berus Kering

Ciri-ciri

Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan

kertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas

lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia

akan memberi kesan kering berlegap.

Campuran warna

Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki

itu dahulu dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya,

asingkan warna yang telah dibancuh.

Cara

Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh.

Warna disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan

kertas yang kering. Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu

supaya warna pada setiap bahagian tidak bercampur. Gunakan berus

yang halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jika ingin menimbulkan

kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian, sapukan warna

yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering.

d) Teknik Kecatan

Ciri-ciri

Teknik ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub. Kertas sentiasa basah

sehingga catan selesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan

kekasaran. Melalui teknik ini, catan kelihatan bebas, semula jadi dan

spontan.

Campuran warna

Page 5: Apakah Itu Catan

Warna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub atas

kertas. Jika hendak menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja.

Cara

Ambil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan.

Campuran warna yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama

tanpa menunggu warna itu kering. Kertas sentiasa basah sehingga catan

selesai dibuat.