folio studio catan

57

Click here to load reader

Upload: mohamad-afiffuddin

Post on 12-Jun-2015

25.037 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio studio catan

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

1

S t u d I o A m a l i

2 D EKSPRESIF (SSS1032)

FOLIO PROJEK 1( Catan )

Disediakan oleh:

AT 23

D20071029673

Disemak oleh:

KUMPULAN A

MOHAMAD AFIFFUDDIN B. MOHAMAD TAKIUDIN

DR . MOHD FAUZI BIN SEDON @ M.DOM

Page 2: Folio studio catan

Bil. Perkara Muka surat

1 Pengenalan kepada catan: Maksud catan Aliran seni

1

2 Sejarah Catan Tanah Air: Latar belakang sejarah Kronologi perkembangan seni lukis moden tanah air Stail seni lukis moden di Malaysia Pelukis. Pertubuhan seni dan karya tempatan

6

3 Bahan dan teknik: Kajian bahan(warna) Bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan catan Teknik menghasilkan catan

14

4 Kajian komposisi karya catan: Aspek kritikan seni karya seni visual Karya latif maulan Charles becker Natalja Picugina Betty Ann Hogan Keith Mallet

28

5 Perkembangan Proses 39

2

Page 3: Folio studio catan

Maksud Catan.

Catan merupakan perbuatan meletakkan pewarna "pigment" terlarut dalam pelarut

(atau medium) dan agen pengikat (gam) kepada permukaan (sokongan) seperti kertas,

kanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh pelukis; takrif ini digunakan terutamanya jika ia

merupakan kerjayanya. Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding

penggunaan tulisan. Perkataan lukisan digunakan sebagai bererti lukisan gambar

seterusnya dalam rencana ini. Lebih khusus lagi, rencana ini tentang lukisan pada

permukaan untuk sebab artistik, dianggap salah satu pekara penting dalam bentuk seni.

Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau

cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan

seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta

susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman

Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang

digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman

kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco

dan tempera. Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang

mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak

3

Page 4: Folio studio catan

Aliran-Aliran Dan Perkembangan Seni Catan Di Barat.

Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba dan ia digunakan untuk

menggambarkan kisah-kisah keagamaan.

Zaman Pertengahan. Aliran Seni Kristian, Seni Romantik, Seni Medievel.

Zaman Renaissanse: Zaman kemuncak seni lukis di Eropah. Aliran Romantik,

Klasik, Naturalisme.

Zaman Baroque dan Rococo. Aliran Barroque, Dutch Painting.

Abad ke-18. Aliran Romantisme.

Abad ke-19. Aliran Realisme, Naturalisme, Impressionisme, Post-

Impressionisme, Seni Nouveau.

Abad ke-20. Aliran Kubisme, Ekspresionisme, Fauvisme, Futurisme, Dadaisme,

Surealisme dan Abstrak Ekspresionisme.

War Art. Aliran Enviroment Art, Happenings, Seni Poo, Seni Op, Seni Minimal,

Seni Konseptual, Seni Landskap.

4

Page 5: Folio studio catan

Apakah yang ditampilkan dalam setiap aliran dan gaya-gaya catan tersebut??

Aliran Realisme.

Pada era realisme, Setiap karya yang dihasilkan memerlukan fokus dan kreativiti

yang tinggi bagi menghasilkan sebuah karya yang bermutu tinggi dan mempunyai nilai

estetiknya yang tersendiri.Setiap karya yang dihasilkan membawa maksud sebuah seni

yang serius dan mendalam.Ini bermaksud setiap karya pelukis ketika itu dihasilkan

dengan mempunyai agenda yang tersendiri dan bukan dihasilkan semata-mata untuk

hiburan atau untuk satu produk yang boleh dinilaikan dengan wang. Pada masa itu

diselitkan dengan mesej perjuangan dan keinsafan,lukisan pada masa itu menjadi medium

untuk menyampaikan mesej dan propaganda pelukis pada masyarakat umum pada masa

itu

Kiubisme:

Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti. Menganggap seni sebagai

satu konsep kearah penciptaan dan menolak peniruan. Cuba menyelesaikan permasalahan

3 dimensi dalam ruang 2 dimensi. Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri. Seperti

pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar. Warna yang bertenaga.

Ekspressinisme:

Menolak cirri-ciri tradisi klasik. Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi

pelukis. Menyingkir subjek dan objek serta menolak peniruan alam. Penggunaan warna

yang terang bagi menyampai mesej. Penggunaan warna yang

dramatik. Kadang kala tidak ada imej yang jelas dan bersifat organik. Kesan berus yang

kasar, kadang kala tidak menggunakan berus.

5

Page 6: Folio studio catan

Impressionisme:

Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat. Warna tidak

dicampur dengan warna hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas. Warna bertindih-

tindih. Tidak melukis secara detail. Mementingkan keserasian warna/cahaya serta watak-

watak alam. Mengutamakan suasana yang dilihat misalnyapagi, petang, malam. Aliran ini

condong kepada aliran naturalisme. Palitan warna spontantentang apa yang dilukis.

Pos-Impressionis:

Mencipta bentuk bukan meniru. Seni adalah kejelasan logik bukan tentang struktur.

Karya seni bukan sains tulen tetapi seni. Berlandaskan hukum pembalikan cahaya tetapi

harus memberi ruang penyataan diri

Seni Baraque dan Rococo:

Zaman ini juga dikenali sebagai zaman Renaissance Tinggi. Baroque membawa

maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah. Karya menumpukan kepada

komposisi, aksi, warna dan cahaya. Latar belakang karya berwarna gelap. Karya

tertumpu kepada objek.

Pos-Ekspressionisme:

Menumpukan kepada percubaan dan penerokaan pelukis terhadap media dan bahan.

Ciri-ciri lain sama dengan aliran ekspressionisme.

Futurisme:

Mengemukakan aliran seni yang berdasarkan teknologi. Dinamik. Pergerakan yang

dinamik.

Surealisme:

Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar

minda pelukis. Imej bawah sedar dan alam khayalan. Menyeramkan, sunyi dan tidak

logik. Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan kesan misteri. Objek

diletakkan pada tempat-tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantumkan.

6

Page 7: Folio studio catan

Dadaisme:

Kumpulan perantaran antar aliran futurisme dengan surealisme. Konsep tanpa

kongkongan. Tidak menitikberatkan tradisi penghasilan seni semata-mata. Seni adalah

medium untuk melepaskan perasaan. Berpegang kepada konsep ‘kemusnahan juga

merupakan penciptaan’.

Seni Pop:

Berasaskan kepada persekitaran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi

kotaraya New York dan London. Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan

populariti. Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna. Pelukis seni pop

terkenal juga dengan panggilan New Realist. Ciri-ciri yang penting dalam karya Pop

ialah ialah warna yang terang pada permukaan yang berbidang besar. Konsep New

Realist merupakan kebangkitan kehidupan moden yang mirip kepada kesesuaian zaman

sains dan teknologi.

7

Page 8: Folio studio catan

Jika melihat kembali kepada sejarah tanah air kita (Malaysia), kita akan mendapati bahawa

terdapat tiga faktor utama yang telah mempengaruhi perkembangan awal seni lukis moden

Malaysia, iaitu penjajahan Inggeris, penghijrahan ‘bangsa dagang’ dan status pendidikan.

Seni lukis moden pula disifatkan sebagai karya yang berbeza daripada mana-mana

konvensyen artistic yang tradisional. Ia lebih menekankan cirri-ciri individualistic daripada

manifestasi sesuaru budaya yang menyeluruh dalam sesebuah masyarakat.

Kelahiran seni moden tanah air berkaitan dengan proses pemodenan negara.

Malahan, pemodenan merupakan salah satu isu terpenting dalam membicarakan

perkembangan kebudayaan Malaysia, termasuklah seni visual, seni kartun dan sastera.

Pemodenan sering kali dilihat sebagai suatu proses pembaratan, sama ada dari segi bentuk

ataupun makna sesuatu objek budaya atau tingkah laku manusia. Bahagian ini berhasrat

memberi suatu gambaran umum tentang faktor-faktor awal yang telah mempengaruhi

perkembangan stail seni lukis moden Malaysia serta menghubungkanya dengan fenomena

pemodenan atau pembaratan.

Latar Belakang Sejarah

Pengelibatan Inggeris di Tanah Melayu bermula di Pulau Pinang pada tahun 1786. dalam

tahun 1826, Inggeris kemudiannya membentuk Negeri-negeri Selat yang terdiri daripada

Pulau Pinang, Melaka, dan Singapura. Pengelibatan Inggeris dalam hal ehwal pentadbiran

mencerminkan usaha-usaha mereka untuk merubah sosiobudaya negara, dan situasi ini boleh

disifatkan sebagai asas kepada kemunculan bangsa Malaysia moden (Andaya L. Y., 1982;

Piyadasa,1994)

Penguasaan Inggeris dalam bidang ekonomi dan sosiopolitik Malaya bertambah kukuh

pada abad ke-19 menerusi polisi mereka dengan membawa masuk kaum pendatang dari

India dan China untuk bekerja di sektor perladangan dan perlombongan bijih timah.

8

Page 9: Folio studio catan

Kedatangan ‘bangsa’ dagang ini dilihat sebagai pencerobohan hak orang Melayu yang mana

boleh ,e,bawa kepada konflik budaya. Ketidak puashatian ini tercermin dalam akhbar seperti

Warta Malaya yang sering mengkritik kaum pendatang dan meyeru agar orang Melayu

bersatu serta mengguanakan kuasa mereka untuk mempertahankan hak dan kedaulatan

bangsa.

Ekoran daripada itu, sistem pentadbiran serta polisi Inggeris telah menyebabkan

krisis ekonomi dan politik di kalangan bangsa Melayu. Penjajahan Inggeris dilihat sebagai

suatu ancaman terhadap masa depan orang Melayu, baik dari segi budaya mahupun dari

aspek politik. Banyak kartun Melayu pada dekad 1930-an yang melahirkan rasa

kebimbangan terhadap kesan penjajahan ke atas orang Melayu. Contohnya karya Abd.

Manan yang berjudul ”Barat Tinggal di Barat, Timur Tinggal di Timur” (Warta Jenaka, 23

November, 1936) telah menggambarkan Melayu yang bersifat kebaratan adalah ibarat

kacang lupakan kulit.

Meskipun begitu, kemunculan para pelukis dari China pada tahun-tahun 1930-an

telah mencetuskan suasana berbeza dalam seni lukis moden Malaysia. Melalui pembentukan

Akademi Seni Halus Nanyang di Singapura pada tahun 1938, para pelukis ini telah

memainkan peranan besar dalam memperkayakan stail catan tempatan dengan

menggabungkan ciri-ciri Timur dan Barat, di samping membentuk asas pendidikan seni di

negara ini.

Selain itu, sistem pendidikan Inggeris juga memainkan peranan penting dalam

proses pembaratan. Sejak tahun1830-an, sekolah-sekolah yang beraliran penyebaran agama

Kristian telah diperkenalkan, di samping sekolah-sekolah Inggeris yang dibentuk kerajaan

bagi menyediakan tenaga kerja pengurusan dan pengkeranian bawahan dalam sektor

pentadbiran kerajaan. Menerusi sekolah-sekolah seperti inilah pengetahuan tentang sejarah,

perundangan serta nilai-nilai budaya Inggeris diperkenalkan kepada para pelajar selain

membina sikap ketaatan kepada pemerintah. Sistem pendidikan yang dikatakan terbina di

atas dasar-dasar saintifik dan empirikal iru diperkatakan telah menggalakkan para pelajar

untuk menangani ilmu pengetahuan dari sudut yang lebih pragmatik, analitik dan

9

Page 10: Folio studio catan

individualistik; berbeza daripada pandangan hidup masyarakat tradisional. Malahan,

kemunculan pendekatan seni lukis yang bersandarkan kepada ciri-ciri ekspresi

individualisme, ekspresif serta naturalistik dianggap terhasil daripada sistem pendidikan

tersebut. Fenomena ini seterusnya menjadi landasan kepada lahirnya pendekatan seni lukis

moden dan kebaratan sejak awal abad ke-20 dan seterusnya, terutama sekali di kawasan

bandar.

Kronologi Perkembangan Seni Lukis Moden Di Malaysia

Sejarah Catan Di Malaysia.

Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an iaitu apabila terciptanya

karya – karya awal oleh Abdullah Ariff, Yong Mung Sen, O. Don Peris dan lain – lain.

Mereka ini telah diisytiharkan sebagai Bapa Seni Lukis Malaysia ( Yong Mun Sen), Bapa

Seni Potret ( Mohd Hoessein Enas) Bapa Seni Batik (Chuah Thean Teng). Yong Mun

Sen merupakan pelukis cat air terbaik kerana beliau telah menandingi dari negara

penjajah dan orang inggeris amat hairan dengan kebolehannya. Dia juga telah dikatakan

sebagai pelukis catan moden pertama di Malaysia. Selain itu lukisan yang dihasilkan oleh

Yong Mun Sen kelihatan di seluruh negara tidak seperti pelukis lain seperti Abdullah

Ariff dan juga Syed Ahmad Jamal.

1. Tahun 1930-an dan 1940-an

Seni halus (lukisan, catan, cetakan, arca dll) bermula pada tahun 1930-an dengan

terciptanya catan awal oleh Yong Mun Sen, Abdullah Ariff. Pelukis Malaysia bebas

daripada sebarang kongkongan kerana belum terdedah kepada aliran dari barat.

Pendedahan hanya tertumpu kepada penghasilan rakan seperjuangan. Karya mereka

mentah dan tidak halus kerana tiada bimbingan.

10

Page 11: Folio studio catan

2. Tahun 1950-an

Awal tahun 1950-an, Malaysia mula mempunyai pelukis yang berkedudukan dan

dedikasi seperti Yong Mun Sen, Abdullah Ariff, Cheong Soo Pieng, Khaw Sia. Alam

seni halus Malaysia masih suram dan kurang memberangsangkan. Ketibaan Mohammed

Hoessein Enas dari Indonesia telah membawa era baru dalam aliran naturalis dengan

melukis figura manusia kepada pelukis tempatan.Tay Hooi Keat yang baru pulang dari

United Kingdom memperkenalkan asas seni lukis seperti bentuk, garisan, rupa, warna,

jalinan dan sebagainya.

3. Tahun 1960-an

Era 1960-an dikatakan merupakan penghasilan karya yang matang dari pelukis-pelukis

Malaysia. Pelukis-pelukis bukan sahaja menganut aliran impresionis malah lebih berani

dalam aliran ekspresionis, pop, konseptual, op dan lain-lain.

4. Tahun 1970-an

Pelukis seperti Redza Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng

dan Joseph Tan telah menggegarkan dunia seni lukis tempatan dengan

ungkapanungkapan yang mencabar.Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan

tanpa isyarat yang dipelopor oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck Kan

telah menjadi ikutan. Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan baru dalam

lukisan.Karya catan masa ini mengandungi nilai ikon dengan tegasan monolitik.

5. Tahun 1980-an

Awal tahun1980-an mengemukakan bidang kanvas yang lebih luas dan menarik

dengan munculnya catan pemandangan yang naïf, sambungan akademik aliran realisme

dan karya-karya yang berprinsipkan mitos dan legenda yang kaya di rantau ini. Terdapat

juga pelukis yang mendekatkan diri kepada subjek-subjek yang berkaitan dengan keadaan

11

Page 12: Folio studio catan

dan peristiwa yang berlaku dalam negara, warisan budaya serantau, sosial dan politik

yang berkontekskan Islam.

Stail Seni Lukis Moden Malaysia

Tidak seperti seni moden barat yang berkembang menerusi tradisi seni arca,

fresco dan catan yang hebat dan panjang, seni lukis moden Malaysia lahir menerusi

eksplorasi untuk mencari pendekatan baru dalam menggambarkan alam sejagat. Syed Ahmad

Jamal menulis bahawa ketiadaan tradisi bergambar yang hebat telah menyebabkan seni lukis

Malaysia bebas dari sebarang penyekatan. Kebebasan menjadi faktor tersirat yang

memungkinkan para seniman begitu asyik dengan usaha untuk membebaskan mereka

daripada sesetengah batasan lama.

Sejarah seni lukis moden Malaysia bermuala pada awal sekitar tahun 1930-an

menerusi karya-karya Abdullah Ariff, Yong Mun Sen, O. Don Peris dan pelukis-pelukis cat

air Pulau Pinang yang lain. Kumpulan perintis ini telah memperkenalkan pendekatan stail

baru dalam tradisi visual tempatan dengan menggunakan kaedah seni catan easel barat untuk

mempersembahkan subjek mereka. Sebelum ini, seni visual Malaysia dikuasai oleh

penghasilan karya-karya seni tradisional seperti ukiran kayu, batik, tenunan,dan anyaman.

Berbeza daripada kesenian tradisional yang secara umumnya bersifat abstrak dan simbolik,

golongan perintis seni moden Malaysia manggambarkan alam sejagat menerusi representasi

figuratif. Perubahan stail dan konsep karya seni ini merupakan titik peralihan menandakan

kelahiran seni lukis moden di negara ini.

Oleh kerana karya seni moden Malaysia menerima inspirasinya daripada tradisi

barat melalui penjajahan, penghijrahan dan sistem pendidikan, maka tidak hairan lah jika

sesetengah penulis menyifatkannya sebagai manifestasi kebudayaan Barat serta penjajahan

intelektual ke atas seni lukis Malaysia.

12

Page 13: Folio studio catan

Pelukis , Pertubuhan Seni Dan Karya Tempatan.

Antara tokoh penting dalam dunia seni visual moden Malaysia ialah Abdullah Ariff

yang sangat dikenalai dengan lukisan-lukisan cat airnya. Beliau dilahirkan pada bulan Jun 1905 di

Pulau Pinang. Bertugas sebagsi guru Seni Lukis di Sekolah Anglo Chinese, Pulau Pinang, beliau

banyak memberi sumbangan sebagai penyelia seni, pengerusi bahagian kesenian Kesatuan Guru

Pulau Pinang pada tahun 1949 serta ahli Penang Impressionist tahun 1932. beliau telah berkhidmat

sebagai Kaunselor Majlis Bandaran Pulau Pinang dari ahun 1955-1957. beliau juga adalah satu-

satunya seniman pelukis tempatan yang terpilih dan dicatatkan di dalam buku The Leader of Malaya

and Who’s Who 195,6 sehingga lima tahu berturu-turut oleh pelukis dan penerbit oleh J. Victor

Morais. Karya-karyanya elah dipemerkan di Singapore, Hong Kong, Austria, Australia, Amerika,

England,India dan Norway. Di Amerika pengkritik seni telah mengitiraf karya-karyanya dengan

gelaran Ariff Style. Karya-karya catan cat airnya telah banyak dianalisis oleh pengkritik seni di

Malaysia seperti T.K Sabapathy, Piyadasa, Zakaria Ali dan Muliayadi Mahamood.

Wednesday Art Group.

Penglibatan guru – guru dalam pertubuhan seni di Pulau Pinang telah diakui

menyemarakkan lagi kesedaran visual di utara tanah air. Dalam hal ini kuala lumpur

juga tidak ketinggalan melibatkan kaum pendidik seni dan golongan yang lain bergiat

di bawah satu bumbung persatuan yang dikenali sebagai Wednesday Art Group. Peter

Harris selaku penyelia seni di Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur telah

bertanggungjawab menubuhkan persatuan tersebut pada tahun 1952.

13

Page 14: Folio studio catan

Penang Teachers’ Art Circle dan Wednesday Art Group yang muncul pada tahun

yang sama mempunyai banyak kesamaannya. Antara lain ialah pengasasnya

mendapat latihan pendidikan seni di luar negara, kebanyakan ahli – ahlinya terdiri

daripada guru –guru seni serta beroperasi pada tahun yang sama, 1952. Malah hala

tuju persatuan tersebut juga menggambarkan hasrat bagi membetulkan kaedah dan

tatacara pembelajaran pendidikan seni di tanah air.

Sungguhpun Wednesday Art Group sebagai pertubuhan seni mula beroperasi pada

tahun 1952 tetapi secara rasminya ia didaftarkan lewat di bawah Pendaftar

Pertubuhan pada tahun 1956 dengan rujukan ARS/ SL & NS 113/56. Manakala

tujuan pertubuhan ini mengikut Peter Harris ialah untuk mengeluarkan masyarakat

yang tahu melukis, mewarna dan dapat meluahkan perasaan melalui seni. Di dalam

pertubuhan ini terdapat dua konsep yang diutarakan iaitu Relax Into Art dan Express

And Relax Into Art.

Penubuhan Wednesday Art Group banyak memberi sumbangan kepada

perkembangan seni di Malaya sehingga ke hari ini. Antara sumbangan yang diberi

ialah mempersembahkan pelbagai media baru dalam menghasilkam karya seperti

gouche. Memberikan kebebasan kepada ahli – ahlinya menikmati ‘rasa keseronokan

dengan seni’. Selain itu Wednesday Art Group telah memperbaiki tatacara pengajaran

Pendidikan Seni di sekolah – sekolah serta merta dapat meningkatkan mutu

pengajaran Pendidikan Seni di sekolah – sekolah di tanah air.

Penang Impressionist.

Aliran dan gaya impresionisme yang muncul di Perancis dan tersebar di Eropah

telah memberi kesan dan impak yang besar kepada penubuhan sebuah persatuan seni

di Pulau Pinang. Aktiviti melukis di luar studio secara berkumpulan yang menjadi

teras kepada aliran itu menjadi ikutan kepada ahli – ahli persatuan ini. di Malaya,

Penang Impressionist adalah pertubuhan seni yang awal telah ditubuhkan oleh orang

– orang inggeris di Pulau Pinang, malah pertubuhan seni yang pertama ditubuhkan di

Malaya.

14

Page 15: Folio studio catan

Pertubuhan ini didaftarkan di Pulalu Pinang mengikut ordinan No. 116

( pertubuhan) seksyen 5 pada 2 ogos 1899. Ini bermakna pertubuhan ini adalah

pertubuhan seni yang pertama di Malaya yang mula bergiat pada akhir abad ke – 19

lagi. Pebubuhan Penang Impressionist dikatakan telah ditubuhkan pada tahun 1920

atau 1928 tetapi tiada rekod yang menunjukkan penubuhan tersebut.

Kemunculan Penang Impressionist sebagai satu pertubuhan seni awal di Malaya

pada akhir abad ke 19 yang mengadakan pameran karya seni antara tempoh Perang

Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua menandakan bermulanya satu kegiatan seni

secara berkumpulan di Malaya. Ahli – ahlinya terdiri daripada suri rumah tangga

pegawai – pegawai kolonial British di Pulau Pinang. Kegiatan mereka ialah

merakamkan panorama kecantikan Landskap pantai dan darat di pulau tersebut.

15

Page 16: Folio studio catan

A. KAJIAN BAHAN (WARNA)

Jenis-jenis Warna.

Warna Asas

Tiga warna asas. Dari kiri: Merah,Biru,kuning

Warna asas adalah warna-warna yang paling hebat kuasanya. Ia juga adalah warna

yang utama dalam pembentukan warna-warna yang lebih pelbagai. Warna asas juga

dikenali sebagai warna primer. Warna asas terdiri daripada 3 warna iaitu merah, biru dan

kuning.

Warna Sekunder

Warna Sekunder merupakan warna yang terhasil daripada campuran dua warna asas. tiga

warna sekunder tersebut ialah:

Warna Asas 1 Campuran Warna Asas 2 Hasil Warna

Merah + Kuning Jingga

Kuning + Biru Hijau

Biru + Merah Ungu

Warna Tertier

16

Page 17: Folio studio catan

Warna tertier adalah campuran satu warna asas dengan warna sekunder di sebelahnya.

Warna tertier terdiri daripada 6 warna.

Warna Asas Campuran Warna Sekunder Hasil Warna

Kuning + Hijau Kuning Hijau

Kuning + Jingga Kuning Jingga

Merah + Jingga Merah Jingga

Merah + Ungu Merah Ungu

Biru + Ungu Biru Ungu

Biru + Hijau Biru Hijau

Tona Warna

Ton Warna disebabkan oleh kesan pancaran terang atau gelap sesuatu warna. Ia

dihasilkan melalui campuran warna asal dengan putih atau hitam mengikut kadar tertentu.

Warna lebih terang jika dicampurkan dengan warna putih. Warna menjadi gelap apabila

dicampurkan dengan warna hitam Jika menggunakan cat air, lebih air dicampurkan untuk

mendapatkan warna cera. Untuk mendapatkan ton warna gelap, warna ditindihkan lapisan

demi lapisan. Ton warna merupakan jenis warna yang berguna untuk mencipta ruang dan

bentuk tiga dimensi dalam seni tampak.

Olahan Warna

17

Page 18: Folio studio catan

Sewarna

Sewarna adalah kesan gubahan satu warna dalam beberapa ton.Ia juga dikenali

sebagai warna monokrom Nilai warna lebih rendah jika dicampurkan dengan lebih warna

putih. Nilai warna akan terus meningkat jika dicampurkan dengan warna hitam. antara

kelebihan sewarna atau warna monokrom ini ialah:

Dapat menimbulkan suasana yang harmoni dan selesa

Boleh menimbulkan gambaran ruang dan perspektif dalam catan

Sesuai untuk ciptaan tekstil, hiasan dalaman, ubin, perabot dan sebagainya

Warna Kroma

Kroma adalah nilai ukuran kuasa warna. Ia dihasilkan melalui campuran warna

tersebut dengan penggenapnya. Nisbah campuran dengan warna penggenap akan

menentukan nilai kuasanya.kuasa warna kroma boleh dibahagikan kepada tiga peringkat,

iaitu cerah, sederhana dan pudar warna kroma menggambarka kesan yang lebih pudar

daripada warna asalnya.hasil karya catan yang menggunakan warna kroma dapat

menimbulkan perasaan rindu, sunyi, sedih dan nostalgia

Warna Neutral

Warna ton antara putih dan hitam

Warna neutral adalah pelbagai jenis warna kelabu yang tonnya terletak diantara putih

dan hitam. Warna neutral juga merujuk kepada warna kroma campuran dua warna

penggenap dengan nisbah tertentu dan menghasilkan warna baru yang telah hilang nilai

kedua-dua warna asalnya. Contoh warna seperti ini ialah perang, khaki, warna kulit ,

sawo matang dan sebagainya.

18

Page 19: Folio studio catan

B. Bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan catan

Bahan Hasilkan Catan.

Cat Akrilik

Cat akrilik boleh didapati dalam bentuk tiub. Ia mengandungi pengilat larut air dan

bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk berkarya

menggunakan cat akrilik ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis

‘cartridge’ yang tebal ataupun kanvas boleh digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk

menghasilkan campuran warna.

Cat Air

Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia

bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air akan

menjadi tebal sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas

yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah

jenis lembut dan beraiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh

warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk

mengisi air bersih dan untuk mencuci berus.

Cat Poster

Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut air dan

bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk berkarya

menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis

‘cartridge’ yang tebal dan berpermukaan licin digunakan. Air yang bersih diperlukan

untuk menghasilkan campuran warna.

19

Page 20: Folio studio catan

Cat Tempera

Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yand=g sedia proses. Ia

mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk menghasilkan

karya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah berus jenis lembut

atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan. Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah

disapu mengikut lapisan yang nipis, jalur sapuan diselang-selikan supaya kesan warna

rata dan licin.

Cat Minyak

Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakan cat minyak

ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak linsid, minyak poppy

atau minyak kacang. Berus yang digunakan adalah jenis lembut dan keras, pisau palet,

kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah

teknik lipasto, glazing, cat tepat atau hardedge, titik scumbling atau teknik melembut.

20

Page 21: Folio studio catan

Bahan dan alat yang dipilih dalam menghasilkan projek catan ini.

1. cat akrilik.

Cat akrilik kanvas

2. Berus.

3. Palette.

21

Berus merupakan alatan yang begitu penting dalam

menghasilkan catan. Berus mempunyai pelbagai

fungsi dan pelbagai saiz. Iaitu berus yang bersaiz

besar adalah sesuai digunakan untuk mewarna

bahagian latar belakang bagi sesebuah karya kerana

kelebaran berus dapat memudahkan warna disapu

secara rata ataupun menggunakan teknik – teknik

tertentu. Berus ini juga dapat mengelakkan daripada

warna yang digunakan tersangkut dan tidak rata.

Manakala berus yang bersaiz sederhana dapat

digunakan di bahagian objek yang tidak begitu

besar. Seterusnya berus yang bersaiz kecil iaitu

berus leper dan berus berbulu tajam dapat digunakan

untuk proses memperhalusi atau memperkemaskan

objek – objek yang dilukis.

Warna akrilik merupakan

pigment warna yang digunakan

dalam menghasilkan catan.

Warna akrilik digunakan dengan

bahantara iaitu air.

Page 22: Folio studio catan

4. Masking tape.

C. Teknik yang boleh digunakan dalam menghasilkan catan

22

Masking tape berfungsi untuk

menghasilkan satah dan objek

bersudut tepat dalam proses

mewarna terutamanya dalam teknik

hard edge.

Palette berfungsi sebagai alat

yang dapat mengisi warna serta alat

yang membolehkan pigmen warna

akrilik di campurkan untuk

mendapatkan tona warna sebelum di

sapu di atas permukaan kanvas.

Page 23: Folio studio catan

1. Teknik Berus Kering.

Ciri-ciri

Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas.

Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang

telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap.

Campuran warna

Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu dahulu

dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna yang telah

dibancuh.

Cara

Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna

disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas yang kering.

Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap bahagian tidak

bercampur. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jika ingin

menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian, sapukan warna

yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering.

23

Page 24: Folio studio catan

24

2. Teknik Kecatan.

Ciri-ciri

Teknik ini melibatkan sapuan warna terus dari

tiub. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai

dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan

kekasaran. Melalui teknik ini, catan kelihatan bebas,

semula jadi dan spontan.

Campuran warna

Warna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan

warna terus dari tiub atas kertas. Jika hendak

menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja.

Cara

Ambil warna terus dari tiub dan sapukan pada

permukaan kertas lukisan. Campuran warna yang

kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa

menunggu warna itu kering. Kertas sentiasa basah

sehingga catan selesai dibuat.

Page 25: Folio studio catan

25

3. Teknik Gurisan.

Penggunaan teknik gurisan pada catan artcard

menimbulkan kesan yang menarik dan mewujudkan

corak tertentu pada permukaannya. Penggunaan

minyak masak, minyak linsid, minyak poppy atau

minyak kacang, turpetine, aresol, super gloss lacquer,

holografik dust serta gold foil glazes sebahagian

bahantara utama campuran warna menimbulkan kesan

yang menarik pada subjek kajian. Dalam teknik ini,

untuk mendapatkan kesan sesuatu gambaran maka cat

harus digosok, distensilkan, dipercikan serta diguris

sehingga meninggalkan kesan tertentu pada

permukaan artcard. Penyelidik menggunakan kaedah

negatif kepada positif bagi mendapat kesan yang

menarik pada permukaannya. Penggunaan bahan-

bahan kimia lain juga turut digunakan bagi melihat

tindakbalas serta kesan jalinan yang wujud pada

permukaan kertas tersebut. Hasil dari penemuan kajian

ini, ianya menimbulkan kesedaran bahawa terdapat

bahan-bahan lain serta kepelbagaian teknik boleh

digunakan bagi mewujudkan bentuk-bentuk karya

catan seni rupa yang baru pada masa akan datang.

Page 26: Folio studio catan

26

4. Teknik Scambling

Scambling  merupakan penggunaan berus yg

terkawal serta secara lembut penggunaan pada

satu lapisan nipis di atas warna latar. Ia

menimbulkan kesan lutsinar pada warna latar.

Teknik ini diguna untuk mendapatkan kesan

tekstur  yang halus pada suatu latar

permandangan.

5. Teknik Pointilisme.

Titik (Pointilisme) dihasilkan dengan

menggunakan berus dengan sapuan cara

menegak dan bersistematik di atas kertas

artcard. Penggunaan berus cat yang keras di

hujungnya dan kawalan campuran minyak 

dan cat sangat penting bagi mendapat kesan

latar yang sesuai dan menarik.

6. Teknik Impasto.

Teknik Impasto merupakan teknik ini

menggunakan warna terus daripada tiub dan

disapu dgn pisau palet. Biasanya hasil catan

ini mempunyai warna yang tebal dan legap.

Namun penggunaan minyak pada permukaan

kertas dapat menimbulkan jalinan-jalin yang

menarik terutama kesan batu dan juga

pergerakan air.

Page 27: Folio studio catan

7. teknik Alla Prima

Teknik ini dilakukan dengan menyapu cat minyak hanya sekali iaitu terus dari tiub

dan melukis. Banyak tempelan cat perlu disapu hingga warna yg dikehendaki diperolehi.

8. Renjisan dan percikan

Teknik yang menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan

renjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat atau cairan yang

dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas dan kain.

9. Teknik Hard - edge

Teknik ini melibatkan proses memisahkan warna menggunakan masking tape bagi

menghasilkan kesan sudut tepat dan garis lurus.

27

Page 28: Folio studio catan

28

Page 29: Folio studio catan

29

Page 30: Folio studio catan

A. Aspek-Aspek Kritikan Karya Seni Visual:

Setiap karya seni visual dikaji dari aspek berikut:

1. Hal benda

Mengenal pasti pelbagai hal benda (figura, objek alam, objek buatan

manusia dll) yang digunakan dalam karya seni visual. Memahami penampilan

imej dalam karya seni visual dalam konteks aliran dan stail yang berbeza.

Memahami dan membezakan imej realistik, abstrak dan non-objektif dalam karya

seni visual.

2. Komposisi:

Mengenalpasti asas seni reka yang terdapat dalam setiap karya seni visual.

Mengkaji penggunaan asas seni reka sebagai bahasa seni visual dan memahami

sifat-sifat ekspresif asas seni reka dalam menyatakan maksud. Memahami

bagaimana asas seni reka diolah dan diadun dalam sesuatu hasil karya seni.

Mengkaji penggunaan pelbagai media dan teknik untuk hasilkan kesan ekspresif

dalam karya seni visual.

3. Kandungan:

Memahami pelbagai tema yang menjadi pilihan bagi menyampaikan maksud

dan pengertian dalam karya seni visual.

30

Page 31: Folio studio catan

CONTOH-CONTOH PENGKARYA DAN KARYA CATAN AKRILIK –

Gubahan alam benda........

1. Abdul Latif Maulan.

Abdul latif maulan dilahirkan di Pahang di perkampungan Lebu pada tahun

1974. Beliau memulakan pendidikan awal di sekolah rendah pada tahun 1981 dan

kemudiaanya meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong di benus.

Beliau belajar dalam aliran sains tulen tetapi lebih berminat kepada seni dan akhirnya

menukarkan alirannya kepada seni tulen dan tamat persekolahan pada 1991. Beliau dapat

melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti tetapi terpaksa melupakan hasratnya kerana

menghadapi masalah kewangan. Beliau pernah belajar tentang dunia seni dan mendapat

nasihat daripada pelukis terkenal tanah air seperti Khalil Ibrahim, Ismail Latif dan Yusuf

Ghani dan beberapa orang pelukis lagi

Title: Setelah Bertasbih II (Siri Al-Quran) Medium: akrilik dan minyak atas kanvas

31

Pengkarya menjadikan senaskhah al-Quran di atas

rehal sebagai objek fokus pada karya ini. Penelitian

(detailing) dilakukan pada setiap objek dari segi,

sifat objek, isipadu, jalinan dan warnanya bagi

memastikan karyanya kelihatan sebenar. Melihat

kepada aspek pencahayaan, pengkarya berjaya

meletakkan kesan cahaya dan baying dengan tepat.

Cahaya datang dari hadapan di sebelah kanan. Jadi

baying objek akan jatuh ke arah belakang sebelah

kiri. Keseluruhannya, karya adalah seimbang dari

aspek komposisinya. Terdapat pemberatan pada

kedua-dua bahagian kiri dan kanan karya. Misalnya,

walaupun di sebelah kiri karya terdapat lebih banyak

objek iaitu gelas, tasbih, jag air, dan pelita,

pengkarya bijak menyeimbangkan karyanya dengan

adanya sejadah berwarna merah yang memberi

pemberatan pada bahagian kanan karya.

Karya di atas dihasilkan

menggunakan media akrilik dan

minyak di atas kanvas. Objek-objek

pada karya adalah objek ciptaan

manusia yang ditampilkan dalam

gaya realisme yang terdiri daripada

al-quran, rehal, gelas, tasbih, jag air,

pelita dan sejadah.

Page 32: Folio studio catan

Tajuk: Peria

Medium: akrilik atas kanvas

koleksi peribadi, KL

32

Karya di sebelah dihasilkan menggunakan media akrilik di

atas kanvas. Melihat dari segi hal benda, karya menampilkan

gubahan objek-objek buatan manusia iaitu timba dan

mangkuk dan objek alam semula jadi iaitu sayur-sayuran

(peria dan cili benggala). Setiap objek ditampilkan secara

realistic dengan proportion yang tepat sama ada dari segi

bentuk, komposisi, dan pewarnaan. Pengkarya membuat

perincian yang teliti bagi menonjolkan sifat setipa objek.

Misalnya jalinan corak pada permukaan peria selain berjaya

memberikan isipadu bagi setiap objek. Susunan dan reka letak

objek-objek berjaya menimbulkan kesan ruang ilusi yang

baik. Sama ada ruang antara objek mahupun ruang pada objek

itu sendiri misalnya ruang dalam pada timba dan mangkuk.

Melihat aspek pencahayaan pula, kesan cahaya berjaya

ditimbulkan oleh pengkarya. Cahaya datang dari atas di

sebelah kiri dimana memberi kesan bayang yang jatuh di

permukaan meja condong ke bahagian kanan. Secara

keseluruhannya, komposisi karya ini adalah seimbang di

mana walaupun ianya tidak berkeseimbangan simetri, tetapi

reka letak yang tepat dengan mengaplikasikan aspek

pemberatan pada karya telah membuatkan karya kelihatan

seimbang.

Page 33: Folio studio catan

2. Charles Becker:

33

Karya di atas dihasilkan menggunakan media akrilik di atas kanvas. Melihat dari segi hal

benda, karya menampilkan gubahan objek-objek buatan manusia iaitu tepak sirih dan kain

pelikat dan objek alam semula jadi iaitu daun sirih dan buah pinang. Setiap objek

ditampilkan secara realistik dengan kadar banding yang tepat sama ada dari segi bentuk,

komposisi, dan pewarnaan. Pengkarya membuat perincian yang teliti bagi menonjolkan

sifat setiap objek. Misalnya jalinan corak pada permukaan kain pelikat dan daun sirih.

Susunan dan reka letak objek-objek berjaya menimbulkan kesan ruang ilusi yang baik.

Sama ada ruang antara objek mahupun ruang pada objek itu sendiri misalnya ruang dalam

pada tepak sirih dan lipatan kain pelikat. Melihat aspek pencahayaan pula, kesan cahaya

berjaya ditimbulkan oleh pengkarya. Cahaya datang dari atas di sebelah kiri dimana

memberi kesan bayang yang jatuh di permukaan meja condong ke bahagian kanan. Secara

keseluruhannya, karya ini adalah seimbang di mana walaupun ianya tidak

berkeseimbangan simetri, tetapi reka letak yang tepat dengan mengaplikasikan aspek

pemberatan pada karya telah membuatkan karya kelihatan seimbang.

Tajuk : Tepak Sireh II Medium: Akrilik atas kanvas

Page 34: Folio studio catan

2. Charles Becker

Charles Becker merupakan seorang artis yang berasal dari California, AS. Karya-karya

beliau kebanyakkannya bertemakan still life realism. Beliau merakamkan objek seharian

ke atas kanvas beserta dengan emosi serta kepekaan yang mendalam sehinggakan ianya

kelihatan ‘hidup’ dan ‘teranimasi’ pada kanvas.

34

Setiap objek ditampilkan secara realistic dengan

proportion yang tepat sama ada dari segi bentuk,

komposisi, dan pewarnaan. Pengkarya membuat

perincian yang teliti bagi menonjolkan sifat

setiap objek. Misalnya jalinan corak pada

permukaan strawberi selain berjaya memberikan

isipadu bagi setiap objek. Susunan dan reka letak

objek-objek berjaya menimbulkan kesan ruang

ilusi yang baik. Sama ada ruang antara objek

mahupun ruang pada objek itu sendiri misalnya

ruang dalam pada gelas. Melihat aspek

pencahayaan pula, kesan cahaya berjaya

ditimbulkan oleh pengkarya. Cahaya datang dari

atas di sebelah kanan dimana memberi kesan

bayang yang jatuh di anggur selain berjaya

menghasilkan pantulan imej pada gelas dan

meja.

Karya di sebelah dihasilkan

menggunakan media akrilik di atas

kanvas. Melihat dari segi hal benda,

karya menampilkan gubahan objek-

objek buatan manusia iaitu gelas

wine dan objek alam semula jadi

iaitu buah-buahan (anggur dan

strawberi).

Page 35: Folio studio catan

35

Karya di sebelah dihasilkan menggunakan media akrilik di atas kanvas. Melihat dari segi

hal benda, karya menampilkan gubahan objek-objek buatan manusia iaitu kain , meja dan

jag dan objek alam semula jadi iaitu buah-buahan. Setiap objek ditampilkan secara realistic

dengan proportion yang tepat sama ada dari segi bentuk, komposisi, pewarnaan mahupun

sifat objek. Pengkarya membuat perincian yang teliti bagi menonjolkan sifat setiap objek.

Misalnya kesan meja yang berkilat dapat dilihat melalui pantulan imej objek di atas meja

pada permukaannya. selain berjaya memberikan isipadu bagi setiap objek. Susunan dan

reka letak objek-objek berjaya menimbulkan kesan ruang ilusi yang baik. Sama ada ruang

antara objek mahupun ruang pada objek itu sendiri misalnya ruang dalam pada gugusan

anggur. Ruang antara setiap biji anggur berjaya ditimbulkan. Melihat aspek pencahayaan

pula, kesan cahaya berjaya ditimbulkan oleh pengkarya. Cahaya datang dari atas di sebelah

kanan dimana memberi kesan bayang yang jatuh di permukaan meja dan kain condong ke

bahagian kiri. Secara keseluruhannya, komposisi karya ini adalah seimbang di mana

walaupun ianya tidak berkeseimbangan simetri, tetapi reka letak yang tepat dengan

mengaplikasikan aspek pemberatan pada karya telah membuatkan karya kelihatan

seimbang.

Page 36: Folio studio catan

36

Karya di atas dihasilkan menggunakan media akrilik di atas kanvas. Melihat dari segi hal benda,

karya menampilkan gubahan objek-objek buatan manusia iaitu jag, pemegang lilin dan pinggan

dan objek alam semula jadi iaitu buah-buahan. Setiap objek ditampilkan secara realistic dengan

kadar banding yang tepat sama ada dari segi bentuk, komposisi, dan pewarnaan. Pengkarya

membuat perincian yang teliti bagi menonjolkan sifat setia objek. Misalnya kesan lutsinar jag

yang berisi air selain berjaya menampilkan pantulan imej bagi setiap objek pada objek yang

berkilat. Susunan dan reka letak objek-objek berjaya menimbulkan kesan ruang ilusi yang baik.

Sama ada ruang antara objek mahupun ruang pada objek itu sendiri iaitu dengan penggunaan

warna yang tepat. Melihat aspek pencahayaan pula, kesan cahaya berjaya ditimbulkan oleh

pengkarya. Cahaya datang dari atas di sebelah kanan dimana memberi kesan bayang yang jatuh di

permukaan meja dan dinding ke sebelah kiri. Secara keseluruhannya, komposisi karya ini adalah

seimbang di mana walaupun ianya tidak berkeseimbangan simetri, tetapi reka letak yang tepat

dengan mengaplikasikan aspek pemberatan pada karya telah membuatkan karya kelihatan

seimbang.

Page 37: Folio studio catan

3. Natalja Picugina:

37

Nama sebenarnya ialah Natasha Picugina.

Berketurunan Russia . lahir di Latvia. Belajar

mengenai seni dari artis di Latvia, Russia and Eropah

Timur. Beraliran realisme kontemporari.

Karya di sebelah dihasilkan menggunakan media akrilik di atas kanvas. Melihat dari segi hal

benda, karya menampilkan gubahan objek-objek buatan manusia iaitu pasu bunga, keju dan

piring dan objek alam semula jadi iaitu bunga. Setiap objek ditampilkan secara separa

realistic dengan gaya ala impressionis Pengkarya membuat perincian bagi menonjolkan sifat

setiap objek. Misalnya jalinan susunan kelopak bunga selain berjaya memberikan isipadu bagi

setiap objek. Susunan dan reka letak objek-objek berjaya menimbulkan kesan ruang ilusi

yang baik. Sama ada ruang antara objek mahupun ruang pada objek itu sendiri misalnya

ruang antara keju dia atas piring dengan pasu bunga. Melihat aspek pencahayaan pula, kesan

cahaya berjaya ditimbulkan oleh pengkarya. Cahaya datang dari atas di sebelah kiri dimana

memberi kesan bayang yang jatuh di permukaan meja condong ke bahagian kanan. Secara

keseluruhannya, komposisi karya ini adalah seimbang di mana walaupun ianya tidak

berkeseimbangan simetri, tetapi reka letak yang tepat dengan mengaplikasikan aspek

pemberatan pada karya telah membuatkan karya kelihatan seimbang.

Page 38: Folio studio catan

38

Karya di atas dihasilkan menggunakan media akrilik di atas kanvas.

Melihat dari segi hal benda, karya menampilkan gubahan objek-objek

buatan manusia iaitu pasu , botol kaca dan objek alam semula jadi iaitu

bunga. Setiap objek ditampilkan secara separa realistik dengan gaya ala

impressionis. Pengkarya membuat sedikit perincian bagi menonjolkan

sifat setiap objek. Misalnya pantulan cahaya pada botol kaca selain

berjaya memberikan isipadu bagi setiap objek. Susunan dan reka letak

objek-objek berjaya menimbulkan kesan ruang ilusi yang baik.. Melihat

aspek pencahayaan pula, kesan cahaya agak kurang jelas ditimbulkan

oleh pengkarya.. Secara keseluruhannya, komposisi karya ini adalah

seimbang di mana walaupun ianya tidak berkeseimbangan simetri, tetapi

reka letak yang tepat dengan mengaplikasikan aspek pemberatan pada

karya telah membuatkan karya kelihatan seimbang.

Page 39: Folio studio catan

4. Betty Ann Hogan

Betty Ann Hogan lahir di Queens, New York, AS.

Pendidikan:

Masters Degree, Hunter College, New York City Bachelor of Arts, Queens College, New York City

High School of Music and Art, New York City

39

Karya di atas dihasilkan menggunakan media akrilik di atas kanvas. Melihat dari

segi hal benda, karya menampilkan gubahan objek-objek buatan manusia iaitu

pasu dan objek alam semula jadi iaitu bunga. Setiap objek ditampilkan secara

dengan gaya ala impressionis. Iaitu seolah-olah hanya merakam kesan cahaya pada

objek. Pengkarya membuat sedikit perincian bagi menonjolkan sifat setiap objek.

Misalnya kesan lutsinar pada pasu kaca selain berjaya memberikan isipadu bagi

setiap objek. Susunan dan reka letak objek-objek berjaya menimbulkan kesan

ruang ilusi yang baik.. Melihat aspek pencahayaan pula, kesan cahaya berjaya

jelas ditimbulkan oleh pengkarya. Walaupun tidak secara realistik. Secara

keseluruhannya, komposisi karya ini adalah seimbang di mana walaupun ianya

tidak berkeseimbangan simetri, tetapi reka letak yang tepat dengan

mengaplikasikan aspek pemberatan pada karya telah membuatkan karya kelihatan

seimbang.

Still Life With Plant Leaves And Flowers

Page 40: Folio studio catan

5. Keith Mallet

Bagi Keith Mallet, catan adalah suatu perjalanan spiritual. Perjalanan hidupnya sebagai

seorang artis bermula sejak kecil hingga sekarang. Beliau bekerja sebagai pelukis dan

artis seramik. subjek matter beliau meliputi figuratif, still life dab abstrak. Beliau lahir di

Pennsylvania pada tahun 1948, Keith mempelajari teknik catan di Art Students League

and Hunter College di New York City dan LA Valley College di. Los Angeles.

40

African bowl

Karya di atas dihasilkan menggunakan media akrilik di atas kanvas. Melihat dari segi hal

benda, karya menampilkan gubahan objek-objek buatan manusia iaitu pasu, buyung dan kain

dan objek alam semula jadi iaitu bunga. Setiap objek ditampilkan secara realistic dengan kadar

banding yang baik sama ada dari segi bentuk, komposisi, dan pewarnaan. Pengkarya membuat

perincian bagi menonjolkan sifat setiap objek. Misalnya corak pada pasu dan buyung selain

berjaya menampilkan isipadu bagi setiap objek. Susunan dan reka letak objek-objek berjaya

menimbulkan kesan ruang ilusi yang baik. Sama ada ruang antara objek mahupun ruang pada

objek itu sendiri iaitu dengan penggunaan warna yang betul. Melihat aspek pencahayaan pula,

kesan cahaya kurang berjaya sepenuhnya ditimbulkan oleh pengkarya. Kerana cahaya datang

dari tingkap berjeriji di sebelah belakang kiri objek dimana memberi kesan bayang yang jatuh

di permukaan meja dan dinding ke sebelah kanan. Sepatutnya akan terhasil bayang jeriji

tingkap pada permukaan meja dan pasu. Melihat pada aspek keseimbangan, karya ini adalah

seimbang di mana walaupun ianya tidak berkeseimbangan simetri, tetapi reka letak yang tepat

dengan mengaplikasikan aspek pemberatan pada karya telah membuatkan karya kelihatan

seimbang.

Page 41: Folio studio catan

Proses – Proses.

1. Proses Melakar Di Atas Kanvas.

Kanvas yang kosong dilukiskan dengan objek atau gambaran Still life yang telah

ditentukan oleh pensyarah. Lakaran yang dibuat mestilah memenuhi aspek ruang,

bentuk serta mempunyai kadar banding yang tepat. Selain itu lakaran hendaklah

dibuat di bahagian sudut yang dipilih serta sesuai dan mempunyai objek yang

ditentukan oleh pensyarah. Semasa melakar terdapat bahagian yang tidak menepati

kadar banding iaitu di bahagian pasu dan telah dibetulkan semula.

41

Page 42: Folio studio catan

2. Proses Mewarna

Setelah proses melakar selesai proses mewarna dilakukan dengan menggunakan cat

akrilik dan bahantara air. Bahagian yang mula – mula diwarnakan ialah pasu

dibahagian hadapan sekali. warna yang digunakan ialah campuran warna kuning,

merah dan sedikit putih. Campuran warna tersebut akan menghasilkan kesan warna

jingga pada pasu tersebut. Sedikit warna putih digunakan secara nipis bagi

menimbulkan kesan jalinan pada permukaan pasu silinder itu.

42

Page 43: Folio studio catan

Mewarna pasu

Seterusnya, pasu di bahagian atas yang berwarna merah pula diwarnakan. Bagi

menghasilkan warna yang dikehendaki, campuran warna yang terlibat ialah warna

merah, kuning, putih dan biru. Mula-mula sekali warna merah disapu menggunakan

stroke berus pendek di bahagian yang gelap. Bagi menghasilkan kesan yang lebih

gelap, warna biru digunakan pada bahagian yang betul-betul gelap iaitu bahagian

kanan pasu serta ruang antara bibir pasu dengan badan pasu.

Sedikit warna kuning disapu pada warna merah yang masih belum kering secara

nipis dengan stroke berus pendek bagi menimbulkan warna merah keperangan.

Seterusnya sedikit warna putih disapu bahagian yang terang pada pasu iaitu sebelah

kiri pasu.

43

Page 44: Folio studio catan

Mewarna buyung:

Seterusnya ialah buyung yang berbentuk bujur. Buyung ini pada asasnya berwarna

kemerah jambuan. Jadi warna yang digunakan adalah merah dan putih pada awalnya.

Akan tetapi, ianya kelihatan pucat dan ‘kelabu asap’ apabila menggunakan kedua

warna tersebut sahaja.

Jadi, sebagai penyelesaian, sedikit warna kuning digunakan pada bahagian pasu

tersebut bagi memberi sedikit pengaruh cahaya padanya. Warna merah mentah

digunakan pada bahagian yang gelap iaitu di bahgian kanan buyung. Seterusnya

disapu sedikit warna biru bagi memberi kesan yang lebih gelap pada bayang buyung

tersebut.

44

Page 45: Folio studio catan

Mewarna botol dan kain:

Seterusnya ialah bahgian botol yang berwarna hijau dan kain yang menutupi

sebahagian darinya. Botol tersebut berwarna kehijauan dengan terdapat kesan separuh

botol tersebut berwarna agak gelap yang disebabkan oleh isi botol tersebut. Campuran

warna yang digunakan ialah warna biru, kuning, putih dan sedikit merah.

Pada awalnya botol tersebut saya warnakan agak kebiruan. Setelah pengamatan

semula dibuat, saya membuat sedikit perubahan dengan menambahkan sedikit lagi warna

kuning. Bagi bahagian botol yang lebih gelap, saya menggunakan warna biru dengan

lebih banyak dan mencampurkan sedikit warna merah (juga untuk membezakan jarak

antara botol dengan pasu silinder di hadapan).Bahagian kain pula diwarnakan dengan

warna kuning, biru, putih dan sedikit merah.

45

Page 46: Folio studio catan

Mewarna daun:

Kemudian daun pula diwarnakan. Warna yang digunakan ialah kuning, biru, putih dan

sedikit merah. Dimulakan dengan warna gelap bagi hijau iaitu biru. Seterusnya ianya

dicampur dengan warna kuning bagi memberi kesan warna hijau. Sedikit warna putih

dicampurkan bagi memberi kesan tona cerah warna pada daun (dicampur sedikit warna

kuning agar tidak kelihatan pucat).

Pada asalnya, saya menggunakan cara yang campuaran yang sama bagi setiap

daun. Jadi ia menjadikan kurangnya kesan ilusi ruang antara daun-daun tersebut. Jadi

sebagai penyelesaian, saya mengkaburkan sedikit daun yang terletak di bahagian yang

lebih belakang.

46

Page 47: Folio studio catan

Mewarna tikar:

Mewarna tikar adalah bahgian yang paling sukar kerana ianya melibatkan penghasilan

jalinan yang banyak, perspektif warna dan bentuk. Warna-warna yang terlibat ialah

warna biru, merah, putih, dan kuning.

Seterusnya saya mewarnakan meja. Campuran warna yang terlibat ialah warna putih,

biru, sedikit merah dan kuning.

47

Page 48: Folio studio catan

Mewarna latar belakang

Warna latar awal (sebelum diubah)

Pada awalnya, saya menggunakan latar yang agak kebiruan. Disekeling luaran imej, saya

menggunakan warna yang gelap. Jadi ianya seolah-olah imej objek pada lukisan saya ini

terletak di hadapan dinding di mana terbentuk bayang-bayang di belakangnya.

48

Page 49: Folio studio catan

49

Oleh itu, latar belakang diubah kepada warna

yang lebih terang. Warna yang digunakan

ialah biru, putih , kuning dan sedikit merah.

Di bahagian latar diwarnakan biru dengan

sedikit warna kuning yang agak samar dan

juga warna putih dibahagian atas latar

(dicampur sedikit warna biru dan kuning

yang nipis dan minima agar memberi kesan

samar-samar).

Page 50: Folio studio catan

50