apakah itu psikologi

21

Click here to load reader

Upload: ammar-atifie-othman

Post on 18-Dec-2015

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Psikologi part 1

TRANSCRIPT

2.1 APAKAH ITU PSIKOLOGI?Psikologi merupakan salah satu ilmu moden yang terpisah daripada falsafah setelah banyak kajian dibuat di bidang jiwa manusia pada permulaan zaman moden, iaitu pada abad ke-15 M. Menurut ahli psikologi, erti psikologi itu ialah segala teori berhubung dengan mempelajari segala fenomena jiwa individu, yang diasaskan atas pemerhatian (observation) dan percubaan (experiment).Perkataan psikologi berasal daripada bahasa Greek psychology tersusun daripada dua perkataan, iaitu psyche ertinya roh dan logos ertinya pengetahuan. Maka di sini bolehlah diertikan perkataan psikologi itu ialah pengetahuan roh; dalam bahasa Arab diistilahkan dengan Ilmu al-Nafs.Ahli psikologi member berbagai-bagai erti kepada roh antaranya ialah:1. Sejumlah sifat yang membentuk perangai individu dan personalitinya yang membezakannya daripada orang lain. Sifat-sifat jiwa itu seperti sentimen, perasaan seperti marah, takut, cinta, benci dan lain-lain dan naluri, adat serta lain-lain lagi. Daripada erti roh seperti yang disebut itulah dikatakan jiwa mulia dan jiwa hina.2. Suatu jawhar atau elemen yang bukannya benda yang berbeza-beza daripada tubuh badan, yang terbit daripadanya segala jenis perasaan jiwa seperti sentimen, marah, takut, cinta, benci dan lain-lain.3. Segala tanda bagi roh yang sedang bergerak di dalam hati seseorang manusia yang dirasainya dan sentiasa dating di hatinya dengan tidak putus-putus pada setiap detik seperti merasa berbagai-bagai kehendak, merasa aman tenteram, suka duka, sakit, sedap dan segalanya lintasan fikiran dalam diri seseorang manusia.Erti seperti di atas ialah menurut pendapat ahli-ahli sains moden.Fenomena jiwa seperti yang tersebut itu, menjadi tajuk psikologi yang saintifik yang menjadi tumpuan ahli sains moden untuk menganalisisnya dengan tujuan supaya dapat dikeluarkan daripada analisis itu satu undang-undang bagi segala fenomena jiwa itu, iaitu undang-undang yang boleh digunakan pada setiap masa dan segenap tempat.

2.2 SEJARAH PSIKOLOGI Psikologi sebagai sebuah disiplin ilmu terbilang berusia muda. Ilmu pengetahuan yang mempelajari tingkah laku dan proses mental itu diklaim Barat baru muncul pada tahun 1879 M -- ketika Wilhelm Wundt mendirikan laboratorium pertamanya di Leipzig. Padahal, jauh sebelum itu peradaban manusia dari zaman ke zaman telah menaruh perhatian pada masalah-masalah psikologi. Barat juga mendakwa bahawa Philipe Pinel sebagai manusia pertama yang menemui kaedah penyembuhan penyakit jiwa.

Pada era kekhalifahan, perkembangan bidang psikologi seiringan dengan pesatnya pencapaian dalam ilmu kedoktoran. Pada masa kejayaannya, para psikolog Muslim telah mengembangkan Psikologi Islam atau Ilmu-Al Nafsiat. Psikologi yang berhubungan dengan studi nafs atau jiwa itu mengkaji dan mempelajari manusia melalui qalb (jantung), ruh, aql (intelektual), dan iradah (kehendak). Menurut Syed Ibrahim B PhD dalam bukunya berjudul "Islamic Medicine: 1000 years ahead of its times", mengatakan, rumah sakit jiwa atau insane asylums telah didirikan para dokter dan psikolog Islam beberapa abad sebelum peradaban Barat menemukannya. Hampir semua kota besar di dunia Islam pada era keemasan telah memiliki rumah sakit jiwa. Selain di Baghdad ibu kota Kekhalifahan Abbasiyah insane asylums juga terdapat di kota Fes, Maroko. Selain itu, rumah sakit jiwa juga sudah berdiri di Kairo, Mesir pada tahun 800 M. Pada abad ke-13 M, kota Damaskus dan Aleppo juga telah memiliki rumah sakit jiwa.

Peradaban manusia kuno di Mesir, Yunani, Cina, dan India telah memikirkan tentang ilmu yang mempelajari manusia dalam kurun waktu bersamaan. Kebudayaan kuno itu juga telah memikirkan tentang sifat fikiran, jiwa, ruh, dan sebagainya. Masyarakat Mesir Kuno dalam catatan yang tertulis pada papyrus bertarikh 1550 SM telah mencuba mendeskripsikan tentang otak dan beberapa pandangan mengenai fungsinya.

Selain itu, ahli falsafah Yunani Kuno, Thales, juga telah membuat huraian tentang apa yang disebut sebagai psuch atau jiwa. Ahli falsafah yang lain di dalam peradaban Yunani Kuno seperti Plato, Pythagoras, dan Aristoteles juga turut mendedikasikan diri mereka untuk mempelajari dan mengembangkan dasar-dasar psikologi. Sejak abad ke-6 M, peradaban Cina telah mengembangkan sistem peperiksaan awan sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan.Sumbangan para psikolog Muslim dalam mengembangkan dan mengkaji bidang psikologi begitu sangat bernilai. Sejarah telah mencatatkan bahawa sarjana Muslim terkemuka, Al-Kindi, merupakan psikolog Muslim pertama yang mencoba menerapkan terapi musik. Psikolog Muslim lainnya, Ali ibn Sahl Rabban Al-Tabari, juga diakui dunia sebagai orang pertama yang menerapkan psikoterapi atau 'al-`ilaj al-nafs'. Ibnu Sina, Zakaria al-Razi dan dan al-Balkhi juga member sumbangan pemikiran dan karya dalam bidang psikologi.

2.3 TOKOH PSIKOLOGI SEBELUM ISLAMSocrates Socrates membincangkan nilai positif dan pengetahuan sudah ada dalam diri seseorang manusia sehingga dapat melakukan penilaian tentang baik buruk meskipun mungkin tidak tahu mengapa. Ini dikenali sebagai pengetahuan terpendam[latent knowledge].Kaedah Socrates : Socratic dialog, bringing it out of people rather than describing it to them.Sumbangan bagi Psikologi/Science Definisi umum nila-nilai positif Teknik awal psikoterapi Etika saintifik: teori penerbitan dan pertahanan.PlatoAnak murid Socrates, berbeza dengan gurunya, datang daripada keluarga terpengaruh dan terpelajar. Beliau menciptakan bidang epistemologi, iaitu kajian tentang pengetahuan psikologi yang akhirnya berkembang menjadi psikologi kognitif. Sumbangan bagi psikologi : penekanannya pada rationaliti dan objektif dari pengetahuan atau ilmu dapat dikatakan meletakkan dasar pengetahuan alam yang sampai sekarang masih dipegang konsepnya. Pemahaman mengenai kemahuan atau keinginan yang mendorong perilaku manusia adalah dasar bagi konsep motivasi dalam psikologi. AristotelesMerupakan anak murid Plato, mendasarkan diri pada pandangan gurunya, namun kemudian mengembangkan prinsip-prinsipnya sendiri.Aristoteles adalah seorang biologist, seorang yang sangat empiris, percaya pada hal-hal natural. Tidak seperti Plato yang senang bergerak dalam bidang-bidang ideal, Aristoteles adalah seorang yang down to earth (rendah diri).Bagi Aristoteles, psikologi adalah ilmu tentang jiwa. Jiwa menjadi bahagian penting dalam setiap individu, menggerakkan, mengarahkan perkembangan organisma, dan merealisasikan organisma menjadi kewujudannya yang sekarang. The soul is the form.Dalam hal ini Aristoteles berbeza pandangan dengan gurunya yang memisahkan idea (yang dalam pemikiran Aristoteles dapat disamakan dengan jiwa) dan material. Bagi Aristoteles, jiwa dan material tidak dapat dipisahkan. Material tidak berarti tanpa jiwa.Tidak semua benda di alam mempunyai jiwa, hanya organisma sahaja, iaitu nutritive soul (makanan jiwa), sensitive soul (kepekaan jiwa) dan rational soul (kewarasan jiwa).Struktur dan Fungsi daripada Rasional/Human soul. Persepsi- titik permulaan bagi setiap pengetahuan. Melihat sesuatu dari kaca mata luas, bukan sekadar objek semata-mata. Contoh : yang dilihat adalah almari bukannya kayu. Deria yang Istimewa- setiap pancaindera memfokuskan diri pada cirri-ciri khas dari suatu objek. Bagi Aristoteles, pancaindera kita menangkap cirri-ciri tersebut dan mencatatnya dalam hati kita, seperti apa adanya. Deria Dalaman- bahagian yang terletak di dalam hati dan sanubari kita, tidak berhubungan dengan dunia luar, namun masih memiliki hubungan dengan pengalaman menarik. Deria biasa- bahagian yang mengintegrasikan pelbagai input yang kita terima sehingga menjadi suatu gambaran utuh dan kukuh dan terintegrasi mengenai dunia kita, terletak di hati. Deria biasa dan imaginasi membentuk penilaian kita yang akhirnya membantu kita menginterpretasikan pengalaman pancaindera kita. Daya Ingatan- imej yang utuh dan kukuh mengenai objek sampai ke ingatan dan disimpan di sana. Fungsi utama daya ingatan adalah untuk mengingati kembali objek tersebut, tanpa harus disertai kehadiran asal dari objek nyata tersebut. Juga menghasilkan pengadilan, perasaan suka atau tidak suka yang akhirnya akan mendorong munculnya perilaku seseorang. Minda- bahagian yang paling rasional atau waras, hanya dimiliki oleh manusia. Jadi pada binatang, informasi hanya sampai pada ingatan. Minda berfungsi untuk membentuk abstrak dari gambaran-gambaran objek yang sampai ke ingatan. Dengan kata lain, membentuk pengetahuan (knowledge). Minda Pasif- potensi, tidak memiliki cirri-ciri tersendiri. Apa yang ada di dalamnya baru terealisasi menjadi pengetahuan melalui minda aktif. Minda aktif bergerak mengolah isi daripada minda pasif secara abadi dan kekal. Bahagian ini tidak tergantung dari tubuh dan ada pada semua manusia. MotivasiDibezakan antara motivasi pada haiwan (appetite) dan motivasi pada manusia (wish). Manusia mengerti baik dan buruk menjadi konflik motivasinya, serta bermoral sementara haiwan bersifat menyenangkan.

2.4 TOKOH-TOKOH AHLI PSIKOLOGI ISLAMAl-KindiR Saoud dalam tulisannya bertajuk The Arab Contribution to the Music of the Western World menyebut al-Kindi sebagai psikolog Muslim pertama yang mempraktikkan terapi musik. Menurut Saoud, al-Kindi sudah menemui nilai-nilai pengubatan pada muzik pada abad ke-9 M.Dengan terapi muzik, al-Kindi mencuba untuk menyembuhkan seorang anak yang mengalami quadriplegic atau lumpuh total, jelas Saoud.Al-TabariAl Tabari dikenali di Dunia Islam sebagai pencetus terapi penyakit jiwa. Ahli psikologi legenda Muslim itu bernama Abu al-Hasan Ali ibnu Sahl Rabban al-Tabari pada abad ke-9 M.

Jika kita menelusuri kitab Firdaus al-Hikmah yang ditulisnya pada abad ke-9 M, dia telah mengembangkan bidang psikoterapi untuk menyembuhkan pesakit yang mengalami gangguan jiwa. Al-Tabari menekankan kuatnya hubungan antara psikologi dengan kedoktoran dan berpendapat, untuk mengubati pesakit yang mengalami gangguan jiwa memerlukan kaunseling dan psikoterapi.

Al-Tabari menjelaskan, pesakit sering kali mengalami sakit kerana imaginasi atau keyakinan yang sesat. Untuk mengubatinya, sesi kaunseling bijak boleh dilakukan. Terapi ini boleh dilakukan oleh seorang doktor yang cerdas dan punya humor yang tinggi. Kepercayaan diri pesakit akan dibangkitkan melalui cara ini. Dan terbukti, pemikiran al-Tabari pada abad ke-9 masih relevan hingga zaman sekarang. Kitab Firdaus al-Hikmah atau (Paradise of Wisdom) merupakan karya agung al-Tabari. Ia menghasilkan karya pertamanya dalam bidang pengubatan. Dia merupakan orang pertama yang mengusung ilmu kesehatan anak-anak dan bidang pertumbuhan anak, ujar Amber Haque dalam bukunya berjudul Psychology from Islamic Perspective: Contributions of Early Muslim Scholars and Challenges to Contemporary Muslim Psychologists.

Kitabnya yang terkenal itu juga diterjemahkannya ke dalam bahasa Suriah. Al-Tabari memiliki dua kompilasi untuk karyanya yang dinamakan Deen-al-Daulat dan Hifdh al-Sehhat. Karya agung beliau itu mampu ditemui di perpustakaan Universiti Oxford, England. Al-Tabari meninggal pada tahun 870 M.

Kitab Firdaus al-Hikmah menceritakan tentang sistem perubatan yang dibuat dalam tujuh bahagian. Buku pertama itu dikategorikan sebagai ensiklopedia kedoktoran dan dibuat dalam tujuh jilid dan 30 bahagian, dengan jumlah 360 bab.

Dalam kitabnya itu, al-Tabari membahagi ilmu perubatan dalam beberapa bahagian, antaranya : ilmu kesihatan anak dan pertumbuhan anak serta psikologi dan psikoterapi. Di bahagian perubatan dan psikoterapi, al-Tabari menekankan kekuatan antara psikologi dan perubatan, dan keperluan psikoterapi dan kaunseling pada pelayanan pengubatan pesakit.

Menurut Amber Haque, al-Tabari menulis dalam risalahnya, untuk mengubati pesakit gangguan jiwa memerlukan kaunseling dan psikoterapi. Beliau melakukan pendekatan terhadap pesakit dengan bantuan kaunseling, atau mencuba pesakitnya meluahkan isi hati serta perasaan yang menggangu jiwa.

Beliau juga mengajar para doktor agar memberikan perhatian, tidak hanya dalam bentuk perubatan, bahkan dalam bentuk dialog. Inilah usaha yang diyakini al-Tabari akan membantu kejayaan sesuatu pengubatan.

Hingga kini, sebanyak lima karya al-Tabari masih tersimpan di perpustakaan. Dr Mohammed Zubair Siddiqui telah membandingkan dan mengedit manuskrip karya al-Tabari. Dalam kata pengantarnya, Siddiqui mengaku sangat kagum dengan karya beliau dari abad ke-9 M itu. Menurut dia, buah fikiran al-Tabari sangat berguna.Al-BalkhiAhmed ibnu Sahl Al-Balkhi, merupakan sarjana pertama yang memperkenalkan konsep kesihatan spiritual atau al-tibb al-ruhani dan ilmu kesihatan mental. Al-Balkhi diyakini sebagai ahli psikologi medik dan kognitif pertama yang secara jelas membezakan antara neuroses (gangguan emosi akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan yang dicirikan dengan keresahan) dan psychoses (sejenis penyakit mental yang boleh membawa kepada kerosakan personaliti) untuk mengklasifikasikan gangguan penyakit saraf.

Melalui kajian yang dilakukannya, Al-Balkhi juga cuba untuk menunjukkan secara terperinci bagaimana terapi rasional dan spiritual kognitif dapat digunakan untuk memperlakukan setiap kategori penyakit. Pencapaian cemerlang dicapai Al-Balkhi pada abad pertengahan itu menjadi begitu terbilang.

Al RaziKetokohan Al-Razi dalam bidang psikologi atau psikoterapik telah diakui oleh dunia Islam. Bahkan, dunia barat juga tidak dapat menafikan kehebatan beliau. Melalui karyanya al-Hawi(Liber Contines) yang merupakan sebuah ensiklopedia amalan perubatan terapeutik yang dihasilkan olehnya menjadi rujukan dunia Eropah. Minat yang mendalam dunia Eropah kepada karya agung yang seberat 10 kilogram ini terbukti dengan penerbitan karya ini beberapa kali sejak abad ke-12M lagi sehingga abad ke-17M.Al-Razi merupakan anak didik al-Tabari. Tidak hairanlah al-Razi juga memiliki pemikiran yang mantap dalam bidang psikologi. Pemikiran al-Tabari dalam bidang psikologi banyak mempengaruhi al-Razi. Melalui kitab yang ditulisnya yakni El-Mansuri dan Al-Hawi, al-Razi juga telah berhasil mengungkapkan definisi symptom (gejala) dan perawatannya untuk menangani sakit mental dan masalah-masalah yang berhubungan dengan kesihatan mental. Al-Razi juga memberi penekanan terhadap hubungan di antara doktor dan pesakit. Beliau menyarankan agar wujudnya ikatan kepercayaan antara kedua-dua pihak ini: "Komen yang positif daripada doktor akan menguatkan semangat pesakit, membuatkan mereka rasa lebih selesa serta membantu proses pemulihan". Beliau juga mengingatkan kepada para pesakit: "Bertukar-tukar doktor pula akan hanya membazirkan kesihatan, masa dan wang pesakit itu sendiri".Terbukti pada zaman moden, ramai dalam kalangan masyarakat dunia memiliki doktor persendirian. Bagi yang tidak mampu, mereka akan mengunjungi selalunya sesebuah klinik sahaja. Hal ini disebabkan apa yang telah dijelaskan oleh al-Razi. Al-Razi juga tercatat sebagai doktor atau psikolog pertama yang membuka ruang psikiatri di sebuah rumah sakit di Kota Baghdad.

Ibnu SinaBeliau telah memperkenalkan satu cabang ilmu perubatan iaitu ilmu perubatan psikosomatis atau psychosomatic medicine yang menggabung ilmu psikologi dan perubatan dalam membantu pesakit yang mengalami ganguan emosi dalam hidup.Menurut Ibnu Sina di dalam kitabnya as-Shifaa, jiwa manusia mempunyai kemampuan secara teori dan praktikal yang membentuk kecerdikan atau kecerdasan minda. Menurutnya lagi, jiwa itu sendiri boleh mencapai idea yang tidak disedari oleh seseorang melalui perasaan, imaginasi dan anggaran. Beliau menganggap kebolehan tersebut sebagai faktor utama kepada tingkah lakuAl FarabiAl-Farabi (870-950M), salah seorang tokoh falsafah Islam, mempunyai konsep tersendiri tentang jiwa. Jiwa bukan sekedar membincangkan tentang nafs, aql (rasional) dan qalb, tetapi juga potensi- potensi yang lain, bahkan tentang intelek (al-aql al-kull), sebuah buah fikiran dalam diri manusia yang lebih dari sekadar rasional (al-aql tentang masalah tersebut, tidak secara menyeluruh tetapi hanya difokuskan pada elemen-elemen yang berkaitan dengan proses pencapaian keilmuan. Al Farabi telah membuat kajian bahawa deria dalaman adalah bahagian dari jiwa yang mempunyai kemampuan-kemampuan lain yang tidak mampu dicapai oleh deria luaran(al hawwas al zhohiriyyah). Beliau juga telah membahagikan deria dalaman (al hawwas al bathoniyyah) kepada 5 bahagian iaitu; daya persembahan (al-quwwah al- mushawwirah), daya penganggaran (al-quwwah al-wahm), daya ingatan atau memori (al-quwwah al-hfizhah), daya imaginasi rasional (al-quwwah al-mufakkirah) dan daya imaginasi sensitif (al-quwwah al-mutakhayyilah).

Intelek adalah kunci utama dalam pemikiran falsafah al- Farabi, termasuk yang berkaitan dengan keilmuan. Intelek ini mempunyai dua kemampuan: praktis (`amal) dan teoritis (nazhar). Kemampuan teoritis digunakan untuk menangkap bentuk-bentuk objek intelektual (ma`qlt), sedang kemampuan praktis dimanfaatkan untuk membedakan sedemikian rupa satu sama lainnya sehinga kita dapat menciptakan atau mengubahnya dari satu kondisi kepada kondisi yang lain. Kemampuan yang disebutkan kedua ini biasanya terjadi pada masalah-masalah ketrampilan seperti pertukangan, pertanian atau pelayaran.Konsep psikologi al-Farabi, jika diistilahkan demikian, sungguh sangat modern dan manusiawi. Menurutnya, manusia tidak hanya merangkum potensi-potensi tumbuhan (vegetatif) dan binatang (animal) sehingga ia dapat tumbuh dan berkembang, tetapi yang terpenting adalah potensi-potensi nalar (rasional). Lebih dari itu, manusia juga mempunyai potensi intelek (al-aql al-kulli) sehingga mampu melepaskan diri dari kungkungan dunia material untuk selanjutnya menjangkau realitas-realitas metafisis non-material. Bahkan, intelek ini pulalah yang mampu mengantarkan manusia bertemu dengan Tuhannya. Disinilah nilai utama seorang manusia dibanding makhluk lain. Konsep-konsep psikologi yang sangat menghargai dan menjunjung tinggi nilai-nilai manusia seperti itu jelas berbeda dengan psikologi Barat seperti Freud yang menganggap dan menempatkan manusia tidak berbeda dengan seekor binatang, dimana potensi dasar dan utamanya adalah seks.56 Bahkan, pemikiran psikologi al-Farabi ini masih lebih manusiawi dibanding Maslow yang humanis sekalipun, karena Maslow baru mengangkat manusia pada tingkat nalar kognisi, tidak lebih dari itu.Sedemikian, sehingga secara kronologis, dapat dikatakan bahwa potensi-potensi dan nilai-nilai manusia dalam kajian psikologi berarti telah mengalami degradasi. Pada abad- abad pertengahan, manusia oleh Islam dinilai dan diakui mempunyai unsur-unsur kejiwaan yang mulia dan sempurna seperti malaikat, tetapi di abad 20 ia oleh Barat justru dianggap hanya mempunyai unsur nafsu yang tidak lebih dari binatang. Ali ibnu Abbas Al-MajusiAli ibnu Abbas Al-Majusi, psikolog Muslim yang turutmenyumbangkan pemikirannya bagi bidang psikologi. Beliau merupakan psikolog yangmenghubungkan antara peristiwa-peristiwa psikologis tertentu denganperubahan psikologis dalam tubuh.

Terdapat ramai lagi tokoh-tokoh Islam yang member sumbangan dalam bidang psikologi. Sumbangan mereka member impak yang maksimum kepada kerajaan Khilafah Islamiyah pada zaman terdahulu khususnya dan kepada masyarakat dunia hari ini amnya.