seni catan cina

15
2. Seni Catan Cina 2.1 Sejarah seni catan dalam masyarakat Cina Sejak Zaman Klasik Cina sehingga sekarang perkembangan kerja-kerja kesenia sering mendapat perhatian oleh bangsa asing. Semasa Zaman Neolitik China memperl bagaimana telah munculnya tembikar-tembikar yang diperbuat daripada tana daripada itu orang Cina mula membuat beberapa tembikar yang bermutu tinggi dan c Pada zaman Dinasti ing kemunculan tembikar ber!arna biru putih merupakan salah ciptaan yang dihasilkan oleh orang yang popular. Dalam bidang kesenian" tamadun bukan sahajadikagumi dengan keindahan tembikarnya" tetapi mutu ketinggian dan keagungan juga dikagumi dalam bidang-bidang lain seperti catan Cina. Catan Cina #$uo %ua& mengambil tempat yang agak isteme!a dalam tamadun Cin kerana ia sering mendapat naungan dari pihak istana. $olongan pemerintah dan kel semasa Dinasti 'ang dan Sung merupakan penyokong utama dalam bidang ini. Contohn aharaja %ui 'sung dari Dinasti Sung merupakan seorang yang mencintai kesenian c Cina. (eliau menaungi bidang catan dan memberi jaminan latihan kepada artis-arti )leh sebab itu" seni catan di China telah !ujud sebagai kegemaran !aktu lapang g atasan yang berpendidikan. *ama-kelamaan pelukis amator itu beralih menj pro+esional yang menjual lukisan untuk keuntungan yang lumayan. Corak catan Cina berbeza dengan catan (arat. Pada zaman a!al interaksi ant Cina dengan (arat menyaksikan bagaimana orang (arat membuat kajian terhadap cata dan sering mengkritiknya. Seorang Paderi ,esuit yang pernah sampai ke China pada iaitu atteo /icci menyatakan seniman Cina tidak mempunyai pengetahuan dalam Pendapat beliau dikongsi bersama oleh kebanyakan orang (arat yang pernah sampai pada abad ke- hingga ke- 0. %anya segelintir orang (arat yang mengakui dan me catan Cina. Catan Cina sebenarnya bermula a!al Zaman Neolitik" di sinipenulis hanya membincang dan memberi gambaran sedikit sebanyak tentang Dinasti 'ang dan Dinast kerana seni lukis berkembang dengan pesat sehingga mencapai tahap kecemerlangan kedua-dua Dinasti ini.

Upload: fuad-nawawi

Post on 04-Oct-2015

527 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Seni Catan Cina

TRANSCRIPT

2. Seni Catan Cina

2.1 Sejarah seni catan dalam masyarakat CinaSejak Zaman Klasik Cina sehingga sekarang perkembangan kerja-kerja kesenian Cina sering mendapat perhatian oleh bangsa asing. Semasa Zaman Neolitik China memperlihatkan bagaimana telah munculnya tembikar-tembikar yang diperbuat daripada tanah liat. Sejak daripada itu orang Cina mula membuat beberapa tembikar yang bermutu tinggi dan cantik. Pada zaman Dinasti Ming kemunculan tembikar berwarna biru putih merupakan salah satu ciptaan yang dihasilkan oleh orang yang popular. Dalam bidang kesenian, tamadun Cina bukan sahaja dikagumi dengan keindahan tembikarnya, tetapi mutu ketinggian dan keagungan juga dikagumi dalam bidang-bidang lain seperti catan Cina. Catan Cina (Guo Hua) mengambil tempat yang agak istemewa dalam tamadun Cina kerana ia sering mendapat naungan dari pihak istana. Golongan pemerintah dan kelas elit semasa Dinasti Tang dan Sung merupakan penyokong utama dalam bidang ini. Contohnya Maharaja Hui Tsung dari Dinasti Sung merupakan seorang yang mencintai kesenian catan Cina. Beliau menaungi bidang catan dan memberi jaminan latihan kepada artis-artis catan. Oleh sebab itu, seni catan di China telah wujud sebagai kegemaran waktu lapang golongan atasan yang berpendidikan. Lama-kelamaan pelukis amator itu beralih menjadi pelukis profesional yang menjual lukisan untuk keuntungan yang lumayan. Corak catan Cina berbeza dengan catan Barat. Pada zaman awal interaksi antara orang Cina dengan Barat menyaksikan bagaimana orang Barat membuat kajian terhadap catan Cina dan sering mengkritiknya. Seorang Paderi Jesuit yang pernah sampai ke China pada abad ke 17 iaitu Matteo Ricci menyatakan seniman Cina tidak mempunyai pengetahuan dalam seni. Pendapat beliau dikongsi bersama oleh kebanyakan orang Barat yang pernah sampai ke sini pada abad ke-17 hingga ke-19. Hanya segelintir orang Barat yang mengakui dan menghargai catan Cina. Catan Cina sebenarnya bermula awal Zaman Neolitik, di sini penulis hanya membincang dan memberi gambaran sedikit sebanyak tentang Dinasti Tang dan Dinasti Sung kerana seni lukis berkembang dengan pesat sehingga mencapai tahap kecemerlangan dalam kedua-dua Dinasti ini. i.Catan Dinasti TangCatan Cina bermula sebelum Dinasti Tang (618 907) dan kebanyakan terdiri dari lukisan garis yang menunjukkan manusia terlibat dalam berbagai aktiviti kehidupan. Masa ini dipanggil golden age (Zaman Keemasan) dalam lukisan figura.Pada pertengahan Zaman Dinasti Tang, lukisan lanskap, bunga dan burung lebih menonjol, diikuti dengan lukisan gunung, hutan, pemandangan dan taman yang mempunyai keupayaan membawa seseorang dari alam meterial ke dalam alam yang aman dan bebas. Ini kerana lukisan lanskap selalu di anggap sebagai lukisan yang mengandungi ilmu pengetahuan yang tersurat dan tersilat dalam kesusasteraan. Bunga, rumput, pokok, batu, burung dan lain binatang walaupun strok nya ringkas tetapi dalam bentuk yang hidup dan bertenaga. Oleh itu, lukisan lanskap, bunga dan burung, lukisan figura merupakan tiga katogori lukisan Cina tradisional. Pelukis yang terkenal pada Dinasti Tang ini ialah Yen Li Pen, Wo Tao Tzu, Li Chen, dan Wang Wei.

ii.Dinasti Lima (907-960) dan Dinasti Sung (960-1279)Pihak pemerintah dan golongan elit pada zaman Dinasti Tang dan Sung ( 960 1279 ) memberi sokongan kepada kemajuan lukisan Cina. Pada zaman ini, lukisan yang kreatif bermatlamat politik dan pendidikan. Pada zaman Dinasti Sung telah membentuk akademik seni lukis yang agak sistematik. Maharaja Hui Tsung adalah pencipta seni lukis halus dan beliau juga seorang pelukis. Beliau mengangkat martabat pelukis akademik ke tahap yang paling tinggi pada zamannya. Walau bagaimanapun akibat daripada perubahan sosial, ekonami dan kebudayaan, menyebabkan ramai penulis-penulis berminat kepada seni lukis. Akibatnya kesusasteraan diterapkan ke dalam lukisan. Penyajak yang terkenal, Sun Shih (1056 1101 A.D) atau lebih dikenali sebagai Su Tung Po juga terkenal dalam literati painting (lukisan yang ada sajak).

2.2Bahan dan AlatDalam seni catan Cina bahan yang digunakan ialah:2.2.1 Dakwat - Dakwat telah wujud sejak zaman Neolitik lagi iaitu 3500 tahun dahulu. Tembikar bercat bertarikh tersebut dijumpai sebagai bukti. Ink Cake yang diperbuat daripada arang pokok pine diketahui mula wujud pada abad ke 4 T.M. Semasa abad 10, seni pembuatan dakwat telah maju tidak menggunakan bahan mentah seperti mutiara, serbuk jed yang dicampur bersama. Dakwat terdiri daripada dakwat Cina, ink stone dan atick stone. Apabila ink cake digiling dengan air, dakwat segar yang terhasil boleh menghasilkan perbagai darjah kecerahan warna kelabu yang bergantung kepada kuantiti air yang digunakan.

3.2.1 Sutera dan kertas - Material yang digunakan dalam seni catan Cina ialah sutera dan kertas sebagai penyokong. Tekstil sutera mula ditenun 35000 tahun dahulu. Penggunaan sutera oleh pelukis mencapai kemuncaknya ketika Dinasti Sung (960 1279). Tetapi, pada masa itu, kertas berkualiti tinggi juga telah digunakan secara meluas. Kertas terdiri daripada dua jenis iaitu Yu Ban Zhi dan Shu Xuan Zhi (rice paper). Hasil seni atas kertas adalah lebih mudah disimpan lama berbanding dengan sutera.

3.2.2 Berus Jingti, Hanbi dan Xiao Miao Bi. Berus mempunyai sejarah yang lebih lama berbanding sutera. Hiasan atas tembikar Neolitik menunjukkan penggunaan alat yang lembut dan flaksibel dan berkemungkinan besar adalah jenis proto brush. Tulisan menggunakan pigmen merah atas tulang oracle 3000 tahun dahulu telah menggunakan alat tersebut dalam versi yang lebih halus. Kekuatan dan kelembutan seikat bulu haiwan yang dijadikan tajam pada hujungnya dapat dilihat melalui catan atas sutera. Jika digunakan oleh pelukis yang berkemahiran tinggi, berus dapat menghasilkan garisan sekasar dawai ataupun sehalus benang. Antara bahan mentah yang paling popular digunakan sebagai berus ialah bulu kambing dan arnab. Bulu kambing adalah lebih fleksibel tetapi kurang kuat dan agak keras. Berus diperbuat daripada kombinasi yang berbeza-beza memberi pelbagai darjah keseimbangan untuk menepati citarasa pelukis.

3.3GayaTerdapat tiga gaya dalam seni catan Cina iaitu:3.3.1 Pai Miao Lukisan lakaran tanpa warna. Sama seperti lukisan pensil yang dipelajari oleh pelajar, lakaran ini mementingkan kelicinan dan kematangan garisan serta ton gelap yang memberi kesan form3.3.2 Gong bi Lebih kepada realistik, teliti dan menyerupai benda yang sebenar. Gaya ini serupa teknik grafik, kekemasan dan kehalusan perlu ditekankan.3.3.3 Xieyi Secara spontan, berani menggunakan warna dan tidak ada garisan lakaran. Gaya ini dapat mengekspresi mod seseorang pelukis pada masa itu.

Contoh-contoh gaya seni catan Cina

Pai MiaoGong biXieyi

3.4TeknikTeknik asas lukisan Cina adalah semudah materialnya, tetapi kerja penghalusan menjadi kompleks. Catan Cina mementingkan kemahiran menggunakan berus. Penggunaan berus yang betul akan menghasilkan berbagai brush stroke yang berlainan. Brush stroke boleh dibahagi kepada 2 kategori iaitu central Point dan slanting Point. Dalam catan, berus biasanya dipenuh dengan dakwat dan dicairkan dengan air untuk mencapai darjah kepekatan yang dikehendaki. Ini terhasil apabila dakwat dan warna meresap ke dalam permukaan kertas dan menghasilkan kelembutan. Brush stroke yang basah dan kering dapat menghasilkan tekstil pada batang pokok dan batu yang masih kelihatan lembab dan segar. Kesimpulanya, kemahiran mengendalikan berus dan mencampur air ke dalam dakwat serta pengetahuan tentang sifat jenis kertas dan sutera yang berbeza adalah 3 keperluan asas untuk teknik catan. Penggunaan berus yang betul akan menghasilkan kesan stroke seperti titik, gosok berkedut-kedut, celup dan tarik. Penggunaan stroke berbeza-beza contohnya stroke titik sahaja dapat menghasilkan berbagai jenis titik yang berbeza bukan dari segi jalinan malahan juga penggunaannya. Pemandangan gunung berkabus yang dihasilkan melalui titikan-titikan berus yang dicondongkan telah menjadi visi kabus dan hujan. Titik-titik condong yang membentuk kepulan-kepulan awan di bawah puncak-puncak gunung dikenali sebagai titik-titik Mi.

3.5Penggunaan warnaBiasanya penggunaan warna-warna lembut telah menjadi trend utama dalam seni catan Cina. Penggunaan warna memainkan peranan seperti peranan utama, sokongan atau sampingan. Artis-artis merasakan tiada sesuatu pun yang dapat mengganggu kecantikan berus dan dakwat. Penambahan warna yang sesuai akan memewahkan lagi sesebuah lukisan dan senang meyampaikan pemikiran artis. Jenis jenis warna yang biasa terdapat dalan catan Cina adalah seperti darjah berikut:

3.6Simbolik warna dalam penggunaan seni catan CinaWarna membawa banyak maksud yang simbolik, kadang-kadang maksudnya melangkaui nilai-nilai estetika. Penggunaan sesetengah warna terus menjadi kelaziman dan sesuatu yang mesti pada pelukis catan Cina. Contoh simbolik dalam warna:

3.6.1 Qing (warna hijau)Hijau ialah warna alam semula jadi. Dalam masyarakat timur ia dikaitkan dengan tumbuhan yang sedang membesar membawa simbolik kesegaran dan berharapan.

3.6.2Hong (warna merah)Merah adalah warna semasa tumbuhan sedang berbunga dan hidup subur. Ia melambangkan kemeriahan dan kegembiraan Ia juga melambangkan wanita atau gadis yang cantik. Merah terang (Cinnabar atau Dan) disamakan dengan ketakjuban dan kehidupan yang abadi dalam budaya Cina, warna merah sebagai penanda unggul dan metafora yang membawa tuah.

3.6.3Huang (warna kuning)Warna dataran rata di utara China. Berkait rapat dengan asal usul kebudayaan Cina Han. Melambangkan tanda terima kasih dan hormat kepada tanah. Kuning juga dikaitkan dengan maharaja. Dalam kepercayaan agama, warna kuning juga dijadikan warna utama, oleh sebab itu, sami Buddha biasanya memakai jubah kuning.

3.6.4Bai (warna putih)Warna alam spiritual upacara kematian dan pengkebumian masyarakat Cina. Dalam agama Buddha warna putih melambangkan kesucian dan berkait rapat dengan bunga teratai.

3.6.5Hei (warna hitam)Warna hitam melambangkan sesuatu yang misteri. Hitam ialah warna yang tidak aktif, melambangkan ketakutan dan perbuatan yang jahat.

Dalam masyarakat Cina, warna memainkan peranan yang penting. Ia boleh mempengaruhi emosi dan fikiran seseorang. Contohnya pada Hari Raya atau Hari Kebesaran yang lain, pemuda pemudi dilarang memakai pakaian yang berwarna hitam kerana ia dipercayai akan mendatangkan nasib suae (malang). Ia dianggap kurang sopan dan tidak menghormati orang lain sekiranya melawat rumah saudara dengan pakaian demikian. Manakala pemuda pemudi digalakkan memakai pakaian yang berwarna merah atau berwarna terang kerana warna merah melambangkan kegembiraan dan bahagia. Bunyi Hong juga membawa simbolik berjaya dengan cemerlang.

3.7Membina Struktur Catan LanskapBinaan struktur lanskap merupakan topik yang penting dan harus difahami oleh pelajar melukis dan memahirkannya. 3.7.1Pembahagian objek utama dan sekunderDalam sebuah lukisan lanskap, pelukis haruslah memahami struktur mana yang dikatakan sebagai objek utama dan sekunder. Biasanya benda yang dilukis berdekatan dengan paras penglihatan dikatakan objek utama. (lampiran 2)3.7.2Memberi dan menerimaPemandangan yang berada dalam sesebuah lukisan perlunya ada sifat memberi dan menerima untuk menghasilkan daya kesungguhan dan irama kelembutan dalam lukisan. (lampiran 3)3.7.3Adanya sifat nyata dan kaburSifat nyata dalam lukisan biasanya memberi sesuatu perasaan lebih berat, lebih nyata dan senang dikesan dalam lukisan. (lampiran 4)3.7.4Adanya tempat kosongMeninggalkan tempat kosong merupakan satu teknik yang penting dalam lukisan cina. Kemahiran ini perlu difahami supaya pelukis dapat menghasilkan satu lukisan yang dikatakan elegent. Peninggalan ruang kosong juga dapat membezakan lapisan lukisan. Dalam seni lanskap Cina, artis-artis begitu teliti dalam menapis alam semula jadi melalui pengamatan mereka, menjadikan jarak yang jauh lebih jauh dan ruangan yang kosong lebih terasa kekosongan. (lampiran 5)3.7.5Adanya padat dan jarangStroke berus perlu adanya padat dan jarang supaya lukisn tidak kelihatan kaku.

3.10Simbol dalam catan cinaCatan Cina yang bersifat simbolik paling diminati dalam masyarakat Cina. Simbol mempunyai pengertian yang meluas. Simbol memberi sesuatu makna tanpa terasing dengan imej yang dihasilkan. Bahasa simbol wujud apabila kedua pihak gagal untuk berkomunikasi secara global. Biasanya simbol yang dihasilkan adalah sesuatu yang lumrah, universal dan mudah difahami.Simbol berasal dari perkataan Greek Symbolon atau tanda iaitu sesuatu imej atau lukisan yang dipilih untuk mewakili objek, idea, kualiti dan proses. Menurut Kamus Dewan Edisi 3 (1998), perkataan simbol membawa makna sesuatu yang mewakili sesuatu yang lain, lambang dan tanda. Simbol mempunyai perhubungan yang erat dengan manusia dan kebudayaannya. Justeru itu, manusia digelar sebagai makluk bersimbol. Menurut Budiono Herusatoto (1985: 10), simbolik ini merupakan ciri khas manusia, yang jelas berbezakannya dengan haiwan. Begitu juga Ernst Cassirer berpendapat bahawa manusia sebagai haiwan yang bersimbol. Ia menerangkan bahawa manusia tidak pernah melihat, menemui, dan mengenali dunia secara langsung, tetapi mengenalinya secara simbol. Manakala Jacob Korq di dalam bukunya, An Introduction to Peotry (1959: 14) menyatakan bahawa: A symbol usually has no physical characteristics at all to justify its abstract meaning. Oleh itu, secara ringkas, simbol adalah suatu tanda, ciri atau lambang yang mempunyai makna abstrak, yang cuba memberitahu sesuatu hal atau idea kepada seseorang. Dalam apresiasi seni simbol sering dipaparkan untuk menyampaikan ikonnya secara padat. Erwin Panofsky menggunakan istilah ikon bagi menyampaikan mesej keagamaan di zaman Renaissance. Simbol juga sesuai ditakrifkan sebagai significance form dalam sesebuah karya seni.Kesimpulan yang dibuat oleh Durkheim dan Whitehead (1927), Needham (1979: 3) bahawa simbolisme adalah penting kerana ia bertujuan untuk menandakan sesuatu yang penting dari segi sosial dan mendorong manusia untuk mematuhi atau mengikuti dan mengenali nilai-nilai yang mereka patut hidup bersamanya. Konfucius berkata:Motif (tujuan) terletak pada jalan (dao), bukti terletak pada moral (te), bergantung pada perikemanusiaan (ren) serta berhibur dalam enam acara seni yang lain, iaitu adat, muzik, memanah, memandu kereta, menulis tentang sejarah dan kira-kira. Jarang sekali corak atau simbol yang direka berfungsi hanya sebagai hiasan dalam seni catan Cina, selalunya simbol atau corak tersebut membawa tema atau mesej yang tersirat. Contoh-contoh simbol yang biasa dijumpai dalam seni catan Cina:

3.10.1Motif floraMotifCatatan

i.Shi liu (Delima)Buah delima yang mempunyai banyak biji melambangkan kesuburan dan kemewahan. Dalam perkataan Cina seed (biji) juga bermaksud anak lelaki, oleh itu buah delima melambangkan harapan untuk mendapat banyak anak lelaki. Biasanya sarung bantal yang disulam dengan motif buah delima yang disulam dengan motif delima dihadiahkan kepada pasangan pengantin baru.

ii.Mei Hua (Plum Blossom) Pokok plum berbunga dari dahan yang kelihatan seolah-olah mati, lima kelopak bunga mewakili kehidupan baru di hujung musim sejuk. Plum blossom merupakan keindahan dalam musim sejuk. Ia seolah-olah mempunyai kuasa yang menakjubkan kerana berbunga di atas dahan yang kelihatan seolah-olah mati. Mesej yang hendak disampaikan ialah manusia seharusnya tabah dan cekal dalam mengharungi segala lumrah kehidupan. Kehidupan baru dan kegembiraan akan tercapai sekiranya manusia mempunyai sifat seperti bunga plum.

MotifCatatan

iii.Song (Pokok Pine)Melambangkan ketabahan, kesabaran dan umur yang berpanjangan. Pokok pine yang tua dan berbonggol tumbuh subur di tepi tebing gunung yang tinggi melambangkan seseorang yang mempunyai cita-cita yang mulia dan istimewa. Walaupun ianya ditiup angin dan ribut ( politik, rasuah). Pokok pine tetap kekal di situ bertahun-tahun. Oleh itu ia melambangkan kehidupan yang sejati walaupun masalah menghadapi disebabkan bencana alam atau buatan manusia sendiri.

iv.Mou Tan (Bunga peony)Digelar sebagai Permaisuri Bunga kerana kemewahan warnanya dan bauan yang wangi, bunga peony adalah simbolik kepada musim bunga, juga cinta dan keindahan sifat kewanitaan. Ia juga melambangkan maruah dan kegembiraan.

MotifCatatan

v.Liu (Pokok Willow)Pokok ini dikaitkan dengan kecantikan wanita kerana daunnya yang panjang dan tirus. Kadang-kadang dikhususkan kepada singsong (penyanyi wanita) atau pelacur. Pokok ini juga melambangkan persahabatan dan batang willow dihadiahkan kepada pengambara semasa hendak bertolak ke destinasi baru. Daunnya dipercayai mempunyai kuasa menyucikan dan digunakan untuk upacara membersihkan kubur semasa perayaan Ching Ming. Kayu pokok willow dipercayai digunakan untuk berinteraksi dengan alam roh. Motif willow ini terdapat di tembikar biru putih pada abad ke 18. Reka bentuk motif ini berdasarkan kepada cerita pasangan kekasih yang menghadapi banyak rintangan untuk berkahwin.

vi.Ju (Buluh) Sebagai rumpun yang sentiasa menghijau, buluh yang lentuk dan angun mewakili kualiti kekuatan, ketahanan, kesesuaian dan kegigihan untuk terus hidup dalam sebarang cuaca. Buluh dikaitkan dengan nasib yang baik kerana namanya sama dengan perkataan permintaan.

MotifCatatan

vii.Lian Hua (Bunga teratai)Bunga teratai menandakan kesucian. Ia mengandungi semangat yang tidak dapat dicemari, membesar dengan akar yang panjang dan dalam, serta kuntuman yang indah di kawasan paya yang suram. Bunga teratai mempunyai dua makna dalam bahasa Cina; satu ialah perkataan yang sama maksudnya dengan kedamaian dan keharmonian dan yang kedua bermaksudnasib baik yang berulang.

3.10.2 Motif faunaMotif fauna dilarang dalam kesenian Islam. Larangan ini terkandung di dalam Hadith yang mengatakan bahawa seseorang pengukir patung akan diperintahkan oleh Allah untuk memberi nyawa kepada patung ciptaannya itu. Jika beliau tidak berdaya berbuat demikian, beliau akan dicampakkan ke dalam api neraka. Islam melarang penggunaan perlambangan manusia dalam hasil ciptaan seni kerana dikhuatiri manusia akan terdorong kepada perbuatan yang syirik dan kufur. Namun tetapi motif fauna dalam masyarakat Cina amat penting dalam membawa simbolik yang unik, biasanya ia melambangkan status dan memberi petunjuk astronomi. Contoh-contoh motif fauna adalah seperti berikut:

Motif

Catatan

i. Long (Naga)Tidak dapat dinafikan naga adalah lambang yang selalu digunakan dan amat mustahak dalam perlambangan kebudayaan Cina. Orang Cina percaya naga adalah binatang yang mempunyai kuasa transformasi dan boleh menurunkan hujan. Naga muncul secara berpasangan berlingkar di dalam awan atau berenang di dalam ombak. Naga bertanding untuk mendapatkan disc (simbol matahari) Naga adalah simbol kekuatan maharaja. Ada sembilan jenis naga yang dikenali. Simbol sembilan jenis naga diukir di Beijing Forbidden City. Menurut mitos lama, Yu, nenek moyang asal masyarakat Cina, wujud dalam bentuk seekor naga kuning yang melonjak keluar daripada tubuh ayahnya yang telah meninggal dunia. Ia membawa lambing keberanian, kekuatan dan perlindungan.

ii.Ma (Kuda)Kuda dikait rapat dengan ketenteraan dan kebangsawanan, mewakili semua sifat-sifat yang mewakili kekayaan, prestij dan mobiliti. Kuda putih secara legenda dikait dengan pengangkutan agama Buddha ke India dan melambangkan penyebaran ilmu pengetahuan. Kuda-kuda ini sering digambarkan dalam keadaan berlari pantas dengan kaki tidak mencecah tanah.

MotifCatatan

iii.Feng Huang (Phoenix)Burung phoenix ialah satu komposisi spiritual dan fizikal, ia sebagai simbol Maharani. Menurut cerita mitos Feng Huang adalah burung yang boleh terang terus ke syurga. Ia juga melambangkan pencapaian yang tinggi. Biasanya ia dilukis bersama dengan Naga untuk melambangkan perkahwinan yang bahagia (keseimbangan yin dan yang). Bulu Feng Huang yang berwarna-warni melambangkan kecantikan, kemewahan dan baik hati.

iv. Tie (Rama-rama)Salalunya dikaitkan dengan roh nenek mayang dan peringatan. Oleh kerana bunyi rama-rama ini serupa dengan perkataan seseorang yang telah berumur, ia juga dianggap sebagai simbol panjang umur.

Motif

Catatan

v.He (Burung Bangau) Burung Bangau melambangkan kehidupan yang kekal abadi, kecantikan dan keanggunan. Dalam cerita dongeng masyarakat Cina, burung bangau ini dikatakan boleh membawa tuah dari nan hai sian tau iaitu pulau selatan dalam syurga. Biasanya burung bangau dikategori bersama dengan rusa, kura-kura dan ling-zhi (sejenis cendawan) yang melambangkan panjang umur. Simbol membawa dewa ke syurga melambangan pegawai tinggi di dalam istana China (politik).

vi.Li Yu (Ikan Kap)Melambangkan kekayaan. Li Yu sama bunyi dengan liyu (keuntungan, berlebihan). Masyarakat Cina biasanya mendoakan rezeki yang berlebihan semasa menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan ia juga dihadiah dalam bentuk lukisan kepada sahabat yang berjaya dalam perniagaan agar mereka murah rezeki. Ikan kap juga adalah simbol usia yang panjang kerana dipercayai kebal daripada kematian secara semulajadi.

Masyarakat Cina mempercayai simbol-simbol tersebut dapat mempengaruhi kehidupan mereka ke arah keamanan dan kegembiraan. Batu-batu dan gunung-ganang yang biasa dilukis dalam sanshui (lukisan pemandangan) dikaitkan dengan keabadian, kestabilan, kesetiaan dan ketahanan. Gunung dan lautan sering digambar bersama-sama dan apabila disatukan masing-masing melambangkan hidup yang panjang dan nasib yang baik.