apakah itu jaundis

Upload: helen-

Post on 04-Apr-2018

260 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Apakah Itu Jaundis

    1/12

    Apakah itu jaundis?Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit

    yang disebabkan olen menuingkatnya kadar bilirubin dalam

    darah. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku dalam

    masa sebulan selepas bayi lahir.

  • 7/29/2019 Apakah Itu Jaundis

    2/12

  • 7/29/2019 Apakah Itu Jaundis

    3/12

    Apakah itu bilirubin?Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan daripemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam

    hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.

    Adakah sering terjadijaundis di kalangan bayi?Jaundis sering barlaku pada bayi. 50 % bayi akan mengalami

    jaundis pada minggu pertama kehidupan.

    Jenis-jenis jaundis pada bayidan penyebabnya?1. Fisiologi jaundis

    Merupakan jaundis yang paling sering terjadi pada

    bayidan tidak merbahaya. Jaundis bermula selepas 48

    jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu

    pertama kelahiran. Jaundis jenis ini terjadi disebabkan

    oleh pemecahan sel-sek darah merah dan keadaan organ

    hati yang belum cukup matang.

  • 7/29/2019 Apakah Itu Jaundis

    4/12

    2.Patologi jaundisJaundis jenis ini bermula dalam masa dua hari selepas

    lahir. Ini disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah

    merah yang berlebihan akibat:

    Ketidakserasian kumpulan darah antara ibu dan

    anak. (Bila ibu mempunyai Rhesus negative atau

    kumpulan darah O).

    G6PD defisiensi pada bayi. Kekurangan enzim inimenyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil

    apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu.

    Bagaimanapun tidak lebih dari 5% bayi mengalami

    masalah ini. Sekarang semua bayi akan diperiksa

    status G6Pdnya sejurus selepas dilahirkan.

    Jangkitan kuman pada bayi. Bayi biasanya kelihatan

    lemah dan memerlukan rawatan di hospital.

  • 7/29/2019 Apakah Itu Jaundis

    5/12

    Apakah yang menyebabkanjaundis berpanjangan?Jaundis dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuninganberlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup

    bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan

    oleh:

    Penyusuan susu ibu sepenuhnya (breast milk jaundice).Jaundis yang berpanjangan ini tidak membahaya pada

    bayi selagi ibu tidak mengambil ubat-ubatan tradisional.

    Penyekatan aliran hempedu dari hati keusus yang

    akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing

    yang pekat. Bagaimanapun kes ini jarang berlaku

    Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, seorang

    dari 4000 kelahiran. Melalui program saringan

    kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan

    pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.

  • 7/29/2019 Apakah Itu Jaundis

    6/12

    Haruskah saya bimbang jikaanak saya jaundis?Bayi anda mungkin sihat jika:

    Bayi anda cukup bulan dan tidak berisiko untuk terjadi

    jaundis yang teruk.

    Jaundis terjadi selepas 48 jam selepas lahir dan tiadapeningkatan jaundis yang teruk.

    Bayi anda sihat dan aktif.

    Walau bagaimanapun sila dapatkan pemeriksaan doktor untuk

    penilaian lanjut.

  • 7/29/2019 Apakah Itu Jaundis

    7/12

    Apakah tanda-tanda bahayayang patut saya perhatikan?Anda harus dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya:

    Jaundis terjadi dala masa 24 jam selepas dilahirkan.

    Peningkatan kekuningan yang cepat.

    Bayi anda mengalami G6PD defisiensi.

    Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk.

    Bayi anda kelihatan tidakaktif dan tidak mahu menyusu.

    Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya

    menjadi pekat.

  • 7/29/2019 Apakah Itu Jaundis

    8/12

    Apakah yang akan doktorlakukan?Doktor akan memeriksa bayi anda dan melakukan ujian darahserta memberikan rawatan yang sesuai. Mereka juga akan

    memberikan nasihat yang berkaitan.

    Apakah masalah yang akantimbul akibat jaundis teruk?Kadar indirect bilirubin yang tinggal pada bayi baru lahir

    boleh mencapai tahap bahaya sehingga menyebabkan:

    Gangguan pendengaran dimana terjadi kerosakan otak di

    bahagian kawalan pendengaran.

    Kerosakan otak yang teruk (kemicterus).

    Oleh itu interview awal perlu bagi mengelakkan terjadinya

    komplikasi yang teruk.

  • 7/29/2019 Apakah Itu Jaundis

    9/12

    Apakah rawatan yangdiberikan?Terdapat 2 jenis rawatan iaitu:

    1. Rawatan fotoBayi akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya

    biru tertentu sehingga indirect bilirubin akan

    ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya.

    Nota: jangan dedahkan bayi anda pada cahaya matahari

    pagi secara terus kerna ini membahayakan bayi anda.

  • 7/29/2019 Apakah Itu Jaundis

    10/12

    2.Pertukaran darah.Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru

    lahir adalah melebihi 20 mg/dL (340 umol/L). Rawatan

    pertukaran darah adalah pilihan cara terakhir bagi

    menghidarkan terjadinya kerosakan otak. Kadar

    bilirubin untuk rawatan ini bergantung kepada banyak

    faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundis itu

    sendiri.

    Pencegah jaundisAdalah penting untuk kita mngesan dan memantau bayi yang

    berisiko tinggi untuk terjadi jaundis yang teruk. Tindakan

    awal mengesan jaundis dapat memastikan rawatan tang

    sesuai dan mengurangkan komplikasi.

  • 7/29/2019 Apakah Itu Jaundis

    11/12

    Apakah yang perlu dilakukankepada bayi mengalamijaundis yang teruk?Semua bayi dengan kadar bilirubin lebih 20 mg/dL harus

    mendapat rawatan lanjut di klinik pakar kanak-kanak bagi

    memantau perkembangan dan pendengaran.

    Sekiranya terjadi kerosakan otak akibat jaundis teruk,kanak-kanak tersebut akan dirujuk kepada sekumpulan pakar

    untuk pemulihan.

    ApendiksSenarai makan, ubat-ubatan yang harus dielakkan oleh

    peghidap G6PD defisiensi:

    Makanan: kacang parang

    Herba cina yang tertentu

    Ubat-ubatan (rujuk doktor untuk senarai yang lengkap)

    Antibiotik seperti sulfamethozazol, nalidicix acid

    Bahan kimia

    Ubat gegat (jangan gunakan pada pakaian)

  • 7/29/2019 Apakah Itu Jaundis

    12/12