apakah itu sains

27
Apakah Itu Sains ? Berasal dari kata Bahasa Inggeris, Science yang berpunca dari Bahasa Latin Scientia. Dalam Bahasa Melayu Lama diistilahkan sebagai Ilmu. Perkataan Scientist atau saintis pertama diperkenalkan oleh William Whewell (1840) seorang ahli fizik-astronomi-falsafah di Universiti Cambridge menerusi bukunya The Philosophy of Inductive Sciences

Upload: zurich

Post on 09-Jun-2015

4.537 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Apakah Itu Sains

Apakah Itu Sains ?

Berasal dari kata Bahasa Inggeris, Science yang berpunca dari Bahasa Latin Scientia.

Dalam Bahasa Melayu Lama diistilahkan sebagai Ilmu.

Perkataan Scientist atau saintis pertama diperkenalkan oleh William Whewell (1840) seorang ahli fizik-astronomi-falsafah di Universiti Cambridge menerusi bukunya The Philosophy of Inductive Sciences

Page 2: Apakah Itu Sains

Cara Pentakrifan Sains Sains boleh ditakrifkan dengan tiga cara iaitu;

1. Analisis: iaitu penghuraian dalam sebutan komponen atau juzuk sesuatu bidang.

2. Fungsian: iaitu penghuraian kegunaan atau perkhidmatannya atau penugasannya.

3. Operasional: iaitu penghuraian prosesnya, cara bidang itu terbit atau menghasilkan sesuatu.

Page 3: Apakah Itu Sains

Takrifan Umum Sain … Longgokan pengetahuan yang tertahkikkan (terbukti

kebenarannya) Sejenis pengetahuan yang bukan berlandaskan

kepada intuisi (perasaan/ gerak hati) atau kepercayaan Berupa pengetahuan yang bersistem yang berasaskan

kepada cerapan, kajian, pengujian (eksperimentasi), dan sebagainya.

Berupa pengetahuan daripada nalaran atau maakulan dan mantik gunaan.

Longgokan teknik, kemahiran, kebolehan berasaskan kepada latihan, disiplin dan pengalaman.

Berupa analisis fenomena secara objektif.

Page 4: Apakah Itu Sains

Takrifan Khusus

“Sains berupa analisis fenomena secara bersistem, mantik, dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai”

Page 5: Apakah Itu Sains

Sains Sekular vs Sains Islam Fenomena adalah peristiwa, kejadian (event) atau

akibat yang dapat tercerap atau dialami secara objektif. Fenomena yang bersabit dengan kuasa ghaib tidak mendapat perhatian saintis sekuler.

Menurut pendapat saintis sekular hanya orang jahil yang mengaitkan sains dengan alam ghaib. Pandangan ini tentunya bertentangan dengan saintis Islam. Menurut pandangan saintis Islam, semua fenomena di alam nyata (fizikal) ini bersangkut paut dengan alam ghaib, kerana semua fenomena adalah tanda-tanda (‘ayah) kepada kewujudan yang Maha Pencipta atau menurut konsep Tauhid wujudnya Allah SWT.

Page 6: Apakah Itu Sains

Sains Sekular Syarat utama sains sekular ia mestilah bercirikan

keobjektifan. Keobjektifan dari segi pemikiran dan tindakan.

Kajian yang bersifat objektif adalah kajian-kajian yang bebas dari emosi, cita rasa, budaya, kepercayaan, agama atau pada umumnya tidak dipengaruhi oleh sistem nilai masyarakat atau diri individu.

Kajian-kajian yang berlandaskan emosi, cita rasa dan sebagainya disebut kajian subjektif, atau bukan saintifik dan rendah martabatnya.

Page 7: Apakah Itu Sains

Sains Islam Dari pandangan saintis Islam, keobjektifan

adalah satu prinsip yang relatif nyata fungsinya bergantung pada masa dan tempat.

Sebagai contoh, sehingga hari ini kita berpuas hati dengan peranan yang dimainkan oleh benda seperti “jisim” dan diberi unit dan sukatannya. Berarti saintis memperakui jisim sebagai suatu yang nyata secara objektifnya sehingga hari ini.

Page 8: Apakah Itu Sains

Sifat Kerelatifan Sains Sebelum kurun ke-19 “ether” bersifat objektif

pada zaman itu, kerana dengan alasan wujudnya ether sebagai bahantara yang membolehkan cahaya merambat.

Bagaimanapun setelah sifat dualisme cahaya (sebagai zarah dan gelombang, khususnya elektromagnet) dicadangkan dan disekutukan melalui konsep foton oleh Maxwell pada tahun 1900

Page 9: Apakah Itu Sains

Spektrum Elektromagnet Spektrum Elektromagnet (Cahaya sebagai

gelombang, dan Sinaran Zarah)

Page 10: Apakah Itu Sains

Sistem Logik Sistem logik (mantik) berasaskan aqal dan

rasional manusia yang berubah menurut zaman. Sistem mantik yang paling ringkas bersifat berketentuan dan hanya memiliki dua nilai: YA atau TIDAK, BENAR atau SALAH.

Individu yang menganuti sistem ini dikelaskan sebagai tentuis (determinist).

Page 11: Apakah Itu Sains

Sistem Mantik Multinilai Kemajuan di dalam bidang matematik telah

banyak menghasilkan berbagai-bagai sistem manti yang sah yang disebut sebagai sistem mantik banyak nilai. Model sains yang tidak berketentuan berlandaskan pada kebarangkalian atau lebih dikenali sebagai model stocastics adalah satu contoh penerokaan sains yang berlandaskan kepada sistem mantik banyak nilai, misalnya nilai 0 dan 1 (0 bernilai TIDAK, dan 1 bernilai YA).

Page 12: Apakah Itu Sains

Contoh nilai “1” dan “0” Sekiranya suis dalam kedudukan A diwakili oleh

nilai “1” berarti litar tertutup sehingga lampu menyala, kerana adanya aliran arus dalam litar,

Jika suis pada kedudukan B diwakili oleh nilai “0” berarti lampu padam, kerana tiada aliran arus di dalam litar.

A (1)

B (0)

Page 13: Apakah Itu Sains

Pengertian Oleh itu di sini kita lihat nilai “1” berarti “lampu

menyala” atau “ada arus yang mengalir”, dan nilai “0” berarti “lampu tidak menyala” dan “tiada arus yang mengalir

Page 14: Apakah Itu Sains

Model Proses Sains SekularK

aedah sains

Teknologi harapan penenang jiwa dan

juga fikiran manusia

Alamnyata

Tafsiran

Formulasi

Keputusan

Peniskalaan

secara objektif

U j i a n

Rasional

Page 15: Apakah Itu Sains

Tauhid

ALAM GHAIB

AL-QUR’AN & HADITH(Ilmu Wahyu)

RumusanAlam Nyata

KeputusanAqal

Tafsiran(Sains Aqli)

Teknologi, penenang jiwa dan fikiran, keimanan

Peniskalaan

Kaedah SainsPengujian

Rasional

Tida

k

Ya

Model Proses Sains Islam

Page 16: Apakah Itu Sains

Penjelasan Rajah (Alam Nyata) Alam Nyata

Apa jua tingkah laku atau telatah dan fenomena yang dapat dikesan oleh deria atau dicerapai atau dibayangkan oleh aqal fikiran manusia,

  i) mengikut fahaman sekularisme “terjadi dengan

sendirinya menerusi mekanisme yang khusus”; menggunakan aqal fikiran sahaja.

ii) mengikut fahaman Islam “yang berupa manifestasi alam ghaib”; menggunakan aqal fikiran yang berpandukan kepada ilmu wahyu.

Page 17: Apakah Itu Sains

Penjelasan Rajah (Peniskalaan) Abstraksi berasal dari bahasa Inggeris

“abstraction” iaitu suatu proses mencami unsur-unsur penting daripada alam nyata itu untuk dipisahkan daripada alam nyata yang kusut dan kompleks itu, setakat yang termampu, dan kemudiannya diunggulkan sehingga membolehkannya memaparkan semula alam nyata yang telah disaring itu dalam bentuk yang difkirkannya sesuai.

Page 18: Apakah Itu Sains

Proses Peniskalaan Proses peniskalaan ini, mengikut pandangan

sekularisnya, bebas daripada sebarang prasangka dan bebas pula daripada sebarang sistem kepercayaan atau sistem nilai sesaorang pengkaji itu, atau secara ringkasnya disebut sebagai bertaraf objektif.

Mengikut pandangan dan kehendak Islamnya peniskalaan itu tidak boleh bebas daripada ketetapan ilmu wahyu, atau tidak boleh bertentangan denga ilmu wahyu.

Page 19: Apakah Itu Sains

Formulasi Suatu proses menerbitkan pandangan-

pandangan umum yang teratur dan bersistem berasaskan kepada peniskalaan itu sehinggakan melahirkan satu model kepada alam nyata itu dalam bentuk-bentuk bahasa sains yang sudah terestablis atau yang baru sama sekali dengan berasaskan kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum yang pada ketika itu tidak dipersoalkan kesahihannya.

Page 20: Apakah Itu Sains

Formulasi sebagai Model Formula juga kadang-kadang bermaksud model itu

sendiri. Model yang diperolehi itu kemudiannya dikaji secara terpisah dengan alam nyata, iaitu menerusi kaedah-kaedahsains yang sudah terestablis atau yang baru jika kaedah lama tidak berupaya menyelesaikannya.

Hasil daripada penerapan kaedah-kaedah sains inilah yang ditafsirkan dan digunakan untuk membuat ramalan, yang pada para sekularis semuanya ini bersifat objektif lagi, tetapi mengikut Islam tahap inilah pentafsian, peramalan dan perasionalanya sesaorang itu seharusnya tidak melanggar ketetapan ilmu wahyu, kerana Islam itu mempercayai nafsu akan cuba memenagkan yang bathil.

Page 21: Apakah Itu Sains

Pengertian Intuisi Iaitu kuasa spontan memahami atau

memperolehi sesuatu (ilmu) tanpa pentaakulan dan pentelaahan secara sedar. Dalam Melayu Klasik intuisi diistilahkan sebagai “gerak hati” atau “naluri”. Setiap makhluk memiliki intuisi, cuma tahap ketajamannya berbeza bergantung kepada perwatakan, pengalaman hidup dan cara hidup atau kebudayaannya. Sering juga intuisi disekutukan dengan “deria keenam”. Ramai yang percaya bahawa kaum wanita memiliki kelebihan intuisi berbanding kaum lelaki.

Page 22: Apakah Itu Sains

Pengertian Heuristik Berasal dari bahasa Inggeris “Heuristic” berakar umbi dari

bahasa Yunani dan pernah menjadi suatu cabang kajian di dalam mantik, falsafah dan psikologi pada suatu masa dahulu. Dalam Latinnya heuristik dikenali sebagai “ars inveniendi” atau (kesenian rekaan).

Tujuan kajian heuristik adalah untuk mengetahui kaedah dan petua penemuan dan rekaan. Tujuannya untuk memahami proses menyelesaiksn masalah, terutamanya tentang operasi-operasi mental penyelesai. Ilmu ini mengambil kira tentang latar belakang mantik dan psikologi.

Pengalaman dalam menyelesaikan masalah menjadi asas pembinaan ilmu heuristik. Pengetahuan heuristik dianggap boleh digunakan di dalam pengajaran matematik.

Page 23: Apakah Itu Sains

Pengertian Induksi (Aruhan) Iaitu cara membuat kesimpulan umum dengan

berasaskan kepada beberapa data sahaja. Ringkasnya, aruhan itu hasil yang diperolehi daripada kajian kepada sebahagian objek apa bila kesimpulan keseluruhan kepada kesemua anggota objek itu dilakukan.

  Analogi adalah salah satu bentuk aruhan yang

digunakan oleh saintis masa dulu dan kini. Cara kajiannya melihat kepada pola-pola keserupaan benda yang dikaji dengan benda yang diketahui. Keserupaannya boleh dilihat dari segi dimensi matematika dan sifat-sifat fizikal, kimiawi dan biologinya

Page 24: Apakah Itu Sains

Pengertian Deduktif Berupa proses membuat kesimpulan atau hasil

daripada membuat kesimpulan yang diperolehi daripada premis yang diterima menerusi penerapan sesuatu sistem mantik. 

Deduksi tidak berhubung dengan kebenaran. Kaedah ini Cuma melahirkan ilmu pemgetahuan (atau kesimpulan) yang disifatkan sebagai “sah” atau “tidak sah” sahaja berasaskan kepada sistem mantik yang dipegangi oleh pembuat kesimpulan itu. Sah di sini bermakna diterima dari segi mantik sahaja. Contoh kesimpulan yang sah tetapi tidak benar adalah seperti berikut:

Page 25: Apakah Itu Sains

Contoh DeduktifPremis : 1. Semua orang berbangsa Melayu di Malaysia beragama Islam.2. Semua orang beragama Islam di Malaysia berbangsa Melayu. 

Kesimpulan : Semua orang Islam di Malaysia adalah berbangsa Melayu.

Kesimpulan ini adalah sah (mengikut mantiknya) tetapi jelas natijahnya tidak benar. Di sini kita tahu sebab deduksi ini memberikan hasil yang tidak benar, iaitu kerana premisnya tidak benar (lihat premis 2).

Page 26: Apakah Itu Sains

Habiiih Doooh Next:

Pendidikan mengikut Perspektif Islam

Page 27: Apakah Itu Sains