apakah itu web 2

24
Apakah itu Web 2.0 Istilah Web 2.0 pertama kalinya diperkenalkan oleh O’Reilly Media pada tahun 2004 sebagai teknologi Web generasi kedua yang boleh dilayari secara kolaborasi dan pengkongsian maklumat secara online. Menurut Tim O’Reilly, Web 2.0 dapat didefinisikan sebagai berikut: “Web 2.0 adalah revolusi arus perniagaan di industri komputer yang disebabkan oleh penggunaan internet sebagai platform, dan merupakan suatu percubaan untuk memahami pelbagai peraturan bagi mencapai keberhasilan pada platform baru tersebut. Pada umumnya, Website yang dibangun dengan menggunakan teknologi Web 2.0 memiliki ciri-ciri berikut: · CSS (Cascading Style Sheets) · Aplikasi Rich Internet atau berbasis Ajax · Markup XHTML · Sindikasi dan agregasi data menggunakan RSS/Atom · URL yang valid · Folksonomies · Aplikasi wiki pada sebagian atau seluruh Website · XML Web-Service API Web 2.0 ini ini lebih mesra pengguna iaitu interaksi sosial di dunia maya sudah menjadi keperluan sehingga era Web 2.0 ini

Upload: sivam-matchap

Post on 11-Nov-2015

18 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

vhhvh

TRANSCRIPT

Apakah itu Web 2.0

Istilah Web 2.0 pertama kalinya diperkenalkan oleh OReilly Media pada tahun 2004 sebagai teknologi Web generasi kedua yang boleh dilayari secara kolaborasi dan pengkongsian maklumat secara online. Menurut Tim OReilly, Web 2.0 dapat didefinisikan sebagai berikut: Web 2.0 adalah revolusi arus perniagaan di industri komputer yang disebabkan oleh penggunaan internet sebagai platform, dan merupakan suatu percubaan untuk memahami pelbagai peraturan bagi mencapai keberhasilan pada platform baru tersebut.

Pada umumnya, Website yang dibangun dengan menggunakan teknologi Web 2.0 memiliki ciri-ciri berikut:

CSS (Cascading Style Sheets) Aplikasi Rich Internet atau berbasis Ajax Markup XHTML Sindikasi dan agregasi data menggunakan RSS/Atom URL yang valid Folksonomies Aplikasi wiki pada sebagian atau seluruh Website XML Web-Service API

Web 2.0 ini ini lebih mesra pengguna iaitu interaksi sosial di dunia maya sudah menjadi keperluan sehingga era Web 2.0 ini memiliki beberapa ciri yang boleh berkongsi maklumat (share), berkerjasama dan mengeksploitasi. (Rujuk Rajah 1)Istilah Web 2.0 adalah yang berkaitan dengan aplikasi web yang memudahkan perkongsian maklumat penyertaan, saling boleh kendali, reka bentuk berpusatkan pengguna, dan kerjasama di World Wide Web. Laman Web 2.0 membolehkan pengguna untuk berinteraksi dan bekerjasama dengan satu sama lain dalam dialog media sosial sebagai pencipta kandungan yang dihasilkan pengguna dalam komuniti maya. Ini berbeza dengan laman web 1.0 di mana pengguna adalah terhad kepada tontonan yang pasif kandungan yang diciptakan untuk mereka. Contoh Web 2.0 termasuk laman rangkaian sosial, youtube, wiki, laman perkongsian video, blog, Friendster, Myspace, Youtube, Fickr, aplikasi web, Mashup, folksonomies dan sebagainya.

Gambar sumber dari Google.com

Web 2.0 ini telah mengubah dunia teknologi internet di seluruh dunia. Ini menyebabkan internet menjadi kegilaan ramai oleh pengguna internet. Misalnya penggunaan halaman web facebook dan twitter yang sangat popular pada masa ini. Seluruh masyarakat dunia setiap hari melayari facebook mereka untuk berkongsi maklumat, ilmu, gambar, aktiviti mereka seharian.Dalam bidang pendidikan, teknologi Web 2.0 telah menyediakan guru-guru mengenai satu kaedah baru untuk mendekati pelajar-pelajarnya dengan cara yang lebih bermakna. Pelajar lahir dizaman teknologi media baru ini kurang minat untuk menyiapkan lembaran kerja dan mendengar ceramah yang diberikan oleh guru mereka. Ini kerana pelajar-pelajar telah terlibat di peringkat sejagat (global). Kekurangan penyertaan dalam bilik darjah tradisional telah menahan banyak fakta sebaliknya pelajar berpeluang menerima maklum balas atau fakta yang lebih baik melalui atas talian (online).

Dalam siaran TV Pendidikan di Malaysia, web 2.0 juga berkembang dengan pesatnya iaitu dengan kemunculan eduwebTV. Sejarah awal TV Pendidikan bermula pada tahun 1972-1999 di mana ia disiarkan melalui TV2 sahaja. Manakala dari tahun 2000 ke 2006 TV Pendidikan ditayangkan melalui Astro Channel 13. Tahun 2007-2008 pula siarannya adalah di Media Prima TV9. Keseluruhannya TV Pendidikan ini disiarkan secara terrestrial TV. Ini telah menyebabkan masalah penjadualan pelajar yang menonton adalah sukar diselaraskan kerana satu kelas hanya boleh menonton dalam satu masa.

Pada tahun 2008 eduwebTV diperkenalkan dan ia boleh dilayari melalui internet. EduwebTV merupakan medium terbaru dalam penyiaran pendidikan di mana ia mensasarkan Pendidian Digital untuk semua. Berdasarkan streaming dan muat turun video pendidikan melalui internet ia boleh memuat turun latihan, pemindahan teknologi, kandungan dan editorial. Ini dapat menyokong proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajarnya disamping menyediakan perkhidmatan penyampaian maklumat pendidikan yang berkesan. Selain itu pelajar boleh melayari, melihat, memuat turun maklumat yang mereka inginkan dengan tidak mengira masa dan di mana mereka berada asalkan mereka mendapat akses jaringan internet. EduwebTV boleh dilayari melalui www.eduwebtv.com

Kemunculan aplikasi web 2.0 seperti blog, wikis, facebook dan Youtube telah membawa perubahan terhadap konsep dan kriteria e-pembelajaran Web 1.0. Seperti yang telah dihuraikan, e-pembelajaran Web 1.0 pada peringkat awal lebih tertumpu kepada strategi penyebaran maklumat. E-pembelajaran 2.0 pula memberi penumpuan kepada aspek renungan dan kolaborasi antara pelajar melalui penggunaan teknologi komunikasi. E-pembelajaran 2.0 menekankan aspek pengetahuan melalui kolaborasi antara pelajar di dalam suasana terbuka, tidak berstruktur dan bersifat sosial (social networking). E-pembelajaran 2.0 turut menyenaraikan ciri-ciri yang bersifat digital, saling berkaitan, peribadi , ciptaan dan terbuka.

Gambar sumber dari Google.com

Secara ringkasnya, Web 2.0 adalah pengguna komputer akan melihat RSS reader. Pengguna melayari website dan mereka dapat membaca, melihat, menulis komen, pandangan, mengedit kandungan dan memuat turun gambar. Selain daripada itu juga, pengguna boleh melihat, memberi komen dalam paparan rakan yang lain dan membalas komen.

Web 2.0 Dalam PendidikanKonsep Web 2.0 merupakan satu revolusi kepada penggunaan Internet dan web sebagai platform iaitu aplikasi yang dijalankan secara langsung melalui media Internet. Tanpa perlu dibatasi oleh sistem operasi tertentu, aplikasi Web 2.0 boleh diakses di mana-mana sahaja secara atas talian (online) serta mobil melalui telefon pintar ataupun tablet. Selain daripada itu, sifat unik aplikasi Web 2.0 adalah menjadi suatu pusat pengetahuan besar hasil daripada gabungan pengumpulan maklumat yang disumbangkan oleh pengguna.

Kemunculan Web 2.0 serta kemajuan alat telekomunikasi seperti jalur lebar (broadband) dan WiFi sebagai perantara untuk berkomunikasi merupakan transformasi kepada aplikasi yang lebih interaktif. Berbanding penggunaan aplikasi Web 1.0 yang amat terhad, aplikasi Web 2.0 menyediakan platform kepada pengguna untuk berhubung, berkomunikasi dan berkolaborasi antara satu sama lain. Penjanaan serta perkongsian maklumat antara pengguna membantu mengembangkan informasi serta dapat menjadi pusat ilmu secara tidak formal. Antara aplikasi Web 2.0 yang biasa digunakan adalah seperti Facebook, Google docs, Twitter, Scribd, Blogger, Wiki dan Flickr.

Penggunaan teknologi Web 2.0 yang diaplikasikan dalam pendidikan mempunyai potensi yang besar untuk menyokong dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui penggunaan aplikasi tersebut, pelajar tidak sekadar mengakses Internet untuk mendapatkan maklumat bahkan mereka juga dapat membina pengetahuan melalui interaksi sosial. Kebanyakan kajian yang dijalankan menunjukkan pengintegrasian teknologi Web 2.0 seperti blog dan wiki di dalam persekitaran pembelajaran berkesan untuk meningkatkan kepuasan pelajar, meningkatkan kualiti pembelajaran serta mewujudkan interaksi sosial diantara pelajar dan pendidik.

Jenis- Jenis Web 2.0WIKISPACES

Wiki menjadi satu platform baru unik dalam penyebaran maklumat. Melalui wiki penggunana bebas memasukkan maklumat dan melakukan suntingan sendiri terhadap data yang disumbangkan daripada pengguna lain.perkembangan ini membuka satu lembaran baru dalam dunia pendidikan. Wikispace merupakan satu platform perkongsian maklumat pendidikan. Wiki sering disifatkan sebagai satu sistem pengarangan, medium perbincangan, repositori (tempat penyimpanan), sistem mel, dan alat untuk bekerjasama. Wiki boleh menggabungkan bunyi, video dan gambar; ia merupakan cara mudah untuk membina persembahan multimedia dan cerita digital yang ringkas.

Penggunaan Wiki Dalam Pendidikan

Wiki juga ialah alat komunikasi dan kerjasama dalam laman web yang boleh digunakan bagi menggalakkanpelajar untuk belajar dengan orang lain dalam satu persekitaran kolaboratif. Antarapenggunaanwiki dalam pendidikan:1. Pelajar boleh menggunakan wiki sebagai alat pendokumenan berterusan untuk membina projek kajian mereka.2. Pelajar boleh menambahkan ringkasan pendapat mereka berkenaanbahan-bahan bacaan dan membinabibliografiberanotasi secarakolaboratifdengan wiki.3. Wiki boleh digunakan untuk menerbitkan sumber-sumber kursusseperti sukatan pelajaran dan lampiran edaran, dan pelajar bolehmenyunting serta memberikan komen secara langsung untuk dibacaoleh semua.4. Wiki boleh digunakan untuk pemetaan konsep. Ia berguna untukpemikiran idea, dan penyuntingan pada topik wiki tertentu bolehmenghasilkan satu rangkaian sumber.5. Wiki boleh digunakan sebagai alat persembahan untuk menggantikanperisian biasa, dan pelajar boleh memberikan komen secara langsungserta mengubah kandungan persembahan.

GLOGSTER

Glog ialah suatu platform visualinteraktifyang membolehkan pengguna membuat poster atau laman web yang mempunyai elemen-elemen multimedia seperti teks, audio, video, imej, grafik, lukisan dan data. Glogster EDU merupakan platform pendidikan global yang utama untuk mengungkapkan pengetahuan dan kemahiran secara kreatif di dalam dan di luar kelas. Ia memperkasakan pendidik dan pelajar dengan teknologi untuk membina GLOG poster multimedia dalam talian menggunakan teks, gambar, video, grafik, audio, lukisan dan lampiran data dan sebagainya.Penggunaan GLOGSTER Dalam Pendidikan

Glogster boleh digunakan dalam konteks pendidikan seperti berikut:1. Glogster ialah satu alat unik untuk guru dan pelajar membuat poster secara dalam talian menggunakan hiperpautan kepada lain-lain laman web, video, imej,gambar dan audio.2. Glogster membolehkan guru memberikan tugasan yangkreatifdan bermakna.3. Guru boleh menugaskan pelajar untuk mengkaji sesebuah negara dan membuat satu risalah pelancongan.4. Pelajar boleh memuat naik video Youtube mengenai perbualan penduduk tempatan dalam bahasa ibunda mereka, memuat naik muzik tradisional/popular negara itu, serta memberikan fakta-fakta, maklumat pelancongan dan destinasi-destinasi popular di negara tersebut.

Contoh Poster menggunakan Glogster

GOOGLE DOCSGoogle Docs ialah pemproses kata, hamparan dan penyunting persembahan dalam talian yang membolehkan semua orang membina, menyimpan dan berkongsi dokumen dengan segera dan selamat, serta bekerjasama di Internet dalam masa sebenar. Kita boleh membina dokumen baharu dari mula atau memuat naik dokumen, hamparan dan persembahan sedia ada. Tiada perisian untuk dimuat turun, dan semua hasil kerja disimpan dengan selamat dalam talian dan boleh diakses dari mana-mana komputer.

Penggunaan Google Docs Dalam Pendidikan

Google Docs boleh digunakan dalam konteks pendidikan seperti berikut:1. Menggalakkan kerjasama kumpulan dan kreativiti dengan membiarkan pelajar merekodkan projek kumpulan mereka bersama- sama dalam satu dokumen tunggal.2. Mengikuti perkembangan gred, kehadiran, atau sebarang data lain yang terlintas di fikiran menggunakan hamparan yang sentiasa tersedia dan mudah diakses.3. Memudahkan proses penulisan dengan menggalakkan pelajar menulis dalam dokumen yang dikongsikan dengan anda. Anda boleh memeriksa kerja mereka pada bila-bila masa, memberikan pandangan dan membantu mereka menggunakan ciri komen, serta memahami kekuatan setiap pelajar dengan lebih baik.4. Menggalakkan kemahiran persembahankolaboratifdengan meminta pelajar anda menyiapkan persembahan bersama, dan kemudian membentangkannya di dalam kelas.5. Bekerjasama mengusahakan dokumen dengan rakan guru untuk membantu anda menjejaki status dan kejayaan pelajar yang menerima perkongsian bahan daripada anda.

TWIDDLATwiddla ialah alat kerjasama dalam talian yang mudah untuk digunakan. Iatidak memerlukan sebarang muat turun atau perkakas sekuriti yang rumit, dan percuma untuk hampir semua orang. Ia seperti kulit papan putih yang terletak di atas sebarang laman web atau imej yang dimuat naik (atau tiada apa pun di bawahnya anda boleh menggunakannya sebagai kanvas kosong). Anda boleh menanda lapisan papan putih ini dan berinteraksi dengan laman web pada masa yang sama, dengan sesiapa jua dari seluruh dunia.

Penggunaan Twiddla Dalam Pendidikan

Twiddla boleh digunakan dalam konteks pendidikan seperti berikut:1. Twiddla sangat sesuai untuk mengadakan waktu pejabat dalamtalian. Bimbingan dalam talian biasanya menggunakan papan putihyang dikongsi, dan membantu pelajar dalam waktu pejabat ini samalah seperti membimbing. Twiddla sesuai untuk interaksi yang cepat dan spontan menggunakan kata-kata dan lukisan. Capaian pelajar kepada papan putih memudahkan guru untuk membimbing pelajar mencari jawapannya sendiri.2. Satu lagi senario yang mana Twiddla mungkin berguna adalah dengan mengajar pelajar cara-cara menggunakan laman web tertentu, contohnya laman web kursus mereka. Pengajar boleh membawa pelajar dari satu halaman ke satu halaman dalam Twiddla, menggunakan peralatan lukisan untuk menunjukkan butang, pautan dan ciri-ciri lain yang penting.3. Guru boleh memberikan pembentangan dalam talian secara langsung dan berkesan menggunakan Twiddla. Sesi Twiddla tidak boleh disimpan dan dimuatkan semula seperti persembahanPowerPoint. Namun, pengajar boleh menyimpan set fail imej dalam folder, dan memuat naik setiap satunya ke Twiddla sebelum memberikan pembentangan. Selain daripada lukisan dan gambar, imej tersebut boleh terdiri daripada coretan teks atau fungsi matematik. Secara idealnya, imej ini merupakan fail PNG dengan latar belakang lut sinar untuk mengelakkan daripada menghalang pandangan imej lain pada papan putih. Latar belakangEtherpadboleh digunakan untuk membenarkan guru membuat nota spontan. Ini mungkin paling sesuai digabungkan dengan ciri audio supaya guru boleh bercakap sambil memanipulasikan imej untuk kuliah.4. Kuliah yang disampaikan dalam cara ini adalah lebih dinamik daripada persembahan slaid. Twiddla memberikan kebebasan kepada pensyarah untuk bergerak dan menggunakan imej pada papan putihnya dalam cara berlainan. Ia juga memberikan peluang kepada pensyarah untuk meminta pelajar melengkapkan rajah menggunakan elemen-elemen pada papan putih.

Ciri -ciri web 2.0

1.Web Sebagai Platform

Aplikasi web 2.0 menggunakan web sebagai platform iaitu tempat untuk menjalankan sesuatu aplikasi. Contoh platform adalah Windows dimana aplikasi-aplikasi dijalankan seperti microsoft office, perisian grafik dan sebgainya. Menggunakan web sebagai platform bermaksud aplikasi-aplikasi dijalankan terus di atas talian dan bukannya di atas sistem operasi tertentu. Contohnya seperti yahoo yang mana boleh diakses walau dari mana pun tanpa perlu menyimpannya dalam komputer.

Kombinasi antara teknologi baru seperti AJAX dan CSS membolehkan sesebuah laman web dianggap sebagai laman web 2.0dengan menyerapkan ciri-ciri baru kepada laman web yang lebih interaktif kepada pengguna, lebih had simpanan data dan kaya dengan antaramuka pengguna. Ini lebih mendorong kepada penggunaan web sebagai platform, kerana ianya dapat memberikan ciri-ciri yang sebelum ini hanya ada pada komputer peribadi.

2.Harnessing Collective IntelligenceMemanfaatkan kepandaian daripada orang ramai adalah satu ciri unik yang ada pada web 2.0. Kepandaian yang dikongsi dan digabungkan menjadi satu pusat pengetahuan yang besar. Wikipedia adalah salah satu contoh yang popular dikalangan pengguna web. Wikipedia adalah ensiklopedia atas talian yang membolehkan pengguna menambah maklumat di dalamnya. Data yang dikongsikan adalah daripada pelbagai sumber termasuk pentadbir wiki itu sendiri.Pengguna boleh menyalurkan pengetahuan mereka mengenai sesuatu perkara untuk dikongsikan bersama pengguna lain. Hasilnya menjadikan ia sebagai ensiklopedia atas talian yang besar dan lengkap dengan pelbagai maklumat.

Lebih menarik lagi Wikipedia terdapat dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa Melayu yang dimulakan pada 12 Ogos 2003.

3.Data is the Next Intel Inside

Tim Oreilly merujuk "data is the Next Intel Inside" , bermaksud kebanyakan aplikasi web 2.0 pada dasarnya adalah dijalankan oleh pangkalan data. Ia mengatakan bahawa teras kepada sistem maklumat moden bukanlah perisian tetapi adalah nilai data didalamnya. Sepertimana google dan youtube tidak dinafikan perkhidmatan yang diberikan adalah penting tetapi data yang mereka miliki adalah aset yang lebih bernilai.

Contoh terbaik yang kita dapat lihat adalah Facebook. Ianya direka adalah sebenarnya hanya untuk jaringan sosial tetapi berkembang pesat ke arah jaringan perniagaan. Kini ia mempunyai lebih 300 juta ahli dimana 70 peratus daripadanya adalah dari luar Amerika Syarikat.

Satu ciri yang ada pada aplikasi jaringan sosial adalah kemampuan untuk menyertai dan membina kumpulan untuk mereka yang mempunyai minat yang sama. Facebook membenarkan pengguna untuk mengatur kumpulan dengan mudah. Di sini kita dapat lihat bagaimana Facebook dapat digunakan dengan efektif untuk menghasilkan data atau maklumat.

4.End of the Software Release Cycle

Satu daripada ciri-ciri yang terdapat pada perisian di era internet adalah ianya diberikan sebagai perkhidmatan bukannya sebagai produk. Fakta ini membawa kepada pertukaran model perniagaan bagi sesetengah syarikat. Perisian internet disini bermaksud aplikasi Web 2.0 dimana ianya berbeza dengan aplikasi perisian yang dahulunya dijalankan di atas sistem operasi tertentu seperti windows.

Contohnya perisian seperti Microsoft Office akan di perbaharui setiap 2 atau 3 tahun sekali. Tetapi tidak pada aplikasi Web 2.0 dimana ianya sentiasa di kemaskini tidak mengira masa seperti google yang sentiasa dikemaskini setiap hari.

5.Lightweight Programming Models

Aplikasi Web 2.0 menggunakan teknik-teknik pengaturcaraan yang mudah seperti AJAX dan RSS. Ini memudahkan pengguna lain untuk menggunakan semula perkhidmatan yang ada untuk membentuk aplikasi yang baru. Contohnya seperti Google Maps, dengan mudahnya dapat digunakan untuk membentuk aplikasi baru. Hasilnya muncullah web - web seperti Housing Map.com dengan menggabungkan Google Maps dan Craiglist. Aplikasi seperti ini yang menggabungkan perkhidmatan dari aplikasi-aplikasi yang lain dikenali sebagai teknik 'Mashup'.

6.Software Above the Level of a Single Device

Satu daripada ciri-ciri yang ada pada Web 2.0 adalah ianya tidak lagi terhad kepada platform PC. Dave Stutz mengatakan bahawa perisian berguna yang tidak terhad kepada satu peranti sahaja akan mendapat keuntungan tinggi untuk jangkamasa panjang.

Semua aplikasi web boleh dilihat sebagai 'Software Above the Level of a Single Device' iaitu tidak bergantung kepada satu peranti sahaja. Walau aplikasi web yang mudah sekalipun sekurang-kurangnya melibatkan 2 komputer iaitu satu untuk web server dan satu lagi untuk browser.

iTunes adalah contoh terbaik bagi prinsip ini. Aplikasi ini dapat dicapai melalui peranti mudah alih dengan PC sebagai stesen utama. iTunes didapati melaui internet dalam bentuk kedai muzik dalam talian kemudian ke komputer pengguna dalam bentuk program iTunes dan sampai kepada peranti mudah alih dalam bentuk iPod. Kemungkinan dimasa depan lebih banyak lagi aplikasi seperti ini akan diperkenalkan.

7.Rich User Experiences

Seawal Pei Wei's Viola browser pada 1992, web digunakan untuk menjalankan "applets" dan lain-lain kandungan aktif didalam web browser. Javascript dan seterusnya DHTML diperkenalkan sebagai cara mudah untuk memberikan 'client side programming' dan 'rich user experiences'.

Aplikasi Web 2.0 memiliki antaramuka pengguna yang kaya dengan pelbagai aspek walaupun ia hanya dijalankan diatas web browser. Teknologi seperti AJAX memungkinkan aplikasi internet mencapai kelajuan tinggi untuk bertindak balas dan memberikan antaramuka pengguna yang agak sama seperti aplikasi windows. Contohnya seperti google Maps, walaupun ia dijalankan di web browser tetapi ia dapat bertindak balas dengan cepat ketika pengguna menjelajahi peta.

Aplikasi-Aplikasi web 2.0

1.Blog

Blog adalah gabungan perkataan daripada 'web log' . Blog adalah sejenis laman web yang biasanya di kendalikan oleh individu dengan memuatkankomen-komen, keterangan acara ataupun lain-lain kandungan seperti gambar dan video. Kandungan yang dimuatkan biasanya disusun mengikut tarikhia disimpan.

Banyak blog-blog yang menarik, membenarkan pelawat untuk memberi komen ataupun mesej melalui aplikasi yang disediakan oleh blog tersebutmembezakan ia daripada laman web statik.

2.Wiki

Wiki adalah laman web yang membolehkan pengguna mencipta dan mengubah seberapa banyak hubungan(interlink) laman web melalui web browserdengan menggunakan 'markup language' yang mudah atau menggunakan aplikasi teks WYSIWYG.

Wiki adalah seperti blog ianya boleh di ubah oleh pengguna, tetapi yang membezakannya adalah blog biasanya digunakan oleh individu tertentu danisinya tidak boleh di ubah oleh orang lain hanya dibenarkan memberi komen sahaja. Berlainan dengan wiki isinya boleh diubah dan ditambah oleh oranglain contohnya seperti Wikipedia.

3.Podcast

Podcast adalah persembahan radio atau program audio lain yang boleh di muat turun dari internet. Ia adalah sama seperti fungsi blog tetapi ia adalahdidalam bentuk audio.Pencipta podcast dipanggil 'podcaster' biasanya ia dibuat dalam bentuk episod atau bersiri yang membolehkan pendengarmelanggan. Kita boleh mendengar podcast dengan kebanyakan format didalam iTunes, termasuk MP3, AAC,WAV dan M4B.

4.Social Networking

Social Networking ataupun rangkaian sosial merupakan perkhidmatan atas talian yang bertujuan kepada pembinaan rangkaian sosial di kalangan ramaipengguna internet contohnya diantara mereka yang mempunyai minat ataupun hobi yang sama. Laman web sosial biasanya diisikan dengan profil-profilindividu dan aplikasi tambahan atau rangkaian yang menarik untuk dikongsikan bersama rakan sosial yang lain.

Antara laman sosial yang terkenal adalah seperti Facebook, friendster, MySpace, Flicker dan Twitter.

5. Slide Share

Slide share adalah merupakan laman web yang menawarkan pengguna untuk berkongsi dokumen, persembahan slide ataupun video.

contohnya http://www.slideshare.net

Apa yang kita dapat disini ,web 2.0 adalah istilah yang diberikan bagi mengganti laman web lama yang bersifat statik.Web 2.0 itu amat banyak faedahnyawalaupun terdapat mereka yang menyalahgunakannya. Tapi apa yang penting adalah kesedaran pengguna itu sendiri sama ada digunakan untukkebaikan atau sebaliknya. Dan dimasa akan datang kemungkinan akan ada web 3.0 yang lebih interaktif dan inovatif.

Kelebihan dan Kekurangan Web 2.0Walaupun web 2.0 merupakan perkara baru dalam dunia internet namun kelebihan dan kelemahannya turut dipertikaikan. Kelebihan wee 2.0 jels dapat dilihat oleh kita melalui servisnya. Web 2.0 adalah servis yang sangat efektif.Ianya berbeza dengan media konvensional yang pada umumnya perlu berbelanja mahal. Web 2.0 merupakan media yang bersifat low budget dan kadar bayaran yang efisien. Web 2.0 mampu membuat jaringan sosial yang terus membesar serta saling berhubungan.

Pengkontrolan unik Web 2.0 menjadikan konteks Web 2.0 semakin kaya, seiring bertambahnya jumlah pengguna. Jika dulu pengguna website menjadi pembaca, dengan konsep Web 2.0 pengguna dapat menjadi pembaca dan penulis, termasuk juga mengontrolnya. Dengan kata lain, Web 2.0 merupakan contoh demokrasi dari rakyat untuk rakyat. Dalam hal ini terjalin kepercayaan antara penyedia Web 2.0 dan pengguna. Hal mengagumkan yang dihasilkan Web 2.0 adalah perkongsian pengguna tanpe mengenal identiti namun telah mampu bersama-sama memelihara perkembangan Web 2.0 dengan dasar kepercayaan para pengguna.

Kelebihan Web 2.0 adalah memanfaatkan kepandaian secara kolektif. Aktiviti yang dilakukan pengguna dalam membuat website berkembang secara organik seperti artikel-artikel yang terus bertambah setiap harinya pada Wikipedia atau website eBay yang menciptakan pasar dengan adanya pengguna yang berlaku sebagai pembeli dan penjual. Web 2.0 merupakan sebuah servis terintegrasi berbagai device, entah mobile/handheld device, PC, ataupun server internet. Dalam banyak hal, penggunaan dan pemanfaatan Web 2.0 dapat memberikan sokongan kemudahan yang mencukupi untuk beberapa hal seperti user interface, model programming, ataupun model bisnes.

Web 2.0 bukan merupakan perkara baru dalam dunia internet khasnya pada era globalisasi kini. Hal ini adalah ekoran daripada kepantasan anjakan paradigma dan transformasi dunia global. Sebelum ini, masyarakat hanya menggunakan web untuk mendapatkan maklumat semata-mata. Namun dengan kewujudan web 2.0, komunikasi manusia dapat dijalankan secara dua hala selain menjadikan komunikasi begitu berkesan, pantas dan mudah. Perbezaan budaya, agama, bangsa, warna kulit dan negara bukan lagi menjadi ukuran dalam menjalinkan perhubungan meskipun hanya secara maya.

Walaupun terdapat banyak kelebihan web 2.0, namun kelemahannya juga turut dipertikaikan. Antara kelemahan web 2.0 dilihat menerusi pandangan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa Web 2.0 lebih menekankan pada sosial network atau jalinan sosial antara penggunanya seperti yang telah kita lihat selama ini dalam dunia Blog. Dengan adanya RSS di dalam Blog, informasi-informasi di dalam sebuah Blog dimungkinkan dapat diadaptasi, dikoleksi, dan dikongsi menjadi sebahagian isi kepada blog yang lain. Terlepas dari itu semua, ternyata web 2.0 mempunyai kelemahan didalamnya yang memungkinkan seseorang dapat memporak-perandakan aplikasi web 2.0 tersebut.