apakah itu hujan asid.docx

19
APAKAH ITU HUJAN ASID? Hujan asid merupakan fenomena di mana hujan yang turun mengandungi kandungan asid yang lemah dengan nilai pHnya kurang daripada 5.6. Hujan asid berlaku apabila udara di sesebuah kawasan tercemar dengan teruk terutamanya di kawasan perindustrian. Akibat daripada pembakaran bahan api fosil seperti arang batu dan petroleum oleh kenderaan , stesen jana kuasa terma serta kilang , gas-gas seperti sulfur dioksida , karbon dioksida dan nitrogen oksida telah dibebaskan ke atmosfera. Gas-gas yang terbentuk ini akan bertindak balas dengan wap air dan membentuk asid lemah. Wap-wap air yang berasid lemah ini akan bertukar menjadi titisan-titisan air yang akhirnya membentuk hujan dan turun semula ke permukaan Bumi sebagai hujan asid. Hujan asid ini akan memberikan kesan seperti : 1. memusnahkan tumbuh-tumbuhan dan tanaman 2. menghakis ukiran bersejarah di bangunan lama 3. menyebabkan kepupusan hidupan air 4. menjejaskan kualiti air 5. mengancam kesihatan manusia seperti sakit dada , sakit buah pinggang dan penyakit Alzheimer Faktor-Faktor yang Menyebabkan Hujan Asid dan Kesannya · SEBAB: Sulfur dioksida dan nitrogen oksida dalam atmosfera bertindak balas dengan wap air dan menghasilkan asid sulfurik dan asid nitrik. Wap air akan membentuk awan dan. apabila terpelowap hujan akan turun sebagai hujan asid. Pelepasan gas sulfur dioksida daripada kilang.

Upload: anne-selvam

Post on 11-Aug-2015

463 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Environmental

TRANSCRIPT

Page 1: APAKAH ITU HUJAN ASID.docx

APAKAH ITU HUJAN ASID?

            Hujan asid merupakan fenomena di mana hujan yang turun mengandungi kandungan asid yang lemah dengan nilai pHnya kurang daripada 5.6. Hujan asid berlaku apabila udara di sesebuah kawasan tercemar dengan teruk terutamanya di kawasan perindustrian. Akibat daripada pembakaran bahan api fosil seperti arang batu dan petroleum oleh kenderaan , stesen jana kuasa terma serta kilang , gas-gas seperti sulfur dioksida , karbon dioksida dan nitrogen oksida telah dibebaskan ke atmosfera.

              Gas-gas yang terbentuk ini akan bertindak balas dengan wap air dan membentuk asid lemah. Wap-wap air yang berasid lemah ini akan bertukar menjadi titisan-titisan air yang akhirnya membentuk hujan dan turun semula ke permukaan Bumi sebagai hujan asid.

               Hujan asid ini akan memberikan kesan seperti  :

1. memusnahkan tumbuh-tumbuhan dan tanaman 

2. menghakis ukiran bersejarah di bangunan lama 

3. menyebabkan kepupusan hidupan air 

4. menjejaskan kualiti air 

5. mengancam kesihatan manusia seperti sakit dada , sakit buah pinggang dan penyakit Alzheimer 

Faktor-Faktor yang Menyebabkan Hujan Asid dan Kesannya

· SEBAB:

Sulfur dioksida dan nitrogen oksida dalam atmosfera bertindak balas dengan wap air dan menghasilkan asid sulfurik dan asid nitrik. Wap air akan membentuk awan dan. apabila terpelowap hujan akan turun sebagai hujan asid. 

Pelepasan gas sulfur dioksida daripada kilang. 

Pembakaran bahan api dan fosil seperti bahan oleh kenderaan yang menghasilkan nitrogen oksida contohnya asap. 

Penggunaan baja dalam pertanian yang menghasilkan nitrogen oksida.

· KESAN:

Penyakit kepada manusia. - sakit dada atau batuk, tulang, buah pinggang 

Air sungai dan laut berasid membunuh hidupan akuatik seperti ikan. 

Page 2: APAKAH ITU HUJAN ASID.docx

Binatang yang bergantung kepada ikan akan mati. 

Ikan bahaya kepada manusia kerana kandungan raksa yang tinggi. 

Kemusnahan hutan kerana terkena hujan asid. 

Pokok mati kerana asid bertindak balas dengan nutrien dalam tanah -rnengurangkan kesuburan tanih. 

Air dan hujan asid yang bercampur dengan plumbum, kadmium dan aluminium berbahaya kepada manusia apabila diminum. 

Mempercepatkan hakisan bangunan seperti cat bangunan. 

Merosakkan cat kereta. 

Mempercepatkan kadar hakisan atau pengaratan barangan besi.

Kesan Hujan AsidHujan asid mendatangkan pelbagai kemudaratan terhadap beberapa aspek tertentu iaitu dari aspek kesihatan, kesuburan tanah dan tumbuhan, ekosistem akuatik dan bangunan serta peralatan bangunan.

Kesihatan

Memudaratkan golongan tidak kira tua mahu pun muda terhadap penyakit athsma, bagi kanak-kanak pula fenomena ini boleh menyebabkan sakit batuk, alergi dan selesema. 

Gas sulfur dioksida adalah merupakan agen kepada beberapa penyakit kepada manusia seperti sakit dada, tulang, batuk, sakit kerongkong, barah kolon dan barah payu dara. 

Air dan hujan asid yang bercampur dengan plumbum, kadmium dan aluminium berbahaya kepada manusia apabila diminum di mana boleh menyebabkan cirit birit di kalangan kanak-kanak, gangguan saraf dan membahayakan otak. 

Aluminium pula boleh menyebabkan penyakit alzheimer (berkait dengan hilang ingatan) 

Terhadap tanah dan tumbuhan

Menyebabkan kemusnahan hutan kerana terkena hujan asid; eg. 70% hutan di Czechslovakia musnah akibat hujan asid ini. 

Kandungan alkali dan asid dalam tanah menjadi tidak seimbang dan mempengaruhi keseimbangan dan kestabilan tanah. 

Page 3: APAKAH ITU HUJAN ASID.docx

Nilai pH kurang daripada 6 akan menyebabkan bahan-bahan organik tanah mati, maka tanah ini menjadi tidak subur dengan ketiadaan nutrien di dalamnya. 

Memusnahkan fungsi daun. 

Pokok mati kerana asid bertindak balas dengan nutrien dalam tanah dan mengurangkan kesuburan tanah. 

Ekosistem akuatik

Tumbuhan dalam tasik dan hidupan plankton termusnah akibat penurunan nilai pH air tasik (kurang daripada 5), ini akan mengganggu kelancaran pembiakan ikan dan amfibia. 

Ikan dan udang secara tidak langsung merupakan ancaman kepada manusia di mana kandungan raksa dan asid sulfurik yang tinggi meresap masuk ke dalam kulit haiwan ini. 

Air sungai dan laut menjadi berasid pada pH 5 membunuh hidupan akuatik seperti ikan (atau mana-mana binatang yang bergantung kepada ikan akan mati juga eg. burung laut); berlaku di Tasik Minnesota di mana hujan asid ini telah memusnahkan 140 buah tasik di situ. 

Bangunan dan peralatan bangunan

Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemndapan berasid, ini akan mempercepatkan kadar hakisan dan pengaratan barangan besi. 

Meluntur dan merosakkan cat kereta. 

Batuan dan binaan bangunan menjadi lemah dan rapuh serta mempercepatkan hakisan bangunan. 

Proses Pembentukan Hujan AsidBagaimanakah hujan asid terhasil..?Hujan asid terbentuk hasil gabungan air hujan dengan komponen-komponen tertentu seperti karbon dioksida (CO2), sulfur dioksida (SO2), nitrous oksida (NOx), hidrokarbon, arsenik, kadmium, plumbum, merkuri, nikel, zink dan logam toksid.

Hujan asid terdiri daripada dua jenis;

1. Hujan asid lembap (mendapan basah) 

2. Hujan asid kering (mendapan kering) 

Hujan Asid Lembap

Page 4: APAKAH ITU HUJAN ASID.docx

Fenomena ini berlaku apabila pebakaran bahan api fosil dibakar dalam jumlah yang banyak sehingga membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan-bahan ini kemudiannya disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan membentuk asid sulfurik dan asid nitrik. Hujan akan menunjukkan keasidan yang tinggi apabila kepekatan asidnya tinggi. Hujan asid jenis ini aktif berlaku semasa hujan yang disertai dengan kilat.

Nitrogen + Oksigen → Nitrous oksida → Nitrogen dioksida (NO2) + air hujan (H2O) → Asid nitrik dan asid nitrus

Hujan Asid Kering

Gas sulfur dioksida, nitrogen oksida dan asid nitrik serta aerosol asid juga termendap apabila tersentuh dan terlekat pada permukaan tumbuhan, tanah dan bahan lain dalam keadaan cuaca baik. Bukan itu sahaja, asid-asid tersebut melekat pada zarah-zarah terampai di udara dan akan termendap ke permukaan tanah, bangunan dan tumbuhan dan ini menyebabkan berlakunya pemendapan kering berasid. Gas berasid ini bertindak balas dengan oksigen di atmosfera membentuk pelbagai jenis asid (asid sulfur trioksida, asid sulfurik, asid nitrus dan asid nitrik).

Antara contoh proses : letupan gunung berapi di mana gas sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon dioksida dan kerbon monoksida bertindak balas dengan air hujan menjadi asid sulfurik dan asid nitrik.

Langkah-langkah Mengatasi Hujan AsidBagi menangani masalah hujan asid yang kian hangan melanda dunia, sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi, beberapa langkah selamat boleh dijalankan.

Tasik yang tercemar boleh dipulih melalui proses liming di mana batu kapur merupakan bahan utama dan diletakkan ke dalam air tasik yang berasid untuk dineutralkan; eg. tasik-tasik di West Wales, Canada telah menjalankan proses membaik pulih tasik-tasik yang telah tercemar, pH tasik ini 5.5 - 7.0. 

Menghadkan pelepasan gas pencemar udara ke atmosfera dengan menggunakan bahan api yang rendah kandungan sulfur dan secara tidak langsung boleh mengurangkan gas sulfur dioksida. 

Memperkenalkan pemasangan 'scrubbers' di cerobong asap di kilang-kilang untuk menapis gas sulfur dioksida. 

Page 5: APAKAH ITU HUJAN ASID.docx

Penggunaan sistem denitrifikasi dan dinyahsulfur, contohnya arang batu direnyukkan dan dicampurkan dengan batu kapur, dengan ini, kandungan sulfur dalam arang batu akan bertingdak balas dengan kalsium karbonat dan menghasilkan kalsium sulfat dan gypsum sebagai hasil sampingan. 

Mempertingkatkan lagi teknologi 'flash smelting' yang sering digunakan oleh pelebur kuprum, pembebasan sulfur dioksida global dapat dikurangkan 5-10 ton setahun. 

Menggalakkan pemasangan pengubah bermangkin (catalytic converter) pada enjin kenderaan, ini dapat mengurangkan gas NOx sebanyak 90% di mana gas pencemar dapat diubah sebelum dilepaskan ke atmosfera. Ini bertujuan untuk mengurangkan gas karbon monoksida dan nitrogen oksida asap ekzos. 

Dari segi perundangan, boleh ditingkatkan lagi mengenai pengawalan pencemaran alam sekitar. 

Sebagai individu, kita perlu sentiasa memastikan kenderaan kita dalam keadaan yang baik memandangkan bilangan kenderaan berdaftar di Malaysia adalah semakin meningkat. 

Bagi meningkatkan kesedaran dalam masyarakat, perlu adakan kempen, ceramah atau pun aktiviti kemasyarakatan bagi memastikan setiap individu dalam sesuatu masyarakat memainkan peranan untuk memelihara alam sekitar

HUJAN ASID

Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi sesebuah negara menyebabkan manusia tidak mengambil berat tentang masalah – masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan negara.Kesan – kesan negatif akibat proses pembangunan secara terburu – terburu mengakibatkan kesan pencemaran alam yang serius.Hal ini semakin menggugat kesihatn manusia dan juga kehidupan – kehidupan yang lain.

            Antara pencemaran alam yang mencemarkan alam sekitar ialah hujan asid.Hujan asid secara semulajadi adalah berasid.Hujan asid terbentuk hasil gabungan air hujan dengan komponen – komponen tertentu seperti karbon dioksida (CO2),sulfur dioksida (SO2),nitrous oksida(NOx),hidrokarbon,plumbum,merkuri,zink dan logam toksid.Bahan pencemar ini disebarkan  oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.   

            Terdapat 2 punca untuk kejadian hujan asid iaitu aktiviti manusia ataupun berlaku secara semulajadi.Kegiatan industri,proses peleburan bijih timah,aktiviti sistem pengangkutan dan kegiatan pertanian merupakan aktiviti yang berpunca  untuk kejadian hujan asid.Kegiatan industri mengasilkan sulfur dioksida dan nitrogen melalui pembakaran bahan api fosil di kilang – kilang dan pembakaran arang batu bermutu rendah menyebabkan pembebasan gas sulfur dioksida yang banyak ke atmosfera.Proses pelaburan bijih timah pula membebaskan banyak gas sulfur dioksida terutamanya 

Page 6: APAKAH ITU HUJAN ASID.docx

peleburan timah kuprum.Selain itu,aktiviti sistem pengangkutan juga salah satu punca kejadian hujan asid.Ini boleh dilihatkan melalui,pembakaran pada suhu tinggi di silinder kereta menyebabkan pengeluarkan asap ekzos.Asap ekzos membebaskan berjuta – juta  gas nitrik oksida ke udara semasa pembakaran ini dan menyebabkan hujan asid.Disamping itu hujan asid juga berpunca daripada kegiatan pertanian seperti penggunaan baja nitrogen akan menghasilkan gas nitrogen pembakaran terbuka bungkusan plastik baja dan sisa kayu membebaskan gas metena dan oksida nitrus menyebabkan hujan asid nitrik.

            Seterusnya ialah kebakaran hutan secara bebas.Kegiatan ini merupakan salah satu punca semulajadi.Pada masa kini,banyak hutan telah dibakar untuk membina bangunan di seluruh dunia.Aktiviti ini telah membebaskan gas – gas pencemar seperti gas nitrogen dioksida.Oleh itu,gas – gas yang keluar daripada kegiatan – kegiatan di atas bertindak balas dengan air hujan dan mula mengasilkan hujan asid.

            Kesannya ialah alam sekitar sedang mengalami kemusnahan yang sangat teruk.Hal ini telah membawa banyak kemudaratan kepada manusia dan juga hidupan tidak kira hidupan di darat ataupun di air.Antara kesan – kesannya ialah menjejaskan kesihatan manusia dari segi fizikal dan mental,kesan terhadap hidupan ataupun di air dan juga kesan terhadap bangunan dan peralatan bangunan.Jika kita lihat dari segi kesihatan manusia,tidak kira tua mahu pun muda dan kanak – kanak cepat boleh menghidap penyakit seperti athsma,sakit batuk,alergi dan selesema.Gas – gas seperti sulfur dioksida adalah penyebab pertama yang menyebabkan penyakit kepada  manusia seperti sakit dada,sakit tulang,batuk,sakit kerongkong dan aluminium pula boleh menyebabkan penyakit Alzheimer(berkait dengan hilang ingatan).Kesan seterusnya ialah kesan terhadap tanah dan tumbuh – tumbuhan.Banyak pokok – pokok  telah musnah kerana terkena hujan asid dan juga memusnahkan fungsi daun.Hal ini kerana asid bertindak balas dengan nutrian dalam  tanah dan mengurangkan kesuburan tanah.Selain itu,kesan terhadap hidupan air dapat dilihat melalui kematian tumbuh – tumbuhan dan hidupan di dalam tasik kerana asid yang terlalu pekat yang berasil daripada hujan asid.Disamping itu,bangunan dan peralatan bangunan juga salah satu kesan hujan asid.Sebagai contohnya,bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh,warna bangunan dan kereta menjadi pudar dan mudah rosak serta barang – barang besi juga cepat berkarat.

            Kesimpulanya,terdapat beberapa langkah bagi menangani masalah hujan asid yang melanda dunia.Terutamanya ialah dari segi perundangan dan agensi – agensi yang tertentu haruslah mengenakan denda terhadap orang yang memusnahkan alam sekitar.Mereka harus meningkatkan pengawalan terhadap alam sekitar untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.Selain itu,sebagai individu kita perlu sentiasa memastikan kenderaan kita dalam keadaan yang baik dan harus mengamalkan sifat berkongsi kereta  bagi menangani pencemaran udara dan juga menghalang kejadian hujan asid.Justeru,kempen kesedaran diri,ceramah ataupun aktiviti kemasyarakatan dan pameran pencemaran alam juga salah satu langkah yang baik kerana ini dapat menjadikan setiap masyarakat memainkan peranan demi kesejahteraan 

Page 7: APAKAH ITU HUJAN ASID.docx

Punca-punca

Di negara kita, terdapat kawasan yang mengalami hujan asid seperti Lembah Kalang, Pulau Pinang dan Johor Bharu. Antara 3 kawasan ini, Lembah Klang yang paling teruk. Antara punca-puncanya adalah :

Kenderaan bermotor Pembakaran sampah secara terbuka Pembebasan asap kilang

HUJAN ASID

Konsep

Hujan asid ialah hujan yang mempunyai nilai pH kurang daripada 5 yang mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida yang terlepas di udara bercampur dengan air hujan untuk membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan 

Page 8: APAKAH ITU HUJAN ASID.docx

bahan api fosil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.

          

Page 10: APAKAH ITU HUJAN ASID.docx

Faktor

Kejadian hujan asid boleh berpunca daripada aktiviti manusia ataupun berlaku secara semulajadi. Melalui kegiatan manusia, kegiatan industri yang dilakukan menghasilkan sulfur dioksida dan nitrogen melalui pembakaran bahan api fosil di kilang-kilang dan pembakaran arang batu bermutu rendah menyebabkan pembebasan gas sulfur dioksida yang banyak ke atmosfera. 

Kedua, proses peleburan biji timah yang banyak akan membebaskan gas sulfur dioksida terutamanya peleburan timah kuprum.Ketiga, kegiatan pertanian juga punca berlakunya hujan asid iaitu melalui penggunaan baja nitrogen yang akan menghasilkan gas nitrogen. 

Manakala pembakaran terbuka yang dilakukan oleh petani-petani untuk membakar plastik baja dan sisa kayu akan membebaskan sulfur dioksida. Di samping itu, binatang ternakan seprti lembu akan membebaskan gas metana dan oksida nitrus melalui pereputan najisnya dan akan menghasilkan hujan asid nitrik.

Page 11: APAKAH ITU HUJAN ASID.docx

Keempat, aktiviti sistem pangangkutan juga merupakan salah satu penyumbang berlakunya hujan asid melalui pembebasan asap ekzos pada suhu tinggi di silinder kereta menyebabkan pembebasan gas nitrogen dioksida dan nitrik oksida.

Hujan asid juga berlaku secara semulajadi. Pertama melalui letupan gunung berapi yang membebaskan gas sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan karbon monoksida. 

Kedua, penguraian bahan organik melalui aktiviti bakteria dalam tanah menukarkan nitrat kepada nitrat dan menghasilkan gas nitrogen semasa hujan kilat. Selain itu, penguraian bahan organik dan najis haiwan oleh bakteria anaerobik mengakibatkan penurunan sulfur seperti desulfovibrio di mana ianya menukarkan sulfat kepada nitrogen sulfida. 

Ketiga, kebakaran hutan secara semuladi akibat cuaca terlalu panas iaitu kejadian el-nino mengakibatkan gas-gas pencemar seperti gas nitrogen terbebas.

Kesan

Hujan asid mendatangkan pelbagai kemudaratan terhadap beberapa aspek tertentu iaitu dari aspek kesihatan, kesuburan tanah dan tumbuhan, ekosistem akuatik dan bangunan serta peralatan bangunan. Dari segi kesihatan, ia memudaratkan golongan tidak kira tua mahu pun muda terhadap penyakit asma.Bagi kanak-kanak pula fenomena ini boleh menyebabkan batuk, alergi dan selsema. Gas sulfur dioksida pula adalah merupakan agen kepada beberapa penyakit seperti sakit dada, tulang, batuk, sakit kerongkong, barah kolon dan barah payu dara. Selain itu ia menyebabkan berlakunya penyakit kulit, keroskan tisu badan manusia yang menggunakan bekalan air dari sungai, tasik dan empangan yang terdedah kepada hujan asid.

Page 12: APAKAH ITU HUJAN ASID.docx

Selain itu hujan asid juga memberi kesan terhadap tanah dan tumbuhan. Hujan ini menyebabkan kemusanahan hutan kerana terkena hujan asid. Contohnya di Czechslosvakia, 70% daripada hutannya musnah diseababkan hujan asid ini. Hujan asid menyebabkan kandungan asid dan alkali menjadi tidak seimbang dan mempengaruhi keseimbangan dan kestabilan tanah. Nilai pH yang kurang daripada 6 akan menyebabkan organik tanah mati, maka tanah ini menjadi tidak subur dengan ketiadaan nutrien di dalamnya. Kesannya ia akan menjejaskan produktiviti pertanian khususnya pengeluaran hasil tanaman makanan.Hujan asid yang terkena pada daun pokok akan memusnahkan fungsi daun. Ini kerana bahagian daun yang terkena hujan asid ini tidak dapat melakukan proses fotosintesis dengan sempurna.Kesannya pokok akan layu dan mati. Di Jerman, fenomena hujan asid berupaya menggugurkan daun-daun pokok meninggalkan dahan dan ranting. Fenomena ini dinamakan sebagai hutan berangka.Kesan lain ialah pokok akan mati kerana asid bertindak balas dengan nutrien dalam tanah dan mengurangkan kesuburan tanah. 

Ekosistem akuatik juga terganggu disebabkan oleh hujan asid ini. Tumbuhan dalam tasik dan hidupan plankton termusnah akibat penurunan nilai pH air tasik. Ini akan mengganggu kelancaran pembiakan ikan dan amfibia.Manakala ikan dan udang secara tidak langsung merupakan ancaman kepada manusia di mana kandunagan raksa dan asid sulfurik yang tinggi meresap masuk ke dalam kulit haiwan. Apabila manusia memakan haiwan ini akan menyebabkan penyakit barah kolon. Air sungai dan laut yang menjadi berasid pada pH 5 akan membunuh hidupan akuatik dan memutuskan rantaian makanan. Contohnya di Tasik Minnesota di mana hujan asid ini telah memusnahkan 140 buah tasik situ.

Page 13: APAKAH ITU HUJAN ASID.docx

          

Di bandar, hujan asid yang turun akan memberi kesan kepada bangunan dan peralatan bangunan. Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid, ini akan mempercepatkan kadar hakisan dan pengaratan barangan besi. Selain itu, ia akan melunturkan cat kereta dan membocorkan bumbung-bumbung zink. Manakala batuan dan binaan bangunan menjadi lemah dan rapuh serta mempercepatkan hakisan bangunan. 

          

Langkah mengurangkan kejadian hujan asid

Page 14: APAKAH ITU HUJAN ASID.docx

Bagi menangani masalah hujan asid yang kian melanda dunia, sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi, beberapa langkah selamat boleh dijalankan. Antaranya ialah pertama, tasik yang tercemar boleh dipulih melalui liming di mana batu kapur merupakan bahan utama dan diletakkan ke dalam air tasik yang berasid untuk dineutralkan contohnya di West Wales, Canada yang telah dijalankan proses membaikpulih tasik-tasik yang telah tercemar dengan pHnya ialah antara 5.5 hingga 7.0 . 

Kedua, kilang-kilang patut mengehadkan pelepasan gas pencemar udara ke atmosfera dengan menggunakan bahan api yang rendah kandungan sulfur dan secara tidak langsung boleh mengurangkan gas sulfur dioksida. Selain itu, pemasangan ’scrubbers’ di cerobong asap di kilang-kilang patut dilakukan untuk menapis gas sulfur dioksida. 

Ketiga, menggalakkan pemasangan pengubah bermangkin pada enjin kenderan, ini dapat mengurangkan gas nitrogen oksida sebanyak 90% di mana gas pencemar dapat diubah sebelum dilepaskan ke atmosfera. Ini bertujuan untuk mengurangkan gas karbon monoksida dan nitrogen oksida asap ekzos. Dari segi perundangan, boleh ditingkatkan lagi mengenai pengawalan pencemaran alam sekitar

hujan asid

Kawasan perindustrian yang pesat dikenalpasti sebagai kawasan yang mempunyai nilai keasidan air hujan yang tinggi disebabkan ruang udara yang mengandungi gas beracun.Bincangkan kesan hujan asid terhadap kehidupan dan alam sekitar.

PengenalanHujan asid terjadi apabila kandungan sulfur dioksida dan nitrogen oksida meningkat dalam udara.Pertambahan kedua-dua sebatian adalah diakibatkan oleh sumber-sumber pencemaran seperti asap industri dan bahan cemar kenderaan bermotor.

A. Kesan1. Tumbuh-tumbuhan- menyebabkan perubahan komposisi bahan organik dalam tanah kerana kandungan nutrien yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan akan terhakis- mengancam mikro organisma dalam tanah- Jejaskan proses pereputan dan penguraian bangkai haiwan dan tumbuh-tumbuhan- musnahkan tisu daun dan mereputkan akar tumbuh-tumbuhan- menyebabkan kerosakan hutan dan hasil tanaman

2.Kerosakan bangunan

Page 15: APAKAH ITU HUJAN ASID.docx

- hujan asid merosakkan bangunan lama. Cth: Tugu Peringatan dan artifak-artifak bersejarah- Hujan asid yang menyerap ke dalam batu bata dan gangsa alami tindak balas kimia – batu jadi reput dan gangsa terurai.- Menjejaskan kekuatan dan kekukuhan konkrit dan cat bangunan

3. Mengancam hidupan akuatik- bila keasidan air meningkat, bahan-bahan logam akan larut dalam air. Cth: alimunium, zink dan raksa- Pertambahan logam –logam beracun beracun ini mengurangkan aktiviti mikrobiologi seperti zooplankton dan fitoplankton. Akibatnya bekalan makanan untuk ikan terjejas- Hujan asid juga akan merosakkan telur-telur ikan dan jejaskan perkembangan embrionya.

4. Mengancam Kesihatan manusia- Bila hujan asid berlaku di kawasan sungai atau tasik, bahan logam dalam tanah akan bertindakbalas dengan air berasid untuk menghasilkan pelbagai logam dan sebatian asid bertoksik.- minuman tercemar kerana mengandungi antimoni, stanum dan plumbum yang tinggi.- penyakit yang boleh diakibatkan oleh pencemaran air hujan asid ialah leukemia.

Kesimpulan:Hujan asid boleh dielakkan sekira aktiviti manusia dalam bidang perindustrian dan pembangunan ekonomi dikurangkan. Semua pihak harus bertanggungjawab mengurangkan kesan hujan asid kerana implikasi kepada kehidupan akan memberi kesan yang berpanjangan